Anda di halaman 1dari 4

SAJAK KIJANG YANG LELAH ( MAKSUD )

RANGKAP 1
Kehidupan seekor kijang tua yang berasakan dirinya tidak lagi diperlukan seperti zaman
mudanya yang gagah dan berkuasa.

RANGKAP 2
Ketika itu sang kijang berasa sangat sedih dan resah. Kekuatan dalamannya semakin hilang
dan yang tinggal hanyalah harapan.

RANGKAP 3
Namun hari ini, sang kijang cuba membina kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya
walaupun berasa serik dan tidak berdaya lagi setelah keinginannya terhalang.

RANGKAP 4
Sang kijang tetap berhati-hati kerana takut tersadung akar dan terkena jerat manusia.
Biarpun dalam keadaan yang lemah, sang kijang tetap meneruskan perjalanannya di dalam
hutan tebal tersebut. Namun jauh di sudut hatinya, sang kijang telah menanam tekad untuk
terus melangkah walaupun pelbagai halangan menantinya dengan menggunakan akal fikiran
serta kewarasannya.

TEMA & PERSOALAN

TEMA

Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan.

PERSOALAN

a) Ketabahan menghadapi ujian dalam hidup.

b) Kecekalan dalam menghadapi hari-hari tua.

c) Sikap berhati-hati/berjaga-jaga dalam menjalani kehidupan seharian.

d) Hak setiap makhluk dan ciptaan Tuhan untuk hidup selesa di muka bumi.

e) Kerakusan manusia demi pembangunan sehingga sanggup memusnahkan hutan.

f) Kekuatan fizikal dan mental amat penting untuk meneruskan hidup yang penuh cabaran.

g) Kewarasan akal dan kekuatan hati akan membantu seseorang menghadapi kehidupan
yang penuh mencabar.
BENTUK & NADA

BENTUK

a) Bebas

b) Mempunyai empat rangkap.

c) Setiap rangkap mempunyai bilangan baris yang berbeza.

d) Bilangan perkataan bagi setiap baris - 2 hingga 7 patah kata.

e) Bilangan suku kata - 4 - 17 suku kata

f) Rima akhir – bebas

NADA

Melankolik

GAYA BAHASA

ALITERASI

-Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki. (konsonan k)Asonansi

-Seakan dibelenggu setiap inci jiwa. (vokal i)

-Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba. (vokal a)

PERSONIFIKASI

-Sebak menyentap dahan kalbu

-Menghambat waktu yang bersisa

METAFORA

-dahan kalbu, dedaun resah, pepohon batin, perdu harap, temulang kudrat

INVERSI
-Diredah belantara yang mula teduh

HIPERBOLA

-Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema.

KATA GANDA

-berhati-hati

NILAI & PENGAJARAN

NILAI

- Ketabahan

- Kecekalan

- Waspada

- Dedikasi

- Rasional

- Kesederhanaan

- Keikhlasan

- Bijaksana

PENGAJARAN

a) Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan


sehari-hari.

b) Kita perlulah cekal menghadapi hari tua dan menghabiskan sisa usia.
c) Kita sewajarnya mengamalkan sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu
perkara.

d) Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara demi


manfaat bersama tanpa menindas mana-mana pihak.

e) Kita seharusnya menggunakan kewarasan akal fikiran dalam melaksanakan


sebarang tindakan.

f) Kita perlulah menyeimbangkan pembangunan dan penjagaan alam sekitar


agar tidak memusnahkan habitat haiwan liar.

g) Kita mestilah reda menerima ketentuan takdir dengan hati yang ikhlas dan
terbuka.

h) Kita seharusnya bijak menangani masalah yang menimpa kita dalam

i) kehidupan sehari-hari

Anda mungkin juga menyukai