Anda di halaman 1dari 19

Latihan-Latihan Soalan 3(e) - Peribahasa SPM

PERIBAHASA
Bina satu ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap peribahasa yang berikut
1) Mencari jalan
Maksudnya : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
2) Anak dagang
Maksudnya : Orang yang berhijrah ke tempat orang lain.
3) Memerah otak
Maksudnya : Berfikir dengan bersungguh-sungguh
4) Batu penghalang
Maksudnya : Rintangan atau halangan
5) Lintah darat
Maksudnya : Peniaga yang mengambil untung yang terlalu tinggi
Bina satu ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap peribahasa yang berikut
1) Kacang lupakan kulit
Maksudnya : Lupa akan asal usul
2) Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksudnya : Terlalu banyak pada sesuatu masa
3) Bagai kaca terhempas ke batu
Maksudnya : Hati yang sangat sedih
4) Seperti lembu dicucuk hidung
Maksudnya : Orang yang selalu mengikut kemahuan orang lain
5) Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
Maksudnya : Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain
yang menerima akibatnya.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.

1. Raju dan Kumar merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering
bekerjasama dalam apa jua situasi.
Jawapan : Bagai aur dengan tebing.

2. Jauhary menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan

bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.
Jawapan : Genggam bara api biar sampai jadi arang
3. Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara
kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup
masyarakat setempat .
Jawapan : Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung atau Masuk kandang
kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.
4. Penduduk Kampung Jaya Setia sering berganding bahu dan menyelesaikan
masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang
mereka kecapi selama ini.
Jawapan : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing atau Bukit sama didaki, lurah
sama dituruni.
5. Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha bersungguhsungguh.
Jawapan : Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
6. Pinjaman perniagaan Anis sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia hanya
menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.
Jawapan : Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.
7. Anidah sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
kerana dia mudah faham apa yang diajar oleh guru.
Jawapan : Terang hati.
8. Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak
menyediakan segala kemudahan yang dijanjikan sebagaimana semasa dia
membuat tempahan dahulu.
Jawapan :

Bina satu ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap peribahasa yang berikut
1) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Maksudnya : Kita seharusnya mengikut adat dan peraturan di tempat kita
tinggal.
Asyraf tidak menghadapi masalah dengan penduduk tempatan ketika menetap
di Belanda kerana baginya di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
2) Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
Maksudnya : Sama-sama bersusah dan bersenang.
Kita hendaklah mengamalkan sikap saling membantu dan bekerjasama pada
setiap masa bak kata pepatah bukit sama didaki lurah sama dituruni demi
merealisasikan impian yang dihajati.
3) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Maksudnya : Jika kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguhsungguh, pasti kita tidak akan mendapat hasilnya.
Arif bermati-matian menyiapkan projek pembinaan itu kerana dia sedar jika tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
4) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Maksudnya : Sesuatu kejayaan berpunca daripada usaha secara kecil-kecilan
yang akhirnya menjadi besar dan mencapai apa yang dihajati.

5) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Maksudnya : Adat atau sesuatu yang tidak berubah tetapi tetap utuh.

Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya.
1. Mencari jalan
_________________________________________________________________

2. Anak dagang
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
3. Memerah otak
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
4. Batu penghalang
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
5. Lintah darat
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya.
1. Kacang lupakan kulit
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
2. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

3. Bagai kaca terhempas ke batu

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
4. Seperti lembu dicucuk hidung
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
5. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
_________________________________________________________________
________________________________________________________________
Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya.
1) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
2) Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
3) Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
4) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
5) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
SKEMA JAWAPAN
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.
1. Raju dan Kumar merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering
bekerjasama dalam apa jua situasi.
Jawapan : Bagai aur dengan tebing.
2. Jauhary menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan
bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.
Jawapan : Genggam bara api biar sampai jadi arang
3. Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara
kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup
masyarakat setempat .
Jawapan : Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung atau Masuk kandang
kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.
4. Penduduk Kampung Jaya Setia sering berganding bahu dan menyelesaikan
masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang
mereka kecapi selama ini.
Jawapan : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing atau Bukit sama didaki, lurah
sama dituruni.
5. Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha bersungguhsungguh.
Jawapan : Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
6. Pinjaman perniagaan Anis sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia hanya
menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.
Jawapan : Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.
7. Anidah sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
kerana dia mudah faham apa yang diajar oleh guru.
Jawapan : Terang hati.
8. Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak
menyediakan segala kemudahan yang dijanjikan sebagaimana semasa dia
membuat tempahan dahulu.
Jawapan : Indah khabar dari rupa.
9. Pak Abu tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada
pendapatan bulanannya sebagai bekalan semasa dalam kesusahan.
Jawapan : Sediakan payung sebelum hujan.

10. Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil lagi untuk memastikan
mereka mempunyai akhlak yang cemerlang.
Jawapan : Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.
1. Raju dan Kumar merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering
bekerjasama dalam apa jua situasi.
_________________________________________________________________
2. Jauhary menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan
bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.
_________________________________________________________________
3. Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara
kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup
masyarakat setempat .
_________________________________________________________________
4. Penduduk Kampung Jaya Setia sering berganding bahu dan menyelesaikan
masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang
mereka kecapi selama ini.
_________________________________________________________________
5. Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha bersungguhsungguh.
_________________________________________________________________
6. Pinjaman perniagaan Anis sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia hanya
menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.
_________________________________________________________________
7. Anidah sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
kerana dia mudah faham apa yang diajar oleh guru.
_________________________________________________________________
8. Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak
menyediakan segala kemudahan yang dijanjikan semasa dia membuat
tempahan dahulu.
_________________________________________________________________

9. Pak Abu tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada

pendapatan bulanannya sebagai bekalan semasa dalam kesusahan.
_________________________________________________________________
10. Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil lagi untuk memastikan
mereka mempunyai akhlak yang cemerlang.
_________________________________________________________________

SKEMA JAWAPAN
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Semangat kejiranan masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Hubungan ini dikukukuhkan dengan aktiviti bekerjasama dan bergotong royong
sesama jiran tetangga. Mereka akan menghadapi situasi susah dan senang
bersama-sama. Amalan ini sudah sebati dalam diri mereka kerana telah diwarisi
sejak turun temurun.
Jawapan :
1) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
2) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
3) Darah daging

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Ismail menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan barangannya
dijual dengan harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut keuntungan yang
lebih. Ismail juga terkenal dengan sikapnya yang suka berbangga dengan
kejayaannya dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, isterinya tidak bersikap
sedemikian sebaliknya dia sering merendah diri dan tidak keberatan membantu
mereka yang dalam kesusahan.
Jawapan :
1) Lintah darat.
2) Meninggi diri.
3) Tangan terbuka.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Saiful bekerja di sebuah syarikat pengangkutan. Dia merupakan seorang pekerja

yang rajin dan akan menyiapkan tugasannya sehingga selesai walaupun
menghadapi pelbagai rintangan. Saiful berperanan penting di tempat kerjanya
kerana dia sangat berkemahiran dan mampu mengendalikan syarikat dengan
baik. Dia sentiasa meningkatkan kecekapannya supaya kebolehannya setanding
dengan pegawai-pegawai yang lain.
Jawapan :
1) Genggam bara api biar sampai jadi arang.
2) Tulang belakang.
3) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Syarifah merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Semasa
mengulangkaji pelajaran, dia akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh
gurunya dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat jawapan yang tepat.
Syarifah sedar bahawa untuk meraih kejayaan, dia perlu berusaha dengan tekun.
Walaupun letih, dia percaya bahawa keperitan yang dialaminya sekarang akan
menjanjikan kesenangan pada masa hadapan.
Jawapan :
1) Memerah otak.
2) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
3) Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu
besenang-senang kemudian.
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Aziz masih memegang status kerakyatan Malaysia walaupun sudah dua puluh
tahun menetap di England. Dia tidak menghadapi sebarang kesulitan tinggal di
sana kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat
setempat. Aziz mendapati kehidupan di England tidaklah sehebat yang
disangkakan sebagaimana yang sering didengarnya sebelum ini. Namun dia
terpaksa meneruskan kehidupannya di sana kerana kontrak kerjanya masih
belum tamat.
Jawapan :
1) Anak dagang.
2) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
3) Indah khabar dari rupa.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Penduduk Taman Perdana mengadakan gotong royong untuk membersihkan
kawasan persekitaran. Mereka bersama-sama melakukan kerja sama ada mudah
atau susah. Penduduk taman yang berbilang kaum itu bertolak ansur dan hidup
aman dan damai. Sekiranya ada penduduk di taman itu yang menghadapi
kesusahan, yang lain turut bersimpati dan cuba membantu.
Jawapan :
1) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
2) Muafakat membawa berkat
3) Cubit paha kiri, peha kanan pun terasa sakit
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Kerajaan telah memilih Kampung Siantan sebagai kampung angkat. Kampung itu
terpilih kerana majoriti penduduknya rajin bekerja dan mereka juga mudah
memberikan pertolongan jika diperlukan. Dalam salah satu projek yang
dijalankan, penduduk kampung telah bersepakat untuk mendirikan semula
rumah Pak Kemat yang hampir roboh. Sikap pemuda-pemuda kampung yang
suka menghabiskan masa di tepi-tepi jalan pula amat dikesalkan kerana tidak
sudi membantu walaupun telah ditegur.
Jawapan :
1) Ringan tulang
2) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
3) Muka tembok

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Gejala sosial dalam kalangan remaja begitu membimbangkan. Walaupun telah
diberi teguran dan dinasihati oleh keluarga, guru dan masyarakat pelbagai
masalah sosial terus berlaku. Ada di antara remaja terbabit telah ditangkap dan
dihantar ke pusat serenti atau pusat pemulihan akhlak. Golongan ini memang
menyusahkan masyarakat yang cinta akan kedamaian. Walaupun begitu, ibu
bapa dan keluarga mereka tetap tidak berputus asa, malahan terus berusaha
untuk memastikan masalah ini dapat diatasi.
Jawapan :
1) Bagai mencurah air ke daun keladi
2) Sampah masyarakat
3) Pantang berundur sebelum berjuang

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Masyarakat kampung terkenal dengan semangat bekerjasama. Hal ini dapat
dilihat apabila ada majlis kenduri-kendara. Masyarakat di bandar pula lebih
mementingkan diri sendiri dan keadaan ini berpunca daripada latar belakang
hidup yang berbeza. Jika berlaku sesuatu masalah, mereka terasa berat untuk
membantu. Namun, keistimewaan tinggal di bandar, penduduknya akan terasa
aman kerana tiada orang yang menyibuk akan hal orang lain. Sedangkan jika di
kampung, apabila berlaku sahaja sesuatu perkara, akan gemparlah seluruh
kampung.
Jawapan :
1) Bagai aur dengan tebing.
2) Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
3) Mulut tempayan.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Pak Salleh yang telah lama berniaga makanan di kampung telah mengambil
keputusan untuk mencuba nasib dengan membuka restoran di Kuala Lumpur.
Perniagaannya sangat baik kerana sejak akhir-akhir ini dia telah mendapat
banyak keuntungan hingga kehidupannya menjadi senang. Setelah beberapa
tahun, sikap tamak mula bersarang di hatinya menyebabkan dia menutup
restorannya dan melibatkan diri sebagai kontraktor bangunan. Namun
malangnya, syarikat barunya itu telah gagal mendapat sebarang projek dan
diistiharkan muflis menyebabkan dia menjadi miskin.
Jawapan :
1) Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
2) Seperti mendapat durian runtuh.
3) Yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran.
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Budaya dan minat membaca hendaklah dipupuk sejak kecil lagi. Kita bersyukur
kerana sudah ada pihak yang berani tampil dengan beberapa pendekatan
sistematik bagi menimbulkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak
yang berusia tiga hingga empat tahun agar mereka mahir membaca. Ahli
keluarga terutamanya ibu bapa juga harus menampilkan teladan dalam
memupuk minat membaca. Sekiranya budaya ini sudah dijadikan amalan, sudah
pasti anak-anak akan mengikut jejak langkah mereka. Masyarakat perlu sedar
bahawa tanpa ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pembacaan, mereka

akan terus menjadi masyarakat yang buta ilmu dan ketinggalan zaman.
Jawapan :
1) Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
2) Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
3) Seperti katak di bawah tempurung.
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Samad bekerja sebagai seorang nelayan kecil-kecilan. Dia tidak hanya
bergantung kepada pendapatan sebagai nelayan sahaja sebaliknya turut
mengambil upah menjahit jala yang terkoyak sebagai cara untuk menambahkan
pendapatannya. Samad juga sering beringat dan tidak boros berbelanja dan
akan menyimpan wang untuk keperluan semasa susah. Walau bagaimanapun,
dia amat sedih apabila sampannya dihanyutkan ombak petang semalam kerana
dia terlupa untuk menambatnya.
Jawapan :
1) Mencari jalan.
2) Sediakan payung sebelum hujan.
3) Bagai kaca terhempas ke batu.
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Daud masih tidak puas hati dan terus menuntut harta pusaka peninggalan
ayahnya daripada abang-abangnya walaupun pembahagian sama rata telah
dibuat. Perangainya itu menimbulkan kemarahan keluarganya kerana semasa
ayahnya masih hidup, Daud dengan jelas mengatakan bahawa dia tidak kisah
akan harta tersebut. Sikapnya itu telah menjadikan hubungan mereka sekeluarga
terjejas walaupun sebelum ini mereka sekeluarga cukup akrab.
Jawapan :
1) Bagi betis nak paha.
2) Cakap tak serupa bikin.
3) Batu penghalang

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Para pengunjung yang datang ke kedai lelongan itu amat sedikit walaupun iklan
tentang lelongan itu telah disebarkan secara meluas menerusi media massa.
Sebahagian daripada pelanggan yang datang ke kedai itu berasa kesal kerana
barangan yang ada di situ tidak banyak pilihan untuk dibeli seperti yang
disangka oleh mereka. Jelaslah perkara itu hanyalah omong kosong dan tidak

menepati maklumat dalam iklan yang disiarkan. Nampaknya pengunjung pulang

dengan hampa kerana terpaksa pulang tanpa membeli apa-apa barangan.
Jawapan :
1) Boleh dihitung dengan jari
2) Indah khabar dari rupa
3) Tangan kosong
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Setiap indinvidu yang ingin berjaya tidak boleh hanya mengharapkan bantuan
dan simpati orang lain. Mereka perlulah berusaha dengan gigih kerana tiada
kejayaan untuk orang yang malas. Apabila sudah berjaya, jangan pula kita
melupakan jasa semua pihak yang telah menolong kita seperti ibu bapa, guru
dan pihak kerajaan. Kita juga perlu bijak membuat keputusan dan jangan pula
terlalu mengikut arahan orang lain tanpa usul periksa atau memikirkan kesan
negatifnya kepada diri kita sendiri.
Jawapan :
1) Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.
2) Seperti kacang lupakan kulit.
3) Seperti lembu dicucuk hidung.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Semangat kejiranan masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Hubungan ini dikukukuhkan dengan aktiviti bekerjasama dan bergotong royong
sesama jiran tetangga. Mereka akan menghadapi situasi susah dan senang
bersama-sama. Amalan ini sudah sebati dalam diri mereka kerana telah diwarisi
sejak turun temurun.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Ismail menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan barangannya
dijual dengan harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut keuntungan yang
lebih. Ismail juga terkenal dengan sikapnya yang suka berbangga dengan

kejayaannya dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, isterinya tidak bersikap

sedemikian sebaliknya dia sering merendah diri dan tidak keberatan membantu
mereka yang dalam kesusahan.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Saiful bekerja di sebuah syarikat pengangkutan. Dia merupakan seorang pekerja
yang rajin dan akan menyiapkan tugasannya sehingga selesai walaupun
menghadapi pelbagai rintangan. Saiful berperanan penting di tempat kerjanya
kerana dia sangat berkemahiran dan mampu mengendalikan syarikat dengan
baik. Dia sentiasa meningkatkan kecekapannya supaya kebolehannya setanding
dengan pegawai-pegawai yang lain.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Syarifah merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Semasa
mengulangkaji pelajaran, dia akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh
gurunya dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat jawapan yang tepat.
Syarifah sedar bahawa untuk meraih kejayaan, dia perlu berusaha sehabis baik.
Walaupun letih, dia percaya bahawa keperitan yang dialaminya sekarang akan
menjanjikan kesenangan pada masa hadapan.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Aziz masih memegang status kerakyatan Malaysia walaupun sudah dua puluh
tahun menetap di England. Dia tidak menghadapi sebarang kesulitan tinggal di
sana kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat
setempat. Aziz mendapati kehidupan di England tidaklah sehebat yang
disangkakan sebagaimana yang sering didengarnya sebelum ini. Namun dia
terpaksa meneruskan kehidupannya di sana kerana kontrak kerjanya masih
belum tamat.

Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Penduduk Taman Perdana mengadakan gotong royong untuk membersihkan
kawasan persekitaran. Mereka bersama-sama melakukan kerja sama ada mudah
atau susah. Penduduk taman yang berbilang kaum itu dapat menikmati hidup
aman dan damai. Sekiranya ada penduduk di taman itu yang menghadapi
kesusahan, yang lain turut bersimpati dan cuba membantu.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Kerajaan telah memilih Kampung Siantan sebagai kampung angkat. Kampung itu
terpilih kerana majoriti penduduknya rajin bekerja dan mereka juga mudah
memberikan pertolongan jika diperlukan. Dalam salah satu projek yang
dijalankan, penduduk kampung telah bersepakat untuk mendirikan semula
rumah Pak Kemat yang hampir roboh. Pemuda-pemuda kampung yang sebelum
ini suka menghabiskan masa di tepi-tepi jalan pula telah diberi peluang untuk

menghadiri kelas komputer anjuran persatuan belia kampung itu.

Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Gejala sosial dalam kalangan masyarakat begitu membimbangkan. Walaupun
pihak kerajaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengadakan
pelbagai aktiviti, masalah kecurian, penagihan dadah dan gangsterisme terus
berlaku. Remaja terbabit telah ditangkap dan dihantar ke pusat serenti dan pusat
pemulihan akhlak. Golongan ini memang menyusahkan masyarakat yang cinta
akan kedamaian. Walaupun begitu, kerajaan tidak berputus asa, malahan terus
berusaha untuk memastikan masalah ini dapat diatasi. L
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Masyarakat kampung terkenal dengan semangat bekerjasama. Hal ini dapat
dilihat apabila ada majlis kenduri-kendara. Masyarakat di bandar pula lebih
mementingkan diri sendiri dan keadaan ini berpunca daripada latar belakang
hidup yang berbeza. Jika berlaku sesuatu masalah, mereka terasa berat untuk
membantu. Namun, keistimewaan tinggal di bandar, penduduknya akan terasa
aman kerana tiada orang yang menyibuk akan hal orang lain. Sedangkan jika di
kampung, apabila berlaku sahaja sesuatu perkara, akan gemparlah seluruh
kampung.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________

3) _____________________________________________________________________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Pak Salleh yang telah lama berniaga makanan di kampung telah mengambil
keputusan untuk mencuba nasib dengan membuka restoran di Kuala Lumpur.
Perniagaannya sangat baik kerana sejak akhir-akhir ini dia telah mendapat
banyak keuntungan hingga kehidupannya menjadi senang. Setelah beberapa
tahun, sikap tamak mula bersarang di hatinya menyebabkan dia menutup
restorannya dan melibatkan diri sebagai kontraktor bangunan. Namun
malangnya, syarikat barunya itu telah gagal mendapat sebarang projek dan
diistiharkan muflis menyebabkan dia menjadi miskin.

Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Budaya dan minat membaca hendaklah dipupuk sejak kecil lagi. Kita bersyukur
kerana sudah ada pihak yang berani tampil dengan beberapa pendekatan
sistematik bagi menimbulkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak
yang berusia tiga hingga empat tahun agar mereka mahir membaca. Ahli
keluarga terutamanya ibu bapa juga harus menampilkan teladan dalam
memupuk minat membaca. Sekiranya budaya ini sudah dijadikan amalan, sudah
pasti anak-anak akan mengikut jejak langkah mereka. Masyarakat perlu sedar
bahawa tanpa ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pembacaan, mereka
akan terus menjadi masyarakat yang buta ilmu dan ketinggalan zaman.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Samad bekerja sebagai seorang nelayan kecil-kecilan. Dia tidak hanya
bergantung kepada pendapatan sebagai nelayan sahaja sebaliknya turut
mengambil upah menjahit jala yang terkoyak sebagai cara untuk menambahkan
pendapatannya. Samad juga sering beringat dan tidak boros berbelanja dan
akan menyimpan wang untuk keperluan semasa susah. Walau bagaimanapun,
dia amat sedih apabila sampannya dihanyutkan ombak petang semalam kerana
dia terlupa untuk menambatnya.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Daud masih tidak menuntut harta pusaka peninggalan ayahnya daripada abangabangnya walaupun pembahagian sama rata telah dibuat. Perangainya itu
menimbulkan kemarahan keluarganya kerana semasa ayahnya masih hidup,
Daud dengan jelas mengatakan bahawa dia tidak kisah akan harta tersebut.
Sikapnya itu telah menjadikan hubungan mereka sekeluarga terjejas walaupun
sebelum ini mereka sekeluarga cukup akrab.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Para pengunjung yang datang ke kedai lelongan itu amat sedikit walaupun iklan
tentang lelongan itu telah disebarkan secara meluas menerusi media massa.
Sebahagian daripada pelanggan yang datang ke kedai itu berasa kesal kerana
barangan yang ada di situ tidak banyak pilihan untuk dibeli seperti yang
disangka oleh mereka. Jelaslah perkara itu hanyalah omong kosong dan tidak
menepati maklumat dalam iklan yang disiarkan. Nampaknya hajat pengunjung
untuk mendapat apa yang mereka hajati pada hari itu tidak akan tercapai.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________

2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Setiap indinvidu yang ingin berjaya tidak boleh hanya mengharapkan bantuan
dan simpati orang lain. Mereka perlulah berusaha dengan gigih kerana tiada
kejayaan untuk orang yang malas. Apabila sudah berjaya, jangan pula kita
melupakan jasa semua pihak yang telah menolong kita seperti ibu bapa, guru
dan pihak kerajaan. Kita juga perlu bijak membuat keputusan dan jangan pula
terlalu mengikut arahan orang lain tanpa usul periksa atau memikirkan kesan
negatifnya kepada diri kita sendiri.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai