Anda di halaman 1dari 2

Karangan Pengalaman : Pengalaman Semasa Cuti Sekolah

Soalan : Tuliskan pengalaman anda semasa cuti sekolah baru-baru ini.

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah pergi ke Legoland. Legoland
terletak di Nusajaya, Johor. Saya pergi ke sana bersama keluarga saya
dengan menaiki kereta.

Ketika sampai di Legoland, keadaan di situ riuh rendah. Banyak orang


sedang berbaris untuk membeli tiket di kaunter. Kami bergambar untuk
kenang-kenangan di pintu masuk Legoland.

Kami memulakan aktiviti dengan pergi ke Legoland Waterpark. Saya dan


adik syaa bermain air di kolam. Kami meluangkan masa selama tiga jam.
Selepas itu kami makan tengah hari di sebuah restoran yang terdapat di
Legoland.

Selepas solat Zohor, kami mula menerokai Legoland. Saya dan adik saya
mencuba aktiviti memandu kereta. Kami juga memandu bot yang mudah
dibawa dan dikendalikan.

Kemudian kami pergi ke 'Lego Star Wars Miniland'. Banyak karakter Star
Wars yang dipamerkan. Karakter di situ dibuat menggunakan lego.
Terdapat lego Star Wars yang dijual tetapi saya tidak membelinya kerana
harganya sangat mahal.

Selepas itu kami ke 'Lego Mindstorm'. Kami belajar tentang robotik. Saya
dan adik saya berjaya membuat robot menggunakan bahan yang
disediakan. Namun kami gagal untuk menggerakkan robot itu secara
automatik. Seorang kakitangan Legoland membantu kami menggerakkan
robot yang kami bina.

Apabila menjelang Maghrib, kami mendaftar masuk ke Hotel Legoland.


Bilik Hotel Legoland amat besar, luas dan cantik. Selepas mandi kami
terus tidur kerana kepenatan.

Selepas bangun pagi, kami mandi,solat dan bersarapan pagi. Kami


mendaftar keluar dari Hotel Legoland. Kami bergambar di hadapan Hotel
Legoland. Kami melihat Legoland untuk kali terakhir.

Kami bertolak balik dari Legoland ke kediaman kami di Kemaman,


Terengganu. Kami merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Legoland
tetapi gembira dapat pergi ke Legoland.

Anda mungkin juga menyukai