Anda di halaman 1dari 1

Percutian ke Pulau Pangkor

Cuti sekolah bermula lagi pada setiap hujung tahun. Destinasi pilihan keluargaku
pada kali ini ialah Pulau Pangkor. Pada tarikh 4 Disember 2013 seawal jam 3
pagi, kami telah bertolak untuk menuju ke lokasi yang mula menjadi sebutan
anakku. Sepanjang perjalanan kami diiringi oleh hujan renyai yang berpanjangan
sejak dari petang semalam. Risau juga dalam hati sekiranya hujan akan
berterusan dan membantutkan perancangan yang telah dibuat. Walau
bagaimanapun perjalanan kami amat lancar kerana pada waktu begini kurang
kenderaan dan tiada halangan. Kami tiba di jeti Marina Island tepat jam 7.35
pagi. Kami terus membeli tiket untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor. Harga tiket
bagi penumpang dewasa ialah RM10 manakala kanak-kanak pula RM5 pergi dan
balik. Anak-anakku sungguh gembira bila feri mula menghidupkan enjin dan
memulakan perjalanan di atas laut yang sedikit bergelora itu. Deruan ombak dan
buih-buih putih dari enjin feri itu membuatkan anak-anakku tidak sedar masa
yang diambil lebih kurang 10 minit untuk sampai ke jeti Pulau Pangkor.
Aku dan suami terus menuju ke arah pemandu teksi di pulau tersebut
untuk mendapatkan khidmat mereka bagi membawa kami sekeluarga
mengelilingi pulau tersebut. Sebelum bertolak, aku telah mencari beberapa info
sebagai panduan untuk aku berada di sana dengan selesa, selamat dan jimat.
Pak Cik Ramli, orang yang bertanggung jawab membawa kami sekeluarga ke
beberapa lokasi pilihan para pelancong ke pulau tersebut. Kami telah dibawa ke
Kota Belanda di Kampong Acheh. Kota ini merupakan salah satu daripada kesan
tinggalan sejarah di negeri Perak. Kami beruntung kerana di situ kami boleh
bersarapan pagi. Apa lagi, roti canai dan minuman panaslah pilihan kami. Apabila
perut kenyang, barulah hati berasa seronok untuk berjalan-jalan.
Sepanjang perjalanan, beliau yang ramah terus bercerita tentang
keindahan dan kelebihan Pulau Pangkor. Lokasi seterusnyaialah Galeri Pulau
Pangkor. Banyak bahan bersejarah yang disimpan di situ. Antara yang menarik
ialah batu yang tidak tenggelam di atas air, peralatan menangkap ikan bagi para
nelayan, duit-duit lama, artifak dan pakaian tradisional.
Kami juga dibawa ke Taman Fu Lin Kung . Kami amat teruja kerana di situ
banyak perkara menarik yang kami temukan. Antaranya replika tembok besar
China, kura-kura yang banyak dan ikan-ikan yang amat besar dan cantik di kolam
yang disediakan. Apa lagi bergambar sakan le anak-anak di situ.
Seterusnya, kami dibawa ke kilang sate ikan. Banyak hasil laut yang dijual
disitu. Antaranya ialah ikan bilis, ikan masin, sotong dan udang kering serta
pelbagai makanan ringan daripada hasil laut. Harganya juga berpatutan. Aku
tidak ketinggalan membeli produk di situ. Nasib baiklah Pak Cik Ramli tidak
jemu melayan dan menunggu kami membeli belah .

Anda mungkin juga menyukai