Anda di halaman 1dari 2

Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan.

Itulah yang telah saya alami sewaktu saya dan


keluarga saya pergi bercuti ke Pulau Langkawi pada cuti sekolah tempoh hari.Kami pergi dengan
menaiki kereta Naza Ria.Setelah melalui Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) selama tujuh jam,akhirnya
kami tiba di Kuala Perlis.

Kami kemudiannya menaiki feri menuju ke Jeti Kuah.Perjalanan yang mengambil masa
hampir satu jam itu saya gunakan untuk menikmati keindahan laut yang membiru.Nun di
kejauhan,saya terlihat sampan nelayan berkolek-kolek dipukul ombak. Perasaan gembira bercampur
teruja jelas sekali menguasai diri saya dan tanpa melengahkan lagi masa saya dan kakak saya segera
bergambar bersama-sama

Apabila tiba di jeti,ayah segera menyewa sebuah kereta.Ayah membawa kami ke sebuah
hotel yang sudah ditempah.Sesampainnya di hotel,kami segera mandi dan bertukar pakaian . Destinasi
pertama yang menjadi pilihan kami sekeluarga setelah merehatkan diri sebentar di hotel sudah tentu
Pantai Chenang . Keindahan Pantai Chenang ini ternyata susah untuk diungkapkan melalui kata-kata.
Kami berasa sangat seronok mandi-manda di sini bersama dengan ayah saya.Selepas penat mandi-
manda di pantai, kami memutuskan untuk terus pulang ke hotel bagi menikmati makan malam.

Hari kedua kami isikan dengan melawat sekitar pulau.Kami tidak melepaskan peluang
melihat tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri, Underwater World, Beras Terbakar, Telaga
Tujuh, Gunung Mat Cincang, kilang minyak gamat,Tasik Dayang Buting.Kami adik-beradik
berpeluang berkejaran di pantai yang bersih.

Ibu mengajak kami membeli-belah di Pekan Kuah.Banyak barang yang ibu beli seperti
pinggan mangkuk dan kain batik . Kami telah menghabiskan masa dengan membeli pelbagai jenis
cenderahati seperti coklat, minyak gamat dan pelbagai jenis pinggan untuk ahli keluarga yang tidak
dapat menyertai lawatan ini.

Hari ketiga,kami berangkat pulang meninggalkan pulau yang indah,bersih dan menarik
itu.Tempoh tiga hari bagi kami tidak mencukupi untuk melawat sebuah pulau yang agak luas.
Sesungguhnya, semua kenangan dan pengalaman indah yang telah saya alami sewaktu berkunjung ke
sini akan menjadi suatu memorabilia yang akan selalu terpahat di kotak minda saya ini.
Pulau Pinang
1.Batu Ferringi-laut
2.Taman bunga
3.Taman rama-rama
4. Pagoda
5.Bukit bendera

Kuala Lumpur
1. The River of Life-sungai
2. Petrosains
3. Planetarium Negara
4. Pusat Sains Negara
5. I City

Melaka

1.Kota A Famosa
2.Muzium Melaka
3. Taming Sari
4.Jongker Street
5.Pantai Puteri Melaka

Anda mungkin juga menyukai