Anda di halaman 1dari 8

Catatan : Berkelah Di Tepi Pantai

Kamu dan keluarga telah berkelah di tepi pantai pada hujung minggu.
Tulis catatan yang lengkap tentang aktiviti perkelahan tersebut.

Sabtu, 20 Januari 2018


9.00 pagi
Aku dan keluargaku bersiap-siap. Kami akan pergi berkelah di
Pantai Batu Ferringi. Adikku membantu ibu menyediakan makanan. Aku
pula membantu abang dan ayah memasukkan beg ke dalam bonet kereta.

10.00 pagi
Kami bertolak ke pantai. Sebelum bertolak, ayah memeriksa
kereta supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku. Semasa
dalam perjalanan, aku membaca buku cerita yang dibawa dari rumah.
Adikku terlena sepanjang perjalanan.

11.00 pagi
Kami tiba di Pantai Batu Ferringi. Kelihatan orang ramai mula
memenuhi pantai. Kami mencari tempat untuk menghamparkan tikar.
Akhirnya, kami menjumpai tempat untuk meletakkan bekalan makanan
dan tikar.
Kemudian, aku dan adikku berlari anak ke arah laut. Kami
bermandi-manda dengan gembira. Adikku menggunakan pelampung
supaya tidak lemas.

1.00 petang
Aku dan adikku berhenti mandi. Kami ke tandas yang disediakan
untuk membilas badan. Kemudian, aku dan keluargaku makan tengahari
di atas tikar. Masakan ibu sungguh sedap.
2.00 petang
Aku dan ayahku serta abangku bermain bola tampar. Adikku pula
membina istana dari pasir. Orang ramai juga bermain permainan yang
sama.

4.30 petang
Keluargaku mula bersiap-siap untuk pulang. Setelah memasukkan
semua barang ke dalam kereta, kami bertolak pulang. Kami berasa
sangat gembira.
Catatan : Aktiviti Hari Minggu
Setiap orang melakukan pelbagai aktiviti pada cuti hujung minggu. Tulis
catatan tentang aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Sabtu, 20 Mac 2018

6 pagi
Saya bangun dari tidur dan terus mandi. Selepas itu, saya
sembahyang bersama keluarga. Kemudian, saya pergi ke dapur untuk
membantu ibu menyediakan sarapan.

7.30 pagi

Saya dan adik serta ayah berjogging di taman rekreasi. Kami


berjoging untuk menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Selepas
berjoging, kami berehat seketika di pondok sambil berbual-bual.

8.30 pagi

Kami tiba di rumah dan terus mandi sebelum bersarapan.


Selesai sarapan,saya membantu ibu mengemas meja.

10.00 pagi

Saya membantu ibu menjemur pakaian. Setelah siap, saya


mengulangkaji pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah. Abang
membantu saya menyiapkan kerja sekolah.

Setelah menyiapkan kerja sekolah, ibu membenarkan saya


berehat seketika. saya mengambil peluang ini dengan menonton
televisyen bersama abang dan adik-adik saya.

2.00 petang
Selepas makan tengahari, ayah mengajak saya sekeluarga ke
Mesra Mall. Di sana, saya bermain boling dengan ayah. Ibu pula sibuk
membeli belah di pasaraya.

6.00 petang

Saya mengikut keluarga saya pergi ke taman permainan. Di


sana, saya melihat ramai orang sedang beriadah bersama keluarga. Saya
berjumpa dengan kawan baik saya . Dia juga datang ke taman permainan
bersama ahli keluarganya.

9.00 malam
Selepas itu, saya bersama keluarga makan malam. Selesai makan,
saya mengulangkaji pelajaran. Selepas mengulangkaji, saya mengemas
buku dan menyalin jadual kerana esok adalah hari persekolahan.

10.30 malam.

Saya masuk ke dalam bilik untuk tidur.Saya berasa sangat gembira


kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang saya.

Catatan : Hari Kecemerlangan


Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kecemerlangan. Tulis catatan
tersebut dengan selengkapnya.

Rabu, 10 November, 2018

7.30 pagi
Semua murid yang menerima hadiah berkumpul di tapak
perhimpunan. Guru-guru sibuk mengambil kedatangan murid yang akan
mengambil hadiah pada hari ini.

8.00 pagi
Semua murid yang menerima hadiah bergerak ke dewan dalam
satu barisan. Guru-guru menyusun murid mengikut kategori hadiah yang
diterima murid. Cikgu Vani berada di hadapan pentas untuk memulakan
acara.

8.30 pagi
Ibu bapa yang hadir duduk ditempat yang disediakan. Majlis
dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh adik Kumar. Selepas bacaan
doa, Guru Besar menyampaikan ucapan kepada ibu bapa yang hadir.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh
Pengerusi PIBG sekolah. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa
sekolah ini bukan sahaja mempunyai guru yang hebat malahan pelajarnya
juga cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.

9.30 pagi
Majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid tahun
lima dan tahun enam. Semua hadirin terpegun apabila melihat
persembahan yang mengagumkan.
Selepas persembahan, acara penyampaian hadiah dimulakan.
Kategori hadiah pertama ialah hadiah CGPA terbaik dan Graduasi Tahun
6. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar .
Seterusnya, acara penyampaian hadiah bagi sijil tamat pra
sekolah dan markah tertinggi dalam mata pelajaran oleh Yang Dipertua
PIBG sekolah.
Anugerah tokoh pelajar lelaki dan perempuan telah
disempurnakan oleh Guru Besar. Tokoh pelajar lelaki disandang oleh
Ramu manakala tokoh perempuan pula disandang oleh Kavita.

12.30 tengahari

Selesai sahaja acara penyampaian hadiah, majlis diteruskan


dengan acara cabutan bertuah. Ibu bapa yang menerima hadiah
kelihatan sangat gembira. Sebelum pulang, semua ibu bapa dan pelajar
dijemput menikmati jamuan ringan.
Catatan : Perkhemahan Unit Beruniform
Soalan : Kamu dan rakan-rakan telah menyertai perkhemahan unit
beruniform anjuran pihak sekolah.
Tuliskan catatan tentang perkhemahan tersebut.

Jumaat, 10 Jun 2018

Aku tiba di sekolah untuk mengikuti satu perkhemahan pengakap


yang diadakan di Bukit Mertajam. Setelah mendengar taklimat daripada
Cikgu Kumar, kami pun bertolak. Ahli pengakap yang terlibat seramai 30
orang dan disertai oleh 5 orang guru.

Setelah tiba, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kami diarah


membersihkan kawasan. Setelah itu, kami mendirikan khemah. Aku dan
beberapa orang rakan diarah untuk mencari kayu api untuk digunakan
semasa memasak dan untuk dijadikan unggun api. Pada waktu malam,
kami hanya berehat sahaja.

Sabtu, 11 Jun 2018


Selepas sembahyang , kami bersarapan. Selepas itu, kami
mengadakan aktiviti senaman. Kemudian aktiviti kawad kaki diadakan.
Banyak yang aku pelajari semasa aktiviti ini.

Pada waktu petang kami menjalankan aktiviti meredah hutan.


Melalui aktiviti ini, kami dapat mengetahui tentang flora dan fauna yang
terdapat di hutan ini. Kami juga bermandi-manda di air terjun yang
berdekatan.

Pada waktu malam, telah dijalankan aktiviti unggun api. Melalui


aktiviti ini, setiap kumpulan perlu mengadakan persembahan. Kumpulan
aku mengadakan persembahan dikir barat. Aku sungguh seronok ketika
membuat persembahan.
Ahad, 12 Jun 2018

Pada pagi ini telah dijalankan aktiviti pertolongan cemas dan


ikatan. Selepas makan tengah hari, kami bersiap-siap untuk pulang. Kami
meruntuhkan khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan.
Pada pukul 2.00 petang, kami bertolak pulang. Aku berasa gembira
dapat mengikuti perkhemahan ini kerana banyak pengetahuan dan
pengalaman yang aku peroleh.

Anda mungkin juga menyukai