Anda di halaman 1dari 3

Kamu telah mengikuti lawatan ke suatu tempat yang menarik.

Tuliskan satu laporan


tentang lawatan tersebut.
Laporan Lawatan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang ke Melaka
Pada 24 Ogos 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan
lawatan ke Melaka, Bandaraya Bersejarah. Ahli rombongan kami terdiri daripada 40
orang murid dan 5 orang guru pengiring. Kami pergi dengan menaiki sebuah bas
yang disewa khas.
Tujuan lawatan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman
murid-murid berkaitan tempat-tempat bersejarah dan menarik di negeri Melaka.
Kami diminta berkumpul di dataran sekolah seawal pukul 6.45 pagi untuk
mendengar taklimat ringkas yang di sampaikan oleh Cikgu Manap. Selepas itu, kami
bertolak ke sana pada pukul 7.00 pagi dan kira-kira tiga jam kemudian,
kami berhenti sebentar di Pekan Bahau untuk bersarapan.
Kami tiba di Zoo Melaka pada pukul 12.00 tengah hari. Kami dapat melihat
pelbagai jenis hidupan liar di situ seperti harimau, gajah dan lain-lain lagi. Kami
berasa amat gembira kerana dapat melihat sendiri gelagat haiwan liar yang sukar
ditemui itu.
Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Buaya, pelbagai jenis buaya terdapat
di sini seperti buaya tembaga, buaya katak dan lain-lain lagi. Kemudian, pada pukul
1.30 petang, kami pergi ke Taman Rekreasi Air Keroh untuk makan tengah hari.
Pada pukul 2.00 petang, kami pergi ke Tugu A Famosa. Kami melihat
tinggalan sejarah di Zaman Penjajahan Portugis di Melaka dahulu. Banyak gerai
yang menjual pelbagai cenderamata dibuka di sini. Ramai murid dan guru tidak
melepaskan peluang untuk membeli cenderamata-cenderamata di situ sebagai
tanda
kenangan.
Pada pukul 4.00 petang, kami telah diberi peluang masuk dan melihat sendiri
Model Kapal Perang Portugis yang pernah menyerang Melaka dahulu. Selain itu
juga, kami dapat menaiki Menara Taming Sari yang membolehkan kami melihat
serata Bandaraya Melaka. Pelbagai perasaan dapat kami rasai semasa menaiki
menara ini seperti cemas, gembira, kagum dan sebagainya.
Pada pukul 5.00 hingga 6.00 petang, kami singgah pula di sebuah pasar raya
besar di bandaraya ini. Di pasar raya ini, terdapat pelbagai kedai yang menjual
barangan tertentu seperti pakaian, alat-alat elektronik, dan sebagainya.
Selepas itu, kami bertolak balik ke Temerloh. Kami singgah di Masjid Negeri
Melaka untuk sembahyang dan makan malam. Kami tiba di sekolah kami pada pukul
12.00 malam. Kami berasa gembira kerana dapat melawat pelbagai tempat yang
menarik semasa lawatan tersebut. Kami berharap agar pihak sekolah akan
mengadakan lawatan lagi.
Laporan

disediakan

oleh.

30

Ogos

2009

.........................................
(Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi)

Pengalaman Mengikuti Lawatan


Pada cuti sekolah yang lepas saya mengikuti
lawatan sambil belajar ke Taman Hidupan Liar. Lawatan
tersebut dianjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah
Kebangsaan Taman Jaya. Tujuan lawatan adalah untuk
mendapatkan maklumat berkenaan haiwan-haiwan
yang terdapat di dalam hutan. Seramai 40 orang murid
dan 5 orang guru pengiring menyertai
lawatan
tersebut.
Sebelum bertolak, murid-murid beratur di tapak
perhimpunan pada pukul 8.00 pagi. Guru pengiring
memberi taklimat dan nasihat supaya menjaga disiplin
semasa berada di kawasan taman. Selepas memberi
taklimat, guru-guru pengiring membawa kami menaiki
bas rombongan. Kami beratur semasa menaiki bas
tersebut.
Semasa berada di dalam bas kami berbual-bual
dengan rakan-rakan. Ada juga rakan yang bercerita
tentang pengalaman pernah ke Taman Hidupan Liar
sebelum ini. Kami juga menikmati kuih-muih dan air
kotak yang diberi semasa di dalam bas untuk mengalas
perut.
Kami tiba di Taman Hidupan Liar pada jam 9.00
pagi. Selepas turun dari bas, pegawai yang bertugas
menyambut ketibaan kami. Beliau memberi taklimat
ringkas serta maklumat tentang taman kepada kami.
Selepas itu, kami diberi peluang untuk melihat dari
dekat binatang yang ada di dalam taman. Kami juga
sempat melihat pertunjukkan burung yang telah dilatih
untuk menghiburkan hati kami. Ada juga murid yang
mengambil peluang mengambil gambar dan membeli
cenderamata untuk dihadiahkan kepada ibu bapa.

Selepas menikmati makan tengah hari kami pulang


pada jam 1.00 petang. Tiba di sekolah ibu bapa kami
telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Di
dalam perjalanan pulang ke rumah, saya bercerita
pengalaman yang menyeronokkan kepada ibu.
Walaupun agak letih, saya berasa sangat gembira.

Anda mungkin juga menyukai