Anda di halaman 1dari 2

Kamu telah menyertai satu lawatan sambil belajar.

Tulis sepucuk surat


kepada kawan kamu dan ceritakan pengalaman kamu semasa lawatan
tersebut.

No. 07, TJ 1/8,


Taman Temerloh Jaya,
28000 Temerloh,
Pahang.
27 Jun 2017

Assalamualaikum, menemui sahabatku Fatimah yang kurindui selalu.


Diharapkan saudari seisi keluarga sihat. Tujuan saya menulis surat ini adalah
untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman saya semasa
lawatan ke Melaka.

Saudari,
Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah menyertai lawatan ke
Melaka, Bandaraya Bersejarah anjuran Kelab Bahasa Melayu sekolah.
Rombongan itu disertai oleh 40 orang murid dan lima orang guru pengiring
dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada murid


melihat sendiri kesan-kesan sejarah negeri Melaka di samping melawat
beberapa tempat menarik di negeri tersebut. Sebelum bertolak ke sana,
kami berkumpul di dataran sekolah untuk taklimat ringkas dan bertolak ke
sana kira-kira pukul 8.00 pagi.

Saya sungguh gembira melihat pemandangan yang indah


sepanjang perjalanan tersebut. Tempat pertama yang kami singgah setelah
tiba di Melaka ialah Zoo Melaka dan Taman Buaya yang terletak
berhampiran. Di situ kami dapat melihat gelagat pelbagai jenis hidupan liar
yang menghiburkan.

Kemudian, kami makan tengah hari di Taman Rekreasi Air Keroh.


Selepas itu kami pergi ke Tugu A Famosa dan berpeluang untuk masuk dan
melihat sendiri Model Kapal Perang Portugis yang pernah menyerang
Melaka. Selain itu, saya juga memberanikan diri menaiki Menara Taming Sari
untuk melihat hampir seluruh Bandaraya Melaka.

Sebelum bertolak balik, kami singgah di Masjid Negeri Melaka


untuk sembahyang dan makan malam. Kami tiba di sekolah kira-kira pukul
12.00 tengah malam dengan perasaan gembira. Akhir sekali, sudilah saudari
ceritakan pengalaman menarik kepada saya di sini. Sekian sahaja untuk kali
ini. Diharap saudari sudi membalas surat saya.

Sahabatmu,

Amirull

Anda mungkin juga menyukai