Anda di halaman 1dari 2

Karangan Perbincangan/ Fakta

Langkah-langkah untuk memajukan mutu sukan Negara.


Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One,
LeTour De Langkawi, Sukan Komenwell dan sebagainya. Pecapaian Malaysia sebagai
penganjur tidak dapat dinafikan kehebatannya. Walaupun begitu, pencapaian Malaysia
sebagai peserta amatlah mengecewakan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha haruslah
dilakukan untuk memajukan sukan negara.
Punca utama para atlet tidak bergiat lama dalam bidang ini kerana tiada jaminan masa
depan kepada mereka. Oleh itu, suatu usaha harus dilakukan untuk menjamin masa depan
mereka. Terutama peluang pekerjaan jika berlaku kecederaan kepada mereka. Selain itu,
elaun dan pencen harus diberikan kepada mereka yang bergiat aktif dalam mewakili
Malaysia, tidak kira sama ada atlet tersebut menang ataupun kalah. Di samping itu, suatu
organisasi harus ditubuhkan untuk menjaga kebajikan atlet Malaysia.
Bak kata pepatah, meluntur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, untuk membentuk atlet,
pendedahan haruslah dimulakan dari peringkat kanak-kanak. Sekolah sukan haruslah dibina
di setiap daerah atau disetiap negeri. Sekolah sukan berkaitan pula dibina dari peringkat
sekolah rendah. Di sekolah tersebut, kelengkapan sukan haruslah lengkap. Segala ilmu
seperti teknik pernafasan yang betul diajar selain teknik menguasai permainan sukan yang
dipilih. Subjek sukan dimasukkan dalam silibus dan diuji, sama seperti ujian bagi mata
pelajaran lain.Oleh itu, pelajar tersebut akan memandang serius dalam subjek tersebut.
Di peringkat sekolah pula, Bulan kesukanan perlulah diadakan. Pelbagai aktiviti
kesukanan haruslah diadakan dan hadiah yang menarik pula perlulah ditawarkan sebagai
ganjaran. Selain itu, perlawanan persahabatan dalam sukan serta perlawanan peringkat
sekolah haruslah ditingkatkan untuk mencungkil bakat terpendam para pelajar yang
seharusnya menjadi pelapis atlet yang sedia ada. Sementelahan, kemudahan untuk sukan
dan peruntukan untuk membeli peralatan sukan haruslah disediakan selain galakan
daripada pihak guru dan ibu bapa.
Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memajukan lagi sukan di negara
kita. Pihak Kerajaan haruslah giat menjalankan kajian untuk memantapkan lagi sukan
negara. Semua pihak termasuklah ibu bapa seharusnya memberi bimbingan dan galakan
kepada anak-anak yang berkecenderungan terhadap bidang sukan. Majulah sukan untuk
negara.

Kepentingan Perpaduan kaum di Malaysia


'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan
kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun
semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu
perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang
bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan,
tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh'.
Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri
yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan
masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah
membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah.
Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang
harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat
membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia
akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya
masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di
bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan
kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu
sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk
melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf
ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara lain.
Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang
dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan
peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan.
Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan
masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini.
Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini
digeruni oleh negara luar.

Anda mungkin juga menyukai