Anda di halaman 1dari 2

Contoh Karangan Pendapat: Masa

Lapang

Golongan Remaja Mesti Mengisi Masa Lapang Dengan Perkara Yang Berfaedah
Ramai yang beranggapan bahawa masa itu emas. Tanggapan tersebut sememangnya bertepatan
dengan nilai masa itu sendiri. Hal Ini kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Oleh itu,
seseorang itu seharusnya bijak membahagikan masa mereka. Kejayaan seseorang itu banyak
bergantung kepada cara memanfaatkan masa yang terluang. Tuhan telah memberikan kita masa
selama 24 jam sehari dan diri kitalah yang diberi tanggungjawab untuk memperuntukkan masa
tersebut dengan aktiviti yang berfaedah.

.Namun,disebalik pembangunan negara yang semakin pesat ini,masih ada lagi golongan
remaja yang berfikiran sempit dang sering kali melakukan perkara yang tidak mendatangkan
manfaat.Masa lapang sepatutnya terisi dengan aktiviti yang berfaedah dan masa amatlah
penting bak kata pepatah Masa Itu Emas.Masa tidak sepatutnya terbuang begitu sahaja
kerana masa yang terbuang tidak mungkin boleh diulang.
Pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan oleh golongan remaja untuk mengisi
masa lapang antaranya ialah dengan beriadah.Dengan beriadah,seseorang remaja itu dapat
mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh badan.Sekiranya badan kuat dan sihat,golongan
remaja dapat memberi bantuan dalam bentuk tenaga kerja seperti membantu ibu bapa dan
keluarga dalam menguruskan hal di rumah dan dapat meringankan beban yang ditanggung
oleh ibu bapa.Selain itu,sikap tanggungjawab dan bekerjasama dapat disemai dalam diri
setiap remaja dan melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.
Seterusnya,golongan remaja boleh mengisi masa lapang dengan menimba ilmu yang
merangkumi pelbagai bidang tidak kira samada di sekolah,kelas tambahan,kolej mahupun
hanya di rumah.Dengan cara ini,masa lapang dapat digunakan dengan penuh
manfaat.Remaja boleh mengisi masa lapang dengan membaca bahan bacaan yang berkaitan
dengan ilmiah dan bukan bahan bacaan yang mengandungi hiburan semata-mata.Sekiranya
remaja rajin menimba ilmu,nescaya banyak pengetahuan dan pengalaman yang
diperoleh.Golongan remaja yang seperti ini akan dihormati dan disenangi oleh ahli keluarga
dan masyarakat.
Selain itu,remaja perlu melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang
sering kali dianjurkan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak yang mewakili kebajikan
masyarakat.Hal ini dapat meningkatkan serta mengukuhkan ikatan ukhwah sesama anggota
masyarakat dan mengeratkan perpaduan dalam negara.Golongan remaja boleh
mendaftarkan diri untuk menjadi sukarelawan yang membantu mereka yang susah
terutamanya mangsa bencana alam.Golongan remaja perlu menjadi pelapis bagi generasi
yang prihatin akan kesusahan dan kesempitan hidup orang lain.
Remaja juga boleh melibatkan diri dengan kerja-kerja sampingan dan mengambil upah
bekerja bagi menambah wang perbelanjaan.Remaja juga boleh menyimpan wang yang
diperoleh di dalam akaun simpanan untuk kegunaan masa hadapan.Dengan ini,beban yang
ditanggung oleh ibu bapa dapat diringankan.Wang yang diperoleh juga boleh digunakan
untuk tujuan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang tertentu di samping dapat
merehatkan serta menenangkan fikiran.Selain itu,dengan aktiviti lawatan yang dijalankan
remaja dapat menambah ilmu pengetahuan dan meluaskan pengalaman serta menyemai
semangat patriotik dan cinta akan alam sekitar.

Konklusinya,setiap remaja mesti bijak membahagikan masa agar masa tidak terbuang
begitu sahaja.Remaja yang tidak menghargai masa akan merugukan diri sendiri dan mudah
terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat.

Anda mungkin juga menyukai