Anda di halaman 1dari 2

DRAMA BUKAN GILA

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

AZMIR : (Menunjukkan tanda nama yang tersemat pada bajunya).


PAK HAJI : (Sambil merenung tanda nama).Apa namanya ni? Pak Haji kurang jelas
pulak.
AZMIR : W.A.Domski
PAK HAJI : Nama apa tu, Azmir? Pak Haji rasa pelik benar bunyinya tu. Rasa-rasa Pak
Haji macam bukan nama orang sini saja.
AZMIR : Memang betul. Itu nama Orang Putih. Itu bermakna saya bukan orang
Melayu lagi.
PAK HAJI : (Menggeleng). Habis?
AZMIR : (Tersenyum sinis). Apa yang habis ?
PAK HAJI :Astaghfirullah, Azmir. Azmir mengucaplah banyak-banyak.Mengapa sampai
jadi macam ni, Azmir?
AZMIR : Itu hak saya. Tapi saya buat begitu bukan tanpa sebab.Saya bertindak
demikian kerana dalam masyarakat di sini sudah tidak ada kasih sayang.
Kasih sayang hanya wujud di bibir saja. Hanya wujud pada nama saja.
Nama saja tidak membawa makna apa-apa .Yang penting ialah praktiknya
yang diiringi dengan hati nurani yang bersih dan suci. Apa, Pak Haji memiliki
apa-apa yang saya sebut sebentar tadi tu? Saya ragui Pak Haji memilikinya.
PAK HAJI : Azmir, mengucap Azmir.
AZMIR : Apa? Pak Haji fikir saya sebodoh itu?Tak tahu mengucap?Saya sudah
mengucap lama dahulu. Pak Haji jangan hendak membodohkan saya. Saya
bukan tidak percaya kepada Tuhan. Saya cuma tidak percaya kepada
manusia. Lebih-lebih lagi manusia-manusia seperti Pak Haji ni. Manusia
yang bercakap lain tapi buat lain.

(Dipetik daripada drama Bukan Gila,


oleh Sharif Shaary
dalam antologi Sejadah Rindu,
SasbadiSdn. Bhd.)

(i) Apakah tanggapan Azmir terhadap masyarakat pada hari ini ?


(2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaaN
untuk memperkukuh nilai kasih sayang dalam kalangan rakyat?
(3 markah)

(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu nilai lain
daripada keseluruhan cerpen itu.
(4 markah)

Skema jawapan :
(i) Tanggapan Azmir terhadap masyarakat pada hari ini :

- sudah tiada kasih sayang


- kasih sayang mereka hanya pada bibir sahaja
- mereka bercakap lain, tetapi buat lain.

(ii) Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memperkukuh nilai
kasih sayang dalam kalangan rakyat :

- Menyerapkan nilai kasih sayang dalam sistem pendidikan sekolah.


- Menjayakan kempen nilai-nilai murni menerusi media massa.
- Memberikan bantuan kepada golongan yang berpendapatan rendah
- Memberikan bantuan peralatan sokongan kepada golongan orang kelainan
upaya.

(iii) Nilai dalam petikan drama :

Kasih sayang.Contohnya, Azmir mengatakan bahawa dia bertindak menukar


namanya kepada nama orang putih kerana dalam masyarakat di sini sudah tidak
ada kasih sayang. Kasih sayang hanya wujud di bibir sahaja.

Nilai lain dalam keseluruhan drama :

Ketabahan. Contohnya, Azmir tabah menghadapi dan melawan sakit barah otak
walaupun dia bersendirian sahaja.

Kesetiaan.Contohnya, Azmir setia dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia


terbayang-bayang Ani datang kepadanya walaupun hakikatnya Ani telah
meninggalkannya.

Anda mungkin juga menyukai