Anda di halaman 1dari 1

Syair Burung Nuri

Bermula warkah surat rencana, Penyair menceritakan warkah yang ditulis


Ikatan fakir yang sangat hina, oleh orang hina banyak kekurangan
Sajak dan nazam banyak tak kena, berdasarkan pendapatnya yang tidak
Daripada pendapat kurang sempurna. sempurna.

Gerangan sungguh amatlah leta, Penyair menyatakan bahawa dia dipandang


Perinya akal gelap-gelita, hina, pemikirannya yang tidak luas dan
Hemat pun rendah daif berserta, hidup dalam keadaan miskin.
Tambahan badan miskin dan nista.

Beribu ampun kiranya tuan, Penyair memohon maaf atas coretan kata-
Atasnya hulu fakir nistawan, katanya yang ditulis dalam perasaan sedih.
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.

Dituliskan sahifah supaya nyata, Penyair menulis surat untuk meluahkan


Barang yang ghairah di dalam cinta, perasaan cinta kepada pasangannya.
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.

Sudahlah nasib untung yang malang, Penyair menceritakan perjalanan hidupnya


Mengambah lautan berulang-ulang, yang sering dirundung malang dan terpaksa
Mudaratnya bukan lagi kepalang, menghadapi pelbagai cabaran.
Senantiasa di dalam nasib dan walang.

Hanyutlah badan ke sana ke mari, Penyair menceritakan kehidupannya yang


Segenap pesisir desa negeri, tiada hala tuju dan terumbang-ambing
Bertambahlah pula sopan dan negeri, hinggakan tidak makan dan minum.
Santap nan tidak minum pun kari.

Bangun terjunun badan suatu, Penyair tersedar bahawa kesedihan dan


Gundahlah fikir tiada tertentu, kekecewaan boleh mengakibatkan
Laksana cermin jatuh ke batu, hidupnya musnah.
Remuk dan redam hancur di situ.

Remuk dan redam rasanya hati, Penyair sedar kekecewaan boleh


Lenyaplah fikir budi pekerti, menyebabkan seseorang itu bertindak di
Jikalau kiranya hamba turuti, luar kawalan fikiran yang waras dan
Daripada hidup sebaiknya mati. rasional. Jika penyair menurut perasaannya
lebih baik dia memilih mati daripada hidup.

Anda mungkin juga menyukai