Anda di halaman 1dari 5

FOKUS SPM : KEBAIKAN MENGADAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Fokus Karangan Bahan Rangsangan SPM 2010 Kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara. Dengan berdasarkan soalan percubaan Bahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) negeri Perak, isu yang diketengahkan ialah kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara. Gambarajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada sambutan kemerdekaan negara. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara pada setiap tahun. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Rangka Karangan Pendahuluan Hari ulang tahun kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun mempunyai banyak kepentingannya Isi-isi (Sudah disediakan dalam bahan rangsangan) Memupuk semangat patriotik Memupuk perpaduan kaum Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan Penutup Hari ulang tahun kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat Karangan Contoh

Hari ulang tahun kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya.

Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.

Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam sambutan terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.

Melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain , semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Dengan cara itu, sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila.

Intihanya, ulang tahun hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu,
kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan ulang tahun tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah pasti rakyat negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.

KARANGAN BAHAGIAN A Soalan: Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada sambutan bulan kemerdekaan di sekolah. Huraikan pendapat anda tentang

kebaikan-kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan di sekolah pada setiap tahun. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. KARANGAN CONTOH Hari ulang tahun kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya. Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana,tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung. Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam sambutan terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara. Melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain, semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Jasa mereka patut dikenang kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama . Dengan cara itu, sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bilabila. Intihanya, ulang tahun hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan ulang tahun tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah pasti rakyat negara kita kurang menyedari

kepentingan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara. [375 patah kata]

Sambutan Hari Kemerdekaan... (31Ogos 2008)


Pada hari sabtu yang lepas, saya dan rakan-rakan pergi ke Dataran Merdeka. Kami pergi ke sana untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke51 Malaysia. Perjalanan kami agak panjang disebabkan kesesakan lalu lintas yang berlaku sepanjang jalan menuju ke Dataran Merdeka. Syahmi, Man, Lah, Lynn, Fairuz, dan saya amat teruja apabila berada disitu pada seawal pukul 9:30 malam. Setibanya kami disitu, kami agak terkejut kerana terlalu ramai pendatang tanpa izin, seolah-olah mereka pula penduduk asal negara ini. Suasana di situ amat meriah dengan orang ramai yang berpusu-pusu menuju ke Dataran Merdeka untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang hanya diadakan sekali setahun sahaja. Bermacam-macam ragam yang kami nampak, ada yang berpakaian bendera Malaysia satu keluarga. Kami sempat mengambil gambar bersama-sama mereka disebabkan keunikan pakaian mereka. Pelbagai persembahan diadakan pada malam itu. Persembahan yang diadakan lebih tertumpu kepada seni kebudayaan di setiap negeri di seluruh Malaysia, persembahan dari artis-artis tempatan juga turut dipersembahkan, antara artis yang terlibat ialah M. Daud Kilau, Noryn Aziz, Meet Uncle Hussain, Dayang Nurfaezah dan lain-lain lagi. Cuaca pada malam itu agak tidak menentu, kami beramai-ramai mencari tempat berteduh disebabkan hujan. Dataran pada malam itu amat sesak dengan orang ramai yang datang dari seluruh serta ceruk dunia. Ramai yang mencari tempat untuk berteduh. Semasa kami menunggu hujan reda, kawan karib kami Zara dan teman lelakinya datang berjumpa kami. Mereka datang dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Selepas hujan reda, kami beramai-ramai menuju ke dataran semula untuk melihat persembahan yang akan berlangsung nanti. Ramai tetamu kehormat datang terutama menteri-menteri yang terlibat. Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi turut memeriahkan sambutan hari kemerdekaan bersama-sama rakyat Malaysia. Detik 12 tengah malam semakin tiba, kami semua berdebar-debar menanti detik itu. Jam 12 tengah malam, laungan merdeka dilaungkan beramai-ramai oleh semua rakyat Malaysia. Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku dinyanyikan beramai-ramai oleh seluruh rakyat Malaysia yang berada di situ. Lagu tema hari kebangsaan turut diputarkan. Selesai menyanyikan lagu kebangsaan, persembahan bunga api dipersembahkan. Kami begitu teruja lagi kagum dengan percikan bunga api yang bercahaya di langit. Dentuman demi dentuman kedengaran memeriahkan lagi sambutan pada malam itu. Persembahan bunga api berlangsung selama setengah jam. Selesai menyambut hari kemerdekaan, kami bertolak ke Pasar Larut Malam Danau Kota. Perjalanan agak jauh disebabkan oleh jurupandu kami Syahmi sering kali memasuki jalan yang salah dan ini memeningkan pemandu kami, Suherman. Lebih kurang sejam kami berlegar-legar di Kuala Lumpur akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju dalam pukul 2 pagi. Kami berada di situ lebih dari 1 jam. Man dan Lah hanya membeli topi, manakala saya hanya memerhati disebabkan kekurangan wang untuk berbelanja. Setelah selesai membeli-belah, kami pun menuju pulang. Menghala pulang kami singgah di Bukit Permai untuk melihat bandaraya Kuala Lumpur

dari puncak bukit, sungguh indah pemandangan Kuala Lumpur dari atas. Jam hampir menunjukkan pukul 6 pagi, kami pun beramai-ramai menuju pulang. Kami tiba d Puncak Perdana dalam pukul 7 pagi.

Anda mungkin juga menyukai