Anda di halaman 1dari 2

Cadangan jawapan

Poster menunjukkan Kem Ketahanan Diri yang dianjurkan oleh Konsultan Bina Diri
pada cuti sekolah. Kem ini akan diadakan di Taman Rekreasi Mersing, Johor dan terbuka
kepada semua murid berumur 12 hingga 17 tahun. Tujuan kem ini diadakan untuk
memanfaatkan cuti sekolah murid. Kem ini mempunyai dua pakej iaitu Pakej A yang berharga
RM200.00 bermula 06 hingga 08 Disember 2021 selama 3 hari. Pengisian pakej ini ialah
aktiviti kecergasan, sukan lasak dan eksplorasi. Pakej B pula berharga RM300.00 selama 5
hari. Pakej ini menyediakan aktiviti memanah, eksplorasi dan berkayak serta menyelam.
Walaupun Pakej B mahal tetapi murid-murid dapat mempelajari ilmu baharu dan mencungkil
bakat mereka. Tarikh tutup pendaftaran ini pada 20 Disember 2021. Oleh itu, murid-murid
haruslah mengambil peluang untuk menyertai program ini agar menyihatkan fizikal dan
mental.

Rumusan 1
Pendahuluan
Petikan membincaangkan usaha-usaha / langkah-langkah meningkatkan pencapaian subjek
Sains dan Matematik. (perenggan 2 baris 1)

Isi tersurat
1. Setiap pelaksanaan program pendidikan negara perlu diperhalus.
2. Pembudayaan sains dan matematik hendaklah diterapkan dalam diri pelajar seawal usia
kanak-kanak.
3. Sekolah sewajarnya bekerjasama dengan masyarakat dalam meningkatkan
kecemerlangan subjek ini.
4. Kempen kesedaran tentang subjek Sains dan Matematik dalam kalangan masyarakat
mestilah diperhebat.
5. Penganjuran pelbagai pertandingan merupakan antara usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia.
6. Pelajar seharusnya menerima gaya pengajaran berasaskan KBAT.
7. Guru dan pelajar sepatutnya berganding bahu untuk mencapai objektif pembelajaran.

Penutup
Kesimpulannya, murid-murid haruslah menyedari kepentingan mempelajari subjek Sains dan
Matematik supaya masa depan mereka terjamin.
Rumusan 2
Pendahuluan
Petikan membincaangkan peranan/tanggungjawab guru di sekolah.
(perenggan 3 baris 1 dan 4)

Isi tersurat
1. Guru dapat melahirkan modal insan berkualiti.
2. Guru memberikan penekanan kemahiran berfikir dalam kalangan murid.
3. Guru merangsang murid untuk memiliki pemikiran kreatif dan kritis.
4. Guru melahirkan murid yang berilmu pengetahuan.
5. Guru meningkatkaan tahap profesionalisme keguruan.
6. Guru berfikiran terbuka mendengar pendapat murid.
Penutup
Kesimpulannya, murid-murid haruslah menyedari peranan guru di sekolah supaya dapat
melahirkan murid bersahsiah tinggi.

Rumusan 3
Pendahuluan
Petikan membincaangkan manfaat / kelebihan menderma darah.
(perenggan 2 baris 2)

Isi tersurat
1. Penderma dapat melahirkan satu perasaan sangat menggembirakan apabila berjaya
menyelamatkan nyawa orang lain.
2. Penderma dapat mengurangkan risiko kanser.
3. Penderma dapat mengurangkan jumlah zat besi yang berlebihan di dalam badan.
4. Penderma menghindarkan risiko sakit jantung.
5. Amalan ini membantu penderma mengdiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal.
6. Penderma dapat mengetahui jenis darah secara percuma.
7. Amalan ini membantu seseorang mengurangkan berat badan.
8. Amalan ini membantu badan berfungsi lebih cekap.
Penutup
Kesimpulannya, semua pihak haruslah menyedari kepentingan menderma darah agar kesihatan
diri terjamin.

Anda mungkin juga menyukai