Anda di halaman 1dari 25

BAHASA MELAYU

(KERTAS 1)
PN. HALIZAH BINTI JAUHARI
(GURU CEMERLANG BAHASA
MELAYU)

TIP UNTUK MENGHASILKAN


KARANGAN YANG CEMERLANG
BAHAGIAN B
MARKAH 100
MASA : 1 JAM 30 MINIT

TIP UNTUK CEMERLANG DALAM


PENULISAN
Pastikan menulis karangan
berdasarkan kata kunci dalam soalan.
3 komponen (pendahuluan,
perenggan isi & penutup)
Setiap isi dihuraikan dengan contoh
konkrit (mengandungi ayat topik,
ayat huraian, ayat contoh & ayat
penyimpul)

TIP UNTUK CEMERLANG DALAM


PENULISAN
Perenggan isi dibina tersusun mengikut
keutamaan.
Masukkan ungkapan menarik yang sesuai
(relevan dengan isi).
Ayat-ayat yang dibina mestilah gramatis
(betul & tepat tatabahasanya).
Guna kepelbagaian ayat.
Contoh : Akhirkalam, (KKL)
: kera sumbang (ungkapan menarik)
: masyarakat madani (frasa menarik)

TIP UNTUK CEMERLANG DALAM


PENULISAN
Perancangan masa yang betul.
Contoh:
> 3 minit : baca, analisis, pilih soalan,
kenal pasti tugasan, garis frasa-frasa
penting.
> 4 minit : buat rangka isi
> 78 minit: mengarang
> 5 minit : semak karangan

ELAKKAN MELAKUKAN PERKARA


YANG BERIKUT :

Isi & idea


Bahasa
Pemerengganan

ISI DAN IDEA


Tidak menjawab soalan yang diberikan.
Isi bercampur aduk (tidak relevan).
Tiada huraian isi dengan contoh konkrit.
Tidak mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi
berkaitan dengan isu dipilih.
Isi tidak matang.
Isi kurang faham & berulang-ulang.

BAHASA
Pembinaan ayat yang tidak gramatis
Penggunaan imbuhan yang salah
Pemilihan kosa kata yang salah
Tiada variasi ayat (ayat pendek)
Kosa kata terhad & tidak luas
Tiada ungkapan menarik (peribahasa, pantun)
Tiada penanda wacana
Permulaan ayat dengan kata hubung
Ayat tiada maksud / tergantung

PEMBINAAN AYAT TIDAK GRAMATIS


SALAH
Contoh: Oleh kerana itu ramai sukarelawan-sukarelawan telah
bertungkus-lumus memerah keringat demi untuk membantu
mangsa-mangsa banjir terlalu amat dahsyat di negeri
Kelantan.
BETUL
Contoh: Oleh sebab itu, ramai sukarelawan telah bertungkuslumus memerah keringat untuk membantu mangsa banjir
yang amat dahsyat di negeri Kelantan terutamanya Kuala
Krai dan Gua Musang.

PENGGUNAAN IMBUHAN YANG SALAH


berkerjasama
bekerjaya
mempastikan
mempertahan
mengwujudkan
mengomersialkan
menyariatkan

merbahaya
mengucar-kacirkan
mengenegahkan
perlancongan
perlantikan
perkawanan

TIADA PENANDA WACANA


o Contoh penanda wacana yang betul:
a. selain itu,
b. sehubungan dengan itu,
c. oleh hal yang demikian,
d. hal ini demikian kerana ..

PEMILIHAN KOSA KATA YANG SALAH


(intensif, insentif, inisiatif)
Intensif:
- secara bersungguhsungguh / giat.
Insentif:
- sesuatu berbentuk
kebendaaan atau
tidak yang diberikan
/ditawarkan sebagai
dorongan.

Inisiatif:
- daya usaha

PERMULAAN AYAT DENGAN KATA


HUBUNG
Contoh:
Dan hidup kita tidak akan bermakna
seandainya kita membiarkan diri kita
lalai dalam menunaikan suruhan
Allah. (SALAH)
Tetapi janganlah kita bersikap
mementingkan diri sendiri, bantulah
golongan yang ditimpa kesusahan
berdasarkan tahap kemampuan diri
kita. (SALAH)

PEMERENGGANAN
1. Tiada perenggan / hanya 1 perenggan
sahaja.
2. Dua isi dalam 1 perenggan.
3. Perenggan tidak seimbang
(panjang/pendek).
4. Tiada kesinambunangan antara perenggan.
5. Perenggan isi bercampuk aduk dengan
huraian / contoh yang tidak relevan.
6. Ulang isi yang sama dalam perenggan
berbeza.

Teknik Menulis Kesimpulan


Setiap perenggan yang lengkap
mestilah diakhiri dengan perenggan
kesimpulan.
Perenggan kesimpulan berfungsi
sebagai penutup bicara sebagai
rumusan kepada idea-idea yang
disampaikan melalui perengganperenggan isi.
Perenggan kesimpulan mengulangi
pendirian terhadap idea atau
pemikiran sebenar pengarang.

Penutup

Membuat
kesimpulan
umum
(tidak
memasukkan
isi )

Ditulis dalam
satu kesimpulan

Menyatakan
saranan dan
harapan

Masukkan
ungkapan
menarik

Kesilapan lazim yang menyebabkan


karangan anda tidak boleh
dikategorikan sebagai karangan
cemerlang
Tiada perenggan kesimpulan
Perenggan kesimpulan terlalu ringkas, iaitu hanya
satu atau dua ayat sahaja.
Menyenaraikan semula kesemua isi yang telah
dinyatakan dalam perenggan isi
Menulis perenggan kesimpulan yang terlalu
panjang dalam perenggan isi.
Perenggan kesimpulan yang baik mestilah diolah
dengan menarik seperti yang tercatat dalam peta
minda di atas.

Contoh 1:
Soalan: Huraikan ciri-ciri keluarga
bahagia
Akhirulkalam, sebagai manusia kitalah yang menentukan
untuk hidup dalam keluarga yang saling melengkapi, bantumembantu dan hidup dengan penuh kerukunan ataupun
sebaliknya. Oleh itu, kita sebagai ahli keluarga, seharusnya
bijak dalam sebarang tindakan supaya dapat memandu kita
ke arah kebaikan. Dalam hal ini, kita hendaklah memainkan
peranan secara berhikmah demi kerukunan hidup
berkeluarga, bukannya menjadi duri dalam daging iaitu
sentiasa mendatangkan masalah kepada keluarga kita.Jangan
nanti sudah terhantuk baru tengadah, kerana pada masa itu
penyesalan kita terhadap kecuaian kita dalam bertindak
sudah tidak berguna lagi Jadikan anggota keluarga kita
sebagai permata bernilai supaya kita akan sanggup berkorban
apa-apa sahaja untuknya pada bila-bila masa.

Contoh 2: Soalan: Ibu bapa merupakan insan


terpenting dalam hidup setiap manusia.Jasa mereka
kepada kita tidak ternilai harganya. Sempena
Sambutan Hari Keluarga, anda diminta
menyampaikan ceramah yang bertajukCara-cara
Menghargai Jasa Ibu bapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,


Berdasarkan isu-isu ceramah yang saya sampaikan tadi, maka
sudah terang lagi bersuluh bahawa seseorang anak itu seharusnya
menghargai jasa kedua-dua orang tua mereka. Anak-anak yang taat
kepada ibu bapanya akan mewujudkan keluarga bahagia.Lantaran itu,
sekali lagi saya ingin menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan supaya
jangan lupa daratan dan menjadi si Tanggang dengan mengutamakan
kemewahan dunia daripada menjaga kebajikan ibu bapa kita. Insaflah
akan setiap kesalahan yang telah kita lakukan terhadap kedua-dua ibu
bapa kita, jangan biarkan air mata ibu bapa kita mengalir dek kerana
tingkah laku kita yang biadap terhadap mereka. Saya aarasa belum
terlambat lagi untuk kita bertaubat andai kita pernah menggores hati
mereka kerana pintu taubat sentiasa terbuka. Saya akhiri ceramah saya
dengan serangkap pantun:
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada salah dan silap,
Jangan simpan di dalam hati.
Sekian, terima kasih.

Info Bahasa

Selalunya murid menuliskedua ibu bapaberatus


orang,berbanyak terima kasih
yang tepatnya ialahkedua-dua ibu bapa,
beratus-ratus orang,.berbanyak-banyak terima
kasih
Hal ini demikian kerana, berdasarkan hukum
tatabahasa, kata bilangan tidak tentu mestilah
digandakan.
Perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan
perasaan yang terluka ialah mengguris, yang betulnya
ialah menggores.
Ingatlah!
Tiada perkataan mengguris dalam bahasa
Melayu

Latihan
Tajuk: Mencegah rasuah tanggung
jawab kita bersama.
Bincangkan.
Arahan: Perenggan kesimpulan di
bawah tidak tersusu dari segi
ayatnya. Susun semula ayat-ayat
tersebut supaya menjadi perenggan
kesimpulan yang cemerlang.

Ucapan ini jelas menggambarkan bahawa betapa


perlunya sesebuah jentera pentadbiran itu disokong
oleh rakyat negara itu sendiri dengan nilai integriti yang
unggul.Sebagai intiha, komitmen daripada semua
pihak amatlah diperlukan dalam merealisasikan
matlamat negara untuk mencapai tahap sifar rasuah.
Oleh sebab itulah, kita perlu bersatu berganding bahu
mengatur langkah sederap untuk memerangi jenayah
kolar putih ini hingga ke akar umbi. Prakarsa yang
proaktif, pragmatik dan jitu perlu dilakukan segera agar
negara kita bebas daripada jenayah rasuah. Mantan
Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Tun
Abdullah Haji Ahmad Badawi pernah mengungkapkan
antara lainnya berbunyi Bekerjalah bersama-sama
saya, bukan bekerja bukan kerana saya. Marilah kita
bangunkan Malaysia menjadi sebuah negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jawapan
Sebagai intiha, komitmen daripada semua pihak
amatlah diperlukan dalam merealisasikan matlamat
negara untuk mencapai sifar rasuah. Mantan Perdana
Menteri Malaysia kelima iaitu Tun Abdullah Hj Ahmad
Badawi pernah mengungkapkan antara lain
bunyinyaBekerjalah bersama-sama saya, bukan
bekerja kerana saya. Marilah kita bangunkan Malaysia
menjadi sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.. Ucapan ini jelas menggambarkan bahawa
betapa perlunya sesebuah jentera pentadbiran itu disokong
oleh rakyat negara itu sendiri dengan nilai integriti yang
unggul. Oleh sebab itulah, kita perlu bersatu, berganding
bahu mengatur langkah sederap untuk memerangi jenayah
kolar putih ini hingga ke akar umbi. Prakarsa yang
proaktif,pragmatik dan jitu perlu dilakukan agar negara kita
bebas daripada jenayah rasuah.

TERIMA KASIH
SEMOGA MAJU JAYA

Anda mungkin juga menyukai