Anda di halaman 1dari 9

TUDINGAN NOVEL SPM 2022

ANALISIS SOALAN:
1. PERISTIWA YANG DAPAT DIJADIKAN PANDUAN HIDUP [KEDAH/SBP/JOHOR]
2. UNSUR SASPENS [YIK]
3. SIKAP BERANI [PP SET 1/KOTA BELUD]
4. PERISTIWA YANG MENYENTUH PERASAAN[PP SET 2]
5. PERISTIWA PERISTIWA YANG MENYEBABKAN PEMBACA BERASA KAGUM AKAN WATAK UTAMA
[KELANTAN]
6. PERISTIWA YANG MENGGAMBARKAN KERJASAMA[PERAK 2]
7. PERISTIWA-PERISTIWA YANG DAPAT DIJADIKAN CONTOH[YaPIEM}
8. PERISTIWA-PERISTIWA YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN
9. HURAIKAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG MEMBERIKAN INSPIRASI[YaPIEM]
10. SEBAB-SEBAB KEDUA-DUA NOVEL TERSEBUT WAJAR DIBACA

1. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang dapat dijadikan
panduan hidup.[ Percubaan Kedah] [6 markah]
[* Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang boleh
memberi pedoman kepada pembaca. [ Johor ]
Catatan: boleh guna isi yang sama[panduan/pedoman/contoh]
Contoh jawapan:
JMJ
Novel yang saya kaji berjudul Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat beberapa peristiwa yang dapat dijadikan panduan hidup dalam dalam novel
tersebut.
Peristiwa yang dapat dijadikan panduan hidup ialah Lili patuh akan permintaan
ibunya balik ke kampung datuk pada cuti sekolah. Walaupun Lili mempunyai rancangan lain
dengan rakan-rakannya, untuk meraikan majlis persaraan pengetuanya, namun dia akur
dengan permintaan ibunya untuk bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu.
Peristiwa ini dapat dijadikan panduan hidup kerana kepatuhan seorang anak terhadap
ibu dengan mengutamakan permintaan ibu dan mengabaikan perancangan sendiri ialah sifat
yang mulia.
Peristiwa kedua ialah Danel menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan Haziq
di sebuah pondok di dalam hutan. Danel sanggup berkorban untuk menyelamatkan nyawa
rakannya yang diculik. Peristiwa ini dapat dijadikan panduan hidup kerana semangat
setiakawan dan berani menyelamatkan rakan penting dalam menjalin persahabatan.

SBE:
Novel yang saya kaji berjudul Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat beberapa peristiwa yang dapat dijadikan panduan hidup dalam dalam novel
tersebut.
Peristiwa yang pertama yang dapat dijadikan panduan hidup ialah peristiwa Tauke
Lim membenarkan Embong dan keluarganya membeli barangan runcit di kedainya secara
hutang. Tauke Lim tetap membenarkan Embong dan keluarganya membeli barangan di
1
kedainya secara hutang walaupun hutang lama belum dibayar oleh Embong. Peristiwa ini
dapat dijadikan panduan hidup kerana sikap baik hati membantu orang yang dalam
kesusahan dapat meringankan beban orang lain.
Peristiwa kedua ialah peristiwa Dahlia melayani neneknya Nek Kiah dengan baik
dan bersopan santun walaupun sering dilemparkan dengan kata-kata yang
mengecewakannya. Peristiwa ini dapat dijadikan panduan hidup kerana menghormati
dan melayani ahli keluarga dengan baik dan tidak menyimpan dendam dapat mewujudkan
suasana yang harmoni dalam keluarga.

2. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terdapat unsur saspens yang membuatkan
pembaca berdebar, Jelaskan sebab pembaca berasa saspens.[Percubaan YIK]
[6 markah]
CONTOH JAWAPAN:
JMJ
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Salah satu teknik plot yang terdapat dalam novel ini ialah unsur saspens.
Unsur saspens yang pertama ialah peristiwa kehilangan kubah surau. Peristiwa
ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu dan tertanya-tanya orang yang mencuri
kubah tersebut. Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq tetapi, sebenarnya Semanlah
yang mencuri kubah tersebut.
Unsur saspens yang kedua ialah peristiwa penculikan Lili. Peristiwa ini dikatakan
saspens kerana pembaca ingin tahu perkara yang terjadi kepada Lili setelah diculik oleh
Haziq dan Rafiq.Pembaca juga tertanya-tanya sama ada Danel berjaya menyelamatkan Lili.

SBE
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Salah satu teknik plot yang terdapat dalam novel ini ialah unsur saspens.
Unsur saspens yang pertama ialah peristiwa Bakar menemukan bungkusan yang
mengandungi dua biji telur busuk,jarum peniti,cincin arked dan paku yang tertanam di bawah
rumah. Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya orang yang
meletakkan bungkusan tersebut dan tujuan bungkusan itu diletakkan di bawah rumah
Embong.

Unsur saspens yang kedua ialah peristiwa Embong membawa bangkai ular sawa
balik ke rumah. Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang
tujuan Embong membawa balik bangkai ular sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya.
Embong membawa balik ular itu untuk membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular
tersebut serta kekuatannya kepada Dahlia.

2
3. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan
situasi berani.[Percubaan Pulau Pinang Set 1/Kota Belud Sabah]

Contoh jawapan

Novel yang saya kaji semasa di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin manakala novel yang saya kaji semasa di Tingkatan 5 ialah Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat situasi berani yang dipaparkan oleh
pengarang dalam kedua-kedua novel tersebut.

Sikap berani dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa Danel
berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq seorang diri pada waktu malam.
Peristiwa ini menunjukkan keberanian kerana watak berani melakukan apa-apa sahaja
demi menyelamatkan sahabat yang dalam bahaya.

Sikap berani dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah peristiwa
Dahlia berani terjun ke dalam sungai berarus deras untuk menyelamatkan Said yang lemas.
Peristiwa ini menunjukkan keberanian kerana watak seorang perempuan, dia sanggup
mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan nyawa orang lain.

4. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelas peristiwa yang menyentuh perasaan
anda. [Pulau Pinang Set 2] [6 markah]
CONTOH JAWAPAN:
JMJ
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin. Terdapat beberapa peristiwa yang menyentuh perasaan saya yang
terdapat dalam novel tersebut.
Peristiwa yang menyentuh perasaan yang pertama ialah peristiwa Kak
Mimah mencadangkan Che Jah membuat laporan polis. Che Jah bersetuju membuat laporan
polis tentang keganasan yang telah dilakukan oleh suaminya Seman terhadap dirinya dan
anak-anak. Akhirnya Seman ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis Peristiwa ini
menyentuh perasaan saya kerana Seman telah melakukan pelbagai keganasan rumah
tangga kepada Che Jah namun Che Jah tetap menyayangi suaminya dan mahu Seman
berubah dengan menyerahkannya kepada pihak polis.
Peristiwa yang menyentuh perasaan yang kedua ialah peristiwa Lili
membantu datuk merawat luka Haziq dan Rafiq yang dibelasah oleh ayah mereka di rumah
datuk. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana Lili tetap membantu Haziq dan
Rafiq walaupun mereka pernah menculik Lili.

SBE
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa yang menyentuh perasaan saya yang
terdapat dalam novel tersebut.

Peristiwa yang menyentuh perasaan yang pertama ialah peristiwa penduduk


kampung bekerjasama mengumpulkan wang untuk Dahlia mengikuti kursus Bahasa Jepun
selama enam bulan di Universiti Malaya. Haji Sulaiman telah menyerahkan sampul derma
daripada orang kampung yang berjumlah RM500 kepada Dahlia. Peristiwa ini menyentuh
3
perasaan saya kerana wujudnya kerjasama penduduk kampung untuk mengurangkan
beban kewangan masyarakat yang susah.

Peristiwa yang menyentuh perasaan saya yang kedua ialah peristiwa


Dahliaterpaksa meninggalkan asrama dan juga terpaksa ponteng sekolah untuk
menjaga adik-adiknya semasa ibu dan ayahnya dirawat di hospital. Peristiwa ini
menyentuh perasaan saya kerana walaupun dalam kesusahan dan menghadapi
dugaan gadis tersebut tetap berusaha dalam pelajaran dan akhirnya dapat melanjutkan
pelajarannya di Jepun dalam jurusan perniagaan.

5.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang


menyebabkan pembaca berasa kagum akan watak utama. ```````````` [6 markah]

Contoh jawapan:
JMJ:
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak peristiwa yang boleh menyebabkan pembaca berasa
kagum akan watak utama.

Peristiwa yang boleh menyebabkan pembaca berasa kagum akan watak utama
ialah peristiwa Lili tetap pulang ke kampung walaupun pada awalnya dia tidak bersetuju
dengan cadangan ibunya supaya menghabiskan cuti bersama-sama neneknya di kampung.
Peristiwa ini menyebabkan pembaca berasa kagum akan watak Lili kerana dia taat
kepada kehendak keluarga walaupun pada mulanya dia tidak bersetuju.

Peristiwa yang kedua ialah Lili prihatin akan masalah yang menimpa keluarga Che
Jah dan berusaha membantu mereka sekeluarga agar tidak lagi didera oleh suami Che Jah.
Peristiwa ini menyebabkan pembaca berasa kagum akan watak utama, iaitu Lili kerana
dia begitu prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain.

SBE:
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang boleh menyebabkan pembaca berasa
kagum akan watak utama.
Peristiwa yang boleh menyebabkan pembaca berasa kagum akan watak utama
ialah peristiwa Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan. Dahlia juga
gigih memikul tanggungjawb menguruskan adik-adiknya terutama Anggerik yang masih kecil
ketika ibu dan ayahnya dimasukkan di hospital. Peristiwa ini menyebabkan pembaca
berasa kagum akan watak Dahlia yang begitu tabah dan cekal dalam mengharungi segala
cabaran dan dugaan.
Peristiwa yang kedua ialah Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang deras airnya
semata-mata untuk menyelamatkan Said yang tenggelam ke dasar sungai. Walaupun
nyawanya menjadi taruhan, dia tetap ingin menyelamatkan nyawa anak Aton, Said.
Peristiwa ini menyebabkan pembaca berasa kagum akan watak utama kerana dia tidak
berdendam terhadap Aton yang selalu menyindirnya demi menyelamatkan nyawa Said yang
tidak bersalah.

4
6. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menggambarkan kerjasama dalam menjayakan sesuatu perkara.[Perak Set 2]

JMJ:
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Terdapat beberapa peristiwa yang menggambarkan kerjasama dalam
menjayakan sesuatu perkara dalam novel tersebut.
Peristiwa yang pertama ialah orang kampung bekerjasama untuk menangkap Haziq
dan Rafiq yang mencuri harta benda orang kampung. Berkat kerjasama yang baik tersebut
akhirnya pencuri sebenar berjaya ditangkap. Peristiwa ini jelas menunjukkan kerjasama
antara penduduk kampung amat penting untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa datuk Lili, nenek Lili dan Abang Rashid yang
bekerjasama membantu menyelamatkan Haziq dan Rafiq yang menjadi mangsa kemarahan
orang kampung. Peristiwa ini menunjukkan kerjasama yang baik dalam kalangan
masyarakat dapat menyelesaikan sesuatu masalah.
SBE:
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa yang menggambarkan kerjasama dalam
menjayakan sesuatu perkara dalam novel tersebut.
Peristiwa yang pertama ialah Dahlia seorang murid tingkatan 6 yang menguruskan
hal keluarganya setelah ibunya Saleha dimasukkan ke hospitalaaaa kerana menghadapi
masalah kemurungan, manakala bapanya Embong dipatuk ular. Peristiwa ini
menunjukkan sikap bertanggungjawab seorang anak dalam membantu keluarga untuk
menjaga adik-adiknya yang masih kecil.
Peristiwa yang kedua ialah Embong rajin bekerja di kebun getah dan kelapa sawit
Haji Sulaiman semata-mata untuk menyara kehidupan keluarganya. Peristiwa ini
menunjukkan sikap bertanggungjawab seorang bapa yang sanggup bekerja siang malam
demi menyara keluarganya.

7.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang


dapat dijadikan contoh kepada pembaca. [YaPIEM 2022] [6 markah]
JMJ:
Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin.
Terdapat beberapa peristiwa yang dapat dijadikan contoh kepada pembaca.

Peristiwa pertama ialah walaupun Lili telah disakiti, diculik oleh anak Che Jah
dan dibawa lari ke dalam hutan sebagai tebusan, Lili tidak berdendam sebaliknya dia
memaafkan perbuatan dua beradik itu. Lili sendiri berjumpa dengan Che Jah dan
menjelaskan keadaan yang telah dihadapinya tanpa sebarang rasa marah kerana dia
merasakan anak-anak Che Jah layak mendapat peluang untuk berubah.Sifat mulia ini
dapat dicontohi kepada pembaca kerana perbuatan memaafkan kesalahan orang lain
mampu menjadikan kita berasa lebih tenang dan disukai oleh rakan dan taulan.
Peristiwa kedua ialah Lili menurut kehendak ibu bapanya pulang bercuti di
kampung datuk dan nenek walaupun dia agak keberatan untuk pulang kerana ingin
menghabiskan masa cuti bersama kawan-kawannya. Sifat mulia ini dapat dicontohi
kepada pembaca kerana sifat taat kepada ibu bapa sememangnya harus dimiliki oleh
seseorang anak agar mewujudkan sebuah keluarga bahagia.
5
SBE:
Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat beberapa peristiwa yang dapat dijadikan contoh kepada pembaca.
Peristiwa pertama yang boleh kita contohi ialah Dahlia yang rajin belajar dan
mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Peristiwa ini boleh
dijadikan contoh kepada pembaca ialah sekiranya kita ingin berjaya dalam pelajaran dan
kehidupan.
Seterusnya, peristiwa Nek Kiah menginsafi kesalahan yang dilakukan terhadap
Dahlia dan keluarganya iaitu dia sering membenci dan memandang rendah terhadap
keluarga Dahlia. Nek Kiah insaf setelah dijaga oleh Dahlia semasa dia sakit . Peristiwa ini
boleh kita contohi kerana kita perlu menyedari akan kesilapan yang telah dilakukan
terhadap orang lain.

8.Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang tidak wajar
dicontohi oleh pembaca. [YaPIEM 2022] [6 markah]
JMJ:
Novel yang saya kaji berjudul Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat beberapa peristiwa yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca dalam novel tersebut.

Peristiwa pertama ialah peristiwa Seman yang sering memukul dan mendera isteri
dan anak-anak. Dia seorang kaki pukul, kaki judi, kaki botol dan kaki perempuan. Peristiwa
ini tidak wajar dicontohi kerana Seman tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-
anak dan isteri.

Peristiwa kedua ialah peristiwa Haziq dan Rafiq menculik Lili semasa Lili dan Danel
pulang dari pekan. Rafiq dan Haziq ingin melepaskan diri kerana dikejar oleh orang
kampung. Mereka mengambil jalan mudah dengan menculik Lili untuk dijadikan tebusan.
Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana perbuatan mereka bertentangan dengan
undang-undang negara.

SBE:
Novel yang saya kaji berjudul Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat beberapa peristiwa yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca dalam novel tersebut.

Peristiwa pertama yang tidak wajar dicontoh ialah peristiwa Aton yang menyimpan
dendam kepada keluarga Embong. Aton menuduh Embong sebagai perancang kematian
anaknya, Said. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana menuduh tanpa usul periksa
dan berdendam boleh menjatuhkan maruah orang lain.Aton sepatutnya berterima kasih
kepada Dahlia yang telah berusaha untuk menyelamatkan nyawa anaknya.
Peristiwa kedua ialah peristiwa Abu Bakar yang sanggup mencuri kambing ayahnya
semata-mata hendak membelanja kawan-kawannya yang selalu memerlinya kerana dia
tidak pernah membelanja mereka. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana mencuri
merupakan perbuatan yang tidak baik.

6
9.Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang tidak
dapat dilupakan oleh pembaca. [6 markah]

Novel yang saya kaji berjudul Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
dan Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa yang
tidak dapat dilupakan oleh pembaca dalam kedua-dua novel tersebut.
Peristiwa yang tidak dapat dilupakan yang terdapat dalam novel Jendela
Menghadap Jalan ialah peristiwa Lili bersama-sama rakannya dapat menyelesaikan isu
kubah di kampung datuknya kerana terdapat pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh
penduduk kampung berkaitan isu kubah ini. Peristiwa ini tidak dapat dilupakan kerana
akhirnya penduduk kampung menerima pendapat mereka supaya kubah itu diletakkan di
atas masjid yang akan dibina nanti.
Peristiwa yang tidak dapat dilupakan yang terdapat dalam novel Songket
Berbenang Emas pula ialah peristiwa penduduk kampung bekerjasama membina semula
rumah Embong yang musnah dihanyutkan oleh banjir besar. Rumah Embong telah dibina
semula dengan kerjasama penduduk kampung. Peristiwa ini tidak dapat dilupakan kerana
sikap penduduk kampung telah berubah dengan membuang sikap negative dan
mementingkan diri kepada sikap yang lebih baik.

10. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang
memberikan inspirasi dalam kehidupan anda. [YaPIEM] [6 markah]
Novel yang saya kaji berjudul Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
dan Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa yang
memberikan inspirasi dalam kehidupan saya yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
Peristiwa yang memberikan inspirasi dalam kehidupan saya dalam novel
Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa Lili yang pandai berbahasa mandarin semasa
dia dan Danel membeli herba di sebuah kedai ubat Cina di pekan. Peristiwa ini memberi
inspirasi kepada saya untuk mempelajari lebih daripada satu Bahasa supaya saya dapat
bergaul dengan lebih ramai rakan daripada bangsa lain.
Peristiwa yang memberikan inspirasi dalam kehidupan saya dalam novel
Songket Berbenang Emas pula ialah peristiwa Dahlia yang berjaya dalam pelajaran dan
ditawarkan melanjutkan mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan di Jepun walaupun dia
menghadapi plebagai dugaan dalam hidupnya. Peristiwa ini memberi inspirasi kepada
saya supaya belajar bersungguh-sungguh agar memperoleh pekerjaan yang baik dan dapat
membantu ibu bapanya kelua daripada kemiskinan.

11. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab kedua-dua
novel tersebut wajar dibaca oleh remaja. [YaPIEM] [6 markah]
JMJ:
Novel yang saya pelajari ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Khairuddin Ayip. Remaja wajar membaca novel ini kerana watak utamanya Lili seorang
murid tingkatan 5 yang sangat taat kepada arahan ibunya. Dia mengikut kata ibunya supaya
pulang ke rumah datuknya di Dungun, Terengganu pada cuti persekolahan, walaupun dia
telah berjanji dengan rakan-rakan untuk meraikan majlis persaraan pengetuanya. Walaupun
dia berat hati untuk pulang ke rumah datuk dan neneknya tetapi sebagai seorang anak yang
7
taat, dia mengikut kata ibunya supaya bercuti di kampung halaman datuknya. Peristiwa ini
memberi pengajaran supaya taat akan kata ibu bapa demi menggembirakan merekan.
SBE:
Novel yang saya pelajari berjudul Songket Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip. Novel Songket Berbenang Emas wajar dibaca oleh remaja kerana memaparkan
peristiwa yang wajar diledani oleh remaja supaya membantu mereka yang ditimpa masalah
dengan jangan mementingkan diri sendiri. Tamsilnya, Dahlia membantu mereka yang
ditimba masalah dengan tidak mementingkan diri dengan cuba menyelamatkan Said yang
lemas di sungai. Walaupun Dahlia tidak pandai berenang tetapi dia terjun ke sungai untuk
membantu said.

12.Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi
setiap novel yang menggambarkan perasaan kasih sayang.[PERAK 1]

JENDELA MENGHADAP JALAN.

Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin
dan Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa yang
menggambarkan perasaan kasih sayang dalam kedua-dua novel ini.

Peristiwa yang menggambarkan kasih sayang dalam novel Jendela Menghadap


Jalan ialah Lili amat menyayangi ibunya kerana dia mempertahankan maruah ibunya
apabila datuknya memperkatakan sesuatu yang kurang baik tentang ibunya itu. Lili tidak
setuju dengan ungkapan yang dikatakan oleh datuknya lalu mempertahankan maruah
ibunya.Peristiwa ini menunjukkan betapa sayangnya seorang anak terhadap ibunya.

Peristiwa yang menggambarkan kasih sayang dalam novel Songket Berbenang


Emas pula Dahlia sanggup berulang-alik dari rumah ke sekolah untuk menguruskan
keperluan adik-adiknya setelah ibunya dirawat di hospital. Peristiwa ini menunjukkan kasih
sayang seoran kakak terhadapa adik-adiknya.

13.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menunjukkan kebijaksanaan.[Selangor 2]
Novel yang saya kaji berjudul Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan dalam novel tersebut.
Peristiwa pertama ialah Lili, Geetha, Danel yang bijak mewakili golongan remaja
dan mereka juga bekerjasama untuk menyelesaikan masalah orang-orang kampung yang
kurang bersetuju dengan pembinaan masjid baharu, sebaliknya hanya mahu kubah
dipasang di surau yang sudah lama usianya. Peristiwa ini menunjukkan kebijaksanaan
remaja ini menyelesaikan masalah walaupun masih muda.
Peristiwa kedua ialah Danel berjaya menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan
Haziq di sebuah rumah using. Peristiwa ini menggembarkan seluruh penduduk kampung.
Peristiwa ini menunjukkan kebijaksanaan Danel dalam menjejaki Lili tanpa bantuan
sesiapa.

8
14.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan
keberanian[Pahang]
JMJ:
Novel yang saya kaji berjudul Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan keberanian dalam novel tersebut.
Peristiwa pertama ialah Danel berani menyelamatkan Lili yang telah diculik oleh
Rafiq dan Haziq pada waktu malam tanpa bantuan sesiapa. Peristiwa ini menunjukkan
keberanian dalam mengharungi sesuatu cabaran.

Peristiwa kedua ialah Lili dan Geetha berani mendaki puncak bukit pada waktu
petang demi merealisasikan impian mereka untuk melihat matahari terbenam. Peristiwa ini
menunjukkan keberanian penting dalam mencapai impian dan hasrat.

SBE:
Novel yang saya kaji berjudul Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan keberanian dalam novel tersebut.
Peristiwa yang menggambarkan keberanian dalam novel Songket Berbenang
Emas ialah peristiwa keberanian Azhari meluahkan hasrat hatinya untuk membawa
keluarganya ke rumah Dahlia bagi berbincang tentang hubungan mereka secara serius.
Peristiwa ini menunjukkan keberanian seseorang untuk mencapai hasrat yang dicitakan.
Peristiwa kedua ialah peristiwa Dahlia berani menyelamatkan anak Aton, iaitu Said
yang lemas di dalam sungai berhampiran rumah Dahlia. Peristiwa ini menunjukkan
keberanian seorang gadis dengan sanggup menggadaikan nyawanya demi
menyelamatkan nyawa orang lain.

15.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari. Jelaskan dua peristiwa yang
menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.
JMJ:
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan sikap bertanggungjawab
dalam novel tersebut.
Peristiwa pertama yang menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam kalangan
masyarakat ialah peristiwa seorang pegawai Kebajikan Masyarakat, iaitu Puan Hamimah
yang membantu menyelesaikan masalah penderaan yang dihadapi oleh Che Jah. Puan
Hamimah menasihati Che Jah agar membuat laporan polis supaya tindakan boleh diambil
untuk menangkap Seman yang sering memukul Che Jah dan anak-anaknya. Peristiwa ini
menunjukkan sikap bertanggungjawab seseorang untuk membantu menyelesaikan kes
penderaan seorang suami terhadap isteri.
Perisiwa kedua ialah Danel penyelamatkan rakannya, iaitu Lili yang diculik oleh Rafik
dan Haziq dan disembunyikan d sebuah pondok usang. Peristiwa ini menunjukkan sikap
bertanggungjawab seorang rakan demi menyelamatkan rakan yang diculik.

Cg.fd/smkh2022/2023

Anda mungkin juga menyukai