Anda di halaman 1dari 3

Latihan  1 

SOALAN 4 (a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan kasih sayang berserta
contoh sesuai seperti yang terdapat dalam novel tersebut.             

JENDELA MENGHADAP JALAN TINGKATAN 4


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini
Matdarin. Pengarang mengemukakan persoalan kasih sayang dalam novel ini.
Antaranya, persoalan kasih sayang anak terhadap ibunya. Contohnya, Lili amat menyayangi
ibunya kerana dia mempertahankan maruah ibunya apabila datuknya memperkatakan sesuatu yang
kurang baik tentang ibunya itu. Lili tidak setuju dengan ungkapan yang dikatakan oleh datuknya lalu
mempertahankan maruah ibunya.
Seterusnya, persoalan kasih sayang seorang sahabat. Contohnya, Danel sayang akan Lili
kerana dia sanggup bertindak seorang diri untuk menyelamatkan Lili yang dikurung oleh Raik dan
Haziq di dalam sebuah pondok usang pada suatu malam. Danel sanggup menggadai nyawa untuk
menyelamatkan Lili daripada tahanan Rafik dan Haziq.

SONGKET BERBENANG EMAS TINGKATAN 5


            Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin
Ayip. Pengarang mengemukakan persoalan kasih sayang dalam novel ini.
            Antaranya, persoalan kasih sayang seorang anak terhadap ibu. Contohnya, Dahlia amat
menyayangi ibunya kerana dia berusaha untuk mengunjungi ibunya, Saleha yang sedang menerima
rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan sanggup mengeluarkan wang biasiswanya untuk
membeli tiket bas dan membayar tambang teksi.
            Seterusnya, persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Contohnya, Embong
sangat menyayangi isterinya, Saleha yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor
Bahru, akibat penyakit kemurungan. Dia sentiasa berdoa agar isterinya itu sihat dan kembali dengan
segera ke pangkuan mereka sekeluarga.
SOALAN 4 (b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran berkaitan dengan
semangat bekerjasama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.   
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini
Matdarin. Pengarang mengemukakan pengajaran berkaitan dengan semangat bekerjasama dalam
novel ini. Antaranya, kita hendaklah bekerjsama untuk membantu masalah orang lain. Contohnya, Lili
bersimpati dengan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah
yang telah dipukul dan dicemuh oleh suaminya Seman. Lili bersetuju untuk menjadi saksi untuk kes
keganasan tersebut. Dia bekerjsama dengan Kak Mimah untuk menyelesaikan masalah rumah
tangga Che Jah. Akhirnya, Seman telah ditangkap oleh polis.
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin
Ayip. Pengarang mengemukakan pengajaran berkaitan dengan semangat bekerjasama dalam novel
ini. Antaranya, kita mestilah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah di tempat tinggal kita.
Contohnya, rumah Embong musnah akibat dilanda banjir. Haji Sulaiman dan penduduk kampung
bekerjasama membina semula rumah Embong yang roboh akibat dilanda banjir. Selain itu, penduduk
kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan
melanjutkan pelajaran. Haji Sulaiman bekerjasama dengan pihak Hospital Batu Pahat untuk
membawa Saleha ke hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Latihan  2
Jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan dalam
sebuah novel yang anda pelajari.           
JENDELA MENGHADAP JALAN TINGKATAN 4
            Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini
Matdarin. Pengarang mengemukakan pengajaran tentang ketaatan dalam novel ini.
            Peristiwa pertama yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan ialah ialah Lili taat
akan perintah ibunya pulang ke kampung. Pada mulanya, Lili bercadang untuk menghabiskan cuti
sekolah bersama dengan rakan sekelasnya. Dengan permintaan ibunya Lili bersetuju untuk
menghabiskan cuti sekolah di kampung kelahiran ibunya, di Dungun Terengganu bagi
menggembirakan hati ibunya. Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kita mestilah mentaati arahan
ibu bapa.
            Peristiwa kedua yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan ialah Lili taat akan
perintah neneknya. Lili mahu pergi melawat Che Jah kerana bersimpati kepada Haziq dan Rafik.
Neneknya melarangnya dan tidak membenarkan Lili pergi ke rumah Che Jah kerana risaukan
keselamatannya. Nenek takut anak-anak Che Jah mengapa-apakan Lili. Pengajaran daripada
peristiwa ini ialah kita mestilah mentaati arahan orang tua.
           
SONGKET BERBENANG EMAS TINGKATAN 5
            Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin
Ayip. Pengarang mengemukakan pengajaran tentang ketaatan dalam novel ini.
            Peristiwa pertama yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan ialah Dahlia taat akan
perintah ibu bapanya. Dahlia menunjukkan sifat taat akan suruhan ibu bapanya apabila Dahlia
sanggup mengetepikan kepentingan diri untuk memastikan adik-adiknya mendapat penjagaan
sempurna. Dahlia menjaga adiknya bongsunya Anggerik ketika ibunya terlantar di hospital.
Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah mentaati arahan kedua-dua orang ibu
bapanya.
            Peristiwa kedua yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan ialah Melati, Mawar dan
Kiambang taat akan suruhan bapa mereka dengan bergilir-gilir menjaga adik bongsunya, Anggerik
semasa ketiadaan ibu mereka yang sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit
kemurungan. Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kita mestilah mentaati permintaan ibu bapanya.

SOALAN 4 (b)
Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
JENDELA MENGHADAP JALAN TINGKATAN 4
            Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini
Matdarin. Pengarang mengemukakan latar masyarakat dalam novel ini.
            Antaranya, masyarakat yang mengamalkan perubatan tradisional. Contohnya, Datuk Lili,
Tuan Haji Abdul Rahman merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Datuk sedaya upaya
membantu pesakit yang datang berubat dengannya menggunakan kaedah perubatan tradisional yang
berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun herba.
            Seterusnya, masyarakat yang bersimpati atas penderitaan orang lain. Contohnya, Lili berasa
simpati dengan nasib Che Jah yang selalu didera dan dimaki hamun oleh suaminya, Seman sehingga
Lili mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Lili
bersetuju untuk menjadi saksi untuk kes keganasan rumah tangga itu.
SONGKET BERBENANG EMAS TINGKATAN 5
            Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin
Ayip. Pengarang mengemukakan latar masyarakat dalam novel ini.
            Antaranya, masyarakat yang penyayang. Contohnya, Dahlia amat sayang akan ibunya kerana
Dahlia sanggup melawat ibunya yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru
dengan mengeluarkan wang biasiswanya untuk membayar tambang bas dan teksi.
            Selain itu, masyarakat yang tabah. Contohnya, Dahlia tabah berdepan dengan pelbagai
dugaan termasuklah ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk menjalani
rawatan pemulihan akibat menghidap penyakit kemurungan. Di samping itu, Dahlia tabah
menghadapi kerenah neneknya, Nek Kiah yang sentiasa memandang serong terhadap Dahlia
sekeluarga.

Anda mungkin juga menyukai