Anda di halaman 1dari 43

 Jendela Menghadap Jalan

 Songket Berbenang Emas


• Lili pulang ke kampung
datuknya di Dungun,
Terengganu dengan menaiki
bas. Walaupun dia tidak
gembira dengan
percutiannya pada kali ini,
namun dia ikutkan sahaja
kehendak ibunya supaya
ibunya tidak berasa kecil
hati.
• Dalam perjalanan ke Dungun,
Lili bertemu Danel dan juga
Geetha dalam bas
Lili hairan apabila
melihat hampir
semua rumah di
Kampung Sentosa
mempunyai
jendela
menghadap jalan.
DATUK BERCERITA
TENTANG
KEBERKESANAN
PERUBATAN
TRADISIONAL DALAM
MENYEMBUHKAN
PELBAGAI PENYAKIT
KRONIK
ISU KUBAH SURAU
MENJADI PERBUALAN
HANGAT DAN
MENGUSARKAN
DATUK.
 Konflik berlaku apabila
Lili diculik oleh Haziq
dan Rafik iaitu anak Che
Jah yang merupakan
kutu rayau di kampung
itu.
 Danel telah berjaya
menyelamatkan Lili pada
waktu malam dan
selamat pulang ke
rumah neneknya.
 Lili ingin membantu Che
Jah yang menghadapi
masalah rumah tangga
akibat suaminya Seman
yang merupakan kaki
judi dan panas baran.
 Suasana di kampung
menjadi riuh rendah
apabila kubah surau
didapati hilang.
 Che Jah memaklumkan
bahawa suaminyalah yang
melarikan kubah surau.
Selama ini penduduk
kampung menuduh Haziq
dan Rafiq, namun telahan
mereka salah.
 Pemuda kampung
berkumpul di rumah
datuk untuk menunjuk
perasaan kerana
mengganggap datuk
berpakat dengan Sugi
yang mencadangkan
pembangunan di
kampung itu.
 Che Jah dicadangkan oleh
Kak Hamimah supaya
membuat laporan polis
supaya suaminya itu dapat
diberkas dan dipulihkan.
 Suami Che Jah ditangkap di
belakang pondok dusun.
 Lili, Geetha dan Danel
melihat matahari terbit di jeti
nelayan sebelum mereka
berpisah dan pulang ke
Bandar.
 Lili pulang ke Kuala Lumpur
untuk menghadiri majlis
perpisahan pengetuanya.
 Haziq dan Rafik kembali
semula ke sekolah untuk
menduduki PMR.
SONGKET BERBENANG EMAS
KHAIRUDDIN AYIP
Dahlia pelajar tingkatan enam
atas sedang menjalani latihan
bola jaring di padang bola
jaring.Mereka berlatih kerana
ada perlawanan dengan
pelajar-pelajar enam
rendah.Semasa berhenti rehat,
Dahlia teringat akan emaknya
yang hilang ingatan
.Azhari datang menemuinya di
kantin sekolah dan
memberitahu dia sudah tamat
pengajiannya di universiti . Dia
menyuarakan hasrat mahu
merisik Dahlia. Pada petang
itu, Azhari menghantar Dahlia
pulang ke rumahnya di
Kampung Parit Haji Rais.
Dahlia amat sedih apabila melihat
keadaan emaknya, Saleha yang
berada di kebun getah pada waktu
senja. Emaknya sudah tidak
mengenalinya lagi. Dahlia dan
abahnya memujuk emaknya balik ke
rumah dengan bantuan orang
kampung.
Nek Kiah menyalahkan Embong
yang menyebabkan Saleha menjadi
kurang siuman.
Dengan bantuan Haji Sulaiman,
Saleha dibawa ke Hospital Batu Pahat
dan seterusnya dihantar ke Hospital
Permai di Johor Bahru kerana
keadaannya semakin serius.
Dahlia terpaksa keluar dari asrama
dan kerap ponteng sekolah kerana
menguruskan adik-adiknya.
Abah Dahlia pula dimasukkan ke
wad kerana dipatuk ular.
Abu Bakar menjumpai kain merah yang
sudah reput yang membungkus telur
ayam yang mengandungi jarum peniti,
cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia
menyuruh Abu bakar membuangnya ke
sungai.
Selepas itu, Saleha sudah sembuh dan
dibenarkan pulang ke rumahnya.Nek Kiah
pula sakit dan dirawat di hospital selama
dua hari. Keluarga Dahlialah yang
menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek
Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia
sehingga benar-benar pulih.Nek Kiah
mula berubah dan berbaik semula
dengan keluarga Dahlia.
Banjir yang berlaku di Kampung Parit Haji
Rais telah membawa hikmah apabila
penduduk kampung bersatu dan
bergotong-royong membina rumah
Embong yang roboh dilanda banjir
setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman.
Dahlia tinggal di asrama semula
kerana peperiksaan STPM semakin
hampir.
Keluarga Azhari menetapkan tarikh
pertunangan Dahlia selepas
peperiksaan STPM tamat.
Kedatangan Cikgu Daim membawa
berita gembira apabila Dahlia
terpilih untuk mengikuti pengajian
di Jepun selama empat tahun.
Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu
mengikuti kursus bahasa Jepun di
Universiti Malaya selama enam
bulan.
Majlis pertunangan Dahlia terlewat
kerana jurucakap majlis lewat
sampai. Azhari datang berjumpa
Dahlia di stesen bas sebelum Dahlia
bertolak ke Kuala Lumpur. Dia telah
menghadiahkan songket berbenang
emas berwarna merah kepada
Dahlia. Azhari mahu Dahlia menjaga
jati dirinya sebagai orang Melayu
walaupun berada di mana-mana jua.
Jawapan berdasarkan novel berikut :

(i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(ii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.

Berdasarkan sebuah novel, huraikan perwatakan watak


utama dalam novel yang anda telah kaji.
watak utama yang terdapat dalam novel
ini ialah Lili / Dahlia. Perwatakan
watak utama ialah…..
Isi =0m
Bahasa = 1 m
 Berdasarkan sebuah novel, tuliskan sinopsis novel tersebut. (7 markah)
 Tips menjawab
 Permulaan (1m)
 Perkembangan (1m) PLOT NOVEL
 Puncak Cerita (1m)
 Peleraian (1m)

 Isi = 4m
 Bahasa =3m
 Jumlah =7m
• Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, permulaan
novel ini mengisahkan Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu
dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini,
namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas
• Pada bahagian perkembangan novel mengisahkan Lili hairan apabila melihat
hampir semua rumah di Kampung Sentosa mempunyai jendela menghadap jalan.
Konflik berlaku semasa di kampung apabila Lili diculik oleh Haziq dan Rafik iaitu
anak Che Jah yang merupakan kutu rayau di kampung itu.
 Pada bahagian puncak cerita pula, Suasana di kampung menjadi riuh rendah
apabila kubah surau didapati hilang. Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah
yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan
Rafiq, namun telahan mereka salah.
 Akhirnya, pada bahagian peleraian menceritakan Suami Che Jah telah ditangkap di
belakang pondok dusun. Lili, Geetha dan Danel pergi melihat matahari terbit di jeti
nelayan sebelum mereka berpisah dan pulang ke bandar.
 Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan persamaan watak utama yang terdapat dalam

novel tersebut. (8 markah)

 Tips

 Nyatakan nama watak utama = 1m

 Nyatakan perwatakan yang sama bagi kedua-dua novel


X 2 novel = 6 m
 ( seorang yang…..) = 1m

 Berikan contoh peristiwa = 1m

 Isi = 6m
 Bahasa = 2m
 Jumlah = 8m
 Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, watak
utama dalam novel ini ialah Lili. Manakala watak utama bagi novel Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip ialah Dahlia.
 Persamaan watak bagi kedua-dua buah novel ialah Lili dan Dahlia merupakan
seorang yang penyayang. Buktinya Lili sayang akan ibunya dan menuruti
kemahuan ibu yang memintanya pulang bercuti di kampung datuk. Manakala
Dahlia pula sanggup berulang alik daripada asrama kerana mahu menguruskan
adik-adiknya di rumah sepanjang ketiadaan ibu dan ayahnya.
 Seterusnya, Lili dan Dahlia merupakan seorang yang prihatin.
Buktinya Lili
prihatin dengan masalah yang menimpa keluarga Che Jah atas sikap tidak
bertanggungjawab Seman iaitu suami Che Jah. Manakala Dahlia pula prihatin
dengan kebajikan adik-adiknya sehingga dia mengambil keputusan untuk
ponteng daripada sekolah kerana mahu menguruskan mereka sepanjang
ketiadaan ibu bapanya.
 Berdasarkan sebuah novel, huraikan dua perwatakan watak utama dalam novel yang
anda kaji. (7 markah)
 Berdasarkan sebuah novel. Huraikan perwatakan watak utama yang menonjol. (7 markah)
 Tips
 Nyatakan nama watak utama = wajib nyatakan
 Nyatakan perwatakan watak utama = 1m X 2 perwatakan = 2m
 Berikan peristiwa yang menunjukkan perwatakan = 1m X 2 peristiwa = 2m

 Isi = 4m
 Bahasa = 3m
 Jumlah = 7m
Berdasarkan novel novel Songket Berbenang
Emas karya Khairuddin Ayip, watak utamanya
ialah ialah Dahlia. Perwatakan watak utama ialah
seorang yang penyayang. Dahlia sangat
menyayangi keluarganya biarpun diuji dengan
masalah kemiskinan.
Selain itu, dia seorang yang berani. Dahlia
sanggup terjun ke dalam sungai bagi
menyelamatkan Said.
1. Perbandingan dua novel. Huraikan persoalan yang menunjukkan persamaan.
(8 markah)
 Tips menjawab
 Nyatakan persoalan yang sama = 1m
 Berikan contoh peristiwa = 2m
2. Berdasarkan dua novel. Huraikan satu persoalan kegigihan watak utama dalam
setiap novel. (8 markah)
 Tips menjawab :
1. Nyatakan persoalan = 1m
cth : Persoalan kegigihan dalam menuntut ilmu (SBE)
Persoalan kegigihan menyelesaikan masalah rumah tangga
(JMJ)
2. berikan contoh peristiwa = 2m
 Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip dan novel Jendela
Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, terdapat persoalan berani bertindak dalam
menghadapi situasi yang bahaya dalam kedua-dua novel. Buktinya dalam novel Songket
Berbenang Emas, Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu
memotong kelapa sawit di ladang. Manakala dalam Jendela Menghadap Jalan, Danel berjaya
menyelamatkan Lili daripada penculikan.

 Persoalan kedua adalah persoalan kasih sayang dalam keluarga. Buktinya dalam novel Songket
Berbenang Emas, Dahlia sangat menyayangi ibu bapanya walaupun ibunya mengalami masalah
mental dan bapanya pula menghadapi pelbagai kesusahan dalam bekerja. Manakala dalam
Jendela Menghadap Jalan, Lili amat menyayangi ibunya sehingga sanggup mengorbankan
percutiannya dan mengikut permintaan ibu yang menyuruhnya pulang ke kampung datuk.
 Berdasarkan sebuah novel. Jelaskan dua peristiwa yang membuktikan kejayaan
dalam peleraian cerita. (7 markah)
 Tips menjawab soalan:
 Pernyataan peristiwa kejayaan = 1m
 Contoh peristiwa dalam bahagian peleraian = 1m
 Contoh pernyataan peristiwa
 Peristiwa kejayaan seorang gadis melanjutkan pelajaran ke Jepun. (SBE)
 Peristiwa kejayaan seorang remaja menyelesaikan isu rumah tangga seorang
penduduk. (JMJ)
 Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, peristiwa yang

membuktikan kejayaan dalam peleraian cerita ialah peristiwa kejayaan seorang


gadis melanjutkan pelajarannya ke Jepun. Hal ini dibuktikan dengan kedatangan
Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk mengikuti
pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu mengikuti
kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan

 Seterusnya, peristiwa kejayaan membina semula rumah yang rosak. Banjir telah

menyebabkan rumah Embong roboh. Penduduk kampung telah bergotong-royong


membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti.
Tempat Masa Masyarakat
Nyatakan tempat Nyatakan waktu Nyatakan latar masyarakat
Cth : Cth : Cth:
 Di rumah  Siang  Masyarakat yang
 Di dungun, Terengganu  Malam penyayang
 Di sekolah  Rembang  Masyarakat yang tabah
 Di kantin sekolah  Maghrib menghadapi cabaran
 11.00 pagi  Masyarakat sekolah
+  Setahun  Masyarakat kampung
Contoh peristiwa  Dua bulan  Masyarakat yang
mengamalkan perubatan
+ tradisional
Contoh peristiwa
+
Contoh peristiwa
 Berdasarkan dua novel. Huraikan satu peristiwa tentang kepincangan masyarakat
yang terdapat dalam setiap novel tersebut yang telah anda pelajari. (8 markah)

 Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat


Masyarakat yang suka menabur fitnah. Aton mencari Embong dan memarahinya
dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan
Embonglah yang mahu Said mati.

 Manakala, dalam novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin pula
terdapat masyarakat yang bermasalah dalam institusi kekeluargaan. Contohnya
Suami Che Jah merupakan seorang yang suka berjudi, berhutang, menipu, minum
arak dan anak-anak serta isterinya sering menjadi mangsa kekejamannya.
 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai kemanusiaan
yang terdapat dalam novel tersebut. (7 markah)
 Tips :
 Nyatakan nilai = 1m
 Berikan contoh peristiwa = 1m
 Berdasarkan
dua buah novel. Kemukakan satu peristiwa yang dapat
menggambarkan nilai tanggungjawab yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
 Tips :
 Nyatakan nilai tanggungjawab kepada siapa = 1m
 Berikan contoh peristiwa = 2m
 Berdasarkan sebuah novel. Jelaskan dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan
dan kemukakan alasan anda.
 Tips menjawab
 Pernyataan peristiwa = 1m
 Contoh peristiwa = wajib ada
 Alasan (pengajaran) = 1m
 Contoh jawapan
 Peristiwaseorang bapa menghantar anaknya ke sekolah aliran Inggeris.
Contohnya Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun mendapat
tentangan daripada penduduk kampung. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan
kerana kita hendaklah menuntut ilmu demi masa depan walaupun terpaksa
menghadapi pelbagai cabaran
9. ASPEK KOMSAS
 Sebab-sebab sebuah novel dianggap istimewa dan boleh menarik minat para
pembaca.
 Tips menjawab
 Keistimewaan + contoh peristiwa + alasan
 Tema
 Watak
 Perwatakan
 Gaya bahasa
 Nilai yang ditonjolkan
 Pengajaran yang baik
Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, pengarang
memaparkan tema kecekalan seorang gadis dalam menghadapi pelbagai cabaran dan
rintangan.

LiLi cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang
dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya,
Seman.

Pembaca akan tertarik untuk mengetahui nasib Che Jah yang menjadi mangsa
keganasan rumah tangga dan pengakhiran nasib Seman akibat perbuatan zalimnya.
Berdasarkan dua buah novel. Bandingkan tema
kedua-dua novel tersebut.
Tips
Pernyataan tema = 1m
Contoh peristiwa = 2m
Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin,
pengarang memaparkan tema kecekalan seorang gadis dalam menghadapi
pelbagai cabaran dan rintangan.
Buktinya, Lili cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah
tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh
suaminya, Seman. Akhirnya, Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah
atas perbuatan kejamnya itu.
Manakala, novel yang saya kaji di Tingkatan 5 pula Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip, pengarang memaparkan tema kegigihan seorang gadis
dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.
Buktinya, Dahlia gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa
dihantar ke hospital Batu Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru
untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghadapi penyakit kemurungan.
 Terdiri daripada teknik seperti berikut :

 Pemerian

 Dialog

 Imbas kembali

 Imbas muka

 Saspens

 Konflik

 Monolog / monolog dalaman


 Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang

mengandungi unsur saspens dalam setiap novel tersebut.

 Tips menjawab

Pernyataan peristiwa yang menunjukkan unsur saspens. = 1m

Contoh peristiwa = 2m
Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin memaparkan
peristiwa seorang gadis yang diculik dan ditinggalkan di dalam pondok yang usang.

Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu adakah Lili berjaya
melepaskan diri daripada penculik. Namun akhirnya Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.

Manakala, novel yang saya kaji di Tingkatan 5 pula iaitu Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip memaparkan peristiwa seorang gadis terjun ke sungai untuk menyelamatkan
seorang remaja lelaki.

Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu apa akan terjadi kepada
Dahlia. Rupa-rupanya Dahlia selamat dan berjaya menjumpai Said di dasar sungai
 Soalan berunsur pendapat, pandangan, keistimewaan,
kelebihan, perasaan dan kewajaran.
 Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan
satu peristiwa yang menggambarkan tindakan watak yang
tidak wajar dicontohi. Berikan alasan anda.
 Tips menjawab :
 Pernyataan peristiwa =1m
 Contoh peristiwa =1m
 Alasan =1m

Anda mungkin juga menyukai