Anda di halaman 1dari 33

JALAN KE

PUNCAK

NAMA :JUNDIYATUL MUAWIYAH BT SIDEK


KELAS :2 RAZZI
NO MAKTAB :PB 180082
HOMEROOM :PN NORAKMA
GURU KELAS :EN SHURDI BIN SHUIB
SINOPSIS
ISI KANDUNGAN
TEMA
PERSOALAN
WATAK PERWATAKAN
PLOT
BINAAN PLOT
TEKNIK PLOT
LATAR
GAYA BAHASA DAN UNSUR BAHASA
NILAI
PENGAJARAN
KELEBIHAN
KELEMAHAN
PENAMBAHBAIKAN
SINOPSIS
Perlahan-lahan cahaya terpancar daripada buih-
buih di permukaan air. Laiman sendiri tidak
menyangka bahawa suatu ketika nanti dia akan
menikmati hasil jerih payahnya selama membina
tapak dalam kehidupan ini. Sekarang, riak-riak
yang suatu ketika dulu masih kabur sudah
nampak jelas di matanya.
TEMA
Keungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang berkelulusan
universiti bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan muda.
Laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, namun dia
tidak memilih bidang berkaitan dengan kelulusannya untuk
kerjayanya. Dia memilih untuk membuat projek ternakan air tawar,
ternakan udang harimau, menanam tembikai, pengusaha kedai
makan, serta menjadi pemborong dan pembekal kelapa. Keutamaan
projeknya ialah projek ternakan ikan air tawar. Pada tahap awal cita-
citanya ditentang oleh bapanya sendiri, dan dipersenda oleh orang
kampung. Walau bagaimanapun, perkara tersebut menjadikan
dirinya lebih tabah dan akhirnya dia berjaya dengan cemerlang.
Ternakan ikan air tawarnya diikitiraf oleh jabatan pertanian sebagai
projek contoh di daerah tempat tinggalnya, bahkan mungkin akan
dinaikkan ke tahap paling baik di seluruh negerinya.
PERSOALAN
Kasih sayang dalam keluarga. Contohnya, bapa, nenek dan Mail
amat menyayangi Laiman. Laiman juga menyayangi mereka. Sepupu
Laiman iaitu Milan menyayangi Laiman dan sanggup menjadi
pembantu setia dalam setiap projek yang diusahakan oleh Laiman.
Kepentingan pelajaran. Contohnya, Laiman menamatkan
pengajiannya dalam bidang kejuruteraan, walaupun akhirnya dia
tidak mejadi jurutera tetapi dia tetap mencintai ilmu tersebut.
Pengorbanan untuk keluarga. Contohnya, nenek dan abang Laiman
berkorban untuk Laiman. Nenek Laiman mengeluarkan wang
simpananya untuk pengajian Laiman dan abangnya yang masih tidak
berkahwin lagi kerana wangnya sering diberikan kepada Laiman
untuk pengajiannya.
Cinta antara teruna dan dara. Contohnya, Laiman merasai
cintakepada Soniah pada bahagian akhir novel ini. Ada tanda-tanda
bahawa Soniah juga mencintainya.
Hubungan baik antar kaum. Contohnya, bapa Milan boleh
mengambil barang-barang di kedai seorang taukeh Cina secara
berhutang. Milan juga pernah bekerja di kebun kelapa taukeh itu.
Mereka saling mempercayai.
Kemiskinan. Contohnya, penduduk kampung Laiman, iaitu
Kampung Kusilad rata-ratanya hidup dalm kemiskinan.
Kegigihan ank muda dalam melaksanakan pekerjaan. Contohnya,
Laiman dan Milan amat gigih bekerja sehingga mereka berjaya
dalam projek yang diusahakan oleh mereka.
Sikap mengutamakan kerjaya sebelum bercinta. Laiman tidak
memikirkan soal cinta sebelum mencapai kejayaan.
WATAK DAN PERWATAKAN

LAIMAN
➔ Laiman ialah anak Pak Kiassim, berasal dari Kusilad, Sabah. Dia mempunyai abang
bernama Mail, dan adik bernama Jariah.
➔ Laiman suka membantu pekerja-pekerja bawahannya semasa dia menjalani latihan praktikal.
➔ Laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan tetapi tidak bercita-cita
menjadi usahawan muda yang berjaya.
➔ Laiman bercita-cita tinggi untuk maju dalam pekerjaan tanpa makan gaji.
➔ Laiman seorang yang berdikari kerana merancanguntuk melakukan projek ikan air tawar
penternakan lebah madu
➔ Laiman seorang yang rajinkerana dia menjalankan penanaman tembikai, menjalankan
perniagaan kuih, serta menjadi peraih pisang dan kelapa.
➔ Laiman seorang yang tabah kerana dia berusaha memujuk Pak Sahok untuk mengizikannya
menggunakan tanah paya disebelah tanah Pak Sahok untuk dijadikan kawasan projek ikan
air tawar
➔ Laiman seorang yang berprinsip , iaitu dia tidak menerima tawaran pekerjaan bergaji yang
tidak digermarinya.
➔ Laiman seorang yang beradab sopan dan menghormati orang tua.
➔ Laiman seorang yang taat akan perintah agama, iaitu rajin menunaikan solat di surau.
➔ Laiman jujur dalam pekerjaan, iaitu dia tidak menyembunyikan jumlah simpanan daripada
pengetahuan rakan kongsinya, iaitu Milan.
➔ Laiman berjaya menjadi contoh kepada anak-anak muda yang lain dalam projek ternakan
ikan air tawarnya.
PAK KIASSIM
➔ Bapa Laiman
➔ Seorang pemaaf, iaitu memaafkan Laiman yang tidak mendengar
kata-katanya
➔ Sedar akan kesalahannya, iaitu mengakui bahawa dia tidak
memahami niat suci Laiman untuk menjalankan perniagaan sendiri.
➔ Seorang bapa yang bertanggungjawab, iaitu Pak Kiassim cuba
memujuk Pak Sahok supaya mengizinkan Laiman menggunakan
tanah paya berdekatan dengan tanah Pak Sahok.
➔ Seorang bapa yan mengambil berat tentang masa depan anak-
anaknya.
PAK SAHOK SONIAH
➔ Seorang petani. ➔ Sahabat baik Laiman semasa di
Sarawak.
➔ Seorang ahli jawatankuasa dalam
rancangan perkampungan baharu. ➔ Pelajar jurusan kejuruteraan di
Universiti Kebangsaan Malaysia,
➔ Pak Sahok sedar akan niat baik
sama seperti Laiman.
Milan dan Laiman untuk
memajukan masyarakat yang ➔ Seorang gadis yang bercita-cita
tinggal di kampungnya. tinggi.
➔ Gadis manis, bertubuh kecil, tinggi
lampai dan berkulit pisamg
kuning.
SUKRI MAIL
➔ Seorang pekerja di sebuah syarikat ➔ Abang kepada Laiman.
minyak di Sarawak. ➔ Sanggup berkorban demi adik-
➔ Rapat dengan Laiman semasa adiknya supaya adik-adik maju
Laiman menjalani latihan paktikal. dalam pelajaran.
➔ Sukri tidak percaya bahawa laiman ➔ Bekerja di Koperasi Pembangunan
yang membakar tangki minyak dan Desa, iaitu Kota Marudu dan
dia membela nasib Laiman. jarang-jarang pulang ke kampung.
➔ Mudah cemas terutama apabila ➔ Sentiasa memberi sokongan dan
mengetahui berita tentang tangki nasihat kepada Laiman.
minyak tempatnya bekerja
terbakar.
➔ Seorang yang menghargai
hubungan persahabatan.
KEDEK DAN MUALI MULUK
➔ Mendaptkan kepercayaan ➔ Cemburu Laiman berbaik-baik
daripada Laiman untuk menjalani dengan Soniah.
kursus projek ternakan ikan air ➔ Mensabotaj Laiman dengan
tawar.
membakar tangki minyak agar
➔ Golongan rajin, tekun dan tidak Laimn dituduh melakukan perkara
banyak cakap. tersebut.
➔ Meninggalkan projek Laiman ➔ Diberkas dan telah dihadapkan ke
untuk memulakan projek sendiri. mahkamah.
PLOT
JALINAN PERISTIWA PENTING
Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak. Dia akrab dengan
Sukri. Di samping itu, dia juga berbaik-baik dengan gadis yang bernama Soniah.
Oleh sebab tugasnya dijalankan dengan baiknya, pengurus syarikat menyayangi Laiman.
Laiman disukai oleh pengurusnya dan keakraban Laiman dan Soniah menimbulkan rasa
cemburu di hati Muluk.
Kebakaran tangki minyak di syarikat minyak itu telah menimbulkan spekulasi bahawa
Laiman melakukannya. Namun, ketika itu Laiman berada di Kuching untuk berjumpa
dengan kawan sekuliahnya.
Pengurus yang mengesyaki Laiman melakukan sabotaj tersebut kemudiannya percaya
bahawa Laiman tidak bersalah.
Laiman balik ke kampungnya di Sabah setelah tamat belajar dan mendapat ijazah dalam
bidang kejuruteraan . Dia tidak bersedia menerima jawatan bergaji tetap, walaupun jabatan
pertanian menawarkan pekerjaan kepadanya.
Penolakan jawatan itu menyebabkan bapanya, Pak Kiassim berasa marah. Pak Kiassim
mengungkit pengorbanan keluarganya demi mengutamakan kemajuan Laiman dalam
pelajaran.
Laiman tetap bertegas tidak mahu bekerja dengan kerajaan. Dia keluar menemui sepupunya,
Milan. Pada mulanya Milan sependapat dengan Pak Kiassim tetapi kemudian bersetuju
dengan cita-cita Laiman
Laiman mahu menjalankan projek ternakan ikan air tawar dan beberapa kerja lain. Dia
memujuk Pak Sahok supaya mengizinkan penggunaan tanah aya berdekatan dengan tanah
Pak Sahok tetapi Pak Sahokenggn mengizinkannya.
Pada masa yang sama, Laiman mngusahakan penanaman tembikai dan usaha itu berjaya.
Tembikai itu dijualkan kepada kawannya di Kota Kinabalu dan dia mendapat hasil yang
banyak.
Pak Kiassim memuji Laiman atas kejayaan itu. Dia menawarkan diri untuk memujuk Pak
Sahok agar bersetuju dengan cadangan Laiman untuk menjalankan projek ternakan ikan air
tawar. Laiman mengetahui bahawa tanah itu bukan tanah Pak Sahok tetapi berhampiran
dengan tanah Pak Sahok.
Rundingan Pak Kiassim dan Pak Sahok membuahkan kejayaan. Pak Sahok bersetuju,
terutama apabila mendapati Laiman berjaya dalam setiap kerja yang dilakukannya.
Jabatan pertanian mengiktiraf projek ternakan ikan air tawar Laiman itu sebagai contoh di
daerahnya. Jabatan pertanian juga mengatakan projek itu akan dijadikan projek terbesar di
Sabah.
BINAAN PLOT
Eksposisi atau permulaan-Laiman digambarkan sebagai pemuda yang rajin bertugas di
sebuah syarikat minyak. Pekerjaannya dilakukan dengan sebaik-
baiknya. Oleh itu, dia disenangi oleh pengurus dan kawan-kawan
di tempat kerja itu. Sukri yang bertugas di situ mengajak makan
bersama-sama.
Perkembangan -Laiman berkawan rapat dengan Soniah.Soniah akan melajutkan
pelajaran dalam bidang yang sama dengan Laiman, iaitu bidang
kejuruteraan. Soniah menyebut nam Muluk dalam perbualannya
dengan Laiman, namun Soniah tidak mahu meneruskan cerita
tentang Muluk kepada Laiman. Hal ini menimbulkan tanda tanya
dalam fikiran Laiman tetapi dia terpaksa melupakan hal itu kerana
Soniah betul-betul tidak mahu meneruskan cerita itu lagi.
Perumitan - Berlakunya kebakaran tangki minyak. Tangki itu dibaiki oleh
Laiman. Namun begitu, semasa kebakaran itu berlaku Laiman pergi
ke Kuching. Setelah diselidik, orang yang melakukan sabotaj
itu tidak berpuas hati dengan Laiman kerana Laiman begitu rapat
dengan Soniah. Bahagian lain yang merupakan perumitan adalah
apabila bapa Laiman memarahi Laiman kerana tidak mahu bekerja
dengan mana-mana badan kerajaan sebaliknya mahu menjalankan
projek sendiri.
Klimaks atau kemuncak-Pak Sahok mengalah dan mengizinkan tanah paya
yang berhampiran dengan tanahnya digunakan untuk
projek ternakan ikan air tawar. Keizinan itu menyebabkan
Laiman dan kawan-kawannya dapat bekerja keras dan
akhirnya projek ternakan ikan air tawar itu dapar dijadikan
sebagai projek contoh di daerah tempat tinggal mereka.
Peleraian -Kesenangan hidup Laima kerana usahanya berjaya. Dia turut
memikirkan perancangannya untuk memulakan hubungan
baharu dengan Soniah.
TEKNIK PLOT
PEMERIAN
Pengarang memerihalkan keadaan Sukri ketika dia sampai di tempat tangki minyak
syarikatnya bekerja itu terbakar.
Ketika Sukri datang ke tempat kejadian, api menjulang-julang naik. Anggota bomba
sudah dipanggil untuk memadamkan kebakaran. Sukri terburu-buru keluar dari kereta dan
berlari ke arah orang ramai berkumpul.

DIALOG
Banyak dialog antar watak-watak dalam novel ini,termasuklah dialog antara Laiman dengan
Pak Kiassim. Contohnya,
1-“Ayah, cuba berjumpa dengan Pak Sahok nanti,” kata Pak Kiassim.
2-“Untuk apa?”
3-“Untuk projek kamu tu.”
4-“Betulkah ini, ayah?”
MONOLOG
Sukri berbisik sendiri apabila memikirkan peristiwa tangki minyak yang terbakar itu
berkemungkinan ada orang yang bekerja di syarikat itu berniat jahat untuk menjatuhkan
Laiman. Contohnya,
'Ya mungkin saja,' bisik Sukri.
MONOLOG DALAMAN
Laiman memikirkan bahawa Soniah seolah-olah menyembinyikan sesuatu daripadanya.
Contohya,
Soniah seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu, fikir Laiman. Muluk! Kenapa
Soniah sebut fasal Muluk? Apakah pula rahsia yang disembunyikan oleh Muluk? Kalau
tidak takkan lah anak gadis itu bertanya fasal Muluk di hadapannya.
IMBAS KEMBALI
Ada beberapa peristiwa yang telah berlaku disorot semula oleh pengarang. Antaranya
termasukalah Laiman teringat akan peristiwa sewaktu dia ingin mencari penaja untuk
membiayaipengajiannya di universiti dahulu. Contohya,
Dia pernah mengalami masalah itu dahulu. Dia terpaksa bertungkus-lumus untuk
mencari penaja. Hampir sebulan Laiman naik turun pejabat. Kerajaan negeri juga sudah.
Tuah telah menyebelahi Laiman kerana kedua-duanya memberikan kesanggupan untuk
memberikannya biasiswa.

SASPENS
Pembaca tertanya-tanya orang yang menyebabkan peristiswa tangki minyak itu tebakar.
Contohnya,
...Sukri menyimpulkan bahawa itu ialah perbuatan khianat. Namun begitu, perbuatan
siapa? Siapakah yang berani melakukannya? Sukri tahu semua perangai pekerja di
syarikat itu.
LATAR
LATAR TEMPAT

Sebuah pejabat terletak di tepi pantai yang terletak di Sarawak. Contohnya,


tempat Laiman menjalani latihan praktikal.
Sebuah restoran di pekan. Contohnya, Laiman minum bersama-sama dengan
Soniah di sebuah restoran yang terletak di pekan.
Bandar Miri. Contohnya, tempat Soniah dan Laiman berjalan-jalan.
Kota Marudu. Contohnya, tempat Mail bertugas, iaitu di Koperasi
Pembangunan Desa.
Rumah sewa Laiman. Contohnya, Sukri datang ke rumah Laiman untuk
memberitahu Laiman tentang kejadian tangki minyak yang terbakar itu.
Kampung Bawang. Contohnya, tempat Laiman dan Mail menziarahi arwah
Pak Muluk dan adat berjaga masih diamalkan kampung itu.
.Rumah Laiman. Contohnya, Laiman dimarahi bapanya keranatidak mahu
bekerja makan gaji dengan kerajaan.
Tanah Paya. Contonya, tempat projek ternakan ikan air tawar Laiman
dijalankan.
Gerai Pitas. Contohnya, Pak Sahok berbual-bual dengan Laiman tentang
kejayaan projek ternakn ikan air tawar mereka berdua.
LATAR MASA

Waktu siang. Contohya, sewaktu Laiman dan kawannya bekerja di


syarikat minyak.
Waktu petang. Contohnya, selepas waktu pejabat Laiman bersiar-siar di
pekan Lotong.
Waktu malam. Contohnya, Laiman singgah di rumah Milan meluahkan
perasaan yang kecewa kepada Milan.
Enam bulan. Contohnya, Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah
syarikat minyak di Sarawak.
Dua tahun. Contohnya, Laiman diterima masuk ke matrikulasi sebelum ke
universiti.
Lebih kurang tiga tahun. Contohnya, Laiman dan Soniah masih berhubung
melalui surat yang dikirimkan oleh Soniah kepadanya.
LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang bekerja kuat. Contohnya, Laiman dan Milan bekerja keras
supaya segala rancangan projek mereka tercapai.
Masyarakat yang berpelajaran tinngi. Contohnya, Laiman dan Soniah
merupakan pelajar yangambil kursus dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan.
Masyarakat yang hidup miskin dan sederhana. Contohnya,orang kampung
Laiman yang tinggal di Kampung Kusilad hidup secara bersederhana.
Masyarakat yang bersikap cemburu. Contohnya, Muluk cemburu akan
hubungan Laiman dengan Soniah sehingga sanggup mengkkhianati Laiman,
Masyarakat yang taat akan perintah agama. Contohnya, Laiman dan Milan
rajin menunaikan solat di surau.
Masyarakat yang boleh berubah. Contohnya, sikap anak-anak muda di
kampung Laiman berubah daripada keadaan kepada rajin untuk bekerja.
GAYA BAHASA DAN
UNSUR BAHASA
DIKSI
Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan
cerita yang memaparkan kisah anak muda yang menjalankan aktiviti
pertanian dan penternakan. Contohnya, kata-kata tersebuut seperti kebun
tembikai, tanah paya, jabatan pertanian, lima belas hektar, lebah madu,
ikan air tawar, udang harimau dan sebagainya.

AYAT
Sepanjang jalan cerita, pengarang berselang-selimenggunakan ayat-ayat pendek
dan panjang.
a) Ayat-ayat pendek. Contohnya,
Soniah berjalan agak cepat.
Tidak ada bezanya.
Laima tersentak
Milan memberikan kata putus.
Ayat-ayat panjang. Contohnya,
Dia berpendapat kalau ramai yang berfikiran begitu negara akan
beruntung kerana dapat melahirkan ramai tenaga mahir yang
sesuai dengan dasar kerajaan.
Sukri dapat membaca sikap Laiman setelah hamir tiga bulan
pemuda dari Sabah itu berada dalam pengawasannya.
Subsidi untuk projek itu sudah pun diurus dan diatur oleh pegawai
pertanian itu sendiri tanpa bantuan dan campur tangan Laiman.
BAHASA ARAB
Terdapat juga bahasa Arab yang digunakan oleh pengarang dalam
novel ini. Contohnya,
“ Tenangkan fikiran. Baca bismillah sebelum masuk,” kata Sukri
sambil ketawa.
Kita seppatutnya berusaha dan bertawakal kepada Allah.
“ Syukur, alhamdullilah,” kata Milan, lalu dia terus ke
warungnya kerana tiada orang yang menjaganya.
METAFORA
Unsur metafora merupakan perbandingan atau kiasan yang
mengandungi dua kata, iaitu konkrit dan abstrak. Unsur
metafora juga dapat dilihat dalam ovel ini. Contohnya,
Gunung penyesalannya datang tiba-tiba.

PERSONIFIKASI
Unsur personifikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepada
benda atau perkara tertentu digunakan oleh pengarang
sebagai rencah dalam novelnya. Contohya,
Matahari pun tidak lagi galak sinarnya.
Petang semakin tua.
Daun-daun yang beraneka jenis ituterliuk-liuk megikut
rentak irama angin kering.
Mata pengurus itu menikam lembut wajah Laiman
dengan hati yang lega.
HIPERBOLA
Gaya bahasa hiperbola atau bahasa kiasan yang digunakan
untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan saripada
maksud yang sebenarnya terdapat dalam novel ini. Contohnya,
Penyesalannya terys saja meronta-ronta, menghempas
pintu hatinya.

SIMILE
Simile ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu
dengan sesuatu yang lain dengan menggunakn perkataan
bagai, bak, ibarat, laksana, macam, seperti, dan umpama.
Contohnya,
...muka merah padam seperti udang yang dibakar.
'Nasib manusia ini bagai menanam benih.' fikir Soniah.
Berita itu seperti petir yang menyambar hatinya.
SINKOPE
Pengarang turut menggunakan sinkope atau singkatan perkataan
dalam novel ini. Contohnya,
“Berita tak baik? Berita apa tu, Ri?”
“Apa-apa saja yang kita buat memang akan ada risikonya.”
“Tak tentu, mungkin esok atau mungkin lusa.”

PERIBAHASA
Unsur peribahasa turut digunakan dalam novel ini. Contohnya,
...tidak semua orang boleh dipecayai kerana telunjuk kurus
kelengeng berkait.
Kata orang, selurus-lurus ekor anjing, ada juga bengkoknya.
Air mukanya berubah.
Namun begitu, apakan daya kerana nasi sudah menjadi bubur.
REPETISI
Unsur repetisi atau perulangan turut diutarakan oleh pengarang dalam
novel ini. Contohnya,
“Nak marah kepada siapa? Marah kepada aku, sedangkan aku tak ada
pada waktu itu? Susah dia nak marah.”
Engkau kira apa yang aku buat sekarang ini tidak ke arah asa depan?
Engkau kira kerja yang aku ini terlalu hina?
Bukan sakit bukan ditimpa kemalangan, tapi kita yang sakit sedang
sekarang. Kepala kita yang sakit.
NILAI
Kasih sayang. Contohnya, nenek Laiman membelanjakan wang
simpanannya dalam jumlah yang banyak untuk membiayai pengajian
Laiman. Bapa Laiman juga mengasihi Laiman, walaupun dia
bersikap kasar setelah mendapat tahu Laiman menolak tawaran
bergaji.
Ketabahan. Contohnya, Laiman berusaha bersungguh-sungguh dan
dengan tabahnya bagi memastikan projeknya berjaya.
Setia kawan. Contohnya, Milan sentiasa berusaha untuk
mengekalakan hubungan baiknya dengan Laiman.
Kesyukuran. Contohnya, laiman bersyukur kerana Milan sentiasa
menyokong segala usaha dan perancangannya.
Kerjasama. Contohnya, Milan bekerjasama dengan Milan sehingga
projek mereka berjaya.
PENGAJARAN
Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai
kejayaaan cemerlang. Contohnya, Laiman bekerja keras bagi
memastikan segala rancangan projeknya berjaya.
Kita hendaklah bersyukur dengan kejayaan yang kita peroleh.
Contohnya, Laiman bersyukur projek ternakan ikan air tawarnya
akan dijadikan contoh di daerah Kusilad.
Kita mestilah insaf setelah melakukan kesilapan. Contohnya, Pak
Kiassim insaf setelah dia menegetahui bahawa anaknya, Laiman
bercta-cita tinggi dan tahu melaksanakan kerja yang diimpi-
impikannya.
Kita hendaklah bekerjasama untuk mencapai kejayaan. Contohnya,
Laiman dan Milan bekerjasama melaksanakan projek ternakan ikan
air tawar dan beberapa projek lain.
KELEBIHAN
Mempunyai banyak pengajaran yang boleh dicontohi oleh para
pembaca.
Jalan cerita yang menarik minat para pembaca kerana mengandungi
ayat yang gramatis.
Latar belakang setiap watak amat menarik kerana sesetengah
pembaca akan menilai latar belakang setiap watak.
KEKURANGAN
Jalan cerita yang agak panjang dan susah difahami kerana
mengandungi kata-kata yang jarang dijumpai.
Cerita yang agak berbelit dan sedikit bosan kerana terlalu
banyak persoalan yang tertanya-tanya bagi seorang pembaca.
Tidak mempunyai warna pada setiap gambar membuatkan
para pembaca berasa bosan.
PENAMBAHBAIKA
N
Memendekkan jalan cerita kepada yang sedarhana supaya para
pembaca lebih tertarik dengan novel ini.
Mengurangkan sedikit masalah yang diceritakan di dalam novel ini
supaya para pembaca tidak berasa tertanya-tanya.
Mewarnakan setiap gambar di dalam novel ii supaya para pembaca
mudah tertarik dengan karya ini.

Anda mungkin juga menyukai