Anda di halaman 1dari 5

menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. SOALAN 1: Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan . Sejak belakangan ini, semangat kejiranan dan hubungan silatulrahim dalam kalangan masyarakat khususnya yang tinggal di bandar tidak utuh. Faktor penyumbang utama ialah sifat mementingkan diri sendiri bak kata pepatahseperti enau melepaskan pucuk masing-masing. Trend ini menye babkan berlaku jurang pemisah sosial terutama dalam kalangan jiran yang berlainan bangsa. Langkahlangkah yang pragmatik harus diambil supaya masalah ini dapat diatasi segera jika tidak masalah ini akan menular sepertiapi dalam sekam. Langkah pertama ialah dengan mengadakan aktiviti sosial seperti gotongroyong. Pihak berkuasa tempatan dan jawatankuasa persatuan penduduk harus menjalankan aktiviti sebegini bagi mewujudkan satu platform di mana ahli masyarakat dapat bekerjasama dan beramah-mesra. Aktiviti sebegini bertindak seperti serampang dua mata kerana dapat mengeratkan hubungan antara jiran dan mengindahkan kawasan sekitar sekaligus. Langkah yang seterusnya adalah dengan mengadakan majlis ramahtamah seperti rumah terbuka. Majlis ini sesuai diadakan sewaktu sambutan perayaan. Majlis ramah-tamah boleh diadakan secara besar-besaran yang melibatkan ahli politik dan diadakan di dewan serbaguna. Program yang lebih besar ini dapat memberi peluang kepada segenap penduduk untuk berkenalkenalan. Sementara itu, aktiviti lain seperti persembahan seperti tarian, nayanyian dan lakonan boleh diselitkan sewaktu majlis ramah-tamah.Ini dapat menarik lebih ramai pengunjung dan mencungkil bakat peserta. Di samping itu, agensi kerajaan terutamanya Jabatan Kebajikan Rakyat boleh mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti sukaneka . Hal ini demikian kerana aktiviti menarik ini akan mendapat sambutan daripada yang muda kepada yang tua.Balai raya, gelanggang badminton, padang boleh digunakan sepenuhnya untuk aktiviti ini. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan Konklusinya, langkah-langkah di atas akan dapat menjadi pelopor untuk membentuk rakyat Malaysia yang mementingkan jiran dan mementingkan perpaduan. Tidak dapat dinafikan perpaduan amat penting untuk menentukan kemajuan sesebuah Negara. Rakyat bersatu Negara maju harus menjadi pegangan kita semua. SOALAN 2 : Ibu bapa merupakan ketua dalam dalam insitusi keluarga. Huraikan peranan ibu bapa membentuk keluarga bahagia. Dewasa ini, semakin hari, hubungan baik antara ahli keluarga semakin terhakis ditelan arus pemodenan negara. Keluarga bahagia menjadi impian segenap masyarakat dan ini dapat dibentuk melalui perasaan kasih sayang dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam membentuk keluarga bahagia. Pertamanya, ibu bapa sewajarnya mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Sebuah keluarga yang diselubungi oleh perasaan sayang akan lebih bahagia dan seterusnya melatih sikap penyayang dalam diri mereka sendiri bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Misalannya, sokongan moral dan dorongan amat penting terutamanaya ketika ahli keluarga melalui saatkekecewaan atau kegagalan. Siapalah yang akan memahami sikap dan kekecewaan anak-anak jika bukan ibu bapa sendiri. Tegasnya, ibu bapa harus sedia melapangkan waktu untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak. Selain itu, seseorang anak yang telah diterapkan dengan didikan agama pastinya lebih patuh dan akan menjadi seorang individu yang mulia. Oleh itu, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Sembahyang tepat pada waktu, didikan baik-buruk sesuatu tindakan, amalan berzikir dan mematuhi perintah Tuhan dapat melembutkan hati dan seterusnya menjadikan suasana kelurga itu lebih aman dan harmoni. Jelaslah, didikan agama yang secukupnya amat penting dalam melahirkan individu penyayang. Di samping itu, peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya menarangkan anak-anak akan mencontohi dan melakukan apa yang dipelajari

daripada ibu bapa. Lantaran itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian menunjukkan anak-anak mencerminkan perwatakan orang tua mereka. Banyak nilai baik yang boleh ditunjukkan kepada anak-anak. Contohnya, semangat hormat menghormati dan kepentingan amalan bertolak ansur dan bantu-membantu. Konklusinya, ibu bapa berperanan besar dalam mewujugkan keluarga bahagia. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan mereka iaitu memberikan kasih saying, didikan agama yang secukupnya, menunjukkan nilai yang baik dan sebagainya kepada anak-anak untuk melahirkan individu yang penyayang yang akan mewujudkan masyarakat yang sejahtera.

berusia lebih 55 tahun. Di Malaysia, golongan warga tua ini mencatatkan 20 peratus daripada bancian penduduk kita. Pada kebiasaannya, golongan ini tidak bekerja lagi dan tinggal di rumah untuk menunggu ajal tiba. Walau bagaimanapun, tanpa mereka kita tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang selesa pada zaman pascakemerdekaan ini. Janganlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit. Oleh hal yang demikian, jasa dan pengorbanan mereka harus kita hargai. Pihak kerajaan haruslah mengiktiraf warga tua dalam usaha menyemai nilai menghormati mereka. Hal ini demikian kerana warga emas ini lebih banyak makan garam daripada kita dan mempunyai lebih banyak pengalaman hidup. Sebagai contoh, pihak kerajaan haruslah memberi subsidi bantuan penuh kepada warga tua yang menaiki pengangkutan awam dan menggunakan perkhidmatan awam seperti hospital kerajaan. Dengan cara ini, golongan yang sudah tidak bekerja lagi akan berasa dihargai dan disanjung dalam masyarakat. Saya percaya bahawa mereka akan melalui sisa-sisa kehidupan dengan penuh bermakna. Selain itu, pihak kerajaan juga haruslah memperuntukkan belanjawan untuk membina rumah kebajikan untuk warga tua yang teraniaya dan terabai oleh keluarga mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ada golongan muda yang bertopengkan muka manusia tetapi berhati binatang ini mengabaikan kebajikan warga tua demi kepentingan diri. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan haruslah menyediakan tempat berlindung kepada golongan yang kurang mendapat perhatian daripada keluarga ini supaya nyawa mereka tidak diancam bahaya. Dengan usaha ini, warga tua yang pernah berjasa kepada bangsa dan negara ini akan berasa dihargai dan diapresiasi. Usaha ini juga secara langsung dapat membuka minda dan membeliakkan mata rakyat tentang keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan warga tua di negara kita supaya dapat dijadikan suri teladan kepada negara maju yang lain. Para hadirin yang budiman, Di samping itu, perlindungan yang sewajarnya harus diberikan kepada warga tua. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak laporan akhbar yang melaporkan kejadian anak-anak muda yang melupakan ibu bapa mereka yang sudah tua apabila mendapat wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ibu bapa mereka. Golongan yang berperwatakan ketidakberperikmanusiaan ini berpurapura menjaga ibu bapa mereka sehingga warga tua ini mencapay usa 55 tahun. Apabila berjaya mengeluarkan wang KWSP, anak-anak muda ini akan melupakan

SOALAN 3 : Sekolah anda akan menganjurkan kempen masyarakat penyayang. Sempena kempen tersebut, anda sebagai wakil pelajar diminta untuk menyampaikan satu ceramah tentang cara-cara menghargai warga tua. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Alam Impian, yang dihormati guru-guru dan ibu bapa yang hadir, serta rakan seperjuangan yang saya kasihi. Kempen masyarakat penyayang merupakan inisiatif pihak sekolah sebagai menyahut seruan kerajaan yang mengadakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni di seluruh negara setiap tahun. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen ini bukan sahaja dapat memberikan kesedaran kepada kita tentang budi bahasa budaya kita tetapi juga menanamkan nilai-nilai murni dalam sanubari kita. Oleh hal yang demikian, kita haruslah memiliki budi pekerti yang mulia dan mengamalkan nilai murni sepanjang kehidupan kita. Tanpa membuang masa, saya akan menyampaikan ceramah tentang cara-cara menghargai warga tua. Hadirin yang saya hormati, Setiap manusia yang lahir di bumi ini akan melalui proses lahir, tua, sakit dan mati mengikut peribahasa Cina yang popular. Hal ini membuktikan bahawa jika nyawa kita dipajangkan Tuhan, kita akan melalui kehidupan sebagai warga tua selepas

ibu bapa dan hidup mewah dengan wang titik peluh ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, kerajaan haruslah memperketat peraturan pengeluaran wang KWSP agar kebajikan dan masa depan warga tua dapat dilindungi. Apabila Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni dijalankan di seluruh pelosok negara, Kementerian Kebajikan Masyarakat turut menyahut seruan kerajaan dengan menampalkan poster hormati yang tua, utamakan yang memerlukan di dalam pengangkutan awam. Hal ini dikatakan amat penting kerana kita haruslah memberikan tempat duduk kepada golongan tua. Golongan yang tua dan lemah ini tidak berdaya untuk berdiri dalam keadaan bas atau tren yang sesak dengan penumpang bagai ikan dalam belat. Oleh sebab itu, kita sebagai pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara haruslah memberikan tempat duduk kepada mereka demi menjaga keselamatan mereka apabila menggunakan pengangkutan awam. Dengan usaha ini, kita dapat menunjukkan penghormatan dan keprihatinan kita kepada golongan yang tua. Sebelum saya mengundurkan diri, Saya berharap agar warga tua mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat kini. Hal ini dikatakan demikian kerana warga tua merupakan golongan yang banyak membanting tulang empat kerat untuk membina bangsa dan negara yang merdeka. Kejayaan golongan yang terdahulu menjanjikan kehidupan yang lebih selesa kepada kita pada masa ini. Wahai orang muda, janganlah kita menjadi seperti ulat lupakan daun selepas menikmati keselesaan hidup. Warga tua sewajarnya mendapat pengiktirafan daripada semua pihak supaya mereka dapat melalui kehidupan dengan penuh ketenangan jiwa.

Budaya membaca perlu bermula dari rumah kerana ibu bapa merupakan pihak pertama yang berupaya membentuk budaya membaca seseorang individu. Suasana keluarga juga amat mempengaruhi anak-anak terutama daripada segi amalan membaca. Oleh itu, ibu bapa wajar membelikan buku untuk bacaan anakanak sejak mereka kecil lagi.. lbu bapa boleh membaca bersama anak-anak kerana aktiviti sebegini menyeronokkan anak-anak dan ia dapat menggalakkan anak-anak membaca. Selain keluarga, masyarakat juga berperanan mempengaruhi generasi muda agar gemar membaca. Masyarakat mesti menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya hidup seharian. Aktiviti membaca semasa menunggu bas dan ketika dalam kenderaan seperti yang dilakukan oleh rakyat Jepun patut diamalkan oleh masyarakat di negara kita kerana aktiviti ini banyak kebaikannya. Dengan melakukan aktiviti pembacaan pada setiap masa, maka akan terbentuklah masyarakat yang berilmu. Selain itu, Kementerian Pelajaran juga boleh memainkan peranan. Contohnya, Kementerian Pelajaran boleh menggalakkan aktiviti membaca di kalangan pelajar dengan mengadakan pelbagai pertandingan yang berbentuk ilmu pengetahuan seperti pertandingan kuiz dan pertandingan mengarang. Pihak Kementerian Pelajaran juga perlu melengkapkan perpustakaan sekolah dengan buku-buku yang menarik dan berkualiti bagi mendorong pelajar untuk membaca. Pada setiap perhimpunan mingguan, pengetua sekolah wajar mengingatkan pelajar tentang budaya membaca dalam kehidupan seharian. Di samping itu, pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan program yang dapat menimbulkan minat membaca di kalangan masyarakat. Contohnya, pihak kerajaan boleh memperbanyakkan perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di kampung-kampung yang tiada perpustakaan awam. Sesungguhnya, sesebuah negara akan maju jika masyarakat mempunyai banyak pengetahuan dalam pelbagai bidang. Media massa juga boleh memainkan peranan dalam membentuk budaya membaca. Hal ini kerana media massa dapat mempengaruhi minda penonton atau audiens. Oleh itu, pihak media massa perlu menyokong usaha kerajaan untuk membentuk budaya membaca dalam masyarakat seperti menyiarkan rencana tentang kebaikan membaca. Pada masa yang sama, harga surat khabar dan majalah juga mestilah berpatutan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.

SOALAN 4 : Cara-cara menggalakkan amalan membaca Membaca merupakan amalan mulia yang perlu ada di kalangan masyarakat. Dengan mengamalkan budaya membaca diharapkan rakyat akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Budaya membaca ini masih dianggap remeh oleh sebahagian masyarakat walaupun, isu ini kerap dibincangkan dalam media massa. Oleh itu, beberapa cara perlu dilaksanakan agar aktiviti membaca menjadi budaya masyarakat.

SOALAN 5 : Kepentingan memiliki kesihatan yang baik. Semua orang mengimpikan kesihatan yang baik. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik kita perlu menjaga pemakanan agar seimbang dan sentiasa melakukan senaman bagi menyihatkan badan. Kenapakah kesihatan amat baik bagi kita manusia? Jika kita mempunyai kesihatan yang baik terdapat pelbagai faedah yang kita akan perolehi daripadanya. Pepatah ada mengatakan bahawa 'kesihatan itu lebih baik daripada harta benda'. Jika kita mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa. Malah kekayaan yang kita miliki juga tidak dapat kita nikmati sepenuhnya. Sebagai contoh, jika kita menghidap penyakit kencing manis, makanan yang sedap seperti daging dan udang tidak dapat kita makan walaupun kita mampu membelinya. Kita juga tidak dapat melancong ke luar negara walaupun kita mempunyai banyak wang. Orang yang sihat juga mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga. Jika seseorang sihat itu bekerja, dia dapat melakukan kerja yang diberi dengan baik dan berkualiti. Di negara kita banyak kempen telah dijalankan bagi mendidik masyarakat untuk menjaga kesihatan diri seperti menjalankan 'Kempen Gaya Hidup Sihat' supaya rakyat kekal sihat dan dapat bekerja dengan gigih. Keupayaan rakyat bekerja dengan gigih akan dapat menjadikan negara maju dalam pelbagai aspek. Otak yang cerdas juga datangnya daripada badan yang sihat. Otak yang cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi sesuatu perkara, seterusnya kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Sesungguhnya, negara kita amat memerlukan rakyat yang kreatif dan inovatif untuk membolehkan negara menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi. Jika kita ingin menjadi pemimpin masyarakat yang berjaya, kita juga mesti mempunyai kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik juga berperanan menjadikan seseorang itu lebih bahagia. Jlka kita sihat, banyak aktiviti yang boleh kita lakukan seperti melancong bersama keluarga. Sesungguhnya, aktiviti yang dijalankan bersama-sama keluarga dapat mewujudkan keluarga bahagia. Sebaliknya, jika kita sakit, kita akan

menyusahkan ahli keluarga yang lain. Orang yang tidak sihat akan membebankan keluarga untuk menjaga dan mencari sumber kewangan bagi menampung kos rawatannya. Orang yang sihat juga dapat menyimpan wang. Orang yang sakit memerlukan wang untuk berbelanja bagi merawat penyakit yang dihidapi. Tambahan pula kos rawatan bagi penyakit yang berbahaya dan kronik amat mahal. Adakalanya rawatan penyakit tersebut hanya terdapat di luar negara. Jika kita sihat, wang yang kita miliki itu boleh digunakan untuk melancong, membuat kebajikan atau membeli barang-barang keperluan yang lain. Soalan 6 : Malaysia mempunyai pelbagai jenis makan tradisional. Kepelbagaian makanan tradisional ini mesti dikekalkan kerana kepentingannya amat banyak. Berikan pendapat anda tentang kepentingan mengekalkan makanan tradisional Malaysia. Makanan sangat penting dalam kehidupan manusia moden sekarang. Jenis makanan rakyat Malaysia dapat dibahagikan kepada makanan moden dan makanan tradisional. Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Setiap kaum mempunyai jenis-jenis makanannya yang tersendiri. Oleh itu, makanan tradisional mesti dikekalkan kerana kepentingannya amat banyak. Salah satu kepentingan makanan tradisional adalah berkait rapat dengan jati diri negara kita. Dengan adanya makanan tradisional ini, orang asing akan mengenali budaya negara kita dengan lebih dekat. Orang asing yang menikmatinya akan menghormati cita rasa kegemaran rakyat kita. Selain itu, sudah pasti ada yang berminat untuk terus menikmatinya. Hal ini sekaligus membantu mengekalkan dan meningkatkan populariti makanan tradisional. Seterusnya, makanan tradisional yang terus dikekalkan itu penting supaya generasi yang akan datang tidak melupakannya. Sebagai contoh, makanan tradisional orang Melayu seperti rendang, sate, tempe, rojak, lontong, sambal tumis, tempoyak, dodol, otak-otak, onde-onde, dan banyak lagi akan pupus suatu masa nanti sekiranya tidak dikekalkan. Sekiranya usaha ini tidak dilakukan sekarang, kemungkinan besar pada suatu hari nanti generasi baru tidak dapat lagi mengenali makanan-makanan tradisional ini. Hal ini kerana makanan segera

seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), McDonald, Sugar Bun, Pizza Hut, dan sebagainya kini sedang menguasai menu makanan anak-anak muda kita. Selanjutnya, pengekalan makanan tradisional dalam amalan pemakanan masyarakat Malaysia akan memastikan makanan tradisional itu tidak lenyap ditelan oleh zaman. Pengekalan makanan tradisional ini dapat juga merangsang industri pengeluaran makanan-makanan tradisional secara komersial. Misalnya, sate akan dapat difrancaiskan ke seluruh dunia sekiranya usaha yang bersungguhsungguh dilakukan bagi mempopularkan makanan ini dalam kalangan warga asing. Sekiranya budaya makan makanan segera dapat diterapkan di kalangan masyarakat kita, begitu jugalah sebaliknya. Makanan tradisional kita dapat diperkenalkan sebagai makanan popular di luar negara. Selain itu, makanan-makanan tradisional yang terus dikekalkan ini secara tidak langsung dapat juga menambah kepelbagaian pilihan sajian masyarakat kita. Hal ini juga sekali gus memudahkan pihak pengusaha hotel dan katering menyediakan sajian makanan yang pelbagai. Keadaan seperti ini penting agar mereka dapat memenuhi kehendak para pelanggan yang terdiri daripada berbagaibagai bangsa, sama ada rakyat setempat mahupun warga asing. Kesimpulannya, makanan tradisional tetap mempunyai nilainya yang tersendiri. Faedahnya banyak apabila kita mengekalkan amalan pemakanan makanan tradisional ini. Dengan adanya sikap seperti ini, warisan nenek moyang kita akan kekal terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai