Anda di halaman 1dari 3

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Nama pelajar: Nur Syazana Natasha binti Hisham Sekolah : MRSM Langkawi

Bumi yang tiada rimba, Seumpama hamba, Ia dicemar manusia, Yang jahil ketawa. Bait-bait lagu Hijau dendangan penyanyi tanah air tersohor, Zainal Abidin di atas ada konotasinya dalam membongkar kepincangan manusia yang menjadi udang di sebalik batu terhadap segala bentuk kemungkaran terhadap alam sekitar yang dapat disaksikan kini. Acap kali kita menjamah makanan, menyarung pakaian hatta menonton televisyen sedarkah kita berapa luas kawasan bumi atau sumber semula jadi yang dikorbankan demi memenuhi semua keperluan dan kehendak kita? Nah, konsekuensi daripada rutin harian manusia yang menjadi pemilik bumi sahaja membawa pelbagai padah kepada alam semula jadi apatah lagi ditambah dengan nilai-nilai material yang semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat yang mengaburi minda setiap individu daripada mengambil prakarsa yang pragmatik untuk menjalani gaya hidup berorientasikan mesra alam. Pada era kemajuan yang semakin tinggi frekuensinya setinggi bangunan yang mencakar langit ini, terpapar di dada-dada akhbar isu-isu pencemaran alam sekitar daripada pelbagai aspek sama ada air, udara mahupun tanah yang memomokkan masyarakat seantero dunia dengan manifestasi buruk yang bakal berlaku yang bukan sahaja memberi impak negatif kepada persekitaran mereka malah mereka juga berkelayakan dalam menjadi mangsa akibat keganasan alam semula jadi setelah sekian lama dicabuli kesuciannya. Remaja ibarat benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dilempar ke langit menjadi kejora. Alibi ini membuktikan bahawa remaja sebagai generasi yang bakal menjadi umarak bangsa calon prima yang perlu dibajai dengan kesedaran terhadap alternatif-alternatif yang wajar diimplementasikan untuk memastikan alam semula jadi yang terjejas teruk kini mampu dipulihkan semula serta membendung sebarang ancaman alam sekitar terutamanya penjenayah alam sekitar daripada bermaharajalela. Ia adalah mudah untuk mendidik generasi muda ini, semuanya bermula daripada alma mater anak-anak muda itu sendiri yang mempunyai peluang luas dalam menyebarkan ideologi tentang berita-berita mutakhir tentang bumi yang semakin mencemaskan. Pendidikan 3R misalnya, mampu membuka luas mata pelajar berkenaan penggunaan dan pengeluaran bahan semula jadi yang menjadi sumber barangan yang kita gunakan seharian. Kesedaran tentang sumber semula jadi yang semakin

berkurangan ini dapat mematangkan minda pelajar untuk mengambil tindakan rasional dalam menyebarkan fahaman terhadap komuniti setempat mereka untuk tidak sesekali memandang enteng terhadap bahan yang mereka gunakan seharian terutama sekali bahan buangan mereka yang bernilai yang tidak patut sama sekali dilupuskan begitu sahaja padahal ia boleh dikitar semula malahan dengan adanya pengetahuan sekitaran yang eksplisit, mereka akan lebih cerdik dalam mempertimbangkan bentuk barangan yang sewajarnya dibeli. Apa kurangnya pada beliduk, isi ada sisik pun ada? Selain pelajar, pihak pentadbir yang menjadi pemimpin seyogianya membuktikan sensitivity mereka dengan melakukan tranformasi atas corak pemikiran mahupun pentadbiran mereka dengan lebih peka terhadap pendekatan-pendekatan dinamik yang diambil pemimpin di seluruh dunia ke arah mewujudkan negara yang berusaha mengurangkan kadar pengeluaran bahan buangan yang timbul manifestasi daripada kegiatan perindustrian yang merupakan salah sebuah lapangan yang memainkan peranan penting terhadap turun naik kadar pendapatan negara. Sebagai analogi, kawasan perindustrian Kalundborg di Denmark merupakan yang pertama membuka taman ekologi industri yang berasaskan konsep simbiosis alam sekitar seraya diaplikasikan terhadap kilang-kilang yang terpilih bermula dengan bilangan yang hanya sedikit namun kini zon perindustrian tersebut berjaya menggunakan hampir 100 peratus sisa industri berkenaan bagi kegunaan kawasan berkenaan. Konsep taman perindustrian ekologi ini telahpun diaplikasikan dalam negara-negara di rantau Asia pasifik seperti di negaranegara jiran, Indonesia dan Thailand. Melalui alternatif tersebut, sisa yang dihasilkan kawasan industri akan digunakan kembali dalam zon perindustrian tersebut sebagai bahan mentah industri lain yang seterusnya mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan berikutan dengan keperluan tenaga kerja yang bertambah. Pihak sekolah, kolej atau universiti zaman ini mempunyai tugas yang lebih berat dalam mengasuh anak-anak muda sebelum mereka melangkah ke realiti kehidupan sebenar berbanding dengan keadaan yang berlaku berdekad-dekad yang lalu. Pendidikan yang perlu diambil kira bukanlah hanya dari segi teori tetapi pendekatan praktikal juga amatlah signifikan untuk membuka minda para pelajar demi mencurahkan lebih banyak idea bermanfaat yang dapat membantu kajian yang dijalankan agensi-agensi kerajaan di samping berfikiran lebih terbuka dalam melontarkan rasa tidak puas hati terhadap sebarang bentuk pencemaran yang terjadi samaada di kawasan petempatan mereka mahupun di sekolah yang madang mengakibatkan kesan negatif terhadap persekitaran dan kesihatan masyarakat. Namun begitu, institusi sekolah juga seyogianya mengambil langkah sederap dengan memulakan amalan-amalan yang dianggap kecil namun mampu meninggalkan bekas yang mendalam terhadap acuan seseorang remaja seperti memilih sebuah sungai yang terletak berdekatan sekolah untuk menjadi sungai angkat di mana pada masa-masa yang tertentu, kumpulankumpulan daripada sekolah berkenaan akan datang untuk melakukan kerja-kerja

pembersihan ataupun melakukan aktiviti menanam sebuah pokok pada setiap bulan di kawasan persekitaran sungai tersebut. Akhirulkalam, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Semua individu yang menghuni bumi ini mempunyai komitmen yang amat penting dalam tugas-tugas memulihara alam sekitar serta membendung sebarang aktiviti-aktiviti yang boleh menjadikan mereka sebagai penjenayah alam sekitar yang curang terhadap bumi yang hanya mereka tumpang ini. Sediakan payung sebelum hujan untuk mendepani masa depan yang tidak menentu kerana kita tidak tahu mungkin esok atau lusa bumi mampu meluahkan isinya akibat tidak tahan dengan perilaku manusia yang terbenam dengan budaya hedonistif dan materialistik yang tidak berfaedah. (709 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai