Anda di halaman 1dari 2

Karangan 5

Kad kredit merupakan satu kaedah pembayaran yang membolehkan


anda

membeli

barangan

atau

mendapatkan

perkhidmatan

tanpa

menggunakan wang tunai. Apabila anda menggunakan kredit kad,


pengeluar kad kredit akan membayar kepada peniaga terlebih dahulu bagi
pihak anda dan kemudiannya meminta bayaran daripada anda dalam
bentuk penyata bulanan. Kad kredit bukan lagi benda baru di kalangan
masyarakat hari ini yang mana kebanyakan kedai serta pasaraya boleh
membuat bayaran menggunakan kad kredit. Pengeluar kad kredit yang
banyak juga memudahkan lagi orang ramai untuk mempunyai kad kredit.
Namun akibat sikap yang tidak bertanggunjawab yang ada pada segelintir
individu yang mempunyai kad kredit telah menyebabkan mereka terlebih
penggunaan serta sukar untuk membuat bayaran balik jumlah yang telah
digunakan. Oleh yang demikian, pihak bank perlu memastikan seseorang
itu mempunyai keupayaan untuk membayar balik hutang mereka bagi
mengelakan kerugian pada pihak bank.
Pertama, pihak bank perlu menyediakan satu kursus ataupun
meletakkan

syarat

yang

wajib

dipenuhi

iaitu

mengikuti

kursus

penggurusan kewangan yang berkesan untuk menambah pengetahuan


kepada pelanggan. Ini kerana ramai pengguna kad kredit hari ini tidak
mempunyai pengetahuan dalam pengurusan kewangan dan berbelanjan
dengan sewenang-wenangnya. Akibat kekurangan pengetahuan dalam
pengurusan kewangan, pengguna tidak dapat membezakan antara
kehendak dan keperluan dan telah menyebabkan perbelanjaan yang
berlebihan sehingga penggunaan kad kredit terlebih dari yang sepatutnya
dan pengguna tidak mampu membayar balik jumlah yang digunakan.
Sekiranya pengguna kad kredit mempunyai ilmu dalam penggurusan
kewangan yang baik sudah pasti perbelanjaan dapat di kawal begitu juga
dengan penggunaan kad kredit.
Kedua,

pihak

bank

perlu

memastikan

pemohon

kad

kredit

memahami terlebih dahulu terma dan syarat apabila memiliki kad kredit
secara sepenuhnya. Kebanyakkan pengguna kad kredit tidak memahami
sepenuhnya terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Ini

mengakibatkan

pengguna

terasa

hutang

semakin

banyak

padahal

peningkatan hutang adalah disebabkan interest tidak membayar mengikut


tarikh ataupun lambat membayar jumlah yang telah digunakan. Ini akan
menimbulkan salah faham tambahan lagi apabila kad kredit tersebut telah
mencapai had limit dan interest semakin bertambah, semakin sukar
pengguna untuk membayar balik jumlah yang digunakan.
Ketiga, pihak bank perlu mengenalpasti kesemua hutang yang
dimiliki oleh pemohon kad kredit dan berapa banyak yang perlu dibayar
oleh pemohon pada setiap bulan. Perkara ini penting untuk mengetahui
sejauh mana keupayaan pemohon dalam membayar hutang dan konsisten
pembayaran tersebut. Sekiranya rekod pembayaran pemohon adalah
tidak konsisten dan bermasalah perkara ini dapat dikesan dengan lebih
awal dan kad kredit tidak perlu dikeluarkan kepada pemohon tersebut.
Sekiranya kad kredit masih dikeluarkan dengan maklumat hutang yang
tidak lengkap sudah pasti akan menambah lagi bebanan hutang pemohon
serta akan menimbulkan masalah dalam pembayaran kad kredit pemohon
kelak.

Ini dapat mengelakkan pihak bank terus mengalami kerugian

akibat pengeluaran kad kredit kepada individu yang tidak sepatutnya.


Secara kesimpulanya, pihak bank perlu memastikan keupayaan
pemohon kad terlebih dahulu secara mendalam untuk mengelakkan
sebarang masalah di kemudian hari. Pihak bank juga boleh menyediakan
khidmat nasihat kepada pemohon-pemohon kad kredit terlebih dahulu
supaya pemohon tidak tergesa-gesa dalam memohon kad kredit. Pihak
bank juga tidak boleh meletakkan syarat yang terlalu longgar sematamata untuk mengaut keuntungan tetapi akibatnya akan merugikan lagi
pihak bank jika timbul masalah kegagalan pembayaran balik. Pihak bank
juga perlu menyediakan insuran kepada pengguna-pengguna kad kredit
apabila berlaku perkara yang tidak diingini seperti kehilangan punca
pendapatan. Akhir sekali, perbelanjaan perlu dirancang dengan lebih baik
dan penggunaan kad kredit boleh dikawal dengan ilmu pengetahuan
mengenai penggurusan kewangan yang baik dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai