Anda di halaman 1dari 4

Keburukan Kad Kredit Oleh kerana anda tidak perlu menggunakan wang tunai sendiri, tetapi sekadar sekeping

kad untuk membeli barang, ramai yang cenderung membeli barang tidak perlu. Lebih teruk lagi mereka beranggapan mampu untuk membeli barangan mahal, sedangkan situasi kewangan mereka adalah sebaliknya. Biarpun jarang menggunakan kad kredit, anda masih perlu membayar cukai perkhidmatan RM50 untuk setiap kad setahun dan ini sudah pastinya merugikan. Selain itu, syarikat kad kredit akan mengenakan pelbagai jenis caj bagi perkhidmatan yang ditawarkan. Walaupun ada syarikat menawarkan yuran tahunan percuma sepanjang hayat, ia biasanya tertakluk kepada syarat tertentu. Jika anda hanya menggunakan kad kredit setahun sekali, lebih baik batalkannya sahaja. Purata kadar faedah yang dikenakan oleh bank untuk penggunaan kad kredit ialah 18 peratus setahun. Hakikatnya, lebih lama masa yang diambil untuk membayar hutang kad kredit, lebih banyaklah wang yang perlu dibayar kepada pihak bank! YURAN DAN CAJ BAKAL DIKENAKAN Ingatlah bahawa bank atau syarikat kad kredit juga akan mengenakan yuran pembayaran lewat (serta yuran lain) sekiranya anda gagal menjelaskan hutang kad kredit dalam tempoh masa ditetapkan. Bayaran sebegini pastinya membebankan anda dalam jangka masa panjang. CARA hidup moden mementingkan keberkesanan dan nilai kepuasan setiap barang dan perkhidmatan digunakan. Kad kredit di antara perkhidmatan memberi kemudahan dan kepuasan kepada pemiliknya. Justeru, banyak orang yang berminat memiliki kad kredit untuk kemudahan dalam urusan berkaitan kewangan. Menurut sumber Bank Negara Malaysia (BNM), sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai 3.17 kad kredit. Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40 peratus pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 bilion (statistik Oktober 2006). Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diistihyarkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun. Dengan kata lain, di sebalik kemegahan memiliki kad kredit, pemiliknya perlu bijak menggunakannya untuk mengelak diri terjebak masalah hutang tidak mampu dijelaskan. Fenomena penggunaan kad kredit yang melanda sekarang mencetuskan budaya hutang tanpa kawalan. Justeru, setiap orang yang ingin memiliki kad kredit perlu memikirkan kesan penggunaannya. Fikirkan apakah benar-benar memerlukan kad kredit? Jika memiliki kad kredit, mampukah mengawal tabiat berbelanja? Kad kredit dalam bahasa mudah dipanggil kad hutang. Pemiliknya boleh membuat pembelian dan pembayaran tanpa menggunakan wang atau berhutang. Ia memberi peluang pemilik kad kredit berbelanja lebih walaupun tunai dimiliki sedikit pada ketika itu. Golongan kaya menggunakan kad kredit bukan bertujuan mengambil hutang. Kad kredit digunakan untuk kemudahan pembayaran sesuai

dengan konsep awal kewujudannya diasaskan oleh Frank MacNamara pada 1950. Pada ketika itu hanya golongan jutawan dan ternama mampu miliki. Sebaliknya pemilik kad kredit dari golongan berpendapatan menengah menggunakan kad kredit sebagai sumber hutang mudah atau dipanggil ceti moden. Pengguna hanya perlu membuat permohonan atau hakikat sebenarnya adalah ditawarkan, dan boleh berbelanja sesuka hati selagi tidak melepasi had ditetapkan. Sememangnya Islam tidak menghalang umatnya berhutang. Malah, hutang diharuskan untuk membiayai perkara penting ketika kesempitan wang. Islam mengharuskan hutang kerana dapat membantu golongan miskin menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan wang. Pemilik kad kredit sebenarnya bukan golongan miskin yang perlu berhutang. Kad kredit dikeluarkan kepada mereka berpendapatan agak tinggi sebagai jaminan pemiliknya dapat membayar balik perbelanjaan dibuat melalui kad kredit. Oleh itu, ada pemilik kad kredit rasa bangga memiliki kad kredit yang meletakkan dirinya golongan kaya. Sikap ini bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Mereka sepatutnya malu terpaksa berhutang menggunakan kad kredit. Antara sikap buruk pemegang kad kredit ialah mengambil mudah soal hutang. Banyak pemilik kad kredit berbelanja lebih daripada kemampuan membayar balik. Sikap demikian memperlihatkan keangkuhan dan berlebih-lebihan dengan kemudahan diberikan. Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk, banyak pemilik kad kredit berbelanja sehingga had maksimum dibenarkan tanpa memikirkan keupayaan membayar. Belanja dahulu, soal membayarnya difikirkan kemudian. Jadi, segala keinginan berbelanja dipenuhi dengan menggunakan kad kredit. Institusi kewangan pengeluar kad kredit pula sentiasa menggalakkan penggunaan kad kredit dengan memberi pelbagai ganjaran atau peraduan menyediakan hadiah lumayan. Sebenarnya banyak pemilik kad kredit berbelanja kepada perkara yang tidak penting atau sesuatu yang boleh ditangguhkan perbelanjaannya. Keghairahan berhutang dijadikan satu kemegahan. Inilah sikap buruk pemilik kad kredit yang menjerat diri sendiri terjerumus ke dalam kancah kehidupan mencemari nilai moral. Sikap angkuh dan berlebih-lebihan amat bertentangan dengan ajaran agama kerana mendatangkan banyak keburukan kepada diri sendiri. Sesiapa di dalam dirinya lahir sikap angkuh dikatakan termasuk golongan munafik. Sebenarnya penggunaan kad kredit bukan disediakan secara percuma. Setiap urus niaga dikenakan caj perkhidmatan mengikut syarat. Hanya sebahagian syarikat menerima pembayaran melalui kad kredit tanpa dikenakan caj. Dengan kata lain, berbelanja secara tunai sebenarnya lebih menguntungkan. Jumlah yang gagal dijelaskan dalam tempoh ditetapkan kepada institusi kewangan pengeluar kad kredit akan dikenakan faedah. Kadar faedah dikenakan agak tinggi mengikut kadar harian. Sebab itu banyak pemilik kad kredit sukar menjelaskan hutang kad kredit yang semakin bertambah dari bulan ke bulan. Ketika itu, banyak pemegang kad kredit menghadapi tekanan dan semakin sukar untuk menjelaskan hutang. Biarpun tidak lagi mengambil hutang baru jumlahnya semakin bertambah setiap bulan disebabkan faedah dikenakan.

Sekarang ada kaedah gali lubang timbus lubang dalam menyelesaikan masalah hutang kad kredit. Syarikat kewangan menawarkan kad kredit baru atau tawaran memindahkan jumlah hutang daripada kad kredit syarikat lain. Proses pemindahan itu ditawarkan berserta kadar faedah lebih rendah dan hadiah tertentu. Tindakan itu bukan menyelesaikan masalah. Untungnya sementara saja. Sekiranya sikap tidak diperbetulkan, masalah akan terus menekan diri. Pemilik kad kredit berdepan dengan suasana hidup semakin celaru dan krisis moral memerangkap diri. Sekiranya hutang tidak dapat dijelaskan seperti ditetapkan, pemegang kad kredit akan diseret ke mahkamah. Jika tidak mampu dijelaskan, maka pemegang kad kredit akan diserahkan kepada Jabatan Pemegang Harta yang akan menguruskan soal kebankrapan. Sesiapa yang dikenakan status muflis dipandang hina dalam masyarakat dan hilang kelayakan dalam halhal tertentu. Namun tindakan tegas itu tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada kebanyakan individu yang masih galak menggunakan kad kredit tanpa memikirkan keupayaan membayar. Tertekan dengan kegagalan melunaskan hutang kad kredit mendedahkan seseorang melakukan perbuatan menyalahi agama dan undang-undang. Ia termasuk menerima rasuah, menipu, pecah amanah dan melakukan urus niaga haram. Setiap hutang perlu diniatkan untuk membayarnya. Cara memastikan keupayaan membayar hutang ialah mengambil hutang mengikut keperluan saja dan diniatkan untuk membayarnya. KAD kredit adalah kemudahan untuk orang ramai di masa kesusahan dan memudahkan kerana tidak perlu membawa tunai yang banyak. Walaupun ia bertujuan murni tetapi sikap segelintir masyarakat yang tidak dapat mengawal nafsu berbelanja menyebabkan ramai antara mereka yang menghadapi risiko dibawa ke mahkamah dan diisytiharkan muflis. Namun, sikap bank juga perlu dipersoalkan kerana terlalu mudah memberi kemudahan kad kredit kepada orang ramai walaupun bergaji kurang lumayan serta bayaran faedah yang tinggi bagi baki hutang menyebabkan pengguna tertekan. TAHUN lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa ada lebih 100,000 orang di seluruh negara yang diisytiharkan muflis oleh mahkamah kerana pelbagai kesalahan termasuk kegagalan membayar hutang. Perisytiharan muflis itu disebabkan banyak faktor, antaranya ialah kegagalan membayar hutang kad kredit. Malah, jumlah pemegang kad kredit mewakili 25 peratus daripada keseluruhan mereka yang digelar muflis. Pada 2002, berdasarkan lebih 100,000 yang diisytiharkan muflis, 51 peratus daripadanya ialah orang Melayu, diikuti Cina 39 peratus, India sembilan peratus dan bangsa lain satu peratus. Walaupun kad kredit satu instrumen kewangan yang setaraf konsep e- komuniti dan teknologi maklumat (IT) di mana orang ramai tidak perlu membawa tunai atau membeli barangan secara talian, ia masih perlu pengawasan pihak berkuasa supaya jumlah orang yang diisytiharkan muflis dikurangkan. Jika digunakan sempurna, kad kredit memang boleh menjadi alat pembiayaan yang baik dan memudahkan terutama bagi mereka yang menjalankan perniagaan, tetapi tanpa kawalan ketat, ia boleh menjadi satu alat kewangan berbahaya yang berupaya menyebabkan pengguna muflis. Muflis

sebenarnya memberi banyak konotasi yang buruk terhadap seseorang dan ekonomi negara, namun masih ada yang menganggap ia sebagai satu jalan mengelakkan diri daripada terus diburu bank. Justeru, pihak berkuasa perlu memantau operasi institusi kewangan dan bank yang cenderung menawarkan kemudahan kad kredit kepada orang ramai dengan mudah iaitu dengan mengenakan syarat yang longgar walaupun beberapa peraturan sudah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Di pasaran hari ini, banyak bank dan institusi kewangan berlumba-lumba menawarkan kemudahan kad kredit kepada orang ramai dengan memberi pelbagai promosi. Ada yang menawarkan kemudahan kredit sehingga melebihi had siling yang dibenarkan pihak berkuasa mengikut gaji pemohon dan tidak kurang juga yang mengecualikan cukai ke atas kad kredit di antara satu dan dua tahun. Antara contoh promosi yang dijalankan bagi meningkatkan jualan kad kredit ialah menganjurkan karnival beli-belah bersama syarikat pengeluar barangan elektrik, telefon bimbit dan kereta yang memberi peluang kepada pemegang kad memenangi hadiah istimewa. Orang ramai diberi penerangan menarik mengenai penggunaan kad kredit tanpa dimaklumkan terlebih dulu mengenai keburukan yang mungkin dihadapi sekiranya hutang tidak dibayar atau kad kredit disalah gunakan. Umpamanya kadar faedah 1.5 peratus sebulan atau 24 peratus setahun yang dikenakan ke atas baki hutang hingga menyebabkan pemegang kad terpaksa membayar lebih daripada sepatutnya. Berdasarkan situasi di mana bank dilihat seperti berlumba mendapatkan kuota sasaran bagi pemegang kad kredit, ia dikhuatiri hanya menyebabkan lebih ramai masyarakat yang akan mengamalkan gaya hidup boros dan akhirnya terpaksa menanggung beban hutang. Tidak dinafikan, masalah utama yang menyebabkan hutang kad kredit semakin bertambah ialah sikap boros dan tidak berhemah dalam berbelanja hingga melebihi kemampuan. Walaupun kad kredit selaras usaha mewujudkan masyarakat tanpa wang tunai (cashless society), namun salah guna ke atasnya menyebabkan orang ramai terpaksa menanggung beban yang berat ke atas hutang kad kredit iaitu caj lebih masa bayaran, kadar faedah dan banyak lagi. Dalam kajian Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), kebanyakan mereka yang gemar menggunakan kad kredit ialah mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan dan mereka berbuat demikian berikutan mahu mendapatkan kemudahan wang dengan lebih mudah. Apabila masyarakat lebih mudah mendapatkan kredit walaupun tidak mencukupi syarat kelayakan seperti jumlah pendapatan yang kurang, mereka cenderung untuk berbelanja boros dan mewah. Justeru, pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu untuk melindungi pengguna daripada terjerumus tabiat atau amalan penggunaan berlebihan kad kredit hingga membawa akibat buruk. Penggunaan kad kredit sememangnya memberi keuntungan kepada institusi perbankan di negara ini, di mana mereka memperoleh kadar faedah 1.5 peratus setiap bulan dengan keuntungan berjumlah RM159 juta setiap tahun tetapi tidak kepada pengguna. Jumlah ini tidak termasuk pelbagai caj perkhidmatan lain yang dikenakan, seperti caj tunai lima peratus dan penalti atau caj kepada pemilik kad yang lambat membayar hutang, RM5.

Anda mungkin juga menyukai