Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan dan buat satu rumusan tentang kesan-kesan penggunaan kad

kredit dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda tidak boleh

melebihi 120 perkataan.

_________________________________________________
Penggunaan kad kredit dalam kalangan masyarakat hari ini kian meningkat. Kad
kredit kini dianggap sebagai barang keperluan harian sama seperti telefon
bimbit.Kelonggaran syarat yang diberikan oleh kerajaan dan institusi perbankan
membolehkan pengguna memiliki kad kredit dengan lebih mudah.

Kajian melaporkan bahawa lebih 3.5 juta kad kredit telah diedarkan di seluruh
negara. Penggunaan kad kredit mewujudkan masyarakat tanpa tunai yang dari
segi keselamatannya lebih terjamin kerana pengguna tidak perlu membawa
sejumlah wang yang banyak dan berisiko dirompak, kecurian, ragut atau tercicir
ketika mahu berbelanja. Pengguna juga boleh berbelanja tanpa mengeluarkan
wang saku. Mereka juga boleh membeli sekaligus barang yang berharga tinggi
kerana kaedah ini lebih mendapat kepercayaan daripada penjual. Bagaimanapun,
pengguna masih tertakluk kepada kad kredit yang diberikan ketika memohon.

Pengguna hanya perlu menurunkan tandatangan di atas slip barangan atau

perkhidmatan yang dibeli dan bayaran akan dilakukan oleh pihak bank atau
syarikat kewangan sebagai pemegang akaunnya. Bayaran tidak semestinya
dilangsaikan sepenuhnya seperti jumlah yang digunakan tetapi boleh dibayar
secara ansuran. Pengguna terdorong berbelanja untuk mencukupkan mata
ganjaran bagi mendapatkan barangan atau hadiah. Walau bagaimanapun, senario
hutang tertunggak tidak boleh lari daripada penggunaan kad kredit dan jika sekali
tertunggak akan mempengaruhi bayaran bulanan yang berikutnya kerana faedah
akan bertambah.

Statistik menunjukkan jumlah belian menggunakan kad kredit dilaporkan meningkat

daripada RM 1710 juta kepada RM 2.8 billion dari tahun 1998 ke tahun 2000.
Keadaan ini menunjukkan langkah kerajaan untuk melonjakkan semula
pertumbuhan ekonomi telah berjaya menerusi aktiviti budaya berbelanja rakyat
Malaysia. Pelbagai faedah dan pakej tertentu diperkenalkan untuk menarik
pengguna memiliki kad kredit. Penggunaan ”wang plastik” tanpa tunai ini
mendorong seseorang berbelanja tanpa kawalan. Keadaan ini mendedahkan
pemilik kepada beban hutang yang melampau malah kegagalan membayar balik
boleh menyebabkan kedudukan dana institusio yang menguruskan pinjaman kad
kredit turut terjejas.

Kad kredit bukanlah aset untuk menunjuk-nunjuk dan perlu digunakan hanya
semasa kecemasan sahaja agar perbelanjaan dapat dikawal. Rakyat perlu berfikir
dengan matang ketika menggunakan kad kredit demi masa depan mereka.

Anda mungkin juga menyukai