Anda di halaman 1dari 1

Peranan Remaja Dalam Pembangunan Negara

Remaja bermaksud golongan yang berumur antara 15 hingga 25 tahun itu.


Biasanya, golongan ini meliputi pelajar sekolah, pelajar universiti, dan mereka
yang baru menceburi alam pekerjaan. Maka, golongan muda ini mempunyai
banyak tugas untuk pembangunan negara tersebut.

Tugas utama remaja ialah mereka perlulah memiliki jati diri yang tinggi
dalam kehidupan. Jati diri ini melibatkan akhlak yang mulia, pegangan agama,
dan nilai diri yang positif. Sebenarnya, jati diri yang lengkap ini akan menjadikan
remaja kita bebas daripada sebarang gejala sosial yang boleh memusnahkan
kehidupan remaja itu.

Selain itu, peranan remaja juga melibatkan usaha mencari ilmu


pengetahuan yang banyak untuk masa depan mereka. Ilmu ini boleh diperoleh
menerusi pendidikan di sekolah, kolej, dan universiti yang harus dihadiri oleh
remaja tersebut. Jelaslah, remaja yang berilmu tinggi akan membantu
menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan untuk negara Malaysia.

Tambahan pula, remaja yang bertanggungjawab akan menyumbangkan


pelbagai idea dan pendapat yang mampu memajukan Malaysia. Golongan muda
ini mempunyai pelbagai idea yang kreatif dan inovatif untuk memajukan negara
terutama menerusi penggunaan internet. Jadi, idea yang baru ini akan
memudahkan aktiviti membangunkan negara daripada aspek politik, sosial, dan
ekonomi.

Remaja juga boleh membantu negara dalam bidang pembangunan apabila


golongan ini menjaga imej negara dan masyarakatnya. Mereka bukan sahaja
tidak terlibat dalam aktiviti negatif tetapi turut mengharumkan nama negara
apabila berjaya meraih sesuatu kejayaan seperti dalam acara sukan. Akibatnya,
semua pihak terutama negara asing akan mengenali Malaysia setelah melihat
kejayaan remaja kita di persada dunia tersebut.

Kesimpulannya, semua remaja harus memahami tugas mereka amat


penting dalam pembangunan negara itu. Mereka perlulah sanggup berkorban
jiwa dan masa untuk memastikan negara ini terus maju dan moden dalam
tempoh yang terdekat itu. Peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit
dijunjung membuktikan bahawa remaja memiliki tugas berat dalam
merealisasikan wawasan negara ini.

Anda mungkin juga menyukai