Anda di halaman 1dari 2

TERHAD 1 02/1

BAHASA MELAYU K1

LATIHAN RINGKASAN

1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang usaha-usaha menangani masalah vandalisme. Panjang ringkasan
anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Setiap tahun pihak kerajaan atau pihak swasta telah membelanjakan berjuta-juta ringgit
untuk membaik puih pelbagai kemudahan awam akibat kegiatan vandalisme. Kemudahan
awam ini telah dirosakkan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak
mempunyai sikap memiliki setiap kemudahan yang disediakan. Perbuatan segelintir pihak
yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai
komplikasi.

Pelbagai langkah harus dilakukan untuk membanteras kegiatan vandalisme daripada

terus-menerus berleluasa. Dalam hal ini pendidikan merupakan asas utama yang dapat
mengubati penyakit ini. Melalui silibus kurikulum pendidikan di sekolah, diharapkan
mampu menyemaikan kesedaran cinta terhadap kemudahan awam dalam kalangan
masyarakat, khususnya golongan belia. Selain itu, masyarakat haruslah prihatin dan
bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sekiranya terlihat akan individu yang
melakukan kegiatan vandalisme. Oleh itu, Kelab Rukun Tetangga di sesebuah kawasan
perumahan perlulah memberikan kerjasama yang padu untuk melakukan kawalan di
kawasan masing-masing.

Selain itu, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap pesalah vandalisme
sebagai suatu jalan pencegahan yang paling baik. Ada yang mencadangkan supaya
pesalah vandalisme ini didenda melakukan kerja pembersihan di kawasan awam seperti
tanda awam dan perhentian bas. Hukuman ini adalah sebagai teladan dan pengajaran
kepada individu yang lain agar tidak melakukan perbuatan vandalisme. Pihak berkuasa
dengan kerjasama daripada orang ramai boleh mengadakan pelbagai program seperti
pameran supaya masyarakat menghargai segala kemudahan awam yang disediakan.

Seterusnya, pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan
pihak majlis perbandaran boleh menganjurkan kempen yang dapat meningkatkan
kesedaran rakyat khususnya golongan remaja. Setiap program yang diadakan perlu
melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini.
TERHAD 2 02/1
BAHASA MELAYU K1

Isi-isi penting
1. Melalui silibus kurikulum pendidikan di sekolah, diharapkan mampu
menyemaikan kesedaran cinta terhadap kemudahan awam dalam kalangan
masyarakat, khususnya golongan belia.
2. Masyarakat haruslah prihatin dan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan
sekiranya terlihat akan individu yang melakukan kegiatan vandalisme.
3. Kelab Rukun Tetangga di sesebuah kawasan perumahan perlulah memberikan
kerjasama yang padu untuk melakukan kawalan di kawasan masing-masing
4. Selain itu, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap pesalah
vandalisme sebagai suatu jalan pencegahan yang paling baik
5. Pihak berkuasa dengan kerjasama daripada orang ramai boleh mengadakan
pelbagai program
6. Pihak berkuasa tempatan boleh menganjurkan kempen yang dapat
meningkatkan kesedaran rakyat

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai