Anda di halaman 1dari 22

MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUADZAM SHAH

MASALAH SOSIAL

VANDALISME

Disediakan oleh:

Mohd Amirul Hairi Bin Aduka.

No. Maktab:

CM095030

Kelas:

5 Al-Biruni
No. Kandungan Muka surat
1 Isi Kandungan
2 Penghargaan
3 Pengenalan
4 Faktor berlakunya vandalisme
5 Kesan vandalisme
6 Langkah-langkah untuk mengatasi vandalisme
7 Peranan Agensi tertentu yang bertanggungjawab
menangani vandalisme
8 Penutup
9 Lampiran
Terima kasih kepada Cikgu Khairul yang memberi tunjuk ajar dan membaiki
kesilapan saya dan rakan-rakan. Saya juga berterima kasih kepada ibubapa yang
membiayai saya melakukan melakukan folio ini. Selain itu, saya juga berterima kasih
kepada abang dan adik yang selama ini menyokong saya. Selain itu, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan semua yang membantu saya
secara langsung atau tidak langsung untuk menyiapkan folio yang bermanfaat serta
berguna kepada masyarakat ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan yang telah memberi
sedikit sebanyak bahan untuk melengkapkan lagi folio ini. Jasamu dikenang sepanjang
hayat.

Sekian, terima kasih.


ii.

Pengenalan

Vandalisme atau Laku musnah merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta
benda awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal daripada
nama sebuah puak di Eropah, Vandal, yang telah membinasakan kota Rome pada tahun
445. Pada lazimnya, laku musnah ditanggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada
keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan
manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat.

Vandalisme di dalam kamus dewan bahasa adalah satu bentuk jenayah di sisi moral.
Sebarang tindakan mencoteng, mengotori, ataupun merosakkan harta benda awam
dianggap sebagai vandalisme. Tindakan terkutuk ini adalah hinaan terhadap sahsiah diri
pelakunya.

Jenayah laku musnah biasanya merujuk kepada perbuatan merosakan harta benda awam
seperti papan tanda, kerusi awam, perhentian bus, telefon awam dan juga tandas awam.
Kelakuan ini biasanya diasiosiasikan remaja yang terlibat dalam budaya melepak.

Motif untuk vandalisime adalah terletak pada aspek emosi. Vandalisme biasanya
dianggap sebagai suatu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara untuk
menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka adalah begitu ringan,
tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk memenuhi
nafsu mereka yang hina.
1.

Masalah Sosial

BULI
Terdapat banyak kesan yang dapat dilihat oleh fizikal dan juga emosi. Kesan vandalisme
bukan dirasai oleh individu sahaja malah masyarakat sekeliling dan negara juga memberi
impak yang teruk akibat perbuatan yang tidak bermoral dan menyusahkan semua pihak.
Vandalisme boleh memberi kesan kepada individu, masyarakat, dan negara.

i.Individu
Kebanyakkan individu yang melakukan vandalisme hanya untuk melepaskan geram dan
sesetengahnya untuk memenuhi kepuasan hati. Hal demikian memberikan kesan kepada
individu untuk melakukan perbuatan yang sama itu lagi mahupun perkara yang lebih
teruk seperti merompak atau membunuh.

ii. Masyarakat
Vandalisme sering dipandang remeh oleh masyarakat setempat. Mereka hanya duduk
diam sedangkan vandalisme berlaku di depan mata mereka. Akhirnya masyarakat juga
yang merana akibat aktiviti yang terkutuk itu. Masyarakat susah untuk membuat
perhubungan semasa dalam keadaan kecemasan. Contohnya telefon awam rosak semasa
rumah sedang terbakar. Selain itu, masyarakat tidak selesai ketika menggunakan harta
benda awam yang lain. Contohnya basah ketika menunggu bas kerana atap di perhentian
bas rosak sebab tidak dapat menghalang hujan yang turun. Contengan pada dinding
tandas awam memburukkan dan mendorong kepada generasi muda untuk meniru gejala
tidak sihat ini.

iii. Negara
Banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata memandang dan ini sudah
tentu menjejaskan imej 6egara .Jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme ini amatlah
besar. Peruntukan kewangan yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih
kemudahan-kemudahan yang dirosakkan itu sekiranya digunakan untuk
melaksanakan projek lain yang lebih berfaedah sudah tentu dapat memberi manfaat
kepada rakyat keseluruhannya.
Langkah-langkah untuk menangani Vandalisme

i. Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan.
Dibawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa
yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM
2,000 ataupenjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang
baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat
masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.
(kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu
dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga


Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah
kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak
tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara
tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu
masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi
anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja.
Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang
matang sebelum melangkah ke alam dewasa.
4.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.


Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak
mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka
terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap
gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh
memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak
vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar
mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam
tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar
apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka
tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi
gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.

iv. Peranan Media Massa


Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga
seharusnya ada tanggungjawab 9ocial kepada masyarakat. Media massa memainkan
peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh
kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan
yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa. Media massa juga berpemembantu
pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati
kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen
daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanan
Peranan Agensi-agensi yang bertanggungjawab
dalam menangani Vandalisme

Peranan Badan Kerajaan

-Di ibu negara , Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya upaya untuk
meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda awam
ini dengan membentuk Jawatankuasa Antivandalisme yang turut dianggotai oleh jabatan
lain dan agensi kerajaan . Kerana menyedari hakikat bahawa pelajar merupakan aset
penting dan generasi wawasan yang akan menerajui negara pada masa hadapan , maka 
Jawatankuasa Antivandalisme ini telah melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut
sama menjayakan kempen ini . Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan “ Harta
Benda Awam Milikku – Milikmu “ . Pertandingan seperti ini penting untuk menanamkan
sifat bertanggungjawab dan menyemaikan perasaan sayang terhadap harta benda awam. .

Polis Diraja Malaysia , Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis-majlis perbandaran


serta Bandaraya juga turut memberi peranan penting bagi menangani malah vandalisme
yang semakin berleluasa pada akhir-akhir ini. Pertubuhan Persatuan Pencegah Jenayah
telah ditubuhkan di setiap sekolah bagi mengurangkan kadar masalah social dalam
kalangan ramaja. Persatuan ini telah ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
sejak 2006 lagi.

Peranan Badan Bukan Kerajaan


-Penubuhan Rukun Tetangga merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang
bertanggungjawab mengelakkan gejala vandalisme berlaku terutamanya berdekatan
dengan kawasan perumahan mereka. Jawatankuasa Perumahan yang berkenaan perlu
bergabung tenaga untuk membuat kawal selia di kawasan masing – masing .Setiap
persatuan yang bukan kerajaan dan juga Rukun Tetangga telah diberi satu kawasan untuk
dijaga dan diselenggara. Meka berharap agar jenayah ini berkurangan dari semasa ke
semasa.
6.

Biarpun negara kita kian maju tetapi kesedaran sivik di kalangan masyarakat kita
masih lagi rendah sehinggakan ada yang sanggup melakukan aktiviti vandalisme secara
berleluasa. Contohnya kemudahan-kemudahan awam seperti telefon, meter letak kereta,
taman rekreasi, tandas awam serta tempat perteduhan bas telah dirosakkan dengan teruk.
Seharusnya kemudahan-kemudahan awam seperti ini perlu dijaga dan digunakan sebaik
mungkin kerana ia adalah hak awam dan menjadi kegunaan orang ramai.
Sebelum saya mengakhiri , sekali lagi saya menyeru agar kempen anti vandalisme dan
budaya menyelenggara ini dilakukan secara berterusan dan saya berharap agar pihak-
pihak tertentu diberi tanggungjawab dan juga diwujudkan pelan-pelan tindakan jangka
panjang untuk membasmi masalah ini secara berterusan. Saya sedar usaha ini sukar
dilaksanakan tetapi dengan kerjasama dan kesepaduan idea dari pelbagai pihak, ia
bukanlah satu perkara yang mustahil malah ia akan mampu memberi kesedaran kepada
masyarakat akhirnya.. Apa yang lebih penting kita mahu melahirkan satu kesedaran yang
akan menggerakkan masyarakat yang membudayakan rasa tangggunjawab dan sayangkan
harta awam untuk masyarakat kini dan generasi akan datang.
7.

Lampiran
8.

Keratan akhbar
10.
Internet

Kita masih bergelut dengan vandalisme

LAPORAN terbaru di akhbar tempatan berkenaan punca utama menara talian penghantaran elektrik di
Sepanggar, Sabah tumbang sehinggakan mengakibatkan seluruh Sabah gelap pada 22 April lalu dipercayai
akibat perbuatan vandalisme apabila sebanyak 20 batang besi menara itu hilang dicuri, perlu diberikan
perhatian segera oleh pihak kerajaan.

Menurut laporan berkenaan, nilai kerugian akibat perbuatan tidak bermoral ini mencecah antara RM300,000
dan RM500,000 manakala kos pembaikan pula dijangka menelan belanja lebih RM400,000.

Perkataan vandalisme yang berasal daripada nama sebuah puak di Eropah iaitu vandals yang telah
membinasakan kota Rom pada tahun 445 Masihi membawa maksud membuat sebarang perubahan seperti
melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan atau mengotorkan harta benda awam tanpa
kebenaran pihak berkuasa.

Baru-baru ini juga akhbar tempatan turut melaporkan bahawa Majlis Bandaraya Johor Bahru
membelanjakan kira-kira RM2 juta untuk memperbaiki pelbagai kemudahan awam akibat perbuatan
vandalisme di bandar raya tersebut sepanjang tahun 2007.

Menurut Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Naim Nasir, jumlah tersebut merupakan satu pembaziran
dan kakitangannya yang seramai 1,380 orang tidak mampu menangani masalah tersebut selama 24 jam
sehari.

Jumlah yang dibelanjakan MBJB pada tahun lalu itu meningkat berbanding RM1.5 juta untuk menangani
masalah sama pada tahun sebelumnya.

Malah, sebelum ini, kerajaan negeri Selangor sewaktu di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr. Mohamad Khir
Toyo telah meluluskan RM20 juta untuk mengecat semula rumah-rumah pangsa di seluruh negeri
berkenaan yang telah rosak akibat perbuatan vandalisme ini.

Sementara itu, Laporan Perangkaan Kes Vandalisme Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
menunjukkan setakat empat bulan tahun ini, agensi kerajaan dan swasta telah membelanjakan RM1.3 juta
bagi mengganti dan membaiki kemudahan akibat vandalisme yang membabitkan 6,814 kes.

Sepanjang tahun lalu, pihak DBKL juga telah membelanjakan RM2.1 juta yang membabitkan 5,290 kes.

Bayangkan nikmat yang boleh diterima oleh rakyat ini yang memerlukan bantuan jika tiada tindakan
vandalisme. Pembaziran ini perlu dihentikan dengan penggubalan satu tindakan yang drastik demi
mengekang jenayah sosial ini terus menjadi-jadi.

11.
Maka sudah tiba masanya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengkaji semula undang-
undang berkaitan vandalisme ini dengan memperkenalkan hukuman yang lebih berat seperti sebat dan
penjara berikutan peningkatan kes vandalisme yang semakin serius.

Pada masa yang sama, satu akta yang khusus dan selaras juga perlu diwujud serta dikuatkuasakan oleh
semua pihak berkuasa tempatan memandangkan undang-undang kecil yang sedia ada tidak memadai
untuk mengekang jenayah vandalisme ini.

Undang-undang kecil berkaitan vandalisme yang wujud pada masa sekarang kelihatan sudah tidak relevan
lagi kerana pesalah hanya dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau
kedua-duanya sekali.

Malah persoalan menariknya ialah berapa ramai yang pernah dihukum di bawah undang-undang kecil
berkaitan vandalisme ini?

Skuad Anti Vandalisme yang ditubuhkan di sekolah-sekolah sekitar tahun 2001 umpama ‘hangat-hangat
tahi ayam’ kerana tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai skuad berkenaan.

Tindakan segelintir pihak berkenaan yang ‘melepas tangan’ dalam melaksanakan program-program untuk
menangani sesuatu isu umpamanya masalah vandalisme ini dilihat punca utama yang menyebabkan
golongan pelajar tidak diberikan pendedahan yang sewajarnya berkenaan jenayah vandalisme ini.

Usaha perlu digerakkan dengan kerjasama daripada pihak media massa itu sendiri untuk membantu bagi
menyampai dan menghebahkan maklumat berkaitan untuk menyedarkan masyarakat berhubung impak
akibat jenayah sosial ini.

Dalam menangani permasalahan ini khususnya dari aspek perundangan negara, eloklah merujuk undang-
undang berkaitan vandalisme di negara-negara lain seperti Singapura yang bukan sahaja mengenakan
hukuman penjara dan denda tetapi juga hukuman sebat di bawah Akta Prosedur Jenayah dengan
memperuntukkan tidak kurang tiga sebatan dan tidak melebihi lapan sebatan bagi kes yang serius.

Ini menunjukkan betapa negara-negara lain begitu komited untuk menangani gejala ini yang bukan sahaja
memberikan impak kepada ekonomi negara tetapi juga impak kepada industri pelancongan negara yang
akan memperlihat betapa rakyat negeri Sabah ‘dipaksa’ untuk bergelap selama 5 jam akibat tiadanya
pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan vandalisme ini.

Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan Konvensyen
Pengurusan Aset dan Fasiliti Negara (NAFAM) 2007 bahawa kerajaan menyediakan infrastruktur kelas
pertama tetapi rosak akibat perbuatan vandalisme.

-S.M MOHAMED IDRIS

Persatuan Pengguna Pulau Pinang

12.
13.
14.
LAMPIRAN
KUALA LUMPUR, Rabu - Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan disaran
mengkaji semula undang-undang berkaitan vandalisme dengan
memperkenalkan
hukuman sebat berikutan peningkatan kes yang semakin serius.
Laporan Perangkaan Kes Vandalisme Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur(DBKL)
menunjukkan setakat empat bulan tahun ini sehingga April lalu saja,
agensi
kerajaan dan swasta membelanjakan RM1,298,196 bagi mengganti
dan membaiki
kemudahan akibat vandalisme membabitkan 6,814 kes.
Sepanjang tahun lalu, pihaknya membelanjakan RM2,022,900
membabitkan
5,290 kes.
Laporan itu dibuat berdasarkan perbelanjaan 10 agensi seperti jabatan
dalam DBKL, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Polis Diraja
Malaysia,
Telekom Malaysia, Star-LRT, Putra-LRT serta Jabatan Bomba dan
Penyelamat.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Anti-Vandalisme DBKL,
Datuk Lee
Lam Thye, berkata akta khusus yang selaras serta dikuatkuasakan
semua
pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara perlu memandangkan
peruntukan
undang-undang sedia ada tidak berupaya menangani masalah
berkenaan.
"Undang-undang kecil berkaitan vandalisme sedia ada kini hanya
memperuntukkan pesalah yang disabit kesalahan di mahkamah
dikenakan denda
tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-
duanya
sekali.

"Kita perlu memperuntukkan hukuman lebih berat dan digeruni seperti


sebat selain denda dan penjara sebagai pilihan hukuman bagi
kesalahan itu
terutama terhadap segelintir ahli masyarakat yang tidak
bertanggungjawab
dan masih degil merosakkan harta benda walaupun sudah diberi
amaran,"
katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Skuad Anti Vandalisme
pertama di peringkat sekolah rendah membabitkan 71 pelajar darjah
dua
hingga enam oleh Sekolah Kebangsaan Jalan Peel (SKJP), di sini, hari
ini.
Lee berkata, hukuman lebih digeruni perlu memandangkan PBT
membelanjakan
berjuta-juta ringgit untuk membaiki dan menggantikan kemudahan
serta
peralatan yang menjadi mangsa perbuatan vandalisme setiap tahun.
"Ini memerlukan tindakan dari Kerajaan Persekutuan dan kemudahan
serta
peralatan diconteng, dirosakkan dan dicuri serta dalam kes serius,
dibakar, yang mana menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.
"Kita boleh mencontohi negara jiran, Singapura yang mengenakan
hukuman
sebat kepada pesalah bagi kes serius menyebabkan masyarakat
memandang
serius masalah itu dan vandalism berjaya diatasi," katanya

Anda mungkin juga menyukai