Anda di halaman 1dari 3

UNIT 4B MASALAH VANDALISME

Maksud vandalisme menurut Kamus Dewan adalah satu bentuk jenayah di sisi moral. Sebarang
perbuatan seperti menconteng, mengotori, atau merosakkan harta benda awam dianggap sebagai
vandalisme. Vandalisme juga dikenali sebagai gejala laku musnah iaitu tabiat seseorang
membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA VANDALISME

Pengaruh rakan sebaya

Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama berlakunya vandalisme. Golongan remaja biasanya
lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan
vandalisme ini merupakan remaja dalam kumpulan. Kumpulan ini tidak mempunyai tujuan dan
terjebak dalam budaya lepak. Apabila mereka berkumpul timbullah pelbagai idea yang tidak baik
termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkan harta benda awam tersebut.

Media massa

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini.
Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsurunsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme.

Sikap masyarakat

Sikap tidak ambil peduli masyarakat juga merupakan faktor berlakunya gejala vandalisme Sikap
sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isuisu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Vandalisme biasanya banyak berlaku
di bandar. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku
di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala
negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

KESAN-KESAN VANDALISME

Mencacatkan pemandangan

Kegiatan vandalisme akan mencacatkan pemandangan terutama di kawasan tandas awam yang
dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga kawasan taman permainan kanak-kanak
yang menyaksikan banyak peralatan di situ yang sudah dimusnahkan begitu sahaja. Keadaan ini
memberikan satu gambaran negatif kepada masyarakat luar bahawa rakyat di negara ini tidak begitu
menghargai kemudahan awam yang disediakan.

Menimbulkan kesulitan kepada masyarakat

Masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat umum.
Rakyat kehilangan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya mampu untuk
menjamin keselesaan hidup terutama kemusnahan telefon awam. Bayangkan bagaimana masyarakat
hendak menggunakan telefon awam ketika kecemasan jika kemudahan ini telah dimusnahkan oleh
golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Membebebankan pihak berkuasa

Pada masa yang sama amalan vandalisme ini turut membebankan pihak berkuasa terutama dalam
aspek kewangan. Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membuat pembaikan
terhadap semua kemudahan awam yang sudah mengalami kerosakan ini. Tindakan membaiki
kemudahan awam ini membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut boleh
digunakan

untuk

membantu

rakyat

dalam

aspek

pembangunan

yang

lain

pula.

Anda mungkin juga menyukai