Anda di halaman 1dari 9

4D-PENDERAAN MEMBAWA PENDERITAAN

Penderaan

Penderaan

merupakan

______________

perbuatan

terhadap

individu

berbentuk
di

_________________

bawah

jagaan

orang

dan
yang

dipertanggungjawabkan kepadanya
Dendaan yang dikenakan itu _____________________ dan ________________ had
hukuman yang sewajarnya berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh mangsa

yang dijaganya.
Penderaan ini menyebabkan kecederaan pada tubuh badan atau kesan terhadap
emosi

Faktor-faktor Penderaan

___________________________________
___________________________________
Masalah kewangan
Masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan kurang peka terhadap sekeliling
Sejarah lampau individu yang dibesarkan dengan kekerasan
Kurang sifat kasih sayang dalam diri
Pengaruh media massa
Penguatkusan undang-undang yang lemah

Kesan kecedaraan terhadap fizikal mangsa

Parut akibat sebatan


Tangan terseliuh
________________________________
________________________________

Kesan emosi

___________________________________________________________________
__________________________________________________________________
.
4D-PENDERAAN MEMBAWA PENDERITAAN

Penderaan

Penderaan

merupakan

______________

perbuatan

terhadap

individu

berbentuk
di

_________________

bawah

jagaan

orang

dan
yang

dipertanggungjawabkan kepadanya
Dendaan yang dikenakan itu _____________________ dan ________________ had
hukuman yang sewajarnya berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh mangsa

yang dijaganya.
Penderaan ini menyebabkan kecederaan pada tubuh badan atau kesan terhadap
emosi

Faktor-faktor Penderaan

___________________________________
___________________________________
Masalah kewangan
Masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan kurang peka terhadap sekeliling
Sejarah lampau individu yang dibesarkan dengan kekerasan
Kurang sifat kasih sayang dalam diri
Pengaruh media massa
Penguatkusan undang-undang yang lemah

Kesan kecedaraan terhadap fizikal mangsa

Parut akibat sebatan


Tangan terseliuh
________________________________
________________________________

Kesan emosi

___________________________________________________________________
__________________________________________________________________
.

Penderaan dalam konteks pemikiran manusia adalah suatu keadaan di mana


terdapatnya suatu pihak yang berkuasa menggunakan kekuasaannya untuk
menekan pihak yang lemah, sama ada dari aspek fizikal ataupun dari aspek
emosi. Lazimnya penderaan acapkali melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa,
namun begitu terdapat juga kes-kes penderaan yang melibatkan orang dewasa
sebagai mangsa. Terdapat pelbagai jenis-jenis penderaan yang dapat
diklasifikasikan dalam dunia moden masa kini, antaranya ; penderaan ke atas
kanak-kanak, penderaan ke atas kaum wanita, penderaan ke atas orang-orang

tua, penderaan ke atas pembantu rumah, penderaan suami ke atas isterinya,


penderaan seksual ( kes-kes penganiayaan seks, seperti pencabulan
kehormatan, liwat, sumbang mahram dan kes rogol ) dan penderaan ke atas
bayi.
Di sebalik kepelbagaian jenis-jenis penderaan ini, ia terbahagi pula kepada dua
bahagian; yang pertama iaitu penderaan fizikal, di mana penderaan yang
mengakibatkan kesan-kesan luaran seperti lebam-lebam dan luka-luka akibat
dipukul, manakala penderaan yang kedua ialah penderaan emosi, di mana ianya
tidak meninggalkan kesan terhadap fizikal mangsa tetapi memberikan kesan
yang mendalam terhadap emosi mangsa.
Jika dibandingkan di antara kedua-dua jenis penderaan ini, ternyata penderaan
ke atas emosi akan memberikan impak yang lebih mendalam terhadap mangsa.
Hal ini kerana tekanan emosi yang dialami oleh mangsa akibat perlakuan
penderaan ke atas dirinya akan mempengaruhi emosinya secara langsung, dan
secara tidak langsung akan mempengaruhi kehidupannya sehari-harian. Manusia
adalah golongan benda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling
halus.Berdasarkan Kasmini Kassim, 1998,perasaan atau emosi ini mempunyai
tiga komponen:
1. Perasaan dalaman tertentu - Ini dialami dan dirasai secara subjektif seperti
rasa takut, suka, duka, marah dan benci.
2. Corak rangsangan fisiologi - Ini termasuk semua perubahan fisiologi dalam
badan yang berlaku dalam setiap keadaan emosi seperti merasa jantung
berdebar apabila berada dalam keadaan takut dan perut berasa tidak selesa
apabila dalam keadaan cemas.
3. Corak penonjolan perasaan secara terbuka (overt) Komponen ini
merangkumi gerak geri badan dan perubahan pada air muka apabila timbulnya
pelbagai perasaan dalaman. Seseorang akan bergerak dengan perlahan dan
menundukkan kepala apabila berada dalam keadaan sedih atau mata kelihatan
terbeliak dan kening berkerut apabila dalam keadaan takut.

Punca-Punca Berlakunya Penderaan.


Berpandukan kepada kajian kaunselor-kaunselor terhadap punca-punca
berlakunya kes-kes penderaan, hasil yang didapati ialah punca yang terbesar
iaitu melibatkan ganguan emosi pendera itu sendiri. Sebagai contoh pendera
mengalami masalah mental dan tidak mampu berfikir panjang dan waras,
pendera dalam keadaan mabuk atau khayal semasa melakukan penderaan dan
pendera mengalami tekanan serta tidak dapat mengatasi tekanan tersebut
dengan cara yang sepatutnya.

Kesan-Kesan Kes Penderaan.


Terdapat pelbagai kesan-kesan yang akan berlaku akibat kes-kes penderaan.
Kesan-kesan ini terbahagi kepada dua; iaitu kesan terhadap pendera dan
terhadap mangsa penderaan. Jika dilihat daripada kesan terhadap pendera,
pendera berkemungkinan akan bertindak dengan lebih agresif dari semasa ke
semasa. Hal ini kerana tindakannya dalam kes-kes penderaan yang dilakukannya
terdahulu tidak mengakibatkan kesan yang buruk ke atas dirinya. Jadi, tidak
mustahil pendera akan menjadi jauh lebih agresif dan tidak lagi mengenal
mangsanya. Pendera juga berkemungkinan merasa tekana emosinya hanya
dapat dilepaskan dengan melakukan keganasan ke atas individu lain, oleh itu
menyebabkan dirinya lebih cenderung untuk melakukan penederaan berulangulang kali.
Selain itu, ini juga mengakibatkan pendera lebih cenderung untuk melakukan
kes-kes penderaan yang lebih agresif dan melibatkan lebih ramai mangsa, dan
merebak ke dalam masyarakat.
Manakala kesan yang lebih negatif akan dirasai oleh mangsa penderaan
tersebut. Dari aspek kesan fizikalnya, mangsa akan mengalami luka-luka,
masalah kesihatan, kecacatan fizikal dan kecederaan fizikal akibat perlakuan
penderaan ke atas dirinya. Malahan ada sesetengah kes penderaan yang
meragut nyawa mangsa itu sendiri. Dari aspek kesan emosi pula, mangsa akan
menerima tekanan emosi yang mendalam yang akan mempengaruhi
kehidupannya sehari-harian kerana hilang kepercayaan ke atas dirinya sendiri.
Sebagai contoh, mangsa akan menjadi lebih penakut untuk menghadapi
masyarakat kerana trauma akan perlakuan penderaan ke atasnya. Dalam
sesetengah kes pula, mangsa penderaan lebih cenderung bertindak dengan lebih
agresif dan mengakibatkan mereka melakukan penderaan terhadap orang lain,
sebagaimana yang diperlakukan ke atas dirinya.
Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Penderaan.
Antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengelakkan berlakunya
masalah penderaan:
# Penguatkuasaan undang-undang dengan lebih ketat. ( sebagai contoh:
Pengenalan Akta-Akta khas bagi melindungi mangsa penderaan seperti Akta
Perlindungan Kanak-Kanak 1997. )
# Penguatkuasaan hukuman yang lebih ketat. ( sebagai contoh: hukuman yang
lebih berat ke atas pendera, sebagai contoh; penjara 20 tahun dan sebatan 10
kali. )
# Pendekatan dari segi agama. ( sebagai contoh: setiap agama mengharamkan
penganutnya untuk melakukan keganasan, apatah lagi melakukan penderaan ke
atas orang lain, dengan pendekatan dan mendalami agama, masalah penderaan
dapat diatasi. )
# Perlaksanaan kempen kesedaran oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan
atau dikenali sebagai NGO ( sebagai contoh: kempen seperti Keluargaku,
Syurgaku bertujuan untuk memupuk rasa cinta daripada bermula daripada

institusi kekeluargaan dan mencegah kes-kes penderaan yang berlaku di dalam


institusi kekeluargaan itu sendiri. )
# Menghantar pendera ke doctor-doktor pakar sakit jiwa atau rumah-rumah sakit
jiwa untuk menerima lawatan lanju

ESAN-KESAN penderaan terhadap mangsa

1) PENDERAAN FIZIKAL
-meninggalkan kesan
-menjadi

parut yang berpanjangan

murung atau suka menyendiri

-berasa takut dengan masyarakat sekeliling

2) PENDERAAN PSIKOLOGI
-mengakibatkan

trauma pada mangsa

-menghadapi tekanan perasaan dan masalah mental seperti :

*bun
*gila

uh diri

FAKTOR-FAKTOR PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA (KARANGAN


BAHAGIAN A)
Pada zaman yang penuh dengan pembangunan ini, masyarakat kini semakin
rakus mengejar kebendaan dan semakin mengabaikan sikap prihatin terhadap
masyarakat yang lain. Mereka kini sudah menetapkan sifat persaingan antara
masyarakat kini sangat penting untuk menjadi yang terbaik dan mendapat
kehidupan yang baik. Bak kata mutiara oleh Sydney Charles Buxton
kehidupan ini seperti permainan catur, siapa yang memandang jauh ke depan
dialah yang menang. Sesetengah ibu bapa yang terlalu mementingkan
pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak juga
semakin meningkat pada akhir-akhir ini. Sifat keibubapaan dalam diri mereka
semakin hari semakin hilang tanpa mereka sedari. Oleh sebab itu, kes
penderaan dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini semakin meningkat.
Sifat belas kasihan dalam diri sudah tiada lagi.

Perkara ini boleh berlaku dalam kalangan masyarakat kita kerana


nilai-nilai moral sudah tiada lagi dalam diri. Oleh sebab terlalu sibuk dan
penat dengan tugas atau pekerjaan, stres yang dialami akan dilemparkan
kepada anak-anak. Anak-anak yang menanti kepulangan ibu atau bapa akan di
marahi atau dipukul sehingga anak-anak menangis kesakitan dan terdapat
lebam-lebam pada anggota badan. Ibu bapa yang melakukan perkara yang
sedemikian tidak menghiraukan atau berasa belas kasihan terhadap anakanak
mereka
yang
mereka
sakiti.
Nilai
moral
seperti
sifat
perikemanusiaan dan kasih sayang yang tidak kukuh dalam diri akan mudah
hilang jika mereka tidak mengamalkan nilai-nilai moral tersebut.

Selain itu, ilmu pengetahuan agama dalam diri mereka sangat kurang
dan terdapat juga sesetengah individu yang tiada langsung tentang ilmu
pengetahuan agama. Ilmu agama adalah sangat penting dalam hidup setiap
individu. Agama akan memberi petunjuk kepada individu tentang sesuatu
perkara yang baik ataupun buruk. Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah mendidik
anak-anak mereka tentang agama sejak kecil dan mengaplikasikan setiap
ajaran agama dalam kehidupan seharian. Bak kata pepatah, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Sebagai manusia yang bertamadun dan mempunyai
akal fikiran, kita seharusnya dapat membezakan perkara yang baik dan buruk.
Mendera kanak-kanak adalah perbuatan yang salah kerana kanak-kanak
merupakn amanah yang dititipkan olah Tuhan kepada kita untuk meneruskan
generasi. Sebagai ibu bapa seharusnya bersyukur di kurniakan anak
bukannya mendera mereka.

Di samping itu, media massa juga mempengaruhi pemikiran setiap


lapisan masyarakat pada masa kini. Media massa yang berunsurkan aksi
ganas kerap kali dapat kita saksikan di kaca televisyen seperti rancangan
WWE dan filem-filem yang berunsurkan pergaduhan seperti Crows Zero.
Aksi-aksi yang di paparkan ini akan memanipulasikan pemikiran dan
mengubah seseorang individu menjadi ganas. Secara tidak langsung , ibu atau
bapa yang berasa sukar untuk mendidik anak-anak akan menggunakan
kekerasan untuk mendidik anak-anak. Setiap aksi ganas yang telah mereka
saksikan akan digunakan untuk mendidik anak-anak tanpa memikirkan kesan
negative perbuatan tersebut. Tanpa mereka ketahui, perbuatan tersebut
merupakan penderaan bagi kanak-kanak. Sebagai ibu bapa kepada anak-anak
perlulah belajar tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak supaya tidak
menyakiti anak-anak yang tidak bersalah malah mereka memerlukan
bimbingan daripada ibu bapa.

Sementelahan itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah tidak


akan dapat membanteraskan kes penderaan kanak-kanak ini. Sebagai negara
yang berdemokrasi parlimen dan mempunyai undang-undang, pihak yang
bertanggungjawab seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya sejajar
dengan undang-undang yang telah ditetapkan. Ibu bapa atau penjaga yang
mendera kanak-kanak sepatutnya diberikan hukuman yang setimpal dengan
kesalahan yang telah dilakukan. Ibu bapa seharusnya sedar bahawa anakanak bukanlah boneka yang tidak bernyawa dan boleh diperlakukan seperti
boneka yang tidak bernyawa. Apabila sudah menyesal atas perbuatan yang
telah dilakukan, nyawa anak sudahpun menghilang dan tidak dapat
dikembalikan. Bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur.

Kesimpulannya, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab seharusnya


sudah mengetahui cara-cara hidup berkeluarga dan cara-cara untuk menjaga
dan mendidik anak-anak. Untuk menjayakan hal ini, Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan adalah sangat penting dijadikan bahan pembelajaran di
sekolah kerana setiap perkara yang dipelajari dalam matapelajaran tersebut
berkaitan dengan kehidupan yang kita jalani. Kanak-kanak merupakan
generasi muda yang akan meneruskan pembangunan negara dan
mengharumkan nama negara serta mencapai Wawasan 2020 yang merupakan
propaganda mantan perdana menteri kita yang keempat iaitu Tun Dr.
Mahathir. Nilai-nilai moral seharusnya diaplikasikan oleh setiap lapisan
masyarakat dalam kehidupan seharian disamping dapat membentuk
warganegara yang bertamadun dan bertauliah.

S A T U R D A Y, A P R I L 1 7 , 2 0 1 0

Rumusan:Punca-punca penderaan
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca penderaan
kanak-kanak dan kesannya terhadap golongan ini. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Kes penderaan kanak-kanak seolah-olah sudah menjadi perkara biasa di negara kita. Kejadian yang
menimpa Mohd. Hafiz dan Balasundram seperti yang dipaparkan melalui media massa pada suatu
ketika dahulu merupakan salah satu peristiwa ngeri yang menimpa kanak-kanak sejak kebelakangan
ini. Kanak-kanak yang diibaratkan seperti kain putih telah menjadi mangsa penderaan oleh orang
yang tidak bertanggungjawab sama ada penderaan secara seksual, fizikal, mahupun mental.

Masalah kekeluargaan yang berkaitan dengan masalah kewangan keluarga, krisis rumah tangga
seperti pertengkaran dan penceraian ibu bapa dikenal pasti sebagai punca utama ibu bapa sering
hilang kewarasan akibat tekanan emosi yang terlalu kuat. Anak-anak pula dianggap membebankan
lagi masalah mereka. Tanpa pertimbangan yang wajar mereka menjadikan si kecil sebagai tempat
untuk melepaskan perasaan geram mereka.

Selain itu, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang tidak mempunyai pengetahuan agama yang boleh
dijadikan panduan bagi mendidik anak-anak. Keadaan yang sedemikian menyebabkan mereka tidak
mengerti tanggungjawab seorang ibu atau bapa. Dalam perkataan lain, mereka tidak dapat menilai
erti kasih sayang yang sebenar. Mendengar tangisan anak-anak sahaja dianggap bunyi halilintar
lantas anak-anak yang tidak berdosa itu didera dengan sewenang-wenangnya. Mereka yang kurang
siuman ini kelihatan begitu puas apabila dapat melepaskan perasaan geram terhadap anak-anak
mereka.

Sebenarnya,setiap kanak-kanak berhak mendapatkan kasih sayang, pemakanan seimbang serta


pelajaran yang secukupnya untuk mencapai perkembangan mental dan fizikal yang sempurna.Oleh
hal yang demikian, langkah-langkah pencegahan amat diperlukan daripada semua pihak. Dalam hal
ini, kempen-kempen diadakan supaya kesedaran dapat disemai dalam diri masyarakat tentang
tanggungjawab masing-masing. Ceramah-ceramah hendaklah dipergiatkan bagi menimbulkan rasa
penghargaan terhadap anak-anak yang dianugerahi Tuhan.

Masyarakat Malaysia harus sedar bahawa penderaan kanak-kanak merupakan satu amalan yang
terkutuk dan tidak sepatutnya berlaku pada zaman yang bertamadun ini. Kita semua mengharapkan

anak-anak dididik dan dipelihara dengan sempurna supaya mereka dapat memegang teraju
pemerintahan negara pada masa hadapan. Dengan kesedaran semua pihak diharapkan hasrat
Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan jayanya.
(diubahsuaikan daripada Masyarakat Penyayang?: Suatu Tinjauan oleh Baharom Basyah, Utusan
Malaysia, Mei 2004)

Anda mungkin juga menyukai