Anda di halaman 1dari 1

FAKTOR PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI Antara faktor utama penyumbang jenayah siber dalam masyarakat ialah kurangnya maklumat dalam

penggunaan teknologi dengan selamat. Dalam teknologi komunikasi dan maklumat;ICT, masyarakat kurang didedahkan dalam melindungi hak mereka sebagai pengguna. Kebanyakannya menggunakan teknologi atas desakan trend atau tidak mahu dilabelkan ketinggalan zaman. Oleh demikian, pengguna sering alpa dalam mengikuti arus globalisasi. Misalnya apabila kemunculan laman sosial bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan, menyebabkan ramai berlumba-lumba menyertai laman sosial tanpa mengetahui risiko dan kesan sekiranya tidak prihatin dalam penggunaannya. Facebook,Twitter,My Space, Skype dan Yahoo Masengger antara laman sosial yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna. Ramai pengguna cuai dalam penggunaan laman sosial iaitu mempamerkan butir-butir peribadi yang penting seperti nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Oleh demikian individu yang tidak bertanggungjawab akan mencuri atau meniru identiti pengguna untuk keuntungan mereka atau menjatuhkan individu lain. Merujuk kepada situasi ini, maka tidak hairanlah jenayah siber semakin meluas dalam kalangan masyarakat. Selain itu, jenayah siber juga didorong oleh kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini yang menjanjikan wadah penyebaran makumat yang cepat dan mudah diakses. Oleh kerana perjalanan maklumat di dunia siber tidak diselia atau dikawal oleh mana-mana organisasi mahupun individu, berjuta-juta laman web telah dihidupkan.Menurut Cybersecurity Malaysia, peningkatan kadar jenayah siber merupakan fenomena biasa berikutan perkembangan mendadak pengguna Internet setiap tahun

Anda mungkin juga menyukai