Anda di halaman 1dari 14

CADANGAN PENYELIDIKAN

( PROPOSAL )
 TAJUK
 PENGENALAN
 OBJEKTIF
 PERMASALAHAN KAJIAN
 SKOP KAJIAN
 SOROTAN LEPAS
 KAEDAH KAJIAN
 STRUKTUR ESEI
 PENUTUP
 BIBLIOGRAFI
TAJUK : PERKEMBANGAN KEGIATAN PENANAMAN PADI DI KAMPUNG
MONGUWOU BARU, KOTA MARUDU DARI TAHUN 1960 HINGGA TAHUN
2015

• Pengenalan
Kegiatan penanaman padi merupakan suatu kegiatan ekonomi yang
dijalankan secara tradisional oleh masyarakat tempatan di Malaysia sejak
sebelum penjajahan British lagi. Bagi negeri Sabah kegiatan penanaman padi
menjadi sumber makanan dan ekonomi mereka. Ia diusahakan secara gotong
royang bagi memenuhi keperluan sara diri. Namun kedatangan kuasa Barat
telah membawa kepada perubahan terhadap penanaman padi sama ada dari
teknologi mahupun hasil pengeluarannya.Kampung Monguwou Baru iaitu
salah sebuah kampung yang terletak di daerah Kota Marudu, Sabah
merupakan kampung yang begitu giat dengan usaha penanaman padi.
Majoriti penduduk tersebut yang berketurunan dusun menjalankan kegiatan
penanaman padi sebagai punca utama pekerjaan dan pendapatan mereka.
Perkembangan pesat yang berlaku di kampung tersebut menjadikan ia satu
tajuk yang sesuai dan menarik untuk dikaji.
Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejarah awal penanaman padi di


Kampung Monguwou Baru yang terletak di daerah Kota marudu Sabah.
Diharapkan melalui kajian ini, masyarakat dapat mengetahui bagaimana
kegiatan penanaman padi di kampung tersebut mula dijalankan.
Selain itu, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti
masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Monguwou Baru
semasa kegiatan penanaman padi dijalankan. Ini kerana dalam tempoh
kajian tersebut banyak masalah yang dihadapi oleh petani di kampung
tersebut.
Akhir sekali kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat
perkembangan dari segi teknologi penanaman padi di kampung tersebut
dari tahun 1960 sehingga 2017M. Melalui kajian ini,masyarakat dapat
mengenalpasti perubahan dari segi peralatan dan teknologi yang
digunakan oleh penduduk di Kampung Monguwou Baru sepanjang
tempoh kajian.
Permasalahan Kajian

Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengetahui bagaimana


kegiatan penanaman padi mula dijalankan oleh penduduk tempatan di
Kampung Monguwou Baru,Kota Marudu. Kajian ini amat menarik untuk
dijalankan kerana dipercayai kegiatan penanaman padi ini pada mulanya
banyak dipengaruhi oleh amalan tradisi masyarakat dusun di kawasan
tersebut..
Seterusnya kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti apakah
masalah dan cabaran yang dihadapi oleh petani yang menjalankan kegiatan
penanaman padi di Kampung Monguwou Baru sepanjang tempoh kajian.
Selain daripada itu,, kajian ini juga bertujuan untuk meninjau apakah
perubahan perkembangan teknologi dalam proses penanaman padi oleh
penduduk di kampung tersebut dalam tempoh kajian dan seterusnya
melihat perkaitan antara perubahan teknologi ini terhadap peningkatan
jumlah hasil pengeluaran padi petani di kampung tersebut.
Skop Kajian

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan


kajian, tempoh kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia
difokuskan kepada kawasan Kampung Monguwou Baru yang terletak dalam
daerah Kota marudu. Kawasan ini terletak 30 km dari pekan Kota Marudu.. Ini
kerana majoriti penduduk di kampung berkenaan terlibat dengan kegiatan
penanaman padi sebagai kegiatan ekonomi utama
Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 1960
sehingga 2017M. Tempoh kajian selama 50 tahun ini dipilih kerana sepanjang
masa tersebut berlaku perkembangan yang pesat dalam kegiatan penanaman
padi di kawasan tersebut.
Dari aspek yang dikaji pula terdapat 3 aspek yang difokuskan. Ia
tertumpu kepada asal usul permulaan kegiatan penanaman padi,masalah-
masalah yang dihadapi oleh petani dan perubahan teknologi yang telah
mempengaruhi jumlah hasil pengeluaran padi di kalangan petani di kampong
tersebut dalam tempoh kajian.
Sorotan Kajian Lepas

Secara umumnya terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan


kegiatan penanaman getah di Malaysia. Namun kebanyakan kajian lebih tertumpu
di kawasan tanah laterit getah seperti negeri Sabah dan Sarawak yang sinonim
dengan penanaman getah. Hanya sebilangan kecil kajian tertumpu di kawasan yang
agak terpencil. Antaranya adalah penulisan yang dihasilkan oleh Norshuaila bin
Abdullah “Sejarah Penanaman getah di kg Launti baru,Sabah” .Penulisan ini
dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu asal usul masyarakat dusun di kg Launti
baru,latar belakang lokasi kajian dan sejarah perkembangan penanaman getah.
Hasil pembacaan, ia menjelaskan bagaimana masyarakat Dusun yang tinggal di
kawasan kajian iaitu kg Launti baru telah menjalankan kegiatan penanaman
getah.Namun,penjelasan tentang isu hanya tertumpu pada bahagian ketiga
sahaja.Dalam bahagian ini ,dijelaskan tentang beberapa perkara seperti cara
penanaman getah.Ia sesuatu yang menarik untuk dibaca kerana didapati setiap
kawasan penanaman getah mempunyai amalan penanaman getah yang
tersendiri.Dari kajian ini,ia menarik minat pengkaji untuk merintis kajian yang
belum lagi dilakukan terhadap perkembangan penanaman getah di kg Launti baru
Sorotan Kajian Lepas
• Satu lagi penulisan akademi bertajuk sejarah penanaman
getah di Johor oleh Norshilah bin Latif dalam
www.academia.edu.comKajian ini sesuai dijadikan sebagai
bahan ilmiah kerana ia menyatakan bahawa penanaman
getah merupakan sumber utama kehidupan masyarakat di
Johor pada zaman tersebut. Selain itu ia juga menghalkan
bagaimana penanaman getah mula berkembang di
Johor.Antaranya adalah kejatuhan harga kopi telah jatuh. Dan
akibatdaripada kejatuhan harga kopi, getah telah
Diperkenalkan untuk memulihkan semula ekonomi. Kajian ini
menjadu panduan saya untuk mengkaji perkembangan getah
di Kg Liabas, Kota Marudu.
Sorotan Kajian Lepas
Secara umumnya terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan
kegiatan penanaman padi di Malaysia. Namun kebanyakan kajian lebih tertumpu di
kawasan jelapang padi seperti negeri Kedah dan Selangor yang sinonim dengan
penanaman padi. Hanya sebilangan kecil kajian tertumpu di kawasan yang agak
terpencil. Antaranya adalah penulisan yang dihasilkan oleh Ellyika Rudik, bertajuk
“Sejarah Penanaman padi bukit Tradisional di Kampung Minodung, Tambunan dalam
www.academia.edu. Penulisan ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu asal usul
masyarakat Dusun, latar belakang lokasi kajian dan sejarah penanaman padi. Hasil
pembacaan, ia menjelaskan bagaimana masyarakat Dusun yang tinggal di kawasan
kajian iaitu Kampung Minudong telah menjalankan kegiatan penanaman padi.
Namun penjelasan tentang isu kajian hanya tertumpu pada bahagian ketiga sahaja.
Dalam bahagian ini, dijelaskan tentang tentang beberapa perkara seperti jenis
peralatan yang digunakan dan upacara ritual yang dikaitkan dengan dalam
penanaman padi. Ia suatu yang menarik untuk dibaca kerana dididapati setiap
kawasan penanaman padi mempunyai amalan yang tersendiri. Dari kajian ini menarik
minat pengkaji untuk merintis kajian yang belum lagi dilakukan terhadap
perkembangan kegiatan penanaman padi di Kampung Subang.
Sorotan Kajian Lepas
Satu lagi penulisan akademi bertajuk Sejarah Penanaman Padi di Kedah
oleh Mohd Kasri b Saidon dalam www.scribd.com. Hasil ilmiah ini amat
menarik dijadikan sebagai bahan bacaan ilmiah. Kajian dihasilkan berdasarkan
kronologi masa iaitu dari era zaman silam sejak dari kewujudan Kerajaan
Langkasuka sehinggalah ke abad 21 M.Ia menceritakan bagaimana penanaman
padi mula berkembang di Kedah dan perkembangan yang berlaku ke atas
penanaman padi. Antaranya adalah penanaman tersebut berkait rapat dengan
pengaruh Siam dan Acheh. Malah kegiatan penanaman padi berkembang
selaras dengan kedatangan kuasa British dan pendudukan Jepun di negeri
tersebut. Apa yang menarik juga adalah di akhir bahagian diselit juga dengan
kegiatan penanaman padi dengan adat tradisi dari zaman silam. Hasil
pembacaan menunjukkan penanaman padi bukit di negeri Kedah pada zaman
silam juga dipengaruhi oleh unsur alam seperti pemerhatian pada burung
‘balai’, burung ‘ruak – ruak’ dan tanda musim durian berbunga yang
menunjukkan sesuatu musim penanaman padi. Kajian yang dilakukan
berdasarkan kronologi masa menarik minat pengkaji untuk menghasilkan kajian
penanaman padi di Kampung Subang.
Sorotan Kajian Lepas
Selain itu kajian berkenaan kegiatan penanaman padi juga terdapat dalam artikel yang
dihasilkan oleh Mohamad Soffe Razak yang bertajuk Sejarah Awal Transformasi Pertanian
di Malaysia dalam mohamadsofee.blogspot.my. Dalam artikel ini ia menyelitkan jua
perkembangan kegiatan penanaman padi sejak dari abad ke 19M lagi.Kegiatan penanaman
padi adalah merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan secara sara diri oleh masyarakat
Melayu. Antara negeri yang mengusahakan penanaman padi adalah Kedah dan Selangor.
Malah kegiatan penanaman padi adalah merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan
secara sara diri Kedah yang terkenal dengan kawasan deltanya subur dan luas telah mampu
untuk menghasil dan mengeksport padi sehingga ke negeri seperti Pulau Pinang dan
sekitarnya. Ini ditambah lagi adanya bantuan sistem pengairan yang diusahakan oleh pihak
pemerintah pada masa tersebut. Bagi negeri Selangor pula, pada abad ke 19M, penanaman
padi adalah suatu yang tanaman wajib terutama pada zaman Sultan Muhamad (1826-1857).
Namun ekoran dari berlakunya Perang Saudara (1866-73) telah membawa kepada
kemerosotan pengeluaran padi akibat kerosakan sawah padi. Ini menunjukkan kegiatan
penanaman padi telah diusahakan sejak sebelum kedatangan kuasa Barat lagi. Hasil
pembacaan ini menarik minat pengkaji untuk meneroka kajian perkembangan kegiatan
penanaman padi bukit di kawasan yang terpencil seperti Kampung Monguwou Baru.
Kaedah Kajian

Dalam usaha melaksanakan kajian ini, penulis


menggunakan 2 kaedah untuk mendapatkan maklumat iaitu
menjalankan penyelidikan perpustakaan bagi memperolehi
sumber primer dan sumber sekunder. Penyelidikan
perpustakaan dijalankan di Pejabat Pertanian, Negeri dan
Pejabat Daerah serta perpustakaan tempatan. Ini dilakukan
untuk mendapatkan rekod – rekod berkenaan kegiatan
penanaman padi bagi Kampung Monguwou Baru.
Seterusnya penulis juga mendapatkan maklumat melalui
kaedah soal selidik.Serami 30 orang responden dari kampung
Monguwou Baru yang telah dipilih untuk menjawab borang
soal selidik ini.Semua maklumat dan data telah dikumpul dan
di analisis.
Pembahagian Struktur Esei

Secara keseluruhannya kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu


bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, penulis
akan menjelaskan kegiatan penanaman padi yang dijalankan diMalaysia
sehinggalah di kampung Monguwou Baru. Bahagian ini juga menerangkan secara
umum latar belakang Kampung Monguwou Baru yang menjadi kawasan kajian.
Seterusnya penulis akan mengaitkan dengan tujuan kajian dijalankan secara
umum.
Pada bahagian isi pula, penulis akan membincangkan fokus atau isu kajian yang
terbahagi kepada 4 aspek. Aspek yang pertama adalah meninjau permulaan atau
asal usul kegiatan penanaman padi yang dijalankan oleh penduduk Kampung
Monguwou Baru.Seterusnya penulis akan menghuraikan masalah–masalah yang
dihadapi oleh petani yang mengusahakan penanaman padi dalam tempoh kajian.
Malah penulis juga akan mengupas faktor-faktor perkembangan penanaman padi
serta kesan perkembangan padi terhadap kehidupan para penduduk kampung.
Aspek terakhir iaitu bahagian kesimpulan, penulis akan merumus hasil kajian
yang diperoleh.
Penutup

Diharapkan dengan adanya kajian seperti


ini akan dapat menambahkan lagi khazanah
tentang kegiatan penanaman padi terutamanya
di kawasan yang agak asing bagi masyarakat luar.
Ini sekaligus akan membolehkan Kampung
Monguwou Baru dikenali ramai bukan sahaja
sebagai kawasan petempatan tetapi juga dengan
kegiatan penanaman padinya yang unik.
Bibliografi

• Ellyika Rudik,“Sejarah Penanaman Sawah Padi Tradisional di


Kampung Minodung,Tambunan” , www.academic.edu (akses
21Disember,2016)
 
• Mohd Kasri b Saidon, “Sejarah Penanaman Padi di Kedah”,
www.scribd.com (21 Disember, 2016)
 
• Mohamad Soffe Razak,”Sejarah Awal Transformasi Pertanian di
Malaysia”, Mohamadsofee.blogspot.my (akses 22 Disember,2016)
 

Anda mungkin juga menyukai