Anda di halaman 1dari 114

BAB1: PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Dalam menuju arus kemodenan ini, sektor pertanian merupakan salah satu kegiatan
ekonomi utama yang semakin pesat membangun di seluruh negara. Sektor pertanian
tidak hanya memberi kepentingan kepada negara dari segi pertumbuhan ekonomi
tetapi juga menjadi sumber bekalan makanan utama kepada penduduk baik di
kawasan bandar mahupun luar bandar. Di Malaysia, pertumbuhan sektor pertanian
sangat penting bagi menyumbang kepada peningkatan dan kestabilan ekonomi.
Pertumbuhan sektor pertanian biasanya terdiri daripada tanaman getah, kelapa sawit
dan beberapa sektor sumber asli yang lain seperti petroleum dan biji timah. Sektor
pertanian juga berpotensi mencukupkan bekalan makanan khususnya di negara-
negara yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai (Nik Hashim Nik Mustapha,
1996).

Penanaman padi huma merupakan salah satu kegiatan pertanian yang menjadi
tumpuan penduduk terutamanya dalam kalangan petani. Walaubagaimanapun,
kegiatan penanaman padi huma ini tidak hanya giat dijalankan dalam kalangan petani
sahaja tetapi juga di beberapa negara lain yang menjadi pengeluar beras utama
seperti Taiwan. Penanaman padi huma yang dijalankan biasanya bertujuan sebagai
salah satu produk penghasilan dalam sektor pertanian yang bermotifkan keuntungan
atau sebagai bekalan makanan bagi sesetengah negara (Mohd.Tajuddin Haji Abdul
Rahman, 1986). Di Malaysia, pengeluaran beras memainkan peranan penting kepada
negara, khususnya dalam menyediakan bekalan makanan ruji kepada rakyat di negara
ini. Selain itu, terdapat juga beberapa negara lain yang mengusahakan pertanian padi
huma untuk menampung keperluan bekalan makanan penduduk seperti Nepal, China,
Taiwan, Filipina, Thailand dan Indonesia. Masalah kekurangan sumber bekalan beras di
negara Malaysia menyebabkan negara ini terpaksa mengimport beras dari negara-
negara lain untuk mencukupkan bekalan makanan tersebut (Mohammed Halib, 2004).

Dalam konteks masyarakat luar bandar pula, penanaman padi huma yang
diusahakan biasanya untuk keperluan isi rumah sahaja dan bukan untuk tujuan
perdagangan. Penanaman padi huma yang dijalankan lebih bersifat tradisional sama
ada dari segi proses penanaman mahupun peralatan yang digunakan. Manakala, di
1
negara-negara maju dan beberapa negeri lokal pengeluar beras utama seperti Kedah,
penanaman padi huma yang dijalankan biasanya menggunakan beberapa teknologi
seperti mesin menuai dan membajak untuk menjimatkan waktu dan tenaga. Di
kawasan luar bandar juga, lebih banyak guna tenaga yang diperlukan oleh pengusaha
padi huma kerana hanya bergantung kepada peralatan pertanian tradisional seperti
parang, sabit, pisau dan sebagainya (Japiun Madisah, 1986). Kg. Bauto merupakan
salah satu kawasan luar bandar yang terletak di daerah Telupid, Sabah yang masih
giat menjalankan aktiviti penanaman padi huma. Penduduk di kampung ini terdiri
daripada dusun Labuk dan majoritinya mengusahakan penanaman padi huma secara
tradisional. Walaupun terdapat beberapa tanaman lain yang penting seperti kelapa
sawit dan getah, namun penanaman padi huma tetap giat dijalankan walaupun bukan
untuk dijual belikan. Justeru, penanaman padi huma dianggap sebagai salah satu
tradisi yang sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan penduduk dusun Labuk di Kg.
Bauto dan giat dijalankan sejak pada zaman pra-merdeka lagi. Selain itu, penanaman
padi huma yang dijalankan di kawasan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos
sara hidup penduduk di samping mengelakkan kekerapan membeli beras daripada
kedai.

Selain daripada penanaman padi huma, terdapat juga kegiatan sosio-ekonomi


penduduk Kg. Bauto yang lain seperti penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan
untuk tujuan perdagangan kecil-kecilan. Sebagai contoh, penanaman pokok pisang
yang semakin rancak dijalankan di Kg. Bauto kini menjadi staraf dengan penanaman
kelapa sawit. Hal ini kerana, permintaan daun pisang sangat tinggi menjelang musim
perayaan seperti Hari Raya manakala buah pisang pula mendapat permintaan yang
tinggi daripada gerai-gerai kecil di Pekan Telupid untuk membuat kuih. Kebiasaannya,
pembeli bukan sahaja terdiri daripada penduduk Kg. Bauto tetapi juga orang luar. Bagi
penduduk yang tidak mempunyai ladang kelapa sawit atau getah, penanaman pisang
dan sayur-sayuran menjadi salah satu sumber pendapatan untuk menyara kehidupan
keluarga. Memandangkan penanaman padi huma hanya dijalankan sekali dalam
setahun sahaja dan bukan untuk tujuan jual beli, maka pertanian kecil-kecilan inilah
yang dijalankan untuk mencari sumber kewangan.

Oleh yang demikian, dalam kajian ini, pengkaji akan menjelaskan dengan lebih
terperinci mengenai kegiatan penanaman padi huma yang dijalankan di Kg. Bauto.
Terdapat tiga objektif utama yang akan dikupas dan dibincangkan dalam kajian ini

2
iaitu mengenalpasti sejarah dan asal usul penduduk Kg. Bauto, mengetahui proses,
ritual dan pantang larang penanaman padi huma dalam kalangan masyarakat dusun
Labuk dan juga ingin membincangkan tentang beberapa cabaran dan masalah yang
dihadapi oleh penduduk dalam mengusahakan penanaman padi huma pada masa kini.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam memahami kegiatan penanaman padi huma masyarakat dusun Labuk, terdapat
tiga objektif utama yang telah ditetapkan oleh pengkaji yang akan dibincangkan
dengan lebih terperinci di bab-bab seterusnya. Objektif utama kajian ini adalah:

1. Mengetahui sejarah dan asal-usul Kg. Bauto, Telupid.

2. Mengenalpasti proses, ritual dan pantang larang penanaman padi huma masyarakat
dusun Labuk di Kg. Bauto, Telupid.

3. Mengetahui masalah dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat dusun Labuk di Kg.
Bauto, Telupid dalam penanaman padi huma pada masa kini.

3
1.3 PERSOALAN KAJIAN

Terdapat tiga perosalan dalam kajian ini iaitu:

1. Bagaimanakah masyarakat dusun Labuk mengalami proses perubahan sosial dalam


kehidupan mereka?

2. Bagaimanakah proses, ritual dan pantang larang dalam penanaman padi huma
dilaksanakan oleh penduduk Kg. Bauto?

3. Apakah cabaran dan masalah yang dihadapi oleh penduduk dusun Labuk dalam
penanaman padi huma pada masa kini?

4
1.4 PERMASALAHAN KAJIAN

Penanaman padi huma atau juga dikenali sebagai padi bukit merupakan salah satu
kegiatan pertanian berbentuk tradisional yang kini telah menjadi moden seiring dengan
perubahan masa dan teknologi. Penanaman padi huma pada zaman sebelumnya hanya
menggunakan alatan pertanian tradisional dan khusus untuk sara diri sahaja. Namun,
ianya tidak lagi menjadi pertanian berbentuk sara diri semata-mata tetapi juga telah
menjadi sesuatu komoditi yang diperdagangkan untuk tujuan ekonomi (Godfrey A.
Chatfield, 1967).

Penanaman padi huma khususnya di luar bandar telah menjadi salah satu
sumber makanan utama bagi penduduk luar bandar. Sebahagian penduduk
menjadikannya sebagai sumber makanan utama kerana tekanan kos sara hidup yang
dirasakan semakin meningkat lebih lagi kepada penduduk yang mempunyai bilangan
keluarga yang ramai. Selain itu, ketidakmampuan sesetengah penduduk untuk
membuka ladang kelapa sawit juga mendorong penduduk terlibat dalam kegiatan
penanaman padi huma setiap tahun. Hal ini kerana, penanaman padi huma lebih
mudah dijalankan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Walau bagaimanapun, ianya
masih bergantung kepada kawasan tanah yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat
untuk penanaman padi huma.

Penanaman padi huma yang dijalankan di luar bandar memerlukan masa yang
agak lama kerana bergantung kepada peralatan tradisional. Selain itu, ia juga
memerlukan tenaga yang banyak dalam mengusahakan penanaman padi huma. Faktor
geografi juga sangat mempengaruhi penanaman padi huma tidak kira di kawasan
bandar atau luar bandar. Di Kawasan luar bandar juga, kepercayaan kepada amalan
nenek moyang menjadi pegangan sesetengah masyarakat dalam proses penanaman
padi huma. Kepercayaan berbentuk animisme ini adakalanya menjadi perdeba’tan
dalam kalangan sesetengah penduduk khususnya golongan petani yang mempunyai
kepercayaan agama kerana ianya dianggap menjadi satu kekangan dalam proses
penanaman padi huma. Ini kerana, penduduk yang sudah mempunyai pegangan
agama tidak mahu melibatkan diri dengan aktiviti penanaman padi huma yang masih
bersifat animisme kerana dianggap bertentangan dengan kepercayaan mereka.

5
Oleh yang demikian, kajian yang telah dijalankan ini adalah untuk menelusuri
penanaman padi huma di Kg. Bauto, Telupid. Pengkaji telah menetapkan beberapa
objektif dalam kajian ini sesuai dengan tajuk yang telah dipilih. Kajian ini akan
dijalankan untuk mengetahui sejarah dan asal usul Kg. Bauto. Selain itu, pengkaji ingin
mengetahui proses-proses dalam penanaman padi huma serta ritual dan pantang
larang yang diamalkan dalam penanaman padi huma. Seterusnya, pengkaji juga ingin
mengenalpasti cabaran dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dusun Labuk
dalam kegiatan penanaman padi huma pada masa kini.

1.5 METODOLOGI KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif bagi


mendapatkan data yang diperlukan dan menjawab kepada objektif kajian yang telah
dijalankan. Pendekatan bersifat kualitatif biasanya menggunakan metodologi analisis
perisian atau lebih dikenali sebagai content analysis. Data yang dirujuk untuk
penyelidikan jenis kualitatif biasanya terdiri daripada bahan bercetak, rakaman audio,
filem dan foto. Perbandingan antara masa, masyarakat, budaya, tempat, pengarang,
pencipta dan lain-lain akan dilakukan bagi mendapatkan hasil yang boleh membantu
menjelaskan fenomena kajian yang ingin dijalankan (Thomas & Dale, 2000: 141). Bagi
memantapkan lagi data yang diinginkan, pengkaji menggunakan dua kaedah
pengumpulan data iaitu sumber primer dan sumber sekunder bagi memperoleh data
yang sahih. Sumber primer yang diaplikasikan dalam kajian ini terdiri daripada kaedah
temubual dan kaedah pemerhatian. Manakala, sumber sekunder pula terdiri daripada
kaedah perpustakaan, dan sumber internet.

Sumber primer iaitu kaedah temubual dan kaedah pemerhatian merupakan data
yang akan dikutip secara terus daripada responden yang ditemubual dan juga
berdasarkan pemerhatian turut serta dalam kajian yang dijalankan. Melalui kaedah
primer, data yang dikutip akan menjadi lebih mantap kerana pengkaji dapat
berhubung terus secara bersemuka dengan responden. Sumber primer juga dapat
menjadi bukti yang kukuh kepada kajian yang dijalankan kerana ianya menunjukkan
bahawa pengkaji benar-benar telah turun ke lokasi kajian bagi tujuan memungut
data. Sumber sekunder yang terdiri daripada kaedah perpustakaan dan sumber
daripada internet yang memaparkan kajian-kajian lepas pula akan menjadi rujukan

6
bagi mendapatkan maklumat tambahan dalam kajian ini. Kaedah perpustakaan dan
kaedah internet akan dijadikan bahan rujukan khususnya untuk merujuk konsep-
konsep, istilah dan definisi yang diperlukan dalam menjalankan kajian ini. Selain itu,
sumber sekunder juga dapat membantu pengkaji untuk membuka minda,
mempelbagaikan idea dan menambah pengetahuan pengkaji melalui pembacaan-
pembacaan yang akan dilakukan.

1.5.1 SUMBER PRIMER

Seperti yang telah dinyatakan oleh pengkaji di awal penghuraian metodologi kajian,
kaedah temubual dan kaedah pemerhatian akan diaplikasikan dalam kajian ini untuk
mendapatkan maklumat yang diinginkan. Pengkaji akan menyertakan beberapa
sedutan temubual bersama beberapa orang responden yang banyak menyumbang
dalam kajian ini melalui data yang telah diberikan.

a) Kaedah Temubual

Kaedah temubual dapat dibahagikan kepada tiga jenis teknik temubual yang
dikenali sebagai temubual formal, temubual tidak formal dan temubual terbuka
(Patton 1980). Selain itu, kaedah temubual juga dikenali sebagai temubual
berstruktur, temubual separa berstruktur dan temubual tidak berstruktur
(Fontana dan Frey, 1994). Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan teknik
temubual tidak formal bagi mengumpulkan data yang diperlukan. Tujuan
pengkaji memilih teknik temubual tidak formal adalah untuk mengelakkan rasa
kekok atau ketidakselesaan antara pengkaji dan responden semasa sesi
temubual dijalankan. Hal ini juga dapat mewujudkan satu ikatan kemesraan
antara pengkaji dan responden yang secara tidak langsung akan memudahkan
pengkaji mendapatkan maklumat dalam sesi temubual tersebut. Responden
juga tidak akan merasa terlalu asing dan dapat memberikan maklumat dengan
lebih terperinci berdasarkan soalan-soalan yang diajukan oleh pengkaji.
Melalui kaedah ini, pengkaji boleh bertanyakan terus secara lisan
dengan responden berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan. Soalan-
soalan yang akan disediakan oleh pengkaji adalah bersesuaian dengan konteks

7
kajian dan bukanlah terlalu sukar untuk diresponi oleh responden. Setiap
jawapan yang diberikan oleh responden telah direkod dan dicatat sebagai bukti.
Pengkaji juga tidak menuntut jawapan yang salah atau betul semasa sesi
temubual dijalankan. Ianya bergantung kepada jawapan yang diberikan oleh
responden dan hanya direkodkan sebagai rujukan atau bahan yang akan
dianalisis oleh pengkaji di bahagian dapatan kajian.
Pengkaji telah memilih beberapa orang responden yang terdiri daripada
JKKK Kg. Bauto dan penduduk Kg. Bauto khususnya daripada golongan petani.
Responden yang dipilih juga dikhususkan kepada mereka yang terlibat aktif dan
sudah berpengalaman dalam menjalankan penanaman padi huma pada masa
lalu serta masih giat dalam penanaman padi huma sehingga kini. Oleh yang
demikian, pengkaji juga boleh memperoleh maklumat mengenai corak
perubahan penanaman padi huma di Kg. Bauto, Telupid. Berikut merupakan
beberapa sedutan temubual awal bersama responden yang dijalankan di lokasi
yang berbeza:

Responden: 1

Nama: Encik Kamilus Dian

Umur: 54 Tahun

Status: Berkahwin

Etnik: Dusun Labuk

Pekerjaan: Ketua Kg. Bauto

Lokasi temubual: Rumah responden

Sedutan Temubual:

Pengkaji: siou angkel. Siapa kai di nama angkel itu?

Responden: Dii owi boh. Oo Kemilus.

Pengkaji: yang umur?

Responden: 54 tahun

8
Pengkaji: yang mula-mula bah ni uncle saya mau tanya pasal ni asal usul kampung
kita.

Responden: iti nopo iti Kampung took diti varo iso sungai. Iti nopo sungai diti
pangkalan do tongo tulun kampung di samping dino kuvo kawasan do tantra Jipun ino.
Jadi iti sungai diti, olleh karna do orang lama siti no pangkalan do pompitan do talud
do mogium do damar. Iti damar nopo diti salah satu do penghasilan daripada kayu
yang ongoyon di tongo urang lama diri om ijual siti Cina.

Pengkaji: oo. Ada pula dulu sini uncle kayu balak?

Responden: oo vaa. Jadi iti no iri pangasilan do kayu balak dino ee di sido da gatah ino
damar dino. Om oviton do tongo tulun kampung soi tomu basar do tagas-tagas.

Pengkaji: kita uncle bah dusun Labuk ka Kadazan Labuk?

Responden: Oo Dusun Labuk. Bang Kadazan lain. Dusun Labuk nono.

Pengkaji: Tetulis gia di surat beranak Kadazan bilangnya.

Responden: oo ee. Asalah iri. Dusun nono. Bang si kad panganalan dino tetulis Dusun
om Kadazan, nga bang ikutan mamarong tokou nopo diti Dusun Labuk.

Pengkaji: uncle ingat di dulu berapa ramai kita disini? Dia punya anggaran la kira-kira
berapa dia punya bilangan?

Responden: bang kependudukan. Eh asapou di oh. Nga ou di kasampai do 1000 ohh.


Mungkin do irad do saparuh daripada ino.

Responden 2:

Nama: Encik Diris Saat

Umur: 68 tahun

Status: Berkahwin

Etnik: Dusun Labuk

Pekerjaan: Petani

9
Lokasi temubual: Rumah responden

Sedutan Temubual:

Pengkaji: naa jadi uncle. Ini baini kajian ini saya mau tanya pasal kita punya adat
kampung, kita punya sejarah kampung dulu yang dulu gia itu pengerusi yang nama
kampung kita yang Tungkamang itu kan, kana tukar di pigi Bauto, kau tau di itu?

Responden: ee mimang ini Bauto, mimang nama Bauto. Itu Tungkamang itu, kana
galar sana Tungkamang ada satu buah dahan yang kana panggil, buah apa itu ah? Itu
dalit ka apa itu, jadi dia punya dahan itu merayap begini, jadi raitan di tulun do
tinumungkamang. Oh jadi, raitan dih do tulun irad dii, nagalar di do Tungkamang ilo
kawasan. Ohh iradi dii.

Pengkaji: yang itu dulu itu pengerusi, yang kayu balak itu di sini kau sampat di? Yang
jual-jual kayu balak?

Responden: dapo, iti nopo Bauto, ie taki di Ahan no minonorita, kaa iti nopo bauto diti
waktu parang Jipun, diurang punya kem sana dakat Sungai Bauto. Oh jadi, apabila
banyak urang mati dia buang di sungai itu jadi tidak pilih apa bangsa, di buang sana
sungai itu, jadi bau di itu sungai. Bila ada urang limpas, ‘itu sungai bau itu’ dia bilang
asal di sana bau itu. Nah tegalar di Bauto. Itu ikut serita ninik si Ahan. Itu saya ikut dia
punya serita la begitu.

Pengkaji: ohh. Ada kai dulu kita punya agama sini? Sebelum yang ada Dr. Wellis itu?

Responden: ohh. Agama kapir ada. Misalnya, ada mimpi jaat atau seluruh Kampung
banyak urang sakit. Bererti ini dunia panas jadi monogit. Itu monogit itu kan, kalau
misalnya Bauto ada mimpi jaat atau sakita, monogit la. Rukut-rukut itu ayam, pigi
sana anu itu, di karangan, sana Labuk. Dia buat punduk sana, timpaa ka di gulu-gulu
opoyok kon. Mongolou ko di Aki Golisun. Iti no komyon ku dika do subai solidikan nu ih
apa Tusin. Pasal kon, loovon took nopo di nga di Aki Golisun, sulod di Doji, bila bang
monogit kon, ‘oo aki kaa, impitak indatu kopou siti vaa pokitulungan jaa do alasu iti
vonuvo, moki tulung ikoi do poiduan om potingkodon iti rogon magangu dagai, iti
tongo toruol siti dagai do kampung.’. Naa jadi, iti nopo daton do cara mangasok,
mangasok nopo diti, mongumo tokou bulan 4 po rumilik no bulan 8 managad om

10
mangasok. moitabang-tabang dino ino. Bila bang siap noh rumilik om atagadan, na
moitatabang noh mangasok. Jadi, mangasok nopo diri kon, sih dumo, bang ih doori,
sodi tangah dumo tondukon kaju kaa, tanaman songumau sampaping, tanaman tobu
sampaping. Jadi, tiasook siti tanga om bila mananaom di sogumau om nu iri, babaron
dino di gugulu ohh ‘osubur no parai ku, ohh nu ka did ii, ohh dapo di nolingan ku di
babar, ohh ‘osubur noh parai ku, ati noh iti sogumau tinanaom ku tumaru noh. Jadi iri
tiasook noh di, kaayaan noh di raa do manuk.

Pengkaji: ohh. Bulum lagi mangasok kan masa itu?

Reponden: ohh nga, silo no ih tongo ulun mangasok noh. Mangan po no iri manuk
patajon omm poovit nonoh do tanganak mongoi soi valai om ih tongo ulun mangasok
nonoh.

Pengkaji: ohh. Om dimakan dino itu ayam itu?

Responden: ohhG I noh ie kanas mangasok.

Pengkaji: berapa dino ikur ayam itu?

Responden: duvo tandaa, duvo punan. Jadi apat di ngaavi. Ih doori do undang-
undang. Tapi bang monula kanu, na ogumu dino ino putungon sampai 10 ikur.
Ponguranan monula. Tapi bang mangasok biasa, putung-putung biasa, naa apat noh.
Duvo tandaa, duvo punan.

Pengkaji: apa yang monu’la itu pengerusi?

Responden: monu’la irad dii. Ponguranan noh do monu’la iri do poingaranan do


momiara di parai. Supaya ih Bambarayon onu iri aurmat ka bo diri.

Pengkaji: ini yang tetumbuh sudah padi ka atau macamana?

Responden: bulum lagi. waktu mangasok noh ino. Nga bang owi monu’la apat-apat
putungon. Nga bang monula oku ka na ogumu putungon. Waktu mangasok.

Pengkaji: apa-apa dino itu inda buli kalau waktu kita mangasok? kita punya pantang-
pantang, ada kau teingat?

11
Responden: pantang. Oku ro ih pantang kon, bang kodoori mangasok au buli
kosungkad sih dumo do tulun waktu mangasok. sih dumo nu au buli monungkad sih
dumo tulun. Om ih taasok au buli abawon do maba ih parai ka. Nga au ku noh milo
maino. Mangasok pakatataam ku ih taasok. Au noikut ih adat doori. Do, mongoi si
tarapa mogium siap mangasok itaam ih. Okon ko irad di doori do taratur.

Pengkaji: yang itu, apa batei di itu, lepas itu nda kasi tumpah padi kan?

Responden: ohh ih po e. bang kokuut kono tiasook, au no buli monguut taasok. Subai
bang mangasok, mangasok ko nonoh. Adat doori.

Pengkaji: ohh, adat nya nonoh boh itu kan?

Responden: emm adat. Jadi, ajadi nopo nono iri parai om mamaal do Garajad, na om
mongomot noh parai om intuntung nonoh si Garajad, man nono raawo. Momutung
nonoh manuk om raawon ih parai sih Garajad, oviton nonoh sih kukub om onuan
nonoh do tongoh tongkovijau, tundu-undu, jinison do tonsi manuk oviton nonoh sih
Garajad om paakan nonoh di Ambarayon.

b) Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah yang melibatkan pemerhatian


turut serta, mencatat, merekod peristiwa, keadaan dan tingkah laku di lokasi
kajian. Kaedah ini merupakan penanda aras sebelum memulakan kajian dan
merupakan teknik yang mengesahkan sama ada pengkaji itu sendiri yang
melakukan kajian atau tidak. Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji juga dapat
melihat proses penanaman padi huma iaitu sebelum, semasa dan selepas.
Segala peristiwa yang disaksikan sendiri oleh pengkaji direkodkan sebagai data
dan maklumat dan secara langsung akan menjadi data yang telah dianalisis
oleh pengkaji.

Pengkaji telah turun sendiri ke lokasi kajian untuk melihat bagaimana


proses penanaman padi huma dijalankan. Hal ini khususnya bagi menjawab
kepada persoalan objektif kedua iaitu mengetahui proses, ritual dan pantang
larang penanaman padi huma di Kg. Bauto, Telupid. Selain itu, kaedah
pemerhatian juga membolehkan pengkaji melihat dan meneliti cabaran dan
masalah yang dihadapi oleh golongan petani dalam penanaman padi huma di
Kg. Bauto, Telupid pada masa kini.
12
Melalui kaedah pemerhatian ini, pengkaji sendiri telah turun ke ladang
petani seawal jam 7.00 pagi bersama-sama dengan tuan empunya ladang.
Semasa berada di ladang tersebut, pengkaji dapat memerhatikan beberapa
sahabat yang lain untuk datang membantu membersihkan kawasan ladang
yang dipanggil sebagai mitabang. Pengkaji mengambil masa kira-kira 3 jam
setengah bersama-sama dengan responden dan melihat kerja-kerja yang
dilakukan oleh mereka pada peringkat awal iaitu Rumilik. Pengkaji telah
membuat sedikit catatan berkenaan aktiviti-aktiviti yang dapat diperhatikan
pada waktu itu untuk dihuraikan pada bab-bab yang seterusnya. Antara aktiviti
yang telah direkodkan adalah seperti aktiviti gumamas yang dilakukan secara
mitabang. Selain itu, pengkaji juga dapat memerhatikan bagaimana peralatan
tradisional seperti kayapu digunakan semasa proses rumilik dijalankan pada
masa itu. Berdasarkan kaedah pemerhatian ini, pengkaji biasanya akan datang
ke ladang tersebut pada hujung minggu sahaja biasanya pada hari Sabtu dan
Ahad, bergantung pada masa lapang tuan empunya ladang. Dengan kata lain,
jika mereka memaklumkan untuk turun ke ladang, maka pengkaji juga akan
turun ke ladang bagi memungut dan mencatatkan data yang diperlukan.

1.5.2 SUMBER SEKUNDER

Sumber sekunder pula melibatkan kaedah perpustakaan dan kaedah internet. Kedua-
dua kaedah ini telah diaplikasikan dalam kajian ini untuk dijadikan sumber untuk
merujuk maklumat tambahan yang diperlukan.

a) Kaedah Perpustakaan

Bagi memantapkan lagi data yang telah diperoleh melalui sumber primer,
pengkaji turut memilih kaedah perpustakaan sebagai bahan rujukan untuk
memperbanyakkan lagi maklumat mengenai kajian yang telah dijalankan.
Melalui kaedah ini, pengkaji banyak merujuk kepada bahan bacaan yang terdiri
daripada jurnal, artikel, buku-buku ilmiah dan tesis yang dirasakan berkaitan
dengan tajuk kajian pengkaji. Segala artikel, maklumat, dan data yang

13
diperolehi daripada perpustakaan akan dibaca, diteliti, dianalis serta diambil
oleh pengkaji dan seterusnya dirumuskan dalam membuat kesimpulan kepada
persoalan yang berkaitan dengan kajian.

b) Kaedah Internet

Kaedah internet juga merupakan antara salah satu kaedah yang digunakan
oleh pengkaji dalam mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan.
Melalui kaedah ini, pengkaji akan lebih mudah untuk merujuk kajian-kajian
lepas untuk dijadikan bahan rujukan atau panduan sepanjang menjalankan
kajian ini. Selain memudahkan pengkaji untuk mencari maklumat yang
diperlukan, ia juga dapat menjimatkan masa dalam pencarian sesuatu bahan
yang sukar diperoleh. Bahan-bahan yang menjadi rujukan oleh pengkaji seperti
jurnal dan artikel di ambil daripada lama web yang berpatutan iaitu j-stor dan
google scholar yang banyak menyenaraikan jurnal berkaitan kajian pengkaji.

1.6 DEFINISI KONSEP

Membahas soal rumpun dusunic, ia merupakan salah satu topik yang menjadi bidang
kajian ahli sejarawan dan antropologi sehingga membawa kepada terciptanya pelbagai
teori. Bagi Topin (1981: 11), menyatakan bahawa teori berkenaan asal usul keturunan
Kadazandusun selama ini telah dibentuk oleh saintis sosial. Pengkaji antropologi
manusia melaporkan bahawa bukti pertama kehadiran manusia di Borneo berkait rapat
dengan tengkorak manusia berusia kira-kira 35, 000 tahun dahulu yang dijumpai di
Gua Niah, Sarawak. Manusia awal di Gua Niah dikenali sebagai Niahian man dan
mereka mirip kepada orang Dayak yang berada di Sarawak pada masa kini.
Berdasarkan penemuan arkeologi ini, terdapat pengkaji antropologi manusia
mengandaikan bahawa besar kemungkinan Gua Madai yang terletak di Sabah telah
dijadikan tempat perlindungan untuk pemburu awal di rantau ini. Malangnya, sehingga
kini para pengkaji belum menemui bukti yang cukup kukuh tentang siapakah manusia
awal yang tinggal di Gua Madai (Sabah Society Journal 1969_-197~ Vol. IV: 7).

14
Rumpun dusunic di Sabah sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa
terdapat perbezaan dari segi dialek dan pertuturan. Ensiklopedia Sejarah dan
Kebudayaan Melayu (1999:683) menggolongkan bahasa Dusunic dalam rumpun
bahasa Melayu Polinisia. Boutin dan Pekkanen (1993:vii) pula menggolongkan bahasa
Kadazandusun ke dalam rumpun bahasa Austronesia Barat. Bahasa Dusunic yang
dimaksudkan ialah bahasa Kimaragang, bahasa Dumpas, Bahasa Kadazan Tambanua,
bahasa Rungus, bahasa Lotud, bahasa Bisaya, bahasa Tatana, bahasa Kuijau, bahasa
Kadazan Timur (Eastern Kadazan) dan akhir sekali Bahasa Kadazandusun (Smith,
1984: 26). Antara begitu banyak bahasa dusunic, Bahasa Kadazandusun adalah yang
terkenal, dan mendapat perhatian berat di kalangan pengkaji bahasa. Kini, bahasa
Kadazandusun digunakan dalam siaran radio tempatan dan akhbar-akhbar tempatan
(Noor Aina Dani, 2000). Akhbar-akhbar tempatan seperti Daily Express, New Sabah
Times dan Borneo Mail masing-masing mewujudkan satu ruangan khas menggunakan
bahasa Kadazandusun.

Rumpun dusunic juga merupakan rumpun etnik yang sangat gemar dengan
pertanian padi huma. Padi adalah sejenis tanaman yang dikategorikan sebagai rumput.
Manakala, mengikut ahli-ahli kaji tumbuhan pula, padi merupakan sejenis pokok herba.
Bermakna, pokok padi adalah sejenis pokok yang rendah dan berdaun. Padi juga
tergolong dalam kumpulan GRAMI-KEAE, iaitu sekumpulan dengan tanaman seperti
jagung, kacang, tebu dan buluh. Padi terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah atau
bendang dan padi huma atau bukit. Padi sawah biasanya ditanam di kawasan yang
memerlukan air yang banyak seperti kawasan-kawasan paya. Manakala, padi huma
pula biasanya ditanam di kawasan-akawasan yang bertanah tinggi. Padi huma yang
ditanam biasanya merupakan padi berat ataupun padi jangka masa panjang.
Penanaman padi huma dikatakan tidak memerlukan penjagaan yang rapi dan taburan
hujan yang banyak. Dalam sesetengah masyarakat, padi huma biasanya diberikan
nama tertentu seperti Kuku Balam, Taring Pelanduk dan Anak Lebah (Mohd. Tajuddin
haji Abdul Rahman, 1986).

Kebiasaannya, penanaman padi huma dalam masyarakat dusun lebih bersifat


tradisional. Menyentuh tentang pertanian tradisional, ianya sering disinonimkan
dengan amalan atau kepercayaan animisme. Kehidupan awal Kadazandusun diwarnai

15
dengan corak kepercayaan animisme yang mengakui kewujudan Tuhan yang bernama
Kinorohingan. Tuhan mereka ini dipercayai mempunyai kuasa mencipta manusia.
Tuhan ini juga mempunyai pelbagai nama yang berbeza mengikut etnik dan tempat
sesuatu suku itu berada. Bagi orang Dusun Tambunan, Tuhan mereka bernama
Minomugun dan isterinya bernama Suminundu dan kedua-dua Tuhan ini dipercayai
telah mencipta manusia dari tanah, di mana tanah itu adalah sebahagian daripada roh
Tuhan yang dikenali dengan nama Bisagit. Orang Dusun Lotud di Tuaran pula percaya
Tuhan mereka bernama Kinorohingan dan isterinya bernama Umunsumundu. Tuhan
mereka dipercayai kononnya telah mencipta adat istiadat orang Dusun Lotud serentak
dengan penciptaan langit dan bumi serta isi kandungannya. Manusia pula dicipta
daripada campuran rombituon muru-puru (gugusan bintang tujuh) dan Garau Ngadau
(pusat matahari) serta kulit Kondingau (kulit kayu manis). Manakala bagi orang Dusun
Ranau, kuasa Kinorohingan tidak jauh berbeza dengan kuasa yang dimiliki oleh Tuhan
Dusun Tambunan dan Tuhan orang Dusun Lotud di Tuaran. Kinorohingan bagi orang
Dusun Ranau tidak mempunyai isteri dan hidup bersendirian. Orang Dusun di Ranau
percaya bahawa terdapat dua kuasa bertentangan yang wujud dalam kehidupan
mereka iaitu kuasa kebaikan dan kuasa kejahatan. Kedua-dua kuasa ini dinamakan
Minomorun dan Rogon Mereka juga percaya adanya 'sokob', iaitu satu peristiwa di
mana 'Kinorohingan' telah menenggelamkan seluruh bumi ini, seperti mana yang
berlaku pada zaman Nabi Nuh a.s. menurut kepercayaan orang Islam.

Kepercayaan animisme masyarakat dusun ini secara tidak langsung memberi


pengaruh besar terhadap cara hidup masyarakat dusun termasuklah dalam aktiviti
pertanian padi huma. Dalam menjalankan aktiviti penanaman padi huma, terdapat
beberapa ritual dan pantang larang yang masih diamalkan oleh masyarakat dusun
sehingga hari ini. Pada zaman kontemporari ini, istilah ritual merupakan satu istilah
yang bukan lagi asing bagi kita. Setiap masyarakat mempunyai ritual atau upacara
yang diwarisi sejak dari pada turun temurun. Bahkan, sesetengah ritual masih lagi
diamalkan oleh kelompok masyarakat tertentu walaupun dunia kini semakin ke arah
yang lebih moden. Ritual dapat didefinisikan sebagai tata cara dalam upacara atau
satu perbuatan keramat yang dilaksanakan oleh sekelompok umat beragama atau
tidak beragama. Dalam menjalankan upacara atau ritual ini, ianya melibatkan
beberapa unsur yang merangkumi waktu, tempat-tempat dimana upacara dijalankan,

16
alat-alat yang digunakan dalam upacara, dan mereka yang terlibat dalam menjalankan
upacara tersebut (Koentjaraningrat, 1985). Ritual atau juga dikenali sebagi ritus ini
dilakukan untuk mendapatkan rezeki atau berkat yang banyak dari suatu pekerjaan.
Sebagai contoh, upacara menolak balak, upacara kelahiran dan kematian, perkahwinan
dan sebagainya (Agus & Bustanuddin, 2007). Sebagai contoh, masyarakat Ndembu di
Afrika Tengah. Ritus-ritus yang diadakan oleh suatu masyarakat merupakan
penampakan kepada keyakinan keagamaan. Ritual-ritual yang dilakukan ini adalah
mendorong orang-orang untuk melakukan dan mentaati kehidupan sosial tersebut
(Victor Turner, 1966).
Selain daripada ritual, terdapat juga beberapa pantang larang yang biasanya
masih menjadi amalan masyarakat khususnya yang masih berpegang pada amalan
animisme. Pantang larang pula dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang dilarang
melakukannya menurut adat atau kepercayaan (Kamus Dewan 2007: 1135). Sebagai
contohnya, masyarakat desa yang menghuni kawasan berhutan rimba akan
menempuhi pelbagai cabaran dalam melestarikan kehidupan, mencari sumber rezeki
dan sebagainya. Oleh itu, timbul pelbagai pantang larang untuk mengelakkan sesuatu
yang buruk. Pantang larang yang sering kali kita dengar juga biasanya terdapat dalam
masyarakat tradisional khususnya dalam adat perkahwinan, adat kematian, adat
kelahiran, pertanian dan sebagainya. Selain itu, pantang larang juga dapat
diklasifikasikan sebagai satu tegahan atau larangan sama ada dari segi percakapan
atau perbuatan yang boleh mengundang sesuatu musibah yang tidak diingini.

1.7 SOROTAN LITERATUR

Kegiatan penanaman padi huma bukanlah salah satu kegiatan ekonomi yang asing
bagi generasi masa kini kerana kegiatan ini masih menjadi tumpuan para petani yang
gemar menjalankan aktiviti pertanian. Walaupun Malaysia kini telah merdeka, namun
kegiatan penanaman padi huma tetap dijalankan sama ada secara moden mahupun
tradisional. Sesetengah masyarakat pada masa kini masih lagi menjalankan kegiatan
penanaman padi huma secara tradisional dan mengamalkan kepercayaan animisme
dalam penanaman padi huma. Selain itu, pertanian padi huma bukan sahaja suatu
aktiviti pertanian yang masih aktif dijalankan di Sabah tetapi juga di beberapa negara
maju seperti negara China khususnya negara yang mempunyai populasi penduduk
yang ramai.
17
Di Timur India, penanaman padi merupakan satu pertanian yang
menyumbangkan tinggi kepada produktiviti pertanian sejak pada tahun 1950-an
(Government of India, 1985). Sebagai contoh, India Timur menyumbang 60%
kawasan penanaman padi dan penanaman padi huma menyumbang sebanyak 50%
sumber bekalan beras kepada penduduk (Muralidharan et al., 1988). Di barat Bengal
dan Orissa, menunjukkan peningkatan produktiviti beras yang sangat luar biasa (Huke,
1982). Walau bagaimanapun, penanaman padi huma yang rancak dijalankan di
kawasan tersebut masih mempunyai beberapa masalah seperti serangan serangga
perosak, penyakit padi, dan kesuburan tanah (Maurya et al., 1988). Penanaman padi
yang dijalankan di India juga masih mengamalkan sistem tradisional yang tidak
produktif tetapi masih memberikan hasil padi yang stabil (Barker dan Pal, 1979).
Berdasarkan kajian penanaman padi yang telah dijalankan di Timur India, penanaman
padi merupakan antara sumber ekonomi utama bagi penduduk di India. Meskipun
penduduk di India masih bergantung kepada kaedah tradisional, namun dari tahun ke
tahun penanaman padi huma terus berkembang dan giat dijalankan oleh penduduk di
Timur India. Penanaman padi sawah mahupun padi huma juga sangat berkembang di
beberapa negara lain seperti Vietnam, Thailand, dan Malaysia.

Dalam sebuah buku yang telah ditulis oleh Godfery A. Chatfield 1967, beliau
mengatakan bahawa pertanian penanaman padi sama ada padi sawah mahupun padi
huma sudah berkembang di seluruh Sabah sejak pada zaman pra-merdeka lagi.
Pertanian padi pada ketika itu berkembang seiring dengan tanaman-tanaman komersil
yang lain seperti getah, kelapa sawit, koko dan sebagainya. Penanaman padi
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertanian sara diri dan secara komersil.
Pertanian sara diri merujuk kepada petani yang mengusahakan penanaman padi
untuk menyara kehidupan keluarga. Dengan kata lain, penanaman padi huma yang
ditanam bukan untuk diperdagangkan dan mendapatkan wang tunai. Beras yang
diperolehi adakalanya dijadikan sebagai barangan komoditi sistem barter untuk
ditukarkan kepada keperluan-keperluan asas yang lain seperti garam, minyak tanah,
kain dan sebagainya. Dari segi komersil pula, penanaman padi huma dan beberapa
tanaman lain seperti getah adalah untuk tujuan jual beli dan mendapatkan sumber
kewangan. Walau bagaimanapun, masyarakat di Sabah khususnya rumpun Dusunic
mengkhususkan penanaman padi huma kepada pertanian sara diri. Bagi masyarakat
Sabah, penanaman padi adalah pertanian yang penting untuk mendapatkan bekalan
beras. Hal ini kerana, beras mempunyai beberapa kelebihan berbanding tanaman lain
18
iaitu, beras mampu menghasilkan makanan yang lebih enak dan berkhasiat, hasil per
ekar adalah lebih tinggi daripada tanaman bijan yang lain, beras mudah disimpan di
bawah keadaan penyimpanan yang lemah yang terdapat di kampung kerana kernel
bijirin dilindungi oleh sekam penutup, hasilnya berkemungkinan turun naik dari tahun
ke tahun bergantung kepada sistem pengairan, dan juga kesuburan tanah yang
bergantung pada banjir tahunan.

Dalam satu penulisan buku yang dihasilkan oleh Amat Juhari Moain tentang
kepercayaan orang melayu berhubung pertanian, beliau menjelaskan banyak perkara
yang berkaitan dengan amalan animisme orang melayu dalam penanaman padi huma.
Bagi orang melayu, terdapat beberapa upacara yang dijalankan oleh petani dalam
penanaman padi huma. Upacara-upacara ini adalah upacara menatau, upacara
menyemai padi, upacara mengubah anak-anak padi, upacara menuai padi sulung dan
upacara mengubat penyakit tanaman. Setiap upacara ini akan diketuai oleh seorang
pawang yang digelar sebagai pawang petani. Pawang petani memainkan peranan
penting dalam upacara ini kerana dianggap mengetahui dengan lebih mendalam
tentang teori kepercayaan dan pandangan alam petani Melayu tradisional. Dalam
menjalankan upacara ini, terdapat juga pantang larang yang perlu dipatuhi oleh petani
untuk memastikan ladang padi huma yang dijalankan dalam keadaan baik.

Dari segi kepercayaan mengenai semangat padi pula, orang melayu percaya
bahawa pada masa lampau kepercayaan kepada semangat padi merupakan satu
kepercayaan yang meluas dalam kalangan orang melayu. Orang melayu mempercayai
bahawa semangat padi adalah sesuatu yang wujud dan boleh lari apabila tersinggung
atau tidak mendapat layanan dan kembali setelah dipujuk. Semasa menjalankan
penanaman padi huma, padi yang memberikan hasil yang banyak dan cantik
membawa maksud semangat padi adalah kuat manakala jika keadaan sebaliknya pula,
orang melayu mempercayai bahawa semangat padi itu telah lari ke tempat lain.
Semangat padi bagi kepercayaan orang melayu adalah bergantung kepada layanan
tuan empunya ladang. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku, maka tuan empunya
ladang perlu memujinya dalam bentuk jampi atau mantera yang bernada lemah atau
bersifat memujuk. Contohnya, memanggil semangat padi itu seperti anaknya dengan
panggilan ‘anak sembilan bulan’ dan ‘anak maharaja cahaya’ (Winstedt, 1920.) Cara
menguruskannya hendaklah secara bersopan santun dan lemah lembut. Bagi orang
melayu, semua upacara perlulah dilakukan dengan bertata terbit untuk mengelakkan

19
semangat padi berasa kecil hati. Kata-kata kesat dan angkara jahat akan
menyebabkan semangat padi akan berpindah ke tempat orang lain. Selain itu, orang
melayu juga percaya bahawa terdapat beberapa jenis tangkai dan pokok padi yang
menjadi tempat tinggal semangat padi. Menurut Skeat 1900, terdapat lima jenis
tangkai yang menjadi tempat tinggal semangat padi iaitu tongkat madah, lang, puteri
bertudung, padi bertelekum dan padi mendara. Bagi shaw 1926 pula, semangat padi
akan tingal di tangkai pokok padi betina, tongkat madah, padi berdukung dan padi
mendara. Manakala, bagi Muhammad ja’far 1987, beliau hanya menyebutkan bahawa
padi yang diambil semangatnya ialah pokok yang terlebih baik padinya, yang betinanya
(rumpunnya yang besar), dan mempunyai tujuh ruas batangnya.

Seterusnya, Penanaman padi huma dalam kalangan masyarakat kadazandusun


pula biasanya melibatkan tiga proses iaitu sebelum, semasa dan selepas. Proses-
proses penanaman padi huma tersebut dikenali sebagai sebelum (mangasok/
menuggal), semasa (momuau/ menghalau burung pipit), dan selepas (mongomot/
mengatam). Aktiviti penanaman padi huma yang telah berakhir atau benar-benar
sudah selesai prosesnya disebut sebagai nokotu. Penanaman padi huma dalam
kalangan masyarakat Kadazandusun di Sabah juga dikaitkan dengan Sundait (teka
teki) yang jawapannya berkait dengan unsur padi, aktiviti penanaman padi dan alatan
padi yang digunakan oleh masyarakat Kadazandusun dalam proses penanaman padi
huma. Keunikan Sundait yang berunsurkan padi menjadi sesuatu warisan atau
keutamaan yang perlu dipelihara bagi masyarakat Kadazandusun di Sabah. Bagi
masyarakat ini, kedua-dua unsur ini, iaitu Sundait dan semangat padi adalah unsur
yang tidak boleh dipisahkan dalam aktiviti penanaman padi huma. Selain itu, suatu
kepercayaan yang masih menjadi pegangan masyarakat kadazandusun hingga kini
tentang semangat padi dikenali sebagai bambarayon, yang ada pada padi tersebut.
Upacara pemujaan semangat padi merupakan suatu ritual yang dilakukan dengan
membacakan satu lagu panjang yang disebut sebagai rinait dan juga untuk melindungi
padi tersebut (Fernando 1978; Phelan 2005; Pugh-Kitingan 2009).

Masyarakat Kadazandusun percaya bahawa terdapat tujuh jenis bambarayon


(semangat padi). Menurut Evans 1993, beliau telah menyenaraikan ketujuh-tujuh jenis
semangat padi tersebut yang dikenali sebagai Ohinopot, Sambilod, Gontolobon,
Momiaud, Moniudan, Sompidot dan Kabang. Setiap jenis semangat padi dipercayai
mempunyai peranan tersendiri untuk dipenuhi. Kebanyakan semangat padi dikaitkan

20
dengan ritual sebelum dan selepas menuai. Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh
Daily Express (2010) yang bertajuk ‘The Rituals of Tadau Kaamatan (Harvest
Festival)’, kadazandusun Penampang dan Papar mempunyai enam upacara pemujaan
semangat padi, manakala Dusun Lotud di Tuaran mempunyai lapan upacara pemujaan
semangat padi. Upacara pemujaan semangat padi dalam kalangan masyarakat
kadazandusun dibahagikan kepada enam upacara iaitu upacara Kumogos, upacara
Kumotob, upacara Posisip, upacara Poiib, upacara Magavau dan upacara Humabot.
Upacara pemujaan semangat padi biasanya akan diketuai oleh seorang shaman yang
dipanggil sebagai bobohizan.

Oleh yang demikian, berdasarkan kajian-kajian terdahulu, jelas menyatakan


bahawa setiap masyarakat mempunyai pandangan dan kepercayaan animisme yang
berbeza. Kepercayaan animisme dalam konteks penanaman padi huma juga turut
dijelaskan dalam masyarakat petani orang melayu. Perbezaan dari segi bahasa, istilah,
amalan dan kepercayaan dalam proses penanaman padi huma sangat ketara antara
satu etnik dengan etnik yang lain. Meskipun dusun Labuk merupakan salah satu etnik
dusun daripada rumpun Dusunic, namun perbezaan dari segi kepercayaan animisme
dan penggunaan istilah dengan etnik dusun yang lain dapat dilihat dengan jelas di bab
dapatan kajian.

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Seperti yang kita lihat dalam kajian-kajian lepas oleh penyelidik, setiap kajian
mempunyai kepentingan kajian yang tersendiri yang membawa kepada rasa ingin tahu
pembaca mengenai perbincangan dalam penulisan kajian tersebut. Oleh yang
demikian, terdapat beberapa kepentingan dalam kajian ini iaitu:

1. Mengetahui sejarah dan asal usul Kg. Bauto


Kajian yang dijalankan ini tidak hanya membincangkan tentang penanaman padi huma
tetapi juga menyentuh beberapa perkara penting dalam sejarah dan asal usul
kampung. Sebagai contoh, asal usul nama kampung, sistem kepercayaan, kegiatan
sosio-ekonomi dan sebagainya. Sebagai generasi masa kini, kajian ini amat penting
untuk dijadikan sebagai rujukan atau bahan bacaan untuk mengetahui sejarah lampau
mengenai kampung ini. Tambahan pula, banyak perubahan sosial yang telah berlaku
seiring dengan berputarnya masa mengikut trend dan cara hidup manusia yang
21
bersifat dinamik pada zaman kontemporari ini. Selain itu, melalui penulisan kajian ini
juga, tidak hanya pembaca, tetapi pengkaji sendiri mendapat banyak pengetahuan
baru mengenai asal usul kampung ini sama ada dari segi kepercayaan animisme
mahupun kegiatan-kegiatan pertanian lain yang bersifat tradisional. Setiap tempat
mempunyai sejarah dan asal-usul yang unik yang perlu dipelihara oleh generasi masa
kini demikian juga di lokasi kajian ini. Hal ini bukan sahaja menjadi tanggungjawab
kepada anak-anak muda masa kini tetapi juga sebagai sumber pengetahuan yang akan
di kongsikan kepada generasi seterusnya pada masa akan datang.

2. Mengetahui proses, ritual dan pantang larang penanaman padi huma


masyarakat dusun Labuk di Kg. Bauto, Telupid
Kegiatan penanaman padi huma merupakan salah satu kegiatan ekonomi yang acap
kali kita dengar dalam sektor pertanian sama ada secara komersil atau sara diri. Kajian
mengenai kegiatan penanaman padi huma ini adalah penting untuk mengetahui
proses, ritual dan pantang larang dalam sesetengah masyarakat. Walaupun terdapat
beberapa kajian lain yang sudah dilaksanakan mengenai kegiatan ini, namun kajian
yang dilakukan adalah berbeza mengikut budaya, pemahaman, istilah atau konsep dan
cara mengaplikasikannya dalam kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, sistem
kepercayaan animisme di antara Orang Melayu dan masyarakat Dusun di Sabah.
Perbezaan yang ketara boleh dilihat dari segi amalan animisme walaupun masih
membincangkan kegiatan pertanian yang sama. Oleh yang demikian, pengkaji
merasakan bahawa adalah penting untuk memahami budaya dan pemahaman
masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Selain itu, dalam memahami proses kegiatan
penanaman padi huma juga, kita dapat melihat perbandingan yang jelas antara petani
di negara-negara maju dan negara sedang membangun. Penggunaan teknologi dan
peralatan tradisional dalam kegiatan pertanian dapat dilihat melalui kajian ini serta
tujuan utama penanaman padi huma dijalankan. Masyarakat dusun Labuk di Kg. Bauto
merupakan salah satu contoh kepada pertanian penanaman padi huma yang bersifat
tradisional yang boleh dipelajari dan dikongsikan bersama.

3. Mengetahui cabaran dan masalah masa kini dalam penanaman padi huma
Kegiatan penanaman padi huma pada masa lampau dan masa kini jelas sekali
memperlihatkan perubahan yang begitu jelas. Pada zaman sebelumnya, kegiatan

22
penanaman padi huma mahupun tanaman yang lain sangat mudah untuk dijalankan.
Hal ini kerana, penduduk pada ketika itu tidak terlalu memandang tinggi nilai dan
pemilikan tanah di tambah pula dengan cara hidup yang bersifat nomad. Persaingan
tanah jarang berlaku dalam kalangan masyarakat dan masing-masing mempunyai
kebebasan sendiri untuk menjalankan aktiviti pertanian. Perubanan corak aktiviti
pertanian daripada pertanian sara diri kepada pertanian komersil akhirnya mewujudkan
masalah yang besar dari segi pemilikan tanah. Persaingan tanah untuk membuka
ladang penanaman padi huma telah berlaku kerana banyak ladang tanaman-tanaman
komersil seperti getah dan kelapa sawit yang telah dibuka. Bagi masyarakat yang tidak
berkemampuan untuk mengusahakan ladang kelapa sawit dan getah, kehidupan
mereka semakin sempit kerana perlu mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan
sebagai kawasan penanaman padi huma. Petani yang ingin menjalankan kegiatan
penanaman padi huma tidak hanya berhadapan masalah persaingan untuk mencari
kawasan penanaman padi huma, tetapi juga kos sara hidup semakin meningkat
dengan harga beras yang semakin hari semakin meningkat di pasaran. Oleh itu, kajian
ini akan membincangkan cabaran dan masalah yang akan dihadapi oleh masyarakat
petani yang giat menjalankan kegiatan penanaman padi huma khususnya di Kg. Bauto.

1.9 SKOP KAJIAN

Kg. Bauto
Telupid

Peta 1: Peta daerah kecil Telupid

Sumber/diubahsuai: http://ww2. Sabah.gov.my/pd.tlp/pages/peta_dk_Telupid.html

23
Berdasarkan peta 1 di atas, peta tersebut merupakan peta daerah kecil Telupid yang
mana pengkaji telah memilih Kg. Bauto sebagai lokasi kajian mengenai kegiatan
pertanian penanaman padi huma. Merujuk kepada peta di atas, Kg. Bauto merupakan
salah satu kampung di daerah kecil Telupid yang sangat hampir dengan Sungai Labuk.
Sungai tersebut bukan sahaja menjadi laluan kepada sesetengah penduduk yang
tinggal di seberang sungai tetapi juga menjadi tempat pencarian rezeki sesetengah
penduduk. Sungai ini juga menjadi tempat dimana para petani akan mengambil air
untuk tujuan pertanian penanaman padi huma. Kg. Bauto terletak kira-kira 13
kilometer dari Pekan Telupid dan mengambil masa kira-kira 15-20 minit untuk sampai
ke pekan Telupid.

Secara amanya, aktiviti pertanian di Kg. Bauto tertumpu kepada penanaman


kelapa sawit dan padi huma. Bagi penanaman kelapa sawit, aktiviti ini biasanya
dijalankan secara persendirian dan bukannya dimiliki oleh mana-mana estet dan di
usahakan di tanah sendiri. Penanaman kelapa sawit sememangnya dijalankan untuk
tujuan ekonomi sahaja. Dari segi penanaman padi huma pula, pertanian ini biasanya
merupakan pertanian sara diri dan bukan untuk diperdagangkan. Petani penanaman
padi huma biasanya menjalankan pertanian ini di kawasan yang sesuai tetapi bukan di
atas tanah sendiri. Petani perlu meminta kebenaran terlebih dahulu daripada pemilik
tanah sebelum membuka ladang padi huma jika mereka merasakan tanah tersebut
sesuai untuk kegiatan pertanian ini.

Dari segi pola petempatan pula, pola petempatan di Kg. Bauto adalah
bertaburan. Jarak dari satu rumah ke satu rumah kira-kira satu kilometer.
Kebiasaannya, penanaman padi huma yang dijalankan adalah kira-kira dua atau tiga
kilometer dari kediaman penduduk kerana petani lebih gemar membuka ladang padi
huma berhampiran Sungai Labuk. Di Kg. Bauto, infrastruktur seperti jalan raya
disediakan dan ini memudahkan penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke satu
tempat yang lain. Bagi petani yang tinggal jauh daripada kawasan ladang padi huma,
mereka akan menggunakan kenderaan untuk sampai ke tempat tersebut atau
bermalam di ladang. Sesetengah penduduk pula lebih gemar untuk membuka ladang
padi huma di seberang sungai Labuk dan mereka akan menggunakan sampan dan bot
untuk sampai ke tempat tersebut. Kadangkala, penduduk akan menggunakan
jambatan gantung yang disediakan untuk menuju ke ladang padi huma sekiranya
mereka membuka ladang tersebut di seberang sungai.

24
Kesimpulannya, lokasi kajian yang dipilih oleh pengkaji iaitu Kg. Bauto
Telupid dirasakan amat sesuai dijadikan sebagai kawasan kajian kerana ianya mampu
menjawab objektif dan persoalan yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Perbincangan
yang lebih terperinci mengenai aktiviti penanaman padi huma di lokasi kajian akan
dijelaskan di bab-bab seterusnya berdasarkan data yang telah diperoleh daripada
responden dan diulaskan secara deskriptif di dapatan kajian.

25
BAB 2: SEJARAH KAMPUNG BAUTO

2.1 SEJARAH DAN ASAL USUL KG. BAUTO

Kg. Bauto merupakan salah sebuah kampung kecil yang terletak di daerah kecil
Telupid. Kampung ini terletak kira-kira 12-13 kilometer dari pekan Telupid. Terdapat
sebuah sekolah rendah di kampung ini iaitu Sekolah Kebangsaan Bauto yang
ditubuhkan pada tahun 1975 dan kini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan
Tangkungon pada tahun 1988. Kg. Bauto telah wujud sejak pada zaman pra merdeka
lagi dan pernah menjadi kawasan jajahan oleh kuasa asing iaitu Jepun dan British
suatu ketika dahulu. Menurut responden, En. Kaban (80 tahun), pada awal abad ke-
19, kampung ini dijajah oleh tentera Jepun yang pada ketika itu kubu mereka terletak
di sebuah sungai di hujung kampung ini dan masih wujud sehingga hari ini. Beliau
mengatakan, semasa pemerintahan tentera Jepun, kehidupan penduduk sangat susah
dan mereka hidup dalam ketakutan. Ramai penduduk kampung yang mati dibunuh
pada waktu itu melalui serangan dari rumah ke rumah. Bagi wanita, mereka akan
diperkosa ataupun dijadikan hamba di kubu mereka. Semua penduduk kampung
sentiasa hidup dalam keadaan takut dan bersembunyi di hutan untuk mengelakkan
daripada ditemui oleh tentera Jepun. Para suami pada ketika itu juga akan mendirikan
sebuah rumah di tengah hutan untuk menyembunyikan isteri dan anak-anak mereka.
Kegiatan ekonomi seperti bercucuk tanam juga sukar dijalankan walaupun terdapat
banyak kawasan pertanian yang berpotensi untuk diusahakan. Hal ini kerana,
penduduk yang ditemui oleh tentera Jepun akan dibunuh dengan kejam tanpa belas
kasihan. Walau bagaimanapun, responden ini juga mengatakan bahawa ada juga
sesetengah tentera Jepun yang berbelas kasihan kepada penduduk dengan cara
mengarahkan penduduk untuk lari sebelum ditemui oleh tentera Jepun yang lain.
Sebagai balasan kepada perbuatan mereka, tentera Jepun ini hanya akan meminta
hasil tanaman seperti ubi kayu dan ubi manis sebagai bekalan makanan mereka.
Peluang penduduk untuk bercucuk tanam pada waktu itu hanya terdiri daripada
tanaman seperti ubi kayu (tapioca), ubi manis dan jagung.

Kekejaman pemerintahan tentera Jepun pada ketika itu mengambil tempoh


sehingga abad 50-an sebelum kedatangan British di kampung ini. Tentera Jepun
26
akhirnya menyerah kalah kepada British setelah kubu mereka digugurkan bom
sebanyak kira-kira tiga kali. Selepas tamatnya pemerintahan Jepun di kampung ini,
maka ia diambil alih pula oleh British untuk menakluki kampung ini. Menurut En.
Kaban, semasa pemerintahan British, kehidupan penduduk kampung sedikit senang
berbanding dengan pemerintahan tentera Jepun. Penduduk kampung sudah boleh
mula bercucuk tanam bukan sahaja ubi kayu, ubi manis dan jagung, malah mereka
juga berpeluang untuk mengusahakan penanaman padi huma atau dikenali juga
sebagai padi bukit. Kg. Bauto bebas daripada jajahan kuasa asing setelah perdana
Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyuarakan
kemerdekaan dan meminta kuasa asing untuk meninggalkan tanah Melayu. Negeri
Sabah diisytiharkan merdeka pada 16 September 1963 dan bermula daripada ketika
itu, kehidupan penduduk di Kg. Bauto semakin baik dan bebas untuk bergerak serta
melakukan apa sahaja pekerjaan.

Menurut En. Diris Saat (68 tahun), kampung ini dinamakan Bauto disebabkan
oleh pemerintahan tentera Jepun pada ketika itu. Menurut beliau, semasa
pemerintahan Jepun, ramai penduduk yang mati dan dibuang ke sungai berhampiran
kubu tentera Jepun dibina. Oleh itu, setiap kali penduduk menyebut tentang sungai
pembuangan mayat tersebut, penduduk akan berkata “itu sungai bau itu”. Perkataan
‘bau itu’ lah yang menjadi sejarah kepada terciptanya nama Kg. Bauto. (Rujuk
Lampiran 1, foto 15) Selain itu, kampung ini juga pernah dikenali sebagai Kg.
Tungkamang. Hal ini kerana, pada suatu ketika dahulu, ramai penduduk yang gemar
mengusahakan tanaman buah-buahan. Pada ketika itu, penduduk gemar menanam
sejenis pokok durian yang dipanggil sebagai ‘dalit’ dimana dahan pokok ini merayap
ke pokok yang lain. Dahan pokok ‘dalit’ yang merayap waktu itu dipanggil sebagai
menungkamang (merayap) sehingga akhirnya penduduk kampung mengelar kampung
ini sebagai Kg. Tungkamang. Walau bagaimanapun, menurut responden lagi,
kampung ini lebih sesuai dinamakan sebagai Kg. Bauto jika dirujuk pada konteks
sejarahnya dan sehingga kini kampung ini digelar sebagai Kg. Bauto. Selain Sungai
Bauto, terdapat satu lagi sungai di kampung ini yang dipanggil sebagai Sungai Labuk
(Livogu). Sungai ini bukan sahaja menjadi alat perhubungan utama penduduk
kampung tetapi juga menjadi salah satu punca mata pencarian penduduk. Dari sudut
kependudukan pula, penduduk di kampung ini terdiri daripada dusun Labuk. Dalam
bahasa melayu, ‘dusun’ membawa makna buah-buahan. Nama dusun diberi
berdasarkan kepada pekerjaan penduduk suatu ketika dahulu (Jasman Ahmad &
27
Rosnah Ramli, 1997). Masyarakat dusun Labuk merupakan salah satu etnik yang
berasal dari rumpun Dusunic. Daerah Telupid antara daerah yang mempunyai
taburan penduduk dusun Labuk yang ramai iaitu sebanyak 85% daripada jumlah
penduduk yang terdapat di daerah Telupid (Melton Martin, 2001: 46). Walaupun
begitu, terdapat sedikit perdebat’an mengenai etnik di Kg. Bauto. Hal ini kerana ada
yang mengatakan bahawa etnik penduduk di kampung ini adalah Kadazan, dan ada
yang mengatakan Dusun. Oleh itu, ketua kampung yang pertama pada waktu itu iaitu
En. Matusin, memutuskan bahawa etnik penduduk di kampung ini adalah lebih
releven dikategorikan sebagai dusun Labuk disebabkan oleh wujudnya Sungai Labuk.
Secara geografinya pula, responden mengatakan bahawa bilangan penduduk di
kampung ini dianggarkan sebanyak 1200 orang yang semuanya terdiri daripada etnik
dusun Labuk.

2.2 SISTEM KEPERCAYAAN DAN PANDANG DUNIA MASYARAKAT DUSUN


LABUK

Pada masa lampau, masyarakat kadazandusun di Sabah lebih kepada amalan


kepercayaan animisme iaitu mereka percaya bahawa setiap benda yang wujud
mempunyai roh dan semangat. Pada masa kini, sebilangan besar daripada masyarakat
kadazandusun di Sabah telah memeluk ajaran agama Islam dan Kristian. Namun,
tidak juga dinafikan bahawa sebilangan daripada golongan masyarakat ini masih lagi
mempertahankan kepercayaan animisme ini terutamanya golongan tua (Japiun
Madisah, 1986). Sebelum kemunculan agama Kristian di Kg. Bauto, penduduk dusun
Labuk juga mengamalkan kepercayaan animisme. Menurut En. Diris Saat, pada
waktu itu, seluruh penduduk kampung percaya bahawa mimpi yang buruk akan
mendatangkan musibah dalam kehidupan mereka. Selain itu, apabila seluruh
penduduk kampung dilanda penyakit dan ada antara penduduk yang meninggal dunia,
maka penduduk percaya bahawa dunia ini panas (alasu) dan perlu menjalankan satu
ritual yang dipanggil sebagai monogit/sogit.

2.2.1 Monogit/Sogit

Monogit/Sogit merupakan satu upacara “penyejukan” kepada masalah yang


dianggap alasu (Japiun Madisah, 1986). Upacara monogit/sogit akan
dijalankan oleh seluruh penduduk kampung dengan cara mengumpulkan ayam
28
atau khinzir untuk dikorbankan. Setelah itu, ayam yang telah dikumpul oleh
para penduduk akan dibawa pergi ke tepi sungai Labuk (karangan) dan
membuat satu pondok kecil (timpaa) untuk dikorbankan. Penduduk kampung
yang diketuai oleh seorang ‘bobolian’ akan memotong ayam tersebut lalu
mengambil hati (tongkovijau), isi (tonsi) dan nasi dalam pinggan lalu diletakkan
di timpaa. Semasa upacara ini, ‘bobolian’ akan memanggil Aki Golisun dan
orang luar tidak boleh masuk ke Kg. Bauto selama tiga hari. Upacara
monogit/sogit ini bukan sahaja dilakukan apabila berlakunya masalah di
kampung seperti sakit penyakit tetapi juga masalah yang lain seperti dalam
upacara-upacara tertentu iaitu penanaman padi huma, anak luar nikah dan
beberapa perbuatan lain yang dianggap sumbang serta melanggar adat istiadat
kampung.

2.2.2 Aki Golisun

Aki Golisun merupakan manusia biasa yang tinggal di bumi dan mempunyai
seorang abang yang dikenali sebagai Aki Doji. Menurut En. Diris, kedua-dua
mereka ini adalah manusia biasa tetapi badan mereka dikuasai atau dimasuki
oleh Sinumundu (Tuhan). Sewaktu mereka berjalan di tengah hutan, mereka
berjumpa dengan seekor beruang dan beruang itu telah memberi pesan kepada
meraka. Beruang itu berpesan, kedua-dua mereka kelak akan di angkat ke atas
awan oleh Sinumundu, dengan syarat, mereka tidak boleh merokok apatah lagi
memelihara apa-apa jenis binatang. Sampai waktunya mereka diangkat, hanya
Aki Golisun sahaja yang menepati syaratnya dan dibenarkan untuk tinggal di
atas bersama Sinumundu manakala abangnya, Aki Doji pula diminta untuk
turun semula kerana telah melanggar syarat yang ditetapkan. Aki Doji diminta
turun ke bumi kerana isterinya Odu Sominar, didapati termakan seekor haiwan
iaitu bilud (skunk) dan mereka juga memelihara kucing di rumah. Oleh kerana
itu, Aki Golisun memesan kepada adiknya, Aki Doji, bahawa apa sahaja
masalah yang berlaku di bumi mereka boleh memanggilnya untuk turun ke
dunia melalui satu doa permintaan atau ucapan yang dipanggil sebagai babar.
Babar untuk memanggil Aki Golisun adalah berbunyi demikian:

29
‘ Oo Aki, impitak indatu kopou siti vaa pokitulungan jaa do alasu iti vonuvo,
moki tulung ikoi do poiduon om potingkodon iti rogon magangu dagai, iti tongo
toruol siti dagai do Kampung.’

(Oo datuk, jatuh dan turun dulu kamu di sini ada benda yang kami mahu minta
tolong kerana ini dunia panas, kami mahu minta tolong jauhkanlah dan
larikanlah hantu yang menganggu kami, semua penyakit di kampung kami)

Lalu tanah akan dipijak dan babar diteruskan:

‘ soribau songkuap kopou aki do mangabar ikoi do alasu iti vonuvo ja, ogumu
tulun oovong om sumakit, om ogumu tongo tupian jaa araat mokitulung ikoi
diovu do potingkodon itu tongo toruol , poinsoduon tongo araat tupian’

(keluar dulu kamu Aki kami mahu memberitahu bahawa dunia ini panas, ramai
orang yang mati, banyak mimpi buruk dan kami mahu minta tolong sama kamu
hentikanlah sakit penyakit, jauhkanlah mimpi jahat)

Semasa ada penduduk kampung yang sakit, mereka akan memanggil


Aki Golisun dengan cara memukul agung (gong) yang dipanggil sebagai
menungaa. Menungaa adalah satu upacara yang melibatkan perjanjian antara
penduduk kampung dengan Aki Golisun. Jika penduduk yang sakit itu
disembuhkan oleh Aki Golisun, maka mereka harus memotong ayam dan
dipersembahkan kepada Aki Golisun sebagai memenuhi perjanjian yang telah
ditetapkan. Pada ketika itu, penduduk kampung sangat percaya bahawa Aki
Golisun adalah Tuhan mereka yang berkuasa dan boleh membantu penduduk
dalam apa juga masalah yang dihadapi. Namun, pada tahun 1967, kemasukkan
agama Kristian telah mengubah sistem kepercayaan animisme masyarakat
dusun Labuk. Pada tahun 1967, salah seorang mubaligh Kristian yang dikenali
sebagai Dr. Wellis telah memohon tanah daripada kerajaan untuk membina
sebuah klinik di Kg. Murok yang bersebelahan dengan Kg. Bauto. Beliau bukan
sahaja merawat penduduk kampung yang sakit, tetapi juga menyebarkan
tentang ajaran agama Kristian. Pada ketika itu, penduduk kampung semakin
mudah untuk bergerak kerana tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada
Sungai Labuk sebagai alat perhubungan. Sebuah jalan raya telah dibina yang
menghubungkan Telupid ke Sandakan dan Telupid ke Ranau. Oleh kerana
beliau terpaksa kembali ke tanah air di Kanada bersama seisi keluarga, klinik
yang dibina diberikan kepada penduduk kampung dan dijadikan sebagai sebuah
gedung gereja iaitu Basel Christian Church of Malaysia (Gereja Basel Malaysia).
30
Walaupun ajaran agama Kristian disebarkan secara meluas, tidak dinafikan juga
bahawa masih ada segelintir penduduk dusun Labuk yang masih berpegang
kepada ajaran animisme khususnya dalam proses penanaman padi huma dan
beberapa masalah lain yang dianggap sebagai alasu seperti berkahwin sesama
adik beradik atau saudara, menyebabkan kecederaan kepada orang lain, dan
pasangan yang belum berkahwin didapati tidur bersama atau hamil sebelum
berkahwin. Jika masalah sedemikian berlaku, maka upacara monogit/sogit
akan dijalankan yang diarahkan oleh ketua kampung. Kesedaran terhadap
wujudnya pegangan agama dalam kalangan penduduk merupakan satu
keperluan dari segi spiritual yang perlu dipenuhi oleh semua manusia. Selain
itu, kehidupan beragama juga adalah satu tuntutan naluri jiwa manusia yang
merangkumi seluruh bangsa. Sesungguhnya, keprihatinan terhadap erti
Ketuhanan dan soal metafizikal adalah satu naluri universal yang kekal abadi
dalam kehidupan manusia (Darraz 1990: 82-83).

2.3 ORGANISASI SOSIAL MASYARAKAT DUSUN LABUK

Dari segi organisasi sosial, bentuk persanakan penduduk Kg. Bauto terdiri daripada
bilateral kinship (dwisisi) yang mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak.
Perkahwinan adalah bersifat eksogami dan tidak dibenarkan sama sekali untuk
berkahwin kepada mereka yang mempunyai pertalian darah terdekat. Perkahwinan
hanya boleh berlangsung kepada sepupu ketiga. Walau bagaimanpun, ada juga di
antara penduduk Kg. Bauto yang melangsungkan perkahwinan kepada sepupu
pertama. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan masalah alasu, maka mereka akan
dikenakan sogit sama ada ayam atau khinzir bergantung kepada kemampuan
keluarga. Sogit tersebut akan diedarkan kepada semua penduduk Kg. Bauto bagi
mengelakkan tanda tanya di samping untuk memenuhi adat kampung. Bagi mereka
yang berpegang kepada ajaran agama seperti Kristian, mereka boleh menerima sogit
yang diedarkan sebagai tanda menghormati pihak keluarga tetapi mereka tidak boleh
memakannya. Hal ini kerana, mereka percaya bahawa makanan yang telah
dipersembahkan tidak boleh lagi dimakan kerana dianggap sebagai berhala.
Kepercayaan ini bukanlah satu paksaan kepada penduduk Kg. Bauto yang beragama
Kristian tetapi bergantung kepada keluarga itu sendiri sama ada mereka mahu
memakannya atau pun tidak. Selain daripada itu, bagi pasangan yang telah berkahwin,
31
wanita wajib mengikuti suami untuk tinggal bersamanya di rumah keluarga lelaki atau
lebih dikenali sebagai virilocal. Sistem poligami dan poligini sangat dominan diamalkan
dalam kalangan penduduk Kg. Bauto apatah lagi sebelum penyebaran ajaran agama.
Sehingga kini, sistem ini masih berlaku dalam kalangan penduduk Kg. Bauto walaupun
telah menjadi orang Kristian dimana ajarannya adalah melanggar perkahwinan yang
lebih dari seorang suami atau lebih dari seorang isteri.

2.4 KEGIATAN SOSIO-EKONOMI PENDUDUK DUSUN LABUK

2.4.1 Aktiviti perdagangan

Sebelum jalan raya dibina pada awal tahun 60-an, kegiatan ekonomi penduduk
dimulai dengan perdagangan kecil-kecilan. Penduduk kampung mencari dan
mengumpulkan sejenis buah yang dipanggil sebagai buah ‘tangkawang’
berukuran sebesar ibu jari kaki. Penduduk kampung pada waktu itu juga giat
mencari minyak kapur (dodok) untuk dijual bagi mendapatkan wang.
Perdagangan yang dijalankan adalah melalui Sungai Labuk dari Kg. Bauto ke
daerah Beluran menggunakan sampan atau perahu dan dayung untuk menjual
buah tangkawang dan dodok. Pada ketika itu, bot belum lagi digunakan di Kg.
Bauto. Menurut En. Diris Saat, mereka akan berada di sungai Labuk selama tiga
hari dari Kg. Bauto ke kawasan Beluran jika air surut, manakala jika air pasang
pula mereka akan mengambil masa selama seminggu untuk kembali ke Kg.
Bauto dari daerah Beluran. Hasil pendapatan yang diperoleh daripada jualan
tersebut biasanya sebanyak RM27.00 ringgit dan adakalanya hanya RM5.00
atau RM 10.00 ringgit sahaja. Wang yang diperoleh akan digunakan untuk
membeli keperluan asas seperti garam, beras dan beberapa keperluan asas
yang lain. Setelah jalan raya dibina pada tahun 1961, penghasilan kayu balak
(damar) pula mula berkembang seiring dengan berkembang majunya
infrastruktur di Kg. Bauto. Penghasilan damar ini juga menjadi salah satu
komoditi jualan utama bagi penduduk dusun Labuk untuk memperoleh sumber
kewangan. Aktiviti perdagangan ini berlangsung selama hampir 30 tahun
sebelum penduduk Kg. Bauto mula mellibatkan diri dalam bidang pertanian dan
pekerjaan yang lain yang lebih moden seperti penanaman getah dan kelapa
sawit yang sehingga kini masih aktif dijalankan oleh penduduk di kampung ini.

32
2.4.2 Aktiviti Memburu (Magasu)

Magasu merupakan antara kegiatan sosio-ekonomi yang utama bagi penduduk


dusun Labuk. Sama ada pada masa lalu mahupun masa kini, magasu masih
menjadi salah satu kegiatan sosio-ekonomi penduduk dusun Labuk. Pada
zaman sebelumnya, penduduk Kg. Bauto menjalankan aktiviti magasu dengan
cara memelihara sebanyak mungkin anjing untuk di bawa ke hutan. Tujuannya
adalah untuk mengejar atau menangkap khinzir. Khinzir hutan yang berjaya
dikejar atau ditangkap oleh anjing peliharaan akan dibujak menggunakan
sejenis bamboo yang telah ditajamkan di hujungnya. Bagi mereka yang berjaya
membawa balik binatang buruan seperti khinzir, mereka harus mengagih-
agihkannya kepada penduduk kampung yang lain dan bukan untuk dijual. Hal
ini kerana, penduduk kampung tidak mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi untuk membeli daging khinzir yang diperoleh. Binatang buruan
seperti kancil adakalanya hanya menjadi bekalan makanan kepada keluarga
yang berjaya menangkapnya sekiranya tidak diketahui oleh penduduk kampung
yang lain.

2.4.3 Aktiviti Menangkap Ikan Sungai

Aktiviti menangkap ikan sungai di Sungai Labuk juga merupakan aktiviti


ekonomi yang masih dijalankan sehingga kini. Dari segi penangkapan ikan,
ianya dijalankan melalui dua cara iaitu menangkap ikan pada hari-hari biasa
dan pada musim ikan bertelur. Kebiasannya, musim ikan bertelur di Sungai
Labuk dipanggil sebagai sinako. Pada musim ini, penduduk akan tidur di tepi-
tepi batu Sungai Labuk (nagas) selama satu malam untuk menunggu ikan-ikan
tersebut berkumpul di nagas. Sinako biasanya akan berlaku antara pukul 12.00
am sehingga 5.00 am pada musim kemarau. Hasil tangkapan pada musim
sinako biasanya dalam dua atau sehingga tiga besen dan akan dibawa ke tamu
Pekan Telupid untuk dijual dan sebahagiannya untuk keperluan sendiri. Bagi
masyarakat dusun Labuk, ikan sungai yang biasanya menjadi tumpuan
pelanggan terdiri daripada beberapa jenis ikan sungai yang dipanggil sebagai
ikan lontong dan ikan balasayan. Pada hari-hari biasa pula, jika hasil
tangkapan yang diperoleh dalam jumlah yang banyak, maka ia akan dijual di

33
Pasar Am Pekan Telupid manakala jika hasil tangkapan ikan sungai yang
diperoleh hanya sedikit sahaja maka ianya untuk keperluan sendiri sahaja.
Penangkapan ikan sungai dilakukan menggunakan perahu, bot, pukat dan jala.

2.4.4 Aktiviti Pertanian

Aktiviti pertanian di Kg. Bauto terdiri daripada beberapa beberapa jenis


pertanian seperti penanaman kelapa sawit, pokok pisang, sayur-sayuran
secara kecil-kecilan, dan penanaman padi huma. Penanaman kelapa sawit
merupakan aktiviti pertanian yang terbesar dijalankan di Kg. Bauto. Penanaman
kelapa sawit yang dijalankan oleh penduduk di kampung ini kebanyakannya
dimiliki secara persendirian dan bukan milik mana-mana estet. Hal ini kerana,
hampir seluruh penduduk Kg. Bauto masing-masing mempunyai tanah milik
sendiri. Tambahan pula, harga permintaan buah sawit yang semakin meningkat
di kilang-kilang pemprosesan mendorong lagi para penduduk untuk
mengusahakan ladang kelapa sawit. Penanaman pokok pisang dan sayur-
sayuran juga turut dijalankan di Kg. Bauto untuk dijadikan jualan. Bagi
penanaman pokok pisang, permintaan daun pisang sangat tinggi menjelang
musim perayaan Hari Raya dan pelanggannya bukan hanya daripada penduduk
Kg. Bauto sahaja tetapi juga daripada kampung-kampung yang lain seperti Kg.
Gambaron. Buah pisang pula akan dijual kepada pengusaha gerai-gerai
makanan di Pekan Telupid untuk tujuan membuat kuih muih seperti pisang
goreng, kek pisang dan sebagainya. Aktiviti penanaman sayur-sayuran secara
kecil-kecilan juga dijalankan di kampung ini untuk dijual dan sebahagiannya
untuk keperluan sendiri. Sayur-sayuran akan dijual melalui beberapa cara iaitu
dengan mengedarkannya dari rumah ke rumah, dihantar ke pasar Am Pekan
Telupid atau pelanggan sendiri yang akan datang ke kebun tersebut untuk
membeli sayur. Selain itu, penanaman padi huma juga menjadi kegiatan
ekonomi yang utama di kampung ini dan masih dijalankan sehingga kini.

34
2.5 SEJARAH PENANAMAN PADI HUMA DI KAMPUNG BAUTO, TELUPID

Menurut En. Kamilus Dian (54 tahun), yang merupakan ketua Kg. Bauto, penanaman
padi huma yang dijalankan oleh penduduk di Kg. Bauto telah bermula sejak daripada
zaman penjajahan lagi. Penanaman padi huma yang dijalankan di Kg. Bauto adalah
bersifat circulating usufruct yang mana jika sebuah keluarga sudah mengusahakan
penanaman padi huma di satu kawasan pada tahun ini, maka pada tahun seterusnya
pula keluarga yang lain akan menggantikan mereka untuk menggunakan tanah
tersebut bagi mengusahkan penanaman padi huma. Sistem ini juga biasanya berlaku
dalam kalangan masyarakat Rungus dimana, dalam keluarga domestik masyarakat
Rungus, bentuk pemilikan tanah adalah bersifat circulating usufruct. Keluarga domestik
berdasarkan keanggotaannya dalam kampung di mana mereka tinggal mempunyai hak
untuk memajukan kawasan kampung, kecuali kawasan yang ditanam dengan buah-
buahan (devolable agriculture). Pada setiap tahun, setelah musim menuai padi selesai,
pengasas atau ketua keluarga dalam keluarga domestik akan keluar dan mencari lokasi
baru untuk menjalankan pertanian pada masa akan datang. Setelah menemui kawasan
yang sesuai, maka barulah mereka akan mengumumkannya kepada seluruh isi rumah
panjang mengenai lokasi yang telah dipilihnya (Appel 1986).

Bagi masyarakat dusun Labuk pula, penanaman padi huma yang dijalankan
biasanya sekali dalam setahun mengikut peringkat tertentu dan mempunyai
persamaan dalam sistem penanaman padi masyarakat Rungus dari sudut pemilikan
tanah. Secara dasarnya, penanaman padi huma di kampung ini bertujuan untuk
keperluan ahli keluarga sendiri sahaja. Hal ini kerana, harga beras yang semakin
meningkat dari semasa ke semasa menjadi bebanan kepada penduduk apatah lagi
dengan sumber kewangan yang tidak menentu. Penanaman padi huma bukan sahaja
dijalankan dalam kalangan penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, tetapi
juga mereka yang bekerja dengan kakitangan kerajaan mahupun yang mempunyai
pendapatan tetap. Walaupun demikian, golongan yang terlibat dalam kegiatan ini
biasanya golongan petani yang bekerja sendiri untuk mengurangkan kos perbelanjaan
keluarga. Manakala, bagi golongan yang mempunyai pekerjaan tetap pula, mereka
terdiri daripada keluarga yang suami atau isteri sudah pencen daripada pekerjaan
mereka. Bagi golongan seperti ini, mereka hanya menjadikan penanaman padi huma
sebagai satu hobi untuk mengisi masa lapang semata-mata memandangkan mereka
35
tidak mempunyai kegiatan lain yang perlu dilakukan. Sesetengah golongan yang
berumur dan masih mampu dari segi fizikal, penanaman padi huma masih lagi menjadi
salah satu kegiatan ekonomi yang dijalankan walaupun kos hidup dan perbelanjaan
mereka ditampung oleh anak-anak yang sudah bekerja.

Pada masa kini, sistem penanaman padi huma yang dijalankan di Kg. Bauto
oleh masyarakat dusun Labuk masih lagi sama seperti pada zaman sebelumnya.
Perubahan hanya berlaku bilamana wujudnya kesedaran terhadap pemilikan tanah, kos
perbelanjaan hidup yang semakin tinggi dan keinginan untuk mengusahakan kegiatan
ekonomi yang lain. Tambahan pula, pembangunan yang semakin rancak saban hari
mendorong lagi sesetengah golongan masyarakat untuk beralih kepada kegiatan
ekonomi yang lain. Tujuan utama masyarakat dusun Labuk beralih kepada kegiatan
yang lain sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh faktor kewangan. Hal ini
kerana, masyarakat mula mencari pekerjaan yang membolehkan mereka untuk
mendapat sumber kewangan. Walaupun kegiatan penanaman padi huma mampu
membantu untuk mengurangkan perbelanjaan keluarga, namun masih ada keperluan
asas lain yang perlu di penuhi oleh seisi keluarga dan ianya memerlukan sumber
kewangan.

36
BAB 3: PROSES, RITUAL DAN PANTANG LARANG PENANAMAN PADI HUMA
MASYARAKAT DUSUN LABUK

3.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai aktiviti
penanaman padi huma yang dijalankan oleh masyarakat dusun Labuk di Kg. Bauto.
Pengkaji akan menjelaskan kegiatan penanaman padi huma bermula dari peringkat
sebelum sehingga selesai. Seperti yang kita ketahui, penanaman padi huma bukan
sahaja dijalankan oleh masyarakat dusun Labuk, tetapi juga oleh beberapa etnik dusun
yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan dan persamaan dalam
menjalankan kegiatan penanaman padi huma yang merangkumi proses, ritual dan
pantang larang. Secara simboliknya pula, perbezaan dari segi penggunaan bahasa dan
istilah adalah sangat ketara. Bagi masyarakat dusun Labuk, proses penanaman padi
huma merangkumi tiga proses iaitu sebelum, semasa dan selepas.

3.2 PROSES SEBELUM AKTIVITI MENANAM PADI

Pada peringkat awal sebelum memulakan kegiatan penanaman padi huma, perkara
yang menjadi keutamaan petani adalah mencari kawasan yang sesuai. Kebiasaannya,
kawasan yang dipilih untuk penanaman padi huma dipengaruhi oleh kualiti tanah di
kawasan tersebut. Bagi masyarakat dusun Labuk yang menjalankan aktiviti pertanian
ini, kawasan yang menjadi pilihan petani adalah kawasan berhampiran Sungai Labuk.
Selain itu, kawasan yang dipilih juga haruslah selamat dan bebas dari gangguan
haiwan seperti monyet dan babi hutan. Setelah menjumpai kawasan penanaman padi
huma yang sesuai, barulah petani akan memulakan beberapa aktiviti seperti:

3.2.1 Rumilik

Rumilik merupakan satu proses dimana Sanganu dumo atau tuan empunya
ladang (sama ada ibu bapa atau anak-anak), akan membersihkan kawasan
penanaman padi huma pada tahap awal. Pada peringkat ini, Sanganu dumo
akan mula menebas semak samun di kawasan tersebut. Rumilik biasanya akan
dilakukan pada bulan April setiap tahun bagi mereka yang ingin menanam padi

37
huma. Aktiviti ini akan mengambil masa selama seminggu jika Sanganu dumo
mengerjakan aktiviti rumilik secara berterusan. Sebagai contoh, bermula
daripada Isnin sehingga Ahad, Sanganu dumo hanya mengerjakan pekerjaan
rumilik sahaja. Jika dilakukan secara berkala, maka aktiviti rumilik akan
mengambil masa yang agak lama sekurang-kurangnya dua minggu. Kegiatan
penanaman padi huma dalam masyarakat dusun Labuk biasanya menggunakan
satu sistem yang dipanggil sebagai mitabang/sumuli. Sistem ini merupakan
satu sistem kerjasama secara berbalas untuk mempercepatkan sesuatu
pekerjaan. Sebagai contoh, jika pada hari ini Sanganu dumo meminta rakan-
rakan yang lain untuk membantunya menebas atau membersihkan rumput di
ladang (dumo), maka pada keesokan harinya pula, Sanganu dumo perlu pergi
ke ladang rakan-rakan yang telah membantunya untuk melakukan pekerjaan
yang sama. Semasa aktiviti mitabang/sumuli dilakukan, Sanganu dumo akan
menggunakan dua cara untuk mengukur luas atau jarak kawasan yang telah
dibersihkan iaitu:

a) Menggunakan Tali Rafia

Seutas tali rafia berukuran 10 meter akan digunakan untuk mengukur


luas atau jarak kawasan yang dibersihkan oleh rakan-rakan yang
membantu pada hari itu. Seutas tali rafia berukuran 10 meter adalah
bersamaan dengan satu takap. Jika luas dan jarak kawasan yang
dibersihkan adalah satu takap di ladang Sanganu dumo, maka Sanganu
dumo juga perlu membalasnya dengan keluasan yang sama pada hari
berikutnya di ladang rakan-rakan yang telah membantu.

b) Menggunakan Bayang-bayang (Lajawan)


Sebuah papan akan diletakkan sama ada di disan dumo (tepi ladang)
atau tengah-tengah ladang di bawah sinaran matahari. Biasanya ,
aktiviti mitabang/sumuli menggunakan cara ini akan dilakukan bermula
pada waktu pagi iaitu pukul 7.00 pagi. Selagi bayang-bayang papan
tidak melebihi papan tersebut, maka aktiviti gumamas (merumput)
atau menebas perlu diteruskan. Bayang-bayang papan yang telah
melebihi papan tersebut menandakan aktiviti mitabang/sumuli sudah

38
selesai. Sama halnya dengan tali rafia, ianya juga dilakukan secara
berbalas untuk lebih adil.

Aktiviti mitabang/sumuli bukan sahaja dilakukan pada peringkat rumilik tetapi


juga beberapa aktiviti lain yang akan menyusul kemudiannya. Aktiviti
seterusnya yang melibatkan mitabang/sumuli adalah seperti aktiviti mangasok
dan mongomot. Sistem mitabang/sumuli sehingga kini masih lagi menjadi
amalan utama masyarakat petani padi huma kerana dianggap lebih mudah dan
menjimatkan masa.

3.2.2 Managad (menebang/menumbang)


Selesai aktiviti rumilik, maka aktiviti managad pula akan diteruskan. Aktiviti
managad merupakan aktiviti dimana Sanganu dumo akan menebang atau
menumbang pokok-pokok besar yang tidak dapat ditebang semasa musim
rumilik. Pokok-pokok besar akan ditebang sama ada menggunakan gampa
(bukan parang selasing), kapak atau pun chainsaw untuk menumbangkan
pokok-pokok besar tersebut. Peringkat managad adakalanya dilakukan sendiri
oleh Sanganu dumo, atau juga dengan cara mengupah orang lain untuk
menebang pokok-pokok besar. Peringkat managad akan berlangsung selama
satu sehingga dua hari bergantung kepada peralatan yang digunakan. Jika
Sanganu dumo menggunakan peralatan seperti gampa dan kapak, maka ianya
memakan masa selama tiga atau empat hari manakala jika menggunakan
chainsaw pula, ianya memakan masa sekurang-kurangnya satu atau dua hari.
Aktiviti ini biasanya dilakukan pada bulan April selepas aktiviti rumilik
diselesaikan.

3.2.3 Momopot (Memungut ranting dan dahan pokok)


Momopot adalah aktiviti memungut dan mengumpulkan (mongukup/
monguntun) dahan-dahan pokok atau ranting selepas pokok-pokok besar
ditebang. Biasanya, hanya dahan dan ranting pokok yang ringan sahaja akan
dipungut dan dibuang. Pohon kayu akan dibiarkan sahaja ataupun dibakar oleh
Sanganu dumo. Hal ini kerana, pohon kayu yang telah ditebang agak sukar
untuk diangkut dan dibuang kerana terlalu berat. Semua ahli keluarga Sanganu
dumo akan turun ke ladang untuk membantu ibu bapa membuang dahan-
39
dahan dan ranting kayu setelah pohon-pohon kayu besar ditebang. Dahan dan
ranting kayu ini akan dipungut dan diletakkan ke dalam kereta sorong lalu
dibuang ke disan dumo atau timbing Livogu (tepi sungai Labuk). Dahan-
dahan dan ranting perlu dibuang bagi mengelakkan gangguan semasa aktiviti
mangasok (menanam/menuggal padi) dijalankan dan juga untuk memastikan
ladang dalam keadaan yang bersih sebelum tiba waktu mangasok. Aktiviti
momopot biasanya dilakukan pada bulan Mei dan mengambil masa selama
kurang daripada seminggu bergantung pada tenaga yang ada dan juga
keadaan cuaca. Setelah aktiviti momopot diselesaikan, maka peringkat
monutud pula akan diteruskan.

3.2.4 Monutud (Membakar)


Aktiviti monutud merupakan aktiviti dimana rumput-rumput kering (sakot), dan
sisa ranting kayu akan dibakar. Pada peringkat ini, biasanya Sanganu dumo
akan melakukannya pada waktu petang setelah rumput dan ranting kayu telah
kering. Monutud tidak dilakukan pada waktu pagi dan tengahari. Hal ini
kerana, pada waktu pagi ranting dan rumput kering masih dalam keadaan
basah dan sukar untuk dibakar. Manakala, pada waktu tengahari pula, keadaan
cuaca yang terlalu panas membuatkan Sanganu dumo tidak dapat menjalankan
aktiviti membakar kerana bimbang kesihatan terjejas. Aktiviti ini pula akan
dilakukan pada bulan Jun walaupun Sanganu dumo telah menyelesaikan
aktiviti momopot sebelum berakhirnya bulan Mei. Selepas aktiviti monutud
dijalankan, Sanganu dumo akan mengambil masa untuk berehat dan tidak akan
turun ke ladang untuk beberapa waktu. Menjelang bulan Julai, barulah
Sanganu dumo akan turun ke ladang untuk membersihkan semula kawasan
ladang yang telah ditumbuhi rumput dan menyambung pekerjaan-pekerjaan
yang lain yang perlu diselesaikan iaitu aktiviti mongurak sebelum tiba waktu
mangasok.

3.2.5 Mongurak (Mengumpul dan memungut rumput-rumput yang


dibakar)
Aktiviti mongurak adalah aktiviti terakhir sebelum mangasok dijalankan.
Aktiviti mongurak adalah aktiviti dimana Sanganu dumo mengumpul dan
memungut sisa dahan dan rumput yang telah dibakar untuk kali terakhir.

40
Rumput dan dahan yang telah terbakar hangus (sumompod) ini kemudiaanya
akan diangkut menggunakan karung atau kanvas untuk dibuang ke disan
dumo. Bagi aktiviti ini, ianya boleh dilakukan sama ada seorang diri atau
berpasangan. Jika dilakukan secara seorang diri, sumompod akan dimasukkan
ke dalam karung atau baldi untuk memudahkan ianya diangkut ke disan dumo.
Manakala, jika ianya dilakukan secara berpasangan pula, sumompod akan
diletakkan ke dalam kanvas lalu di buang ke disan dumo. Kanvas digunakan
untuk mengangkut sumompod kerana ianya dapat mengangkut sumompod
dalam jumlah yang banyak. Di samping itu, ianya bertujuan untuk
mempercepatkan sumompod habis diangkut dan dibersihkan. Aktiviti
mongurak akan dijalankan pada bulan Jun dan biasanya mengambil masa
selama dua minggu. Setelah aktiviti mongurak diselesaikan, barulah Sanganu
dumo akan menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan aktiviti
mangasok.

3.2.6 Mangasok (Menuggal padi)


Aktiviti mangasok adalah aktiviti menuggal padi dan biasanya dilakukan sama
ada pada bulan Julai atau Ogos. Menurut responden iaitu En. Diris Saat (68
tahun) dan puan Bica (54 tahun), pada malam sebelum hari mangasok,
Sanganu dumo akan mengatap terlebih dahulu tiasook (padi atau parai yang
akan ditanam) dan kemudiannya dicampurkan dengan benih sayur-sayuran
sebelum siap untuk ditanam. Terdapat beberapa jenis parai yang biasanya akan
ditanam iaitu parai Bakung, Beliung, Bangkou, Tadong, Tayakon, Padi Emas
dan Padi Pulut. Menurut responden lagi, parai Bakung dan Beliung merupakan
dua jenis padi yang ditanam dengan keluasan yang paling besar di ladang
tersebut, manakala parai Bangkou, Tadong, Tayakon, Padi Emas dan Padi Pulut
dikenali sebagai sampug atau ditanam dalam jumlah keluasan yang kecil.
Dengan kata lain, parai Bakung dan Beliung merupakan dua jenis padi yang
diberi keutamaan dalam proses mongumo (sepanjang proses penanaman padi
huma). Jadual di bawah menjelaskan tentang beberapa jenis dan ciri-ciri padi
yang biasanya ditanam di ladang padi huma bagi masyarakat dusun Labuk:

41
Jenis padi Ciri-ciri padi Warna nasi
Beliung Buah padi yang berbentuk kurus panjang, kulitnya Putih
berwarna jingga manakala berasnya berwarna
merah. Pohon padi adalah tinggi.
Bakung Buah padi sedikit pendek dan bujur, kulitnya Putih
berwarna kekuningan susu dan berasnya
berwarna putih. Pohon padi adalah tinggi.
Bangkou Buah padi berbentuk bujur dan pendek, kulitnya Merah/merun
berwarna kekuningan susu dan berasnya
berwarna merah.
Tadong Buah padi berbentuk kurus panjang, kulitnya Hitam keungu-ungguan
berwarna jingga dan berasnya berwarna hitam
keunggu-ungguan. Pohon padi juga adalah tinggi.
Tayakon Buah padi bersaiz kecil daripada buah padi yang Putih
lain, kulitnya berwarna putih dan berasnya juga
berwarna putih. Pohon padi sederhana tinggi.
Padi emas Buah padi berbentuk bujur dan panjang, kulitnya Putih
berwarna jingga dan berasnya berwarna putih.
Pohon padi adalah tinggi
Padi pulut Buah padi adalah bersaiz kecil, kulitnya berwarna Putih
jingga dan berasnya berwarna putih. Pohon padi
adalah pendek.

Jadual 1: Jenis dan ciri-ciri padi


Sumber: Maklumat responden (Puan Bica, 54 tahun)

Menurut puan Bica Egoh (54 tahun), pada hari mangasok, Sanganu dumo akan
terlebih dahulu sampai ke ladang untuk menanam beberapa tanaman seperti jagung,
tembikai, dan sayur-sayuran di disan dumo sebagai keperluan makanan pada
sepanjang aktiviti mongumo. Selain itu, terdapat juga dua jenis tanaman yang penting
yang perlu ditanam oleh Sanganu dumo semasa hari mangasok iaitu serai (Sogumau)
dan tebu. Kedua-dua tanaman ini akan ditanam secara berhadapan di disan dumo dan
dipanggil sebagai Tula. Tula merupakan tempat penyimpanan tiasook yang akan
ditanam di mana tiasook tersebut akan diletakkan ditengah-tengah serai dan tebu.
Setelah saudara-mara atau ahli keluarga berkumpul, barulah mereka akan sama-sama
42
bertolak ke ladang atau boleh juga ada antara saudara mara yang sedia menunggu di
ladang.

Bagi masyarakat dusun Labuk, ritual mengenai pemujaan semangat padi


biasanya banyak dilakukan pada musim mangasok. Terdapat tiga ritual utama yang
dijalankan oleh masyarakat petani padi huma pada musim mangasok yang dikenali
sebagai ritual Manga’raa manuk, Monu’la dan Manga’sab. Pada peringkat seterusnya
sehinggalah selesai proses mongumo, hanya ritual Manga’raa manuk sahaja yang akan
dijalankan untuk tujuan monogit sesuatu keadaan yang dianggap alasu. Ritual yang
dijalankan semasa aktiviti mangasok adalah seperti:

a) Manga’raa manuk
Upacara Manga’raa manuk atau juga upacara menumpahkan darah ayam ini
biasanya dilakukan sebelum aktiviti mangasok dimulakan. Upacara ini akan
dijalankan oleh Sanganu dumo jika dirasakan perlu. Sebelum aktiviti mangasok
bermula, Sanganu dumo akan menyembelih empat ekor ayam iaitu dua ekor
adalah ayam jantan (tandaa) dan dua ekor lagi adalah ayam betina (puunan).
Upacara penyembelihan ayam ini akan dilakukan di Tula iaitu dimana serai dan
tebu telah ditanam. Menurut En. Kaban (80 tahun), semasa menyembelih
ayam ini, Sanganu dumo akan mengucapkan satu babar yang berbunyi
demikian:
‘ososogit noh iti parai ku, doh ati noh iti raa ku siti tana’
(sejuk lah padi ku, inilah darahku di tanah)

Selepas babar ini diucapkan, maka darah ayam yang telah disembelih
akan dilumurkan kepada semua tiasook dan taasok yang akan digunakan
semasa aktiviti mangasok dijalankan. Upacara Manga’raa manuk sebelum
aktivti mangasok ini dilakukan bertujuan untuk menghormati semangat padi
iaitu Ambarayon. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk meminta pertolongan
kepada Ambarayon agar hasil padi yang akan dituai kelak memberi hasil yang
banyak dan padi yang sihat. Setelah upacara ini selesai, maka keempat-empat
ekor ayam yang telah dipersembahkan kepada Ambarayon akan di bawah
pulang ke rumah dan dijadikan sebahagian daripada lauk pauk yang akan
dihidangkan kepada mereka yang menjalankan aktiviti mangasok.

43
Seterusnya, upacara Manga’raa manuk ini akan dilakukan pada bila-
bila masa sahaja jika dirasakan perlu atau ketika padi-padi yang ditanam
mengalami penyakit. Padi yang rosak dianggap berlaku masalah alasu di ladang
dan perlu menjalankan upacara penyejukkan (monogit). Sebagai contoh,
apabila Sanganu dumo telah menetapkan padi yang ingin dituai pada hari itu
sebanyak satu atau dua bakul namun setelah padi yang dimaksudkan habis
dituai tetapi bakul tersebut masih tidak penuh, maka mereka perlu
menjalankan upacara Manga’raa manuk terhadap padi-padi tersebut. Sanganu
dumo tidak boleh turun menuai pada hari upacara Manga’raa manuk dilakukan
selama satu hari. Aktiviti menuai boleh diteruskan semula pada keesokan
harinya.

b) Monu’la
Upacara Monu’la pula merupakan satu upacara yang dijalankan sekali sahaja
sepanjang proses mongumo. Upacara ini dijalankan pada hari mangasok tiba
dan sebelum para saudara mara atau sahabat handai termasuk Sanganu dumo
memulakan aktiviti mangasok. Upacara ini sama seperti upacara Manga’raa
manuk tetapi ayam yang disembelih lebih banyak jumlahnya berbanding
upacara Manga’raa manuk. Menurut En. Diris Saat (68 tahun), upacara monu’la
ini akan dijalankan di Tula dengan memotong ayam sama ada 10 atau lebih
ekor ayam untuk tujuan upacara ini. Darah ayam yang telah dipotong akan
dibiarkan mengalir ke tanah dan juga disapukan kepada tiasook dan taasok
yang akan digunakan untuk aktiviti mangasok. Tujuan upacara ini dijalankan
pula adalah untuk menghormati semangat padi agar kelak padi yang tumbuh
akan memberi hasil yang baik dan banyak. Bagi sesetengah penduduk dusun
Labuk yang masih berpegang teguh kepada kepercayaan animisme, upacara ini
sangat penting dan perlu dijalankan setiap kali mereka ingin menjalankan
penanaman padi huma. Hal ini kerana, semangat padi atau Ambarayon akan
merasa kecil hati dan padi-padi tidak akan tumbuh dengan subur serta
memberi hasil tuaian yang banyak jika upacara monu’la tidak dijalankan.
Manakala, bagi sesetengah penduduk di kampung ini khususnya yang telah
meninggalkan kepercayaan animisme, upacara ini tidak lagi diamalkan oleh
mereka. Kebiasaanya, sebelum proses mongumo dijalankan, mereka akan
berdoa bersama-sama kepada Tuhan agar menjaga mereka sepanjang aktiviti

44
mongumo sama ada dari segi keselamatan atau pun kuantiti padi yang bakal
dituai.

c) Manga’sab
Upacara ini juga merupakan satu upacara yang biasanya dilakukan selepas
aktiviti mangasok dijalankan. Upacara ini dijalankan bertujuan untuk
menurunkan hujan selepas aktiviti mangasok selesai. Hujan yang turun
membolehkan lubang yang telah diisi dengan padi akan tertutup dan benih padi
akan tertimbus. Selain itu, ianya membantu untuk mempercepatkan padi-padi
tersebut untuk tumbuh dengan subur. Bagi menjalankan upacara ini, caranya
bergantung kepada Sanganu dumo dan biasanya ia dirahasiakan kepada
sahabat handai atau saudara mara yang datang pada ketika itu tetapi ada juga
sesetengah Sanganu dumo yang akan mengongsikan cara mereka Manga’sab.
Upacara Manga’sab ini boleh dilihat melalui beberapa contoh yang dikongsikan
oleh responden (En. Diris Saat) iaitu sama ada menggunakan telur ayam, sogit
(ayam atau khinzir) atau mempersendakan haiwan.

i) Telur ayam

Menurut kepercayaan animisme penduduk dusun Labuk, selepas sahaja


selesai aktiviti mangasok, telur ayam tersebut akan dikubur atau
ditimbus ke dalam tanah oleh Sanganu dumo. Setelah selesai
menguburkan telur ayam tersebut, Sanganu dumo akan mengucapkan
satu babar yang berbunyi demikian:

‘darun-darun’ atau ‘darun konou osogit noh iti dumo ku’


(Hujan-hujan atau hujan lah kamu supaya sejuk ladang ku)

ii) Sogit (Ayam atau khinzir)


Cara ini pula adalah dimana sogit akan diikatkan pada sebatang kayu
lalu dipukul atau di rendam ke dalam sungai. Semasa memukul atau
merendam asab (sogit yang digunakan untuk menurunkan hujan) ini,
Sanganu dumo akan lumongis (berteriak) minta hujan diturunkan.
Selepas itu, asab itu akan dibiarkan dan ditinggalkan di sungai tersebut
sehinggalah hujan lebat turun.

45
iii) Mempersendakan haiwan
Cara ini pula dimana Sanganu dumo dan rakan-rakan yang lain akan
mempersendakan dan mentertawakan apa sahaja jenis haiwan agar
hujan akan turun. Biasanya, mereka akan mempersendakan haiwan
seperti monyet, anjing atau kucing agar hujan turun dengan lebat dan
membasahi tanah.

Walaubagaimanapun, upacara Manga’sab ini bergantung kepada tuah


(sonongon) Sanganu dumo yang menjalankan upacara ini. Sanganu dumo
yang sonongan akan berjaya menurunkan hujan selepas upacara Manga’sab
dijalankan. Jika tidak, maka hujan tidak akan turun dan membasahi tiasook
yang telah ditanam. Dalam menjalankan upacara ini pula, ianya mempunyai
satu risiko yang dipanggil sebagai Lunsuton.

iv) Lunsuton

Lunsuton adalah satu tulah atau akibat buruk yang berlaku


disebabkan oleh perbuatan manusia yang tidak menyenangkan
terutamanya apabila mereka mempersendakan haiwan. Menurut En.
Diris Saat lagi, sejarah Lunsuton ini pernah berlaku suatu ketika dahulu
di Kg. Bauto dimana ada sebuah rumah panjang yang dibina dan
didiami oleh sekelompok suku bangsa di kenali sebagai bangsa Konion.
Pada ketika itu, suku bangsa ini telah mengadakan satu pesta yang
dirayakan oleh semua orang dalam rumah panjang tersebut. Setelah
mereka mabuk, mereka telah membunuh beberapa jenis binatang
seperti kura-kura, monyet, khinzir dan ayam. Semua binatang yang
dibunuh ini telah dimasak dan dicampurkan sekali dan ini melanggar
adat resam yang telah diturunkan oleh nenek moyang bahawa
binatang-binatang yang berlainan jenis tidak boleh dimasak dan
dicampurkan sekali. Dalam keadaan yang tidak sedar kerana mabuk,
semua orang telah memakan makanan tersebut. Menjelang malam,
hujan turun tanpa hentinya dan semua orang dalam rumah panjang
tersebut sudah tertidur lena. Rumah panjang yang didiami mereka
secara perlahan-lahan masuk ke dalam tanah lalu rumah tersebut
ditimbusi tanah dan mereka tidak lagi dapat dikeluarkan sehinggalah
46
kini dan penduduk kampung menganggap bahawa mereka telah
terkena Lunsuton.

Lunsuton bukan hanya berlaku dengan cara rumah ditelan atau


ditimbusi oleh tanah tetapi juga dalam beberapa keadaan yang lain.
Contohnya, mereka yang terkena Lunsuton akibat daripada perbuatan
mereka dipercayai akan disambar petir atau juga akan dimakan oleh
sejenis burung hantu yang dipanggil sebagai ‘kuku’ biasanya akan
datang pada waktu malam semasa hujan lebat. Bagi masayarakat
penduduk dusun Labuk, semasa hujan lebat turun tanpa henti pada
waktu malam berserta dengan ribut dan petir, ibu bapa akan membakar
sedikit rambut semua ahli dalam rumah untuk mengelakkan masalah
Lunsuton kerana bimbang ada di antara ahli keluarga yang
mempersendakan haiwan terutamanya kanak-kanak. Selain itu, cara lain
untuk menjauhkan Lunsuton adalah di mana ibu bapa akan membakar
kulit belangkas dan akan mengelilingi rumah sambil mengucapkan satu
babar yang berbunyi demikian:

‘insodu-sodu kou, ada noh mongoi siti, owi ikoi mangacau diovu’

(Jauh-jauh kamu, janganlah datang sini, kami tidak kacau kamu)

Setelah upacara yang ditetapkan sudah selesai dijalankan, maka aktiviti


mangasok akan diteruskan. Kaum lelaki biasanya akan mangasok manakala kaum
wanita pula akan menumpos. Taasok merupakan sebatang kayu yang digunakan oleh
kaum lelaki untuk mangasok. Taasok adalah sebatang kayu yang telah ditajamkan
hujungnya dan digunakan untuk membuat lubang pada tanah. Menumpos pula adalah
aktiviti dimana para kaum wanita mengisi atau memasukkan tiasook pada lubang
tersebut. Tiasook akan dimasukkan pada beg plastik atau bakul lalu disangkutkan
pada tangan kiri, manakala tangan kanan pula akan mengisi tiasook pada lubang
tersebut. Kaum lelaki biasanya akan mendahului wanita dan wanita akan berada di
belakang mereka untuk mengisi lubang tersebut dengan tiasook. (Rujuk pada lampiran
1, foto 20) Lubang tanah terbahagi kepada dua jenis jarak iaitu apagau (jauh) dan
opidot (dekat). Pada kebiasaannya, petani lebih suka jarak lubang yang apagau
untuk memudahkan padi tumbuh dengan cepat dan subur. Setelah aktiviti mangasok
dan menumpos selesai, Sanganu dumo akan membuat tinjauan pada keseluruhan
47
tempat untuk mencari liu/pukak (lubang yang tidak terisi dengan tiasook atau
terlepas pandang). Jika terdapat mana-mana liu/pukak, Sanganu dumo sendiri yang
akan mengisinya dengan tiasook yang dipanggil sebagai mongulit.

Foto 1: Jarak Lubang Apagau

Sumber: Kajian Lapangan, 2017

Foto 2: Tiasook dimasukkan ke dalam lubang

Sumber: Kajian Lapangan, 2017

48
Semasa aktiviti mangasok dijalankan juga, terdapat beberapa pantang larang
yang perlu dipatuhi sama ada oleh Sanganu dumo itu sendiri mahupun rakan-rakan
atau saudara mara yang datang membantu. Pantang larang tersebut tidak hanya
menjadi amalan petani yang masih mengamalkan kepercayaan animisme tetapi juga
mereka yang sudah mempunyai pegangan agama. Hal ini kerana, pantang larang ini
merupakan satu kepercayaan yang sudah sebati dalam kehidupan masyarakat dusun
Labuk. Sehingga kini, pantang larang ini tidak hilang ditelan zaman dan masih lagi
diamalkan. Pantang larang pada proses ini bermula pada proses mongurak di mana
Sanganu dumo atau sahabat handai yang lain tidak boleh membawa belanga di
tengah-tengah ladang kerana bimbang kelak padi yang tumbuh akan menjadi hitam
atau dipanggil sebagai posisangon (sejenis penyakit padi yang disebabkan oleh
serangga perosak). Jika Sanganu dumo ingin membawa belanga ke ladang, mereka
perlu jalan di disan dumo untuk sampai ke tempat mereka berehat ketika penat untuk
mengelakkan masalah padi buruk dan hitam berlaku. Semasa aktiviti mangasok
dijalankan juga, terdapat beberapa pantang larang lain yang perlu dipatuhi iaitu:

a) Tidak boleh mengigit Tiasook


Menurut pantang ini, mereka yang memilih untuk menumpos tidak boleh
mengigit tiasook yang telah diambil daripada karung. Hal ini kerana, apabila
mereka mengigit tiasook tersebut, maka semasa musim momuau kelak,
banyak burung-burung iaitu Pirit, Gugun dan Pomuavon yang akan datang
memakan padi. Burung-burung ini dikatakan tidak takut kepada orang-orang
atau Tompukili yang diletakkan di ladang melainkan Sanganu dumo sendiri
turun ke padi dan menghalau burung-burung tersebut. Tiasook tidak boleh
digigit atau dimakan semasa aktiviti mangasok dijalankan sama ada oleh
Sanganu dumo itu sendiri mahupun saudara mara yang lain.

b) Tidak Boleh Merebahkan Taasok


Bagi mereka yang mangasok, taasok yang dipegang tidak boleh direbahkan ke
tanah atau dimana-mana sahaja. Semasa berehat, taasok perlu disandarkan di
mana-mana kayu atau pokok dan memastikan taasok sentiasa dalam keadaan
tersandar. Kebiasaannya, saudara mara mempunyai taasok sendiri yang telah
dibuat dan disimpan di rumah dalam keadaan tersandar pada dinding rumah.

49
Setelah selesai aktiviti mangasok, bagi taasok yang sudah tidak mahu
digunakan lagi perlu ditinggalkan dalam keadaan tersandar pada kukub atau
pokok kayu. Ini kerana, menurut kepercayaan dusun Labuk, apabila taasok
direbahkan ke tanah, maka padi-padi yang akan tumbuh kelak akan rebah ke
tanah dan ini akan menyebabkan masalah padi-padi mudah dimakan oleh
serangga perosak serta menyukarkan Sanganu dumo untuk mongomot padi-
padi tersebut. Selain itu, jika sesiapa sahaja yang pada awalnya datang ke
ladang dan telah memegang tiasook, maka tidak boleh lagi memegang taasok
dan juga sebaliknya sehinggalah selesai aktivtiti mangasok.

c) Tidak Boleh Menumpahkan Tiasook ke Tanah


Kebiasaanya, mereka yang memilih untuk menumpos pada musim mangasok
digalakkan untuk menggunakan bakul kecil atau baldi bersaiz kecil untuk
meletakan tiasook tersebut. Hal ini bagi mengelakkan padi tersebut daripada
tumpah ke tanah. Bagi sesiapa sahaja yang menumpahkan tiasook ke tanah
semasa aktiviti mangasok, mereka akan dikenakan sogit oleh Sanganu dumo
kerana dianggap tidak menghormati padi dan acara mangasok tersebut.
Tetapi, sogit tidak akan dikenakan jika anak-anak atau ahli dalam keluarga
Sanganu dumo sendiri yang menumpahkan tiasook ke tanah. Sogit hanya
akan dikenakan kepada saudara mara atau sahabat handai jika keadaan ini
berlaku. Biasanya, sogit yang dikenakan adalah satu ekor ayam yang masih
hidup sama ada ayam kampung atau ayam yang dibeli daripada kedai
pembekal.

d) Tidak Boleh Merokok


Semasa aktiviti mangasok dijalankan juga, merokok sama sekali tidak
dibenarkan di kawasan ladang sebelum selesainya aktiviti mangasok. Hal ini
akan menyebabkan padi yang tumbuh akan layu atau rosak dipanggil sebagai
rumujou. Mereka yang ingin merokok hanya dibenarkan setelah selesai aktiviti
mangasok termasuk Sanganu dumo di rumah Sanganu dumo sementara
menunggu makanan selesai dihidangkan.

50
e) Tidak Boleh Makan Sebelum Selesai Aktiviti Mangasok
Sepanjang aktiviti mangasok dijalankan, semua yang hadir untuk membantu
tidak dibenarkan untuk makan sebelum selesainya aktiviti mangasok. Semua
yang terlibat dalam aktiviti tersebut hanya akan disediakan air yang dibawa
oleh Sanganu dumo ke ladang. Biasanya, sebelum aktiviti mangasok bermula,
masing-masing akan mengisi perut terlebih dahulu dari rumah untuk
mengelakkan rasa lapar semasa mangasok. Aktiviti mangasok akan selesai
dengan cepat jika jumlah orang yang datang ramai manakala jika jumlahnya
sedikit, maka aktiviti mangasok akan lambat selesai. Dengan kata lain, selagi
aktiviti mangasok belum selesai, selagi itu mereka tidak dibenarkan makan
termasuk Sanganu dumo sendiri. Hal ini kerana, jika ada antara mereka yang
makan sebelum selesainya aktiviti mangasok, maka padi yang ditanam tidak
akan tumbuh. Selain itu, kelak banyak burung-burung yang akan memakan
padi iaitu 2 kali ganda daripada jumlah burung kebiasaannya.

Setelah semua upacara dan proses mangasok ini telah disempurnakan oleh
Sanganu dumo, maka aktiviti mangasok pun dianggap selesai dan kesemua orang
akan pulang ke rumah Sanganu dumo untuk aktiviti makan bersama. Sebelum tiba di
rumah Sanganu dumo, sekurang-kurangnya 100m dari kediaman Sanganu dumo, salah
seorang daripada mereka yang dalam perjalanan pulang daripada ladang perlulah
memberi isyarat kepada orang yang menyediakan makanan di rumah dengan cara
Lumongis. Lumongis adalah satu perbuatan dimana seseorang berteriak seakan-akan
bernyanyi sebanyak dua atau tiga kali agar segala keperluan seperi makanan dan
minuman sudah disiapkan di rumah. Setibanya di rumah, para tetamu akan duduk
dalam satu bulatan yang besar dan makanan akan diletakkan di tengah-tengah
mereka. Setelah para tetamu selesai makan, maka minuman seperti Basog/Kinomol,
Tumpung dan Linutau/Tinimbalou akan dikeluarkan dan para tetamu dipelawa
minum. Minuman-minuman ini adalah sejenis minuman tradisi masyarakat dusun tidak
kira dusun Labuk tetapi juga beberapa etnik dusun yang lain. Minuman ini diperbuat
daripada ubi kayu (mundok), beras dan ragi. Aktiviti minum bersama biasanya akan
berlangsung selama dua atau tiga hari di rumah kediaman Sanganu dumo. Seminggu
setelah aktiviti mangasok berlalu, Sanganu dumo akan turun ke ladang untuk melihat
keadaan padi atau gumamas sakot (merumput) yang tumbuh di kawasan ladang.
Pada musim ini, aktiviti mitabang akan sekali lagi dijalankan sesama rakan-rakan yang
menjalankan penanaman padi huma.
51
3.3 PEMBINAAN KUKUB DAN SULAP

Setelah selesainya keseluruhan aktiviti mangasok, maka Sanganu dumo akan mula
membina Kukub dan Sulap. Kukub merupakan sebuah pondok kecil untuk berehat
sepanjang aktiviti mongumo yang dibina di disan dumo sebelum padi tumbuh,
manakala sulap pula dibina di tengah-tengah ladang setelah padi tumbuh. Biasanya,
Kukub dan Sulap akan dibina oleh lelaki. Sebelum membina Kukub, Sanganu dumo
(lelaki) terlebih dahulu akan mencari vakau (rotan), poring dan siningkarat (bamboo)
dan kayu di hutan. Tiang Kukub dibina daripada kayu-kayu yang dikumpul daripada
hutan dan diikat menggunakan vakau. Lantai (palampag) dan dinding (sinasar) kukub
pula diperbuat daripada poring atau siningkarat. Atapnya pula sama ada
menggunakan zink atau sejenis daun hutan yang dipanggil ‘biru’ dalam masyarakat
dusun Labuk. Saiz Kukub agak besar dan rendah berbanding Sulap. Kukub boleh
dinaiki sekurang-kurangnya lapan ke sepuluh orang. Di tengah-tengah lantai Kukub,
biasanya akan diletakkan satu lagi tiang untuk mengikat Turolu (tali raffia) semasa
Momuau (menghalau burung) bergantung pada keselesaan Sanganu dumo. Foto tiga
akan mengambarkan struktur kukub yang dibina oleh petani di lokasi kajian :

2 4

3
Foto 3: Struktur kukub

Sumber: Kajian Lapangan, 2017

Petunjuk:

1 = vakau/rotan

2= palampag/lantai

3= poring/singkarat atau bamboo 52

4= kayu-kayu dari hutan


Sulap pula dibina dengan menggunakan beberapa batang kayu sahaja dan
agak tinggi daripada Kukub. Sulap biasanya hanya boleh dinaiki sekurang-kurangnya
satu atau dua orang sahaja untuk mengelakkan Sulap tersebut daripada runtuh. Tiang
Sulap biasanya dibina dengan cara kayu diletakkan secara bersilang pada tengah-
tengah Sulap sebagai tiang. Saiz lantainya pula adalah kecil. Sulap tidak memiliki
sinasar kerana ianya hanya digunakan semasa momuau pada waktu tengahari dan
petang sahaja.

3.4 PROSES SEMASA AKTIVITI MOMUAU DAN MONGOMOT

Pada peringkat ini, penduduk dusun Labuk biasanya akan menjalankan dua aktiviti
utama iaitu aktiviti momuau (menghalau atau menjaga burung) dan aktiviti mongomot
(mengatam atau menuai padi). Kedua-dua aktiviti ini mengambil masa yang agak lama
iaitu antara lima sehingga enam bulan bergantung pada pengurusan dan penjagaan
Sanganu dumo. Pada peringkat ini pula, ritual dijalankan semasa musim momuau dan
mongomot, ketika padi dilanda musim penyakit dan tidak memberi hasil yang baik.
Upacara Manga’raa Manuk juga biasanya akan dijalankan untuk memberikan ucapan
syukur kepada Ambarayon (semangat padi) setelah memungut hasil bagi setiap jenis
padi yang ditanam pada keluasan yang besar seperti parai Beliung. Dari segi pantang
larang pula, terdapat beberapa pantang larang pada peringkat semasa yang di
khususkan pada penjagaan padi daripada diganggu oleh burung-burung dan serangga
perosak. Pantang larang semasa musim momuau dan mongomot akan dijelaskan
dengan lebih terperinci di bahagian-bahagian seterusnya.

3.4.1 Aktiviti Momuau

Aktiviti momuau adalah aktiviti selepas mangasok yang diteruskan oleh


Sanganu dumo iaitu menghalau atau menjaga burung. Selepas mangasok,
padi yang ditanam mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk
tumbuh dan berbuah. Sebelum padi-padi tersebut tumbuh, Sanganu dumo
biasanya akan melakukan aktiviti mangagamas (merumput) rumput yang
tumbuh bagi mengelakkan rumput tersebut daripada menganggu tumbesaran
padi. Pada peringkat ini iaitu selepas semua padi habis tumbuh dan berbuah,
Sanganu dumo akan mula menyediakan beberapa peralatan yang diperlukan
seperti Tompukili dan Turolu. Tompukili merupakan orang-orang yang
53
diletakkan di kawasan ladang untuk menakutkan burung-burung. Bagi
masyarakat dusun Labuk, Tompukili biasanya diperbuat daripada bekas plastik
beras atau tin yang diisi dengan batu-batu kecil lalu di ikat pada sebatang kayu
sederhana kecil dan diletakkan di sekeliling ladang. Hal ini bertujuan untuk
menakutkan burung-burung daripada memakan padi-padi tersebut. Turolu pula
adalah tali rafia yang diikat pada tiang tengah atau mana-mana tiang Kukub
lalu diikat pada kayu Tompukili. Hal ini bertujuan untuk memudahkan Sanganu
dumo untuk menghalau burung yang datang memakan padi.

Foto 4: Turolu yang diikat pada tiang tengah kukub

Sumber: Kajian Lapangan, 2017

Bagi masyarakat dusun Labuk, semasa musim momuau, Sanganu dumo


mempercayai bahawa terdapat beberapa jenis burung yang sering datang ke
ladang untuk memakan padi yang baru mulai berbuah atau pun telah masak.
Burung-burung yang selalunya diawasi oleh para Sanganu dumo adalah seperti
burung Pirit, Gugun, Pomuavon dan Layang-layang. Setiap burung-burung ini
54
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Di samping itu, burung-burung ini juga
dipercayai mempunyai perbezaan dari segi cara dan kuantiti padi yang
dimakan.

Jadual di bawah menunjukkan ciri-ciri burung yang dikatakan kuat memakan


padi:

Jenis/nama burung Ciri-ciri burung


1. Pirit Bulunya berwarna hitam putih, bersaiz kecil
daripada burung Raja Udang, paruhnya berwarna
putih

2. Gugun Bulunya berwarna coklat putih, saiznya sama


seperti pirit, paruhnya berwarna putih

3. Pomuavon Bulunya berwarna hijau merah, saiznya sama


seperti burung Raja Udang, paruhnya berwarna
hitam

4. Layang-layang Bulunya berwarna hitam putih, saiznya lebih besar


daripada ketiga-tiga burung di atas, paruhnya
berwarna hitam

Jadual 2: Jenis dan ciri-ciri burung

Sumber: Maklumat daripada responden (Puan Biana, 67 tahun)

Jadual di atas menunjukkan jenis dan ciri-ciri burung yang biasanya


akan memakan padi di ladang. Menurut puan Biana (67 tahun), antara
kesemua jenis burung ini, burung Pirit dan Pomuavon adalah yang sangat
terkenal sebagai burung yang memakan padi dalam kuantiti yang banyak
berbanding burung-burung yang lain. Jika ladang tidak dijaga dengan baik,
maka padi-padi akan habis dimakan oleh burung yang dipanggil sebagai
nokotulud. Bagi mengelakkan berlakunya situasi ini, Sanganu dumo perlu
turun ke tengah-tengah padi atau berjaga di disan dumo untuk menjaga dan
menghalau burung-burung ini. Ekoran daripada situasi ini, penduduk dusun

55
Labuk telah mencipta satu peribahasa yang dipanggil sebagai ‘telinga pirit’.
Peribahasa ini membawa erti anak-anak kecil yang tidak mendengar nasihat
atau melawan orang tua. Hal ini disinonimkan dengan sifat burung Pirit yang
tidak akan terbang meninggalkan ladang walaupun telah dihalau oleh Sanganu
dumo yang sedang momuau pada waktu itu. Selain daripada burung-burung
ini, terdapat juga beberapa jenis serangga dan binatang lain yang perlu dijaga
oleh Sanganu dumo daripada merosakkan padi iaitu tikus, monyet, ayam,
anjing, ulat, dan juga sejenis kumbang yang dikenali sebagai Posisang.
Posisang adalah antara serangga perosak yang boleh menyebabkan kerosakan
teruk pada padi sehingga padi menjadi hitam dan layu jika ladang tidak dijaga
dengan sebaiknya.

Padi yang dijaga mengambil masa selama satu atau satu bulan
setengah untuk masak. Setelah padi masak, maka Sanganu dumo akan
menjalankankan satu upacara Manga’raa Manuk untuk menghormati padi yang
telah masak di samping mengharapkan hasil tuaian yang banyak. Semasa
upacara ini dijalankan, Sanganu dumo perlu memanggil rakan-rakan
berhampiran yang juga menjalankan kegiatan penanaman padi huma pada
masa itu (tumatad). Sanganu dumo dan juga rakan-rakan yang tumatad akan
sama-sama masuk ke dalam padi untuk menjalankan upacara mengorbankan
ayam dan mengenakan darah ayam tersebut ke atas padi-padi yang telah
masak. Upacara ini dijalankan dengan cara mengucapkan satu babar yang
berbunyi demikian:

‘ohh Ambarayon, ongoi konou siti do Manga’raa oku noh’


(Wahai semangat padi, marilah kamu datang ke sini, saya mahu menumpahkan
darah)

Selepas upacara ini selesai, ladang yang telah diraa (ditumpahkan


darah) akan dipagar menggunakan bamboo/poring selama tiga hari. Selepas
tiga hari berlalu, barulah rakan-rakan boleh memasuki ladang tersebut
termasuk Sanganu dumo untuk menjalankan aktiviti seterusnya.

Setelah padi mula masak juga, Sanganu dumo akan membina Sulap di
tengah-tengah ladang dengan cara membuat laluan (linsang) di tengah-tengah
padi daripada Kukub menuju ke Sulap. Padi yang menghalang laluan tersebut
akan disangggah (Sarage) menggunakan kayu bagi mengelakkan padi daripada
56
rosak dipijak. Sulap yag dibina haruslah tinggi bagi membolehkan si pomuau
(orang yang menjaga burung) dapat melihat keseluruhan ladang dan padi.
Setelah padi-padi ini masak, maka barulah aktiviti mongomot akan dijalankan
bermula daripada mana-mana jenis padi yang telah masak sepenuhnya.

3.4.2 Aktiviti Mongomot

Aktiviti mongomot atau menuai padi akan dijalankan setelah padi yang dijaga
telah masak sepenuhnya. Pada peringkat ini, Sanganu dumo terlebih dahulu
akan membina sebuah pondok kecil seperti kukub di ladang yang bertujuan
untuk mengumpulkan dan menyimpan padi yang telah siap diomot (dituai).
Pondok kecil ini dipanggil sebagai Garajad dan semua padi akan dikumpulkan
di Garajad sebelum di bawah pulang ke rumah. Upacara Manga’raa Manuk juga
akan dijalankan sebelum aktiviti mongomot dimulakan.

Pada peringkat upacara ini, Sanganu dumo tidak boleh menjamu


selera tanpa menjemput dan mendahulukan Ambarayon untuk makan terlebih
dahulu. Ayam yang telah disembelih akan di bawah pulang ke Kukub dan akan
dimasak. Setelah selasai dimasak, bahagian ayam seperti tongkovijau (hati),
tonsi (ayam), tompodu (hempedu) dan nasi akan diletakkan ke dalam
pinggan. Pinggan ini akan dihantar sama ada ke Tula ataupun Garajad untuk
diberikan kepada Ambarayon. Babar yang diucapkan untuk menjemput
Ambarayon menjamu selera terlebih dahulu berbunyi demikian:

‘Mongimponuu Ambarayon’
(Mari makan Ambarayon)
atau
‘kainou tokou Ambarayon, mangakan’
(Marilah kita makan Ambarayon)

Selepas babar tersebut diucapkan, maka mereka yang menghantar


makanan tersebut akan menunggu Ambarayon di Tula atau Garajad untuk
menjamu selera selama 10 sehingga 15 minit. Semasa Sanganu dumo sedang
menunggu Ambarayon menjamu selera, mereka tidak boleh melihat pinggan
yang telah dihantar sehingga Ambarayon dianggap selesai makan kerana
mereka mempercayai bahawa Ambarayon akan berasa malu untuk makan
apabila dipandang. Oleh itu, mereka harus berdiri dengan cara

57
membelakangkan makanan tersebut dan membiarkan Ambarayon untuk
makan. Selepas beberapa minit tersebut berlalu, barulah makanan yang telah
dipersembahkan kepada Ambarayon boleh diambil semula dan dibawa pulang
ke Kukub dan semua orang di Kukub boleh mula menjamu selera.
Sebelum aktiviti mongomot dijalankan juga, Sanganu dumo akan
terlebih dahulu mongomot tujuh Kurulu (tangkai padi) yang diletakkan di
dalam Tovuu (pasu) yang diisi dengan batu dipanggil sebagai ponongparai
dan diletakkan di Garajad. Tujuh kurulu padi awal yang telah diomot ini
bertujuan untuk dipersembahkan kepada Ambarayon dengan mengucapkan
sebuah babar yang berbunyi:

‘ ati noh iti bagian nu, ada noh mangacau dagai’


(Inilah bahagian mu, jangan lah ganggu kami)

Selepas Tovuu ini diletakkan di Garajad, barulah aktiviti mongomot


boleh dijalankan sepenuhnya. Ponongparai ini akan diletakkan di dalam
Garajad di tengah-tengah padi yang disimpan ataupun diikat pada tiang
Garajad. Upacara Manga’raa manuk akan dijalankan sekali lagi di Garajad
untuk tujuan padi-padi yang disimpan dan dikumpul akan sentiasa dalam
keadaan baik dan hasil tuaian yang berikutnya memberikan hasil yang banyak.
Selepas ladang nokotu, ponongparai ini tidak boleh dibuang. Sanganu dumo
akan mengambil ponongparai tersebut dan dibawa pulang ke rumah lalu
diletakkan di dalam kokob (tempat menyimpan dan mengumpul padi di
rumah). Tujuannya adalah sama iaitu untuk menjaga padi-padi yang telah
disimpan di kokob. Selain itu, tujuan lainnya juga adalah untuk menghormati
semangat padi.
Upacara Manga’raa manuk atau monogit padi ini juga akan dilakukan
selepas menuai dua jenis padi yang yang ditanam pada keluasan yang besar
iaitu parai Beliung dan Bakung. Sebagai contoh, apabila Sanganu dumo telah
habis menuai parai Beliung dan dikumpulkan di Garajad, parai Beliung itu akan
diraa sebagai tanda untuk menghormati parai Beliung yang telah habis dituai.
Semasa parai Beliung diraa, Sanganu dumo tidak boleh turun menuai padi
pada waktu itu dan aktiviti menuai akan diteruskan selang dua atau tiga hari
selepas upacara tersebut. Secara ringkasnya, upacara Manga’raa manuk dan
monogit adalah dua upacara yang tidak jauh bezanya dalam penanaman padi
58
huma. Hal ini kerana, kedua-dua upacara ini dijalankan untuk menyelesaikan
masalah alasu yang berlaku selain menghormati semangat padi iaitu
Ambarayon.

Terdapat beberapa peralatan yang perlu disediakan semasa aktiviti


mongomot dijalankan iaitu Lingaman, Salayan, Kamalig, Karut, Gagaan, Boldi
dan Tukat. Peralatan-peralatan mongomot ini akan dijelaskan dengan lebih
terperinci melalui jadual di bawah:

Nama peralatan Ciri-ciri Kegunaan


Lingaman Diperbuat daripada tin-tin yang dipotong Sejenis pisau yang digunakan untuk
berbentuk D dan di paku pada batang mongomot padi
bamboo yang kecil dipotong pendek
Salayan Diperbuat daripada dua batang bamboo Tempat menyimpan padi yang telah dituai
dan kayu (Bansug), bamboo diikat secara bagi tujuan pengeringan. Biasanya padi
melintang pada kayu yang ditanam pada yang diikat (disongol) akan di letakkan pada
tanah menggunakan Vakau Salayan sebelum dimasukkan ke dalam
karung
Kamalig Diperbuat daripada bamboo dan kanvas Payung yang digunakan semasa Mongomot
atau kain lebar yang sudah tidak parai ketika cuaca panas terik
digunakan
Karut Karung Tempat menyimpan padi kering yang telah
diomot
Gagaan Kanvas Tempat meletakkan padi basah yang telah
diomot atau juga untuk meletakkan buah
padi yang telah tumbuh semula
(Nokosobul/Sinobulan), untuk menjemur
padi
Tukat Tali rafia Digunakan untuk mengikat Poring dan
Bansug untuk membuat Salayan
Jaudal 3: Peralatan yang digunakan semasa musim Mongomot

Sumber: Maklumat daripada responden (Puan Bica, 54 tahun)

Semasa musim mongomot dijalankan juga, masyarakat dusun Labuk


biasanya mempunyai satu kebiasaan atau permainan yang dimainkan semasa
mengatam padi. Permainan ini dinamakan sebagai permainan Sugal. Dalam
permainan ini, setiap mereka yang sedang mengatam padi pada masa itu akan

59
masing-masing mencari sejenis padi yang hujung tangkainya berbentuk sedikit
melengkung lalu diberikan pada rakan yang menjadi pilihannya. Rakannya pula
tidak boleh menolak dan harus menerima Sugal itu. Bagi meneruskan
permainan ini, rakan yang telah dipilih perlu mencari tangkai padi yang sama
seperti padi yang diberikan kepadanya. Kegagalan untuk mendapatkan atau
membayar kembali Sugal tersebut akan menyebabkan mereka didenda iaitu
perlu meminum minuman tradisi (Basog/Kinomol) selesai sahaja aktivti
mongomot pada hari itu. Permainan Sugal masih lagi dimainkan pada hari ini
setiap kali musim mongumo dijalankan. Selain daripada ingin memelihara
tradisi ini, ia juga bertujuan untuk mengurangkan rasa penat atau rasa terlalu
lama menunggu hari senja ketika sedang mengatam padi. Dengan kata lain, ia
bertujuan untuk hiburan semata-mata semasa aktiviti mengatam padi
dijalankan.

3.5 CARA MONGOMOT PADI

Bagi mongomot padi yang telah masak, terdapat dua cara yang biasanya digunakan
oleh Sanganu dumo iaitu sama ada disongol atau disimpan terus ke dalam karung
menggunakan Lingaman.

3.5.1 Songol

Songol adalah cara mongomot bagi padi yang sudah masak tetapi padi masih
basah dan perlu dijemur. Padi yang telah diomot biasanya dalam segengam,
akan diikat menggunakan Kurulu yang besar dan kuat bagi mengelakkan padi
tersebut berhamburan. Padi yang telah disongol kemudiannya akan diletakkan
di Salayan selama dua atau tiga hari dibawah sinaran matahari yang terik
(Tontor) bagi tujuan pengeringan. Jika padi yang basah tidak dikeringkan
terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam karung, maka padi tersebut
akan tumbuh semula di dalam karung dan ianya akan menyebabkan beras yang
dimasak akan berasa pahit. Oleh itu, ianya perlu dikeringkan dahulu sebelum
dimasukkan ke dalam karung.

60
3.5.2 Dimasukkan terus ke dalam karung

Cara mongomot ini pula adalah cara yang lebih mudah daripada Songol. Hal ini
kerana, kerjanya agak kurang kerana setelah padi diomot ianya boleh
dimasukkan terus ke dalam karung. Cara ini biasanya digunakan untuk padi
yang telah kering sepenuhnya dan boleh dimasukkan terus ke dalam karung.
Bagi meringankan kerja, padi yang diomot biasanya akan dikumpulkan dahulu
ke dalam sebuah baldi dan setelah baldi tersebut penuh, barulah padi-padi
tersebut akan dipindahkan ke dalam karung yang telah disediakan mengikut
jenis padi.

3.6 CARA MEMISAHKAN BUAH PADI DARIPADA TANGKAINYA

Setelah padi tersebut dikeringkan, maka barulah proses pengasingan buah padi
daripada tangkainya boleh dilakukan. Pengasingan buah padi daripada tangkainya
boleh dilakukan melalui dua cara iaitu mongogis dan momompog/mongupog.

3.6.1 Mongogis

Mongogis merupakan satu cara pengasingan padi daripada tangkainya yang


dilakukan menggunakan tangan dengan cara menggunakan tutup botol
sederhana besar atau sudu. Cara ini sedikit lambat kerana perlu mengasingkan
buah padi daripada satu tangkai ke satu tangkai dengan posisi duduk dan kaki
bersila.

3.6.2 Momompog/Mongupog
Momompog/mogupog pula merupakan satu cara dimana padi diasingkan
daripada tangkainya dengan cara memijak padi seakan-akan sedang
membasuh kain. Padi daripada karung akan ditumpahkan di atas Gagaan yang
besar lalu dipijak sehingga semua buah padi habis tertanggal daripada Kurulu.
Cara ini pula lebih cepat daripada mongogis kerana lebih banyak jumlah padi
yang boleh diasingkan daripada tangkainya dalam satu masa. Walau
bagaimanapun, cara ini sedikit memenatkan kerana ianya dilakukan dalam
keadaan posisi berdiri dan memerlukan tenaga yang banyak.

61
3.7 CARA MENJADIKAN PADI SEBAGAI BERAS

Setelah padi habis dikogis atau dipompog, padi-padi ini akan dijemur di bawah Tontor
terlebih dahulu sebelum boleh diproses menjadi beras sepenuhnya (vagas). Ianya
bertujuan untuk mengelakkan padi tersebut daripada hancur apabila di tumbuk atau
dikisar kelak. Untuk menjadikan padi kepada beras, terdapat dua cara yang digunakan
iaitu sama ada monutu/ditutu (menumbuk padi) atau mesin pengisar.

3.7.1 Monutu/ditutu

Cara ini merupakan satu cara tradisional yang sehingga kini masih sangat
dominan dilakukan dalam kalangan masyarakat dusun Labuk. Cara ini boleh
dilakukan sama ada seorang diri atau berpasangan yang dipanggil sebagai
misaud. Padi akan ditumpahkan ke dalam Tosung lalu ditumbuk menggunakan
Toolu (penumbuk padi). Alat ini berbentuk seperti lesung batu tetapi ianya
bersaiz besar dan diperbuat daripada sejenis batang kayu yang keras, tahan
dan berkualiti. Batang kayu tersebut dilubangkan di tengah-tengahnya untuk
meletakkan padi yang ingin ditumbuk. Cara ini sedikit penat kerana prosesnya
agak lama dan dilakukan secara berulang sebanyak dua atau tiga kali untuk
memastikan kulit padi benar-benar tertanggal habis. Pada tahap pertama, padi
ditumbuk beberapa minit sehinga hancur. Setelah itu, padi akan diletakkan ke
dalam Rilibu (nyiru) untuk diatap bagi membuang ampas padi (parok). Jika
masih terdapat padi yang kulitnya belum tertanggal (puun), maka ianya akan
dimasukkan semula ke dalam Tosung untuk ditutu (ditumbuk) sehinggalah kulit
padi benar-benar habis tertanggal. Walaupun cara ini sedikit penat, namun
bagi penduduk dusun Labuk, mereka lebih suka menggunakan cara ini kerana
berasnya lebih wangi berbanding padi yang dikisar.

62
Foto 5: Tosung (Tempat menumbuk padi)
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Foto 6: Toolu (penumbuk padi)


Sumber: Kajian Lapangan, 2018

3.7.2 Mesin pengisar


Bagi cara ini pula, padi yang telah dijemur akan dihantar ke mana-mana kedai
yang mempunyai mesin pengisar padi untuk dikisar. Cara ini lebih cepat iaitu
63
dalam 15 ke 20 minit bergantung kepada mesin pengisar yang digunakan.
Kualiti berasnya tidaklah sebaik beras yang ditutu kerana kebanyakkan padi
yang dikisar berasnya akan hancur. Selain itu, berasnya juga tidak sewangi
padi yang ditutu dan adakalanya masih terdapat banyak padi yang kulitnya
belum tertanggal. Sama halnya dengan padi yang ditutu, padi yang dikisar
masih perlu diatap setelah dikisar untuk membuang parok dan puun.

3.8 CARA MEMBUANG PAROK DAN PUUN PADI

Untuk mengasingkan parok dan puun pula, ianya menggunakan Rilibu (nyiru) yang
bersaiz sederhana besar. Terdapat dua cara yang digunakan untuk membuang parok
dan puun iaitu mengatap dan meniri. Kedua-dua cara ini mempunyai posisi yang
tersendiri untuk membuang parok dan puun daripada padi yang telah ditumbuk atau
dikisar.

Foto 7: Rilibu (nyiru) yang digunakan untuk mengasingkan parok dan puun

Sumber: Kajian Lapangan, 2018

64
Foto 8: Cara dan posisi mengatap

Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Foto 9: Cara dan posisi meniri

Sumber: Kajian Lapangan, 2018

65
Foto 8 menunjukkan cara dan posisi untuk mengatap padi. Mengatap biasanya
dilakukan sama ada padi ditumbuk atau dikisar. Mengatap biasanya bertujuan untuk
mengasingkan atau membuang parok pada padi yang telah ditumbuk atau dikisar
sebelum siap untuk dimasak. Foto 9 pula menunjukkan cara dan posisi meniri dimana
posisi ini dilakukan dengan cara Rilibu diserongkan sedikit ke bawah untuk
mengumpulkan puun parai. Meniri sedikit sukar dilakukan kerana ianya memerlukan
kepakaran berbanding mengatap. Kebiasaanya, hanya golongan tua sahaja yang
kebanyakannya menggunakan cara ini kerana mereka lebih berpengetahuan dan
berpengalaman dalam memperaktikkan cara dan posisi ini. Walau bagaimanapun,
mengatap juga boleh dilakukan untuk mengasingkan puun padi namun ianya sedikit
lambat dan mengambil masa yang agak lama untuk mencari puun pada beras yang
telah ditutu.

3.9 CARA MENJAGA DAN MERAWAT PADI

Pada kebiasaannya, penjagaan padi huma dalam masyarakat dusun Labuk boleh dilihat
melalui dua cara iaitu penjagaan secara fizikal dan penjagaan secara ritual. Kedua-dua
cara ini masih diamalkan sehingga kini setiap kali aktiviti penanaman padi huma
dijalankan.

3.9.1 Penjagaan Secara Fizikal

Penjagaan padi secara fizikal biasanya boleh dilihat semasa aktiviti momuau
dan mongomot. Penjagaan secara fizikal ini kebiasaanya lebih kepada
penggunaan material seperti Turolu, Tompukili, tin-tin kosong, bamboo dan
sebagainya. Tujuan penggunaan material ini adalah untuk menghalau burung
daripada memakan padi tersebut. Selain itu, Sanganu dumo juga biasanya
menggunakan racun rumput atau serangga untuk mengelakkan padi daripada
diganggu oleh serangga perosak atau haiwan perosak seperti ular, tikus dan
kumbang. Penjagaan padi secara fizikal selalunya diamalkan oleh mereka yang
sudah meninggalkan kepercayaan animisme dan memeluk agama kristian bagi
masyarakat dusun Labuk. Walau bagaimanapun, masih terdapat juga golongan
yang masih percaya kepada amalan penjagaan ritual walaupun sudah
mempunyai kepercayan agama kerana mereka menganggap bahawa ianya
membantu dalam menjaga dan merawat padi daripada rosak.
66
3.9.2 Penjagaan Secara Ritual

Penjagaan padi secara ritual pula majoritinya diamalkan oleh golongan tua
yang masih berpegang teguh pada kepercayaan animisme. Dalam konteks
penanaman padi huma, penjagaan padi secara ritual biasanya dijalankan
apabila padi didapati mengalami penyakit. Antara amalan penjagaan padi
secara ritual adalah seperti:

a) Menggunakan Tujuh Jenis Daun Hutan


Menurut puan Biana (67 tahun), kebiasaannya, Sanganu dumo yang
kerap membuka ladang padi huma pada setiap tahun sering
berhadapan dengan satu musim di mana serangga perosak sangat
sukar dikawal walaupun menggunakan pelbagai racun serangga
perosak. Masalah padi ‘posisangon’ merupakan antara salah satu
penyakit padi yang sukar dikawal oleh Sanganu dumo. Oleh yang
demikian, untuk mengatasi masalah ini, satu ritual akan dijalankan oleh
Sanganu dumo dengan menggunakan tujuh jenis daun hutan. Ketujuh-
tujuh jenis daun hutan ini akan ditumbuk sehingga hancur lalu
diletakkan di dalam tempurung kelapa. Pada setiap pukul enam petang,
Sanganu dumo akan merenjiskannya ke seluruh padi dengan
menggunakan daun serai. Semasa melakukan ritual ini, satu babar
akan diucapkan yang berbunyi demikian:

‘ insodu konou tongo torual, ada noh mangangu diti parai jah, ada
konou gumunguli siti ongoi konou insodu ’

(Jauh lah kamu penyakit, janganlah ganggu padi kami, jangan lah kamu
kembali ke sini, pergilah kamu jauh)

Sepanjang upacara ini dijalankan, orang lain termasuk Sanganu dumo


sendiri tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam ladang tersebut selama
seminggu. Jika pantang ini gagal dipatuhi atau dilanggar, maka penyakit
padi akan kembali lagi seperti asalnya.

b) Menggunakan Basog/Kinomol
Menurut puan Jatah (43 tahun), terdapat juga cara untuk menjaga padi
yang rosak akibat penyakit posisangon menggunakan Basog/Kinomol .

67
Melalui cara ini pula, Sanganu dumo perlu mengambil sebatang kayu
kecil lalu mencari salah satu pokok padi yang mengalami penyakit.
Basog/kinomol akan dibungkus menggunakan surat khabar lalu
ditanam ke dalam tanah berhampiran dengan pokok padi yang
berpenyakit. Setelah selesai menanam Basog/kinomol, kayu tersebut
perlu dipacakkan di atas Basog/Kinomol yang telah ditanam sebagai
petanda bahawa Sanganu dumo telah melakukan ritual tersebut.
Namun demikian, ritual ini biasanya dilakukan secara senyap-senyap
tetapi masih membenarkan orang lain untuk memasuki ladang tersebut.

c) Menanam Sejenis Tumbuhan (Tuvo)


Penjagaan dan rawatan padi yang berpenyakit boleh juga dilakukan
dengan cara menanam sejenis tumbuhan yang dipanggil sebagai Tuvo
dalam kalangan penduduk masyarakat dusun Labuk. Tumbuhan ini akan
ditanam sama ada di disan dumo atau pun mana-mana kawasan ladang
yang dirasakan sesuai oleh Sanganu dumo. Selepas tumbuhan ini
ditanam, orang luar tidak dibenarkan untuk memasuki ladang tersebut
selama tiga hari kecuali Sanganu dumo. Jika pantang ini dilanggar,
sama halnya penyakit padi akan kembali dan sogit akan dikenakan
kepada orang lain yang memasuki ladang tersebut. Sogit yang
dikenakan biasanya seekor ayam sama ada puunan atau tandaa
bergantung kepada permintaan Sanganu dumo.

3.10 PANTANG LARANG SEMASA MOMUAU DAN MONGOMOT

Semasa aktiviti momuau dan mongomot dijalankan oleh Sanganu dumo, terdapat
beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan padi daripada rosak
atau habis dimakan oleh burung. Antara pantang larang pada musim momuau dan
mongomot adalah seperti:

3.10.1 Tidak Boleh Memasuki Kawasan Ladang Sanganu dumo


Selepas Ritual Manga’raa manuk Dijalankan

Semasa Sanganu dumo menjalankan upacara Manga’raa manuk, orang luar


tidak boleh masuk ke dalam padi selama tiga hari. Apabila ada antara saudara-
68
mara atau sahabat handai yang ingin memasuki ladang tersebut, mereka harus
memberi isyarat kepada Sanganu dumo dengan cara memberitahu ‘uuti oku
tumatad’ (saya di sini mahu masuk/datang) daripada luar pagar yang memagari
padi tersebut. Selepas itu, barulah sanganu dumo akan membenarkan mereka
masuk ke kawasan ladang. Jika mereka tidak berbuat demikian, maka ianya
akan dianggap kopisulang (tidak menghormati upacara yang dijalankan oleh
Sanganu dumo) dan akan dikenakan sogit.

3.10.2 Tidak Boleh Memarahi atau Mengeluarkan Kata-kata Kesat


kepada Burung (Mongolodut)

Semasa berada di ladang terutamanya musim momuau, Sanganu dumo tidak


dibenarkan mongolodut burung-burung ketika menjaga atau menghalau
burung. Hal ini kerana, masyarakat dusun Labuk mempercayai bahawa
burung-burung yang datang untuk memakan padi akan bertambah banyak jika
burung-burung ini terdengar Sanganu dumo mengeluarkan kata-kata kesat
atau tidak sopan. Sebagai contoh, ‘mondou dikau pirit’ (bodoh kau burung)
atau ‘kurang ajar punya burung’. Dengan kata lain, burung-burung ini
dipercayai akan menjadi marah dan membalasnya dengan memakan padi-padi
yang telah ditanam. Situasi ini adakalanya benar-benar terjadi apabila Sanganu
dumo sering mongolodut burung-burung ketika momuau dan sebahagian padi
akan nokotulud.

3.10.3 Tidak Boleh Membuang Air Besar di Kawasan Ladang /Disan


dumo
Menurut puan Alisnah Jaya (42 tahun), semasa musim momuau sehinggalah
selesai aktiviti momuau, Sanganu dumo tidak dibenarkan untuk membuang air
besar di kawasan ladang ataupun di disan dumo. Hal ini akan menyebabkan
burung-burung akan bertambah banyak jika pantang ini tidak dipatuhi oleh
Sanganu dumo. Semasa musim mongomot juga, Sanganu dumo atau rakan-
rakan yang datang untuk mongomot di ladang tersebut tidak dibenarkan untuk
membuang air besar. Jika ada di antara mereka yang ingin membuang air
besar, mereka harus pergi jauh daripada kawasan ladang untuk membuang air
besar. Sanganu dumo hanya dibenarkan untuk membuang air kecil sahaja di
69
kawasan ladang untuk mengelakkan ladang daripada nokotulud dimakan oleh
burung-burung.

3.10.4 Tidak Boleh Membawa Makanan-makanan Masam ke


Ladang(Topodi )
Menurut puan Lina (55 tahun), Sanganu dumo juga tidak dibenarkan untuk
membawa makanan masam ke ladang kerana mempercayai ianya akan
menyebabkan burung-burung semakin bertambah banyak. Sebagai contoh,
ikan masin, limau, lada atau apa-apa sahaja makanan yang masam apatah lagi
di bawah ke Sulap. Jika Sanganu dumo ingin membawa Topodi ke ladang,
mereka terpaksa berjalan di disan dumo sehinggalah sampai ke Kukub. Topodi
yang dibawa tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa berjalan di tengah-
tengah padi atau ladang (murat).

3.10.5 Tidak Boleh Menurunkan/Menghayunkan Kaki Semasa Berada


di Sulap
Semasa berada di Sulap, kaki tidak boleh diturunkan atau dihayunkan semasa
momuau. Hal ini dipercayai juga akan menyebabkan burung semakin banyak
dan tidak meninggalkan padi walaupun dihalau menggunakan Turolu. Jika hal
ini berlaku, mereka yang momuau terpaksa turun murat ke padi atau di mana
burung tersebut berada untuk menghalaunya. Selain itu, semasa berada di
Sulap juga, tidak dibenarkan menyanyi atau membuat bising kerana bimbang
burung-burung akan mendengarnya lalu datang ke ladang memakan padi. Bagi
mengelakkan Sanganu dumo berasa sunyi semasa berada di Sulap, mereka
akan membuat satu layang-layang (Togudi) yang akan diterbangkan biasanya
pada musim angin bertiup sepoi pada waktu petang sehinggalah ladang Oolis
dan mereka boleh pulang ke rumah. Layang-layang tersebut akan ditinggalkan
di ladang untuk digunakan pada hari seterusnya sehinggalah ladang nokotu.

3.10.6 Tidak Boleh Membakar Kurulu Padi


Pada musim mongomot, Kurulu padi yang dikumpul sama sekali tidak boleh
dibakar. Kurulu yang ingin dibuang biasanya akan dijadikan penyapu seperti
penyapu lidi untuk digunakan di kukub. Selain itu, jika Kurulu sudah tidak mahu
digunakan lagi, Sanganu dumo perlu membuangnya begitu sahaja di disan

70
dumo tetapi tidak boleh dibakar. Hal ini kerana, apabila Kurulu dibakar, ianya
akan menyebabkan Ambarayon berasa marah dan mereka yang membakarnya
akan menjadi demam selama beberapa hari. Kurulu biasanya akan ditinggalkan
di Kukub selepas mongupog atau mongogis. Kurulu jarang sekali dibawa
pulang ke rumah dan kalau ada pun hanya sedikit sahaja jika Sanganu dumo
tidak sempat mengasingkan buah padi daripada Kurulu semasa berada di
Kukub.

3.10.7 Tidak Boleh Bermain di Padi


Semasa musim mongomot, biasanya kanak-kanak suka bermain atau berlari-
lari di ladang di kawasan yang telah diomot. Kanak-kanak tidak dibenarkan
untuk bermain di kawasan padi sama ada yang sudah atau belum diomot
kerana ianya akan menyebabkan Ambarayon marah dan kecil hati. Kanak-
kanak yang bermain di padi juga biasanya akan menjadi demam selama
beberapa hari. Hal ini kerana, kanak-kanak yang bermain di padi dipercayai
telah dirotan oleh Ambarayon sehingga menyebabkan mereka demam. Selain
itu, tujuan lainnya juga adalah untuk mengelakkan daripada padi rosak dipijak
oleh kanak-kanak sebelum diomot. Seterusnya, ianya juga untuk mengelakkan
daripada badan gatal-gatal akibat terkena habuk atau serangga yang terdapat
di ladang (togod).

3.10.8 Orang Lain Tidak Dibenarkan Berada di Garajad Sanganu Dumo


Menurut En. Kamilus Dian, orang lain tidak dibenarkan untuk datang atau
berada di Garajad Sanganu dumo. Jika ada orang lain yang menaiki atau
berada di Garajad Sanganu dumo, maka ini akan menyebabkan mereka
koutang (berhutang) dan boleh dikenakan sogit. Selain itu, ianya juga akan
menyebabkan padi Sanganu dumo berkurangan jika ada orang lain yang
datang ke Garajad tersebut (otorikan). Hanya Sanganu dumo sahaja yang
dibenarkan untuk berada di Garajad ladang masing-masing.

3.11 KEPENTINGAN PADI HUMA KEPADA MASYARAKAT DUSUN LABUK

Selain daripada menjadi bekalan makanan utama, padi huma yang telah siap diproses
juga digunakan dalam pembuatan minuman tradisi masyarakat dusun bukan sahaja
71
dusun Labuk tetapi juga beberapa entik lain dalam rumpun Dusunic. Antara contoh
minuman tradisi yang dihasilkan menggunakan beras ialah:

3.11.1 Tumpung

Tumpung merupakan antara minuman tradisi yang sangat digemari dalam


kalangan penduduk dusun Labuk. Tumpung diperbuat daripada nasi yang
dicampurkan dengan ragi. Bagi minuman ini, nasi yang telah dicampurkan
dengan ragi akan dimasukkan ke dalam sebuah botol air mineral berukuran
1500ml yang mana botolnya telah dipotong separuh. Setelah nasi tersebut
dimasukkan, permukaan botol yang telah dipotong akan ditutup menggunakan
surat khabar atau plastik lalu diikat menggunakan getah dengan ketat.
Pembuatan Tumpung dibuat semasa aktiviti mongurak dalam jumlah yang
banyak antara 50 sehingga 100 botol.

a) Cara Minum Tumpung

Bagi minuman ini, ianya diminum secara berseo’rangan. Dengan kata


lain, setiap seorang memiliki satu botol Tumpung dan bukannya
berkongsi dengan rakan yang lain. Air Tumpung yang habis diminum
akan diisi semula sehinggalah rasanya menjadi tawar barulah digantikan
semula dengan Tumpung yang baru. Tumpung juga biasanya diminum
dalam masa sejam atau dua jam sahaja tidak seperti Basog/Kinomol
yang boleh bertahan selama satu minggu. Air Tumpung biasanya
diminum menggunakan plastic straw.

3.11.2 Linutau/Tinimbalou

Linutau/tinimbalou pula merupakan sejenis minuman tradisi penduduk dusun


Labuk yang juga diperbuat daripada nasi dan ragi. Linutau/Tinimbalou
dihasilkan dengan cara memerah air daripada nasi menggunakan kain bersih
dan dikumpulkan ke dalam botol berukuran 1500ml atau ke dalam jug air
sebelum diagih-agihkan kepada mereka yang hadir pada waktu tidak kira
mereka yang terlibat dalam aktiviti mangasok ataupun yang hadir hanya untuk
minum bersama sahaja.

72
a) Cara Minum Linutau/Tinimbalou

Cara untuk meminum minuman ini pula adalah dengan cara


menuangkan air Linutau/Tinimbalou ke dalam gelas dan diberikan
kepada seorang demi seorang bagi mereka yang biasa minum minuman
ini. Linutau/Tinimbalou akan diagihkan serentak semasa Basog/Kinomol
diminum. Biasanya, Linutau/kinomol hanya akan dihasilkan dalam lima
hingga empat botol sahaja.

3.12 PROSES SELEPAS AKTIVITI MENANAM PADI

Selepas semua aktiviti selesai, semua padi yang telah diiomot yang diletakkan di
dalam Garajad akan dikira terlebih dahulu untuk tujuan memastikan jumlah padi yang
diperoleh pada tahun tersebut. Setelah itu, barulah Sanganu dumo akan memanggil
saudara mara untuk membantu mengangkut (mangakut) padi-padi tersebut pulang
ke rumah. Padi-padi yang diangkut ke rumah ini pula akan dikumpulkan di satu tempat
yang dipanggil sebagai kokob. Kokob diperbuat daripada sejenis kulit kayu yang tebal
yang diperolehi di hutan. Panjang dan lebarnya berukuran 4 kaki. Kokob berbentuk
bulat dan padi-padi akan dikumpulkan di dalam kokob tersebut. Dengan kata lain,
Garajad merupakan tempat penyimpanan padi sementara yang dibuat di ladang,
manakala Kokob pula merupakan tempat penyimpanan padi yang dibuat di rumah
Sanganu dumo. Walau bagaimanapun, penggunaan Kokob pada masa kini tidak lagi
banyak diamalkan atas sebab kekangan masa untuk mencari kulit kayu yang sesuai
dan juga generasi masa kini yang tidak mempunyai pengalaman untuk membuat
Kokob tersebut.

Setelah padi-padi ini habis diangkut, maka satu acara makan bersama pula
akan diadakan oleh Sanganu dumo di rumahnya sebagai tanda untuk menghargai
pertolongan yang diberikan oleh saudara-maranya. Setelah seminggu berlalu, barulah
Sanganu dumo akan kembali ke ladang untuk memungut semula Turolu, Tompukili
dan beberapa peralataan yang lain bagi kegunaan pada masa akan datang. Ladang
yang telah habis dituai padi-padinya di panggil sebagai nokotu. Nokotu menandakan
bahawa Sanganu dumo telah selesai dalam proses penanaman padi huma pada tahun
itu dan meninggalkan kawasan ladang tersebut. Ladang yang ditinggalkan dipanggil

73
sebagai tarapa atau bekas ladang kepada Sanganu dumo. Nokotu biasanya pada
bulan November atau awal bulan Disember sebelum menjelang perayaan Krismas.

74
BAB 4: CABARAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MASYARAKAT
DUSUN LABUK DALAM PENANAMAN PADI HUMA MASA KINI

4.1 PENGENALAN

Seiring dengan era pemodenan ini, kegiatan pertanian yang semakin pesat
berkembang sememangnya tidak dapat dinafikan. Populasi penduduk yang saban hari
terus meningkat mendorong lagi sektor pertanian terus berkembang sama ada di
bandar mahupun luar bandar. Dalam sektor pertanian, terdapat pelbagai aspek yang
perlu diambil kira antaranya ialah pemilikan tanah. Tanah dapat ditakrifkan melalui
pelbagai kepakaran dan pengetahuan. Bagi seorang petani, tanah merupakan medium
untuk tumbesaran tanaman. Bagi ilmu pedologi, ia mensifatkan tanah sebagai bahan
semulajadi yang terbentuk oleh tindakan atmosfera ke atas bahan induk. Dalam aktiviti
penanaman padi huma, tanah yang dikatakan sangat sesuai untuk aktivti pertanian
seperti ini ialah tanah sifat asid sulfat.

Dalam bab ini, topik utama yang cuba dikupas oleh pengkaji adalah cabaran
petani dalam menjalakan pertanian padi huma pada masa kini khususnya bagi
masyarakat dusun Labuk. Seperti petani-petani yang lain, terdapat pelbagai cabaran
kepada petani masa kini yang merangkumi beberapa aspek seperti persaingan tanah,
penggunaan teknologi, kekurangan sumber pembiayaan, perubahan iklim dan
gangguan hidupan liar. Pembangunan dan perubahan sosial yang berlaku secara
drastik di bumi yang nyata pada hari ini menampakkan lagi dengan jelas tentang
cabaran dan masalah yang dihadapi oleh petani pada hari ini.

Seterusnya, pengkaji akan membincangkan dengan lebih terperinci di halaman


yang seterusnya mengenai cabaran dan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kg.
Bauto mengenai penanaman padi huma. Semua cabaran dan masalah yang
dibincangkan dalam bab ini merupakan antara cabaran yang wujud selepas penduduk
mula mengenali aktiviti pertanian yang lain yang mampu memberikan keuntungan.
Menyentuh soal politik pula, isu tanah yang menjadi topik perdeba’tan hangat di Kg.
Bauto sehingga kini merupakan cabaran terbesar bagi penduduk di kampung ini.
Tambahan pula, populasi penduduk yang semakin bertambah di kawasan ini

75
menyumbang lagi kepada pembangunan yang drastik. Selain itu, cabaran dan masalah
yang dibincangkan dalam penyelidikan ini juga adalah antara cabaran dan masalah
yang masih berlaku pada hari ini dan tidak menunjukkan tanda noktahnya walaupun
Kg. Bauto terletak di kawasan luar bandar.

4.2 CABARAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PETANI DI KG. BAUTO

4.2.1 Persaingan Tanah


Masalah persaingan tanah yang menjadi topik utama dalam sektor pertanian
pada masa kini bukan sahaja hangat dibicarakan dalam kalangan petani di
kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar. Menurut seorang
responden, En. Kaban (80 tahun), penanaman padi huma pada suatu ketika
dahulu adalah sangat mudah dan bebas kerana penduduk masih tidak terlalu
mengambil berat mengenai gazet atau geran tanah penduduk. Persaingan
tanah hanya muncul bilamana kerajaan mula mengazetkan tanah kepada setiap
penduduk di Kg. Bauto sekitar awal tahun 20-an. Kesedaran penduduk tentang
pemilikan tanah telah mengubah corak pertanian padi huma daripada yang
berbentuk bebas kepada terhad. Menurut beliau lagi, pada tahun-tahun
sebelumnya, sistem pertanian padi huma yang dijalankan oleh penduduk Kg.
Bauto bergantung kepada kesesuaian dan kesuburan tanah dan bukannya
kepada gazet tanah. Tambahan pula, kehidupan masyarakat dusun Labuk
sebelum ini adalah bersifat nomad. Oleh itu, petempatan mereka adalah
bersifat dinamik. Rumah yang dibina oleh masyarakat dusun Labuk pada ketika
itu adalah bergantung pada tanah yang dirasakan sesuai untuk dijadikan
kawasan penanaman padi huma.

Persaingan tanah pada ketika itu tidak berlaku kerana masyarakat lebih
mementingkan pertanian berbanding pemilikan tanah. Jika petani merasakan
tanah yang mereka diami ketika itu memberikan hasil padi yang baik, maka
mereka akan menetap di kawasan tersebut selama dua atau tiga tahun.
Penduduk biasanya akan mengamalkan satu sistem yang dikenali sebagai
bolikon batang/balik batang. Sistem ini merupakan satu sistem dimana petani
menjalankan penanaman padi huma di kawasan yang sama sebanyak dua atau
tiga kali. Menurut En. Diris pula, sistem bolikan batang/balik batang pada
76
suatu ketika dahulu sangat jarang diamalkan walaupun kawasan tersebut
memberikan hasil padi yang baik. Hal ini kerana, penanaman padi huma yang
dijalankan di tempat yang sama sebanyak dua atau tiga kali biasanya
kawasannya agak semak dan terlalu banyak rumput. Menurut beliau lagi,
petani biasanya akan mencari satu kawasan yang baru yang tidak pernah
digunakan untuk penanaman padi huma atau sudah ditinggalkan selama dua
atau tiga tahun.

Pada kebiasaannya, sifat tanah yang dikategorikan baik untuk


penanaman padi huma adalah tanah yang berpasir dan kehitam-hitaman.
Secara biologinya, tanah jenis ini disifatkan sebagai tanah asid sulfat.
Penanaman padi huma yang dijalankan di atas tanah asid sulfat bukan sahaja
banyak dijalankan di Malaysia tetapi juga di beberapa negara lain seperti
dataran Bangkok Thailand (Charoenchamratcheep et.,al 1981). Bagi
masyarakat petani dusun Labuk pula, tanah jenis ini banyak didapati di
kawasan pinggir Sungai Labuk. Namun, kebebasan petani dalam menjalankan
pertanian padi huma pada masa kini sangat terhad dan boleh dikatakan hanya
tinggal 50% sahaja lagi petani yang menjalankan penanaman padi huma.
Punca utama kepada penurunan peratusan ini adalah disebabkan oleh
kekurangan dan ketiadaan kawasan untuk menjalankan penanaman padi huma.
Sejak kerajaan telah mengazetkan tanah kepada setiap isi rumah penduduk di
kampung ini, maka semua kawasan termasuk kawasan pinggir Sungai Labuk
telah dimiliki oleh isi rumah tertentu dan petani tidak boleh sesuka hati masuk
ke kawasan tanah orang lain apatah lagi menjalankan penanaman padi huma di
kawasan tersebut.

77
Foto 10: Larangan masuk kawasan tanah yang telah digazetkan
Sumber: Gambar diambil semasa berada di lokasi kajian

Selain itu, penanaman kelapa sawit yang menjadi tumpuan ramai


penduduk yang lebih berkemampuan berbanding petani yang lain juga menjadi
faktor kepada kesukaran untuk mencari kawasan yang sesuai untuk
menjalankan penanaman padi huma. Lantaran itu, sebilangan petani yang
mempunyai tanah sendiri pula tanahnya tidak sesuai untuk dijadikan kawasan
penanaman padi huma.

78
Foto 11: Ladang kelapa sawit berhampiran Sungai Labuk

Sumber: Gambar diambil semasa berada di lokasi kajian

Foto di atas merupakan salah satu ladang kelapa sawit yang terbesar di
Kg. Bauto. Kawasan ini menjadi tumpuan petani pada tahun-tahun sebelumnya
untuk menjalankan penanaman padi huma. Kini, kawasan ini tidak boleh lagi
dimasuki oleh orang luar kecuali pemilik tanah dan kebun kelapa sawit ini.
Kebun ini dimiliki oleh salah seorang penduduk yang juga merupakan penduduk
di Kg. Bauto dan antara petani yang pernah mengusahakan padi huma
sebelumnya. Oleh yang demikian, petani yang ingin menjalankan padi huma
pada hari ini di Kg. Bauto perlu bersaing sesama petani yang lain untuk
mencari kawasan yang sesuai untuk penanaman padi huma dan belum
digazetkan. Selain itu, sistem bolikan batang/balik batang pada masa kini
kerap diamalkan oleh para petani disebabkan kesukaran untuk mencari
kawasan penanaman padi huma. Amalan berkongsi ladang padi huma juga kini
menjadi kebiasaan para petani di Kg. Bauto akibat daripada persiangan tanah.
Sebagai contoh, saudara-mara atau adik-beradik akan mengusahakan satu
kawasan yang sama secara bergotong-royong sehinggalah selesai proses
mongumo dan hasil padi yang diperolehi pula akan dikongsi bersama. Konflik
sudah menjadi kebiasaan berlaku akibat daripada ketidakpuasan hati
pembahagian hasil padi antara adik-beradik atau saudara-mara.

79
4.2.2 Penggunaan Teknologi
Penggunaan teknologi dalam sektor pertanian adalah suatu insentif yang baik
bagi para petani. Penggunaan teknologi bukan sahaja mampu menjimatkan
masa tetapi juga mampu mempercepatkan suatu pekerjaan dalam jangka masa
pendek. Walau bagaimanapun, tidak semua golongan petani dapat menikmati
kemudahan teknologi khususnya di kawasan luar bandar. Penanaman padi
huma yang dijalankan di Kg. Bauto adalah bersifat tradisional. Pertanian yang
bersifat tradisional biasanya sering disinonimkan dengan peralatan-peralatan
tradisional seperti sabit, cangkul, parang dan sebagainya.

Ketiadaan pengunaan teknologi dalam sistem pertanian padi huma oleh


masyarakat petani dusun Labuk di Kg. Bauto biasanya menjadi antara cabaran
yang besar bagi petani di kawasan ini. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja
memakan masa yang agak lama, tetapi juga memerlukan guna tenaga yang
ramai. Pertanian padi huma yang dijalankan secara tradisional ini biasanya
dilakukan secara beramai-ramai yang terdiri daripada saudara-mara atau ahli
keluarga. Jika tidak, maka bebanan kerja akan menjadi sedikit berat kerana
banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan. Kerja-kerja daripada peringkat awal
sehinggalah selesai proses mongumo dijalankan secara manual tanpa
bergantung dengan apa-apa kemudahan teknologi. Penggunaan peralatan
pertanian yang masih bersifat tradisional ini juga menyebabkan proses awal
dalam penanaman padi huma mengambil masa yang agak lama sebelum
aktiviti mangasok dijalankan.

Foto 12: Responden sedang menebang pokok pisang menggunakan parang

Sumber: Gambar diambil semasa berada di lokasi kajian


80
Pengkaji sendiri telah turun ke kawasan ladang penanaman padi huma
dan melakukan pemerhatian terhadap penggunaan peralatan tradisional. Selain
parang, petani padi huma juga gemar menggunakan sejenis parang pendek
yang dikenali sebagai kayapu. Kayapu biasanya digunakan untuk merumput
tetapi boleh juga digunakan untuk menebang pokok-pokok bersifat lembut
seperti pokok pisang.

Foto 13: Parang pendek atau Kayapu

Sumber: Gambar di ambil semasa berada di rumah responden

Seperti yang telah dibincangkan pada bab sebelumnya, aktiviti


mongomot atau menuai padi juga dijalankan secara tradisional bukannya
menggunakan teknologi. Penggunaan teknologi yang ada hanya untuk
mengisar padi sahaja setelah selesai proses mongumo selesai. Oleh yang
demikian, kemudahan teknologi adalah sesuatu yang diharapkan oleh
masyarakat petani di kampung ini agar penanaman padi huma dapat dijalankan
dengan lebih insentif dan mudah.

4.2.3 Kekurangan Sumber Pembiayaan


Kekurangan sumber pembiayaan dalam pertanian padi huma juga merupakan
antara cabaran yang dihadapi oleh masyarakat petani padi huma di Kg. Bauto.
Walaupun terdapat Jabatan Pertanian Telupid di daerah ini, namun ianya tidak
terlalu menitikberatkan tentang pertanian padi huma. Kebiasaannya, hanya
pertanian seperti kelapa sawit sahaja yang menjadi tumpuan mereka. Baja dan

81
racun serangga perosak yang disyorkan lebih kepada penjagaan ladang kelapa
sawit. Oleh yang demikian, petani terpaksa turun ke bandar utama seperti
Sandakan untuk mendapatkan racun serangga perosak yang sesuai digunakan
dalam penjagaan padi huma.

Tambahan pula, pertanian padi huma yang diusahakan oleh petani


bukan untuk tujuan jual beli dan hanya dijadikan bekalan makanan sendiri
sahaja. Di kawasan Pekan Telupid, baja atau racun serangga perosak hanya
boleh didapatkan semasa tamu hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.
Walaupun begitu, ianya juga bergantung kepada pembekal baja dan racun
serangga jika baja dan racun ini masih ada atau tidak. Kekurangan sumber
pembiayaan ini juga yang mendorong sesetengah petani untuk tidak mahu
menjalankan kegiatan penanaman padi huma lagi kerana tidak mempunyai
waktu yang banyak untuk mengawal gangguan serangga perosak.

4.2.4 Perubahan Iklim


Dari sudut perubahan iklim, kajian empirikal mengenai perubahan iklim telah
banyak dilakukan oleh pengkaji. Kebanyakkan kajian adalah bertujuan untuk
mengenalpasti dan meramalkan impak atau kesan perubahan iklim ke atas
dunia terutamanya dari segi pengeluaran makanan. (Camhuri et al., 2009)
Taburan hujan memainkan peranan penting dalam pengeluaran dan
penanaman padi huma. Di Kg. Bauto, masalah bekalan air bukanlah satu isu
yang utama dalam penanaman padi huma kerana ianya berhampiran Sungai
Labuk. Bagi petani yang lebih gemar mengusahakan penanaman padi huma di
kawasan rumah, bekalan air paip menjadi punca utama sistem pengairan
kepada pertanian ini. Ini kerana, sumber bekalan air di Kg. Bauto adalah
melalui air bukit dan penduduk bebas menggunakannya tanpa sebarang
bayaran kecuali mereka yang memilih untuk menyalurkan air daripada Jabatan
Air Telupid.

Perubahan iklim menjadi masalah apabila kawasan ini menerima hujan


tahunan dalam satu jangka masa yang agak panjang iaitu pada setiap bulan

82
Februari sehingga bulan Mei. Penerimaan hujan yang berlebihan dan
mengambil masa yang agak panjang ini menganggu proses penanaman padi
kerana para petani tidak dapat turun ke ladang untuk mengerjakan pekerjaan
mereka. Selain itu, suhu yang sentiasa berubah-ubah juga menjadi penghalang
kepada petani untuk mengusahakan tanaman bukan sahaja padi huma tetapi
juga beberapa tanaman yang lain. Pada musim kemarau, petani tidak dapat
mengusahakan tanaman padi huma kerana bimbang tanaman tidak dapat
mengalami tumbesaran yang baik. Selain itu, kebimbangan hutan terbakar juga
berpotensi untuk berlaku pada musim kemarau dan ini membuatkan para
petani tidak mahu menjalankan kegiatan penanaman padi huma pada musim
kemarau apatah lagi pada musim monutud dan mongurak.

Secara biologinya, perubahan iklim sememangnya memberi impak


negatif terhadap tumbesaran padi huma. Dari sudut sosiologinya, perubahan
iklm menyebabkan penduduk kurang berkemampuan di Kg. Bauto kehilangan
tempat bergantung khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan
dan ladang kelapa sawit. Kekurangan bekalan makanan tahunan menjadi
antara kerisauan dan kekhuatiran petani di kampung ini sekiranya perubahan
iklim yang tidak sesuai untuk kegiatan penanaman padi huma berlaku.

4.2.5 Gangguan Hidupan Liar (Gajah Pygmy Borneo)


Sesetengah masyarakat dusun Labuk kebiasaanya hanya akan menjalankan
aktiviti penanaman padi huma di sekitar halaman rumah atau di tanah sendiri
sekiranya tanah tersebut dirasakan sesuai. Walau bagaimanapun, sejak
kebelakangan ini, isu gangguan hidupan liar iaitu gajah Pygmy Borneo yang
semakin menjadi-jadi menyebabkan penduduk tidak mahu lagi menjalankan
kegiatan ini. Gangguan hidupan liar yang sukar dikawal oleh pihak Jabatan
Hidupan Liar (Wildlife Rescue) ini didapati merosakkan tanaman penduduk
kampung bukan sahaja padi huma tetapi juga beberapa tanaman lain seperti
kelapa sawit, pokok pisang, kebun sayur-sayuran dan tanaman-tanaman yang
lain.

83
Foto 14: Gangguan haiwan liar terhadap tanaman dan penduduk Kg. Bauto
Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/03/397042/kajian-
terperinci-tangani-konflik-gajah-di-telupid

Merujuk kepada satu portal berita harian di atas, konflik manusia


dengan gangguan hidupan liar iaitu gajah Pygmy Borneo di Kg. Bauto
merupakan satu konflik jangka panjang yang perlu diselesaikan oleh semua
pihak. Menurut Pengarah Projek Seratau Aatai, Dr Nurzhafarina Othman,
pelaksanaan terhadap pembukaan tanah untuk pembangunan kawasan
termasuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo perlu dilakukan agar tidak
menganggu habitat hidupan liar ini. Jabatan berkaitan iaitu masyarakat
setempat dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu bersedia untuk menyumbang
tenaga dan sumber kewangan dalam usaha mengimbangi kehidupan manusia
dan haiwan liar ini. Suatu perancangan alternatif untuk membuka kawasan
pertanian yang baru agar bebas daripada gangguan hidupan liar ini perlu
dilakukan.
Isu gangguan hidupan liar di kawasan Telupid ini tidak hanya
menganggu tanaman penduduk seperti kelapa sawit tetapi juga penanaman
padi huma. Perkara ini menjadi cabaran kepada penduduk kampung kerana
tanaman mereka bukan sahaja dirosakkan oleh haiwan ini malah, mereka tidak
mendapat ganti rugi. Menurut pengarah Projek Aatai ini lagi, isu ini sudah lama
berlaku namun penduduk di Kg. Bauto baru sahaja mengalaminya. Oleh yang
84
demikian, bagi mengusahakan apa-apa tanaman, penduduk perlu mencari
kawasan yang betul-betul sesuai kerana bimbang diganggu atau diserang oleh
haiwan liar ini. Tambahan pula, haiwan liar ini bukan sahaja berada di sekitar
perumahan penduduk tetapi juga berhampiran Sungai Labuk kerana adanya
ladang kelapa sawit yang menjadi makanan haiwan liar ini.

85
BAB 5: KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan secara keseluruhan tentang dapatan
kajian yang telah dibincangkan pada bab-bab sebelumnya. Pengkaji juga akan
menyimpulkan mengenai sejarah dan asal usul kampung Bauto yang menjadi lokasi
kajian pengkaji. Dalam bab ini juga, pengkaji akan menjelaskan secara keseluruhan
khusus mengenai proses sebelum, semasa dan selepas aktiviti penanaman padi huma.
Selain itu, pengkaji juga akan menyimpulkan tentang ritual dan pantang larang yang
diamalkan oleh masyarakat dusun Labuk dalam aktiviti penanaman padi huma.

5.2 RUMUSAN AKHIR

Adat istiadat atau warisan yang diwarisi daripada nenek moyang merupakan salah
satu elemen penting dalam kehidupan masyarakat hari ini baik yang moden mahupun
tradisional. Keunikan budaya yang dimiliki oleh setiap masyarakat merupakan satu
khazanah yang perlu dipelihara apatah lagi pada zaman ini yang divariasikan dengan
pelbagai transformasi. Masyarakat dusun Labuk yang majoritinya mendiami Kg. Bauto
merupakan antara suku kaum dalam rumpun Dusunic yang masih berpegang teguh
kepada beberapa kepercayaan dan amalan animisme. Meskipun masyarakat telah
menyesuaikan diri dengan cara hidup beragama, namun masih ada beberapa
kepercayaan animisme yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup mereka.
Kepercayaan animisme seperti upacara monogit/Sogit merupakan antara contoh
amalan animisme yang masih diamalkan pada masa kini oleh semua penduduk di
kampung ini dan ianya dikategorikan sebagai adat kampung. Baik yang sudah
memeluk sebarang agama mahupun belum, penduduk diwajibkan untuk menuruti
amalan ini sekiranya penduduk didapati membuat sebarang masalah atau kesilapan
yang menimbulkan keadaan alasu dan dianggap sebagai melanggar dan bercanggah
dengan cara hidup dan norma masyarakat dusun Labuk. Oleh itu, sesetengah daripada
kepercayaan animisme di kampung ini kini telah diterima sebagai sebahagian daripada
nilai dan norma masyarakat yang perlu mereka patuhi tanpa mengira agama mahupun
bangsa.

86
Dalam kajian yang telah dijalankan ini, pengkaji juga telah berjaya melakukan
penyelidikan terhadap proses, ritual dan pantang larang terhadap penanaman padi
huma masyarakat dusun Labuk di kampung ini. Walaupun penanaman padi huma
bukan lagi sesuatu yang asing bagi kita, namun kita boleh melihat perbezaan dari segi
penggunaan istilah, ritual, pantang larang dan beberapa amalan yang lain yang
berbeza dengan etnik yang lain. Perbezaan inilah yang akhirnya telah mencipta satu
keunikan yang perlu diselami dalam sesuatu budaya. Proses-proses yang dilalui dalam
penanaman padi huma masyarakat dusun Labuk jelas sekali masih bersifat tradisional
dan berunsurkan amalan animisme. Melalui kajian ini, pengkaji mendapati bahawa
terdapat pelbagai perbezaan fahaman dari segi proses, pantang larang dan ritual
penanaman padi huma yang diamalkan oleh kaum ini yang berbeza dengan kaum yang
lain. Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa era teknologi ini tidak dapat dinikmati
oleh semua manusia khususnya insan yang berada di luar bandar dan tidak
berkemampuan. Kekangan kepada pemilikan teknologi juga merupakan antara faktor
utama mengapa sesetengah masyarakat lebih memilih kepada cara hidup yang lebih
bersifat tradisional.

Menyimpulkan tentang proses, ritual dan pantang larang penanaman padi


huma masyarakat dusun Labuk, ia sememangnya merupakan satu proses yang agak
lama kerana ia memerlukan masa selama satu tahun untuk menyempurnakan proses
ini bermula proses rumilik sehinggalah nokotu. Ritual dan beberapa pantang larang
yang telah dinyatakan dalam bab sebelumnya juga nyata masih diamalkan sehingga
kini meskipun sudah mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing. Jelasnya,
ritual dan pantang larang dalam penanaman padi huma ini bukanlah suatu peraturan
yang dimestikan dan perlu diikuti oleh masyarakat dusun Labuk. Pada masa kini, ianya
terpulang pada individu itu sendiri sama ada mahu mengamalkannya ataupun tidak.
Istimewanya, kebergantungan para petani terhadap peralatan tradisional tidak
menghalang atau menghentikan mereka daripada melakukan kegiatan pertanian ini.
Hal ini kerana, kegiatan penanaman padi huma telah menjadi sumber ekonomi utama
terhadap penduduk di kampung ini apatah lagi golongan yang tidak mempunyai mata
pencarian tetap dan hidup dalam serba kekurangan.

Penanaman padi huma dalam kalangan masyarakat dusun Labuk di Kg. Bauto
mula menghadapi masalah apabila timbulnya beberapa cabaran dan masalah utama
khususnya persaingan dalam pemilikan tanah. Sesetengah masyarakat akhirnya beralih

87
kepada kegiatan ekonomi yang lain akibat daripada ketiadaan dan kesukaran untuk
mencari kawasan penanaman padi huma. Jika pada tahun sebelumnya hampir semua
penduduk di kampung ini menjalankan kegiatan penanaman padi huma, kini hanya
tinggal 50 peratus sahaja penduduk yang giat menjalankan kegiatan pertanian ini.
Kesedaran penduduk tentang pentingnya memiliki tanah peribadi yang telah
digazetkan menyumbang lagi kepada corak perubahan pertanian penanaman padi
huma masyarakat dusun Labuk di kampung ini. Selain itu, aktiviti pembalakan untuk
tujuan petempatan juga menyebabkan petani mempunyai kesukaran untuk membuka
ladang padi huma. Migrasi yang sekian lama semakin bertambah di kampung ini juga
telah mewujudkan persaingan untuk membuka ladang padi huma. Sekiranya penduduk
berhasrat untuk membuka ladang padi huma, maka mereka terpaksa berbincang
dengan tuan tanah untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu. Kegagalan untuk
mencari kawasan untuk menanam padi huma adakalanya menyebabkan petani
terpaksa pergi ke kampung berdekatan untuk mencari tanah yang masih terbiar untuk
mengusahkan padi huma.

Secara tuntasnya, penanaman padi huma yang giat dijalankan di Kg. Bauto
sememangnya jelas menunjukkan keunikannya yang tersendiri. Keunikan ini juga
masih dipelihara oleh masyarakat dusun Labuk walaupun masa terus berputar ke arah
satu era pemodenan yang sukar dijangkakan. Penanaman padi huma yang dijalankan
juga membuktikan bahawa pertanian ini menjadi kepentingan mereka dan menjadi
tempat bergantung ditambah lagi dengan keadaan ekonomi pada masa kini. Walaupun
penanaman padi huma yang diusahakan bukan tujuan untuk perdagangan, namun
nyata sekali ia mampu mengurangkan beban hidup penduduk dari segi mendapatkan
bekalan beras.

88
RUJUKAN

Agus & Bustanuddin. 2007. Agama dalam kehidupan manusia: Pengantar Antropologi
Agama. Jakarta: Raja Girafindo Persada

Amat Johari Moain. 1990. Kepercayaan Orang Melayu Berhubung dengan Pertanian.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Appell, George N. 1986. Kayan Land Tenure and the Distribution of Devolable Usufruct
in Borneo. Borneo Reseacrh Bulletin 18:119-30

Barker. R and Pal, T.K. 1979. Barriers to increased Rice Production in Eastern India.
(RR) Research paper series No. 25, international Rice Research Institute, Los
Barios, Philipines.

CAB INTERNATIOAL. 1996. Rice research in Asia. International Rice Research


Institute: Philipines

Darraz, Muhammad Abdullah. 1990. Al-Din. Kuwait: Dar al-Qalam

Evans, Ivor H.N.1922. Among Primitive People in Borneo. London : Seely Service & Co.
Ltd.

Fernando, Carl, 1978. The Way of Life of Kadazan (Dusun) in the Interior of Sabah
(Borneo)(Thesis). South India: Madurai University

Government of India, Directorate of Economics and Statistics (DES). 1985. Agricultural


Situation in India. DES, Government of India: New Delhi

Godfrey A. Chatfield. 1967. Sabah: A general Geography. Singapore: Tien Wah Press
Ltd.

Hamidah Abdul Wahab. 2013. Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam
Melayu Sarawak. International Journal of the Malay world and Civilisation. (Iman)
(1),:89-97

Haviland, H.A, 1901. ‘ On the distribution of (free) meals to coolies on the Estates and
Irrigation worns, Krians’, Agric. Bull of the straits and FMS, Vol.1, No.1

89
Huke, R.E. 1982. Rice Area by Type and culture in south, Southeast, East Asia.
International Rice Research, Los Barios, Philippines.

Japiun Madisah. 1986. Tatacara adat istiadat dan kebudayaan Kadazan. Kota Kinabalu
Sabah: SIKUK Production

Jasman Ahmad & Rosnah Ramli.1997. Masyarakat Kadazan. Malaysia: Percetakan LC


Marketing.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Koentjaraningrat. 1985. Beberapa Pokok Antropologi Sosial. Jakarta: P.T Dian Rakyat

Low Kok On & Lee Yok Fee. 2012. Investigating the Relationship between Kadazandusun
Beliefs about Paddy Spirits, Riddling in Harvest-time and Paddy-Related Sundait, SEA
Journal of General Studies, Vol.13, PP 2-7

Maurya, D.M., Botrall, A. & Farrington, J. 1988. Improved likelihoods, genetic diversity,
and farmer participation: a strategy for rice breeding in rainfed areas of india.
Experimental Agriculture 24, 311-320.

Mohammed Halib. 2004. Peranan Tanaman Padi dalam Pembangunan Pertanian di


Malaysia: Analisis Sejarah dan Kontemporari daripada repository.um.edu.my> 13.
189-213 Mohammed halib. Diakses pada 10 Julai 2017

Mohd. Tajuddin Haji Abdul Rahman. 1986. Padi. Kuala Lumpur: Karya Bestari Sdn. Bhd

Muralidharan, K. et al,. 1988. Rice in Eastern India-a reality. 0ryza 25, 213-245.

Nik Hashim Nik Mustapha. 1996. Perancangan Pembangunan Pertanian di Malaysia. Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka

Normah Awang Besar @ Raffie & Andy Russel Mojiol. 2001. Hubungan Tanah dan Pokok-
Pokok bandar. Universiti Malaysia Sabah: Kota Kinabalu

Paramananthan et., al. 1984. Proposal for a unified classification of organic soil in
Malaysia. proc. Workshop on classification and management of Peat in Malaysia. Mss.
Kuala Lumpur. Ms 127-157

Patton, M.Q. 1990. ‘Qualitative Evaluation and Research Methods.’ London: Sage
Publications
90
Phelan, Peter. 2005. Comparison: Sabah Local Customs and the Bible. Kota Kinabalu:
Brother Peter Phelan.

Pugh-Kitingan, Jacqueline and Baptist, Judeth John. 2009. Music for Cleansing the
Universe-Drumming and Gong Ensamble Music in Mamahui Pogun Ceremonies of the
Lotud Dusun of Tuaran, Sabah, Malaysia. Borneo Research Bulletin: 249-276. U.S.A.
Borneo Research Council, Inc.

Saidatul Nornis Hj. Mahali & Sim Chee Cheang. 2012. Penulisan Tesis Efektif Aliran
Sastera dan Kemanusiaan. Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Pengajian Seni

Shamshuddin Jusop. 1990. Sifat dan Pengurusan Tanah di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suraya Sintang. 2007. Kehidupan Beragama Masyarakat Kadazandusun. Kota Kinabalu,


Sabah: Universiti Malaysia Sabah.

Thomas, R. Murray & Brubaker, Dale L. 2000. Theses and Dissertations: A Guide to
planning and writing. Wetport CT: Bergin & Garvey

Victor Witter Turner. 1966 . The Ritual Process: Structure and Anti-Structure. New York:
Aldine Publishing Company

Walter William Skeat. 1900. Malay Magic: An introduction to the folklore and popular
Religion of the Malay peninsula. New York: The Macmillan Company

91
GLOSARI

Alasu - panas
Ambarayon - Semangat padi
Apagau – jauh
Asab – sogit yang digunakan untuk upacara menurunkan hujan
Babar - ucapan doa atau pemohonan
Balik batang/Bolikon batang – menjalankan penanaman padi huma di tanah yang sama
pada tahun-tahun seterusnya
Basog/Kinomol - minuman tradisi dusun Labuk yang diperbuat daripada ubi kayu dan ragi
Bobolian - pawang
Dumo - ladang
Disan dumo - tepi ladang
Diomot - dituai
Diraa - ditumpahkan darah
Ditu’tu - ditumbuk
Gumamas - merumput
Garajad - pondok kecil tempat penyimpanan padi di ladang
Karangan - tepi sungai Labuk
Kayapu - parang pendek
Kukub - pondok berehat sepanjang proses mongumo
Kokob - tempat menyimpan dan mengumpul padi di rumah
Koutang – berhutang
Kopisulang – perkara sumbang/tidak menghormati
Kurulu - tangkai padi
Linsang - laluan tengah
Liu/pukak – lubang yang tidak terisi dengan benih padi/ terlepas pandang
Livogu – sungai Labuk
Lajawan - bayang-bayang
Lumongis - berteriak
Manga’raa manuk – upacara mengorbankan/menumpahkan darah ayam
Manga’sab – upacara menurunkan hujan selepas selesai mengasok
Misaud – secara berpasangan

92
Mongomot – menuai/mrngatam padi
Momuau - menghalau atau menjaga burung
Mongulit – mengisi semula
Mangasok – menuggal padi
Mangakut – mengangkut
Mangagamas - merumput
Mongumo – sepanjang proses berladang/menanam padi huma
Mongukup/Monguntun – memungut/mengumpulkan
Mongogis – memisahkan buah padi dari tangkai menggunakan tutup botol
Mongogis/mongu’pog – memisahkan buah padi dari tangkai menggunakan kaki/dipijak
Mitabang/Sumuli – gotong royong secara berbalas/bekerjasama
Murat – masuk ke dalam/tengah-tengah padi
Nagas – tepi sungai Labuk
Nokosobul – tumbuh semula
Nokotu – semua padi habis dituai
Nokotulud – sebahagian padi habuis dimakan burung
Oolis – waktu petang/burung sudah tidak ada
Opidot – dekat
Otorikan – padi berkurang jika orang lain naik ke Garajad
Posisangon – penyakit padi yang disebabkan oleh serangga perosak
Posisang – sejenis kumbang/ serangga perosak
Palampag – lantai kukub
Pomu’au – orang yang menjaga/menghalau burung
Ponongparai – pasu yang diisi dengan batu dan tujuh tangkai padi sebelum mongomot
bermula
Parai – padi
Puunan – ayam betina
Parok – ampas padi
Puun – buah padi yang belum habis tertanggal kulitnya
Rilibu – nyiru
Rumujou - layu
Sumompod – dahan dan ranting kayu yang terbakar
Sanganu dumo – tuan empunya ladang (ibu bapa atau anak-anak)
Sampug – padi yang ditanam pada jumlah keluasan yang kecil

93
Songol – mengikat menggunakan tangkai padi
Sonogon - tuah
Sarage – sanggah
Sinumundu - Tuhan
Sugal – sebuah permainan semasa mongomot
Sulap - Pondok untuk mengalau burung yang dibina selepas padi berbuah
Sinako – musim ikan bertelur
Takap – keluasan yang di kerjakan
Tandaa – ayam jantan
Tarapa – bekas ladang
Timpaa – pondok kecil tempat mengorbankan ayam di tepi Sungai Labuk
Togudi – layang-layang yang dimainkan pada musim angin kencang
Togod – habuk padi yang membuatkan badan rasa gatal
Tovuu - pasu kecil
Toolu – penumbuk padi
Tosung – tempat menumbuk padi
Tontor – matahari terik
Tompukili – orang-orang
Turolu – tali rafia untuk menghalau burung
Tumatad – rakan yang sama-sama menjalankan penanaman padi huma
Tula – tempat di mana serai dan tebu di tanam/tempat menyimpan tiasook tempat
upacara monu’la dijalankan
Vagas - beras

94
LAMPIRAN 1

Foto 15: Pengkaji berada di Sungai Bauto, Telupid

Foto 16: Proses Rumilik di Sekitar Sg. Labuk

95
Foto 17: Proses meracun kawasan yang telah ditebas

Foto 18: Proses Gumamas yang dilakukan secara mitabang

96
Foto 19: Aktivti Mangasok ( menuggal )

Foto 20: Aktiviti momuau (menjaga dan menghalau burung)

97
Sesi temubual bersama responden

Foto 21: Temubual bersama En. Kamilus Dian, Ketua Kg. Bauto dan isteri

Foto 22: Temubual bersama Encik. Kaban (80 Tahun)

98
Foto 23: Temubual bersama En. Diris Saat

Peralatan lain yang digunakan

Foto 24: Lingaman (pisau memotong tangkai padi)

99
Foto 25: Cara memegang Lingaman

Foto 26: Karut tempat penyimpanan padi di rumah (bukan kokob)

100
Foto 27: Gagaan tempat menjemur padi

101
LAMPIRAN 2

SOALAN TEMUBUAL

1. Bolehkah anda menceritakan serba sedikit tentang sejarah Kg. Bauto?

2. Apakah jenis kegiatan ekonomi utama yang dijalankan oleh masyarakat dusun Labuk
di Kg. Bauto pada masa dahulu dan masa kini?

3. Siapakah golongan majoriti yang menjalankan aktiviti penanaman padi huma di Kg.
Bauto?

4. Bolehkah anda menceritakan tentang sejarah penanaman padi huma di Kg. Bauto?

5. Apakah beza penanaman padi huma yang dijalankan pada zaman sebelum merdeka
dan selepas merdeka?

6. Apakah proses-proses yang terlibat dalam aktiviti penanaman padi huma?

7. Apakah ritual yang dijalankan dalam penanaman padi huma?

8. Apakah pantang larang yang perlu dipatuhi semasa aktivti penanaman padi huma
dijalankan?

9. Pada pendapat anda, mengapa ritual dan pantang larang ini masih diamalkan sehingga
hari ini?

10. Pada pendapat anda, apakah cabaran yang anda hadapi pada masa kini dalam aktiviti
penanaman padi huma?

102
LAMPIRAN 3

TRANSKRIPSI TEMUBUAL BERSAMA RESPONDEN

Responden 1:

Nama Responden: Encik Kamilus Dian

Umur: 54 Tahun

Status: Berkahwin

Etnik: Dusun Labuk

Pekerjaan: Ketua Kg. Bauto

Lokasi temubual: Rumah responden

Sedutan Temubual:

Pengkaji: siou angkel. Siapa kai di nama angkel itu?

Responden: Dii owi boh. Oo Kemilus.

Pengkaji: yang umur?

Responden: 54 tahun

Pengkaji: yang mula-mula bah ni uncle saya mau tanya pasal ni asal usul Kg. kita

Responden: iti nopo iti kampung toko diti varo iso sungai. Iti nopo sungai
diti pangkalan do tongo tulun kampung di samping dino kuvo kawasan do
tantra Jipun ino. Jadi iti sungai diti, olleh karna do orang lama siti no
pangkalan do pompitan do talud do mogium do damar. Iti damar nopo diti
salah satu do penghasilan daripada kayu yang ongoyon di tongo urang lama
diri om ijual siti Cina.

Pengkaji: oo. Ada pula dulu sini uncle kayu balak?

103
Responden: oo vaa. Jadi iti no iri pangasilan do kayu balak dino ee di sido da
gatah ino damar dino. Om oviton do tongo tulun Kampung soi tomu basar do
tagas-tagas.

Pengkaji: kita uncle bah Dusun Labuk ka Kadazan Labuk?

Responden: Oo Dusun Labuk. Bang Kadazan lain. Dusun Labuk nono.

Pengkaji: Tetulis gia di surat beranak Kadazan bilangnya.

Responden: oo ee. Asalah iri. Dusun nono. Bang si kad panganalan dino
tetulis Dusun om Kadazan, nga bang ikutan mamarong tokou nopo diti
Dusun Labuk.

Pengkaji: uncle ingat di dulu berapa ramai kita disini? Dia punya anggaran la kira-kira
berapa dia punya bilangan

Responden: bang kependudukan. Eh asapou di oh. Nga ou di kasampai do


1000 ohh. Mungkin do irad do saparuh daripada ino.

Pengkaji: ohh.. jadi uncle kalau yang proses mongumo itu apa-apa dino kau ingat:
yang proses nya sebelum, semasa sama selepas?

Responden: ohh. Bang iti mongumo diti, tarpaksa manatan po dino do


gampa, ih bosi di kon tantanon bontukon do gampa om tandayan dino
mangasa ino naa iri no jadi paralatan do manalasing, managad, om
gumamas ih parang pundan ka dii. Om bila bang mongomot, mongomot
nono kon, ih tongo tin om jing onuon do lingaman. Iri tin-tin simbarang dino
onuon do lingaman.

Pengkaji: yang sepanjang dulu iti mongumo kan uncle, ada kan macam kosusahan cari
tanah? Begitu bah, yang susah cari tempat?

Responden: ohh, pada masa diri oh mimang oupo nakafaham marong boh
tongo tulun Kg. iti tongo kuvo diti tanah diti kon. Ouso po kosusaan ontok di
sabab iri tulun Kg. diri nofokus diti oupo nakadadai pertanian. Jadi, taun
mongomo sino, siri pono iri valai sontoun tumupak nono sodi sampai
sontoun kavagu gumunguli noh. Ouso katatapan.

Pengkaji: ohh. Pindah-pindah?


104
Responden: ohh pindah-pindah. Okon ko irad do maino.

Pengkaji: Di mana itu rumah durang, situ lah durang mongumo?

Responden: ohhh. Jadi, okay, toun akan datang pindah lagi di sana. Ohh.
Pindah pindah pindah pindah.

Pengkaji: maksudnya, itu tanah itu sama-sama punya?

Responden: oh tidak. kan urang pindah-pindah. Semua bebas pakai. Pasal,


ouso po gia tongo estet pogulu kon. Jadi, mitutupak di. Siti, sodi naa terkini
di om baro no kuvo tokou diti.

Pengkaji: yang ini kelapa sawit ini, bila ini kana mula sini uncle? Yang urang suka
tanam-tanam?

Responden: aii, nanti ah, kalau ikut umum ah, macam keseluruhan, semua
kan, mimang selewat saja itu penghasilan daripada getah kayu (damar) naa
mimang menyusul sudah ini pertanian. Menyusul sudah pertanian, jadi
bererti naa dari situlah terbuka daripada oh apa kemasyarakatn untuk
memindahkan pendapatan mereka.

Pengkaji: Tapi, deluan dulu itu sawit lah kan?

Responden: ohh sawit, baru om segala jagun semua itu jadi selewat
daripada itu susulan daripada itu na menyusul pertanian.

Pengkaji: kalau padi tempat kita untuk sendiri saja bah kan uncle?

Responden: oh untuk sendiri. Kalau di tampat kita untuk bekalan tounan.

Pengkaji: kalau kau uncle, pendapat kau, mana dino yang uatam di tampat kita ini, itu
sawit ka itu padi?

Responden: ohh kalau mengikut daripada RM dia fokus daripada kelapa


sawit. Salah satu daripada ohh padi, mengikut. Kalau usaha kita lebih, kita
buli bagikan jualan, kalau kita punya hasil tidak begitu lumayan, bekalan
kita untuk tounan. Naa dapo dii, mongiup tokou po di samnatara dino
sambayangan po itu minuman tokou la bo.

105
Pengkaji: ohh naa diii. Na iyala uncle. Macam ini saja ba dulu dino saya mau tanya ini.
Nanti saya tanya lagi durang yang sana itu.

Responden: naa ohh. Ngam no ino. Koilo yolo di do gugulu. Ogumu oilaan
diolo di bang tongo babacaan do mangasok, om Mongomot. Mongoi gia siri
di apa Diris. Isido nga gugulu iri opogot mongumo na mimang ogumu oilaan
jo di. Ih savo nga kavajaa ih mongumo dino nga bang toun diti mad oupo di
nokopongumo yolo. Nga mongoi ih gia. Silo moi yolo di.

Pengkaji: ohh. Na yala uncle, terima kasih bo uncle.

Responden 2

Nama Responden: Encik Diris Saat

Umur: 68 tahun

Status: Berkahwin

Etnik: Dusun Labuk

Pekerjaan: Petani

Lokasi temubual: Rumah responden

Sedutan Temubual:

Pengkaji: naa jadi uncle. Ini baini kajian ini saya mau tanya pasal kita punya adat
kampung, kita punya sejarah kampung dulu yang dulu gia itu pengerusi yang nama
kampung kita yang Tungkamang itu kan, kana tukar di pigi Bauto, kau tau di itu?

Reponden: ee mimang ini Bauto, mimang nama Bauto. Itu Tungkamang itu,
kana galar sana Tungkamang ada satu buah dahan yang kana panggil, buah
apa itu ah? Itu dalit ka apa itu, jadi dia punya dahan itu merayap begini, jadi
raitan di tulun do tinumungkamang. Oh jadi, raitan dih do tulun irad dii,
nagalar di do tungkamang ilo kawasan. Ohh iradi dii.

Pengkaji: yang itu dulu itu pengerusi, yang kayu balak itu di sini kau sampat di? Yang
jual-jual kayu balak?

106
Responden: dapo, iti nopo Bauto, ie taki di Ahan no minonorita, kaa iti nopo
bauto diti waktu parang Jipun, diurang punya kem sana dakat Sungai Bauto.
Oh jadi, apabila banyak urang mati dia buang di sungai itu jadi tidak pilih
apa bangsa, di buang sana sungai itu, jadi bau di itu sungai. Bila ada urang
limpas, ‘itu sungai bau itu’ dia bilang asal di sana bau itu. Nah tegalar di
Bauto. Itu ikut serita ninik si Ahan. Itu saya ikut dia punya serita la begitu.

Pengkaji: ohh. Ada kai dulu kita punya agama sini? Sebelum yang ada Dr. Wellis itu?

Responden: ohh. Agama kapir ada. Misalnya, ada mimpi jaat atau seluruh
Kg. banyak urang sakit. Bererti ini dunia panas jadi monogit. Itu monogit itu
kan, kalau misalnya Bauto ada mimpi jaat atau sakita, monogit la. Rukut-
rukut itu ayam, pigi sssana anu itu, di karangan, sana Labuk. Dia buat
punduk sana, timpaa ka di gulu-gulu opoyok kon. Mongolou ko di Aki
Gelisun. Iti no komyon ku dika do subai solidikan nu ih apa Tusin. Pasal kon,
loovon took nopo di nga di Aki Golisun, sulod di Doji, bila bang monogit kon,
‘oo aki kaa, impitak indatu kopou siti vaa pokitulungan jaa do alasu iti
vonuvo, moki tulung ikoi do poiduan om potingkodon iti rogon magangu
dagai, iti tongo toruol siti dagai do Kg.’. Naa jadi, iti nopo daton do cara
mangasok, mangasok nopo diti, mongumo tokou bulan 4 po rumilik no bulan
8 managad om mangasok. moitabang-tabang dino ino. Bila bang siap noh
rumilik om atagadan, na moitatabang noh mangasok. jadi, mangasok nopo
diri kon, sih dumo, banh ih doori, sodi tangah dumo tondukon kaju kaa,
tanaman songumau sampaping, tanaman tobu sampaping. Jadi, tiasook siti
tanga om bila mananaom di sogumau om nu iri, babaron dino di gugulu ohh
‘ osubur no parai ku, ohh nu ka did ii, ohh dapo di nolingan ku di babar, ohh
‘osubur noh parai ku, ati noh iti sogumau tinanaom ku tumaru noh. Jadi iri
tiasook noh di, kaayaan noh di raa do manuk.

Pengkaji: ohh. Bulum lagi mangasok kan masa itu?

Reponden: ohh nga, silo no ih tongo ulun mangasok noh. Mangan po no iri
manuk patajon omm poovit nonoh do tanganak mongoi soi valai om ih
tongo ulun mangasok nonoh.

Pengkaji: ohh. Om dimakan dino itu ayam itu?

107
Responden: ohh. I noh ie kanas mangasok.

Pengkaji: berapa dino ikur ayam itu?

Responden: duvo tandaa, duvo punan. Jadi apat di ngaavi. Ih doori do


undang-undang. Tapi bang monula kanu, na ogumu dino ino putungon
sampai 10 ikur. Ponguranan monula. Tapi bang mangasok biasa, putung-
putung biasa, naa apat noh. Duvo tandaa, duvo punan.

Pengkaji: apa yang monula itu pengerusi?

Responden: monula irad dii. Ponguranan noh do monula iri do poingaranan


do momiara di parai. Supaya ih bAmbarayon onu iri aurmat ka bo diri.

Pengkaji: ini yang tetumbuh sudah padi ka atau macamana?

Responden: bulum lagi. waktu mangasok noh ino. Nga bang owi monula
apat-apat putungon. Nga bang monula oku ka na ogumu putungon. Waktu
mangasok.

Pengkaji: apa-apa dino itu inda buli kalau waktu kita mangasok? kita punya pantang-
pantang, ada kau teingat?

Responden: pantang. Oku ro ih pantang kon, bang kodoori mangasok au buli


kosungkad sih dumo do tulun waktu mangasok. sih dumo nu au buli
monungkad sih dumo tulun. Om ih taasok au buli abawon do maba ih parai
ka. Nga au ku noh milo maino. Mangasok pakatataam ku ih taasok. Au
noikut ih adat doori. Do, mongoi si tarapa mogium siap managsok itaam ih.
Okon ko irad di doori do taratur.

Pengkaji: yang itu, apa batei di itu, lepas itu nda kasi tumpah padi kan?

Responden: ohh ih po e. bang kokuut kono tiasokk, au no buli monguut


taasok. Subai bang mangasok, mangasok ko nonoh. Adat doori.

Pengkaji: ohh, adat nya nonoh boh itu kan?

Responden: emm adat. Jadi, ajadi nopo nono iri parai om mamaal do
Garajad, na om Mongomot noh parai om intuntug nonoh si Garajad, man
nono raa wo. Momutung nonoh manuk om raawon ih parai sih Garajad,

108
oviton nonoh sih kukub om onuan nonoh do tongoh tongkovijau, tundu-
undu, jinison do tonsi manuk oviton nonoh sih Garajad om paakan nonoh di
amabarajon.

Pengkaji: kalau dulu-dulu itu tempat pongumaan itu, senang ka tempat carinya
pengerusi?

Responden: oh mongumo dulu lain, baladang dulu. Ini toun di sini kau,
balakang toun kau pigi porisa itu tanah mana yang kau suka baladang sana
lagi. rumah pun kau biki di sana pindah-pindah. Bukan tatap. Itulah silap
pemikiran urang dulu-dulu. Dia tidak bikin patut ada perumahan siap
mongumo angkat itu padi pigi sana. Berapa bagus iotu tapi ini masing-
masing. Di sana kau mongumo bikin lagi rumah sana. Itu rumah mau buka
balik angkat pigi sana. Titiap toun di rumangkat vagu.

Pengkjai: aii. Tapi sanang dulu tiada kalapa sawit bah kan?

Responden: iya, dulu ouso po kalapa sawit. Sanang di cari tampat


mongumo. Oluas po tanah mongulu. Aii andaai tanah silo kaa dino ogumu
parai kaa. Mamangan di gugulu.

Pengkaji: ohh nas sekarang susah sudah di ka nada tongo kelapa sawit.

Responden: ohh.. naa maino osusah noh di. Nokorikot no di jalan raya om
momukabun tongo tulun vaa ih di sisin adapat.

Pengkaji: macam mana daa di tanah yang bagus untuk mongumo


pengerusi?

Responden: aii ogumu parai. Bang apat no mital aasok kon, okon ko tolu
naatus mital noh parai sampai oh 350 mital no parai. Satu toun. Paling jatuh
150 tin satu toun. Tanah nya yang itam ada campur sikit pasir. Tanah itam.
Merah tanah macam tanah siti sokid ou otoruan parai. Mesti tanah itam ada
campur sikit pasir.

Pengkaji: ohh. Itu saja la kan tanah yang bagus?

Responden: ohh. Masalah nopo di gugulu mogium di kawasan tolu notoun


au noumo kaa, silo po di kaa supaya au ogumu sakot. Ih no yumoon gugulu.

109
Tiada rumput kalau sudah empat tahun belum kana umo. Kalau yang taun
lalu kau umo baru ko pigi umo lagi ini taun aiii atuk gumu sakot. Ih noi
sabab mivaliu-valiu. Mogium pino mongorunda kawasan baru. Jadi tongo
ulun sodi no moisosogulu moiagang-agang. Pasal mogium diri ou ogumu
sakot.

Pengkaji: ohh, beganti-ganti baitu kan. Kalau ini tahun kita mongumo sini, taun dapan
urang lain lagi mongumo situ?

Responden: ohh. Kadang-kadang melapis. Pasal misalnya ini taun kau ada
beladang sini ada buah-buahan betumbuh na jadi pergaduhan laitu. Sebab
dulu di situ kau punya tarapa. Lain toun vaa satu taun begitu ada urang lain
pigi beladang sana na itu lah jadi persoalan.

Pengkaji: ohh. Apa yang balik batang itu pengerusi? Bagus ka juga padinya?

Responden: na balik batang atau bolikon batang kaa dii, ini taun kau
beladang sana, taun dapan ini juga kau beladang balik. Omm buli juga lah
tapi banyak rumput lah. Mau kau jam 6 lagi sana gumamas. Mau bubut itu
gamason. Nanti di timbus padi kau oleh rumput-rumput.

Pengkaji: ohh yang Manga’sab itu pengerusi macam mana?

Responden: na bang mangasok, asabon supaya dumarun. Ogumu sara tulun


Manga’sab. Ih varo cara tulun mangasok pakai tontolu, itu telur kasi nda tau
apa masyam. Di kubur. Vaa po pakai banyak jenis bah. Bang iras, minagasok
pogulu sipak om sogit niasab dialo. Nilapos si vaig. Owo atuk po di darun om
sarup sodop. Linapos si vaig om longisai noh. Suwo diolo potindal do asapou
darun. Lunsu’ton tokou kaa. Nga mongikut ih sonongon boh mang
Manga’sab. Vaa ih dumarun, vaa ih ou. Kakadang mangasb tulun ou ih abar
dika onu ih niasab.

Pengkaji: oh iyala. Macam mana kai Lunsu’ton apa?

Responden: Lunsu’ton nopo diti, cerita Lunsu’ton kon, vaa linunsut silo kan
silo pantok di ipag Sius? Itu dulu bangsa Konion. Manusia itu. Durang bikin
rumah panjang macam itu rumah Iban. Dulu tutok sonit nga korukut
songoroi kaa. Jadi macam-macam binatang pinosoisampur okon ko koilo iri

110
Konion. Jadi untuno sooro iri jinis binatang inanu kanas iri raramai. Na
mongiup yolo di au di kasadar yolo. Sodop nop di nokoodop au nakasadar
sinumuralom iri valai au di kasadar yolo ngavi linunsuton kaasu di si
sarallom tanah. Vaa moi putong dilo silo mogulu. Ih kinasaraban si
dompuran. Satu kali ih sanganu valai linunsuton do campur-campur iri
takanon ou buli. Bahaya iti Lunsu’ton diti. Agai ka di gugulu mokitulung ku
Manga’sab. Eh kaa ada Lunsu’ton tokou kaa. Iti Lunsu’ton diti iri tanah
sumaralom iti valai, vaa Lunsu’ton akanon do kilat. Vaa Lunsu’ton akanon do
burung ih ku.. kuu kaa. Masu si suvangan kon, ukaban pono olijot no inanu
di burung. Doori osundu itu tongo binatang. Pogulu tombolog mangakan do
monusia.

Pengkaji: ohhh. Itaa bikin takut po d itu. Naa.. ino no noi no bo pengerusi. Nanti bang
vaa po pokiduaton ku, mongoi oku siti.

Responden: ohh mongoi ih gia siti. Siti ikoi diti.

Responden 3:

Nama responden: Encik Kaban

Umur: 80 Tahun

Status: Berkahwin

Etnik: Dusun Labuk

Pekerjaan: Kerja Sendiri

Lokasi temubual: Rumah responden

Sedutan Temubual:

Pengkaji: siti noh pokuvaan ku boh. Aii kad kovusung, isai gia di ngaran nu di Apa?

Responden: emm Kaban.

Pengkaji: ohh. Ih ngaran nu full?

Responden: soiso ino ngaran ku.


111
Pengkaji: oh. Ih umur nu, Andaman nu ih umur nu?

Responden: eh bang ih, kadiolo mau 80 noh kaa.

Pengkaji: Onu di andaman nu di zaman do Jipun?

Responden: eeemm mamangai iri Jipun, araat marong toro diri. Bang ih
tongo tongondu vaalan diri tongo savo seiri talun do sulap. Bang sih valai,
antangan ih gurimon noh.

Pengkaji: kokosup koi di lah? Vaa ih siti Bauto ih ontok di?

Responden: ohh. Ih siti noh Bauto ogumu diri. Yoku nga soi oku Buis. Siti
noh kinogumuan di Jipun.

Pengkaji: ohh. Om ih British kon?

Responden: emm. Nga andai iri cara-cara doh British bo aman. Bang ih Jipun
kotukar minogoi siti Sabah ih araat di marong toro.

Pengkaji: oupo nosusu ikoi kon. Oii yapa nga aupo nosusu.

Responden: aupo. Koontong dino ih Jipun tongo tongondu manau-panau,


bang au mindada, timbakon. Nah bang mindada sih noh romuton, kurion
noh. Ihh araat boh Jipun. Insan kura gumijak, poingkuro gumijak do,
polingatawon noh om kooyon noh ih sinapang siti om kurion nonoh.

Pengkaji: ih kuvo diri apa, andaman nu po di ih ngaran diti Kg. di pogulu? Onu kai di
Kg. took di? Tungkamang?

Responden: ohh. Tungkamang iti siti. Yoku sodi oku Buis. Yoloh noh siti
Tungkamang kaa.

Pengkaji: Nga, nopinda noh di Bauto kon ngaran jo.

Responden: emm. Ohh.

Pengkaji: emm ohh. Bang ih kuvo apa, adat-adat do mangasok vaa andaman nu?

Responden: Emm bang mangasok, bang vaa tulun mangasok onu ih mamaal
dino diri kuvo siri tangah di kuvo onu iti ih dumo, vaalaan noh kaa dino om
bontulan siri kuvo sau di kuvo diri om poogomon iri kuvo kon iri boboon
112
poijanan diri parai om mangan pokuvoo iri kain dih vagu. Vaa noh batik ih
pogulu ih no iri onuon dino ih gugulu om paramapjon dino ih ni kaa sau diri
tiasook di.

Pengkaji: ohh. Onu nonoh guna diri apa?

Responden: Naa ih nopo iri om monguvo dino bo iri monguvo di parayaan di


gugulu. Mangasok diri.

Pengkaji: ohh. Bang iri kuvo apa? Iri tongoh pantang? Pantang momuau, mangasok,
kasangkat noh bo.

Responden: ohh. Nong mangasok naa otunda po ih mangasok na muli


nonoh soi valai mangakan.

Pengkaji: varo ih ou buli masa mangasok? Irad di mongovit tongo topodi?

Responden: oh varo. Kuva ka onu iti, ou jumadi sooro iti parai diri on koovit
do tongo topodi. Mangakan sih talana nga au buli. Kavaroo ka dino di gugulu
bo.

Pengkaji: bang ih di kuvo di apa? Ih Manga’raa manuk?

Responden: Naa, ih nopo Manga’raa di manuk alangau gia dino ih parai di


om raawon nogi dino. Nga buli ih vaa tulun di mangasok oviton sih parai
patajon noh siri. Ih raa di tiasook.

Pengkaji: ih kuvo apa, peraltaan do mangasok?

Responden: emmm, tongoh gampa, barait, kayapu ino dino oviton mongumo
noh.

Pengkaji: koilo ko rinait apa?

Responden: ih, oku koilko bang rinait dih.

Pengkaji: ohh. Naa yoon boo. Na ohh varo po apa nolingan ku, piro di nalaid ih tongo
Jipun om British siti Bauto?

113
Responden: iri, mad gisom dih vaa ih Tunk Abdul Rahman om nobibas nogi
dino iti Bauto. Aman no di sampai maino. Mad vaa ih tolu notoun yolo di siti
ih Jipun.

Pengkaji: ohh naa, ogugumu no di iti apa. Mad iti noiti di apa tangaron ku. Siou apa
nagangu ko di modop. Terima kasih boa pa. Buli ih iti migambar took po?

Responden: eem owi boh. Sama-sama no. ohh buli ih bo. Oouso ih masalah
dino.

114

Anda mungkin juga menyukai