Anda di halaman 1dari 16

Ada lima tahap komunikasi yang biasa didapati iaitu:

Interpersonal

berinteraksi dengan diri sendiri (self-talk).


pengirim dan penerima adalah orang yang sama.
mudah dan ringkas.
contoh: duduk termenung di tepi tasik memikirkan masa depan.

Intrapersonal

melibatkan pengirim dan penerima yang meluas.

bentuk komunikasi yang lebih ramai (2-3 orang).

gangguan semasa interaksi lebih banyak.

bentuk formal dan informal.

contoh: formal berbincang dengan pengurus mengenai prestasi


kerja.

informal berbual-bual semasa makan tengah hari.


Kumpulan kecil

libatkan ramai pengirim dan penerima (4-12 orang).

mesej dan gangguan lebih kompleks.

tujuannya ialah penyelesaian masalah, mesyuarat dan perbincangan


dalam kumpulan.
Pengucapan awam

daripada seorang pengirim kepada ramai (lebih 20 orang).

audiens lebih ramai dan meluas.

lebih banyak gangguan semasa interaksi.

ada "give and take".

contoh: ceramah, pidato, kempen politik.


Mass

libatkan pengaruh yang luas dan mampu mengubah keadaan kepada


situasi baru.

bilangan audiens yang paling ramai dan pelbagai


mesej disampaikan melalui pelbagai cara seperti televisyen, radio atau surat
khabar.

Keberkesanan mesej bergantung kepada pemilihan tahap komunikasi


yang betul kerana salah menentukan saluran dan audiens, ia akan
menyebabkan proses komunikasi yang diingini tidak tercapai.

Proses komunikasi
Komunikasi adalah satu proses yang sentiasa berlaku sama ada disedari
atau tidak. Kekuatan proses komunikasi terletak pada pengirim, penerima,
saluran dan maklum balas yang diterima.
Unsur-unsur komunikasi.
Pengirim
Pengirim adalah unsur yang paling penting dalam proses komunikasi.
Peranannya ialah menyampaikan mesej yang dikehendaki melalui saluran
tertentu.
Antara ciri-ciri pengirim yang berkesan ialah:

keupayaan diri yang tinggi.


Berkarisma.
mengetahui bidang yang disampaikan.
membuat persediaan.
beradab dan beretika.

Penerima
Menerima mesej yang disampaikan, boleh jadi individu, kumpulan,
organisasi atau komuniti.
Terdapat 3 jenis iaitu:

pendedahan terpilih: hadkan komunikasi pada golongan tertentu.

tanggapan terpilih: mentafsir mesej mengikut kepercayaan sendiri.

ingatan terpilih: hanya ingat perkara yang hendak diingat dan tidak
mempedulikan perkara lain.
Penerima memilih mesej kerana pengetahuan, minat, pengalaman,
matlamat, nilai dan sikap yang berbeza.
Homofili ialah persamaan di antara pengirim dan penerima yang
membolehkan mereka mempunyai tanggapan yang sama.
Heterofili ialah perbezaan di antara pengirim dan penerima seperti minat,
perlakuan dan pengetahuan.
Dalam keadaan tertentu, heterofili jauh lebih berkesan daripada homofili
seperti proses pembelajaran. Homofili penting dalam aspek sikap dan situasi

Mesej
Mesej ialah susunan simbol untuk menyampaikan maklumat, idea dan
pandangan. Dihasilkan oleh pengirim dan unsur-unsur yang terdapat di
dalam mesej ialah kod, isi dan susunan.
Mesej dibahagikan kepada dua jenis iaitu verbal dan nonverbal.
Mesej verbal ialah bercakap atau bertutur. Jenis ini membentuk 10 peratus
daripada proses komunikasi. Maknanya, bercakap sama ada kuat atau
perlahan, tidak banyak menyumbang kepada penyampaian mesej yang
berkesan. Ibu yang berleter kepada anaknya sangat susah untuk
mempengaruhi perubahan pemikiran, sikap dan tingkah laku kerana tidak
banyak mesej dapat diserap oleh penerima.
Mesej nonverbal ialah pergerakan badan, paralanguage, penampilan diri,
ruang, cahaya, suhu dan warna. Jenis ini membentuk 90 peratus daripada
proses komunikasi. Nonverbal sangat berpengaruh untuk membuat
perubahan walaupun hanya dengan jelingan mata atau wajah yang garang.
Mesej sangat penting dalam proses komunikasi. Pertama, mesej memberi
sokongan dalam proses komunikasi seperti tunjukkan arah dalam
komunikasi. Ia juga bertindak untuk menyangkal sesuatu perkara yang
diperlihatkan melalui gerakan geleng atau anggukkan kepala, dan sebagai
gantian pada emosi seperti menangis apabila soalan-soalan sensitif ditanya.
Saluran
Saluran adalah ruang untuk pengirim menyampaikan mesej seperti telefon,
radio dan televisyen. Hari ini saluran dibuat dalam pelbagai bentuk supaya
proses komunikasi lebih berjaya tetapi boleh memberi kesan kepada
penerima dan pengirim.
Terdapat dua jenis saluran iaitu langsung dan tidak langsung. Saluran
langsung ialah secara berhadapan manakala tidak langsung ialah melalui
orang ketiga.
Antara aspek saluran yang perlu diambil kira ialah kredibiliti, maklum balas,
penglibatan, kebolehan menyimpan mesej, keupayaan melipatgandakan
mesej, keupayaan menyokong saluran lain dan jumlah kos.
Maklum balas.
Dalam komunikasi, tindak balas menentukan sama ada mesej disampaikan

atau tidak. Jika ada tindak balas, keadaan tersebut menunjukkan mesej
yang dihantar mendapat perhatian. Seterusnya penerima akan memberi
maklum balas iaitu makluman yang diberikan mengenai mesej yang telah
diterima.
Makluman ini boleh jadi dalam bentuk verbal dan nonverbal untuk
memberitahu pengirim apa yang didengar, dilihat, difahami atau ditafsirkan.
Gangguan
Elemen lain dalam proses komunikasi ialah gangguan iaitu apa sahaja yang
menghalang penyampaian mesej. Terdiri dari dua sumber iaitu dalaman
(pengirim dan penerima ada masalah) dan luaran (khalayak, suasana, waktu
dan keadaan fizikal).
Situasi
Situasi adalah masa dan tempat berlakunya proses komunikasi. Aspek-aspek
yang mempengaruhi situasi ialah tempat, mood, warna dan suhu.
Penyediaan ucapan.
Komunikasi yang berlaku setiap hari mempunyai prinsip yang membantu
menjayakan proses berkenaan supaya mesej yang hendak disampaikan
dapat diterima dan difahami dengan baik. Prinsip-prinsip komunikasi ini ialah
bertujuan, relasional (hubungan dengan orang lain), boleh dipelajari dan
mesej berubah mengikut kesedaran semasa enkod.
(Enkod adalah sebahagian daripada proses yang ada dalam fikiran dan
dipancarkan oleh pengirim).
(Dekod ialah apa yang perlu dibuat oleh penerima).
Tujuan-tujuan ucapan.
Memberitahu.
Ucapan ialah untuk memberitahu maklumat-maklumat baru seperti teknik,
kaedah dan strategi ke arah peningkatan kefahaman. Memberitahu
dipecahkan kepada tujuh jenis iaitu:

Proses: menerangkan cara dapat dan hasilkan sesuatu;

Demonstrasi: menerangkan kaedah melakukan;


Objek dan tempat: penerangan semasa lawatan dan ziarah
Penceritaan : pengalaman orang yang telah Berjaya
Idea: penerangan dan definisi
Laporan lisan: perniagaan, ringkasan fakta atau idea.

Mempengaruhi
Ucapan adalah untuk mempengaruhi ke arah mengubah, menukar dan
memaksa perubahan sikap dan tingkah laku. Kekuatan ucapan ini ialah cuba
menukar bagaimana orang lain berfikir dan bertindak.
Kaedah mempengaruhi memerlukan daya tarikan melalui:

perhatian: petikan, soalan retorikal dan humor.

keperluan: kenal pasti keperluan khalayak untuk mempastikan


mereka menerima mesej.

kepuasan: terangkan bagaimana mengurangkan ketakpastian dan


meningkatkan pencapaian.

tindakan: laksanakan penyelesaian.

Pembayangan: bantu untuk memahami sesuatu perkara.


Mewujudkan persefahaman.
Peranan ucapan seterusnya ialah mewujudkan persefahaman bagi
mengurangkan jurang perbezaan pendapat, nilai dan pandangan di antara
pengirim dan penerima. Mendapatkan kefahaman mengenai sesuatu mesej
dapat mengatasi halangan yang dapat membantutkan kelancaran proses
komunikasi sama ada halangan fizikal atau psikologikal.
Meluahkan perasaan.
Ucapan boleh dianggap sebagai satu unsur psikologi bagi meningkatkan
semangat pengirim dan penerima untuk lebih mengenali diri sendiri kerana
khalayak lebih bersedia membuka pintu mental untuk memahami dan
menghayati apa yang didengar.
Apabila seseorang meluahkan perasaan, ia dapat membina hubungan yang
intim setelah wujud kesan terapeutik yang dapat menenangkan jiwa dan
perasaan.

Menyusun ucapan
Ucapan dapat diberikan kepada 3 bahagian utama iaitu pembukaan, isi dan
penutup. Ketiga-tiga bahagian ini mesti ada di dalam mana-mana ucapan
supaya khalayak dapat memahami dan menghayati ucapan yang bakal
disampaikan kelak.
Pembukaan.
Sangat penting kerana menjadi daya penarik pendengar. Lebih banyak
perhatian yang diperolehi, mesej yang jelas dapat dan kehendak ucapan
dapat disampaikan dengan sempurna.
Pentingnya pembukaan terhadap ucapan ini ialah ia akan
membentuk "mood" dan semangat khalayak berkaitan topik yang
disampaikan. Selain itu dapat membantu mereka memahami topik secara
ringkas sebelum masuk ke bahagian isi.
Banyak kaedah untuk memulakan bahagian pembukaan ini dan lebih kerap
bergantung kepada kebijaksanaan perucap sendiri. Antaranya ialah mulai
dengan soalan dan kenyataan umum, mengambil petikan, ilustrasi atau
cerita, menunjukkan gambar, gambarajah atau statistik, melontarkan
soalan-soalan retorik dan petikan ayat al-quran, hadis atau kata mutiara.
Kadangkala akibat terlalu ghairah, perucap gagal mengawal perasaan dan
mula melakukan tindakan yang tidak anggap dan boleh mengganggu
kelancaran pengucapannya. Antara perkara yang perlu dielakkan di bahagian
ini ialah meminta maaf. Tidak perlu meminta maaf kerana tindakan ini
menunjukkan perucap tidak layak untuk menyampaikan topik berkaitan.
Seterusnya menyampaikan cerita yang tidak ada kena-mengena atau
menyimpang daripada topik. Berlaku juga perucap menerangkan gambar
atau jadual yang tidak ada sebarang kaitan dengan sesuatu topik, tetapi
disebabkan syok sendiri, beliau menerangkan sesuatu yang tidak perlu.
Terakhir, menyampaikan ucapan yang meleret-leret dan dapat
menghilangkan minat khalayak untuk mendengar.
Isi
Bahagian yang sangat penting kerana menyokong fakta dan topik yang
disampaikan. Kandungan isi membentuk 70 peratus daripada keseluruhan
ucapan dan perlu disampaikan dengan kemas, teratur dan ada unsur
mempengaruhi pendengar.
Ciri-ciri utama isi ialah bahan kajian yang bersistematik, penemuan baru

yang mengesahkan sesuatu kajian, kenyataan fakta atau dokumentasi,


rajah, statistik, definisi, contoh dan ilustrasi. Semakin banyak isi, ucapan
yang disampaikan bertambah kukuh dan dapat membuatkan khalayak
terpengaruh dan membuat keputusan sendiri.
Penutup
Bahagian ini adalah kemuncak kepada ucapan yang disampaikan kerana ia
menentukan sama ada wujud elemen tindakan atau membuat perubahan.
Penutup yang baik mempunyai kenyataan untuk diingati, kata-kata indah,
ungkapan, pantun, ayat al-quran atau hadis.
Ciri-ciri penutup yang berkesan ialah A (win their attention), I (arouse their
interest), D (create a desire) dan A (stimulate).

Analisis audiens
Dalam proses komunikasi khususnya pengucapan awam, audiens dianggap
sebagai penerima. Terdapat pelbagai jenis audiens dalam satu-satu masa,
antaranya ialah:

syok sendiri.
dengar apa yang hendak didengar.
cetek pengetahuan.
kaki bangkang.
menilai dengan tergesa-gesa.
dengar dengan lisan sahaja.
pura-pura dengar.
kaki salin.
mudah diganggu.
aktif dan proaktif.

Untuk mengenali audiens, perucap boleh mendapatkan maklumat melalui:

Bertanya secara langsung kepada audiens.

Maklumat daripada organisasi tempat kerja.

Merujuk laporan yang lepas-lepas.

Bertanya kepada pegawai yang mengendalikan kursus atau latihan


untuk audiens.

Melalui pemerhatian.

Aspek-aspek yang boleh diambil kira semasa mengenali latar belakang


audiens ialah:

gender.
umur.
asal-usul.
pekerjaan.
status sosial.
pendidikan.
etnik.
pegangan agama.

Sikap audiens terhadap topik.


Perucap harus sentiasa menyesuaikan kandungan ucapan dengan sikap
audiens terhadap diri dan topik yang akan disampaikan. Audiens mungkin
mempunyai sikap yang positif, neutral atau negatif terhadap perucap dan
topik.
Audiens yang ada sikap positif.

gunakan tarikan berasaskan emosi untuk mengukuhkan sokongan.

nilai-nilai utama ialah perpaduan, kemanusiaan, keperluan asas,


emosi asas seperti takut, kasihan, sayang dan benci.

cuba dapatkan komitmen secara umum dan berikan alternatif khusus


untuk bertindak.
Audiens yang ada sikap neutral.

tumpukan pada faktor-faktor yang dapat menarik minat audiens


seperti perkaitan maklumat dengan keadaan tempatan dan masalah audiens
seterusnya membentuk perasaan simpati, empati dan keinsafan mengenai
situasi yang dihadapi oleh audiens.

nyatakan dan jelaskan pegangan dan pandangan kepada audiens.


Maklumat yang dapat menaikkan kredibiliti perucap juga perlu disampaikan
dengan kemungkinan pegangan dan pandangan tadi dapat dijadikan contoh
atau teladan.

belai dengan kaedah psikologi dan gabungkan faktor-faktor tarikan


yang berasaskan logik dan emosi untuk memenangi hati audiens.

Audiens yang ada sikap negatif.

matlamat yang sederhana dan munasabah mengenai penyampaian.

sampaikan maklumat dan fakta-fakta seberapa adil dengan


mengenengahkan seberapa banyak titik persamaan sama ada pegangan,
pandangan atau pendapat.

tumpuan khusus kepada pembentukan kredibiliti perucap dengan


anggapan bahawa audiens harus nampak jelas kejujuran, kelayakan,
kemahiran, kewibawaan dan boleh dipercayai terhadap perucap.
Prinsip komunikasi lisan.
Wujudkan kemesraan di awal setiap perhubungan yang dijalin. Kemesraan
menghasilkan rasa selesa dan seronok di pihak perucap dan audiens.
Hindar dan ketepikan halangan fizikal dan psikologikal semasa berinteraksi.
Halangan fizikal ialah benda-benda atau jarak yang memisahkan perucap
dan audiens. Halangan psikologikal ialah aspek-aspek yang mana pemikiran
mempengaruhi tanggapan dan menyukarkan penjalinan hubungan yang
berkesan. Sedar bahawa setiap manusia dahagakan belaian sama ada fizikal
ataupun psikologikal.
Belaian fizikal.

Jarak yang sesuai dan mesra.

jabat tangan dengan erat sambil memandang ke muka dan berikan


senyuman.

memegang dan menepuk bahu.

memandang dengan bermakna bila bercakap atau mendengar.


Belaian psikologikal.

berikan pujian yang jujur.

mulakan perbualan dengan sesuatu yang positif dan menyenangkan.

anggap setiap persoalan atau permasalahan orang lain sebagai


penting.

berikan perhatian yang sepenuhnya.

Bercakap "Dengan" dan bukannya "Kepada' audiens.


Dengan.

nada berbual.
wujud kesamarataan antara perucap dan audiens.
Nampak kemesraan.
kurang atau tidak formal.
persembahan dua hala.
banyak gunakan 'kita'.

Kepada.

nada berucap atau mengarah.


Wujud jurang di antara perucap dan audiens.
kurang mesra.
penyampaian yang formal.
persembahan satu hala.
banyak menggunakan 'saya'.

Kaedah berhubung dengan orang lain mencerminkan sahsiah perucap.


Audines akan lebih yakin dan mempercayai perucap apabila dapat
berinteraksi dengan yakin dan berkesan. Oleh itu, perucap harus mempunyai
kemahiran untuk berinteraksi dengan baik dan berkesan agar dapat
menggambarkan kewibawaan yang positif dan meyakinkan.

Cara mengekalkan minat audiens.


Minat audiens terhadap ucapan bergantung kepada rangsangan yang
diterima. Di antara kaedah mengekal dan menambah minat audiens ialah:
Unsur kegiatan atau pergerakan dalam persembahan. Ianya boleh jadi
dalam bentuk fizikal, pemerihalan atau psikologikal.
Persembahan yang berdasarkan realiti. Isi penyampaian perlu dikaitkan
dengan realiti hidup sebenar yang dialami oleh audiens, bukannya bercorak
hipotetikal atau teoritikal.
Ambil kira faktor kedekatan (proximity). Beri penekanan pada perkara atau

isu yang hampir dengan audiens seperti kesihatan, anak-anak, isteri, rumah,
harta dan hobi.
Menyelitkan unsur kelaziman (familiarity). Unsur kelaziman ialah perkaraperkara yang dikenali atau mudah difahami oleh audiens. Perucap yang bijak
akan memberi penjelasan secara mudah konsep yang sukar dan kompleks.
Menggunakan unsur kelainan (novelty) seperti penggunaan alat bantu
mengajar (ABM), cara persembahan yang menarik, contoh dan ilustrasi yang
unik serta ceria yang memberi kesedaran dan cabaran.
Ada unsur 'suspen' yang menyebabkan pendengar tertanya-tanya dan
mendengar dengan teliti hingga ke akhir ucapan.
Memasukkan unsur konflik yang dapat merangsang selera audiens seperti
pertelagahan, pergeseran, berita angin dan isu-isu semasa.
Menyelitkan unsur-unsur lucu dan menggembirakan tetapi tidaklah
mengganggu objektif penyampaian.
Menekankan keperluan audiens melalui komunikasi dua hala seperti
bertanyakan soalan, minta pendapat dan idea, mengemukakan ulasan dan
minta penjelasan.
Mengekalkan dinamisme dalam persembahan dengan memasukkan unsurunsur emosi yang dapat menaikkan semangat audiens.
Merangsang seberapa kerap idea audiens iaitu deria rasa, sentuh, hidu,
penglihatan dan pendengaran.
Sembilan teknik melibatkan pendengar
Drama.

semasa sesi pembukaan seperti masalah, cerita atau soalan.

unsur-unsur dramatik seperti berhenti sejenak, mengbah nada suara


dan emosi.
Komunikasi mata.

pandang semua pendengar dengan teliti (3-6 saat).


nilai minat pendengar melalui persetujuan, bosan atau bermasalah.

Pergerakan

gunakan sepenuhnya ruang untuk bergerak.

sentiasa bergerak ke arah audiens terutama di awal dan akhir


persembahan.
Alat bantu mengajar (ABM).

guna pelbagai alat bantu mengajar seperti overhead projektor, carta,


flipchart.

libatkan penglibatan audiens serta merta.

Menyoal

retorik - soalan-soalan mudah tanpa perlukan jawapan.

contoh: Berapa ramai anak muda yang menjadi mangsa bila pengedar
dadah dibiarkan bebas?.
Permainan

bermain untuk bermesra dengan audiens dan juga beri hadiah kepada
yang berjaya.
Timbulkan minat.

gunakan contoh, cerita dan silap mata.

Demonstrasi.

untuk tunjuk setiap langkah secara terperinci bagi menambahkan


kefahaman audiens.
Humor.

mulai ucapan dengan sesuatu yang menarik minat dan jenaka yang
tidak keterlaluan.

Persembahan berkesan.
Ada sempat strategi yang boleh digunakan oleh perucap bagi meningkatkan
keberkesanan ketika membuat persembahan di hadapan khalayak.
Strategi kaedah komunikasi.
Penyampaian maklumat boleh dijalankan secara interpersonal, kumpulan
kecil, kumpulan besar atau umum (mass). Setiap kaedah mempunyai
keistimewaan, kekuatan dan kelemahan masing-masing. Ada masanya kita
menggunakan satu atau dua kaedah sekali gus. Lazimnya kita mungkin
dapat mengawal keadaan dan membolehkan kita membuat pilihan tentang
kaedah komunikasi yang hendak digunakan.
Strategi matlamat komunikasi.
Matlamat yang gagal dan tidak jelas membentuk kegagalan kegiatan
komunikasi. Perucap wajar membentuk objektif utama komunikasi sama ada
hendak mengajar, memberi penerangan, nasihat, peringatan, membujuk,
mengerak, menyedar, mengubah tingkah laku dan sebagainya.
Strategi peranan dalam komunikasi.
Dalam proses komunikasi, perucap mungkin berperanan sebagai fasilitator,
guru, penasihat, kawan, doktor atau pakar. Komunikator yang baik sering
terpaksa memainkan beberapa peranan semasa berinteraksi dan yang
penting, apakah peranan yang ingin dimainkan dalam proses komunikasi
tersebut? Tegasnya, perucap harus berupaya untuk bertukar peranan iaitu
cekap dan fleksibel.
Strategi retorika dalam komunikasi.

Taktik idea.
o pemilihan ideologi dan pendirian (keras, sederhana atau lembut).

Taktik perhubungan.
o cari titik persamaan di antara perucap dan audiens.
o tahap persamaan mempengaruhi tarikan interpersonal dan pihak-pihak
yang berinteraksi.
o perucap perlu mempunyai sifat empati yang tinggi.

Taktik bentuk.
o lebih kepada penysunan kandungan maklumat yang hendak disampaikan.
o susunan maklumat dibuat mengikut:
Urutan masa (kronologi).
Geografi (ruang, kawasan, daerah, negeri).

Sebab, akibat dan kesan.


Masalah dan kaedah penyelesaian.
Umum khusus (deduktif).
Khusus umum (induktif).
Pro dan kontra.
Topik demi topik.
Mudah-kompleks.

Taktik bahasa.
o bahasa perlu sesuai dengan ciri-ciri audiens.
o penggunaan bahasa yang tidak sesuai boleh menyebabkan audiens
menutup pintu mental daripada mendengar.
o contoh: bahasa daerah, bahasa Inggeris atau istilah yang kompleks.
Menyampaikan ucapan.
Manuskrip

o
o
o
o
o

Baca terus daripada teks.


Perkataan demi perkataan.
Memerlukan ketepatan bahasa, ayat dan masa.
Tujuan:
Merakam.
Mantapkan kenyatan-kenyataan umum.
Sediakan salinan kepada pihak media.
Memilih penggunaan bahasa yang tepat.
Menepati masa.

Hafal

Jarang digunakan.

Biasanya ringkas dan mudah (10-15 minit).

Ingat mesej penting bukannya perkataan demi perkataan.

Contoh: ceramah, sesi penerangan.

Kelebihannya ialah dapat tumpu pada gerakan.

Kelemahannya ialah risiko terlupa dan tidak bebas mengeluarkan idea


sendiri.
Impromptu

Spontan (tanpa persediaan).

Tidak perlu yang sempurna, cukup sekadar beberapa perkataan


seperti memberi ulasan, pendapat dan pandangan.

Kelebihannya ialah ucapan yang mudah, ringkas, lebih ikhlas, tidak


perlu persediaan yang rapi dan dapat baiki kemahiran berucap.

Extemporaneous

o
o
o
o
o

Ada persediaan dan perancangan.


Menggunakan nota ringkas dan rangka kasar ucapan (outline).
Kelebihannya:
Boleh mengawal bahasa, topik dan masa.
Boleh membuat sebarang perubahan semasa ucapan disampaikan.
Boleh disesuaikan dengan pelbagai keadaan.
Bebas membentuk kontak mata dan pergerakan.
Spontan dan secara langsung.

Pengawalan suara.
Volume

Pastikan sesuai dengan suasana sekitar, saiz dan tahap kebisingan.

Terlalu kuat -------- memekak.

Terlalu perlahan ---tidak difahami.


Pitch.

main.

Nada tinggi dan rendah.


Terlalu cepat --- pitch tingi.
Terlalu perlahan --- pitch rendah.
Tentukan watak perucap seperti serius, sedih, suka, marah atau mainBoleh dipelbagaikan.

Kelajuan (Rate).
Setiap masyarakat mempunyai kelajuan bercakap yang berbeza-beza.

Amerika Syarikat ------- 120-150 ppm.


Jepun ---------------------- 180 ppm.
Cina ------------------------ 160 ppm.

Lambat ---- penerangan untuk perkara yang kompleks dan sukar difahami.
Cepat ------ maklumat umum.
Bergantung kepada:

Mood.
Komposisi audiens (sedikit atau ramai).
Persekitaran (panas, sejuk, hujan).

Tokoh-tokoh:

Franklin Roosevelt (110 ppm).


J.F Keneddy (180 ppm).
Martin l. King (92-145 ppm).

Henti (Pause).

Masa untuk berhenti, meneruskan ucapan, tarikh dan hembus nafas.


Memerlukan latihan dan kemahiran bercakap.
Elakkan bunyi 'eh...uh...er...a..'.

Anda mungkin juga menyukai