Anda di halaman 1dari 12

Pembangunan Sosial Dan

Langkah-langkah Pembangunan Dalam Masyarakat


Di Malaysia

Sabjek LPP1133
Prof. Zaitun Binti Sidin
Oleh
Wahida Binti Ibrahim (MP131104)
Fakulti Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran
Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK
Pembangunan sosial merupakan satu proses pembangunan yang memberi penekanan kepada
manusia dan sistem sosialnya. Ia dihubungkaitkan dengan pelbagai strategi, program dan aktiviti
yang menekankan kepada pengisian nilai-nilai yang akan mempertingkatkan kualiti hidup dan
kesejahteraan dalam erti kata sebenar. Proses transformasi sosial, urbanisasi dan globalisasi telah
memberi implikasi yang ketara kepada masyarakat semasa dan kebanyakan negara, kini sedang
berusaha untuk mengimbangkan pembangunan sosial dan kemajuan ekonomi.
Sebagai rakyat Malaysia, kita sememangnya merasa bangga dengan pembangunan yang telah
dicapai, terutama dalam bidang ekonomi. Pembangunan ekonomi negara ini telah meningkatkan
pendapatan negara dan pendapatan per kapita sehingga kini Malaysia menjadi sebuah contoh
negara membangun yang disegani. Jelas proses pembangunan negara ini telah berjaya
merapatkan jurang ketaksamaan sosial dan kemiskinan dalam negara. Sehingga kini, negara jelas
mampu mengatasi masalah kemiskinan dengan begitu berkesan sekali. Walaubagaimanapun,
pembangunan yang pesat kini secara langsung menuntut perubahan paradigma dikalangan rakyat
Malaysia dan akhirnya menjadi titik penentu kualiti hidup sosial sesebuah masyarakat. Dengan
ini satu kerangka langkah-langkah pembangunan sosial yang lebih terancang dan dengan
pengawalan yang lebih baik dapat diterapkan di semua lapisan masyarakat Malaysia agar
kesepaduan dan kemakmuran Negara terpelihara.

Definisi Pembangunan Sosial


Social development is a process that results in the transformation of social structures to
improve the capacity of a society in order to fulfill its objectives. It aims specifically in
developing power to elevate expansion of human activity.
Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan.
Manakala pembangunan membawa banyak maksud seperti pendapat ahli-ahli falsafah Tadaro
(1977), Syed Husin Ali (1976), Seers (1979) dan laporan Suruhanjaya Selatan (1990) di bawah:
1. Menurut Laporan Suruhanjaya Selatan (1990), pembangunan boleh didefinisikan sebagai
satu proses yang mana membolehkan kehidupan manusia merealisasikan potensi,
membina keyakinan serta membawa kehidupan ke arah kemuliaan dan penuh bermakna
yang membebaskan manusia dari rasa takut untuk meminta dan dieksploitasi. Ia
merupakan pergerakan yang menjauhkan dari penindasan politik, ekonomi dan juga
sosial. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 2)

2. Todaro (1977) berpendapat bahawa pembangunan melibatkan proses menyusun dan


mengorientasi semula sistem ekonomi dan sosial. Ini bermakna bahawa pembangunan
bukan sahaja melibatkan pertambahan kepada pendapatan dan pengeluaran, bahkan juga
mengambil kira perubahan institusi social, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat
resam dan kepercayaan. (Rahimah Aziz 1989: 3).

3. Syed Husin Ali (1976) pula menyatakan bahawa pembangunan ekonomi bertujuan
untuk menaikkan taraf hidup ekonomi sebahagian besar masyarakat. Bahawa pencapaian

yang tinggi dalam bidang ekonomi boleh menjadi asas yang kukuh bagi memajukan atau
membangunkan bidang-bidang lain seperti pelajaran, kemasyarakatan dan kebudayaan.
Maka, pembangunan tidak boleh terbatas kepada hal-hal ekonomi sahaja. Sebaliknya,
meliputi semua bidang kehidupan masyarakat. (Rahimah Aziz 1989: 3).

4. Seers (1979) pembangunan boleh ditunjukkan dengan terhapusnya kemiskinan,


kurangnya jumlah pengguran serta rapatnya jurang ketaksamaan. Kemiskinan,
pengangguran dan ketaksamaan. Kemiskinan, pengangguran dan ketaksamaan ini
biasanya mencirikan negara-negara Dunia Ketiga. Beliau berpendapat bahawa
pembangunan bermaksud pengurangan pergantungan budaya kepada satu atau lebih
kuasa besar dan ini dapat dilakukan misalnya, dengan meningkatkan penggunaan bahasa
kebangsaan, memperuntukkan lebih banyak masa siaran televisyen untuk rancangan
tempatan dan meningkatkan mutu pendidikan tempatan. (Rahimah Aziz 1989: 3).

Pengenalan
Pembangunan Sosial adalah pendekatan pembangunan yang bertujuan meningkatkan kualiti
kehidupan manusia secara sempurna, yakni memenuhi keperluan manusia yang terentang mulai
dari keperluan fizikal sampai sosial. Secara kontekstual pembangunan sosial lebih berorientasi
pada prinsip keadilan sosial dan keseimbangan pertumbuhan ekonomi. Beberapa program yang
menjadi pusat perhatian pembangunan sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, pekerjaan,
perumahan, dan pembasmian kemiskinan.

Pembangunan Negara tidak dapat dinikmati dengan sepenuhnya jika terdapat ketidakseimbangan
antara pembangunan ekonomi dengan pembangunan sosial. Di samping itu, tahap kemajuan
sesebuah negara tidak boleh diukur hanya berdasarkan pembangunan fizikal dan kejayaan
material semata-mata. Sebaliknya aspek kualitatif seperti kemantapan sosial, nilai-nilai moral,
kekuatan intelektual dan keutuhan budaya juga perlu diambilkira dan diberi perhatian yang
wajar. Dengan itu, walaupun kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan taraf ekonomi dan
pembangunan Malaysia supaya seiring dengan negara maju yang lain, namun kerajaan tetap
mewujudkan pembangunan yang mapan, bersepadu dan holistik. Huraian seterusnya
menerangkan tiga strategi teori Midgley, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Sosial
Negara sebagai langkah-langkah pembangunan sosial yang boleh diaplikasikan di Malaysia.

A. Teori Midgley
Menurut Midgley, pembangunan sosial mempunyai tiga strategi besar iaitu:
1. Pembangunan sosial oleh individu, dikenali juga sebagai pendekatan individualis, di
mana ideologi tersebut menekankan pada pentingnya kebebasan individu dalam memilih.
Pendekatan individual ini tidak popular dalam pembangunan sosial. Pendekatan ini
dipromosikan melalui peningkatan fungsi sosial individu dan hubungan interpersonal.
Dalam strategi ini, individu-individu dalam masyarakat secara swadaya membentuk
usaha pelayanan guna membudayakan masyarakat.
2. Pembangunan sosial oleh komuniti dikenali juga sebagai pendekatan komuniti . Strategi
ini percaya bahawa antara masyarakat dan komuniti mempunyai kemampuan yang saling
berkaitan untuk memastikan keperluan asas mereka dipenuhi, masalah sosial mereka
diatasi, dan peluang untuk maju tersedia. Untuk mencapai hal tersebut, masyarakat dan
komuniti perlu saling bekerja sama melalui pembangunan komuniti tempatannya.
4

3. Pembangunan sosial oleh kerajaan dikenali pula sebagai pendekatan statik . Pendekatan
statik dikelola oleh kumpulan sosialis. Kumpulan ini dibina dari persatuan masyarakat
yang mempunyai sumber secara kolektif dan membahagi kuasa untuk membuat
keputusan. Melalui strategi tersebut, pembangunan sosial dilakukan oleh lembaga
-lembaga atau organisasi dalam pemerintahan. Di samping adanya penyertaan individu
dan masyarakat, kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan apakah
dasar pembangunan sosial dilaksanakan dan apakah dasar sosial dan ekonomi
diselaraskan.
Di Malaysia, masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, dan juga
berbilang etnik dari negeri Sabah dan Sarawak iaitu seperti Bidayuh, Kadazan, Murut dan
sebagainya. Pada pendapat saya, teori Midgley boleh diaplikasi dalam pembangunan
sosial masyarakat Malaysia kerana Malaysia mengamalkan demokrasi dan mempunyai
ciri-ciri yang sama dengan ideology Midgley iaitu menggunakan pendekatan komuniti
dan pendekatan statik. Diantara ciri-ciri masyarakat di Malaysia adalah:
1.Berkelompok
Masyarakat tidak akan wujud tanpa kehidupan secara berkelompok. Adalah mustahil
seseorang individu mampu menyediakan keperluan hidupnya tanpa bergantung pada
individu lain. Oleh itu kehidupan berkelompok membolehkan satu anggota masyarakat
berinteraksi dengan anggota yang lain dan bergantung hidup dengan anggota masyarakat
yang lain.
2.Berbudaya
Interaksi antara anggota masyarakat akan melahirkan budaya, umpamanya budaya makan
dengan tangan bagi orang Melayu. Budaya ini akan diperturunkan dari satu generasi
5

kepada satu generasi.

3.Berinteraksi
Syarat utama wujudnya sesebuah masyarakat ialah terdapatnya perhubungan, interaksi
dan bekerjasama di antara anggota masyarakat. Perhubungan, interaksi dan bekerjasama
ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.
4.Mengalami perubahan
Sesebuah masyarakat adalah tidak statik dan pasti mengalami perubahan. Perubahan
tersebut belaku disebabkan faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. Sebagai
contoh penemuan ubat-ubatan moden kini telah merubah kepercayaan dan amalan
masyarakat Melayu dari perubatan tradisional kepada perubatan moden.

5.Mempunyai kepimpinan
Setiap masyarakat mesti wujud sistem politik dan kepimpinan. Ia wujud di pelbagai
peringkat sama ada kepimpinan peringkat rendah, sederhana mahupun tinggi. Sebagai
contoh bapa adalah pemimpin keluarga, penghulu adalah pemimpin kampung dan
Perdana Menteri pemimpin negara.
6. Mempunyai aturan sosial
Setiap masyarakat mesti mempunyai aturan sosial yang berupa peraturan dan undangundang. Ia berfungsi menunjuk ajar dan mengawal pergerakan anggota masyarakat.

B. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan diperakukan dalam Kongres Kebudayaan
Kebangsaan 1971. Allahyarham Tun Abd. Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang
kedua, sewaktu merasmikan kongres tersebut ada menyatakan:
.nenek moyang bangsa kita yang mendiami rantau Nusantara ini meninggalkan pusaka
kebudayaan yang kaya raya dan tinggi mutunya. Maka, sudah sewajarnya kita menerima gagasan
bahawa Kebudayaan Kebangsaan yang sedang dibentuk dan dicorakkan itu hendaklah
berlandaskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Namun harus diingat, dalam mencari bentuk dan
menentukan corak kebudayaan kebangsaan, kita tidak melupakan hakikat masyarakat yang
berbilang bangsa. Kita hendaklah sentiasa berpandu kepada cita-cita membentuk sebuah negara
dengan rakyatnya daripada pelbagai kaum dan golongan dijalin dalm satu ikatan yang padu. Saya
percaya selagi kita sedar dan insaf akan hakikat ini, kita tidak akan melencong daripada
matlamat untuk mendirikan bangsa yang bersatu.
Pembudayaan adalah salah satu langkah dalam pembangunan sosial di Malaysia. Sejak awal
kemerdekaan lagi, tolak ansur telah wujud di antara kaum dengan adanya kotrak sosial yang
telah dipersetujui oleh semua kaum dan termaktub dalam perlembagaan negara. Dasar
Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang dirangka kerajaan pada tahun 1971 menjadi garis
panduan dalam usaha membentuk kesepaduan kaum yang berbilang di Malaysia. Dasar-dasar
kerajaan bukan bersifat ekonomi berjaya mengimbangi dasar-dasar kerajaan yang lain dalam
memastikan pembangunan negara dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Dalam
masyarakat majmuk, budaya menjadi faktor pembentukan jati diri bangsa, negara dan sumber
perpaduan kaum. Perbezaan kaum boleh mencetuskan polarisasi kaum yang akan mementingkan
kaum masing-masing dan kerana itu pelaksanaan DKK dapat menyatupadukan rakyat negara ini.

B. DASAR SOSIAL NEGARA


Dasar Sosial Negara (DSN) telah dilancarkan kerajaan Malaysia pada tahun 2003 oleh YAB
Dato Seri Abdullah bin Ahmad Badawi merupakan dasar payung yang merangkumi semua
dasar, program dan aktiviti pembangunan sosial serta menjelaskan falsafah di sebalik
pembangunan sosial di Malaysia. DSN adalah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilainilai murni dan peningkatan keupayaan insane bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial,
ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju serta mantap. Bagi
merealisasikan perpaduan negara, nilai-nilai bersama dan prinsip-prinsip sejagat yang terdapat
dalam Dasar Sosial Negara juga perlu dipertingkatkan dan dipertimbangkan sebagai salah satu
langkah pembangunan sosial. Di antara nilai-nilai sejagat ini adalah :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Menghormati hak asasi manusia


Menentang pemerasan dan penindasan sesama manusia
Cintakan keadilan
Bencikan keganasan
Berperikemanusiaan
Menghormati pemimpin yang jujur serta cintakan keamanan dan perdamaian
Sifat-sifat jujur, amanah, menghormati ibu bapa dan orang tua
Sanggup berkorban untuk negara dan berjuang menegakkan kebenaran
Bersih, cekap, rajin bekerja dan sebagainya.

Dalam proses pembangunan negara, aspek agama perlu dititikberatkan. Di Malaysia, kebebasan
beragama telah dimaktubkan dalam perlembagaan dan agama Islam telah dijadikan agama rasmi
Persekutuan. Justeru itu, dalam kehidupan bermasyarakat dan berbudaya, ajaran-ajaran dan nilainilai agama dipegang kuat serta diamalkan agar kesepaduan masyarakat dapat dicapai.

KESIMPULAN

Penggubalan dan pelaksanaan DKK dan DSN perlu di negara ini kerana negara Malaysia
mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat
menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu
serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian,
pelaksanaannya rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat dan meningkatkan kualiti
kehidupan kemanusiaan dan kerohanian. Perpaduan kaum di Malaysia boleh dieratkan dengan
pelbagai cara mengikut teori Midgley, maka untuk menjadikannya lebih berkesan, semua
masyarakat dari pelbagai kaum perlu sama-sama menjayakan usaha-usaha yang dijalankan oleh
kerajaan. Langkah-langkah tegas yang telah dihuraikan seperti di atas mestilah dijalankan secara
menyeluruh di Malaysia agar masyarakatnya yang terdiri dari pelbagai kaum sanggup
melibatkan diri mereka secara serius dalam usaha ini dan menjauhkan diri mereka dari
mengeksploitasi simbol-simbol perpaduan untuk tujuan politik mereka. Sebagai warganegara
Malaysia, kita bertanggungjawab untuk mewujudkan perpaduan di mana asas perpaduan telah
disediakan oleh kerajaan. Rakyat perlu saling bertolak ansur dan toleransi yang diamalkan oleh
pelbagai kaum di negara ini menunjukkan kita bersedia menerima bangsa dan budaya lain
sebagai satu budaya yang sama iaitu budaya Malaysia. Dalam konteks Malaysia, asimilasi
budaya pelbagai kaum telah, sedang dan akan terus berlaku. Rakyat harus mempunyai sifat
bersih, cekap dan amanah. Hal ini menyebabkan titik pertemuan antara kaum semakin luas. Titik
pertemuan yang menjadi nilai hidup bersama, yakni budaya masyarakat yang menginginkan
kebaikan. Jadi, titik pertemuan adalah kunci untuk mencapai matlamat terpenting negara, iaitu
penyatuan melalui keperibadian kebangsaan yang jitu.

RUJUKAN
1. http://www.ask.com/question/what-is-the-definition-of-social-development
2. http://www.4-h.org/About-4-H/Research/4-H-Common-Measures-Reference-Table.dwn
3.

(Inggeris) Migley, James. 1995. Social Development: The Developmental Perspective in


Social Welfare. London: Sage Publications Ltd. Page. 25-31

4.

(Inggeris) Suharto, Edi. 2010. Analisis Dasar Awam. Bandung: Alfabeta.

5. ^ Bahri, efri S. "Alternatif Strategi Pembangunan Sosial untuk Indonesia", diterbitkan


oleh suarapembaca.detik.com pada Selasa, 18/08/2009.

10

6.

(Inggeris) Migley, James. 1995. Social Development: The Developmental Perspective in


Social Welfare. London: Sage Publications Ltd. Page 1-10

7. Adi, Isbandi Rukminto. 2008. Campur tangan Komuniti: Pembangunan Masyarakat


Sebagai Upaya Pemberdayaan Masyarakat. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada. Hal. 5066.
8.

(Inggeris) Migley, James. 1995. Social Development: The Developmental Perspective in


Social Welfare. London: Sage Publications Ltd. Page. 103-104

9. Pembangunan-sosial-dalam-rmk-9-analisis-awal (2009)
10. Pembangunan-sosial-rmk-8 (2010)
11. Mohd. Razali Agus.; Fashbir Noor Sidin. Kuala Lumpur : Jabatan Antropologi dan
Sosiologi, Fakuti Sastera dan Sains, Universiti Malaya, 1998.
12. Noor Rohana Mansor. BBM 3202: Bahasa, Budaya dan Masyarakat. Penerbit UMT
(2008)
13. Ibrahim Mamat. Pembangunan Sumber Manusia. Penerbit UMT (2010)

11

Anda mungkin juga menyukai