Anda di halaman 1dari 5

Skrip Jawapan Pelajar KMS4073 (Penilaian Berterusan Peperiksaan Akhir 40%)

Soalan tidak perlu salin semula. Letakkan nombor soalan dan jawapan sahaja
ketika menjawab. Terima kasih.
Nama : ALJAZIRA BIN ZAINAL
Matrik : D20313086
Kumpulan : G1

BAHAGIAN A - JAWAB SEMUA SOALAN.


1. Pembangunan sosial bermaksud satu proses pembangunan yang memberi
penekanan kepada manusia dan sistem sosialnya. Pembangunan sosial juga
dapat dihubungkait dengan pelbagai strategi, program dan juga segala aktiviti
yang menekankan pengisian nilai-nilai baik yang mampu meningkatkan kualiti
hidup dan kesejahteraan (prosperity) masyarakat. Pembangunan sosial juga
dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap permasalahan dalam
negara seperti kemiskinan, ketidakadilan sosial dan juga ekonomi. Menurut
rogers, proses pembangunan sosial memerlukan penyertaan yang meluas
untuk memajukan sosial. Contohnya pembangunan dari sudut pendidikan,
kesihatan dan juga ekonomi politik.

2. 5 bidang yang sering difokuskan bagi tujuan pembangunan sosial:

- Pendidikan
- Kesihatan
- Keselamatan awam
- Kemiskinan
- Kebudayaan dan hiburan

3. Empat sandaran komunikasi pembangunan:


- Komunikasi pembangunan menumpukan dan memfokuskan kepada program
serta aktiviti yang mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat.
- Penggunaan gabungan media secara intensif untuk menyalurkan maklumat
dan seterusnya dapat memujuk masyarakat untuk menerima idea perubahan
dan sesuatu pembangunan.
- Komunikasi pembangunan dapat mewujudkan satu kesedaran di kalangan
masyarakat untuk sama-sama turut serta dalam program dan menjayakan
program pembangunan yang dirancang.
Skrip Jawapan Pelajar KMS4073 (Penilaian Berterusan Peperiksaan Akhir 40%)

- Komunikasi pembangunan menyebabkan berlakunya hubungan dua hala dan


satu penglibatan yang menyeluruh antara penerima pembangunan serta
sumber pembangunan.

4. a) Dari segi politik, media membantu untuk pembangunan sosial dengan


mewujudkan kesedaran politik dalam kalangan rakyat. Rakyat dapat
melakukan satu penilaian berdasarkan media-media yang menceritakan
tentang situasi politik semasa negara. Hal ini dapat menjadikan rakyat bijak
dalam membuat keputusan memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak
dan keperluan rakyat. Apabila rakyat memilih pemimpin yang tepat,
pemerintahan juga akan kukuh dan pemimpin yang bijak akan sentiasa
mencari idea untuk meningkatkan kestabilan politik negara. Pembangunan
sosial yang baik dapat dicapai melalui perubahan corak politik yang lebih
stabil sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, satu cara hidup
baharu dapat ditunjukkan dalam masyarakat dengan adanya situasi politik
yang stabil, pemimpin yang tidak korupsi dan pemerintahan yang kukuh dan
tidak kerap bertukar.

b) Dari segi ekonomi pula, media membantu negara mencapai pembangunan


sosial yang baik dengan kuasa media menyebarkan maklumat tentang
ekonomi negara. Melalui proses ini, masyarakat dapat mengetahui
perkembangan ekonomi negara. Maklumat yang disalurkan oleh media dapat
meningkatkan usaha masyarakat untuk merancakkan lagi sektor ekonomi
bagi mengekalkan prestasi ekonomi sekaligus memajukan negara agar dapat
bersaing dengan negara-negara maju. Kerajaan juga akan melakukan pelan
tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi sesuatu krisis dengan
menyediakan alternatif yang lebih berkesan dan menyediakan usaha untuk
meningkatkan ekonomi dan mengekalkan kebolehpasaran ekonomi. Oleh
yang demikian, media yang menggembar-gemburkan tentang ekonomi
negara yang baik dapat meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat
sekaligus mewujudkan satu cara hidup yang baru untuk meningkatkan
kemajuan negara.
Skrip Jawapan Pelajar KMS4073 (Penilaian Berterusan Peperiksaan Akhir 40%)

BAHAGIAN B - JAWAB DUA SOALAN SAHAJA.

1. Bagi merancakkan penyertaan dan meningkatkan kesedaran akan


penglibatan masyarakat dalam mana-mana program pembangunan yang
dijalankan, terdapat cadangan langkah-langkah yang boleh diambil oleh ejen-
ejen pembangunan mengikut konsep disfusi inovasi. Antaranya adalah dari
tahap pengetahuan dimana ejen pembangunan perlu memberi pemahaman
dan penerangan yang jelas serta komprehensif terlebih dahulu kepada
sebuah masyarakat atau penerima inovasi tentang kepentingan inovasi,
kesan inovasi kepada masyarakat, kebaikan yang diperoleh, kemudahan
yang akan diterima dan manfaat inovasi kepada mereka dan ahli masyarakat.
Penerangan melalui proses mendedahkan maklumat dan pengetahuan ini
mampu menjadikan penerima inovasi memahami konsep inovasi yang
mampu memberi manfaat kepadanya. Kesannya, mereka akan lebih mudah
untuk melakukan adopsi kepada sesuatu inovasi.

Langkah seterusnya ialah melakukan inisiatif dalam tahap pembujukan


dimana ejen pembangunan boleh melakukan perkara yang mampu
menarik perhatian mereka sekaligus memenangi hati melalui proses
komunikasi yang baik. Contohnya seperti iklan inovasi yang efektif,
pelaksanaan mesyuarat yang aman dan damai melalui persefahaman dua
hala antara innovator dan penerima, wujudnya rasional dalam pembujukan,
menunjukkan keyakinan serta menampakkan kesungguhan innovator yang
tinggi dalam melakukan inovasi. Keberkesanan sesuatu pembujukan dapat
dilihat melalui sikap yang ditunjukkan oleh kelompok sosial itu. Pembujukan
yang berkesan menyebabkan kelompok sosial menunjukkan penerimaan dan
sikap yang baik bagi memuduhkan urusan inovasi.

Langkah seterusnya ialah ejen pembangunan perlu sentiasa memberi ruang


kepada adopter untuk membuat keputusan, mengenal pasti masalah
serta mempertimbangkan manfaat inovasi terhadap diri mereka. Ejen-ejen
pembangunan yang bersifat mementingkan diri sehingga tidak mempedulikan
pandangan dan keputusan adopter akan menyebabkan inovasi terhalang dan
Skrip Jawapan Pelajar KMS4073 (Penilaian Berterusan Peperiksaan Akhir 40%)

pelaksanaannya menjadi kucar-kacir. Pemberian ruang untuk masyarakat


sosial membuat keputusan dengan teliti dapat mewujudkan situasi yang
rasional dan profesional antara kedua pihak. Akhirnya masyarakat pun
menerima inovasi sekaligus melibatkan diri dalam proses inovasi itu sendiri.

2. Islam merupakan agama yang bersifat universal dan menyeluruh. Islam juga
bergerak selari dengan peredaran zaman dan menyokong segala yang
memberi kebaikan untuk islam itu sendiri terutamanya dalam perkara
pembangunan. Antara pandangan islam terhadap pembangunan ialah
pembangunan bukan ditekan dari aspek material tetapi pembangunan
itu disulami nilai-nilai kejiwaan yang mulia. Dalam erti kata lain, Islam
menganggap proses pembangunan boleh dihubungkaitkan dengan akhlak
dan peradaban masyarakat. Pembangunan sosial yang baik melalui
penerapan cara hidup islam dan cara hidup yang terpuji mampu melahirkan
manusia yang berakhlak mulia seperti jujur dalam perbuatan, amanah dalam
kerja dan berhemah tinggi. Apabila penerapan nilai-nilai yang baik ini
dijadikan sebagai satu proses pembangunan, maka kesejahteraan hidup
rakyat dapat dijamin dimana kurangnya kadar jenayah berlaku, keselamatan
negara terjamin dan taraf hidup meningkat disebabkan pembangunan yang
disulami nilai kejiwaan.

Pandangan islam yang kedua terhadap pembangunan ialah islam melihat


pembangunan dapat membina sebuah masyarakat yang mampu
bersaing dengan cabaran sains ataupun kuasa barat yang semakin
mendominasi dunia melalui corak pemikiran ataupun pengetahuan yang tidak
selari dengan syariat islamiyyah. Sebagai contoh, kajian sains yang
mengatakan bahawa manusia berasal daripada haiwan iaitu beruk melawan
hukum dari perspektif islam yang mana manusia berasal daripada tanah iaitu
dimulai nabi Adam. Selain itu juga, penciptaan game-game yang berunsur
barat yang mampu mengalih pendangan kepada cara hidup barat dan
mengubah corak kehidupan islamnya menjadi agak kebaratan. Pembangunan
yang baik mengikut perspektif islam mampu memberi keseimbangan dari
sudut rohani dan juga material. Pertama, dengan adanya pembangunan dari
Skrip Jawapan Pelajar KMS4073 (Penilaian Berterusan Peperiksaan Akhir 40%)

sudut rohani dapat menepis segala unsur-unsur negative barat sekaligus


mempertahankan pembangunan islam. Manakala pembangunan material
dapat merancakkan persaingan tamadun islam dengan tamadun barat seperti
ekonomi dan teknologi.

Pandangan terakhir islam terhadap pembangunan adalah islam melihat


pembangunan sebagai asas kepada pencapaian kebahagiaan dunia dan
akhirat. Kebahagiaan didunia seperti kemajuan ekonomi negara yang pesat
menyebabkan masyarakat hidup dalam suasana yang mewah dan
berkemampuan. Pembangunan dari segi politik seperti mendapat pemimpin
yang adil dan jujur juga merupakan suatu perkara yang boleh mewujudkan
kebahagiaan dan juga kesejahteraan hidup masyarakat. Manakala
pembangunan untuk mewujudkan kebahagiaan di akhirat seperti
pembangunan akhlak yang baik berteraskan islam mampu menjadikan
masyarakat yang dicintai Allah sekaligus mendapat balasan syurga. Sebagai
contoh, menghormati ibu-bapa, menjaga kebajikan anak yatim dan menjaga
solat.

Anda mungkin juga menyukai