Anda di halaman 1dari 9

MPU 3113 HUBUNGAN ETNIK

TUGASAN KUMPULAN
PEMODENAN

BACHELOR IN MEDICAL IMAGING


COHORT 12B

PENSYARAH:
MR. AHMAD ZI ALHAQ

No Nama No. Matrik


.
1. Ainuzzahidah bt Zulkarnain 4161201001
2. Akmal bin Aminuddin 4161201002
3. Idham Mukhriz bin Izani 4161201003
4. Nur Anisya binti Abd Rashid 4161201007
5. Nurul Fazlin binti Nor Azman 4161201008
6. Siti Najihah binti Samsuri 4161201010
Pendahuluan:

Dalam era pasca globalisasi dan modenisasi masa kini, kita sering dipancarkan
dengan keindahan kemajuan yakni kemodenan yang terbangun dari usaha masyarakat
manusia muka bumi ini pada umumnya. Apakah sebenarnya maksud pemodenan?
Berdasarkan pengajian, pemodenan berasal daripada perkataan moden yang bermaksud
terkini, zaman sekarang atau sesuatu yang bersifat baharu. Pemodenan bermaksud suatu
fahaman atau pandangan hidup yang bersifat keduniaan dengan berpandukan akal semata-
mata. Modenisasi adalah pembangunan berencana yang distrukturkan dengan pendekatan
ekonomi tertentu dan ia dibezakan dengan pembangunan yang tidak berencana yang selalu
disinonimkan dengan pembaratan. Justeru, pemodenan boleh diklasifikasikan sebagai proses
menukar atau merubah sesuatu yang lama kepada sesuatu yang baharu yang merujuk kepada
perubahan sosial yang melibatkan transformasi dan penyesuaian institusi kepada fungsi yang
sentiasa berubah.

 
Pemodenan merupakan perkataan yang emotif sifatnya. Sesetengah mengatakan
pemodenan merupakan sesuatu yang mendatangkan kegembiraan dan juga sebaliknya.
Manakala modenisme biasanya diklasifikasikan sebagai membelakangkan agama, anti tradisi
dan bersifat secular. Pemodenan merupakan suatu proses perubahan atau transformasi dalam
segala aspek kehidupan masyarakat dan negara secara berencana seperti pembangunan insan,
pembangunan sosial, pembangunan fizikal, pembangunan ekonomi dan lain-lain
pembangunan yang berkait rapat. Menurut istilah, ia merangkumi keseluruhan kehidupan
manusia sama ada luaran dan dalaman, kejiwaan dan kebendaan, fizikal dan mental, praktis
dan teoretis. Melihat kepada sejarah pemodenan, ia bermula di Eropah Barat hasil dua
revolusi besar iaitu revolusi Perancis dan revolusi perindustrian. Revolusi perindustrian telah
mengubah system ekonomi sara diri kepada pembangunan ekonomi berskala besar atau
industry untuk tujuan eksport, Pengkaji sains sosial beranggapan modenisasi hari ini adalah
perubahan yang berasaskan pengasingan agama dan pemerintahan. Proses pembangunan
begitu sinonim dengan proses pembaratan.

Negara Malaysia telah menjadi negara contoh kepada sebahagian negara-negara


membangun hampir di seluruh dunia. Dari kaca mata global, Malaysia telah dilihat sebagai
sebuah negara yang harus dicontohi. Pandangan ini kerap diulangi dan diwar-warkan oleh
pelbagai negara, pertubuhan negara-negara dan badan-badan antarabangsa. Menghuraikan
kejayaan Malaysia pada hari ini merupakan satu tugas yang amat rumit kerana tidak ada satu
faktor yang boleh dianggap faktor penentu kepada kejayaan ini. Pastinya banyak faktor yang
terlibat yang menonjolkan Malaysia sebagai sebuah negara contoh. Yang paling mendapat
perhatian mengenai Malaysia ialah kemampuannya mewujudkan keseimbangan antara
kestabilan politik dan pembangunan ekonomi. Punca kejayaan ini adalah berdasarkan kepada
hubungan etnik yang positif dan saling bersifat sinergi. Pembangunan dan kemajuan yang
dikecapi kini banyak ditentukan oleh bentuk hubungan kaum yang telah terbentuk sejak
sebelum merdeka hingga kini.

Isu modenisasi dan hubungan etnik tidak pernah padam dalam perjuangan Malaysia
membangunkan negara sejak merdeka sehingga kini. Dalam hal ini, setiap polisi dan projek
yang dijalankan mesti objektif terakhirnya adalah untuk perpaduan kaum. Ia seakan menjadi
syarat penting bahawa setiap projek pembangunan yang dilaksanakan mesti melibatkan
semua etnik. Menurut Shamsul Amri, modenisasi diterjemahkan sebagai suatu proses
transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat dan ia dianggap
sebagai sesuatu yang harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara. Malahan modenisasi di
Malaysia sangat berkaitan dengan pembentukan suatu bangsa Malaysia yang mengandungi
pelbagai etnik dan kaum.

Projek modenisasi di Malaysia sebenarnya mengandungi dua komponen utama iaitu


komponen ekonomi dan komponen politik. Kesemua komponen ini adalah bermatlamat
untuk perpaduan kaum serta mewujudkan 'kesatubangsaan' melalui integrasi nasional. Maka
slogan seperti 'satu bahasa', 'satu budaya', 'satu bangsa' dan 'satu negara' sering dilaungkan
sebagai motivasi yang mendasari segala usaha ke arah integrasi nasional. Kaedah
kesatubangsaan dalam konteks pelbagai etnik di Malaysia telah melalui beberapa dasar
negara, seperti Dasar Pelajaran Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan 2020. Menurut Shamsul
Amri, pelaksanaan setiap dasar ini tidak dapat diukur dengan angka-angka yang objektif
seperti ukuran kadar pertumbuhan ekonomi. Sifat subjektif inilah yang sering mengundang
keraguan, kritikan dan pandangan alternatif mengenai projek modenisasi Malaysia terhadap
hubungan etnik dan perpaduan kaum.
Konsep modenisasi telah pun bermula di Eropah sejak berlakunya Revolusi
Perindustrian dan semakin berkembang selepas Perang Dunia Kedua. Konsep Modenisasi
selalunya dikaitkan dengan pembangunan. Pembangunan ini termasuklah perubahan dari segi
sosial, "evolution progress", "advancemet" dan seterusnya modenisasi bila merujuk kepada
negara yang kurang rnembangun. Ada juga yang merujuk pembangunan sebagai
"fundamental changes" dari segi tingkahlaku sosial dan institusi. Sesetengah daripada ahli
falsafah, saintis, ahli sains sosial dan ahli perancang cenderung untuk menafsirkan
pembangunan dengan struktur sosial yang berlaku di negara-negara yang sangat maju dalam
sektor perindustrian, pendidikan, sains dan teknologi. Sesetengah penulis seperti Harrison,
Inkeles dan Smith, menganggap pembangunan sebagai proses perubahan masyarakat dari
tradisional kepada moden. Dalam hal ini Harrison menyatakan pembangunan itu adalah sama
dengan modenisasi.

Modenisasi di Malaysia adalah suatu proses yang amat panjang bermula semenjak
Malaysia mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini. Salah satu perkara yang tidak boleh
dipandang sebelah mata dalam proses pemodenan ini adalah mengenai hubungan etnik.
Malah pemodenan Malaysia yang meliputi ekonomi, politik dan sosial memerlukan satu
kajian yang khusus bagi melihat perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Walaupun
Malaysia setakat ini sudah pun melalui beberapa cabaran dalam proses pembangunan negara,
tidak terkecuali juga cabaran dalam usaha membentuk perpaduan nasional. Justeru itu satu
kajian juga telah dibuat untuk melihat apakah cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha ke
arah perpaduan dan integrasi etnik di negara ini.
Bagaimana mahu mengubah pemikiran kumpulan konservatif tradisi supaya dapat
menerima dan memanfaatkan pemodenan:

Salah satu komponen penting modenisasi adalah mobilisasi sosial atau "social
mobilization," yang mengandungi dua proses iaitu yang pertama ia merupakan suatu proses
yang melibatkan keseluruhan sistem sosial tradisional, sistem ekonomi dan komitmen
psikologi runtuh atau terhakis dan masyarakat semakin boleh menerima perkara barn dalam
hidup mereka dari segi sosialisasi dan tingkah laku. Contohnya dari segi kesediaan mereka
untuk memasuki pasaran niaga, pendedahan terhadap media massa, pertukaran tempat
tinggal, urbanisasi dan tahap celik huruf yang tinggi. Karl Deutsch memperkenalkan idea
mobilasi sosial sebagai perubahan secara menyeluruh kehidupan sesuatu masyarakat daripada
tradisional kepada suatu kehidupan yang lebih moden.

Sering kali terdapat penggunaan istilah konservatif yang disalahtafsirkan apabila


mengaitkan konservatif ialah pandangan kolot, lama, lapuk, tidak sesuai dengan zaman. 
Dalam istilah yang tepat konservatisme ialah memelihara tradisi sesuai dengan perkataan
dasar ‘conserve’, memelihara kesatuan  dalam masyarakat, cuba mengekalkan hieraki yang
ada, mempertahankan autoriti yang selama ini berkuatkuasa dan hak-hak hartanah yang ada.

Dengan kata lain, konservatisme politik dan konteks falsafah sosial ialah


mempromosikan tradisi-tradisi dalam konteks institusi-institusi sosial dan peradaban. Istilah
lain dikaitkan dengan konservatif ialah ‘sayap kanan’ namun penggunaan istilah boleh
mengelirukan kerana terdapat sayap kanan seperti aliran fascism. Golongan konservatif ini 
dikatakan sukar untuk mengubah status quo dalam keadaan yang sedia ada manakala
golongan yang dikatakan kiri atau liberal berhasrat untuk mengubah bagi menyesuaikan
keperluan semasa. 

Namun lazimnya, apabila  kelompok ini menjadi golongan terbesar maka  golongan
kiri dan liberal akan berkompromi dengan  sayap kanan ini. Sebenarnya aliran konservatif
tidak menentang secara keseluruhan, akan tetapi golongan sayap ini juga sanggup berubah
jika terdapat situasi yang memerlukan mereka berubah bagi menyediakan landskap yang
baharu. 
Yang mereka tolak ialah perubahan yang dianggap sebagai terlalu drastik atau radikal.
Golongan ini terkelompok dalam pemikiran gradualisme yang berasal daripada istilah latin
bermakna gradus. Iaitu perubahan yang berlaku perlulah secara beransur-ansur secara
semulajadi dalam masyarakat dan tidak berlaku secara besar-besaran. Dengan perubahan
yang minima, sedikit demi sedikit ia diyakini mampu mengekalkan keseimbangan dan
pengekalan tanpa menimbulkan pertentangan yang besar. Ia sesuai juga dalam konteks
keupayaan manusia dalam penerimaan menerusi keupayaan yang lebih rasional untuk
pentadbiran yang lebih baik dan mengekalkan struktur pentadbiran.

Malaysia sebagai negara pernah dijajah oleh UK terpengaruh dengan konservatisme


UK yang mempunyai tradisi dan sejarah yang panjang dalam konteks menghargai nilai
setempat termasuk masyarakat dan perubahan politik. Gerakan konservatif di
UK menekankan pemeliharaan yang terbaik daripada sejarah silam termasukkan aspek tradisi
masyarakat dan institusi-institusi negara. Gerakan golongan ini mahukan perubahan secara
beransur-ansur dan melakukan penyesuaian dan perubahan yang dimahukan itu benar-benar
perlu. 

Perubahan zaman dan perubahan dalaman yang berlaku dalam parti itu sendiri yang
menyebabkan terdapat kecenderungan sesetengah parti konservatif kurang membuat
penekanan pemuliharaan masa lalu dan pembaharuan. Hal ini kerana terdapat parti yang
terlalu memfokuskan akan keperluan kemenangan dalam pilihan raya sehingga parti tersebut
menjadi kurang popular atau pun mendapat kemenangan besar. Di UK, parti konservatif
mendominasi kerajaan pada abad ke 20.

Konservartisme percaya   bahawa manusia yang lahir cenderung bebas dan jika tidak
dikawal akan menyebabkan perlanggaran undang-undang yang terlihat dalam konteks sejarah
lampau pernah berlaku manakala struktur tradisi yang mengawal daripada perkara buruk
berlaku. Sebab itu, undang-undang untuk mengekang perlanggaran undang-undang banyak
diadakan.

Terdapat pelbagai aliran konservatisme seperti Burkean, Coleridge dan


Wordworth,Maistre dan konservatif Latin.  Tsarist dan Dostoyevskyan, konservatisme
Amerika dan konservatisme tradisi. Kini wujud pula konservatisme baru yang menekankan
keperluan peraturan, keadilan, kebebasan dan undang-undang moral yang boleh mencetuskan
protes apabila ia semacam suatu paksaan untuk mengekalkan tradisi lama atau peraturan yang
sedia ada. Ternyata ia lebih pegangan yang kuat terhadap aspek tradisi walaupun  bukanlah
suatu ideologi yang kukuh. 

Pada masa yang terdapat unsur pragmatism dalam dasar konservatif, iaitu boleh
berubah-berubah mengikut kesesuaian pemerintahan dan situasi masyarakat dan negara.
Margaret Thatcher yang memerintah 1983 hingga 1989 misalnya membawa idea pasaran
bebas, pengukuhan kewangan, kawalan terhadap perbelanjawaan awam yang dikawal,
pemotongan cukai-cukai, semangat nasionalisme,  nilai-nilai Inggeris, mempertahankan
Institusi tradisional, penyekatan terhadap gerakan buruh, inflasi rendah, kawalan ketat
terhadap kewangan, penswastaan, pilihan kebebasan daripada kesamarataan, penekanan 
terhadap undang-undang, ketidak percayaan terhadap peranan kerajaan dominan, dan seterus
berhati-hati terhadap perubahan. Beliau dianggap golongan konservatif yang liberal dan
berbeza dengan parti konservatif yang ditubuhkan secara dinamik sejak tahun 1830-an. 
Inilah cuba ditiru oleh Dr Mahathir cuba menjadi konservatif liberal ketika memerintah
negara selama 22 tahun. 

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke


empat dan merupakan Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai sejarah memegang
tampuk pemerintahan yang paling lama sehingga hari ini. Sebagai ‘Bapa Pemodenan’,
pelbagai pembangunan dapat di lihat sehingga kini seperti pembinaan Litar Formula 1,
Pelancaran Dasar Perindustrian Negara yang mana menyaksikan kewujudan Industri
Automobil Negara (Proton dan Modenas), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), Transit Aliran Ringan (LRT), Putrajaya dan Cyberjaya. Semuanya adalah daripada
ideanya untuk melihat Malaysia maju dan bersaing di peringkat dunia dalam misi yang di
namakan ‘Wawasan 2020′.

Di era pemerintahan beliau, terdapat banyak perubahan yang berlaku pada dasar-dasar
negara, yang di antaranya melibatkan perubahan pada dasar pendidikan Negara. Pada waktu
tersebut, dasar-dasar negara telah digubal sesuai dengan keperluan semasa dan dibentuk
berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat. Dasar-dasar pembangunan yang digubal
selepas era Tun Dr. Mahathir mempunyai objektif yang khusus iaitu untuk memacu
ekonomi yang global bagi mencapai asprasi Wawasan 2020. Menyorot tarikh bersejarah
negara pada 28hb. Februari 1991 dalam menyingkap ucaptama. Di Persidangan Majlis
Perdagangan Malaysia, beliau telah mencetuskan hasrat untuk menaik taraf status
Malaysia daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara
perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Kerajaan Malaysia telah membangunkan satu kerangka perlaksanaan pelan tindakan


melalui pembangunan sumber manusia yang komprehensif melalui prosess pendidikan
kepada semua peringkat golongan di Malaysia terutamanya kaum Bumiputra khasnya
masyarakat Melayu.Di antara matlamat Wawasan 2020 adalah memupuk semua kaum di
negara ini supaya berdaya saing dan ber-fikiran maju. Ini memberi peluang kepada orang
melayu untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Peningkatan taraf hidup tersebut perlu
selaras dengan peningkatan pendidikan orang Melayu. Di bawah kepimpinan tiga orang
Perdana Menteri yang terdahulu,

Malaysia masih berada di zaman peralihan selepas kemerdekaan. Malaysia pada


ketika itu masih lagi mengharapkan bantuan dari Barat untuk membantu memulihkan negara
dalam aspek pentadbiran, ekonomi, pertanian, teknologi, pertahanan dan pendidikan.
Justeru, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Dasar Pandang ke Timur, ianya
telah mengundang kritikan dan reaksi kurang senang dari Barat, terutamanya Britain dan
Amerika Syarikat. Idea Dasar Pandang Ke Timur adalah bertujuan untuk menjadikan negara
Jepun dan Korea Selatan sebagai Negara model dalam menentukan arah tuju Malaysia.
Apatah lagi kedua negara tersebut mempunyai ciri-ciri yang seakan sama dengan Malaysia,
iaitu lokasinya yang terletak di benua Asia.

Kedua Negara tersebut juga merupakan negara pertanian pada peringkat awalnya,
sama dengan taraf Negara Malaysia ketika permulaan era pemerintahan Tun Dr Mahathir
Mohamad. Melalui evolusi pendidikan, kedua negara tersebut mampu menyediakan
rakyatnya dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan di samping mengubah mereka
menjadi lebih progresif dan berdaya maju. Di samping itu, pemupukan sikap taat setia
kepada negara sebagai salah satu dasar pembangunan di samping penghargaan kepada
nilai budaya tradisional yang menjadi jati diri kepada kedua bangsa di Timur Jauh itu
menjadikan mereka contoh yang lebih baik daripada Negara barat yang kekurangan dua
unsur tersebut dalam model pembangunan mereka.
Kesimpulan:

Modenisasi sebenarnya telah pun bermula sejak zaman penjajahan British di Tanah
Melayu. Malahan pembentukan masyarakat majmuk juga berlaku semasa penjajahan British.
Dalam hal ini, dua perkara yang perlu diberi perhatian adalah modenisasi dan hubungan etnik
yang datang seiring dan saling berkaitan di antara satu sama lain. Modenisasi sebenamya
memang memberi kesan ke atas hubungan etnik sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial. Modenisasi memberi kesan kepada hubungan etnik dapat dilihat dengan adanya
kesedaran etnik dalam bidang politik, persaingan etnik dalam ekonomi dan politik, serta
konflik antara etnik. Modenisasi memberi kesan positif dan negatif dalam hubungan antara
etnik di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai