Anda di halaman 1dari 17

GLOBALISASI DAN KESAN KE ATAS AGAMA

1.0

PENGENALAN
1.1

KONSEP DAN DEFINISI

Globalisasi pada masa kini sudah tidak menjadi perkara baharu bagi
masyarakat di Malaysia. Jika dahulu, proses globalisasi ini adalah satu perkara
yang pelik dan sukar diterima oleh setengah masyarakat khususnya masyarakat
yang sangat berpegang teguh kepada budaya dan agama kumpulan masyarakat
tertentu. Pelbagai pendapat, persepsi dan pandangan dilontarkan bagi
membahaskan isu globalisasi lebih-lebih lagi isu-isu yang menyentuh sensitivity
agama tertentu.

Pelbagai takrifan dapat diberikan bagi menghuraikan maksud globalisasi.


Dari segi bahasa, globalisasi bermaksud proses yang membolehkan sesuatu
aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke
peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya
kemudahan sistem komunikasi (Kamus Dewan edisi keempat).

Menurut Chee Ping Lee (1997), globalisasi ditakrifkan sebagai proses


pembuangan sempadan bagi Negara-negara di dunia bagi merapatkan
hubungan dan bergabung antara satu sama lain. Mittlen (1996) pula menyatakan
bahawa globalisasi suatu fenomena sejagat yang berlaku kepada semua negara
di dunia. Ia merupakan proses rentas sempadan yang membolehkan politik,
ekonomi, budaya dan ideologi sesebuah Negara menembusi negara lain.
Manakala Prof. Chandra Muzaffar (2010) pula mendefinisikan globalisasi
sebagao proses yang melibatkan Negara, modal, perkhidmatan sebahagian
pekerjaan merentasi sempadan dan memerlukan pemindahan dan perubahan
bersifat nasional.

Menurut Princeton N. Lyman, Felo Kanan di Institut Keamanan, Amerika


Syarikat dan bekas Duta negara itu ke Afrika Selatan, globalisasi biasanya
diertikan sebagai merujuk kepada rapid growth of interdependency and
connection in the world of trade and finance. Tetapi beliau sendiri berpendapat
bahawa globalisasi tidak boleh dihadkan kepada fenomena perdagangan dan
pengaliran kewangan yang berkembang dan kian meluas. Ini kerana There are
other trends driven by the same explosion of technological capability that have
facilitated the financial changes. Globalization of communications is one such
trend.

Dalam terbitan yang menjelaskan agenda penyelidikannya, Pusat Kajian


Globalisasi

dan

Regionalisasi, Universiti

Warwick, England juga

menolak

pengertian globalisasi yang yang terhad kepada fenomena ekonomi. Di samping


itu, ia tidak dapat menerima pandangan yang mengatakan bahawa apa yang
disebut globalisasi hanyalah merupakan fenomena Amerika Utara, bukannya
fenomena Eropah. Insitut itu menekankan pendiriannya bahawa kefahaman
tentang globalisasi mengambil pelbagai dimensi, iaitu politik, ideologi, ekonomi
dan budaya. Globalisasi ialah suatu himpunan proses pengaliran global
berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia.
Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal atau bukan fizikal. Boleh jadi ia
dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi, atau sistem.

Agama memainkan peranan yang penuh dalam hidup seseorang individu.


Agama merupakan prinsip hidup seseorang yang menjadikan seseorang itu
memiliki nilai yang utuh dalam menentukan cara hidup individu. Di samping itu,
agama bukan sahaja mempengaruhi kepada individu tetapi ia menyeluruh
daripada individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan kepada negara. Ini kerana
agama akan mempengaruhi aspek politik, ekonomi dan budaya sesebuah
negara.

Sejurus itu, dalam konteks globalisasi kepada agama, ia memperlihatkan


berlakunya penyulaman unsur-unsur baharu dalam proses perkembangan
agama. Penyulaman ini boleh berunsur positif dan juga negatif. Ibrahim Khalil
Noh (2010) menyifatkan bahawa globalisasi agama merupakan proses
penyebaran agama kepada kelompok manusia yang lain. Penyebaran agama ini
boleh berlaku sama ada berlakunya pertukaran agama, ataupun nilai-nilai agama
sahaja diasimilasi kepada agama yang sedang dianuti oleh individu masingmasing.

Menurut Maran Ramping ( 2013) , globalisasi dalam era Islam tertonjol


dalam empat bidang, iaitu bidang ilmu, bidang ekonomi khususnya perdagangan,
bidang agama dan bidang sains dan teknologi. Bukanlah suatu perkara yang
menghairankan kita kalau Islam muncul sebagai pencetus dan penggerak utama
globalisasi pada masa lampau atau pada bila-bila masa. Sesebuah kuasa atau
sesuatu peradaban tidak boleh menjadi penggerak globalisasi sekiranya ia tidak
memiliki semangat globalisme. Adalah suatu kebenaran bahawa tidak ada
globalisasi tanpa globalisme. Islam mempunyai semangat globalisme dan
sangat berminat untuk melihat segala persoalan kemanusiaan dari perspektif
global. Salah satu sumbangan besar Islam terhadap peradaban dunia ialah
semangat globalisme dan kesejagatan yang telah dipupuknya dan ditiupnya ke
segenap penjuru dunia. Semangat inilah yang telah memungkinkan Islam
menjadi pengasas penulisan sejarah dunia, ilmu perbandingan agama, sosiologi,
tradisi

sains

sejagat,

institusi

saintifik

bertaraf

antarabangsa

dan

penggembaraan dunia. Tanpa terasas semua amalan yang berdimensi global ini,
sudah pasti kemajuan dunia dan proses globalisasi di zaman-zaman berikutnya
lebih perlahan.

Apabila berlakunya proses globalisasi pastinya terdapat kesan-kesan


yang akan wujud. Kesan yang wujud ini akan menjadi titik tolak sejarah
perkembangan sesebuah agama.

2.0

IMPAK POSITIF KEPADA AGAMA

2.1

Peradaban Agama

Transformasi dalam peradaban agama turut mengalami transformasi yang


ketara sejak zaman dahulu lagi sama ada dalam agama Islam, Hindu atau pun
Kristian. Apabila berlaku komunikasi dua hala dengan dunia luar, pasti
berlakunya

silang

budaya

menerusi

perdagangan,

perkahwinan

atau

peperangan.

Sejarah membuktikan masyarakat Melayu di Malaysia yang pada asalnya


berpegang kepada agama Hindu. Ada juga yang berpegang kepada animisme
iaitu tidak mempunyai agama dan hanya berpandukan kepada semangat, roh
orang yang sudah mati atau apa jua benda yang pelik atau aneh akan dianggap
sebagai keramat. Barang atau benda yang diwarisi daripada turun-temurun pula
dianggap sebagai azimat. Apabila dunia melayu mula membuka pintu hubungan
dengan dunia luar, maka masyarakat Melayu mula menerima budaya dan ilmu
daripada masyarakat luar yang datang ke Gugusan Kepulauan Melayu dengan
pelbagai tujuan.

Sebagai contohnya, kegemilangan Melaka yang telah membuka gerbang


perdagangan

telah

merapatkan

hubungan

masyarakat

Melaka

dengan

masyarakat dari negara lain. Pedagang-pedagang yang kebanyakkannya dari


timur tengah ini datang bukan sahaja untuk berdagang, tetapi untuk
menyebarkan ajaran agama yang mereka anuti. Pedagang-pedagang dari timur
tengah ini kebanyakkannya beragama Islam. Masyarakat Melayu Melaka pada
ketika itu amat tertarik dengan tingkah laku dan ilmu kemahiran pedagangpedagang Islam ini menjadikan mereka terbuka hati untuk mendalami ilmu Islam
sekaligus memeluk agama Islam.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa dekad sekitar tahun 1507,


penjajah dari eropah mula menjejakkan kaki ke bumi Melaka. Maka, wujudlah
bangsa Papia Kristang iaitu masyarakat Belanda dan Portugis yang berkahwin
dengan masyarakat Melayu Melaka. Akhirnya, pemikiran baru ini diserap atau
diasimilasi dengan adat tradisi masyarakat Melayu yang tidak bercanggah
dengan ajaran agama Islam. Nilai-nilai yang baik diterima dan diamalkan,
manakala amalan yang negatif ditolak.

2.2

Paradigma Nilai Murni Masyarakat

Ada yang menganggap bahawa globalisasi hanya membawa kesan yang


negatif dalam nilai murni masyarakat sesebuah agama. Namun, kita harus
melihat daripada aspek yang positif kepada sesebuah agama. Terdapat pelbagai
nilai-nilai murni yang diserap masuk ke dalam negara Malaysia melalui pelbagai
medium.

Sebagai contohnya amalan 5S yang sangat terkenal di jabatan-jabatan


kerajaan. Amalan yang berasal daripada negara Jepun ini sangat menitik
beratkan soal kebersihan dan kekemasan lokasi tempat kerja. Antara 5 S
tersebut ialai Seiri yang bermaksud sisih. Kedua ialah Seiton yang bermaksud
susun. S yang ketiga Seiso iaitu sapu. Keempat ialah Seiketsu yang membawa
maksud seragam. Manakala S yang kelima ialah Shitsuke yang bermaksud
sentiasa amal. Sebenarnya amalan nilai-nilai murni ini telah diajarkan di dalam
Islam itu sendiri. Namun, ia tidak diselaraskan sebagaimana amalan yang
dibawa daripada negara matahari terbit ini. Apabila berlakunya globalisasi,
amalan 5S ini sangat memberi kesan yang baik kepada masyarakat di Malaysia
khususnya penganut yang majoriti beragama Islam.

Selain itu, kita juga dapat lihat kesan globalisasi terhadap tatacara
berpakaian bagi masyarakat muslim di Malaysia. Jika dahulu, masyarakat wanita
muslim di Malaysia hanya memakai baju kurung lengkap bertudung untuk keluar
5

bersosial mahupun untuk ke tempat kerja. Namun, lantaran gelombang


globalisasi yang melanda, hari ini fesyen wanita muslimah tidak lagi hanya
memakai baju kurung sahaja. Ia telah dipelbagaikan gaya pemakaian untuk
keluar bersosial atau pun ke tempat kerja. Dalam keadaan masih lagi menjaga
tatasusila muslimah dengan menjaga aurat, wanita muslimah di Malaysia hari ini
tampil dengan lebih bergaya dan anggun. Dengan gaya pemakaian tudung yang
pelbagai, fabrik yang digunakan dan percampuran fesyen dari barat yang
disesuaikan dengan ciri-ciri islamik itu sendiri menjadikan fesyen-fesyen
muslimah ini menjadi perhatian kepada pereka-pereka fesyen yang bukan
beragama Islam. Ini secara tidak langsung memberi pemahaman kepada
masyarakat

luar

tentang

ciri-ciri

pakaian

wanita

Muslimah

sekaligus

menyampaikan maklumat mengenai Islam kepada dunia luar.

2.3

Sistem Muamalat di Peringkat Perbankan Antarabangsa

Malaysia

merupakan

Negara

pertama

di

Asia

Tenggara

yang

mengamalkan sistem perbankan Islam bermula tahun 1983. Sehingga kini,


sistem perbankan Islam ini telah melalui pelbagai fasa perubahan setanding
dengan sistem perbankan konvensional yang bersifat kapitalisme.

Hari ini,

sistem perbankkan Islam ini mula diterima dunia dan dunia mula mengakui akan
keteguhan sistem ini dalam membangunkan ekonomi Negara. Sehingga
penghujung 2012, perbankan Islam di Malaysia telah berkembang pesat dengan
pemilikan aset berjumlah 24.2 peratus (RM469.5 bilion) daripada jumlah
keseluruhan aset perbankan di Malaysia.

Sebelum ini sistem perbankan konvensional memang sudah dikenali


dengan pengamalan riba dengan penerimaan deposit dengan kontrak pemberian
premium atau faedah dan penyediaan hutang atau pembiayaan dengan
dikenakan faedah. Sistem perbankan konvensional ini menjadikan aset cair
sebagai keuntungan kepada institusi perbankan. Segala produk yang ditawarkan
6

oleh institusi perbankan konvensional ini sepeti kad kredit, bon, saham
keutamaan, bil perbendaharaan dan pelbagai lagi berasaskan keuntungan dalam
bentuk bunga atau interest ke atas jumlah pinjaman yang diberikan kepada
pelanggan.

Pada tahun 1997, dunia digemparkan dengan krisis ekonomi dunia yang
telah menyebabkan kebanyakkan negara Asia mengalami penurunan prestasi
ekonomi yang teruk. Pada ketika itu, Malaysia merupakan antara Negara Asia
yang tidak terjejas teruk kesan krisis ekonomi dunia tersebut. Ini telah membuka
mata dunia dalam melihat pengamalan sistem ekonomi muamalat di Malaysia.
Bermula saat itu, mata wang Dinar Emas mula diperkenal oleh Tun Dr. Mahathir
bin

Mohamed

mantan

Perdana

Menteri

Malaysia

bagi

mengurangkan

kebergantungan kepada nilai mata wang Dolar Amerika dalam urusan


perdagangan antarabangsa.

Hari ini, perbankan Islam bukan sahaja terdapat di negara yang bilangan
penganut agama Islam yang majoriti tetapi mendapat sambutan yang dalam
negara yang majoritinya bukan beragama Islam. Setakat hujung tahun 2012,
jumlah aset perbankan Islam di peringkat global telah mencecah sehingga
AS$1.329 trilion (RM 4.39 trilion). Walaupun industri perbankan Islam kini hanya
memiliki aset sebanyak 1.6 peratus daripada jumlah 50 bank terbesar dunia,
namun, pencapaian perbankan Islam sangat membanggakan apabila dalam
keadaan ekonomi dunia yang mengalami krisis, purata pertumbuhan tahunan
perbankan adalah sebanyak 21.1 peratus dari tahun 2007 sehingga 2011.

Kesan daripada keteguhan sistem perbankan Islam ini telah membuka


hati Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa atau International
Monetary Fund untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji struktur
kewangan dan perbankan Islam ini. Selain itu, terdapat banyak institusi
perbankan dari negara bukan Islam begitu tertarik dalam memasarkan produkproduk kewangan Islam. Manakala, negara Singapura, Hong Kong dan United
7

Kingdom mula mengisytiharkan Negara mereka sebagai hub kewangan Islam


kepada dunia.

Ini menjelaskan kepada kita bahawa kesan globalisasi terhadap


kewangan dunia mula bercambah apabila ajaran agama dalam agama Islam
mengenai muamalat mula diterima oleh masyarakat dunia amnya. Amalan
sistem perbankan Islam mula menggantikan sistem perbankan konvensional
yang rata-rata masyarakat mengakui bahawa sistem perbankan konvensional ini
dipenuhi dengan riba dan menindas kepada pelanggannya.

2.4

Teknologi Merentas Perkembangan Agama

Teknologi hari ini bukan lagi menjadi satu pilihan kepada mana-mana
individu, tetapi ia menjadi satu keperluan. Dengan adanya teknologi pelbagai
manfaat diperoleh. Antaranya kita dapat menjimatkan masa dan tenaga dalam
melakukan sesuatu pekerjaan. Penyebaran maklumat juga berlaku dengan
pantas tanpa mengambil masa yang lama untuk menerima sesuatu maklumat.

Marcapada memperlihatkan perkembangan sesuatu agama bergantung


penuh kepada teknologi. Segala penyampaian maklumat berkenaan agama
dapat dilaksanakan dengan begitu pantas dan tepat. Media sosial, blog, laman
web, vlog dan pelbagai lagi dijadikan medium berkesan sebagai platform dakwah
yang berkesan. Masyarakat hari ini, tidak perlu ke kedai buku untuk membeli
buku-buku agama untuk mendapatkan ilmu agama, tetapi dengan satu klik
sahaja, pelbagai informasi dapat dibaca dan dipelajari dengan mudah dan
percuma.

Dengan kepesatan teknologi satelit juga membolehkan kita menonton


televisyen yang menyiarkan pelbagai rancangan. Para pendakwah agama juga
tidak ketinggalan untuk menggunakan pentas ini untuk menyebarkan agama.
Pelbagai rancangan berunsur agama seperti Forum Hal Ehwal Islam, Tanyalah
8

Ustaz, Halaqah dan pelbagai lagi. Rancangan televisyen berbentuk realiti pula
mengambil tempat seperti Mimbar Pencetus Ummah di Astro dan rancangan
Adik-adikku di TV9. Ini semua, banyak memberi impak yang positif kepada
masyarakat yang beragama Islam.

Di samping itu, kehebatan teknologi tidak terbatas kepada sesuatu


perkara sahaja. Manusia akan sentiasa berfikir kreatif bagi memperkembangkan
sesuatu perkara. Hari ini, untuk belajar membaca Al-Quran, penganut agama
Islam tidak lagi semestinya berharap untuk duduk belajar di hadapan para ustaz
ataupun ustazah. Dengan adanya Al-Quran Digital penganut agama Islam dapat
belajar membaca Al-Quran dengan menggunakan alat seperti pen yang
dipanggil dengan Pen Reader. Pen Reader ini akan mengeluarkan suara bacaan
yang telah direkodkan apabila kita menunjukkan Pen Reader kepada ayat-ayat
Al-Quran dalam kitab Al-Quran yang dibekalkan bersama dalam satu set AlQuran digital tersebut. Ini pastinya memudahkan kepada penganut agama Islam
dalam mendalami lagi bacaan Al-Quran dengan lebih baik lagi.

2.5

Sekularisme kepada Liberalisme

Sekularisme dalam agama merupakan pemisahan agama dalam urusan


kehidupan rutin manusia. Pendapat ini memisahkan antara duniawi dan ukhrawi.
Ia bukan sahaja menjadi satu ancaman kepada agama Islam sahaja, malah
menjadi ancaman kepada mana-mana agama terbesar di dunia. Manusia mula
mempertikaikan kehidupan ukhrawi dari aspek sains yang sememangnya sukar
dijelaskan dengan kajian semata-mata. Kesannya, manusia akan hilang
kepercayaan kepada agama dan mula menjadi ateisme atau tiada agama. Maka,
tokoh-tokoh agama dunia mula mengkaji dan mengambil langkah untuk
meliberalkan

agama

masing-masing

kepercayaan kepada agama mereka.

supaya

masyarakat

tidak

hilang

Zaman masyarakat feudal Jepun sekitar tahun 1192 hingga 1862. Pada
ketika itu masyarakat Jepun berpegang kepada ajaran agama Shinto. Pahlawan
Samurai menjadi kebanggaan bagi masyarakat kuno Jepun. Satu amalan yang
wajib bagi pahlawan-pahlawan Samurai ini ialah Harakiri atau Seppuku. Harakiri
atau Seppuku ini merupakan amalan membunuh diri oleh Samurai. Perbuatan ini
dianggap cara kematian yang mulia dan bermaruah. Harakiri ini dilaksanakan
apabila seseorang Samurai gagal untuk melaksanakan sesuatu misi. Bagi
menebus kegagalan itu, Samurai tersebut akan memilih senjata yang mahu
digunakan, membuka kimononya, menikam perutnya dan merobek dari kiri ke
kanan. Seorang yang dipanggil kaishakunin akan menolong menamatkan riwayat
samurai terbabit dengan memenggal kepala samurai tersebut selepas itu.
Namun, amalan ini telah tidak diamalkan lagi apabila proses liberalisme berlaku
saat menyedari pada ketika itu Jepun menjadi negara tertinggi jumlah bilangan
manusia yang bunuh diri.

Proses liberalisme dalam agama Hindu juga berlaku. Antaranya ialah


sekitar tahun 400 selepas masihi. Satu amalan yang sangat tragik iaitu Sati. Sati
merupakan amalan membakar diri oleh wanita yang ditinggalkan oleh suami
yang mati. Apabila suami mati kebiasaannya, suami ini akan dibakar. Dalam
amalan Sati ini, wanita ini akan sama-sama membakarkan diri mereka bersama
suami mereka. Ia sebagai lambing hak mutlak lelaki terhadap wanita selain
menjaga kesucian wanita tersebut daripada dimiliki oleh lelaki lain. Amalan ini
telah mendapat tentangan yang hebat daripada seluruh dunia. British yang pada
ketika itu menjajah India, telah mengharamkan amalan ini. Hukuman gantung
dikenakan kepada mana-mana individu yang terlibat dalam amalan Sati ini.
Akhirnya, pada tahun 1987, kerajaan India telah menggubal Commision of Sati
[Prevention Act 1987]. Dibawah undang-undang ini, adalah menjadi kesalahan
membesar-besarkan atau mendewa-dewakan sati dan mereka yang didapati
bersalah melakukannya boleh dihukum penjara selama satu hingga tujuh tahun.
Di

bawah

undang-undang

ini

adalah

menjadi

kesalahan

untuk

cuba

melakukannya dan mereka yang didapati bersalah boleh dihukum. Demikian


10

juga memaksa seorang wanita melakukan sati boleh dijatuhkan hukuman bunuh
atau penjara seumur hidup. Ini membuktikan bahawa proses globalisasi dalam
perubahan fahaman sekuralisme ke arah liberalisme membawa kepada kebaikan
kepada penganut sesuatu agama.

2.6

Penyamarataan dalam Politik

Dalam proses penyeragaman atau penyamarataan ini terdapat cubaan


untuk menyeragamkan bentuk pemerintahan di seluruh dunia. Sememangnya
globalisasi menyalurkan sebuah idea mengenai demokrasi dan hak asasi
manusia yang dianggap prinsip sejagat yang mesti diterima oleh masyarakat
dunia yang diterajui oleh Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa dunia yang
terkuat di dunia (Abdul Rahman Embong 2000). Amerika Syarikat menjadikan
globalisasi itu sebagi satu medium untuk menyalurkan idea demokrasi dan kesan
daripada itu wujudlah satu istilah yang digelarAmericanization.

Proses penyamarataan dalam politik wujud dalam bentuk kerjasama.


Kerjasama dalam proses penyamarataan atau penyeragaman wujud bagi
menyelesaikan masalah yang berlaku dalam dunia hari ini. Melalui globalisasi,
masalah dikatakan bukan lagi pada sesebuah pihak atau satu negara tetapi
keputusan bagi menyelesaikan masalah dilakukan secara bersama dan
melibatkan satu dunia. Kerjasama ini wujud apabila berlakunya beberapa krisis
atau masalah dalam dunia. Antaranya ialah masalah berkenaan alam sekitar,
keselamatan negara dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan masalah agama.
Secara tuntasnya, setiap negara akan menetapkan agama rasmi masingmasing. Pastinya kepakaran mengenai sesuatu agama itu tertakluk kepada
negara-negara tersebut. Sebagai contohnya di Malaysia, sekiranya wujud isu
berkaitan dengan agama kristian, pasti kita akan merujuk kepada Vetican City,
Rome sebagai pusat perkembangan agama Kristian itu sendiri. Secara
ringkasnya proses penyamarataan dalam politik merupakan analisis berteraskan
negara mengenai integrasi masyarakat dunia ke dalam satu sistem ekonomi dan
11

politik global yang diketuai oleh satu kuasa utama. Misalnya dunia pada masa
kini yang diketuai oleh satu kuasa unipolar iaitu Amerika Syarikat seperti yang
telah dijelaskan tadi.

3.0

IMPAK NEGATIF KEPADA AGAMA

3.1

Sahsiah Komuniti Hari Ini dan Masa Depan

Tidak dinafikan bahawa globalisasi turut memberi kesan yang negatif


sekiranya ia tidak ditapis dan dibendung dengan baik. Dalam keghairahan untuk
diglobalkan, kita semakin terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri.
Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas pemikiran kita masa
kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan
proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus membentuk
seluruh tamadun hidup semasa. Apa yang menakutkan ialah, globalisasi tidak
menjadikan negara itu terus jatuh, sebaliknya, menjatuhkan moral, sivik, akhlak
dan malu tonggak-tonggak negara hilang dan tercemar iaitu rakyat, terutama
muda-mudi dan tidak terkecuali para pemimpin dan orang tua. Ini wujud kerana
globalisasi itu sesuai dengan tuntutan nafsu mereka, menyebabkan nafsu sangat
memperjuang keinginannya seperti zina, rasuah, dan caci-maki dan lucah, lalu
seterusnya menewaskan tuntutan fitrah (hati) dan kesejahteraan mereka yang
menginginkan kebahagiaan dan hidup yang selamat, serta tidak dinodai dosa.
Begitulah yang dapat diungkaikan mengenai kekuatan globalisasi yang
menyusup melalui berbagai cabang didalam kehidupan manusia, menjadikan
manusia tidak dapat duduk senang akibat nafsunya yang diransang berbagai
cara, seperti hiburan dan pergaulan seharian yang telah rosak.

Jika satu masa dahulu, masyarakat kita dikatakan kaya dari nilai-nilai
murni, umpamanya senyum apabila berjumpa dan berbudi bahasa, tapi selepas
negara menerima tempias globalisasi dan pengenalan kepada zaman moden,
tata-nilai masyarakat berubah dari amalan budaya berbudi bahasa dan kepada
12

budaya nafsi-nafsi (diri sendiri). Dulu, kita bebas untuk senyum dan memberi
salam kepada sesiapa sahaja, tetapi sekarang kita mempersempitkannya hanya
kepada keluarga dan sahabat handai. Suasana masyarakat harmoni tidak lagi
dilihat di pasaraya dan pusat membeli-belah, bahkan ahli masjid turut terkesan
akannya. Sikap hormat-menghormati dan suka membantu orang lain telah hilang
dari amalan masyarakat, termasuk dari sudut pelajar guru/pensyarah, anak
ibubapa, dan rakyat pemimpin. Segala hubungan itu telah rosak akibat kesan
globalisasi, dan konsep hidup nafsi-nafsi yang memperlihatkan nafsu menguasai
amalan masyarakat, tidak ada lagi masyarakat yang sangggup berkongsi
penderitaan dan kesengsaraan. Masing-masing tidak mahu susah, malahan
tidak memikirkan pun keadaan jiran yang bersebelahan dengan rumahnya.
Begitu berubahnya tata-nilai dan nilai murni, hingga kerajaan terpaksa
melancarkan Kempen Pembudayaan Nilai-Nilai Murni, peringkat kebangsaan
secara besar-besaran untuk menyedarkan masyarakat akan kepentingan
pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

3.2

Pencabulan Budaya Hidup Masyarakat

Dalam aspek budaya, globalisasi telah memaksakan budaya hidup


masyarakat Barat ke atas masyarakat Timur. Dalam konteks masyarakat
Malaysia umpamanya, jika dahulu masyarakat Melayu-Islam di Malaysia
mempunyai adat budaya yang tersendiri. Namun oleh kerana pengaruh
globalisasi yang membolehkan cara hidup dan berfikir masyarakat Barat
ditonjolkan dengan berleluasa, maka hari ini kita dapati budaya hidup dan cara
berfikir masyarakat Barat telah mengatasi cara hidup dan berfikir masyarakat
Melayu-Islam di Malaysia.

Inilah yang berlaku kepada bangsa Eropah, Amerika dan Rusia. Di zaman
kemegahannya, mereka kuat tetapi dunia benci dengan mereka. Mereka maju,
tetapi dunia tidak senang. Dunia akui mereka berilmu dan maju, tetapi dunia
benci perangai dan akhlak mereka yang mirip kepada perangai haiwan. Di dalam
13

kemajuan dan tamadun mereka, mereka membawa bermacam-macam penyakit


dan masalah kepada dunia. Tidak ada bahagian dunia yang tidak diserang dan
terlepas oleh penyakit-penyakit dari Barat dan Amerika seperti penzaliman,
pendedahan aurat, pelacuran, disko, pergaulan bebas, perjudian, minum arak,
tidak hormat ibu bapa, menyayangi binatang dan membenci manusia, homoseks,
lesbian dan seribu satu macam penyakit kekufuran dan moral.

3.3

Agama dalam Dunia Tanpa Sempadan

Realiti dunia yang harus diakui di kala kita menyelusuri abad ke-21 ini
ialah, dunia pesat membangun dalam teknologi informasi, teknologi satelit, dan
multimedia, yang memberi impak luar biasa terhadap masyarakat disegenap
pelusuk dunia. Tidak ada yang tidak terkesan dengannya, terutama dizaman ini.
Orang yang tidak ada televisyen dan radio dianggap ketinggalan zaman dan
jumud, termasuk dikampung, malahan suasana sekarang meletakkan perlunya
teknologi sebagai sumber hiburan, seperti Astro. Kehidupan manusia hari ini juga
sangat

bergantung

kepada

perkakasan

elektronik

dan

perhubungan,

menyebabkan interaksi antara manusia, mahupun diantara tamadun menjadi


lebih mudah dan cepat tersebar. Manusia berkomunikasi dengan berbagai cara,
sehingga capaian maklumat dikatakan berada dihujung jari, seterusnya mencipta
satu istilah yang amat popular, iaitu dunia tanpa sempadan. Ini secara tidak
langsung adalah satu pengishtiharan perang dan cabaran terhadap bangsa lain,
dimana negara-negara didunia ini, perlu bersaing dengan cara yang pantas dan
lebih sengit. Negara yang lambat atau menutup pintu mahupun menentang arus,
akan ketinggalan dan tidak mustahil untuk diancam dari penjajahan dan
kezaliman manusia. Semua ini secara tidak langsung akan mengakibatkan,
proses globalisasi menjadi lebih senang dan tersebar dengan luas merentasi
sempadan geografi, agama, bahasa mahupun budaya masyarakat dunia.
Hasilnya, satu dunia umpama dibawah satu ketamadunan iaitu tamadun Barat,
segalanya berkembang dan pertentangan atau kekangan yang wujud hasil

14

pertembungan antara tamadun, ditinggalkan dan menjadi sejarah bangsa, bukan


lagi untuk dijadikan pegangan dan diperjuangkan.
Perkembangan globalisasi menyebabkan perkembangan dan kemajuan
manusia di dalam bidang percetakan dan penerbitan. Dengan akal yang diberi,
serta keizinan Tuhan, menyebabkan berbagai penciptaan teknologi dapat dicipta
dalam kehidupan manusia. Dengan kemajuan yang dikecapi, media massa
menjadi satu medium yang penting dalam memberi maklumat dan informasi
dunia terkini. Ditambah lagi dengan kewujudan televisyen dan internet, yang
sangat penting didalam kehidupan manusia, menjadikan kemajuan media massa
diambil kesempatan oleh orang yang tidak bermoral dan berkepentingan, untuk
menyebar fitnah dan bahan-bahan lucah dan keji, kepada masyarakat.
Terdedahlah masyarakat dengan berbagai penipuan, propaganda dan khabar
angin, serta fitnah dan bahan lucah yang tersebar di seluruh alam, tanpa
sekatan, perlindungan dan halangan dari mana-mana pihak. Hasilnya, berbagai
masalah timbul ditengah masyarakat seperti keamanan tidak lagi wujud,
contohnya perogolan yang berleluasa, tanpa mengira lagi umur dan kecantikan,
disebabkan tidak mampu mengawal nafsu yang diransang oleh persekitarannya,
iaitu media massa, sama ada televisyen, gambar dan dokumen-dokumen yang
penuh dengan bahan-bahan yang menjelekkan dan keji, serta didedahkan
dengan kejahatan manusia angkara fitnah dan pembohongan.

4.0

KESIMPULAN

Perubahan globalisasi adalah perubahan seraca holistik atau alamiyyah yang


mana identiti sesuatu agama itu terus hilang dan lenyap dari kaum itu. Seperti sedia
maklum setiap agama mempunyai adab dan ibadat masing-masing, jika sesuatu agama
itu telah berubah kerana terkesan dari globalisi yang dibawa oleh barat justeru tiada
kemanisan dalam beragama seolah-olah semua agama itu sama atau dengan erti kata
lain semua agama bersifat pluralism. Kebanyakan agama dunia mempunyai persamaan

15

tetapi agama islam tidak akan sama dengan agama lain kerana agama islam adalah
agama fitrah dan agama dari rabbul alamin.

Globalisasi juga membawa maksud fenomena yang menjadikan dunia kelihatan


mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat. Manusia mudah mendapat maklumat dan sukar menapis unsur
negatif yang meresap dalam hati dan minda. Beberapa istilah seperti dunia tanpa
sempadan dan langit terbuka menjadikan seperti perdagangan; pengembangan kuasa
politik dan ekonomi ke arah pengembangan peradaban. Ia kelihatan mempunyai
agenda tersendiri bagi kuasa Barat. Bagi persediaan menghadapinya, ibu bapa mesti
menyediakan kekuatan jati diri dan akhlak kepada anak-anak. Anak-anak sangat
mudah terpengaruh dengan pelbagai budaya hedonisme iaitu mementingkan
keseronokan dan hiburan semata-mata. Pengaruh nyanyian, budaya berpakaian,
makanan dan juga percakapan sangat pantas masuk. Pendek kata, proses globalisasi
yang dikehendaki adalah mengikut acuan kita sendiri dan berlaku mengikut kehendak
kita. Keterbukaan ekonomi akan diikuti bidang lain, termasuk nilai dan budaya.

Ilmu juga harus menjadi benteng kepada segala gejala yang tidak sihat. Ilmu
merupakan sesuatu yang bermanfaat dan bentengnya adalah agama serta keimanan.
Mempelajari ilmu mesti menjurus kepada kebaikan dan kemanfaatan kepada diri sendiri
dan orang lain. Melalui ilmu agama manusia mendapat hidayah iaitu petunjuk dan
pimpinan daripada Tuhan. Petunjuk dan pimpinan itu tentulah perkara yang menjurus
kepada kebaikan dan menolak kepada perkara yang tidak baik. Justeru, Hamka pernah
berkata: Agama tidak melarang sesuatu perbuatan, kalau perbuatan itu tidak
merosakkan jiwa. Agama tidak menyuruh melakukan sesuatu perkara, kalau suruhan
itu tidak membawa keselamatan dan kebahagiaan jiwa. Semulia-mulia manusia ialah
orang yang mempunyai adab dan agama. Hanya dengan pegangan agama yang
mantap seseorang itu dapat menangkis unsur yang tidak baik di Internet dan perkara
yang dibawa oleh arus globalisasi pada masa kini. Sesungguhnya, pendidikan adab
dan agama mesti dilakukan sejak seseorang itu masih kecil hingga dewasa. Hidup tidak
boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
16

Akal fikiran dan iman yang kuat akan dapat menerima sesuatu atau membuat sesuatu
dengan baik berlandaskan agama.

RUJUKAN
Kamus
Kamus Dewan Edisi ke 4. 2013 : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buku
Wan Liz Ozman Wan Omar.2002.Mengurus Agenda Abad 21, Cabaran Dan Persiapan
Dalam Era Globalisasi : GBC
A.Aziz Deraman & Rohani Zainal Abidin (2003). Globalisasi dan Peradaban di Malaysia.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Taib Osman (2004). Globalisasi, Patriotisme, dan Isu-isu Kemasyarakatan.
Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Rosazman Hussin (2000). Globalisasi : Beberapa Pendekatan Sains Sosial. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nazhat Afza & Khurshid Ahmad (1989) : Mempersoalkan Wanita . Indonesia : Gema
Insani.

Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Globalisasi
http://e-muamalat.gov.my/sites/default/files/kertas_persidangan/2010/04/07_Hussin__Zanirah.pdf
http://e-muamalat.gov.my/akhbarmajalah/enjin-pertumbuhan-negara
http://e-muamalat.gov.my/akhbarmajalah/kewangan-islam-alternatif-terbaik
http://5szonrajawali.blogspot.com/2013/05/sejarah-kewujudan-5s.html
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24031/Article_9.PDF
http://pondokrahmat.blogspot.com/2011/09/normal-0-false-false-false_16.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Harakiri

17

Anda mungkin juga menyukai