Anda di halaman 1dari 17

Globalisasi Dan Kesan Ke Atas Agama

Globalisasi merupakan satu fenomena yang berlaku dalam kehidupan kita


hari ini. Semua masyarakat yang bertamadun di seluruh dunia dapat mengalami dan
merasai fenomena globalisasi. Gelombang globalisasi yang melanda masyarakat
moden hari ini ada yang membawa kebaikan dan manfaat dan ada pula yang
membawa keburukan dan kemusnahan. Seterusnya akan dibincangkan fenomena
globalisasi secara umum dan kesan fenomena globalisasi ini kepada agama.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), globalisasi adalah suatu


proses yang membolehkan sesuatu aktiviti misalnya ekonomi, kebudayaan dan
sebagainya disebarkan ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia,
terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka.
Globalisasi juga boleh didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia
kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya
perkembangan teknologi maklumat (Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Keempat,
2008).

Dr. Syed Husin Ali (2008) pula menyatakan globalisasi ialah satu proses
membuka keadaan. Menurut beliau, 'globalisasi' pada umumnya difahami sebagai
proses di mana sempadan negeri-negeri semakin runtuh dan seluruh buana (atau
dunia) ini semakin berubah menjadi satu unit. Dalam unit global itu hubungan adalah
cepat dan rapat. Semua ini dimungkinkan oleh perkembangan teknologi elektronik
dan perhubungan yang sangat pesat terutama sekali dalam dua tiga abad yang lalu.

Dr. Aminudin Mansor (2014) pula berpendapat bahawa globalisasi membawa


maksud fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan
manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manusia
mudah mendapat maklumat dan sukar menapis unsur negatif yang meresap dalam
hati dan minda.

Terdapat banyak pendapat tentang asal usul atau punca berlakunya


fenomena globalisasi ini. Salah satunya adalah oleh Wan Abdul Kadir Wan Yusoff
(2005) yang menyatakan konsep globalisasi merupakan ideologi yang
dikembangkan oleh negara-negara maju, khususnya di Barat. Pandangan ini timbul
daripada idea yang berpusat di Barat yang melihat proses globalisasi semakin
penting. Dalam konteks ini, yang menjadi penekanan adalah untuk memperkukuh
pengaruh Barat sebagai negara maju ke atas negara yang sedang membangun di
mana proses ini sebenarnya merupakan proses peluasan ideologi.

Dr. Syed Husin Ali (2008) pula menyatakan dari segi sejarah, globalisasi
adalah proses yang sudah lama berlaku. Ia berasal sejak apa yang dikenali sebagai
''voyages of discovery'', apabila Vasco da Gama dan Columbus mengelilingi dunia
untuk mencari kekayaan bagi raja mereka. Ini bermaksud globalisasi ini telah
bermula dengan munculnya perkembangan kapitalisme di Eropah kira-kira lima ratus
tahun dahulu.

Secara ringkasnya, kebaikan globalisasi termasuklah dapat memajukan


ekonomi sesebuah negara. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) mempercepat proses globalisasi dan seterusnya memperluaskan
perdagangan antarabangsa. Oleh itu, ekonomi negara berkembang pesat. Kebaikan
lain yang dibawa oleh globalisasi ialah mewujudkan kerjasama dan persefahaman
sejagat. Seluruh dunia dihubungkan oleh sistem komunikasi dan hal ini
memudahkan interaksi antara negara-negara (Goay Teck Hong, Wong Yew Hong &
Suraini Basir, 2008).

Namun demikian, menurut Goay Teck Hong, Wong Yew Hong & Suraini Basir
(2008), globalisasi juga membawa kesan buruk. Globalisasi akan menyebabkan
ekonomi negara-negara mundur dan sedang membangun dijajah oleh negara-
negara maju. Globalisasi membolehkan negara maju mengetahui kedudukan
ekonomi negara-negara yang lain dengan telus. Hal ini membolehkan negara-
negara maju memanipulasikan ekonomi negara mundur dan negara sedang
membangun demi kepentingannya. Dengan kekuatan kewangan dan kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi, negara maju dapat mempengaruhi minda
penduduk Dunia Ketiga.

Selain itu, globalisasi juga menyebabkan pencemaran budaya. Teknologi


maklumat dan komunikasi yang begitu canggih sehingga melampaui sempadan
negara menjadi punca kepada masalah ini. Budaya liar daripada Barat dapat
disebarkan melalui Internet di komputer dan melalui televisyen. Generasi muda
terikut-ikut akan nilai runtuh seperti hubungan seks bebas, hubungan seks sejenis,
vandalisme dan gengsterisme sehingga menyebabkan budaya tempatan yang murni
dikikis oleh globalisasi (Goay Teck Hong, Wong Yew Hong & Suraini Basir, 2008).

Bagi mengelakkan ancaman negatif globalisasi ini, Dr Aminudin Mansor


(2014) mencadangkan beberapa langkah. Menurut beliau, sebagai benteng yang
kuat dalam apa juga kegiatan baik politik, budaya dan ekonomi, peranan budi
bahasa dan akhlak yang diwarisi sejak turun temurun yang menjadi budaya Melayu
dan tamadun Islam seharusnya menjadi landasan. Pembangunan dan kemajuan
yang sempurna juga mesti seimbang antara kerohanian dan kebendaan. Selain itu,
ilmu juga harus menjadi benteng kepada segala gejala yang tidak sihat. Ilmu
merupakan sesuatu yang bermanfaat dan bentengnya adalah agama serta
keimanan. Lantaran itu, Nabi s.a.w. berpesan:

Apabila Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang maka dia diberi hidayah
dalam ilmu agama. Sesungguhnya memperoleh ilmu itu hanya dengan belajar.
(Riwayat Bukhari).

Jelaslah, melalui ilmu agama manusia mendapat hidayah iaitu petunjuk dan
pimpinan daripada Tuhan. Petunjuk dan pimpinan itu tentulah perkara yang
menjurus kepada kebaikan dan menolak kepada perkara yang tidak baik. Nilai murni
dan budaya yang baik berteraskan nilai agama adalah benteng kepada segala
pengaruh globalisasi.

Seterusnya, kesan yang disebabkan oleh globalisasi ini akan dibincangkan


lebih dalam dari segi agama terutamanya kepada agama Islam yang menjadi agama
rasmi negara Malaysia. Fenomena globalisasi ini boleh memberi kesan yang negatif
dan juga positif kepada agama. Merujuk kepada Kamus Dewan (2005), agama boleh
didefinisikan sebagai kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan
Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pada yang Maha
Kuasa dan kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain yang dipuja dan
sebagainya dan dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa. Oleh itu boleh
dikatakan, proses atau fenomena globalisasi ini boleh mengancam atau menguatkan
hubungan seseorang dengan Tuhan.

Menurut Abdullah Muhaimin Saari (2010) perubahan globalisasi adalah


perubahan seraca holistik atau alamiyyah yang mana identiti sesuatu agama itu
terus hilang dan lenyap dari kaum itu. Seperti sedia maklum setiap agama
mempunyai adab dan ibadat masing-masing, jika sesuatu agama itu telah berubah
kerana terkesan dari globalisasi yang dibawa oleh barat justeru tiada kemanisan
dalam beragama seolah-olah semua agama itu sama atau dengan erti kata lain
semua agama bersifat pluralism. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi "Sesungguhnya
globalisasi seperti yang dilihat hari ini, hanyalah untuk kebaikan golongan yang kuat
terhadap yang lemah, untuk keuntungan yang kaya terhadap golongan miskin dan
untuk manfaat blok utara yang kaya tehadap blok selatan yang miskin. Kenyataan
ini jelas menunjukkan kesan negatif.

Proses globalisasi ini menyebabkan pengaruh dari Barat berkembang dengan


luas dan pantas. Menurut Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2006), Anwar Al-Jundi
menyatakan bahawa antara pengaruh negatif barat yang amat nyata kepada agama
ialah menafikan fungsi agama itu sama sekali. Terdapat golongan dari Barat
memisahkan agama daripada kehidupan. Sedangkan kemajuan yang dicapai oleh
sesebuah masyarakat adalah berdasarkan peranan agama dalam segala aspek
kehidupan. Gerakan ini tersusun rapi melalui gerakan misionari, pendidikan,
pengajian ketimuran, kebudayaan, murtad, media cetak, media elektronik, teknologi
maklumat dan sebagainya.

Antara agenda pengaruh Barat pada hari ini yang memberi kesan negatif
kepada agama terutamanya kepada agama Islam termasuklah merapatkan jurang
antara nilai-nilai Barat dan nilai masyarakat Islam, mengekalkan penguasaan atas
segala kekuatan masyarakat serta meracuni pemikiran mereka dan merendah-
rendahkan kemuliaan dan keistimewaan manhaj yang mereka bawa, memecah-
belahkan kesatuan umat dan mencari punca-punca yang membolehkan mereka
sentiasa bermusuhan serta merosakkan kubu yang menjadi penguasaan umat Islam
iaitu berakhlak mulia (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2006).

Pengaruh barat yang disebar luaskan melalui globalisasi ini juga bercanggah
dengan prinsip kelapan Islam Hadhari yang mahu mewujudkan keutuhan budaya
dan ketinggian akhlak sebagai identiti negara. Kepelbagaian budaya dan agama
perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur
dalam merangka kemajuan negara kita. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak
dan tinggi akan menjamin kesejahteraaan, keharmonian dan keamanan dalam
masyarakat majmuk. Perlu diketahui juga bahawa pengaruh barat yang buruk ini
bukan hanya bertentangan dengan agama Islam sahaja, tetapi juga agama-agama
lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian.

Selain itu, kesan negatif dari pengaruh Barat yang boleh dibawa oleh
globalisasi adalah penyebaran ideologi demokrasi yang menyebabkan gerakan hak
asasi manusia (Human Right) semakin berpengaruh. Gambaran ringkas pengaruh
Barat ini ialah seks bebas, lesbian, homoseksual dan pelacuran (HIV-AIDS).
Kesemua perkara-perkara ini menyebabkan gerakan hak asasi manusia semakin
berpengaruh sehingga menafikan hak Tuhan sebagai asas dalam perjuangan.
Pergerakan ini telah menjadi begitu dominan dan semakin sukar untuk dikawal
dalam setiap agama.

Tambahan lagi, pergerakan ini semakin mendapat tempat dalam masyarakat


terutama golongan belia remaja. Mereka menggunakan istilah hak asasi manusia
bagi mengaburi mata masyarakat walaupun bertentangan dengan Hak Tuhan. Inilah
kejayaan besar dalam demokrasi yang dipimpin oleh barat yang berjaya
memperluaskan pengaruhnya melalui globalisasi. Demokrasi barat adalah
bertunjangkan kepada kebebasan dan hak asasi manusia. Secara prinsipnya,
memang tidak salah untuk seseorang itu bergerak bebas megikut kemahuan dan
pilihannya. Namun, perlu dingatkan bahawa jangan sampai pilihan itu menimbulkan
masalah kepada orang lain apatah terhadap ajaran agama. Petikan dari kertas kerja
berikut membincangkan prinsip kebebasan yang diamalkan di negara-negara Barat.

This type of freedom is highly valued by the western societies and such it is highly
protected by its own government. Under this belief, a man has the right to live his
private life as he pleases. He has the right to marry or indulge in extra-marital
affairs with any women as long it is done with consent or mutual consent. He has
the right to eat, drink and wear whatever he pleases within the limits of the law. To
them the concept about halal or haram doesnt exist when it comes to personal
freedom. This system doesnt believe in religion at all. So today we see in the
western world men and women living outside marriage, women make love with
other women, men making love to another men, pornographic magazine and
movies, sex phone lines, and nude bars, just to quote a few example. Personal
freedom is governed by Islam and this concept contradicts the commandments of
Allah (swt)

Berdasarkan petikan di atas, prinsip kebebasan ternyata amat berbahaya dan


akan mengancam nilai-nilai murni yang ditanam melalui agama. Proses globalisasi
memberikan kesan yang amat negatif kepada agama sekiranya prinsip kebebasan
ini diperluaskan melalui sistem komunikasi yang tiada sempadan pada masa kini.
Prinsip ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada individu yang
mengamalkannya, tetapi juga kepada orang lain yang tidak berdosa. Peningkatan
mendadak kes-kes seperti pengguguran bayi, remaja mengandung sebelum
berkahwin, dan berbagai lagi penyakit yang dibawa meruntuhkan kesucian yang
sepatutnya dipegang oleh individu yang beragama.

Selain penafian Hak Tuhan yang disebutkan tadi, kesan negatif lain yang
dibawa oleh globalisasi kepada agama adalah kebebasan dalam pergaulan. Semua
agama menegaskan bahawa lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul bebas tanpa
batas termasuklah dalam agama Islam. Ini kerana, lelaki dan perempuan
mempunyai batas-batas moral yang perlu diawasi. Mereka tidak boleh dibiarkan
bergaul bebas tanpa batas sehingga menimbulkan masalah dalam masyarakat
(Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2006). Apa yang menyedihkan bila mana pengaruh
barat ini telah berjaya meresap melalui globalisasi, terdapat golongan yang menjadi
jurucakap barat menentang tindakan moral dikenakan ke atas mereka yang tidak
bermoral seperti pergaulan luar batas, minum arak bagi orang Islam dan
sebagainya.

Kerana gelombang globalisasi ini juga, banyak pusat untuk berhibur seperti
kasino, pub dan pusat-pusat perjudian telah diwujudkan di Malaysia. Walaupun
globalisasi tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya bagi perkara ini, namun pengaruh
dari negara Barat yang suka berhibur di tempat-tempat seperti ini teah meresap ke
Timur seiring dengan gelombang globalisasi. Tempat-tempat seperti ini sering
dikaitkan dengan judi dan arak yang dilarang sam sekali dalam setiap agama.
Menurut Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2006), dialog antara agama yang disertainya
dengan wakil-wakil bukan Muslim berpandangan, tidak ada satu agama yang
membenarkan kedua-dua aktiviti ini. Ia adalah pengaruh barat semata-mata yang
bercanggah dengan mana-mana agama termasuk agama orang Barat iaitu Kristian.

Menurut beliau lagi, Datuk Chin memetik kitab Bible Amsal. 28:22 yang
menyampaikan maksud sesiapa yang mengejar kekayaan dengan cara yang jahat,
menyangkakan dia tidak akan dirundung kemiskinan. Di dalam Kitab Tirukal kitab
suci agama Hindu ayat 931 pula menyebut, jangan berjudi, kerana jika pun kamu
menang, kemenangan itu laksana mata kail yang menyangkuk ikan yang
menelannya. Di dalam buku Buddhism in Practice, Dr Peter Santina menulis,
dalam hal ini Buddha menasihatkan manusia menjauhkan diri dari enam aktiviti
yang boleh mengakibatkan hilangnya kesejahteraan yang diperolehi melalui
tanggungjawab sosial seseorang dan pengurusan kewangan yang baik. Enam
aktiviti yang perlu dijauhkan adalah perjudian, hiburan yang mahal-mahal,
bercampur dengan mereka yang tidak baik, malah, minum arak dan berpelisiran di
jalan-jalan.

Jika difokuskan kepada agama Islam, globalisasi menyebabkan pemikiran


yang sangat terbuka dan terlampau sehingga menyebabkan keburukan dalam
aspek akidah. Jika dilihat pada masa kini, kaum wanita dilihat seperti mempunyai
hak yang sama dengan kaum lelaki. Pemikiran ini adalah timbul akibat daripada
pemikiran yang terlalu terbuka berpunca daripada era globalisasi. Mereka bebas
untuk berbuat apa saja yang difikirkan sesuai tanpa memikirkan baik buruk daripada
tindakan tersebut. Perkara ini bertambah lebih parah lagi apabila mereka melayari
laman web yang lebih berunsurkan hiburan, lucah dan sebagainya di internet. Impak
daripada aktiviti tersebut, lahirnya budaya yang dikaitkan dengan budaya kebendaan
(materialisme) dan berseronok-seronok (hedonisme) ini ternyata meningkat dan
semakin merebak. Nilai-nilai barat yang masuk tanpa dapat dibendung ketika ini
telah menghakis kepercayaan agama dan menjejaskan benteng kerohanian mereka,
yang akhirnya matlamat hidup dapat melihat kepada dunia semata-mata sahaja.
Ringkasnya dalam persekitaran hidup yang ditentukan oleh falsafah sosial barat,
anggota masyarakat akan terdorong mengenepikan soal haram dan halal bahkan
sanggup mengenepikan agama.

Fenomena globalisasi juga telah membawa masuk fahaman Islam Liberal ke


Malaysia. Menurut Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2006), perkataan liberal ini berasal
daripada nama kumpulan pemberontak di Sepanyol abad ke-19 yang menamakan
diri mereka sebagai liberales. Penyokong-penyokong fahaman liberal pada waktu itu
ialah Will Kymlicka dan David L. Sill. Mereka berkata liberal adalah falsafah politik
yang menekankan perkara kebebasan individu, kepercayaan kepada kebolehan
manusia untuk membangunkan diri dan keperluan kepada perlembagaan dan
undang-undang untuk mengawal manusia. Justeru, tidak timbul soal Islam liberal
kerana perkataan liberal itu sendiri mahukan manusia merujuk kepada undang-
undang.

Fahaman Islam Liberal ini memberi kesan negatif kepada agama Islam
kerana wujudnya kumpulan-kumpulan yang dikenali sebagai Kumpulan Islam
Liberal. Fahaman ini disebarkan dengan pantas melalui globalisasi yang membawa
bersama komunikasi tanpa sempadan. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah (2005)
menyatakan serangan pemikiran yang berlaku dalam masyarakat hari ini mahu
meliberalkan Islam sehingga agama Islam dilihat sebagai agama tidak menyokong
kebebasan individu. Individu bebas bergerak tanpa dibatasi dengan apa jua undang-
undang agama. Inilah taktik yang telah berjaya ditanam ke atas segelintir
masyarakat sehingga mengenepikan peranan agama dalam kehidupan. Pemikiran
ini amat merbahaya dan boleh memporak perandakan masyarakat dan perlu disekat
dengan segera.

Salah satu contoh agenda liberal ini adalah kempen menyentuh anjing yang
diadakan baru-baru ini. Menurut Nizam Zain (2014), kempen sentuh anjing yang
kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan
Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan
fahaman liberal dan pluralisme dalam negara. Menurut beliau lagi, pendakwah
terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam iaitu
Syed Azmi Alhabshi itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang
sudah diharamkan Allah kepada penganutnya. Mohd Kazim Elias turut menyatakan:

"Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.Ianya
gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-
kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan
asalnya.
Di era globalisasi ini juga, agama turut diancam dengan arus liputan media
yang sukar untuk ditafsirkan kesahihannya. Di Amerika Syarikat, televisyen adalah
punca nombor satu segala masalah sosial yang dihadapi hari ini. Di negara kita,
selain daripada dadah yang menjadi nombor satu negara, pengaruh media boleh
dikatakan setara. Keadaan menjadi semakin serius apabila pengamal-pengamal
media tidak dapat menapis dan memahami isi kandungan media yang ingin
dipaparkan untuk menjadi tatapan penonton mengikut selera tempatan. Pengamal-
pengamal agak kurang pandai untuk memberikan input-input setempat terhadap
setiap program sedangkan semua sedia maklum bahawa pengaruh media sama ada
media cetak atau elektronik amat besar dan mengancam kehidupan masyarakat
timur (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2006).

Isu mengenai agama sering diputar belitkan melalui liputan media. Misalnya
agama Islam. Menurut Tariq Ramadan (2012), setiap hari tidak akan berlalu tanpa
isu berkaitan Muslim menjadi perhatian, sama ada melalui kontroversi di peringkat
lokal, konflik serantau, atau debat nasional, juga melalui keganasan, ekstremisme
atau literalisme. Islam, tanpa mengira fahaman ekstremisme, literalisme atau pun
politik, telah menjadi satu isu. Maklumat yang tersebar luas di era globalisasi
mencipta satu kelompok pemikiran sedunia yang penuh dengan kecurigaan,
ketidakpercayaan dan mungkin juga stigma, sambil mencetuskan reaksi defensif dari
Muslim yang berlegar dari perasaan menjadi mangsa hinggalah kepada keagresifan
yang tidak terkawal.

Contoh lain adalah di Belanda, Muslim berhadapan dengan fitnah yang nyata.
Semuanya diperbesarkan melalui liputan media masa nyata dan juga internet, sama
halnya dengan kebangkitan politik Islam dan kebangkitan Arab, perang saudara
yang mengganas di Syria, persoalan Israel dan Palestin, ketegangan antara Syiah
dan Ahlus Sunnah, insiden meruntuhkan makam di utara Mali oleh golongan Salafi
literalis, dan juga kebangkitan suara-suara yang mendesak aplikasi undang-undang
Syariah yang lebih ketat di Pakistan, Malaysia dan sesetengah negara monarki.
Kekeliruan telah tersebar dengan meluas pada era globalisasi ini. Semuanya dilihat
seperti berkait rapat, segala kucar-kacir telah dicampuradukkan di dalam arus
liputan media yang amat mustahil untuk dianalisa dan ditafsirkan (Tariq Ramadan,
2012).
Selain sering diputar belitkan oleh media, agama di era globalisasi ini juga
menjadi bahan politik atau dipolitikkan oleh sesetengah pihak. Menurut Kamus
Dewan (2005), politik bermaksud ilmu berkenaan cara pemerintahan iaitu dasar-
dasar pemerintahan, ilmu siasah dan ilmu kenegaraan. Politik juga merujuk kepada
segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya
dengan negara lain. Dr Aminudin Mansor (2014), turut menyatakan proses
globalisasi politik sekarang sangat pantas meresap dalam pemikiran dan gaya hidup
yang juga dimanipulasikan kuasa Barat. Apa yang jelas yang menjadi tabiat kepada
manusia, adalah perkara yang buruk mudah menjadi ikutan. Oleh itu, apabila agama
dipolitikkan ianya akan mengundang bahaya kerana akan menyentuh sensitiviti
kumpulan-kumpulan yang menganut agama berkenaan.

Sebagai contoh, isu penggunaan kalimah Allah yang amat hangat


diperkatakan sejak kebelakangan ini juga telah menjadi bahan politik. Menurut
Manja Ismail (2014), dalam isu kalimah Allah ini pemimpin politik, sama ada
daripada pembangkang atau dalam kalangan komponen BN sendiri, cenderung
menjadikan isu sensitif seperti ini untuk menonjolkan parti mereka atau menyerang
parti lawan, menggambarkan kebankrapan idea untuk menarik perhatian rakyat.
Lebih malang lagi, mereka, yang sepatutnya menjadi contoh dalam menghormati
kontrak sosial, Perlembagaan dan undang-undang, dilihat tidak menghormati
keputusan mahkamah yang sudah pun memutuskan isu berkenaan. Mereka juga
mungkin tidak langsung menghayati Rukun Negara.

Tambahan lagi, politik merupakan agenda yang sering mendapat perhatian


media massa dalam menyampaikan berita kepada segenap pelusuk masyarakat di
Malaysia. Isu agama pula sengaja dibangkitkan oleh sesetengah parti politik untuk
mengucar-kacirkan keharmonian kaum di Malaysia yang selama ini terpelihara
semata-mata untuk mendapat sokongan rakyat. Gelombang globalisasi politik yang
melibatkan agama seperti sedikit sebanyak telah mempengaruhi minda rakyat yang
berbilang kaum dan agama di negara kita.

Semua yang telah dibincangkan adalah keburukan yang disebabkan oleh


globalisasi kepada agama. Ternyata globalisasi membawa banyak keburukan
kepada agama. Namun begitu, globalisasi juga membawa manfaat atau kebaikan
kepada agama. Bukan semua pengaruh barat itu yang disebarluaskan oleh
globalisasi itu buruk dan merosakkan. Ada juga yang baik dan boleh membantu daya
kreativiti, intelektual dan pembangunan. Misalnya, masyarakat Barat terkenal
dengan sifat amalan menjaga kebersihan, alam sekitar, rajin, kreatif dan banyak lagi
sifat positif. Jika perkara ini yang diambil, sudah pasti akan bertepatan dengan nilai-
nilai agama dan tidak ada sesiapapun yang akan menghalangnya mulia (Mohd
Ridhuan Tee Abdullah, 2006).

Globalisasi dengan kemudahan Internet dan juga kemajuan perhubungan


fizikal seperti kereta api dan perhubungan udara yang canggih dapat merapatkan
perhubungan antara bangsa dan agama serta mewujudkan suasana saling
memahami antara pelbagai masyarakat dunia. Keadaan ini dapat membantu ke arah
keharmonian dan keamanan dunia sejagat. Globalisasi juga membolehkan
keperluan penduduk dunia dari segi makanan, perkhidmatan dan keperluan-
keperluan lain dapat dipenuhi dengan murah dan mudah. Hal ini kerana sesuatu
makanan, hasil perkilangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan di sesuatu tempat
di dunia dapat diperolehi di bahagian dunia yang lain melalui perkhidmatan
pengangkutan yang cepat, cekap dan murah. Perkara ini juga memudahkan individu
untuk mencari makanan yang halal apabila berada di tempat yang lain.

Selain itu globalisasi juga membawa kesan positif kepada agama dengan
penyebaran ilmu yang bermanfaat dan berguna melalui internet. Kemudahan
Internet dapat digunakan sebagai satu medan dakwah bagi menyebarkan ajaran
agama kepada penganut agama masing-masing dan menyampaikan nilai-nilai murni
kepada masyarakat seluruh dunia. Pada hari ini, dapat dilihat hanya masyarakat
Barat yang sangat aktif menggunakan kemudahan teknologi perhubungan dan
komunikasi termasuk Internet untuk menyebarkan cara hidup, cara berfikir dan
sistem nilai mereka kepada masyarakat lain di dunia.

Hasilnya, kita dapati cara hidup Barat semakin meluas diterima di seluruh
dunia termasuk dalam kalangan masyarakat di Malaysia sendiri. Menurut Shaik
Abdullah bin Hassan Mydin, cara ini mesti dicontohi penduduk di Timur dan
berusaha untuk mengubah keadaan ini dengan menjadi lebih aktif menyebarkan
dakwah Islam melalui teknologi komunikasi dan maklumat. Hal ini akan
membolehkan cara hidup, cara berfikir dan sistem nilai bagi agama Islam pula
disebarluaskan dan diterima pakai secara meluas di seluruh dunia. Cara ini juga
boleh dicontohi oleh agama-agama lain di Timur.

Menurut Al Andang (1998), globalisasi yang positif akan sungguh menghargai


manusia sebagai manusia dan bukan hanya sekadar bahagian kecil dari sesuatu
hierarki dan boleh diarahkan oleh agama. Nilai universal yang dibawa oleh
globalisasi boleh memberikan wawasan bagi setiap individu dengan agama yang
berbeza untuk menjadi matang, dan bertumbuh dalam lingkungan agama masing-
masing berdasarkan prinsip think globally, act locally. Mereka boleh berfikir secara
global tanpa kehilangan ciri khas agama sendiri.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Mohd Aliff Mohd Nawi, Mohd Isa Hamzah,
Zanizam Zaidi, Surina Akmal Ab Sattai & Asdiri Khalili (2011), mereka menyatakan
bahawa ORourke dan Williamson (2000) berpendapat kehadiran globalisasi kepada
dunia memberi impak yang positif dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat
ketika itu masyarakat Scadinavian yang kurang berpengetahuan pada sekitar tahun
1870 hingga 1913 terpaksa menerima perkembangan pendidikan yang dibawa oleh
Amerika dan Britain. Kedua-dua negara ini adalah negara yang terkehadapan dalam
bidang pendidikan di mana mempunyai kepakaran, pengalaman dan kemahiranyang
tinggi. Melalui peralihan pendidikan secaraglobal ini, masyarakat Scadinavian
terpaksa menerima keadaan pendidikan itu untuk maju ke hadapan. Akhirnya,
masyarakat Scadanivian maju melalui kesan dari globalisasi tersebut.

Menurut mereka lagi, negara Malaysia juga merupakan sebahagian daripada


komuniti kehidupan global yang turut menerima tempias hasil dari ledakan
globalisasi. Selain dari kesan yang positif seperti kebanjiran maklumat dan dunia
tanpa sempadan,kesan yang buruk juga menimpa masyarakat di Malaysia seperti
yang telah dibincangkan sebelum ini. Hal ini memberi cabaran yang besar kepada
agama termasuklah agama Islam dalam mendidik masyarakat terutama para remaja
yang mudah terpengaruh dengan budaya kuning.

Fenomena ini berlaku mencetuskan perasaan kebimbangan terhadap


generasi pelajar yang baru mengenali dunia. Perkembangan ini telah mendorong
para perancang kurikulum di kebanyakan negara terpaksa menyemak semula
keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat
pengaruh globalisasi tersebut (Habib & Megat 2001). Oleh itu, senario globalisasi ini
menjadi satu cabaran untuk membangunkan keseluruhan aspek kemanusiaan yang
merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang terkandung di
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan di era globalisasi berbanding era
sebelumnya.

Sebagai contoh, dalam kajian oleh Mohd Aliff Mohd Nawi, Mohd Isa Hamzah,
Zanizam Zaidi, Surina Akmal Ab Sattai & Asdiri Khalili (2011), mereka mendapati
bahawa Kurikulum Pendidikan Islam sentiasa mengalami perubahan. Kurikulum
Pendidikan Islam mengalami perubahan beberapa kali dan perubahan yang terakhir
iaitusemasa penyemakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
yang dilaksanakan pada tahun 2003. Kemudian diikuti dengan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM). Bertepatan dengan perkembangan jaringan informasi
dalam era globalisasi, Kementerian Pelajaran Malaysia cuba menyesuaikan
keperluan kepada perkembangan semasa dengan membawa kurikulum baru untuk

sekolah rendah iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Perubahan baru ini iaitu KSSR, jika merujuk kepada matlamat umum
pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan
satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang
melibatkan perubahan bentuk, organisasi,kandungan, pedagogi, peruntukan masa,
kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, KPM).

Maka dengan ini, dapat dilihat kesan positif globalisasi kepada pendidikan
dalam memberikan cabaran kepada kurikulum pendidikan agama yang sedia ada.
Tambahan lagi, sememangnya kurikulum pendidikan perlu bersifat dinamik dan tiada
kurikulum yang berkekalan. Ia perlu sentiasa disemak dan mengalami perubahan
mengikut perkembangan semasa dan keperluan masyarakat. Hal ini bertujuan untuk
memberi penerapan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran secara optimum
kepada pelajar semasa berada di alam persekolahan supaya tidak hanyut dan
tenggelam dalam arus globalisasi.

Kesan positif lain globalisasi kepada agama adalah dari segi, stail dan kaedah
pengajaran agama di sekolah. Sebagai contoh Pendidikan Islam. Menurut Mohd Aliff
Mohd Nawi, Mohd Isa Hamzah, Zanizam Zaidi, Surina Akmal Ab Sattai & Asdiri
Khalili (2011), kesan globalisasi dalam pendidikan turut mengubah dan memberi
kesan kepada corak pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam.
Pelbagai pendekatan diadaptasikan serta dipraktikan dalam kalangan guru agar
tujuan Pendidikan Islam dapat dicapai. Maka, para guru perlu sentiasa mengubah
cara pengajaran mereka bersesuaian dengan perkembangan semasa.

Sebagai contoh penggunaan ICT. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang


berasaskan ICT juga terbukti mampu meningkatkan tahap kefahaman pelajar.
Kaedah ini bukan sahaja membantu guru mengajar malahan dapat menarik minat
para pelajar untuk memahami sesuatu mata pelajaran tersebut. Selain penggunaan
bahan ICT dalam pengajaran Pendidikan Islam, guru juga boleh menggunakan
pelbagai bahan bantu mengajar yang lain seperti Al-Quran, buku kerja tambahan,
lembaran kerja, kertas mahjung, papan gulung, kad imbasan, kad carta, kad manila,
nota edaran, akhbar harian, majalah, gambar, bahan maujud (hidup),transparensi
OHP, kaset, video, power point dan laman web (Ab. Halim & Nik Rahimi 2010).
Kesemua alat bantu mengajar ini amat membantu pelajar memahami pembelajaran
di dalam kelas jika digunakan dengan sebaik-baiknya.

Selain itu, perkembangan globalisasi turut mengubah sistem pengajaran


pendidikan agama daripada konvensional kepada sistem pengajaran yang baharu.
Penggunaan kaedah pembelajaran jarak jauh (d-learning) dan pembelajaran secara
elektronik (e-learning) telah mewujudkan satu dimensi baru dalam dunia pendidikan
yang menghasilkan kaedah pembelajaran secara mudah alih atau di sebut sebagai
pembelajaran (m-learning).

Secar ringkasnya, perubahan yang berlaku dalam dunia hari ini mengajar
manusia supaya bersikap lebih prihatin terhadap keadaan sekeliling termasuklah
agama yang menjadi pegangan mereka. Walaupun globalisasi banyak memberikan
kesan yang positif kepada dunia, namun kesan negatif yang hadir bersama tidak
dapat dinafikan. Amalan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dan dunia
tanpa sempadan pada era globalisasi ini tidak harus dipandang enteng oleh
masyarakat kerana cara komunikasi yang moden ini bertujuan untuk menyampaikan
suatu mesej dengan lebih mudah dan pantas sejajar dengan arus globalisasi.

Walaupun banyak perubahan yang berlaku dalam era globalisasi ini demi
adaptasi kepada modenisasi dunia aspek-asepk agama jangan sekali dilupakan.Hal
ini bertepatan dengan ajaran agama Islam yang tidak pernah menghalang
penganutnya untuk menggunakan apa jua bahan selagi ia tidak bertentangan
dengan hukum syarak. Justeru, keupayaan menghadapi arus globalisasi sebagai
sebagai satu disiplin ilmu yang unggul perlu dipertahankan kerana sebijak mana
sekalipun seseorang itu tidak akan seimbang kehebatannya tanpa memiliki
pegangan agama yang mapan. Maka, penerapan unsur nilai agama dalam diri
seseorang perlu sentiasa dipraktikkan.
RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008). Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Goay Teck Hong, Wong Yew Hong & Suraini Basir. (2008).Teks Pra-U STPM
Pengajian Am Kertas 2. Selangor Darul Ehsan: Pearson Sdn. Bhd.

Habib, M. S. & Megat, A. K. (2001). Globalisasi dan cabaran pendidikan di Malaysia.


Masalah Pendidikan.

Noresah Baharom. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Sumber dari internet

Abdullah Muhaimin Saari. (2010). Impak Globalisasi Terhadap Masa Depan Dunia.
Dirujuk pada 10 Disember 2014 dari http://amuhaimin90.blogspot.com/2010/
09/impak-globalisasi-terhadap-masa-depan.html

Al Andang. (1998). Agama Yang Berpijak dan Berpihak. Dirujuk pada 15 Disember
2014 dari https://books.google.com.my/books?id=ywC_pWXma40C&dq
=globalisasi+agama&source=gbs_navlinks_s

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. KSSR.


Dirujuk pada 17 Disember 2014 dari http://www.moe.gov.my/bpk/

Dr. Aminudin Mansor. (2014). Minda: Ilmu, Iman Benteng Ancaman Globalisasi.
Dirujuk pada 10 Disember 2014 daripada
http://www2.hmetro.com.my/articles/Minda
_Ilmu_imanbentengancamanglobalisasi/Article/

Dr. Syed Ali. (1998). Kesan Buruk Globalisasi. Dirujuk pada 10 Disember 2014 dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1998&dt=0625&sec=Rencana&pg=ot_ 05.htm

Manja Ismail. (2014). Polemik Kalimah Bahaya Jika Dipolitikkan. Dirujuk pada 12
Disember 2014 dari http://www.bharian.com.my/node/23457
Mohd Aliff Mohd Nawi, Mohd Isa Hamzah, Zanizam Zaidi, Surina Akmal Ab Sattai &
Asdiri Khalili. (2011). Impak Globalisasi Terhadap Pendidikan Islam Masa
Kini. Dirujuk pada 17 Disember 2014 dari http://www.ukm.my/nun/Artikel
%20EDITED%20OK%20(PDF)/85%20645-649%20Mohd%20Aliff,%20Mohd
%20Isa,%20Zanizam,%20Surina%20&%20Asdi.pdf

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2006). Gambaran Pengaruh Budaya Barat Dalam
Kehidupan Belia-Remaja. Dirujuk pada 11 Disember 2014 dari
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1448/GAMBARAN-
PENGARUH-BUDAYA-BARAT-DALAM-KEHIDUPAN-BELIA-REMAJA-

Nizam Zain. (2014). Ustaz Kasim: Kempen Sentuh Anjing Agenda Liberal. Dirujuk
pada 10 Disember 2014 dari http://www.sinarharian.com.my/nasional/ustaz-
kazim-kempen-sentuh-anjing-agenda-liberal-1.325996

Shaik Abdullah bin Hassan Mydin. Pengajian Islam. Dirujuk pada 15 Disember 2014
dari http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/belajar-di-wou-melalui-
pembelajaran-jarak-jauh/

Tariq Ramadan. (2012). Jihad Seorang Muslim Di Era Globalisasi. Dirujuk pada 12
Disember 2014 dari http://www.bm.harakahdaily.net/index.php/berita-
utama/12409-jihad-seorang-muslim-di-era-globalisasi

Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. (2005). Globalisasi, Internasionalisasi dan


Nasionalisme Dalam Mempertahankan Identiti Melayu. Dirujuk pada 10
Disember 2014 dari
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24031/Article_9.PDF

Anda mungkin juga menyukai