Anda di halaman 1dari 3

SOALAN UJI MINDA BAB 9

´1. Pelbagai cabaran sekularisme meninggalkan kesan mendalam terhadap kehidupan umat
Islam sehingga menggugat akidah. Apakah langkah dan perkara yang perlu dilakukan oleh
kita selaku umat Islam?

´(NUR IZZNIE NATLIANNA BINTI MOHD IZWAN @ LASIUS)


Sebagai umat Islam, kita perlu mengukuhkan asas akidah kita supaya tidak terpengaruh
dengan sekularisme. Hal ini dapat dilakukan dengan cara memantapkan lagi rukun Islam
yang terdapat dalam diri setiap umat Islam. Contohnya, rukun Islam pertama iaitu
mengucapkan dua kalimah syahadah. Ini menunjukkan bahawa kita percaya Tuhan itu
wujud. Allah SWT telah menetapkan suruhan-Nya yang perlu dipatuhi dan larangan-Nya
yang perlu dijauhi bagi setiap umat manusia dan juga menetapkan balasan atau ganjaran
pada hari akhirat kelak. Jadi, jika kita percaya bahwa Tuhan itu wujud, maka kita akan
mematuhi setiap suruhan dan larangan-Nya. Hal ini menyebabkan umat Islam merasa takut
untuk melanggar larangan Allah SWT dan seterusnya dapat mencegah kita daripada
terpengaruh dengan sekularisme. Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu mengukuhkan
asas akidah kita bermula dari memantapkan lagi rukun Islam yang dipegang supaya dapat
menjelaskan diri kita dari terpengaruh dengan cabaran sekularisme.

´2. Bincangkan ancaman Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) yang semakin
meruncing di Malaysia? Apakah faktor penarik terjadinya keadaan ini?

(NUR FATIHA BT ABDUL FATTAH)


Bilangan anggota masyarakat LGBT di Malaysia semakin meningkat sejak beberapa tahun
ini. Salah satu faktor berlakunya keadaan ini adalah budak-budak berusia 12 - 15 tahun
yang menghadiri sekolah berasrama terutamanya pelajar lelaki. Kebanyakan komuniti
lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bermula sejak mereka di sekolah
berasrama, terutamanya bagi kanak-kanak dan remaja lelaki berusia 12 hingga 15 tahun
kerana belum matang dan tak dapat membezakan jenis sentuhan ke atas mereka. Hal ini
kerana dalam beberapa kes, kanak-kanak dan remaja lelaki ini diliwat pelajar senior ketika
berada di sekolah berasrama, sekali gus mengakibatkan wujudnya faktor ketagihan kepada
seks sejenis dan bertukar menjadi seorang gay. Terdapat faktor lain yang menyumbang
kepada peningkatan anggota masyarakat LGBT iaitu kemudahan media sosial yang
membolehkan perbincangan mengenainya mudah diakses golongan muda. Maka dengan
itu, pihak keluarga perlulah memberi pengawasan yang ketat terutamanya anak-anak
remaja. Selain itu, kurang penghayatan agama juga merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan LGBT ini berlaku. Walaupun ibu bapa telah memberikan pendidikan agama
yang cukup sejak kecil, namun sekiranya amalan kehidupan beragama agak kurang
dilakukan oleh seseorang insan itu boleh menyebabkan mereka cenderung ke arah LGBT.
Kecenderungan seksual pada lelaki dan perempuan boleh dipengaruhi dengan faktor yang
berbeza. Contohnya seperti kepada lelaki, kecenderungan seksual lebih cenderung
berkaitan dengan pola rangsangan seksual dibandingkan perempuan. Hal ini kerana, setiap
orang dari berbagai latar belakang budaya yang berbeza memiliki perasaan non-
heteroseksual atau tarikan seksual di luar dari sesama jenis. Kelakuan ini setidaknya muncul
dalam peratusan yang kecil tapi tetap berpengaruh.
SOALAN UJI MINDA BAB 10

1. Berikan maksud globalisasi.

(NUR FATIHA BT ABDUL FATTAH)


Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga, globalisasi bermaksud fenomena yang
menyebabkan dunia kelihatan mengecil daripada segi perhubungan manusia disebabkan
kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala menurut DR Yusu Al-Qaradawi
pula, globalisasi hampir sama dengan konsep kesejagatan ataupun universal yang dibawa
oleh Islam. Akhir sekali, maksud globalisasi secara umum ialah dunia tanpa sempadan,
dunia milik semua, serta perkongsian maklumat merentasi negara di seluruh dunia.

2. Apakah kesan buruk globalisasi dalam pemikiran dan akhlak Islam?

(NUR FATIHA BT ABDUL FATTAH)


Kesan buruk globalisasi adalah globalisasi tidak menjadikan sesebuah negara itu terus jatuh
tetapi sebaliknya, menjatuhkan moral,sivik dan akhlak seseorang insan itu hilang dan
tercemar dalam kalangan masyarakat, terutamanya muda-mudi dan tidak terkecuali juga
para pemimpin serta orang-orang tua. Hal ini wujud kerana globalisasi itu sesuai dengan
tuntutan nafsu mereka yang menyebabkan nafsu mereka memperjuangkan keinginannya
seperti zina, rasuah, caci-maki, dan perkara lucah, lalu seterusnya menewaskan tuntutan
fitrah dan kesejahteraan mereka yang menginginkan kebahagiaan dan hidup yang selamat
serta tidak dinodai dosa. Dengan ini, kita dapat lihat tentang kekuatan globalisasi yang dapat
menyusup ke dalam kehidupan seseorang melalui pelbagai cabang yang menjadikan
seseorang itu tidak dapat duduk senang akibat nafsu mereka yang diransang dalam
berbagai cara seperti hiburan dan pergaulan seharian yang telah rosak.

3. Apakah kesan baik globalisasi dalam dakwah Islam

(NUR IZZNIE NATLIANNA BINTI MOHD IZWAN @ LASIUS)


Dari aspek ekonomi, kesannya ialah dapat meningkatkan ekonomi menerusi kemasukan
pelabur asing dan memberi peluang pekerjaan. Selain itu, menguntungkan pengeluar
barangan disebabkan oleh perdagangan bebas global serta menjadi budaya kerja melalui
teknologi maklumat. Dari aspek politik, kesannya ialah dapat memperkukuhkan kedudukan
negara serta membina kekuatan bersama melalui rangkaian serantau. Dari aspek
sosiobudaya, kesannya ialah melahirkan masyarakat bermaklumat. Selain itu, memudahkan
proses dan peluang pembelajaran, mempermudah dan mempercepatkan komunikasi, serta
memperluaskan penyebaran dakwah dan maklumat Islam.

4. Bagaimana cara kita menghadapi isu globalisasi untuk meningkatkan jati diri agama
dan bangsa dalam politik, ekonomi dan masyarakat.

(NUR IZZNIE NATLIANNA BINTI MOHD IZWAN @ LASIUS)


Cara kita mendepani isu globalisasi untuk meningkatkan jati diri agama dan bangsa dalam
politik, ekonomi dan masyarakat ialah meningkatkan kesedaran dari pelbagai lapisan
masyarakat terhadap globalisasi dan tamparannya. Selain itu, melalui pembangunan
menyeluruh iaitu pembelajaran secara berterusan adalah keperluan mutlak dalam era
globalisasi serta penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dalam menghadapi isu-isu
globalisasi.
cara kita menghadapi isu globalisasi untuk meningkatkan jati diri agama dan bangsa dalam
politik, ekonomi dan masyarakat

1. Berpegang teguh kepada nilai-nilai agama


2. memantapkan perpaduan masyarakat berbilang kaun dalam negara
3. Meningkatkan ekonomi dan pengetahuan berteknologi tinggi
4. Memberi taat setia kepada pemimpin dan kedaulatan negara
5. Meningkatkan semangat patriotism di kalangan warganegara

Anda mungkin juga menyukai