Anda di halaman 1dari 8

PEMBUDAYAAN HEDONISME DAN BUDAYA KUNING: CABARAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

PENGENALAN & PENDAHULUAN


Perkataan Hedonisme yang berasal dari Greek dan ia dari perkataan Yunani telah wujud
sebelum masihi lagi. Ia membawa erti ‘kesenangan’ atau maksud lain menjadikan kesenangan
dunia untuk beroleh ketenangan rohani. Ia merupakan pola pemikiran yang menjadikan hiburan
sebagai jalan untuk bebas dari permasalahan dan tekanan batas kehidupan yang dianggap
rumit. Salah satu masyarakat yang mengamalkan hedonisme ialah masyarakat Pompeii. Kini,
masyarakat Pompeii hanya terbuku dalam lipatan sejarah dunia. Bukan dengan itu sahaja, dari
prespektif islam, kemunculan aliran pemikiran ini berkembang pesat pada zaman pemerintahan
kerajaan Abbasiyyah. Kemasukan aliran ini bukan sahaja meresap masuk dalam pemikiran
tokoh-tokoh Islam malah turut mewujudkan beberapa disiplin ilmu khususnya dengan kelahiran
ilmu kalam.

Walaupun pengaruh falsafah Greek atau lebih tepat lagi pemikiran barat dapat dimurnikan
tokoh-tokoh Islam seperti Imam al-Ghazali, namun aliran pemikiran ini kemudiannya menular
masuk dalam pelbagai bentuk selepas jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniah. Aliran pemikiran
barat ini bukan sahaja menjadikan akal sebagai tunjang utama malah cuba memisahkan agama
daripada kehidupan manusia. Hal ini dapat dilihat dengan rosaknya agama Yahudi dan Nasrani
apabila diresapi fahaman falsafah yang pelbagai sehingga menolak peranan wahyu.

Budaya kuning jugak memberi maksud yang sama dimana dalam Kamus dewan tertulis
jenis budaya atau amalan bukan bersifat tempatan yang dikhuatiri membawa ancaman
kepada akhlak masyarakat kolektif (Pustaka, 2005) atau juga budaya Barat yg dianggap
mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif. Penyebaran budaya hedonisme adalah ancaman
dan boleh menyebabkan kerosakan terutama kepada golongan belia jika ianya tidak dikawal
dari sekarang. Oleh itu, komponen Iman, Islam dan Ihsan yang menjadi dasar kepercayaan
mesti diperkuatkan sehingga buktinya dalam aspek akidah, ibadah dan akhlak dapat diterapkan
pada belia yang akhirnya diterjemahkan ke dalam kehidupan melalui pendidikan
Islam adalah agama yang sempurna dan memelihara seluruh aturan dan kemanusiaan dalam
kehidupan. Islam yang bertindak sebagai benteng kehidupan di dunia globalisasi tanpa
sempadan ini. Hal ini sesuai dengan falsafah etika hedonisme yang berpandangan, bahwa
kenikmatan atau kesenangan adalah tujuan hidup yang tidak perlu dihindarkan dan setiap
orang suka merasakan kesenangan atau kenikmatan.
KESAN BERLAKUNYA BUDAYA HEDOINISME & BUDAYA
KUNING
Hedonisme merupakan antara kesan globalisasi yang berlaku pada hari ini.Setiap perkara yang
berlaku akan meninggalkan impak sama ada dari sudut positif ataupun negatif. Tamadun kita
mahupun dalam Islam tidak pernah menghalang rakyatnya daripada melibatkan diri untuk
berhibur kerana kita tidak akan pernah lari daripada fitrah manusia. Disebabkan itu, mencari
keseronokan yang melampau sehingga ke tahap hedonisme akan menimbulkan masalah sosial
dalam masyarakat kita. Daripada, pemantauan yang dilakukan, pengaruh hedonisme banyak
memberikan kesan negatif yang berpunca daripada diri sendiri ataupun individu, seterusnya
kepada keluarga, masyarakat dan juga nama baik negara. Dengan itu kesan-kesan yang akan
dihadapi jika budaya hedonisme ini tidak terkawal seprti dibawah

a) Keruntuhan Moral dan Akhlak

Kesan daripada budaya hedoinisme dan budaya kuning ini ialah, keruntuhan moral dan
akhlak. Apabila budaya hedonisme menjadi ikutan dalam kehidupan mereka, maka wujudlah
kesan di kalangan remaja. Anak muda tidak lagi ada rasa segan silu untuk bercumbuan dan
berpelukan dikhalayak ramai sehingga menjadi suatu kebiasaan yang semakin serius dan
menyumbang kepada gejala-gejala yang tidak elok seperti seks bebas dan pelacuran yang
membawa kepada kelahiran anak luar nikah. Tidak hairanlah statistik bagi anak luar nikah
semakin meningkat. Kita boleh lihat pada Akhbar Berita Harian bertarikh 13 September 2016,
telah mengeluarkan statistik anak tak sah taraf yang telah didaftar di Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) sebanyak 159,725 orang. (Ahmad, 2016) Di dalam akhbar ada menyentuh jugak
tenang peranan ibu bapa yang amat kritikal dalam melahirkan generasi muda yang positif
akhlak dan mindanya. Norsaleha yang merupakan Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia ada
berkata "Waktu bersama anak perlu pada tahap maksimum bagi memastikan anak mereka
tidak berasa tersisih dan seterusnya mencari jalan gembira di luar rumah," dan Norsaleha juga
ada mencadangkan Kementerian Pendidikan supaya menimbang untuk menambah waktu
pembelajaran bagi subjek Pengajian Islam dan Pendidikan Moral bagi semua peringkat
persekolahan.
Rajah 1: Keratan Akhbar Berita Harian

Rajah 2: Keratan Akhbar Berita Utusan


Di samping itu, keruntuhan moral dan akhlak akan memberikan impak yang besar dalam
masyarakat juga.Ia merupakan tunjang sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari
segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan.
Natijahnya, jika hal ini tidak dibendung oleh pihak-pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak
kerajaan dan juga pihak-pihak yang berwajib, maka pada masa akan datang masyarakat kita
akan berpecah belah dan keruntuhan akhlak anak muda makin merisaukan. Melayu
terutamanya akan rosak dan terjejas. Namun begitu kesan yang paling ketara yang akan dilihat
kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal ialah: Masyarakat di negara ini akan menjadi
porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Perasaan buruk dan prasangka pasti
akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai, salah paham akan bertahta di
hati masyarakat. Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-
isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Istilah
hedonisme berintikan sekularisme memang memencilkan soal akidah kerana jika wujud akidah
ia tidak dapat berkembang dengan bebasnya. Apabila, seseorang mengamalkan ideologi ini
diibaratkan sebagai menolak ketauhidan dan sudah pastilah akidah sebagai galang gantinya.

b) Kehancuran Nilai-Nilai Agama

Seterusnya, budaya ini membawa kearah kehancuran nilai-nilai agama. Hal ini kerana,
kesenangan ditawarkan dalam budaya hedonisme tidak lain bersifat fana, melampau dan
menipu, Yang kini dianggap moden atau pun mengikut peredaraan semasa belum tentu
berbuah baik bagi kehidupan manusia. Dadah, seks bebas, muzik yang melampau, rasuah,
mabuk dan sebagainya adalah sebahagian dari beberapa tindak tanduk yang dilakukan kerana
hanya ingin mengecapi kenikmatan dan kesenangan.Tetapi hadirnya dengan budaya
hedonisme selalu mengakibatkan keburukan bagi kehidupan manusia. Aspek akidah, perilaku,
sistem eknomi, politik, sosial dan kesihatan akan menjadi teruk dan buruk dari gaya hidup ego
ini. Disamping itu, menggalakkan manusia melakukan kejahatan. Golongan yang terpengaruh
dengan materialisme mengajak manusia supaya memberi keutamaan kepada dunia dan
menjadikannya sebagai matlamat dalam kehidupan. Hal ini akan menyebabkan manusia
sentiasa menjadikannya sebagai kayu ukur kepada sesuatu tindakan yang diambil. Hubungan
sesama manusia tidak berasaskan kepada sifat mulia tetapi berdasarkan kepada nilai
kebendaan yang akan diperoleh. Justeru, pada masa kini masyarakat tidak merasa pelik
apabila anak-anak menghantar ibubapa mereka ke rumah kebajikan disebabkan oleh faktor
kebendaan dan kemewahan. Akidah yang mantap merupakan sumber kekuatan bagi
seseorang muslim dalam melakukan kegiatan dan melahirkan semangat berjuang yang tinggi.
(al-Ghazali 2001 : 185) Ia boleh diibaratkan sebagai akar tunjang yang menjunam jauh ke
dalam tanah bagi mengekalkan sebatang pokok sentiasa tegak berdiri. Tanpa akidah, akan
rosaklah nilai iman seseorang.

Pengaruh nilai moral yang negatif berpunca daripada hampir kesemua media massa yang ada
contohnya saluran radio Malaysia menyiarkan lagu-lagu yang berentak heavy metal, rock,
balada, pop, and rap. Saluran televisyen yang menyiarkan cerita dalam negara dan luar negara
menjadi impak yang negatif kerana ia akan menjadi ikutan dan mudah terpengaruh dikalangan
remaja. Masalah itu bertambah runsing dengan laman sesawang yang popular dan halaman
hiburan di akhbar kita yang menyiarkan pelbagai tayangan yang kurang tapisannya yang
dianggap bertentangan dengan nilai agama Islam dan kearah budaya orang timur. Kini, kesan
negatif daripada pengaruh massa media mudah dirasai remaja kita di kawasan luar bandar
kerana gabungan kesemua faktor itu: perkembangan teknologi dan mudahnya mendapat
siaran. (Ab. Halim Tamuri, 2009) Jenis hiburan, bahan bacaan, bahan audio video serta gambar
yang ditonton itu telah mengakibatkan ketidak-stabilan dalam emosi dan psikososial mereka

Rajah 3: Keratan Akhbar Berita Utusan


Rajah 4: Keratan Akhbar Berita Kosmo

c) Menjadikan Manusia Bersifat Sombong

Selain itu, kesan hedonism juga akan menjadikan manusia bersifat sombong. Kemewahan
yang mereka miliki telah merosakkan diri seseorang yang bergelar manusia. Manusia akan
tertarik dengan harta benda, kekayaan dan kemewahan terutama golongan eksekutif muda.
Golongan ini berkeinginan untuk segera menjadi hebat tanpa perlu mengikut prosedur biasa,
tidak perlu bersusah payah dan mengeluarkan keringat. Hasrat ini hanya dapat dicapai melalui
cara yang salah termasuk rasuah yang memberi implikasi negatif yang sangat merbahaya
kepada individu, masyarakat, dan negara. Terjadinya sifat sombong pada diri sesorang itu
menyebabkan sekelilingnya tidak rasa selesa dan jika mendapati dirinya atau kedudukannya
lebih tinggi menyebabkan sifat ketakabburan dan hidung tinggi makin menjadi, Ia terjadinya
sedemikian, kerana terikut ikut dengan rakan yang sering kearah hedonism atau pun budaya
kuning Jika ada segelintir yang tidak mengikut ikutan peredaraan semasa, ia akan disisihkan
oleh remaja yang lain. Walau bagaimanapun, kesombongan itu berlaku apabila pandangan
tersebut beriringan dengan anggapan orang yang dipandangnya itu lebih kecil, serba
kekurangan atau kurang berharga berbanding dengan dirinya. (Supi, 2002) Dengan itu
akan timbulah sifat dendam dan iri hati lalu akan menimbulkan masalah dan boleh menjadi satu
bergaduhan. Akhir sekali, masyarakat akan tersasar dari jalan yang benar jika tidak dibendung,
Mereka akan leka dari tanggungjawab sebagai seorang hamba pada tuhan dan masyarakat
pada negara. Rukun-rukun agama seperti solat juga akan diabaikan oleh individu yang tidak
mengambil berat tentang perihal agama akibat terlalu asyik dengan hiburan dunia.

Anda mungkin juga menyukai