Anda di halaman 1dari 12

Masalah Kerosakan Akidah Umat Islam

Masalah kerosakan akidah dalam kalangan umat Islam masa kini semakin meruncing. Malah saban hari fenomena ini terdapat dalam pelbagai media. Keadaan ini amat membimbangkan semua pihak. Berdasarkan penerangan di atas, anda dikehendaki menulis satu esei bertajuk: Kerosakan akidah dalam kalangan umat Islam. Esei perlu mengandungi : a. Menganalisis punca-punca kerosakan akidah umat Islam masa kini. (5 punca) b. Mengulas pelbagai kes yang berkaitan dengan kerosakan akidah (3 kes) c. Memberi pandangan cara-cara mengatasi fenomena kerosakan akidah (5 cara mengatasi)

Perkataan akidah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu "aqada yang bererti ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi seperti akad nikah dan akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah akidah iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan. Sementara dari segi istilah, akidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai. Akidah menurut istilah syara" pula bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syara" iaitu t kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan perkara-perkara ghaibiyyat. Jelaslah aqidah merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seorang manusia yang bergelar Muslim kerana di dalamnya terangkum asas kepercayaan berkaitan ketuhanan serta amalan ibadah yang perlu dilakukan sepanjang hidupnya di dunia ini.

Masalah Kerosakan Akidah Umat Islam

Tanpa disedari, ilmu agama yang dididik dalam jiwa anak-anak semasa masih kecil mudah hilang secara perlahan-lahan. Lihat saja golongan remaja dan belia sekarang. Golongan ini dari peringkat sekolah menengah hinggalah ke universiti turut terlibat dalam gejala sosial yang serius. Masalah ini seringkali dikupas di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen tetapi kupasannya tidak mendalam. Jika ditelusuri, pokok permasalahan ini bukan hanya melibatkan institusi-institusi kekeluargaan, pendidikan, kerajaan atau undangundang tetapi persoalan aqidah dalam diri individu terbabit yang perlu dipersoalkan. Masakan pegangan aqidah yang mantap mampu diterobos oleh gangguangangguan luar yang bersifat duniawi dan semestinya melalaikan. Persoalannya mengapakah masalah kerosakan akidah dalam kalangan umat Islam masa kini boleh terjadi dan semakin meruncing. Banyak factor yang boleh dikaitkan kepada punca kerosakan akidah. Pertama, sistem pendidikan kini yang tidak atau kurang memberi kesan kepada jiwa secara tidak langsung mempengaruhi akidah umat Islam. Sekolah sebenarnya adalah tempat membentuk dan melahirkan insan yang bukan sahaja sarat dengan ilmu akademik di dada, namun sarat juga dengan ilmu agama, ilmu buat bekalan di sana dan juga penuh dengan akhlak dan berperibadi serta berketerampilan mulia selaku insan yang berwawasan sejajar dengan kehendak kerajaan kita yang sentiasa mensasarkan sekolah-sekolah serta institusi-institusi pendidikan melahirkan modal insan yang cemerlang. Namun, apa yang dapat perhatikan kini, pihak sekolah sendiri seolah-olah mengabaikan tanggungjawab mereka dalam menyemaikan perkara-perkara di atas yang sememangnya terbeban di bahu mereka. Antara hadith Nabi Muhammad S.A.W. ada bersabda berkaitan dengan tanggungjawab yang tertakhlif di atas setiap manusia

Masalah Kerosakan Akidah Umat Islam

dan akan dipersoalkan tanggungjawab tersebut di akhirat kelak. Namun, adakah kita mengambil intipati sabda seorang yang kita katakan Junjungan Besar kita selama ini dengan mengamalkannya? Insan yang bergelar guru lebih-lebih lagi perlu memainkan peranan ini. Tetapi apa yang dapat kita lihat sekarang terlalu kurang guru yang mengamalkan penyerapan nilai murni di kalangan pelajar semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tiada amalan merentas kurikulum semasa P&P seperti yang dituntut oleh pihak kementerian. Jadi, tidak perlu dihairankan mengapa kini adapelajar yang mampu melawan guru yang sebelum ini janggal untuk kita dengar tetapi kini telah seolah-olah telah menjadi rutin. Dan akibat pengabaian ilmu agama di sekolah, dapat kita perhatikan gejala yang menyonsangkan akidah semakin kritikal di sekolah. Buktinya, pernah dulu kita digemparkan dengan kegiatan Black Metal, dadah dan sebagainya. Sekularisma dalam sistem pendidikan di Malaysia merupakan perkara yang kurang disedari oleh semua. Pada masa sekarang, pendidikan berunsur ilmu logik seperti sains amat ditekankan dan penguasaan pelajar ke atas subjek tersebut boleh dibanggakan tetapi apakah kayu pengukur sebenar yang digunapakai untuk menilai tahap pemahaman pelajar? Tidak ada gunanya jika ilmu dinilai hanya pada sekeping kertas peperiksaan atau sekeping surat tawaran bekerja dalam bidang yang dipelajari dahulu tetapi penghayatan ilmu dalam kehidupan seharian tidak ada. Sepatutnya, ilmu yang dipelajari merupakan mangkin untuk mengenal Pencipta yang mencipta ilmu tersebut tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ilmu dipelajari untuk kepuasan fizikal dan bukannya jiwa. Kedua, sistem keluarga yang tidak menitikberatkan budaya dan cara hidup Islam menyumbang besar kepada kerosakan akidah dan keruntuhan akhlak pada masa ini. Pengaruh ibu bapa amat penting dalam membentuk keperibadian, akhlak dan paling

Masalah Kerosakan Akidah Umat Islam

penting agama anak-anak mereka. Lahirnya anak-anak adalah secara fitrah, ibarat kain putih. Merekalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Kiasan ini adalah merujuk kepada agama apa yang bakal mereka ajarkan pada si anak sama ada secara langsung mahupun tidak yakni secara keperibadian ibu bapa, akhlak, sahsiah dan keterampilan selaku seorang yang bergelar Muslim. Fenomena kini yang dapat kita perhatikan, ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya sendiri sehinggakan ada yang telah mengabaikan tanggungjawab mereka selaku ibu bapa telah meninggalkan impak yang negatif. Kegagalan memperuntukkan masa, kasih saying dan perhatian yang sewajarnya pada anak-anak telah menyumbang besar dalam masalah kerosakan akidah di era globalisasi kini. Dalam era letusan kemajuan aspek sains dan teknologi sekarang, ramai juga ibu bapa yang mementingkan kemajuan anak-anak mereka sekaligus ghairah melengkapkan anak-anak mereka dengan ilmu sekular tetapi dalam masa yang sama mereka mengabaikan kelengkapan agama dalam diri anak-anak mereka. Puncanya, pada tanggapan mereka, aspek agama hanyalah perkara enteng dan tidak langsung menyumbang pada kemajuan duniawi dan dianggap kurang relevan untuk diserapkan selaras dengan ilmu duniawi yang hanya akan melalaikan mereka daripada-Nya.Mereka juga secara ijmalnya atau secara peribadi telah mengasingkan kewujudan agama itu dari aspek kerja sehari-harian. Sedangkan, telah dijamin oleh Allah S.W.T. dan pesuruh-Nya, Nabi Muhammad S.A.W. bahawa Islam sentiasa relevan sepanjang zaman sehingga kehari kiamat. Kegagalan ibu bapa dalam penerapan nilai-nilai beragama serta perlaksaan agama sehari-harian adalah tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai penyumbang besar dalam penularan budaya-budaya

Masalah Kerosakan Akidah Umat Islam

kuning, negatif, songsang sekali gus menghancurkan akidah mereka dan anak-anak mereka selaku pewaris takhta khalifah di bumi ini kelak semakin berleluasa dalam menegakkan sifat sekular serta cara kehidupan thagut yang sentiasa menganggugugat akidah manusia dengan mudah sekali. Fikirkanlah, masyarakat kafirkah yang mahu kita bentuk di masa hadapan ini? Kalau ya, bersediakah kita menerima dengan hati yang tulus akan azab Allah S.W.T. secara zahir hanya kerana gagal melindungi akidah dalam diri kita dan sekali gus menumbangkan suatu institusi yang secara nyatanya telah menyediakan segalagalanya yang menyeluruh dalam aspek kehidupan yang hakiki dan mendapat keredhaan-Nya iaitu Islam. Seterusnya, diri sendiri adalah punca utama yang mengakibatkan kerosakan akidah. Apa pun yang berlaku adalah akibat tindakan diri sendiri. Kesedaran kendiri tentang peri pentingnya penerapan dan pemantapan akidah dalam diri dan masyarakat sememangnya amat penting bagi kita bagi melindungi kita dari gejala-gejala pemansuhan akidah dalam diri yang semakin marak membakar jiwa umat Islam sekarang. Jelas kita lihat, orang kafir telah ramai yang dicampakkan Allah S.W.T. akan hidayah dalam diri mereka hasil usaha mereka mengkaji kebenaran agama, tetapi kita yang sudah Islam sejak lahir berbondong-bondong keluar Islam tidak lain tidak bukan kerana cerdik sungguh sendiri sudah tu malas untuk mencari ilmu. Hidayah Allah tidak dicari, neraka pula tempat dicari. Semuanya kerana dikaburi harta duniawi. Ilmu agama ada di depan mata, tetapi buta. Yang menuntut secara taqlid bukan sikit tetapi banyak. Pencarian tanpa ilmu juga penyumbang pada rosaknya akidah. Buktinya, nah, lahir umat Nabi Kahar, wujud rakyat kerajaan langit terkenal bimbingan Ayah Pin

Masalah Kerosakan Akidah Umat Islam

dan banyak lagi ajaran-ajaran sesat yang timbul hanya kerana menuntut ilmu secara membabi buta, hanya taqlid atau ikut-ikut, disangka betul tetapi tidak. Natijahnya, bukan sahaja sesat sendiri, bahkan menyesatkan orang lain. Punca yang keempat adalah pengaruh dari media massa. Walaupun pada masa kini, peranan media massa begitu penting, namun, bagi manusia yang tidak matang dalam membezakan antara yang baik dengan yang buruk, akan mudah terpedaya dan terikut-ikut dengan apa yang dipaparkan melalui media massa. Media massa yag cuai dengan persekitaran menyumbangkan ke arah kerosakan akidah di kalangan rakyat semakin berleluasa terutamaremaja yang mudah terjerumus ke lembah-lembah hina ini. Pengaruh media yang kurang sihat adalah seperti bahan-bahan paparan yang tidak sesuai ditonton oleh masyarakat terutamanya di Negara yang bergelar Negara Islam ini. Kita juga seharusnya bijak memilih saluran-saluran yang sepatutnya tetapi yang berlakunya tidak. Dalam masa yang sama, media massa bebas menyiarkan serta memawa masuk budaya-budaya dan rancangan-rancangan yang menjurus ke arah kerosakan akidah. Rancangan-rancangan agama pula diabaikan, kononnya tiada

sambutan dan mereka tidak dapat bersaing secara sihat dalam era penyiaran yang sekarang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Maka, inilah hasilnya. Makin ramai antara kita yang makin rosak akhlak dan akidah mereka secara perlahan-lahan tanpa kita sedari. Kerosakan aqidah kian meruncing dengan pengaruh media masa dan media cetak yang kerap kali menyogok unsur hiburan yang melampau. Penonton pula didapati rata-ratanya terdiri daripada golongan remaja dan belia yang mudah terpengaruh dan mudah terikut dengan budaya kuning. Rancangan hiburan sudah menjadi tarikan utama untuk menarik lebih ramai penonton.

Masalah Kerosakan Akidah Umat Islam

Antara punca yang menyebabkan kerosakan akidah juga ialah seperti pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling. Pengaruh rakan sebaya merupakan suatu

elemen yang penting dalam membentuk serta membantu seseorang menjadi insan yang beragama dan tekad dalam beraktidah yang benar. Bukti yang dapat kita lihat adalah seperti sebuah hadith Nabi Muhammad S.A.W. yang mafhumnya seseorang itu adalah mengikut agama rakannya. Di sini membuktikan peranan dan pengaruh rakan sebaya itu sendiri. Selaku ibu bapa, wajib ke atas kita meneliti siapakah yang menjadi rakan dan sahabat kepada anak-anak kita. Dan bagi kita sendiri yang sudah dikurniakan akal, seharusnya memikirkan baik dan buruk sesuatu perkara tersebut. Manakala, sikap masyarakat sekeliling yang tidak mengambil endah dan peka serta sensitif dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Jika ditanya, alasannya ialah tidak elok jaga tepi kain orang. Tetapi hakikat yang sepatutnya kita fahami ialah tidak salah menjaga tepi kain orang sekiranya ia dapat menyelamatkan seseorang itu dari terjerumus ke lembah kesesatan sekali gus menyelamatkan kita dan anak-anak kita. Selain itu, pemakanan harian yang diambil juga perlu dititikberatkan. Sebagai muslim dan muslimah, kita harus mengambil makanan yang halal dan baik dan mengelak dari mengambil makanan yang boleh merosakkan akidah. Makanan yang
halal dan baik (halalan thoiyyiba) boleh memberi kesan kepada jasmani dan rohani seseorang. Selain itu, keberkatan dalam pemakanan akan

menyebabkan badan mampu melakukan aktiviti fizikal manakala dari sudut ruhaniahnya, pemikiran, jiwa dan akhlak yang sepadan dengan fizikal akan terbina. Produk makanan yang tidak baik boleh melemahkan umat Islam secara umumnya kerana proses penghasilan tidak mengikut piawaian Islam.

Masalah Kerosakan Akidah Umat Islam

Hasilnya, wujudlah golongan yang cintakan dunia dan kejahatan lebih dari akhirat serta hati menjadi gelap dan sukar dididik.

Pada era globalisasi kini, banyak kes kerosakan telah pun berlaku di negara ini. Antara yang terkini yang memeranjatkan warga Malaysia ialah Program Seksualiti Merdeka. Program ini memperjuangkan hak asasi manusia dalam soal hubungan sesama jenis atau amalan di luar tabii. Apakah ini boleh dikatakan rakyat yang merdeka? Jelas sekali pemikiran segelintir umat Islam yang masih lagi sempit dan cetek pengetahuan. Atas dasar apakah program ini wajar dilaksanakan. Program ini hanya mengundang pelbagai kesan negatif kepada generasi kini dan juga yang akan datang. Dalam undang-undang Islam sudah ada lunas dalam hukum syariah, manakala agama lain seperti Kristian juga membantah. Dari sudut Islam, benda ini tidak selari dan kegiatan songsang yang tidak menepati adat resam, budaya dan agama di Malaysia. Program ini akan merosakkan imej Malaysia sebagai negara Islam yang disegani pada peringkat antarabangsa. Kes murtad juga adalah perkara yang semakin serius berlaku yang semakin meruncing. Riddah (murtad) merupakan bench mark kepada keruntuhan akidah paling serius yang boleh berlaku dalam kalangan umat Islam keseluruhannya. Isu ini kerap dibincangkan dalam masyrakat umum apatah lagi golongan ilmuan beberapa waktu yang lalu. Kes Lina Joy serta beberapa lagi individu lain seperti Natrah dan Aisyah Bukhari pernah menggemparkan masyarakat Islam. Persoalan murtad adalah persoalan yang penting diketahui oleh semua umat Islam kerana rentetan daripada peristiwa ini, kehidupan dan masa depan umat Islam akan turut sama terlibat. Budaya hedonisma (pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup) kini semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja

Masalah Kerosakan Akidah Umat Islam

dan belia. Pemikiran dan tindakan mereka akan dipengaruhi dan hasilnya, lahirlah golongan yang hidup seakan bertuhankan dunia dan nafsu. Program-program berbentuk ilmiah dan akademik kurang mendapat sambutan. Sebaliknya, program-program sukan, permainan dan hiburan menjadi pilihan. Sekitar tahun 2000-an negara pernah dikejutkan dengan pendedahan oleh media masa tentang segelintir peminat fanatik musik Black Metal ini yang terlalu taksub apabila mereka melakukan perbuatan seperti memijak Al Quran. Jelas sekali perbuatan mereka ini menghina agama dan memesongkan aqidah. Kumpulan kecil Black Metal yang ekstrim ini bukan hanya menghina agama Islam, malah mereka ini menghina semua agama samawi, dimana ada yang memakai salib dengan diterbalikkan, dan mereka memuja syaitan. Pemesongan aqidah turut berlaku dalam kumpulan kecil yang menggelarkan diri mereka kumpulan Jangan Ikut Tuhan (JIT). Kandungan ajaran JIT juga mirip kepada Black Metal - menghina kitab suci al-Quran yang menjadi amalan asas kepada setiap ahli yang menyertai kumpulan itu. Fenomena ini harus diatasi dengan segera dan dibendung daripada menjadi semakin parah. Bayangkan negara kita pada masa akan datang jika nilah akidah semakin menipis. Apa akan jadi kepada generasi muda yang bakal memimpin tonggak negara. Jadi, salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menerapkan nilai-nilai Islam dalam pengajaran moden dunia masa kini. Ilmu Islam adalah pembuka kepada ilmu-ilmu lain. Seorang pendidik yang beragama Islam haruslah pandai dan mampu menyampaikan bidang ilmu yang diajar bersama dengan ilmu akidah Islam, tidak sepertimana yang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita sekarang ini. Al-Quran seharusnya dijadikan sumber rujukan

Masalah Kerosakan Akidah Umat Islam

10

utama kerana di dalamnya mengandungi fakta-fakta saintifik yang tidak ada dalam kitab suci yang lain. Melalui penggunaan kaedah pengajaran moden yang digunapakai pada zaman ini, ilmu akidah dapat disampaikan secara langsung dan pendekatan saintifik terhadap Al-Quran akan lebih menarik minat pelajar untuk mengkajinya. Selain ilmu sains, Al-Quran juga harus menjadi sumber rujukan utama bagi bidang-bidang sosial lain seperti perundangan, ekonomi dan sistem bermasyarakat. Di sini juga ingin ditekankan bahawa setiap cikgu atau guru Muslim adalah ustaz (guru lelaki) dan ustazah (guru perempuan) secara tidak langsung. Seharusnya peranan cikgu atau guru tidak dibezakan dengan ustaz dan ustazah walaupun bahasa asal perkataanperkataan ini adalah berbeza. Islam itu perlu berada di mana-mana, pada cikgu, guru, ustaz, ustazah selagimana mereka ini adalah Muslim. Ibu bapa adalah faktor penting yang akan menentukan pembentukkan akidah anak-anak mereka. Di sini, para ibu bapa harus sentiasa menanamkan akidah dalam diri anak-anak. Ibu bapa perlu mendidik dan mengasuh anak-anak dengan membuat perkaitan antara aktiviti harian dengan ilmu aqidah. Misalnya, setiap kali makan bersama tanamkan dalam jiwa anak-anak bahawa rezeki yang ada adalah pemberian Allah s.w.t., apabila melihat bencana yang berlaku di luar negara di kaca televisyen, ceritakan bahawa azab Allah s.w.t. di akhirat nanti lebih berat, dan semasa memakai kasut, ajarkan supaya memulakan dengan kaki kanan kerana mengikut sunnah Nabi. Sedikit kesempatan yang ada di rumah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk melakukan pendidikan secara tidak langsung ini. Semoga amalan aqidah yang disuburkan di rumah dan dalam didikan keluarga yang kecil boleh memandu anak-anak ini hingga mereka dewasa. Konsep akidah harus disemai sejak dari kecil lagi. Ibu bapa sudah boleh mengajar mereka mengucapkan kalimah-kalimah seperti Bismillah - sebelum makan, minum dan

Masalah Kerosakan Akidah Umat Islam

11

membuat kerja-kerja lain, Alhamdulillah - selesai makan atau minum, Astagfirullah ketika terlanjur membuat kesalahan, Allahu Akhbar - ketika melihat peristiwa mengkagumkan, InsyaAllah - ketika berjanji dengan orang lain dan Subhanallah - ketika melihat keindahan alam. Walaupun anak-anak tidak memahami maksud ucapan-ucapan tersebut, jiwa dan fikiran sudah dilatih untuk mengenal kata-kata tauhid. Selain itu, anak-anak juga boleh juga diajarkan Asmaul-Husna serta pengertiannya disertakan contoh-contoh yang mudah difahami, sesuai dengan peringkat usia mereka. Proses pembelajaran ilmu tauhid ini kemudiannya diteruskan dengan mempelajari Al-Quran, menghafaz surah pendek, menghafal hadis-hadis pendek dan nama para nabi dan malaikat serta membawa mereka menghadiri syarahan agama (sebagai pendedahan awal walaupun mereka tidak memahami). Pastinya, ibu bapa terlebih dahulu wajib mengetahui keyakinan yang betul dan perbuatan-perbuatan syirik, kekufuran dan kemunafikan. Jika mereka sendiri tidak tahu yang mana keyakinan yang betul dan mana yang syirik, sudah tentu anak-anak tidak akan dapat diajari dengan akidah tauhid. Secara kesipulannya, semua pihak mesti mengambil bahagian dalam mengatasi permasalahan keruntuhan akidah umat Islam ini dari sekecil-kecil peranan yang boleh dilakukan secara individu sehinggalah usaha yang dilakukan secara berjamaah (berkumpulan) . Ingin juga ditekankan bahawa bukan golongan remaja dan belia sahaja yang terlibat kerana usaha yang besar bermula dari langkah awal dan pastinya bermula dengan jiwa yang besar dalam ruang lingkup kehidupan yang berbeza, sebagai seorang anak, mahasiswa, golongan bekerjaya, ilmuan, ibu, bapa dan sebagainya. Akidah atau iman di dalam diri sentiasa perlu dibajai, dijaga dan dipagar agar diri tidak terjerumus ke lembah lembah kehinaan mahupun dikuasai oleh anasir-anasir luar yang sentiasa mencari

Masalah Kerosakan Akidah Umat Islam

12

jalan untuk menjatuhkan umat Islam. Kita mesti bersama-sama mempertahankan akidah sebagai umat Islam. Jangan terlalu mudah terpedaya dengan pelbagai janji manis yang berniat menjatuhkan umat Islam.

Anda mungkin juga menyukai