Anda di halaman 1dari 25

ISU-ISU PENGURUSAN JENAZAH

DAYANG AMANINA BINTI BAKAR NADIAH AQILAH BINTI ARIP NOORALAM BINTI KUSAIRI NORSIHA BINTI ASHKAR NUR SHAKINAH BINTI MOHAMAD NUR SHARMILA SORAYA BINTI MAHMUD NUR TAUFIQAH NAZURAH BINTI ABU BAKAR SHARIFAH SUHAILA BINTI ISHAK NUR ZAITUL AZARIAH BINTI SULEIMAN

Mencium dahi jenazah yang telah dikafankan.


Hukum mencium dahi jenazah adalah harus. Perbuatan Sayyidina Abu Bakar r.a pula, sepertimana riwayat dari Aisyah r.a, beliau mencium wajah Nabi s.a.w setelah Baginda wafat. Bahawa Abu Bakar Radhiallahu anhu telah mencium (kawasan) antara kedua-dua mata Nabi s.a.w, dan baginda (ketika itu) telah wafat. (Hadith riwayat al-Baihaqi dan an-Nasaie) perbuatan Abu Bakar r.a tersebut tidak diingkari oleh sahabat yang lain pada ketika itu.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a bahawa baginda s.a.w mencium jenazah Utsman bin Mazhun, iaitu saudara sesusuan baginda: Bahawa Rasulullah s.a.w mencium Utsman bin Mazhun dan dia (ketika) itu sudah meninggal dunia dan baginda menangis, atau katanya (Abdur Rahman): Bahawa kedua-dua mata baginda menitiskan air mata. (Hadith riwayat Tirmidzi)

Menurut Imam ar-Ramli, Khatib asy-Syarbini dan juga merupakan pendapat as-Subki Rahimahumullah, berdasarkan kepada dua hadith mereka berpendapat hukumnya adalah sunat bagi ahli keluarga si mati dan sahabat-sahabatnya mencium jenazah (walaupun si mati bukan orang soleh), manakala hukum harus itu adalah untuk selain daripada mereka ini.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah berpendapat hukumnya adalah harus, sejajar dengan apa yang disebutkan dalam nash kitab fiqh. Manakala hukum sunat itu hanyalah untuk jenazah orang yang soleh. Hukum menjadi haram sekiranya timbul perasaan dukacita dan kesedihan yang keterlaluan dan tidak dapat mengawalnya. Hal ini disebabkan berdasarkan 2 hadis :

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang kami daripada perbuatan meratap. (Hadith riwayat Abu Daud) Tidak termasuk di dalam golongan kami orang yang memukul-mukul pipinya, mengoyak-ngoyak koceknya, berteriak-teriak seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Hukum membuat binaan di atas kubur adalah tidak digalakkan. Ini berdasarkan larangan daripada Nabi SAW iaitu daripada Jabir bin Abdullah ra katanya: Rasulullah saw melarang daripada mengkapurkan kubur (binaan), duduk di atas dan membuat binaan di atasnya. (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, para ilmuwan Islam melarang daripada membuat binaan di atas kubur. Jika hendak menandakan itu adalah kawasan perkuburan, sebahagian ulama membolehkan meninggikan timbunan tanah sekadar satu jengkal. Ada yang membolehkan binaan sekadar untuk menahan tanah dari dihakis oleh air. Namun jika yang dibuat adalah satu binaan yang berlebih-lebihan, maka ia dilarang.

KENDURI BESAR KETIKA JENAZAH MASIH DI RUMAH (HARI PERTAMA)


Dibolehkan makan dan minum bagi ahli keluarga si mati, bahkan dianjurkan bagi yang berziarah membawa makanan untuk mereka, kerana ketika itu keluarga tersebut sedang dalam keadaan duka cita. Menurut fuqaha' Hanbali disunatkan membuat makanan untuk keluarga si mati selama 3 malam kerana berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW yang maksudnya: "Buatlah makanan untuk keluarga Jaafar, kerana mereka sekarang sedang berdukacita". (HR.

Abu Daud dan Tarmizi)

Menyediakan makanan untuk keluarga si mati adalah kerja kebajikan dan makruf, malah keluarga si mati hendaklah dipaksa memakan makanan yang disediakan itu, kerana perasaan dukacita yang melampaui batas sehingga meninggalkan keperluan makanan akan membuat mereka menjadi lemah. Tidak wajar disediakan makanan untuk orang yang berkumpul di rumah, malah makhruh berbuat demikian. Imam Ahmad menganggap perbuatan berkumpul di rumah si mati sebagai amalan jahiliyah. Menurut Imam Malik jika keluarga si mati berada dalam kekurangan diharamkan menyediakan makanan bagi orang yang datang.

Syeikh Ali Mahfuz menjelaskan, perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat sekarang dengan membuat makanan untuk orang yang datang mengucapkan takziah dan berbelanja besar untuk mengadakan malam-malam kenduri kemudian diikuti kenduri untuk setiap malam Jumaat dan jamuan yang ke 40 hari adalah termasuk ke dalam bid'ah yang keji dan bercanggah dengan sunah Rasulullah SAW dan amalan salafussoleh.

MENGKAFANKAN JENAZAH DENGAN MENGGUNAKAN KAIN KAFAN MAHAL


(makruh sekiranya kita menggunakan kain kafan yang mahal kerana ini adalah amalan yang membazir). Sabda Rasulullah saw : Jangan kamu permahalkan tentang kafan kamu, kerana sesungguhnya ia segera reput atau rosak. (Riwayat Abu Daud)

MEMBACA TALQIN DI TEPI KUBUR


Amalan membaca talqin setelah mayat dikebumikan adalah satu amalan yang diterima sebagai sunnat atau mustahab dalam mazhab Syafi'i.

wasiat Sayyidina 'Amr bin al-'Aash:


"Berdirilah kamu di sisi kuburku (walaupun hanya) selama kadar menyembelih seekor sembelihan dan membahagi-bahagi dagingnya, sehingga aku dapat merasakan ketenangan dengan kalian dan aku mengetahui dengan apa akan aku kembalikan utusan-utusan Tuhanku (yakni Munkar dan Nakir)", sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam shohihnya. Sentiasalah penduduk Kota Syam beramal dengan amalan talqin ini sejak zaman permulaan Islam lagi, iaitu zaman di mana orang-orangnya dijadikan ikutan.

Negeri Sembilan Darul Khusus adalah negeri yang telah mewartakan fatwa berhubung talqin. Di mana dalam Warta Kerajaan Jil. 50 No. 19 bertarikh 11 September 1997 mewartakan fatwa berikut:1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati) dan atau selepas dikebumikan. 2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumikan maka dikata di sisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W. hingga akhir talqin.

DUDUK DI ATAS KUBURAN


Seandainya salah seorang dari kalian duduk di atas bara api hingga (bara api itu) membakar pakaiannya sampai mengenai kulitnya itu adalah lebih baik daripada dia duduk di atas kuburan. (Shohih Muslim no. 971)

Hadits tersebut dita'wil, bahwa ancaman tersebut diberlakukan bagi orang yang duduk diatas kuburan untuk buang air (berak atau kencing) yang diharamkan menurut ijma' (kesepakatan ulama').

Tapi, banyak juga ulama' madzhab syafi'i yang berpendapat bahwa hukum duduk diatas kuburan adalah harom. Imam Nawawi sendiri dalam kitab Syarah Shohih Muslim dan Riyadhus Sholihin juga menyatakan bahwa hukumnya harom berdasarkan dhohir dari hadits yang melarang duduk diatas kuburan.

Ringkasnya, hadits diatas menjelaskan tentang larangan duduk diatas kuburan seorang muslim. Sebagian ulama' menyatakan hukumnya makruh, dan sebagian lainnya menyatakan hukumnya harom.

MENYIRAM BUNGA DI KUBURAN


Para ulama mengatakan bahwa hukum menyiram air bunga atau harum-haruman di atas kuburan adalah sunnah. Sebagaimana dikatakan oleh Imam Nawawi al-Bantani dalam Nihayah al-Zain, hal. 145 Disunnahkan untuk menyirami kuburan dengan air yang dingin. Perbuatan ini dilakukan sebagai pengharapan dengan dinginnya tempat kembali (kuburan) dan juga tidak apa-apa menyiram kuburan dengan air mawar meskipun sedikit, karena malaikat senang pada aroma yang harum. (Nihayah al-Zain, hal. 154)

Pendapat ini berdasarkan hadits Nabi

: : . : ( :

Dari Ibnu Umar ia berkata; Suatu ketika Nabi melewati sebuah kebun di Makkah dan Madinah lalu Nabi mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya. Nabi bersabda kepada para sahabat Kedua orang (yang ada dalam kubur ini) sedang disiksa. Yang satu disiksa karena tidak memakai penutup ketika kencing sedang yang lainnya lagi karena sering mengadu domba. Kemudian Rasulullah menyuruh sahabat untuk mengambil pelepah kurma, kemudian membelahnya menjadi dua bagian dan meletakkannya pada masing-masing kuburan tersebut. Para sahabat lalu bertanya, kenapa engkau melakukan hal ini ya Rasul?. Rasulullah menjawab: Semoga Allah meringankan siksa kedua orang tersebut selama dua pelepah kurma ini belum kering (Sahih al-Bukhari 1361)

Lebih ditegaskan lagi dalam Ianah al-Thalibin


Disunnahkan meletakkan pelepah kurma yang masih hijau di atas kuburan, karena hal ini adalah sunnah Nabi Muhammad Saw. dan dapat meringankan beban si mayat karena barokahnya bacaan tasbihnya bunga yang ditaburkan dan hal ini disamakan dengan sebagaimana adat kebiasaan, yaitu menaburi bunga yang harum dan basah atau yang masih segar. (Ianah al-Thalibin, juz II, hal. 119) Dan ditegaskan juga dalam Nihayah al-Zain, hal. 163

(. 163

MENANAM POKOK BUNGA DI ATAS KUBURAN


di bolehkan menaburkan bunga-bunga segar yang masih basah di atas kuburan2 ,karena hal ini(menaburi bunga) dapat meringankan siksaan mayat akibat bacaan tasbih tanaman/bunga diatas pusara tersebut. Lihat ; Iaanah at-Thoolibiin : II/120.

Berdasarkan hadist nabi yg berbunyi ; "Ingatlah,sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang dari padanya disiksa kerana dahulu dia suka membuat fitnah dan seorang lagi disiksa kerana tidak menghindari diri daripada percikan air kencing. Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini dapat meringankan seksanya selagi ia belum kering." (H.R.buchori&muslim).

Anda mungkin juga menyukai