Anda di halaman 1dari 7

Kepentingan Sanad & Silsilah

January 27, 2011kinderbuanaLeave a commentGo to comments

Dalam perjalanan ilmu dan amalan kerohanian, silsilah merupakan salah satu perkara dasar yang amat penting. Silsilah yang sah dan benar ialah yang muttasil (yang bersambung-sambung) hingga sampai kepada Rasulullah sallaLlahu alaihi wassalam tanpa terputus. Bermaksud ilmu dan amalan ini diterima oleh seseorang itu dari Gurunya; Gurunya itu pula menerima dari Gurunya. Begitulah keadaannya sehingga akhirnya sampai kepada Rasulullah sallaLlahu alaihi wassalam. Kepentingan silsilah (yang berlandaskan pengajian & pengamalan secara sanad dan talaqi) ini ialah bagi : Menjamin pakej pegangan, fahaman dan pengamalan yang benar Mengelak sebarang syubhat atau penyelewengan Mewarisi sumber yang asli Memelihara kesinambungan barakah (al-barakah) . Memelihara pembentukan adabiah murid dengan Gurunya Mendapat limpahan kerohanian yang haq. Shaikh Abd. Halim Mahmud menegaskan : (Mesti ada) perhubungan dengan silsilah yang benar. Kerana, sesungguhnya keberkatan yang akan dicapai dari adanya persambungan silsilah yang benar-benar sah itu menjadi syarat yang pokok/asas (bagi ilmu tasawuf), kerana tanpa silsilah tersebut seseorang itu tidak akan mencapai satu darjat pun dari berbagai-bagai darjat tasawuf, sekalipun darjat permulaan (yang paling rendah) dalam tasawuf itu. (Kitab Al-Munqidh Min al-Dalal) Demikianlah huraian ringkas mengenai kepentingan silsilah. Sesungguhnya tipu daya dalam jalan kerohanian ini terlalu banyak. Kadang-kadang ilmu dan amalan itu disandarkan kepada perjalanan kerohanian (tasawuf) namun sebenarnya ia bersalahan dengan disiplin-disiplin tasawuf dan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Atau mungkin ia hanyalah amalan untuk memperolehi kelebihan-kelebihan dunia semata-semata berdasarkan kekuatan diri dan tenaga yang datang dari alam Malakut, bukan berdasarkan Tauhid dan Ubudiyyah kepada Allah. Kadangkala amalan itu berupa ayat Al-Quran atau wirid yang pada zahirnya tidak kelihatan salah, namun aspek dari siapa diambilnya amalan itu amat mempengaruhi natijah dari amalan yang dilakukannya. Dibimbangi adanya anasir-anasir luaran yang beserta dengan amalan yang dilakukan itu, yang akan menghasilkan natijah yang batil dalam batinnya, dan biasanya akan terlihat pada zahirnya dalam bentuk akhlak, perbuatan dan sebagainya. Fahamilah, dan bertanyalah kepada Ahlinya. Wallahu alam.

y y y y y y

Perkataan Para Ulama' Tentang Kepentingan Sanad Perkataan Imam Az-Zuhri r.a. (124 H) :( 6 : ) )( : : ) :).

Imam Ahmad meriwayatkan dalam musnadnya, daripada 'Utbah bin Abi Hakim yang berkata bahawasanya Az-Zuhri mendengar Ishaq bin Abdillah bin Abi Furah berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w.." Maka Az-Zuhri berkata: "Binasalah kamu wahai Ibn Abi Furah. Tergamakkah kamu melampaui ke atas Allah, melainkan hendaklah kamu menyandarkan hadith kamu tersebut (dengan sanadnya). Kamu meriwayatkan hadith tanpa sebarang rujukan dan sumbernya. (Makrifah Ulum Al-Hadith: 6)

Perkataan Imam Abdullah bin 'Aun r.a.:

1 28

/1 : ).

)(

Ibn Abi Hatim Al-Razi meriwayatkan dengansanadnya kepada Abdullah bin 'Aun bahawasanya beliau berkata: "Tidak boleh diambil ilmu ini (ilmu hadith dan ilmu agama) melainkan daripada orang yang telah diakui pernah menuntut sebelum itu (pernah meriwayatkan ilmu dari gurunya secara bersanad juga). (Al-Jarh Wa At-Ta'dil 1/ 28)

Perkataan Imam Al-Auza'ie r.a. (m: 157 H)

) 314 /1 : )( ).

Ibn Abdil Bar meriwayatkan daripada Imam Al-Auza'ie bahawasanya beliau berkata: "Tidaklah hilang ilmu (agama) melainkan dengan hilangnya sanad-sanad (ilmu agama tersebut). (At-Tamhid 1/314) Perkataan Imam Syu'bah bin Al-Hajjaj (m: 160 H):

: 32 1 /1 : )( )

):

Ibn Abi Hatim Al-Razi meriwayatkan dengan sanadnya kepada Syu'bah bahawasanya beliau berkata: "Aku melihat kepada mulut Qotadah. Jika dia membacakan hadith dengan menyebut: Haddathana (maksudnya, membaca hadith dengan menyebut sanadnya), maka aku akan menumpukan perhatian kepada apa yang sedang diriwayatkan. Namun, jika dia tidak menyebut haddathana (tidak menyebut sanad hadith), maka aku tidak akan menumpukan kepada apa yang sedang disebutnya. (Al-Jarh wa At-Ta'dil 1/32)

Perkataan Abu 'Ali Al-Jiyyani Beliau berkata:

Allah s.w.t. mengkhususkan kepada umat ini (umat Islam) akan tiga perkara yang dia tidak pernah berikan kepada umat terdahulu iaitu: isnad (sanad ilmu dan hadith), penjagaan nasab dan kaedah tatabahasa Arab yang agung. Perkataan Ibn Mubarak r.a.: Imam Abdullah bin Al-Mubarak berkata:

":

"

"Isnad (sanad) menurutku adalah agama. Kalaulah tanpa sanad, sesiapa sahaja akan bercakap apa sahaja (dalam urusan agama). Jika ditanya kepadanya "siapa yang menyampaikan kepadamu (meriwayatkan kepadamu hadith-hadith dan ilmu agama), nescaya dia akan kebingungan (tidak mengerti kerana tidak pernah mempuyai sanad).

Beliau berkata lagi:

"

":

Antara kami dengan kaum (para ulama' yang meriwayatkan ilmu dan hadith) adalah ikatan, iaitulah sanad.

Perkataan Ibn Sirin Dalam Muqoddimah Sahih Muslim (1/15), Imam Muslim meriwayatkan dari Muhammad bin Sirin rahimahullah, Isnad itu sebahagian dari agama, jika tidak kerana isnad, maka sesiapa akan berkata apa saja yang dikehendaki (dalam urusan agama tanpa ilmu mendalam tentangnya) Beliau berkata lagi: " ".

Ilmu itu adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agamamu (ilmu agama tersebut).

Perkataan Imam Sufiyan At-Thauri r.a.:

":

".

Ibnu Hibban menukilkan dari Sufyan at-Thauri dalam Muqoddimah Al-Majruhin 1/27: Isnad adalah senjata bagi orang beriman, jika tanpa senjata, bagaimana dia mempertahankan diri? Keagungan Tradisi Ilmu Islam Allah s.w.t. memuliakan umat Islam dengan menjadikan sistem talqqqi sebagai nadi bagi penyebaran ilmu Islam. Ilmu-ilmu Islam disebarkan secara talaqqi di mana seorang murid

mengambil ilmu tersebut dengan kaedah "pertemuan" dengan gurunya dalam rangka untuk mewarisi ilmu-ilmu Islam secara riwayah dan dirayah. Sistem talaqqi ini bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi di mana Baginda s.a.w. mengambil AlQur'an secara bertalaqqi kepada malaikat Jibril a.s.. Lalu, para sahabat meriwayatkan ajaran dan panduan dalam memahami Al-Qu'ran daripada hadith-hadith Nabi s.a.w. yang diriwayatkan secara talaqqi daripada Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., Al-Qur'an diriwayatkan secara mutawatir iaitu diriwayatkan secara beramai-ramai sehingga tidak ada keraguan lagi dalam keaslian teks Al-Qur'an yang diriwayatkan melalui ramai para huffaz (penghafaz Al-Qur'an tersebut). Namun, hadith-hadith Rasulullah s.a.w. kebanyakkannya diriwayatkan secara perorangan (individuindividu tertentu) sehingga terkadang boleh membawa kepada keraguan dalam isi hadith yang diriwayatkan oleh perawi hadith tersebut. Maka, timbullah kaedah penelitian terhadap sanad-sanad periwayatan hadith dalam meneliti keadaan perawi hadith itu sendiri bagi memastikan ketulenan hadith-hadith Nabi s.a.w.. Setelah itu, munculnya zaman pembukuan hadith-hadith dan ilmu Islam, maka para musnid (ulama' yang membukukan hadith-hadith dalam buku-bukunya) menghimpunkan hadith-hadith yang diriwayatkan secara bersanad lalu ditulis di dalam musnad mereka (kitab himpunan hadith mereka) lelu menyebarkan musnad mereka kepada murid mereka dengan kaedah periwayatan hadith yang muktabar dalam ilmu mustolah hadith. Murid-murid kepada ulama' yang menghimpunkan hadith-hadith dalam buku mereka meriwayatkan kepada murid-murid mereka pada generasi seterusnya dengan penuh teliti terhadap keaslian isi kandungan musnad-musnad guru mereka tersebut, samada meriwayatkannya secara "guru membaca kepada murid" ataupun murid membaca dan guru menyemak bacaan tersebut". Setelah itu, pembukuan ilmu-ilmu Islam yang lain turut berkembang dalam pelbagai bidang ilmu yang lain seperti ilmu aqidah, tafsir, fiqh dan sebagainya. Namun, tradisi meriwayatkan buku-buku tersebut tetap tidak terlepas daripada manhaj talaqqi secara bersanad, bagi memastikan muridmurid mendapat isi kandungan asli buku-buku tersebut dan memastikan murid-murid tersebut memahami isi kandungan buku-buku tersebut, dengan melalui syarahan ulama'-ulama' penulis bukubuku tersebut. Sistem talaqqi terus dipelihara dan dijadikan manhaj tradisi ilmu Islam dalam memelihara keaslian warisan ilmiah Islam (turath). Para ulama' salafus-soleh amat mengambil berat tradisi mewariskan turath Islami secara bersanad melalui manhaj talaqqi dalam tradisi pembelajaran dalam umat Islam.

Isnad atau sanad, satu makna sama., ini kerana isnad juga menyambungkan hadis kepada pengucapnya, sebagaimana pengistilahan ahli hadis. Ibnu Jamaah (wafat 733H) menyebut; sanad ialah perkhabaran terhadap jalur (meriwayatkan) matan iaitu hadis kerana sanad adalah menyambungkan/ menyandarkan perkataan/ matan kepada pengucapnya iaitu perawinya (al-manhal ar-rawi, ms 29-30) Contoh: A berkata kepada B dari kata-kata (yang diambil) dari C. A dan B ialah sanad kepada perkataan (matan) C, maka A & B membentuk SATU sanad kepada matan C Kepentingan sanad: Konsep penyampaian agama pada asalnya ialah secara talaqqi, iaitu berjumpa secara direct untuk mengambil urusan agama ini dan mempelajarinya. Sepertimana wahyu turun dari Allah kepada Nabi SAW melalui perantaraan Jibril AS atau tanpa perantaraan, kemudian sahabt talaqqi wahyu dan urusan agama dari Nabi SAW, selanjutnya proses pemindahan/ penyebaran agama dilakukan dengan cara ini kepada generasi seterusnya (rujuk, Ilmu ar-Rijal, Dr Muhd Matr Zahrani, Universiti Madinah, m/s 14). Ini disokong oleh hadis dari Abu Daud, Kitab al- Ilm, Bab Kelebihan menyebarkan ilmu (pengetahuan dan agama), hadis no 3659 dengan perakuan sanad sahih oleh al-marhum Syeikh Ahmad Syakir, lafaz hadis: Perdengarkanlah (kalian) dan diperdengarkan dari kalian dan (selanjutnya) diperdengarkan oleh sesiapa yang mendengar dari kamu Dalam Mukadimah Sahih Muslim (1/15), Imam Muslim meriwayatkan dari Muhammad bin Sirin rahimahullah, Isnad itu sebahagian dari agama, jika tidak kerana isnad, maka sesiapa akan berkata apa saja yang dikehendaki (dalam urusan agama tanpa ilmu mendalam tentangnya) . Sama seperti sebelumnya (1/140, Isnad itu sebahagian dari agama, maka lihatlah siapa kalian mengambil/ mempelajari urusan agama kalian - Ibnu Sirin. Ibnu Hibban menukilkan dari Sufyan at-Thauri dalam Mukadimah Majruhin (orang yang ditolak periwayatan hadis), 1/27: Isnad adalah senjata bagi orang beriman, jika tanpa senjata, bagaimana dia mempertahankan diri?

Paling best, dari Abu Hatim ar-Razi (wafat 277H) dalam kemuliaan orang-orang hadis, m/s 42-43, Tiada umat dari umat-umat (sebelum ini) sejak Allah Taala menciptakan Adam, (wujudnya) para pemegang amanah yang menjaga kesan peninggalan rasul2 kecuali (ada) pada umat ini (iaitu umat Muhammad SAW) . Apakah tiada bukti isnad dipersoalkan dari zaman sahabat? Apakah ia rekaan baru selepas kurun sahabat dan Nabi SAW? Jawapan, ada..buktinya, riwayat dari Imam az-Zahabi dalam Tazkiratul Huffaz (1/2), kisah pada zaman Abu Bakar radhiallahuanhu apabila seorang wanita tua/ nenek datang (kepadanya) mengenai masalah pembahagian harta pusaka, lalu bertanya, Aku tidak menemui dalam kitab Allah (Al-Quran), atau mengetahuinya dari Rasulullah SAW menyebut apa-apa (mengenai formula pembahagian harta untuk wanita tua/ nenek), lalu orang lain mula mempersoalkannya..Mughirah (sahabat) bangun, Aku melihat Rasulullah SAW membahagikan (kepadanya) seperenam (dari pewarisan harta), lalu Abu Bakar bertanya, ada sesiapa bersamamu (menyaksikan perkara itu)?, Muhammad bin Maslamah mengakuinya akan kisah itu (kebenaran) lalu Abu Bakar memberikannya (kepada wanita tadi jumlah seperenam)..Kisah ini dinukilkan dalam Mukadimah Majruhin (1/38), Ini merupakan bukti awal penyemakan terhadap (keadaan) perawi mengenai periwayatan serta mencari akan pemindahan (maklumat) dalam (suatu) perkhabaran, kemudian (langkah ini) dituruti oleh orang lain selepas (zaman) itu . Penyemakan sanad menjadi lebih teliti apabila zaman fitnah muncul pada masa Abdullah bin Saba seterusnya ke zaman bertebarannya hadis-hadis palsu dalam masyarakat Islam ketika itu. Hinggakan fitnah terlalu banyak lalu Ibnu Sirin menyebut: Sebelum ini (iaitu sebelum zaman fitnah) tidak pernah bertanya tentang isnad, apabila melandanya fitnah, lalu ditanya, sebutkan kepada kami nama perawi-perawi kalian, maka dilihat pada ahli sunnah (yang sebenar) lalu perkataan mereka diambil/ diterima, apabila melihat pada ahli bid ah, maka tidak diambil perkataan mereka. (Mukadimah Sahih Muslim, 1/15) Orang terawal menyemak sanad seperti dalam Syarah Ilal Tirmizi oleh Ibnu Rajab (1/52) ialah Ibnu Sirin, sepertimana riwayat dari Ya kub bin Shaibah menyebut: Aku mendengar Ali bin al-Madini berkata, Muhammad bin Sirin merupakan orang yang melihat (dengan teliti) dalam hadis dan meneliti (iaitu menyemak) terhadap isnad, dan kami tidak mengetahui (orang) lebih awal darinya. Ini merupakan ringkasan terhadap kepentingan sanad. Proses ini adalah aplikasi

menjaga kesahihan fakta agama khasnya hadis dari Nabi SAW. Keperibadian perawi amat ditekankan kerana hanya orang yang amanah lagi dipercayai, yang diterima perkhabaran dan periwayatan hadis dari mereka. Ini bagi mengelak berlakunya penipuan dengan menyandarkan sesuatu atas nama Nabi SAW. Oleh itu, aspek ini cukup ditekankan dalam bab menyampaikan ilmu berkaitan agama agar menjamin orang yang menyampaikan ilmu agama itu mempunyai akhlak yang setara dengan apa yang diucapkannya disamping memelihara ketinggian mutu ilmu agama dengan keperibadian mereka sebagai pemacu pemindahan ilmu agama dari generasi terdahulu khasnya dalam membawa perkhabaran dari Nabi SAW. -almadani9.44 am 4 Julai 2007

Anda mungkin juga menyukai