Anda di halaman 1dari 6

1

1 PENDAHULUAN

  Pada dasarnya, ulum al-hadith telah lahir sejak dimulainya periwayatan hadith di dalam
islam, terutama setelah Rasullullah SAW wafat, ketika umat merasakan perlunya
menghimpun hadith-hadith Rasullullah SAW kerana wujud kekhuatiran hadith-hadith
tersebut hilang atau lenyap. Para sahabat mulai giat melakukan pencatatan dan
periwayatan hadith. Mereka telah mulai mempergunakan kaedah-kaedah dan metod-
metod tertentu dalam menerima hadith, namun mereka belum menuliskan kaedah-kaedah
tersebut.

Oleh itu, para sahabat dan tabicin menggunakan kaedah- kaedah ilmiah untuk
menerima sesuatu hadis. Kemudian ahli- ahli hadis telah mengeluarkan kaedah- kaedah
yang lain untuk mengkaji sesebuah hadis itu dari aspek penerimaan dan penolakkannya
dan juga untuk mengetahui perawi manakah yang diterima periwayatannya atau ditolak.
Lebih hebat lagi, mereka telah membuat syarat- syarat meriwayatkan hadis, kaedah-
kaedah Jarh Wa al- Tacdil serta kaedah yang berkaitan dengan ilmu Hadis. Masa terus
berlalu, ahli hadis memperluaskan kajian mereka dalam ilmu Hadis dan mereka telah
mengambil ilmu- ilmu lain yang berkaitan dengan hadis. Mereka juga menerangkan
bagaimanakah cara untuk menerima dan menyampaikan kepada orang lain, hingga
akhirnya ilmu hadith dapat berdiri sendiri sebagai ilmu yang berasingan daripada ilmu-
ilmu Islam yang lain pada kurun ke - 4 Hijrah.

Ulum hadith ialah Satu gagasan ilmu yang berkaitan sanad dan matan dan perkara
yang berkaitan dengannya supaya kita dapat mengetahui hadis itu diterima atau ditolak.
Antara sebab hadith itu tertolak disebabkan perawinya yang lemah. Apabila sebab
kecacatan perawi adalah kerana banyaknya kesalahan, sering lupa, atau kefasiqannya
maka hadithnya dinamakan hadi>th Munkar.
2

2 TAKRIF

Dalam hal ini, kita akan dapat mengetahui makna h{adi<th munkar dari sudut bahasa dan
istilah.

2.1 Takrif Dari Sudut Bahasa

Makna hadith munkar dari segi bahasa ialah  isim mafcul dari kata al-inka>r, lawan dari
kata al-iqra>r . (Mah{mu>d al-T{ah{h{a>n 2010)

2.2 Takrif Dari Sudut Istilah

Takrif dari segi istilah pula ada dua pendapat yang masyhur dari ulama hadith, al-{hafiz
Ibnu H{ajar iaitu:

1. Sebuah hadith dengan perawi tunggal yang kathratu al-ghalat{ atau kathratu al-
ghafalah atau fasiq.

2. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang lemah dan bertentangan dengan
riwayat perawi yang thiqah. (Mahmu>d al T{ahha>n. 2010)

3 HURAIAN TAKRIF

Al-inkar - menafikan (cAbdul Ma>jid al-Ghauri< 2012)

Al-iqrar - pengakuan (cAbdul Ma>jid al-Ghauri< 2012)

kathratu al ghalat{ - hafalannya sangat buruk sehingga kesalahannya mendominasi atau


seimbang dengan benarnya. (Nor Kandir 2016)

kathratu al ghafalah - banyak lalai sehingga tidak mampu membezakan riwayat yang
salah dari yang benar. (Nor Kandir 2016)

Takrif bagi pertama Ibnu H{ajar telah menisbahkan dari Imam al-Baiqu>ni> di dalam
manzhumahnya telah memberi definisi berkaitan hadith munkar adalah seperti berikut:
3

َّ ‫َواملْن َكُر الْ َف ْر ُد بِِه َرا ٍو َغ َدا * َت ْع ِديلُهُ ال حَيْ ِم ُل‬


‫الت َفُّر َدا‬
ُ

Maksudnya: “[Hadi>th Munkar] adalah apa (hadi>th) yang diriwayatkan oleh seorang
perawi, Yang tidak diterima ta’dilannya (keadilannya) dalam keadaan perawi tersebut
menyendiri”.

Takrif bagi yang kedua pula ialah Ibnu H{ajar menggunakan takrif yang pertama dan
pembuat penambahan iaitu perawi yang lemah dan bertentangan dengan riwayat perawi
yang thiqah. ( Muhammad Fauzi> Bin Muhammad Amin. 2013)

4 CONTOH HADITH MUNKAR

Contoh bagi takrif yang pertama: Telah berkata al-Nasa<i< dan Ibnu Ma<jah daripada
riwayat Abu< Zukairin Yah{ya bin Muh{ammad bin Qais, daripada Hisyam bin cUrwah,
daripada ayahnya, daripada cA<isyah dimarfuckan:

ِِ
‫ب‬
ُ‫ض‬َ ‫ فَِإ َّن الشَّْيطَا َن َي ْغ‬،‫ ُكلُوا اخْلَلَ َق بِاجْلَديد‬،‫ُكلُوا الَْبلَ َح بِالت َّْم ِر‬

Maksudnya: “Makanlah dengan kurma yang belum masak dengan kurma yang masak,
makanlah juga kurma yang lama dengan kurma yang baru, sesungguhnya syaitan akan
marah”. (Ibnu Ma>jah. Kitab al-At’imah. Bab aklu al-Balahi Bittamri. No. Hadith 3330)

Telah berkata imam al-Nasa>i> bahawa hadi>th ini adalah munkar kerana Abu< Zukairin
bersendiri dalam meriwayatkan hadi<th ini dan riwayatnya tidak diterima jika bersendiri.

Contoh bagi takrif yang kedua: Telah berkata imam Abu< H{a<tim bahawa hadith
daripada jalur atau jalan H{ubaib bin H{abi<b, daripada Abi< Ish{a<k, daripada al-
Aiza<r bin Huraith, daripada Ibnu cAbba<s RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 
c

َ‫ف؛ َد َخ َل اجلَنَّة‬
َ ‫ َو َقَرى الضَّْي‬،‫ضا َن‬
َ ‫ص َام َر َم‬
َ ‫ َو‬،‫ت‬
َ ‫البْي‬ َّ ‫ َوآتَى‬،‫الصالََة‬
َ ‫ َو َح َّج‬،‫الز َكا َة‬ َّ ‫َم ْن َأقَ َام‬

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji,


berpuasa di bulan Ramadhan, melayan tetamu akan masuk syurga”. (cIlalul Hadi>th no.
2043)
4

Abu Hatim berkata,”Hadith ini munkar, karana para perawi tsiqah selain (Habib bin


Zayyat) meriwayatkannya dari Abu Ishaq hanya sampai kepada sahabat. (mauqu>f)
(Manna>c Bin Khali>l al-Qita>n 2001)\\

5 PERBEZAAN ANTARA HADITH SYA>DZ DENGAN HADITH MUNKAR

Hadith Sya>dz adalah hadis yang diriwayatkan perawi yang maqbu>l yang bertentangan


hadis yang diriwayatkan perawi yang lebih utama darinya. Manakala hadith
Munkar adalah hadis yang diriwayatkan oleh perawi dhaif yang bertentangan dengan
hadis yang diriwayatkan oleh perawi tsiqah. Jadi perbezaanya ialah hadith sya>dz
perawinya diterima manakala hadith munkar pula perawinya tidak diterima. (Manna>c
Bin Khali>l al-Qita>n 2001)

6 KESIMPULAN

Kesimpulannya hadis munkar sangat lemah dan tertolak kerana sifat perawinya yang


banyak buat kesilapan atau sering lupa atau bersifat fasiq atau perawi lemah yang
bertentangan dengan perawi tsiqah. Ianya berlawanan dengan hadith macru<f yang
boleh dijadikan hujjah. Jadi hadith munkar ini tidak boleh dijadikan hujjah. Kita juga
dapat lihat bahawa betapa pentingnya sifat perawi kerana ianya boleh menjadikan
hadith d{aci<f.
5

7 RUJUKAN

Abdul Ma<jid al-Ghauri<. 2012. Mucjam al-Mus{t{alaha<t al-H{adi<thi<yah. Selangor.


c

Darul Syakir

Abu> cAbdullah Muhammad Yazi>d Bin Maja>h al-Qazwi>ni>. 2015. Sunan Ibnu
Ma>jah. Al-Riyadh. Da>ru al-H{adha>rat Linnasyar Wattauzi>c

Hafiz Hassan al-Mascu>di>. 2015. Minh{atu al-Mughi>th Fi> cilmi Must{ala>h{ al-
Hadi>th. Malaysia. Jabal Marqi> Sdn. Bhd.

Mahmu>d al-T{ahha>n. 2010. Taysi>r Must{alah al-Hadit>h. Al-Riyadh. Maktabah al-


Maca>rif Linnasyri Wattauzi>c.

Manna>c Bin Khali>l al-Qita>n. 2001. Maba>his Fi culu<mi al-H{adit>h. Qa>hirah.


Wahbah Publisher.

Muhammad Fauzi> Bin Muhammad Amin. 2013. al-Mudkhal ila> culumi al-H{adit>h.
Negeri Sembilan. Universiti Sains Islam Malaysia.

Mohd Hasbi Ash-Shiddieqy. 1956. Pokok Pokok Dirajah Hadis. Jakarta. Karya Tyotas-
Perty Jakarta 3.

Nor Kandir. 2016. Syarah al-Manz{u<mah al-Baiqu<niyyah. Indonesia. Pustaka Syabab.

Sayyid cAbdul Ma>jid al-Ghauri>. 2007. Mu’jam al-Must{alaha>t al-H{{adi>thiyyah.


Damsyiq. Machad dira>sa>t al-Hadi>th al-Nabawi>.
6

Anda mungkin juga menyukai