Anda di halaman 1dari 5

3.5.

1 Pendekatan Tafsir Bersumberkan al-Quran

Antara pentafsiran Hamka bersumberkan al-Quran adalah pada ayat 75 surah Al-
Wāqiʿah. Ayat alkawniyyah ini merupakan tafsiran al-ʿilmῑ berkaitan dengan tempat berjalan
bintang-bintang. Dalam menafsirkan ayat ini, beliau menerangkan bahawa Allah s.w.t.
bersumpah dengan bintang kerana manusia akan mendapat petunjuk dalam pelayaran
dengannya. Hamka juga mengaitkan pentafsiran tentang bintang-bintang ini dengan ayat 16
surah al-Nah (Abdul Mustaqim, 2012). Dalam ayat 16 surah al-Nahl Allah s.w.t menjelaskan
bahawa bintang-bintang pada malam hari adalah pentunjuk dan panduan untuk mengetahui
arah tuju.

Selain itu juga dapat dilihat pada ayat 26 surah al-Baqarah yang menyentuh tentang
perumpamaan Allah s.w.t. dengan kekuatan nyamuk makluk yang kecil. Beliau menyatakan
contoh ayat-ayat al-Quran lain berkaitan dengan perumpamaan Allah s.w.t terhadap haiwan
seperti labah-labah pada ayat 41 surah al-Angkabut dan lalat pada ayat 73 surah al-Ḥaj
(Abdul Mustaqim, 2012). Selain mengaitkan Nyamuk dengan tentera Allah s.w.t.
sebagaimana dalam surah al-Muddassir ayat 31, beliau juga menegaskan bahawa nyamuk
yang dimaksudkan ialah nyamuk malaria yang membawa penyakit kuning dan penyakit tidur
sebagaimana yang berlaku di Afrika dan juga di Rao atau Rawa di Sumatera.

3.5.2 Pendekatan Tafsir Bersumberkan Hadis

Seterusnya pentafsiran Hamka berdasarkan pendekatan seterusnya merujuk kepada


ayat 81 surah al-Anbiya`. Kandungan ayat 81 ini menyentuh tafsiranal-ʿilmῑ tentang angin
yang hembus keras dalam kisah kekuasaan nabi Sulaiman. Hamka menafsirkan dengan
mengemukakan dua dalil naqli iaitu hadis riwayat Muslim dari Aisyah dan riwayat Thabrani.
Kedua-dua hadis in berkaitan dengan doa Rasullullah s.a.w apabila melihat angin yang keras
yang mungkin membawa perkara yang tidak baik agar ditukarkan kepada perkara rahmat dan
perlindungan (Abdul Mustaqim 2012).

Pendekatan yang sama juga dapat dirujuk pada tafsiran ayat 189 surah al-Baqarah.
Tafsiran al-ʿilmῑ yang terkandung dalam ayat ini adalah berkaitan dengan hilal atau bulan
sabit. Hamka membawa beberapa riwayat antaranya dari Ibn ʿAbbas, Qatadah dan juga Abu
Aliyah. Ketiga-tiga hadis ini menceritakan tentang beberapa orang sahabat datang kepada
nabi Muhammad dan bertanya tentang keduudkan hilal yang muncul disetiap awal bulan
sehingga hari ketujuh. Justeru, Allah menurunkan ayat ini bagi memberi jawapan bahawa
itulah petunjuk kepada mengerjakan ibadah haji (Abdul Mustaqim, 2012).

3.5.3 Pendekatan Tafsir Bersumberkan Riwayat Sahabat dan Tābiʿīn

Antara contoh pendekatan ini adalah pada ayat 5 surah al-Raḥmān iaitu berkaitan
dengan Matahari dan bulan bergerak dengan perhitungannya. Merujuk kepada Tafsir al-
Azhar, Hamka sendiri menegaskan bahawa matahari dan bulan beredar dengan ketepatan
perhitungan dan tidak pernah berlaku kekacauan. Begitu juga beliau menyatakan bahawa
perjalanan bumi mengelilingi matahari terhintung sebanyak 365 hari dan bulan 354 hari
kurang 11 hari dari bumi. Hamka juga membawa riwayat sahabat daripada Ikrimah yang
diriwayat Abi Hatim berkaitan dengan cahaya matahari yang sampai ke bumi adalah satu
daripada sepertujuh cahaya al-kursi (Abdul Mustaqim ,2012).

Seterusnya pada ayat 1 surah al-Anʿām berkiatan tafsiran al-ʿilmῑ Allah menjadikan
langit dan bumi serta gelap dan terang. Antara tafsiran Hamka berkaitan ayat ini adalah
dengan membawa pandangan Ibn ʿAbbas dan juga Abu Syaikh. Ibn ʿAbbas berpandangan
bahawa kegelapan dan terang adalah berkaitan dengan kekufuran cahaya keimanan.
Manakala Abu al-Syaikh pula berpendapat bahawa cahaya itu adalah peiharan daripada
kegelapan pandangan-pandangan fahaman naturalisme dan juga atheis (Abdul Mustaqim,
2012).

3.5.4 Pendekatan Tafsir Bersumberkan Pandangan Mufassirῑn

Antara pendekatan Hamka dalam mentafsirkan ayat-ayat al-kawniyyah berdasarkan


tafsir al-ʿilmῑ adalah dengan mengambil pandangan dari pandangan dan penulisan ulama-
ulama tafsir. Pendekatan ini jelas dapat dilihat pada tafsiran al-ʿilmῑ berkaitan dengan Langit
dipenuhi dengan penjaga yang kuat dan panahan api pada ayat 8 dan 9 surah al-Jin. Antara
lain beliau mencatat dalam pentafsirannya pandangan Imam al-Qurtubi berkaitan dengan
usaha jin, iblis, syaitan dan ifrit mendekati langit bagi mencuri dengar rahsia langit.
Pandangan Imam al-Qurṭubī ini dikuatkan oleh Hamka dengan pendapat daripada Imam
Abdul Malik bin Sabūr yang mengaitkan perkara ini berlaku ketika kekosongan syariat di
antara nabi Isa dan nabi Muhammad s.a.w (Abdul Mustaqim, 2012).

3.5.5 Pendekatan Tafsir Bersumberkan Pandangan Ilmuan Islam dan Barat

Selain daripada bersandar pada sumber mufassirῑn, Hamka juga memetik pandagan
dari ahli-ahli ilmu yang lain terdiri dari ilmuan Islam dan ilmuan Barat. Antara pandangan
ilmuan Barat yang dicatatkan Hamka dalam pentafsiran beliau adalah berkaitan dengan
kebaikan susu ibu pada bayi. Perkara ini dibincang pada ayat 233 surah al-Baqarah. Hamka
mengambil pandangan Dr. Paul Gyorgy bahawa penggunaan susu yang bukan dari badan si
ibu bagi bayi mempunyai kemungkinankemungkinan yang sangat membahaya bagi kesihatan
bayi (Abdul Mustaqim, 2012).

Dari sudut pandangan ilmuan Islam pula, pentafsiran Hamka jelas dapat dilihat pada
ayat 58 surah al-ʿArāf berkaitan dengan kejadian tubuh badan manusia. Hamka memetik
pandangan seorang failasuf Islam iaitu Ibn Sina. Pada pandangan Ibn Sina tubuh badan
manusia terjadi dari kumpulan benda halus atau material yang berganti-ganti dipakai oleh
manusia dan juga makhluk lain. Hamka menjelaskan maksud pandangan Ibn Sina itu adalah
kejadian manusia ini adalah terdiri daripada kumpulan Atom. Suatu ketika atom tersebut
menjadi sayur, dan ketika lain menjadi darah. Suatu kektika menjadi tubuh dan sewaktu yang
lain menjadi hancur dan jadi tanah, jadi debu bila dibakar dan jadi garam bila bercampur
dengan air di lautan (Abdul Mustaqim, 2012)

3.5.6 Pendekatan Tafsir Secara Ringkas

Pendekatan tafsir secara ringkas ini dilihat dari sudut sistematika pentafsiran Hamka
berdasarkan fakta-fakta saintifik. Antara contoh pentafsiran ayat-ayat al-kawniyyah
berdasarkan pendekatan ini seperti pada ayat 96 surah al-Anʿām berkaitan dengan matahari
dan bulan untuk hintungan. Hamka menjelaskan ayat ini dengan fakta yang umum diketahui
iaitu edaran bulan selama 365 hari 12 bulan dan 52 minggu. Mnakala edaran bulan pula
selama 354 hari dan 12 bulan dalam setahun. perjalan ini teratur dan tidak pernah berselisih
dari ketentuan falaknya selama 10,000 tahun (Abdul Mustaqim, 2012).

Selain itu pendekatan ini juga dapat dilihat dalamtafsiran Hamka pada ayat 12 surah
al-Isra`. Dalam ayat ini terkandung keterangan berkaitan dengan malam dan siang Allah
jadikan sebagai tanda. Hamka mentafsirkan maksud tanda dalam ayat ini sebagai tanda
hintungan jam, minit dan detik dari terbit atau terbenamnya matahari. Seterusnya, berfirman
Allah dalam ayat ini bahawa dihapuskan tanda malam dan dijadikan tanda siang itu terang
dengan tafsiran fajar menyingsing dan juga kedatangan waktu subuh. Manakala maksud
hitungan dalam firman Allah ditafsirkan dengan ilmu hisab atau ilmu falak (Abdul Mustaqim,
2012).

3.5.7 Pendekatan Tafsir Secara Terperinci

Antara contoh sistematika kedua pentafsiran Hamka berdasarkan fakta-fakta saintifik


ialah pada ayat 16 surah al-Hijr. Isi kandung ayat ini membincangkan tentang bintang-
bintang dilangit sebagai perhiasan bagi mereka yang ingin memerhatikanya. Hamka
menyatakan permerhatian dalam ayat ini terdapat tiga langkah, yang pertama pemerhatian
terhadap bintangbintang yang hakiki, yang ke dua pemerhatian terhadap hubungan bintang-
bintang dengan kehidupan di bumi sebagaimana orang Badwi menamakan bintang-bintang
dengan nama haiwan yang ada disekeliling mereka dan yang ketiga, pemerhataian terhadap
alam yang lebih dalam ataupun ruang angkasa sebagaimana penemuan ilmu pengetahuan
moden hari ini. Antaranya penemuan bintang Galaxy dan merumuskan bahawa di langit
angkasa terdapat hampir 100 milion bintang. Beliau juga turut mencatat pandangan Omar
Khayyan pengarang kitab Rubu`at berkaitan dengan buruj yang terdiri dari matahari, bulan
dan bintang-bintang yang juga disebut bintang Dua Belas (Abdul Mustaqim, 2012).

Seterusnya pada ayat 40 surah Yāsin yang membincangkan peredaran matahari dan
bulan tidak sama antara satu sama lain. Dalam tafsiran al-ʿilmῑ ayat ini, Hamka
mengemukakan teori peredaran matahari dalam setahun iaitu 365 manakala bulan pula
selama 354 hari yang berselisih sebanyak 11 hari. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa
kemampuan manusia pergi ke bulan adalah setelah terhasil teori jarak antara bumi dan
matahari iaitu 93 milion dan jarak antara bulan dan matahari ialah 240 ribu million.
Saterusnya, teori jarak perjalanan antara bintang yang terdekat dengan matahari sekitar empat
tahun perjalan cahaya. Jika dibandingkan dengan kelajuan perjalan cahaya iaitu 186,000
milion maka perjalan antara bintang terdekat dengan perjalanan matahari ialah sekitar 104
juta million kelajuan cahaya iaitu 4 tahun pergi dan 4 tahun pulang (Abdul Mustaqim, 2012).

RUJUKAN

Abdul Mustaqim. 2012. Dinamika Sejarah Tafsir al-Quran. Yogyakarta: Adab Press

Aḥmad Muṣṭafā al-Marāghī. 2006. Tafsīr al-Marāghī. Beirut. Dār al-Fikr li al-Ṭibāʿah wa al-
Nashr wa al-Tauzῑʿ.

Anda mungkin juga menyukai