Anda di halaman 1dari 10

BORANG KERJA KURSUS

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN (PROPOSAL) PRA SISWAZAH


FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

1. Borang ini wajib dihantar pada kelas tutorial terakhir pada setiap semester
kepada pensyarah atau tutor yang mengendalikan kursus ini mengikut Pusat
masing-masing.
2. Sila isikan semua maklumat dalam borang ini berdasarkan panduan yang
diberikan.
3. Pensyarah/Tutor setiap Pusat berhak menolak kerja kursus ini sekiranya
terdapat maklumat yang tidak lengkap.

A. MAKLUMAT PELAJAR

A(1) Masa
Tempat

Nama Ketua Kumpulan: AMIR HUMAIDI BIN ADNAN (A175623)

Alamat Pusat: Program Pengajian al-Quran dan As-sunnah

Tahun: 2

Tel. Bimbit: 011-21148199

E-Mail: a175623@siswa.ukm.edu.my

A(2) Senarai ahli kumpulan*:

Bil. Nama Ahli No. Matrik No. Phone

1. ABDUL RAHMAN BIN RAZALI A175909 011-25405285


2. ABDULLAH IRFAN BIN ABD RANI A175295 019-3957711
3. SHEIKH AMMAR MUHSIN BIN SH A178125 016-2064253
ARIFIN
4. MUHAMAD KHAIRUL BIN DARUS A176145 013-920795
* tidak dibenarkan lebih daripada 4 ahli.
B. MAKLUMAT PENYELIDIKAN

B(1) Tajuk penyelidikan yang dicadangkan (1 Markah):

TAFSIR SURAH AL’MU’MINUN DAN PENDEKATAN MANHAJ MENURUT TAFSIR AL-AZHAR

Panduan Umum;
- Tidak lebih daripada 15 perkataan
- Mesti berasaskan bidang, kepakaran, tahap dan kemampuan.
- Menggambarkan hubungan antara tajuk, latar belakang, pernyataan masalah, objektif dan metode penyelidikan.

B(2) Pengenalan (2 markah):

Secara khususnya surah-surah yang diturunkan di Mekah menyebut tentang pengurusan iman serta akidah dan
pemandangan situasi ketika Hari Akhirat kelak. Bagi surah-surah yang diturunkan di Madinah pula
mengetengahkan perkara penting seperti kepentingan pengaturan kehidupan sosial untuk masyarakat Islam
yang baru lahir dan para pemimpin memimpin umat Islam mengenai matlamat yanng diredhai Allah SWT
sekaligus menunjukkan kekuatan umat Islam terhadap orang-orang kafir. Oleh itu al-Quran tidak disusun
mengikut unsur yang bersifat tematik dan kronologi (Muhammad Mustafa Al-A’zami, 2003).

Surah yang ke-23 adalah surah yang diturunkan di Mekah (Makkiyah) yang mempunyai sebanyak 118 ayat serta
dinamakan sebagai surah Al-Mu’minun. Hal ini demikian kerana pada permulaan ayat dalam surah ini
menerangkan bahawa sifat-sifat orang mukmin yang perlu dipelajari dan diamalkan. Sifat-sifat tersebut telahpun
diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri. Para mukmin amat digalakkan untuk melakukan atau menjadi
seperti sifat-sifat pada permulaan ayat surah al’mu’minun bagi menjamin ketenteraman jiwa di dunia dan
keuntungan di akhirat kelak. Umumnya tema surah ini menceritakan tentang tujuan perjalanan kehidupan
manusia mengikut peringkat kehidupan yang akan mereka lalui dan yang telah dilalui. Surah ini dimulakan
dengan destinasi yang patut semua manusia tuju dan amalan-amalan yang harus dilakukan untuk sampai ke
syurga. Kemudian pada pertengahannya pula diceritakan tentang perjalanan sejarah kehidupan manusia yang
mendustakan berita-berita akhirat ketika zaman Nabi Nuh sehingga zaman Nabi Muhammad SAW. Selain itu
diselitkan pada pertengahan juga adalah detik-detik perjalanan penciptaan manusia sehingga detik ruh itu
berpisah daripada jasad. Pada pengakhiran pula ia menceritakan tentang orang-orang kafir. Disini kami mengkaji
sedikit sebanyak tentang surah al-Mu’minun daripada pelbagai aspek seperti asbab nuzul, jaw nuzul, maqasid
surah, kisah dan pengajaran yang ada dalam surah al-Mu’minun.
Panduan Umum;
- Mewakili penerangan ringkas terhadap keseluruhan kandungan proposal kajian.
- Mempunyai ciri-ciri seperti penerangan tajuk, tujuan atau matlamat kajian, ringkasan metode kajian, ringkasan kepentingan
kajian dan penerangan tentang kandungan penulisan secara keseluruhan dalam proposal.

B(3) Latar Belakang Kajian (4 markah):

Penjelasan, penafsiran konteks dan ulasan yang jelas boleh didapati daripada tafsir al-Quran bagi mendapatkan
pemahaman Islam itu sendiri atau makna al-Quran serta yakin dengan kehendak Allah. Secara asasnya,
permasalahan fiqh, teologi dan linguistik boleh diselesaikan dengan menggunakan tafsir. Walaubagaimanapun,
secara perspektifnya terdapat dua bahagian yang boleh dikategorikan daripada maksud tafsir itu sendiri.
Pertama, tafsir bi al-Ma’thur bermaksud tafsir yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat
semenjak zaman permulaan Islam. Kedua adalah tafsir bi al-Ra’y iaitu tafsir yang disepakati oleh pemikiran
rasional dan refleksi individu. Namun begitu, setiap mazhab atau doktrin mempunyai perbezaan terhadap ciri dan
tradisi bagi bahagian tafsir masing-masing seperti Sunni, Islam, Tasawuf dan juga Islam Syiah. Selain itu, ianya
berkait dengan perbezaan tafsir moden dengan tafsir klasik yang dibawa oleh tokoh-tokoh berwibawa terdahulu
sekitar zaman formatif Islam. Hal ini demikian bagi menangani masalah yang muncul pada zaman sekarang
dengan penambahan teknologi canggih dan pertambahan orang biasa (Mustansir,1995).

Kajian ini meliputi dari segi sejarah, asbab nuzul, jaw nuzul, makki madani surah Al-Mu’minun dan tafsir menurut
Hamka. Sumber utama kajian ini adalah berteraskan tafsir daripada Hamka. Artikel ini juga meliputi sumber-
sumber primer dan sekunder. Selain itu, sumber dapatan lain adalah daripada bahan-bahan cetak seperti artikel,
jurnal, buku dan sebagainya.

Panduan Umum;
- Latar belakang kajian adalah keterangan berkenaan subjek utama kajian merangkumi perkara-perkara berkaitan konsep,
sejarah, perkembangan, ciri2, sumber, kepentingan, kesan baik dan kesan buruk dan lain-lain yang difikirkan berkaitan.
- Sumber rujukan adalah aspek penting yang dinilai di bahagian ini.
- Sumber rujukan mestilah merangkumi bahan-bahan primer (buku-buku asas bidang yang dikaji) dan sekunder (bahan-bahan
yang diterbitkan oleh penerbit termasyhur) serta artikel Jurnal.

B(4) Kajian Literatur (2 markah)

Kajian ini dilakukan berdasarkan artikel-artikel sebelum ini. Namun begitu, ianya hanya menceritakan tentang
asbab, makna surah, tafsir dan nilai-nilai pendidikan yang terdapat di dalam surah Al-Mu’minun, tetapi tidak
menjelaskan secara keseluruhan. Oleh itu, kajian ini mengumpulkan data-data keseluruhan daripada semua
kaedah yang digunakan sebelum ini dan mencantumkan menjadi satu artikel supaya menjadi lengkap mengenai
surah Al-Mu’minun.

Panduan umum;
- Kajian literatur adalah penerangan berkenaan kajian-kajian yang serupa, atau hampir serupa dengan kajian yang calon ingin
laksanakan.
- Penjelasan mengenai kajian-kajian lampau ini merangkumi tajuk penyelidikan, tahap penyelidikan (projek, disertasi, tesis MA
atau Phd, Laporan Teknik dll.), tahun penyelidikan dibuat, teori-teori yang telah digunapakai oleh penyelidik dalam
laporan/tesis kajian tersebut dan lain-lain yang difikirkan berkaitan.
- Rumusan pada bahagian ini adalah penjelasan bagaimana kajian calon dapat mengisi, menambah baik atau mampu
menampilkan dapatan baru berbanding dengan kajian yang sedia ada.

B(5) Penyataan Masalah (4 markah)

Masalah utama di dalam kajian ini adalah bagi memastikan masyarakat memahami dan mengetahui tafsir yang
sebenar mengenai surah Al-Mu’minun. Seterusnya, mendedahkan masyarakat mengenai surah Al-mu’minun.
Masalah lain yang ada adalah bagi mengelakkan masyarakat daripada salah faham atau percaya cerita-cerita
yang direka. Terutamanya jika masyarakat mengetahui cerita tersebut daripada riwayat israiliyyat.

Kajian ini bagi mendedahkan masyarakat tentang semua yang berkaitan tentang surah Al-Mu’minun dari segi
sejarah sebenar penurunan, asbab nuzul, jaw nuzul serta semua yang terkait di dalam surah Al-Mu’minun
supaya masyarakat dapat tahu dan faham. Selain itu, kajian ini juga dilakukan bagi menceritakan tentang ciri-ciri
orang mukmin yang berjaya dan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar.
Panduan Umum;
- Penyataan masalah adalah isu utama penyelidikan.
- Penjelasan tentang bahagian ini perlu kepada penelitian terhadap kandungan lit. review atau susunan teori atau kajian-kajian
lampau yang berkaitan dengan kajian yang ingin dikaji.
- Ia mampu menonjolkan sesuatu yang menarik untuk dikaji dan mempunyai nilai tambah ilmu.
- Penulisan pada bahagian ini perlu bersandarkan kepada susunan jjustifikasi-justifikasi yang tulen, berautoriti dan terpilih.

B(6) Objektif Kajian (2 markah):

Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti penafsiran surah Al-Mu’minun. Kajian ini juga membincangkan manhaj
tafsir menurut Tafsir al-Azhar. Antara objektif utama kajian ini adalah :

1. Mengkaji asbabun nuzul dan jaw nuzul surah Al-Mu’minun.


2. Mengenalpasti status penurunan makki dan madani surah Al-Mu’minun.
3. Mengkaji tujuan (maqasid) surah Al’Mu’minun.
4. Mengetahui kisah dan pengajaran di dalam surah Al-Mu’minun.

Panduan Umum;
- Kesemua objektif wajib bersifat realistik dan dirangka berdasarkan tajuk, latar belakan, penyetaan masalah serta alat ukur
(metode) yang sesuai dengan kemampuan.
- Terma-terma yang sring digunapakai dalam penulisan objektif penyelidikan adalah seperti “Mengkaji, Mengenal pasti,
Menganalisis, Menguji, Membina Garis panduan/Modul/Model...
- Penulisan objektif seharusnya mengambil kira alat ukur yang jelas dan sesuai.

B(7) Persoalan Kajian (2 markah)

Pengkaji turut juga menggariskan empat persoalan kajian supaya objektif yang disasarkan dapat
direalisasi, iaitu:

1. Bagaimanakah manhaj tafsir surah Al-Mu’minun menurut Tafsir Al-Azhar.


2. Apakah sebab penurunan surah Al’Mu’minun.
3. Apakah tujuan (maqasid) dinamakan surah Al-Mu’minun.
4. Apakah kisah dan pengajaran di dalam surah Al-Mu’minun.

Panduan Umum;
- Persoalan kajian adalah persoalan-persoalan yang timbul kesan daripada permasalahan kajian yang wujud dan yang
dikeluarkan melalui objektif kajian.
- Persoalan-persoalan ini perlu dilihat dijawab dalam dapatan kajian bagi menandakan sesuatu kajian itu selesai atau tidak.
- Terma-terma lazim dalam penulisan persoalan kajian adalah seperti “Sejauhmanakah; Apakah...; Bagaimanakah….
B(8) Hipotesis Kajian (2 markah)

Bagi memahami tafsir surah Al-Mu’minun, ia memerlukan perkaitan banyak aspek. Antara contohnya ialah dari
aspek asbab nuzul. Apa perkaitan asbab nuzul dan jaw nuzul di dalam surah Al-Mu’minun. Seterusnya,
bagaimana penentuan makki madani bagi surah Al-mu’minun dan mengapa situasi jaw nuzul berkait dengan
tempat. Selain itu dilihat juga dari segi sebelum dan surah selepasnya. Berdasarkan hubungkait daripada semua
aspek ini barulah boleh mendapatkan penafsiran yang sempurna mengenai surah Al-Mu’minun.

Panduan Umum;
- Hipotesis kajian adalah set andaian dan ramalan jawapan kepada persoalan kajian.
- Terma lazim seperti “Terdapat hubungan yang signifikan/tidak signifikan terhadap……..; Tahap rendah/sederhana/tinggi
pembolehubah berkaitan

B(9) Limitasi kajian (2 markah)

Artikel ini akan memberi fokus kepada empat perkara penting iaitu :

1. Manhaj tafsir surah Al-Mu’minun menurut Tafsir Al-Azhar.


2. Penurunan surah Al-Mu’minun
3. Tujuan (maqasid) surah Al-Mu’minun.
4. Kisah dan pengajaran di dalam surah Al-Mu’minun.

Panduan Umum;
- Bahagian ini adalah penerangan tentang fokus dan limitasi kajian calon daripada semua aspek yang direncanakan.
- Penentuan fokus dan tumpuan ini akan memudahkan penyelidik dan penyelia meneliti bagi mengelak sebarang persoalan
yang mungkin timbl daripada pembaca/penerima manfaat.

B(10) Metode Kajian (4 markah)

Dalam menjayakan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis dokumen dan secara
kepustakaan. Kajian kepustakaan telah dilakukan bagi mendapatkan data-data berkaitan penafsiran surah Al-
Mu’minun. Selain itu, kajian kepustakaan juga dijalankan bagi mengenal pasti manhaj yang digunakan oleh para
ulama dalam menafsirkan surah Al-Mu’minun.

Tatacara Pengumpulan Data

Kajian ini menggunakan teknik pengumpulan data secara analisa kandungan. Kajian analisa kandungan
merujuk kepada penjelasan secara objektif dan sistematik terhadap maklumat-maklumat yang wujud
secara tersurat.( Munawar Ismail 2019) Pengkaji menggunakan kaedah analisis dokumen dan bahanbahan
perpustakaan terutamanya mengenai definisi-definisi perkataan serta ulasan atau tafsiran ayatayat al-Quran
yang berkaitan dengan ulama silam dan semasa.

Tatacara Penganalisisan Data

Kajian ini juga memfokuskan kepada manhaj tafsir surah Al-Mu’minun menurut Tafsir Al-Azhar. Pengkaji
memulakan pengenalan surah Al-Mu’minun.
Kemudian diikuti dengan penurunan surah Al-Mu’minun dengan memberikan asbab dan jaw nuzul surah.
Oleh itu analisis yang dilakukan lebih bersifat kualitatif dengan merujuk kepada ulama tafsir.
Dalam memastikan analisis tersebut tepat, pengkaji merujuk juga kepada karya-karya usul tafsir dan ulum quran.

Panduan Umum;
- Metode kajian perlu dibentuk selari dengan tajuk, latar belakang, penyataan masalah dan objektif penyelidikan.
- Penulisan bahagian ini adalah berkenaan rekabentuk kajian yang dicadangkan sama ada kuantitatif atau kualitatif atau kedua-
duanya; jenis kajian (cth. Kuantitatif-kajian tinjauan / Kualitataif-Analisis Kandungan); Instrumen kajian (cth. Soal selidik
merupakan instrumen lazim bagi kajian tinjauan dan protokol tembual adalah instrumen lazim bagi kajian kualitatif tembual)
- Penulisan bahagian ini juga perlu menjelaskan populasi, sampel dan persampelan bagi kajian kuantitatif dan jumlah informan
bagi kajian temubual.
- Proses kesahan kajian (validity dan reliability) dalam bahagian ini perlu digambarkan secara ringkas.
- Tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan kajian perlu dijelaskan.
- Penulisan metode ini perlu disertakan jsutifikasi dan sentiasa dikemaskini mengikut perkembangan penyelidikan calon.

B(11) Kepentingan Penyelidikan (1 markah):

Kajian ini dilakukan untuk memastikan pemahaman terhadap ayat-ayat al-Quran dalam surah Al-Mu’minun
adalah benar dan tidak menyeleweng. Seterusnya, kajian ini dilakukan untuk mengetahui tujuan dan sebab
diturunkan surah Al-Mu’minun dan pengajaran yang boleh diambil sebagai pedoman hidup berdasarkan intipati
yang terdapat di dalam surah Al-Mu’minun. Oleh hal yang demikian, pengkaji berharap agar kajian ini dapat
memberi ilmu pengetahuan yang baru serta memberi manfaat kepada semua khususnya masyarakat Islam pada
hari ini.

Panduan Umum;
- Kepentingan penyelidikan adalah keterangan berkenaan sejauhmana kajian dan dapatan yang dilaksanakan calon ini
berupaya menambah nilai ilmu atau menyumbang sesuatu yang segar kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara.

B(12) Definisi Operasi Penyelidikan (2 markah):

Maqasid – Dalam menelusuri tujuan al-Quran itu diturunkan sebagai maqasidnya, al-Qaradawi ada menyebut
bahawa terdapat tujuh tujuan (maqasid) al-Quran yang selalu disebut dan diulang-ulang didalam al-Quran.
Antaranya ialah merangkumi aspek pembetulan akidah, kemuliaan manusia, membimbing manusia kepada
ibadah sebenar, mengajak kepada pembersihan jiwa, pembentukan keluarga yang baik dan berlaku adil kepada
wanita, pembinaan umat dan mengajak kepada kehidupan tolong-menolong sesama manusia (Ammar Fadzli
2006).

Asbab nuzul - Asbab al-Nuzul dari ialah sebab-sebab penurunan susuatu ayat atau surah al-Quran. Pengertian
dari segi istilah pula ialah maklumat sebab-sebab atau menjawab persoalan yang ditimbulkan atau dijelaskan
sesuatu hukum ketika berlakunya sebab itu tadi. (Zulkifli,1996)

Jaw nuzul - Jaw nuzul ialah perkataan Bahasa arab yang beerti situasi penurunan. (Zulkifli, 1996). Oleh itu,
secara kesimpulannya, jaw nuzul boleh dikatakan memahami keadaan atau situasi semasa penurunan ayat atau
surah Al-Quran. Hal ini kerana jaw nuzul memainkan peranan penting dalam menentukan asbab nuzul
disebabkan kedua-nya saling berkait antara stu sama lain. Hal ini dengan menguasai jaw nuzul maka segala
situasi yang berkaitan dengan penurunan sesuatu ayat atau surah dapat diketahui dengan lebih jelas dan tepat
serta mampu menolak sebarang rekaan berkaitan sesuatu ayat mahupun surah Al-Quran.
Makki - Menurut Syihab al-Din (t.t) dari sudut bahasanya perkataan makki adalah daripada perkataan Mekah.
Dari sudut istilah pula makki adalah al-Quran yang diturunkan sebelum hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah (Abd
Allah t.t).

Madani - Manakala madani pula dari sudut bahasanya adalah daripada perkataan Madinah (abd al-Fatah 1995).
Dan dari Istilahnya pula madani ialah al-Quran yang diturunkan selepas hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah (Abd
Allah t.t).

Surah Al-Mu’minun - Surah yang ke-23 adalah surah yang diturunkan di Mekah (Makkiyah) yang mempunyai
sebanyak 118 ayat serta dinamakan sebagai surah Al-Mu’minun.. Surah ini dimulakan dengan destinasi yang
patut semua manusia tuju dan amalan-amalan yang harus dilakukan untuk sampai ke syurga. Kemudian pada
pertengahannya pula diceritakan tentang perjalanan sejarah kehidupan manusia yang mendustakan berita-berita
akhirat ketika zaman Nabi Nuh sehingga zaman Nabi Muhammad SAW. Selain itu diselitkan pada pertengahan
juga adalah detik-detik perjalanan penciptaan manusia sehingga detik ruh itu berpisah daripada jasad. Pada
pengakhiran pula ia menceritakan tentang orang-orang kafir. Disini kami mengkaji sedikit sebanyak tentang
surah al-Mu’minun daripada pelbagai aspek seperti asbab nuzul, jaw nuzul, maqasid surah, kisah dan
pengajaran yang ada dalam surah al-Mu’minun (Muhammad Mustafa Al-A’zami, 2003).

Panduan Umum:
- Definisi operasi penyelidikan adalah penjelasan tentang terma-terma yang digunakan dalam tajuk proposal kajian
- Bahagian ini penting bagi mengelak terma-terma yang boleh mendatangkan keraguan.
- Ada pelbagai cara yang boleh digunakan antaranya adalah dengan meujuk terma berkaitan dalam tulisan-tulisan tokoh yang
berautoriti dalam bidang yang dikaji.
- Senaraikan maksud terma dan pilih yang mana yang akan dan hendak digunakan dalam kajian anda.

B(13) Rujukan (2 markah):

Al-Quran al-Karim,

Muhammad Mustafa Al-A'zami (2003), Sejarah Teks Al-Quran: Dari Wahyu hingga Penyusunan:
Kajian Perbandingan dengan Perjanjian Lama dan Baru , hlm.70. Akademi Islam UK

Mir, Mustansir. (1995). "Tafsīr". Dalam John L. Esposito. Ensiklopedia Oxford Dunia Islam Moden.
Oxford: Oxford University Press

"Sejarah Tafsir" . IslamicBoard - Temukan Islam - Berhubung dengan orang Islam . Diarkibkan
daripada yang asal pada 2011-04-08.

Hamka, Pengaruh Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato diucapkan sewaktu menerima gelar Doktor
Honoris Causa di Universitas al-Ahar, Mesir pada 21 Jan 1958) Jakarta: Tintamas, h. 24

Kamaliah Hussin. Pemikiran Hamka dalam politik menurut Tafsir al-Azhar (Latihan Ilmiah (B.A.),
Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya, 1997/1998).

Hamka, Tafsir al-Azhar (Singapura: Pustaka Nasional, 1990), juz 20, h.5360

M. Arief Halim, Hamka dan Tafsir al-Azhar: Suatu Kajian Kualiti Hadith (Tesis PhD, Universiti Sains
Malaysia, 2007)

Hamka, Tafsir al-Azhar, Singapura: Pustaka Nasional, (1986)

Hamka. (1984). Tafsir Al-Azhar juzu’ XVII. Yayasan Latimojong, Surabaya. hlm. 1-125.

(Badaruddin, B. (2018). Kalimat Tahmid: Makna dan Cakupannya (Kajian Tahlili terhadap QS al-
Mu’minun/23: 28-30) (Doctoral dissertation, Universitas Islam Negeri Alauddin Makassar).

Chayati, C. (2018). Nilai-Nilai Pendidikan Karakter dalam Al-Qur’an Kajian Surat Al-


Mu’minun Ayat 1-11 (Telaah Kitab Tafsir Al-Mishbah dan An-Nuur) (Doctoral dissertation,
IAIN SALATIGA).

Nurhalimah, N. (2018). Nilai-nilai pendidikan islam yang terkandung dalam surah Al-Mu’minun ayat
12-14 (Doctoral dissertation, IAIN Padangsidimpuan).

Maulana Muhd Asri. 2019. SURAH AL-MU'MINUN- Ringkasan Tafsir (Struktur Makro). Video
Daurah Tafsir. Darul Kautsar

Yusoff, Z. H. M. (1996). Memahami Situasi Al-Nuzul Dalam Konteks Al-Tafsir Al-Haraki Al-Qur'an:
Satu Tinjauan Terhadap Surah Al-Fath. Jurnal Usuluddin, 3, 41-61.

Zulkifli Hj. Mohd Yusoff. 1996. Kunci Mengenal Al-Quran. Kuala Lumpur. Berita Publishing SDN.
BHD.

Hj. Yusoff, Z. (1995). Makki dan Madani Serta Beberapa Diskusi Tentangnya. Jurnal Usuluddin, 2,
69-85. Retrieved from

Syihab al-Din Abu Abd Allah (t.t), Mu’jam al-Buldan. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 85.

‘Abd Allah Shahatah (t.t). ‘Ulum al-Quran wa al-Tafsir. T.P.: Dar al-I’tisam, h. 63.

Al-Suyuti. 1997. Al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran. Beirut: al-Maktabah al-‘Isriyyah. h 23.

C.A.R,Hazwani. 2016. Graf Penomboran al-Quran. International Journal of the Malay World and
Civilisation. 4(3). H 49-56.

Al-Qurtubi. 2003. Al-Jami’ li ahkam al-Quran (Tafsir al-Qurtubi). Riyadh: Dar A’lim al-kutub

Hassan Ayyub. 2002. Al-Hadith fi ‘Ulum al-Quran wa al-Hadith. Kaherah: Dar al-Salam. H. 2.

Ammar Fadzli. 2006. Anatomi Al-Quran: Mengenal Ilmu Sejarah & Kandungan Al-Quran. PTS
Publication & Distributors Sdn Bhd : Malaysia

Maulana Muhd Asri. 2019. SURAH AL-MU'MINUN- Ringkasan Tafsir (Struktur Makro). Video
Daurah Tafsir. Darul Kautsar

Muhammad Naim Yasin. 2001. Iman: Rukun, Hakikat & Pembatalan. Kedah: Pustaka Darussalam
Sdn. Bhd., h. 277.

Asy Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, Tafsir Fi Zilalil Quran – Di Bawah Bayangan Al Quran Jilid
11, terjemahan Yusoff Zaky Haji Yacob, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, 2002.

Imam Ghazali, Bimbingan Mu'minin, disesuaikan oleh Sheikh Muhammad Jamaluddin Al Qasimi,
terjemahan Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, 1990.

Panduan Umum;
- Kesemua bahan-bahan yang dirujuk dalam penulisan proposal perlu disenaraikan dengan jelas.
- Kesemua rujukan perlu ditulis mengikut Gaya UKM yang betul.
- Pelajar mampu membawa bahan-bahan berkenaan kepada pensyarah apabila dipinta berbuat demikian.

C. PERAKUAN PELAJAR
Saya dengan ini mengaku bahawa semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.

Tarikh : Tandatangan Ketua Kumpulan :

D. PERAKUAN PENSYARAH

Ulasan umum:

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

Markah Keseluruhan: _______ / 60

Pensyarah Penilai:

Nama :

Tandatangan:

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai