Anda di halaman 1dari 4

HADITH HUKUM

KOD DAN NAMA KURSUS

PPPN 1153

ULUM AL-HADITH

TAJUK

ULASAN HADITH MELALUI PENULISAN

NAMA DAN NO MATRIK

SHEIKH AMMAR MUHSIN BIN SH ARIFIN (A178125)

SESI PENGAJIAN

SEMESTER 2 2019/2020

NAMA PENSYARAH

DR. MOHD ARIF NAZRI

Fakulti Pengajian Islam


Pusat Kelestarian Turath Islami
Universiti Kebangsaan Malaysia
HADITH

‫ قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم { ليس فيما دون مخس أواق‬: ‫عن أيب سعيد اخلدري رضي اهلل عنه قال‬

‫ وال فيما دون مخسة أوسق صدقة‬. ‫ وال فيما دون مخس ذود صدقة‬. ‫} صدقة‬

Maksudnya : Dari Abi Sa’id al-Khudriy, semoga Allah meredhainya,


Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: Tidak wajib sedekah
(zakat) pada tanaman kurma yang kurang dari lima ausaq, dan
tidak wajib sedekah (zakat) pada perak yang kurang dari lima
wasaq, dan tidak wajib sedekah (zakat) pada unta yang kurang
dari lima ekor.

Persyaratan adanya nisab ini merupakan suatu keharusan, sekaligus merupakan suatu
kemaslahatan, sebab zakat itu diambil dari orang yang kaya dan diberikan kepada orang-
orang yang tidak mampu, seperti fakir dan miskin. Indikator kemampuan itu harus jelas,
nisablah merupakan indikatornya. Jika harta kurang dari senisab, ajaran Islam membuka
pintu untuk mengeluarkan sebahagian dari penghasilan dengan cara infak dan sedekah.

ZAKAT PERTANIAN

Jumhur ulama berpendapat bahawa tanaman sama sekali tidak diwajibkan zakat
sehingga sampai jumlah lima bebanan unta (5 wasaq) berdasarkan sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud: Dan tidak ada zakat pada kurang daripada lima Awsuq (bersamaan 363
gantang Malaysia) [Hadis oleh Abu Said Al-Khudri, HR Bukhari].

Berbanding jenis-jenis harta lain yang dikenakan zakat, zakat pertanian dikecualikan
daripada ketetapan haul kerana hasil pertanian dikutip apabila tiba waktu menuainya sahaja,
berdasarkan firman Allah SWT: Dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik
atau menuainya [Surah Al-An’am (6): 141]

Justeru nisab Zakat Pertanian ialah 5 Awsuq (bersamaan 363 gantang Malaysia), dan
kewajipannya tanpa perlu menunggu setahun (haul).
ZAKAT PERAK

Nisab zakat perak ialah 200 dirham. Menurut Dr. Yusuf Al-Qaradawi, fuqaha telah
bersetuju bahawa 200 dirham adalah bersamaan 595 gram. Logam perak yang ditempa
kepada bentuk-bentuk lain seperti perkakasan, barang perhiasan, barang kemas tetap
bersandarkan beratnya setelah pemilikannya melebihi nisab 595 gram.

ZAKAT TERNAKAN (UNTA)

Nisab zakat untuk unta mulai dengan jumlah lima ekor. Hal ini berdasarkan hadith
Abi Sa'id Al-Khudriy dari Nabi SAW bahwa Beliau bersabda: "Tidak terkena zakat untuk
jumlah unta kurang dari lima ekor".

Nisab bagi zakat ternakan unta bermula apabila seseorang itu memiliki 5 ekor unta
dan tidak diwajibkan zakat sekiranya kurang dari jumlah tersebut. Kemudian iainya
bertambah berdasarkan jadual di bawah:

Nisab Kadar Yang Diwajibkan Zakat


5-9 1 ekor kambing
10-14 2 ekor kambing
15-19 3 ekor kambing
20-24 4 ekor kambing
25-35 Bintu makhad-unta yang usianya 2 tahun
36-45 Bintu labun-unta yang usianya 3 tahun
46-60 Hiqqah- unta yang usianya 4 tahun
61-75 Jaza’ah-unta yang usianya 5 tahun
76-90 2 ekor bintu labun
91-120 2 ekor Hiqqah

Jikalau jumlah unta lebih dari 120 ekor, maka wajib bagi setiap tambahan 40 ekor
unta dikeluarkan seekor bintu labun dan tambahan 50 ekor unta dikeluarkan seekor hiqqah.
Ini bermakna jikalau berlalunya haul, 3 ekor bintu labun dan seekor hiqqah. Ini kerana 170
ekor unta adalah 3 kali jumlah 40 dan sekali jumlah 50 (3x40)+(1x50)=120+50=170.

Zakat adalah fardu ain atas setiap umat Islam. Pada zakat nisab sebagai syarat
pengeluarannya apabila telah mencapai satu tahun (haul). Apabila zakat telah diwajibkan
dalam hatta umat Islam, maka kewajiban tersebut tidak akan pernah berhenti. Di dalam
kewajiban zakat ini tidak mengikuti kemaslahatan umat seperti yang terjadi pada harta pajak
yang diambil secara paksa dari umat tetapi zakat adalah hak untuk golongan asnaf yang wajib
dimasukkan ke Baitul mal demikian juga bukan mustahil bagi Baitul mal, tetapi hanya
merupakan hak untuk golongan asnaf iaitu orang-orang yang telah ditentukan oleh Allah
dalam al Quran.

Anda mungkin juga menyukai