Anda di halaman 1dari 5

NAMA DAN NO.

MATRIK

MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD HANAFIAH

A173748

KOD DAN NAMA KURSUS

LMCU1422 KEUSAHAWANAN ISLAM DAN PELABURAN ISLAM

SESI PENGAJIAN

SEMESTER 1

TAJUK ESEI

RIBA DAN AMALANNYA DALAM PELABURAN EMAS

NAMA PENSYARAH

Dr. NIK ABDUL RAHIM BIN NIK ABDUL GHANI

Prof. Madya Dr. SALMY EDAWATI BINTI YAACOB


Akhir-akhir ini,di kalangan umat islam di Negara Malaysia berasa ghairah dan gemar
untuk membeli dan melabur dalam emas sama ada dalam bentuk perhiasan, syiling, jongkong
dan sebagainya. Hal ini disebabkan kerana ramai di kalangan mereka lupa akan batas-batas
syariah berkaitan pembeliannya sehingga membawa kepada amalan riba’ yang diharamkan
islam. Apakah yang dimaksudkan dengan riba’? Pengertian Riba adalah apabila berlakunya
bunga atau penambahan jumlah pinjaman saat pengembalian berdasarkan peratusan tertentu dari
jumlah pinjaman pokok yang dibebankan kepada peminjam. Istilah riba berasal dari bahasa Arab
yang memiliki makna ziyadah atau tambahan.Al Farra mengatakan bahawa perkataan “Rabiyah”
yang terdapat dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al-Haaqqa ayat 10, ertinya ialah zaidah
iaitu tambahan. Umpamanya Arba itu ertinya ialah apabila saya mengambil lebih banyak dari
apa yang saya berikan. Dengan kata lain, erti riba’ adalah pengambilan tambahan dari harta
pokok atau modal secara batil, baik dalam transaksi jual-beli mahupun pinjam-meminjam.
Dalam agama Islam, Riba adalah perbuatan yang diharamkan. Bagi umat Islam, pemberlakuan
bunga dengan peratusan tertentu pada pinjaman Bank Konvensional atau lembaga
kewangan yang lain yang dianggap sebagai praktik riba.

Emas adalah salah satu barang ribawi. Ribawi bermaksud barang yang berunsurkan riba’.
Hadis Rasulullah S.A.W.yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin al-Samit:Emas dengan emas,perak
dengan perak,gandum dengan gandum,tamar dengan tamar,garam dengan garam,perlu sama dan
diserah tangan segera.Jika asnaf-asnaf ini berbeza,juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia
serahan segera (tidak bertangguh).Hadis Riwayat Muslim. Hadis ini menyenaraikan barangan
ribawi yang terbahagi kepada dua kategori,iaitu matawang seperti emas,perak,ringgit dan
sebagainya serta makanan asasi seperti padi,gandum,barli,tamar,gula dan garam.Namun
begitu,syarat ini tidak terpakai dalam urus niaga barangan ribawi yang berlainan kategori dan
jenis,seperti membeli padi dengan menggunakan emas atau urus niaga barangan ribawi dengan
barangan bukan ribawi seperti boleh membeli rumah dengan menggunakan emas atau wang.
Tetapi kebanyakkan umat islam akan terjebak dengan riba’ tanpa mereka sedari iaitu kadar
bunga. Kadar bunga ini kebiasaanya digunakan di kedai emas bukan islam.

Seperti yang kita ketahui, urus niaga pembelian emas kini melibatkan pertukaran emas
dengan matawang lain. Menurut muamalat Islam, pembelian atau pertukaran mata wang dengan
matawang seperti membeli emas dengan wang ringgit adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf
(tukaran wang). Justeru, pembelian emas mestilah mematuhi syarat kontrak tersebut, iaitu
mestilah tunai serta-merta tanpa ditangguh atau diberi tempoh. Syarat serahan dan penerimaan
barangan emas mestilah berlaku semasa akad pembelian sebelum berpisah. Oleh itu, kita semua
perlu mengawasi perkara ini demi mengelak diri daripada terkena najis riba’ yang kemudiannya
akan terkena bakaran api neraka serta dilaknat Allah SWT. Ingatlah amaran Rasulullah SAW:
Allah melaknat orang yang memberi dan menerima riba. (riwayat Muslim)

Antara kesan sekiranya kita mengamalkan riba’ dalam pelaburan emas ialah menanam
sifat bakhil dalam diri untuk menjadi seseorang yang kaya. Contohnya, apabila berlakunya urus
niaga gadaian, seseorang itu mengambil kesempatan mengenakan kadar bunga yang tinggi. Hal
ini dikatakan riba’ dan juga mengambil kesempatan tethadap seseorang. Ini juga melibatkan
kepada pinjaman. Kembali pada konsep riba’ dalam urusan pinjam-meminjam. Riba memiliki
implikasi buruk terhadap sosial kemasyarakatan, kerana masyarakat yang bermuamalat dengan
riba tidak saling membantu dan jika adapun kerana berharap sesuatu dari apa yang dia bantu
sehingga kalangan orang kaya akan berlawanan dan menganiaya antara satu sama lain.

Seterusnya menjadikan masyarakat saling membenci antara satu sama lain. Hal ini juga
menjadi sebab tersebarnya kejahatan dan penyakit jiwa. Hal ini disebabkan kerana masyarakat
yang bermuamalah dengan riba bermuamalah dengan sistem menang sendiri dan tidak
membantu yang lainnya kecuali dengan imbalan keuntungan tertentu, sehingga kesulitan dan
kesempitan orang lain menjadi kesempatan emas dan peluang bagi yang kaya untuk
mengembangkan hartanya dan mengambil manfaat sesuai hitungannya. Jadi kesannya akan
memutuskan dan menghilangkan ukhwah silaturrahim dan sifat tolong-menolong dan
menimbulkan kebencian dan permusuhan diantara satu sama lain. Seorang doktor ahli penyakit
yang bernama dr. Abdulaziz Ismail dalam kitabnya berjudul Islam wa al-Thib al-Hadits (Islam
dan kedoktoran moden ) menyatakan bahwa riba’ adalah sebab dalam [ penyakit jantung. (Al-
Riba Wa Mua’malat al-Mashrofiyah hal 172)

Kesimpulannya, sebagai umat islam yang beriman dan beramal soleh mestilah menentang
sekeras-kerasnya amalan riba’ ini kerana amalan riba’ diharamkan oleh Allah S.W.T. Firman
Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud Padahal Allah telah menghalalkan jual
beli dan mengharamkan riba. Bagi badan kerajaan pula mestilah mengharamkan kepada pelabur
emas yang beragama islam melakukan amalan riba’ dengan mengesyorkan kepada pelabur emas
supaya melabur kepada syarikat yang mengamalkan prinsip syariat yang betul. Kesannya Negara
Malaysia akan maju dan mungkin menarik minat pelabur-pelabur asing untuk menyertai
pelaburan emas di Malaysia khususnya umat islam.
Rujukan.

Bunga Uang Dan Riba Dalam Hukum Islam, Drs. A. Syabirin Harahap, 1984, Pustaka Al-Husna

Hukum Islam Tentang Riba, Utang-piutang, Gadai, Ahmad Azhar Basyir, 1997, PT Al-Ma’arif

Riba Beberapa Pembahasan Masalah Riba, A.Hassan, 1975, Bangil Percetakan Persatuan
Bagian Penerbitan

Terjemahan Al-Qur’an Al Karim, Dr Mohd Puzhi bin Usop, 2010, Al-Hidayah House Of Qur’an
Sdn Bhd

Awasi Riba Dalam Pembelian Emas, Nor Fadzilah Abd Mohd, 2011,
http://www.jutawangold.com/awasi-riba-dalam-pembelian-emas/

Muamalah Ribawi Dan Bahayanya (2), Ustadz Kholid Syamhudi.Lc,


https://pengusahamuslim.com/277-muamalah-ribawi-dan-bahayanya-2.html

Anda mungkin juga menyukai