Anda di halaman 1dari 22

BAB 9

KONSEP KOSMOLOGI: PENCIPTAAN ALAM SEMESTA


OBJEKTIF
Membincangkan definisi kosmologi menurut perspektif bahasa, sains,
dan Islam.
Membincangkan proses penciptaan alam semesta, pandangan awal
(kosmogoni) menurut sains Barat dan menurut al-Quran.
Membincangkan matlamat penciptaan alam dan proses kehancuran alam
semesta.
PENDAHULUAN
Proses kejadian alam ini satu persoalan yang menarik sejak dari zaman
dahulu hingga ke hari ini. Manusia masih ingin mencari kepastian asal usul
kejadian alam ini. Bagaimana proses kejadiannya dan bagaimana alam ini
terjadi dan diciptakan. Manusia tidak jemu-jemu dengan segala usaha dan
kemahiran yang ada untuk mencari jawapannya. Ahli-ahli sains hari ini
dengan teknologi tinggi dan canggih masih terus berusaha untuk mencari
rahsia kejadian alam.
Allah yang menciptakan alam ini tidak membiarkan manusia untuk
mencari jawapannya kerana Dia Maha Mengetahui akan kelemahan
hambaNya. Kelemahan manusia sungguh banyak contohnya kita tidak boleh
menjelajah jauh ke seluruh pelusuk alam untuk mengetahui keadaan
sebenar seluruh alam. Apa yang manusia boleh lakukan hanya meramalkan
berdasarkan dengan sedikit ilmu yang dimiliki. Mungkin betul dan mungkin
juga salah. Oleh kerana itulah Allah telah memberitahu manusia jawapan
bagaimana dan siapa yang menciptakan alam ini. Jawapannya diterangkan
dalam al-Quran melalui RasulNya dengan Allah menyebutkan bahawa
Dialah yang menciptakan alam semesta ini dengan kekuasaan dan
kehendakNya. Firman-Nya yang bermaksud:
Terjemahan: Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan
benar, dan pada masa Dia berfirman: Jadilah, lalu terjadilah ia.
Firman-Nya itu adalah benar. Dan bagi-Nya kuasa pemerintahan pada
hari ditiupkan sangkakala. Ia yang mengetahui segala yang ghaib dan
yang nyata, dan Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam
pengetahuan-Nya.
(Surah al Anam, 6: 73)

DEFINISI ALAM (KOSMOS)


1

Ada berbagai pengertian yang dimaksudkan dengan alam. Para teologis


mendefinisikan alam sebagai nama sesuatu yang dipakaikan kepada selain
Allah kerana ia mengajar kita mengenal adanya pencipta. Para filasuf
mendefinisikan alam sebagai kumpulan jawhar yang tersusun daripada
benda dan bentuk yang ada di bumi dan di langit. Alam juga dipakai dengan
maksud dunia, iaitu merujuk kepada bumi dan segala yang ada padanya dan
yang ada di langit (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yang ada dan lainlain).Dalam istilah Inggeris iadisebut sebagai universe atau cosmos.
Dalam al-Quran, perkataan alam dibawa dalam bentuk jamak, iaitu
alamin dan memberi dua maksud. Pertama, sekumpulan makhluk Tuhan
yang berakal atau dalam kata lain manusia. Kedua, sekumpulan makhluk
yang memiliki sifat-sifat yang mendekati makhluk berakal. Maksud yang
kedua ini dikenali dengan istilah alam malaikat, alam jin dan tumbuhan
serta tidak disebut sebaliknya alam batu batan dan alam tanah-tanih. Kata
alamin dalam al-Quran tidak merujuk kepada cosmos atau universe. Ayatayat berikut membenarkan kenyataan ini (Ramli Awang, 2003:123-124):
1. Surah al-Baqarah [2: 47] menyebut:
Terjemahan: Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang
Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah
melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang
ada pada zamannya).

Perkataan al-alamin dalam nas ini membawa maksud umat manusia.


Jadi, ayat itu bermaksud bahawa Allah melebihkan Bani Israil dari umat
manusia lain dengan nikmat yang banyak. Antaranya perutusan nabi-nabi
yang paling ramai dalam kalangan mereka. Hal ini tidak berlaku kepada
umat lain. Keistimewaan ini tidak merujuk kepada individu dengan maksud
menafikan seksa apabila mereka menyimpang daripada petunjuk nabi-nabi
mereka.
2. Surah ali-Imran [3: 96] menyebut:
Terjemahan: Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk
manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah,
yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

Ertinya rumah ibadat tersebut menjadi pertunjuk bagi seluruh umat


manusia.
3. Surah Yusuf [12:104] menyebut:
2

Terjemahan: Padahal engkau tidak meminta kepada mereka upah


tentang seruanmu, sedang Al-Qur'an itu tidak lain hanyalah peringatan
bagi umat manusia seluruhnya.

Istilah dhikr lil al-alamin dalam ayat 104, surah Yusuf du atas itu
bermaksud peringatan bagi sekalian jin dan manusia.
Berdasarkan keterangan di atas, istilah alam semesta dipakai oleh alQuran dengan ungkapan al-samawat wal ard wa ma baynahuma [langit dan
bumi segala isi yang ada antara keduanya]. Dalam Surah al-Maidah [5: 17]
Allah menyebut: wa lillahi mulkus samawati wal ardi wa ma baynahuma
[dan kepunyaan Allah sahaja kerajaan langit dan bumi serta segala apa
yang ada antara keduanya]. Dalam Surah Maryam [19: 65] Allah menyebut:
rabbus samawat wal ardi wa ma baynahuma fabudhu [Rabb langit dan
bumi serta apa yang ada antara keduanya, maka sembahlah Dia].
PROSES KEJADIAN ALAM MENURUT AL-QURAN
Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang
dikehendakiNya. Sebahagian daripada proses kejadian alam ini telah
diterangkan oleh Allah dengan jelas dalam al-Quran. Allah telah
menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu
yang padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah:
Terjemahan: Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan
mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal
mulanya bercantum lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami
jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka
tidak mahu beriman?
(Al-Anbiya, 21: 30)

Ayat ini menerangkan asal kejadian alam semesta, terdapat tiga


maklumat penting yang terkandung di dalam ayat ini berkaitan dengan
kejadian alam semesta (Zakaria Awang Soh,1990). Bahan yang membentuk
alam semesta ini merupakan satu entiti tunggal.Keseluruhan alam semesta,
langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit.Pemisahan berlaku
secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal dan
peningkatan jirim (ordering matter).
Perkataan ratq membawa maksud memadukan unsur-unsur menjadi
satu jasad yang padu. Jasad yang padu inilah yang menjadi asal mula alam.
Perkataan fatq membawa maksud dipisahkan atau dipecahkan. Jasad yang
padu tadi kemudiannya melalui proses pemisahan. Bagaimana proses
pemisahan itu tidak dapat dijelaskan. Jika dilihat kepada alam semesta yang

wujud hari ini menggambarkan proses pemisahan ini berlaku dalam satu
kuasa pemisahan yang sungguh hebat dan amat kuat.
Dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah
berbentuk ratq. Kedua-duanya dipisahkan dengan kemunculan satu
daripada yang satu lagi. Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit
dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik
tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu
letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini
membentuk
keseluruhan
struktur
alam
semesta.
Apabila
kita
membandingkan pernyataan dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan penemuan
saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian
yang sempurna antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian
ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.
Dalam al-Quran yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika
pengetahuan
tentang
astronomi
masih
sedikit,
fakta
mengenai
pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;
Terjemahan: Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan
sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.
(Al-Dzariyat, 51:47)

Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan


dalam banyak tempat dalam al-Quran yang bermaksud ruang angkasa dan
cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini.
Dalam perkataan lain, al-Quran mendedahkan hakikat mengenai proses
pengembangan alam semesta yang merupakan puncak kesimpulan yang
diputuskan oleh dunia sains hari ini.
Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur
dalam dunia sains ialah bahawa alam semesta mempunyai sifat konstan
(statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa. Kajian, pemerhatian dan
pengiraan yang dijalankan menggunakan teknologi moden sebenarnya telah
menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas
dan berkembang secara konstan.
Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander
Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat
pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan
pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang. Fakta ini juga
telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun
1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat
pemerhatian
terhadap
langit
dengan
menggunakan
teleskop,
mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak
4

menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di
mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama
mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu (Sabri alDamardaash,2001:254).
Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun
berikutnya (1930) mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang
secara berterusan. Fakta ini telah dijelaskan dalam al-Quran ketika mana
hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana
al-Quran adalah kalam Tuhan, Maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh
alam semesta. Proses pembentukan alam ini berlaku secara bertahap-tahap
selepas daripada pemisahan itu dan disebut dalam al Quran:
Terjemahan: Kemudian Ia menujukan kehendak-Nya ke arah langit
sedang langit itu masih berupa asap. lalu Ia berfirman kepadanya dan
kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada
dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami
datang dengan sukarela. Lalu Ia menjadikannya tujuh langit dalam
dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan
masing-masing. Dan Kami hiasi langit dunia dengan bintang-bintang
serta Kami memeliharanya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
(Fussilat,41:11-12)

Seluruh proses kejadian alam ini berlaku secara sistematik dengan


ukuran yang rapi dan tepat seperti yang disebut di dalam al-Quran.
Terjemahan: Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu
menurut takdir yang telah ditentukan.
(al-Qamar, 54 :49)

PENCIPTAAN ALAM DARIPADA ASAP


Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kita lihat pada hari ini,
sebaliknya ia melalui beberapa proses tertentu. Antara proses itu adalah
kelahiran gas-gas hidrogen dan helium yang kemudiannya bercantum
sehingga menjadi gumpalan asap raksasa. Dalam surah Fussilat ayat 11,
Allah menyatakan:
Terjemahan: Kemudian Ia menujukan kehendak-Nya ke arah langit
sedang langit itu masih berupa asap. lalu Ia berfirman kepadanya dan
kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada
dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami
datang dengan sukarela.

Pengamatan secara mendalam terhadap ayat ini mendapati ia


mengandungi beberapa konsep kosmologi yang menarik. Pertama, ayat ini
menjelaskan bahawa Allah menuju ke langit dan langit pada masa itu
5

berbentuk asap. Langit melambangkan kosmos yang luas. Kedua, Allah


mengarahkan langit dan bumi supaya keluar menjelma daripada asap yang
memenuhi kosmos di peringkat awal kejadian alam. Ia menunjukkan asap di
kosmos menjadi batu-bata bagi kelahiran bintang, galaksi, bumi dan yang
seumpamanya.
Seperkara yang perlu kita fokuskan adalah berkaitan dengan
pertanyaan Allah kepada langit dan bumi sama ada kedua-duanya hendak
datang secara tunduk ataupun terpaksa. Kedua-duanya memilih untuk
datang dengan tunduk dan taat. Ia mengisyaratkan proses kejadian langit
dan bumi tidak berlaku berdasarkan konsep kemungkinan (probability),
kebetulan (chance) ataupun rambang (random). Sebaliknya ia akan berlaku
mengikut sistem dan perencanaan, iaitu sistem dan perencanaan Allah.
Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya alam semesta terjadi mengikut
hukum kemungkinan, kebetulan ataupun rambang. Ia tidak akan teratur
dan sistematik berbanding sekarang. Malah ia tidak akan mampu
mewujudkan apa yang wujud sekarang ini. Kewujudan satu sistem yang
mantap dan mampu mengatur proses kejadian alam semesta secara
tersusun lagi koprehensif dari satu peringkat ke satu peringkat tanpa
sebarang kepincangan menunjukkan memang wujud di sana yang maha
perancang, iaitu Allah S.W.T. (Danial, 2008:37-38).
Kejadian Langit dan Bumi daripada Asap
Dalam surah Fussilat ayat 11, Allah mengatakan langit dan bumi di
peringkat awal dahulu kosong daripada sebarang objek di langit.Yang wujud
adalah asap. Daripada asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi
disusuli dengan kelahiran sistem suria dan bumi. Berhubung dengan ini,
dalam kitab Al-asas fi al-tafsir, Said Hawwa berkata, Sesungguhnya
memang sudah ada suatu keyakinan sebelum terjadinya bintang-bintang,
keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap. Pandangan
seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan
maksud perkataan dukhan dalam Quran.
Perkataan yang digunakan dalam ayat ini melambangkan asap adalah
dukhan. Dalam bahasa inggeris dukhan bermaksud smoke.P enggunaan
kalimat asap atau smoke ini memang selari dengan penemuan semasa
kerana lahir dari satu suasana yang panas dan suasana di peringkat awal
kejadiaan alam sememangnya panas. Semasa menceritakan mengenai asap
ini, para sainstis mengaitkannya dengan gas-gas terutamanya hydrogen dan
helium yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu. Para saintis
menyifatkan asap ini daripada gas ini sebagai dark clouds, clouds of gas,
fog of neutral hydrogen and helium. Hot mass of gas dan yang
seumpamanya. Ia bermaksud gas-gas pada peringkat awal kejadian langit
6

dan bumi wujud dalam bentuk seperti awan-awan hitam, awan-awan


daripada gas, awan-awan gas daripada hidrogen dan helium, gas bersuhu
tinggi dan yang seumpamanya (Danial, 2008: 38; Hisham Talib, 2006:191).
Kejadian langit dan bumi daripada asap menyentuh berkenaan
kejadian objek-objek daripada asap. Oleh sebab bumi adalah satu objekobjek seperti bintang, galaksi dan seumpamanya maka kesemua objek ini
lahir daripada asap.Salah satu kajian yang dilakukan dalam bidang ilmu
astrofizik adalah mengenal pasti keadaan alam selepas berlakunya peristiwa
Big Bang. Kajian menunjukkan bahawa pengembangan alam berlaku dalam
keaadan suhu yang tinggi di peringkat itu. Selepas masa berlalu lebih
kurang tiga minit proses penyejukan pula berlaku. Keadaan ini
memungkinkan kelahiran proton dan neutron dan percantuman keduaduanya melahirkan nuklues. Nuklues ini kemudiannya bercantum dengan
electron dan dengan itu lahirlah atom hidrogen dan helium.
Selepas 300,000 tahun berlalu (selepas Big Bang), gas-gas hidrogen
dan helium bercantum kesan daripada tarikan graviti dan dengan itu
lahirlah gumpalan-gumpalan asap raksasa. Daripada gumpalan-gumpalan
asap ini, selepas berlalu masa jutaan tahun, lahirlah bintang-bintang
galaksi, planet dan bumi. Hal ini disebut di dalam The Vindication of the Big
Bang; Breakthoughts and Barriers (Parker, Barry R., 1993).
Penemuan semasa mengesahkan fenomena kejadian alam daripada
asap ini. Dalam artikel bertajuk Gas Clouds In Space; Remnants Of The Big
Bang Di San Francisco Examiner bertarikh 14 Januari 2000, Keay Davidson
melaporkan para saintis menemui gas hidrogen yang bergerak seumpama
awan dikawasan angkasa dengan kelajuan lebih kurang 300 batu sejam.
Para saintis berpendapat gumpalan gas ini wujud memenuhi komsos selepas
berlakunya ledakan Big Bang dahulu (Danial, 2008:39). National Radio
Astronomy Observatotry Socorro, New Mexico, News Release, pada 25
Julai 2003, dibawah tajuk Giant Gas Cloud Made Of Atoms Formed In First
Stars, melaporkan berkenaan satu penemuan yang menunjukkan di
peringkat awal kejadian alam, molekul-molekul gas sudah memenuhi
angkasa dan daripadanya lahirlah bintang-bintang.
Pada tanggal 25 November 1999 di bawah tajuk Puzzle Of Galactic
Evalution Solved pula, Science Daily Online melaporkan satu pernemuan
oleh para sainstis daripada universiti Wisconsin Madison. Penemuan ini
diangggap mampu menjawab persoalan yang selama ini menghantui pakarpakar astronomi. Mereka mendapati awan-awan raksasa yang dipenuhi gas
melainkan memainkan peranan penting dalam melahirkan bintang-bintang
dan juga galaksi-galaksi dilangit sebelum ini. Di samping itu sebahagian

daripada awan ini menentukan komposisi kimia di galaksi-galaksi dengan


menghujaninya dengan gas-gas tertentu dari masa ke semasa.
Tambahan daripada itu, dalam Universe Today Online bertarikh 2
Februari 2005, di bawah tajuk Missing Matter Could Be Clouds Of Gas,
dilaporkan pihak NASA di Chandra X-Ray Obervatory menemui dua
gumpulan awan raksasa yang dipenuhi gas-gas bersuhu tinggi. Kajian
pakar-pakar menujukkan gas-gas seumpama awan ini manpu melahirkan
galaksi-galaksi yang mengandungi berbillion bintang. Pakar-pakar dalam
bidang kosmologi meyakini alam ini bermula lebih kurang 15 billion tahun
dahulu dengan ledakan Big Bang.Ia melahirkan gas-gas hidrogen dan
helium dalam bentuk gumpalan awan raksasa. Kesan daripada tarikan
graviti yang berlaku antara penemuan ini dan seumpamanya mengesahkan
kebenaran al-Quran yang terdapat dalam surah Fussilat.
Antara sainstis yang kagum dengan kenyataan al-Quran mengenai
penciptaan alam ialah Profesor Yoshihide Kozai daripada University of
Tokyo, Jepun. Beliau adalah pengarah National Astronomical Observatory di
Mikata, Tokyo, Jepun. Beliau ditunjukkan ayat-ayat Quran yang
menceritakan berkenaan kejadian langit dan bumi. Selepas mengkaji ayatayat itu, beliau merasakan seolah-olah ayat-ayat itu diceritakan oleh
seseorang yang melihat kejadian alam ini di peringkat tertinggi. Kuasa yang
menceritakan kejadian ini mampu melihat kesemua apa yang berlaku.
Berhubung dengan kejadian langit dan bumi daripada asap, Profesor
Yoshihide Kozai berpendapat penemuan-penemuan semasa menunjukkan
fenomena ini memang benar-benar berlaku. Alam sebelum ini memang
wujud dalam bentuk gumpalan asap. Daripada gumpalan asap itu lahirlah
bintang-bintang dan kelahiran itu menjadi batu asas kepada kelahiran alam.
Akhirnya, beliau berkata, Saya kagum dengan fakta-fakta astronomi yang
terdapat dalam al-Quran.Dengan membaca al-Quran dan menjawab
persoalan-persoalan yang timbul, saya rasa saya akan menemui cara
mengkaji alam semesta pada masa akan dating (Danial, 2008:40-41).
Alam Semesta Mengembang
Sejak alam ini wujud melalui ledakan Big Bang ia terus mengembang
hinggalah ke hari ini. Berhubung dengan fenomena ini, dalam surah alDhariyat ayat 47 Allah menjelaskan:
Terjemahan: Dan langit itu kami dirikan dengan kekuasaan Kami. Dan
sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak
terhingga.

Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan musiun. Dalam bahasa


arab perkataan musiuun berasal daripada perkataan wasa-a. Hans Wehr A
8

dictionary of Modern Written Arabic oleh J Milton Cowan menterjemahkan


perkataan wasa-a sebagai to be wide, roomy, spacious, extensive yang
bermaksud menjadi besar, luas. Ayat ini adalah ayat mukjizat berhubung
kejadian alam. Ia juga menunjukkan ilmu al-Quran jauh ke hadapan,
melampaui tempat dan zaman.
Satu antara versi Big Bang yang diterima umum oleh pakar-pakar
sains hari ini adalah konsep pengembangan alam. Mengikuti teori ini, di
peringkat awal selepas berlakunya letupan Big Bang, alam ini mengembang
10 kuasa 50 daripada saiznya yang asal dan selepas itu proses
pengembangan ini menjadi perlahan sedikit berbanding sebelumnya. Teori
ini pada asalnya diutarakan oleh seorang pakar kosmologi dari Amerika,
Alan Guth dan kemudiannya diperkembangankan oleh pakar astronomi
Amerika, Paul Steinhardt, pakar astronomi Britain, Andreas Albrecth, dan
pakar sains Rusia-Amerika, Andrei Linde. Hal ini dilaporkan dalam Encarta
Encylopedia (CD) segmen Big Bang Theory, The Theory (Danial, 2008:4243).
Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble,
dengan menggunakan alat yang canggih mengesahkan alam ini sedang
mengembang. Beliau mendapati semakin jauh sesebuah galaksi itu daripada
bumi, semakin laju proses pengembangannya. Pada 9 Mei 1996, satu
kenyataan akhbar dikeluarkan NASA berhubung dengan teori ini. Dua
kumpulan pakar sains mengesahkan alam ini sememangnya sedang
mengembang. Malah mereka hampir dapat menentukan kelajuan
pengembangan alam ini. Kumpulan pertama yang dikenali sebagai pasukan
The Hubblde Space Telescope Key Project Team, dianggotai oleh 20 orang
pakar astronomi. Kumpulan ini mendapati alamini mengembang dengan
kelajuan 80km sesaat semega persaat (km/sec/mpc). Kumpulan kedua pula
mendapati pengembangannya berlaku dengan kelajuan 57 km/sec/mpc.
Keyataan ini dilaporkan di http://spacelink.nasa.gov, di bawah tajuk Press
Release No.STSCL-PR96-21 (1996), Hubble Space Telescope On Track For
Measuring The Expansion Rate Of The Universe, 9 Mei, 1996 (Danial,
2008:43).
Pada hari ini dengan bantuan alat yang lebih canggih penemuanpenemuan semasa semakin memantapkan lagi teori pengembangan alam
ini. Pada tanggal 16 Mac 2006, di bawah tajuk Astronomers Detect First
Split-Second Of The Universe, Space.com melaporkan pakar-pakar
astronami NASA menemui bukti-bukti baru mengukuhkan lagi teori Big
Bang. Mereka mendapati pada peringkat awal kejadian kosmos alam ini
adalah lebih kecil daripada atom. Kemudian pada masa satu per setrilion
saat ia mengembang sehingga menjadi kosmos yang luas. Penemuan ini
9

dilaporkan berdasarkan data yang disalurkan oleh satelit NASA yang


dilancarkan pada tahun 2001. Satelit ini dikenali sebaagai Wilkinson
Microware Anisotropy Probe atau WMAP. Ia mengukuhkan teori alam
mengembangkan sekaligus menampakkan kebenaran al-Quran (Danial,
2008:43).
PROSES KEJADIAN BUMI
Kejadian bumi melalui beberapa proses tertentu. Ia bermula lebih kurang
4.5 bilion tahun dahulu sebagai sebahagian daripada gumpalan gas yang
dikenali sebagai solar nebula. Solar nebula mengandungi 98 peratus
hidrogen dan helium, dan 2 peratus unsur-unsur lain yang terhasil daripada
proses kehancuran bintang-bintang di kosmos. Selepas matahari tebentuk
daripada gas solar nebula ini, gas-gas yang mengandungi unsur-unsur
bukan hidrogen (non-hydrogen elements) terhasil dan bercantum dari masa
ke semasa sehingga menjadi semakin besar dan akhirnya bertukar menjadi
planet. Proses ini dikenali sebagai accretion.
Salah satu planet yang terhasil adalah bumi. Teori kejadian bumi
daripada proses acceretion ini pada asalnya diutarakan oleh Otto Schmidt,
seorang pakar geofizik dari Rusia pada tahun 1994 dan teori ini menjadi
semakin popular pada hari ini. Proses pembentukan bumi ini melalui fasafasa tertentu. Berkemungkinan besar ayat-ayat Allah mengenai bumi yang
terdapat dalamnya perkataan-perkataan yang berbeza menceritakan
berkenaan proses-proses ini.
Dalam surah al-Zukhruf (43:10), Allah menjelaskan:
Terjemahan: Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu sebagai
hamparan, dan Ia telah mengadakan bagimu di bumi jalan-jalan,
supaya kamu mendapat petunjuk.

Dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan mahda semasa


menceritakan mengenai bumi. Mengikut Hans Wehr : A Dictionary of
Modern Written Arabic oleh J. Milton Cowan, perkataan mahda berasal
daripada perkataan mahada dan antara maksudnya ialah menghamparkan
dan mempermudahkan. Ayat ini menggambarkan bumi dijadikan seperti
sesuatu hamparan bagi mempermudah aktiviti manusia di atasnya.
Sekiranya dilihat dengan mata kasar, bumi ini sememangnya adalah satu
hamparan yang luas nun sejauh mata memandang.
Dalam surah Abasa ayat 26, Allah berfirman, (Terjemahan) Kemudian
kami belah bumi dengan baik-baiknya. Dalam surah ini perkataan yang
digunakan adalah syaqaqna yang berasal daripada perkataan syaqq. Syaqq
bermaksud to split, cleave, part iaitu pisahkan dan pecahkan sekaligus

10

menggambarkan bumi bumi sebelum ini adalah bercantum kemudian


dipisahkan.
Dalam surah al-Rad ayat 3 pula, Allah menjelaskan, (Terjemahan)
Dan dialah yang melebarkan bumi dan dijadikan atasnya gunung-ganang
dan sungai-sungai. Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan madda
yang, mengikut Hans Wehr: A Dictionary of Modern written Arabic,
bermaksud to extend, distend, expand, dilate, strech, iaitu mengembangkan
dan melebarkan. Ayat ini menunjukkan bumi ini tidak statik sebaliknya
terus-menerus membesar dan melebar hingga ke hari ini (Danial, 2008:85).
BUMI SEBAGAI HAMPARAN
Sebahagian musuh Islam menjadikan ayat al-Quran surah al-Rad ayat 3 ini
sebagai bukti mengatakan al-Quran tidak saintifik. Hal ini disebabkan bagi
mereka ayat-ayat ini menunjukkan bumi adalah mendatar (flat) dan tidak
bulat.
Sebenarnya perkataan bumi dihamparkan atau bumi adalah
hamparan (mahada) tidak menunjukkan bumi ini adalah mendatar.
Sebaliknya ia menjelaskan bumi ini adalah satu hamparan yang
dihamparkan di atas suatu tempat. Tempat itu pula tidak semestinya
mendatar kerana sesuatu hamparan dapat dihamparkan di atas pelbagai
tempat termasuk yang bulat. Pernahkah anda melihat jalan raya di kawasan
jalan raya di bukit-bukau yang berliku-liku? Apabila anda melihat jalan raya
itu dari jauh, anda seolah-olahnya sedang melihat suatu hamparan
permaidani di kawasan bukit bukau yang jelas sekali tidak mendatar.
Begitulah kiasannya dengan hamparan bumi ini. Ia tidak menunjukkan bumi
ini mendatar.
Kiasan yang Allah berikan bumi ini diumpamakan hamparan memang
selari dengan penemuan semasa. Hal ini disebabkan bumi merupakan sfera
yang mempunyai tiga lapisan. Lapisan yang paling dalam dikenali sebagai
earth core. 15 peratus daripada sfera bumi adalah daripada lapisan ini.
Suhunya mencecah 13,000 darjah fahrenheit (bersamaan 7,200 darjah
celcius) dan sudah pasti dengan suhu setinggi itu ia sedikit pun tidak sesuai
bagi kehidupan manusia (Danial, 2008:86-87).
Lapisan yang berikutnya dikenali sebagai earth mantle. 84 peratus
daripada bumi adalah daripada lapisan ini. Ketebalan lapisan ini secara
puratanya adalah 1,700 batu bersamaan dengan 2,750 kilometer. Suhu di
bahagian dalam lapisan ini mencecah 4,000 hingga 6,700 darjah Fahrenhiet
(bersamaan 2,200 hingga 3,700 darjah celcius) dan di bahagian atasnya
mencecah lebih kurang 1,600 darjah fahrenhiet (bersamaan 870 darjah
celcius). Justeru, lapisan ini juga tidak sesuai bagi kehidupan manusia.
11

Lapisan yang teratas sekali dikenali sebagai earth crust. Ia adalah


lapisan yang paling nipis dengan ketebalan yang mencecah hanya 30
kilometer. Oleh kerana lapisan ini berbeza dan terpisah daripada kedua-dua
lapisan yang di bawahnya, ia seolah-olahnya merupakan satu hamparan
yang tersendiri. Tambahan pula, penemuan semasa menunjukkan lapisan
earth crust memang terpisah daripada lapisan yang di bawahnya melalui
satu sempadan pemisah yang dikenali sebagai Mohorovicic Discontinuity
(Danial, 2008:87).
Sempadan ini ditemui oleh seorang pakar ilmu seismologi dari Crotia
yang bernama Andrija Mohorovicic pada tahun 1909. Ketebalan sempadan
pemisah ini adalah lebih kurang 10 kilometer daripada paras laut. Di atas
sempadan ini lapisan bumi yang diduduki manusia dihamparkan seperti
permaidani dihamparkan di atas lantai. Justeru, kata-kata Allah dalam surah
al-Zukhruf ayat 10 yang bermaksud, Dialah yang menjadikan bumi sebagai
hamparan tempat menetap memang selari dengan penemuan yang
disebutkan ini.
Berbekalkan kefahaman ini, kita tidak perlu berasa pelik apabila Allah
mengiaskan bumi sebagai satu hamparan ataupun tikar dengan
menggunakan pelbagai perkataan seperti firasy. Sebagai contoh dalam
surah al-Baqarah ayat 22 Allah berfirman yang bermaksud, Dia (Allah)
menjadikan bumi bagimu sebagai suatu firasy. Said Hawwa dalam al-Asas fi
al-Tafsir menjelaskan firasy bermaksud suatu hamparan seumpama tikar.
Dalam konteks ini, al-Quran juga menyebut perkataan suthihat.
Sebagai contoh dalam surah al-Ghasyiyah ayat 20 Allah menjelaskan,
(Terjemahan) Dan bumi bagaimana ia dihamparkan (suthihat). Perkataan
suthihat, mengikut Hans Wehr : A Dictionary of Modern Written Arabic
membawa maksud to spread out, spread, unfold, unroll iaitu
menghamparkan, membuka sesuatu yang bergulung. Hal ini adalah selari
dengan keadaan earth crust, iaitu lapisan teratas bumi, kerana ia seolaholahnya memfokuskan mengenai proses kejadian bumi yang akhirnya
melahirkan satu hamparan di permukaannya yang bernama earth crust
yang terpisah daripada bahagian bumi yang lain. Ia seumpama tikar di
lantai yang tidak melekat pada lantai yang dapat digulung.
Penemuan semasa juga menunjukkan bumi sebelum ini, iaitu ratusan
juta tahun dahulu adalah bercantum seperti suatu hamparan. Pada masa itu
tidak dipisahkan oleh air lautan seperti yang wujud sekarang ini. Hal ini
adalah selari dengan penemuan pakar sains, Lawrence S. Myers, dalam
tulisannya yang bertajuk Our Planet is Expanding By External Acceration
And Internal Core Expansion (The Mechanism And a New Cosmology) di
www.expanding-earth.org:
12

The evidance is empirical and the conclusions obvious- the Earth 200
million years ago was a single planetary landmass 40% smaller than it
is today, and the moment in geologic time there were no oceans.
Every island and seamount, and the most water sen on todays map
has evolved in the very short period of the time since then! The earth
has been, and still is, steadily growing in the size and expanding in
the diameter at an accelerating rate- contarary to what sciencetist
today believe and teach...This unequivocal evidance suggets that
earths diameter has increased at an accerelating velocity. Today
oceans covers 71% of earths surface, which equates to a 40%
increase in earths diameter... Earths diameter then, without oceans,
would only 7640 km (4747mi) or about 60% of its current average
diameterof 12,734.889 km (7913.46 mi)... The dominant factor in
global expansion today is the expanding of molten core-melting its
way upward toward the crust and creating new oceans floor when
extruded from the 65,000km (40,000 miles) of midocean ridges. In
the last 200 million years these ridges have added more than 71% of
new ocean surface are to the planet, increasing Earths diameter by
40% (Danial, 2008:88)

Kenyataan Lawrence S. Myres menunjukkan bahawa lebih kurang 200


juta tahun dahulu, tanah yang terdapat di muka bumi adalah 40 peratus
lebih kecil daripada yang terdapat sekarang ini. Ia wujud dalam bentuk satu
hamparan tanpa dipisahkan oleh lautan. Dalam bentuk ini ia dikenali
sebagai pangea. Fakta ini boleh dikaitkan dengan perkataan mahda yang
terdapat dalam al-Quran yang bermaksud suatu hamparan. Selepas masa
berlalu, sedikit demi sedikit hamparan tanah di atas bumi pecah yang
dengannya wujud lautan dan sebahagian tanah terpisah daripada
sebahagian yang lain sehingga menjadi benua dan pulau seperti yang dilihat
pada hari ini. Fenomena ini adalah selari dengan perkataan syaqq dalam alQuran yang bermaksud pisah dan pecahkan.
Kajian sains juga menunjukkan bahawa sejak dari dulu lagi bumi ini
terus membesar dan melebar. Hal ini tebukti apabila garis pusat bumi
(diameter) didapati bertambah sebanyak 40 peratus daripada yang asal.
Keadaan ini adalah selari dengan perkataan madda di dalam Quran yang
bermaksud dihampar dan dilebarkan. Kesemua penemuan ini selari dengat
ayat-ayat Quran yang mengatakan, Bumi ini adalah satu hamparan atau
mahda, Bumi pernah dipecahkan dan dipisahkan berdasarkan perkataan
syaqaqna, dan Bumi ini melebar berdasarkan perkataan madda. Tidak
terdapat satu perkataan pun yang digunakan dalam Quran yang
menunjukkan bumi ini mendatar dan tidak bulat (Danial, 2008:89).

13

BUMI ADALAH BULAT


Salah satu perkataan penting yang digunakan al-Quran yang menunjukkan
bumi dan cakerawala di angkasa raya adalah bulat ialah kalimah falak.
Sebagai contoh, dalam surah al-Anbiya ayat 33 Allah menjelaskan:
Terjemahan: Dan Dialah Tuhan yang telah menjadikan malam dan
siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar di tempat
edaran masing-masing.

Ayat ini menjelaskan malam, siang, matahari, dan bulan beredar


dalam falaknya masing-masing mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah.
Mengikut kamus Hans wehr : A Dictionary of Modern Written Arabic, falak
pada asalnya bermaksud bulat. Justeru, Ibn Abbas berpendapat, cakerawala
di langit beredar dalam bulatan. Hal ini disebutkan dalam kitab Tafsir alQuran al-Azim karangan Ibn Kathir.
Seperkara yang menarik berhubung ayat ini adalah Allah mengatakan
bahawa malam dan siang juga beredar di dalam falaknya seperti matahari
dan bulan. Ini menunjukkan bahawa malam dan siang juga berlaku dalam
bentuk bulatan. Berdasarkan ini, Said Hawa dalam al-Asas fi Al-Tafsir
berkata, Ayat ini menunjukkan bumi adalah bulat dan al-Quran
menjelaskan berkenaan hal ini sebelum teori kebulatan bumi menjadi satu
hakikat yang dipegang umum. Inilah satu antara banyak mukjizat yang
terdapat dalam al-Quran (Danial, 2008:90)
Sebenarnya pendirian bumi ini adalah bulat adalah pendirian yang
disepakati oleh tokoh-tokoh Islam pada peringkat awal Islam. Hal ini
disebutkan oleh Ibn Taimiyah dalam kitab beliau Majmu Fatawa, jilid
keenam. Beliau menegaskan, kesemua cakerawala termasuk bumi adalah
bulat dan ia adalah pandangan ulama seperti Abul-Hasan bin Al-Manaadi,
Abu Muhammad bin Hazm, Abul-Faraj bin Al-Jawzi dan ramai lagi.
Pegangan ini adalah berdasarkan perkataan falak di dalam bahasa Arab
yang bermaksud bulat. Lebih daripada itu, perkataan falak seringkali
digunakan bagi sesuatu yang bulat dalam bentuk bola atau sfera. Imam
Abu Yala dalam kitab beliau Tabaqatal-Hanabilah menegaskan, pendapat
ini menjadi ijmak di kalangan umat islam.
Di samping perkataan falak, perkataan lain yang digunakan al-Quran
yang membawa maksud bumi ini bulat adalah kawwara. Dalam surah alZumar ayat 5 Allah berfirman:
Terjemahan: Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada tujuan yang
benar; Ia menjadikan malam melengkari siang, dan menjadikan siang
melengkari malam; dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar
menurut perintah-Nya, setiap satu dari keduanya beredar untuk suatu
masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi
Yang sentiasa Mengampuni.
14

Apabila menceritakan mengenai malam memasuki siang dan siang


memasuki malam Allah menggunakan perkataan yukawwir. Yukawwir
berasal daripada perkataan kawwara dan kawwara ialah perbuatan yang
melibatkan sesuatu yang bulat seperti bola. Antara contoh yang diberikan
Imam Nasafi berhubung penggunaan perkataan ini adalah perbuatan
melilitkan kain serban di atas kepala. Perbuatan melilitkan kain
mengelilingi kepala yang bulat diistilahkan sebagai kawwara. Hal ini
disebutkan oleh Said Hawa dalam tafsirnya.
Justeru, berdasarkan perkataan kawwara, malam dan siang
mengelilingi bumi sebagaimana serban meliliti kepala. Ia menunjukkan
bumi adalah bulat seperti kepala manusia. Dalam Hans Wehr A Dictionary
of Modern Written Arabic oleh J.Milton Cowan, kawwara diertikan sebagai
to roll, roll up, roll into a ball, to wind (the turban), to make round, ballshaped, yang bermaksud melipat, melipat dalam bentuk bola, melilitkan
(serban), menjadikan sesuatu bulat seperti bola (Danial, 2008:91). Justeru,
berhubung dengan surah al-Zumar, ayat 5 Said Hawa dalam al-Asas fi al
Tafsir berkata, Ayat ini dengan jelas mengisyaratkan bumi adalah bulat
seperti sfera. Hal ini disebabkan perkataan kawwara tidak digunakan
melainkan pada sesuatu yang bulat.
RUANG ANTARA LANGIT DAN BUMI
Sekatat ini, kita berbicara mengenai permulaan alam dengan Big Bang,
diikuti dengan proses kejadian alam daripada satu tahap ke tahap yang lain
dan juga mengenai proses kejadian bumi.Perlu diingatkan, apabila kita
berbicara mengenai penciptaan langit dan bumi kita berbicara mengenai
proses kejadian objek-objek. Bumi adalah objek. Demikian juga dengan
langit. Ia mengandungi pelbagai jenis objek seperti bintang, galaksi, planet
dan yang seumpamanya.
Al-Quran menyedarkan kita di samping langit dan bumi, Allah juga
mencipta ruang antara langkit dan bumi. Perbincangan mengenai ruang
yang memisahkan bumi dengan objek-objek di langit baru sahaja diterokai
oleh saintis-saintis bermula pada abad ke-20, sedangkan al-Quran telah
menyatakan mengenainya lama dahulu. Dalam surah Toha, ayat 6 Allah
berfirman yang bermaksud,
Terjemahan: Dialah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang
ada di bumi serta yang ada di antara keduanya, dan yang ada di
bawah tanah basah di perut bumi.

Ayat ini menunjukkan wujudnya unsur-unsur tertentu antara langit


dan bumi. Ayat seumpama ini terdapat di beberapa tempat dalam Quran.

15

Contohnya, dalam surah al-Hijr ayat 85, surah al-Furqan ayat 59, surah alAhqaf ayat 3 dan surah al-Dukhan ayat 7 dan 38.
Sains hari ini mengesahkan ruang-ruang antara bintang dan galaksi
(interstellar space) mengandungi unsur-unsur tertentu. Ia dikenali sebagai
interstellar matter dan interstellar radiation field. Unsur terpenting yang
memenuhi ruang ini adalah gas (termasuk plasma dan habuk kosmik). Ia
wujud dalam bentuk atom, molekul, cahaya radiasi dan yang seumpamanya.
Adapun gas-gas yang wujud, 90 peratus daripadanya adalah hidrogen dan
10 peratus adalah helium. Daripada gas-gas ini lahir bintang-bintang serta
galaksi-galaksi baru. Hal ini dilaporkan oleh Britannica Encyclopedia Online
dan Wikipedia Encyclopedia Online.
Pada hari ini isu berhubung ruang di angkasa raya semakin hangat
diperkatakan terutamanya apabila para saintis berbicara mengenai tarikan
graviti yang wujud antara bintang-bintang dan galaksi. Apakah unsur yang
melahirkan tarikan ini? Sekiranya gas hidrogen dan helium berperanan
melahirkan bintang-bintang dan galaksi, unsur apakah pula yang
berperanan lagi memastikan tarikan graviti antara bintang-bintang dan
galaksi wujud dalam bentuk yang seimbang? Pada hari ini para saintis
menamakan unsur ini sebagai dark matter. Apakah sebenarnya dark
matter? Hingga ke hari ini tidak ada seorang saintis pun yang mampu
menjawab persoalan ini secara menyakinkan. Namun, yang pasti adalah
dark matter mengisi ruang antara langit dan bumi (Danial, 2008:94-95).
Interstellar dan Interplanetary
Satu perkara yang menarik mengenai ayat-ayat yang disebutkan sebelum
ini adalah penggunaan perkataan samawat bagi menceritakan berkenaan
langit. Samawat bermaksud langit-langit ataupun banyak langkit. Justeru,
apabila kita berbicara berkenaan ruang antara samawat, kita berbicara
berkenaan ruang-ruang di angkasa raya yang luas yang memisahkan bumi
dengan objek-objek raksasa di kosmos.
Sebaliknya dalam surah al-Anbiya ayat 16 Allah menyatakan, Dan
tidaklah kami ciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada antara
kedua-duanya dengan bermain-main. Dalam ayat ini Allah menggunakan
perkataan sama dan bukan samawat. Sama bermaksud satu langit.
Justeru, tidak mustahil sekiranya ayat ini diturunkan bertujuan bagi
menceritakan berkenaan ruang antara bumi dengan satu bahagian langit,
iaitu langit yang terdekat dengan bumi. Ruang antara bumi dan langit yang
terdekat dengannya ini mengandungi lapisan-lapisan atmosfera di samping
planet-planet.
Secara dasarnya, para saintis membezakan antara ruang yang
memisahkan bumi dengan bintang-bintang di kosmos dengan ruang yang
16

memisahkan bumi dengan planet-planet yang berdekatan dengannya.


Ruang yang wujud di antara bumi dan bintang-bintang di kosmos dikenali
sebagai ruang interstellar dan ruang yang memisahkan bumi dengan planetplanet terdekat dikenali sebagai ruang interplanetary.
Ruang interstellar teramat luas sehingga tidak dapat diukur dengan
menggunakan ukuran batu ataupun kilometer seperti yang dilakukan di
dunia. Sebaliknya jaraknya diukur dengan menggunkan ukuran tahun
cahaya atau light years. Satu tahun cahaya menyamai 5.88 trilion batu atau
9.46 trilion kilometer. Ini adalah jarak yang dilalui cahaya dalam masa
setahun dengan kelajuan 299,792 kilometer sesaat atau 186,282 batu
sesaat. Ia berbeza dengan ukuran jarak antara bumi dan planet-planet
(interplanetary space) yang masih mampu diukur dengan menggunakan
batu
ataupun
kilometer.
Hal
ini
dilaporkan
oleh
NASA
di
www.gov/worldbook.
Sekiranya unsur utama yang wujud di ruang kosmos (interstellar
space) adalah gas (terutamanya hidrogen), unsur utama yang memenuhi
ruang antara planet (interplanetaryspace) adalah gas dalam bentuk plasma
bersuhu tinggi, habuk kosmik (cosmic dust) di samping cahaya radiasi.
Walaupun atmosfera, ia adalah ruang udara yang meliputi bumi. Ia
mengandungi 78 peratus nitrogen, 21 peratus oksigen dan beberapa gas
yang lain, umpamanya wap air. Campuran gas-gas di atmosfera ini dikenali
sebagai udara. Justeru, pernyataan al-Quran berkenaan kewujudan langit,
bumi dan ruang antara kedua-dua selari dengan penemuan sains pada hari
ini. Berpandukan ayat-ayat al-Quran ini, manusia akan mengenali alam
ciptaan Allah sekali gus menyedarkannya mengenai betapa agungnya Allah.
WUJUDKAH HIDUPAN DI KOSMOS?
Antara persoalan yang menghantui para saintis pada hari ini adalah
mengenai sama ada wujudnya hidupan di angkasa raya ataupun tidak.
Hingga ke hari ini kajian dan penyelidikan mengenainya masih lagi
berterusan tanpa sebarang kepastian. Mengikut Agensi Angkasa Lepas
Eropah atau European Space Agency (ESA), bermula abad ke-21 ini negaranegara di Eropah mempergiatkan lagi usaha bagi mencari tanda-tanda
hidupan di luar bumi, terutamanya di sistem suria. Bagi mencapai tujuan ini
kapal-kapal angkasa bernama Rosetta dan Mars Express dilancarkan. Hal
ini dilaporkan di http://sci2.esa.int/specialevents/lifeinuniverse/index.html di
bawah tajuk Europe Joins The Search For Life Elsewhere In The Universe.
Umat Islam bertuah kerana lebih daripada 1400 tahun dahulu alQuran memberi jawapan kepada persoalan ini. Dalam surah al-Syura ayat
29 Allah menjelaskan yang bermaksud, Dan antara tanda (kekuasaan
Allah) ialah penciptaan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata
17

(dabbah) yang bertebaran pada kedua-duanya. Dia Maha Berkuasa


mengumpulkan semuanya apabila dikehendakinya.
Ayat surah al-Syura ayat 29 menunjukkan terdapat makhluk-makhluk
yang melata di langit dan bumi. Ungkapan makhluk-makhluk yang melata
ini Allah istilahkan sebagai dalabbah dalam al-Quran. Mengikut Hans Wehr:
A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan dabbah bermaksud
haiwan. Hamka dalam Tafsir al-Azhar mentafsirkan dabbah sebagai segala
yang hidup, merangkak, merayap dan berjalan dengan kaki. Menurut Prof.
Hamka, ayat ini menunjukkan wujudnya hidupan di luar bumi. Beliau
berkata, Binatang yang melata bukan wujud di bumi sahaja, tetapi ia juga
wujud di langit. Tegasnya (ia wujud) di bintang-bintang lain.
Said Hawa pula dalam al-Asas fi al-Tafsir mempunyai dua pandangan
berhubung ayat ini. Pertamanya, beliau tidak menafikan ayat ini mungkin
mengisyaratkan
mengenai
wujudnya
hidupan
di
kosmos.Walau
bagaimanapun ayat ini boleh juga membawa maksud di bumi sudah ada
hidupannya dalam bentuk manusia, jin dan pelbagai jenis haiwan dan di
langit juga sudah ada hidupannya dalam bentuk para malaikat. Kesemuanya
sudah pun bertebaran di langit dan bumi mengikut ketetapan Ilahi.
Pendapat yang kedua ini adalah selari dengan tafsiran yang dibuat oleh Ibn
Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim. Namun, secara dasarnya,
berpandukan ayat ini Islam tidak menolak kemungkinan wujudnya hidupan
di luar bumi sama ada dalam lingkungan sistem suria ataupun kosmos
secara umumnya.
Dalam BBC News bertarikh 19 Februari 2006, di bawah tajuk Top
Stars Picked In Alien Search, Paul Rincon melaporkan, pakar astronomi,
Margaret Turnbull, daripada Carnegie Institution di Washington, Amerika,
mengenal pasti lima bintang yang mungkin mengandungi hidupan di
atasnya. Kelima-lima bintang itu adalah Beta CVn (di gugusan Canes
Venatici), HD10307, HD211415, 18 Sco (di gugusan Scorpio) dan 51
Pegasus (Danial, 2008:98).
PROSES KEHANCURAN ALAMSEMESTA
Sudah menjadi kehendak Allah S.W.T bahwa setiap sesuatu selain zat-Nya
akan mengalami kehancuran, kecuali sesuatu yang dia kehendaki kekal,
seperti syurga, neraka, dan lain-lain. Adapun alam semesta beserta isinya
memang dikehendaki hancur oleh Allah ketika sudah tiba masanya. Dalam
al-Quran, kehancuran alam semesta ini diungkapkan dengan berbagai
istilah, antaranya adalah Yaumul-Asir, Yaumul-Khulud, Yaumul-Jaza,
Yaumul-Haqq, al-Fasl, al-Qiyamah, as-Saah, al-Qariah, al-Waqiah, dan alHaqqah.
18

Al-Quran sering menggambarkan fenomena-fenomena alam yang


terjadi ketika Kiamat tiba, sebagaimana dalam surah Al-Qariah ayat 4-6
yang bermaksud, Tahukah kamu apa Hari Kiamat itu? Pada hari itu
manusia bagaikan anai-anai yang bertebaran, dan gunung-gunung seperti
bulu yang dihamburkan. Gambaran peristiwa Kiamat juga dinyatakan
dalam ayat-ayat yang lain, antaranya al-Mursalat [77]: 8-10, an-Naba [78]:
18-20, al-Haqqah [69]: 13, at-Takwir [81: 1, al-Infithar [82]:
Waktu Berlakunya Kiamat
Dalam al-Quran dan Hadis tidak ada penjelasan secara detail tentang bila
Kiamat akan terjadi. Penjelasan dalam al-Quran dan Hadis lebih ditekankan
pada tanda-tanda, situasi serta fenomena alam yang terjadi menjelang
Kiamat. Bahkan datangnya Hari Kiamat dirahsiakan dan menjadi misteri
yang tidak diketahui siapapun, sebagaimana ditegaskan oleh Allah SWT
dalam Firman-Nya:
Terjemahan: Mereka bertanya kepadamu tentang hari Kiamat:
Bilakah
datangnya?
Katakanlah:
Sesungguhnya
pengetahuan
mengenainya adalah di sisi Tuhanku, tiada sesiapa pun dapat
menerangkan waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari Kiamat itu
amatlah berat (bagi makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; ia tidak
datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya
kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah:
Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi
Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Surah Al-Araf, 7: 187)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda: Kiamat sungguh


akan terjadi ketika manusia sedang mengunyah makanan dan tidak sempat
menelannya (Riwayat Bukhari). Hadis ini menunjukkan bahawa manusia
tidak mempunyai persiapan sama sekali untuk menyambut datangnya
Kiamat disebabkan mereka tidak tahu bilahari Kiamat itu tiba, sehingga
Kiamat terjadi ketika manusia dalam keadaan lengah. Para ulama
mengatakan bahwa hikmah dirahsiakannya kehadiran Hari Kiamat ialah
agar manusia selalu waspada. Dengan demikian manusia lebih terdorong
untuk selalu taat dan takut untuk berbuat maksiat, sebab andai manusia
tahu tentang waktu datangnya Kiamat, maka orang-orang akan lalai dan
melambatkan taubat sampai hari ketika Kiamat sudah dekat.
Namun demikian, meskipun Rasulullah s.a.w tidak tahu secara detail
bila terjadinya Kiamat, akan tetapi Nabi s.a.w mengetahui tanda-tanda-Nya.
Nabi bersabda, Aku diutus (menjadi Rasul), sedangkan (jarak antara waktu
19

perutusanku dan) Kiamat adalah seperti dua jari ini (Nabi berisyarat
dengan jari manis dan telunjuknya) (Riwayat Tirmidzi). Dalam Hadis
daripada Ibnu Umar juga diriwayatkan, Sesungguhnya masa kalian ialah
ibarat masa dari solat Ashar sampai solat Maghrib (Riwayat Bukhari dan
Muslim). Hadis-hadis ini memberikan informasi bahwa jarak antara masa
Rasulullah s.a.w. dan Hari Kiamat tidak panjang.
Beberapa Ramalan Tentang Masa Berlakunya Kiamat
Ada beberapa pendapat yang meramalkan tentang masa hancurnya alam
semesta. Kitab Ruhul-Maani (5/135) karya Syihabuddin as-Sayyid
Muhammad al-Alusiy al-Baghdadi (w. 127 H), mengutip pandangan Imam
Jalaluddin as-Suyuthi yang meramalkan bahawa umur alam semesta ini
ialah 7000 tahun, sedangkan menurutnya Nabi Muhammad s.a.w diutus
pada masa-masa akhir 6000-an dari usia alam semesta.
Imam al-Suyuti dalam risalahnya al-Kasyf an Mujawazati HadzihilUmmat menjelaskan bahawa masa umat Nabi Muhammad s.a.w ialah lebih
daripada 1000 tahun dan tidak sampai bertambah 500 tahun dari 1000
tahun tersebut. Sementara itu, sebahagian ahli astronomi mengatakan
bahwa usia alam semesta ini akan berakhir ketika semua gugusan bintang
(buruj) yang dua belas berhenti berputar. Menurut mereka, setiap gugusan
bintang akan berhenti berputar dan menetap pada orbitnya dalam jangka
3000 tahun. Jadi menurut pendapat ini, dunia ini akan hancur bila sudah
mencapai usia 36,000 tahun, iaitu hasil perkalian 3000 tahun dengan 12
gugusan bintang.
Ada pendapat lain dari Bathalimus yang meramalkan bahawa usia
alam semesta ialah 25,952 tahun 6 bulan 21 hari 12 jam, dengan rincian
masa peredaran setiap gugusan bintang ialah 2162 tahun 8 bulan 16 hari
19 jam dikalikan 12 buruj. Bagaimanapun, pendapat-pendapat di atas
hanyalah sekadar ramalan-ramalan yang didasarkan pada prasangka tanpa
adanya bukti yang kukuh. Menurut pendapat yang benar, tidak ada yang
tahu secara pasti tanggal berapa, hari apa, dan pada tahun keberapa alam
semesta ini akan hancur secara total (http://arifbuchori.blogspot.com).
PENGAKHIRAN
KEPADA
KEWUJUDAN
ALAM
MENURUT
PANDANGAN SAINS
Berdasarkan adanya sifat pengembangan kepada alam semesta ini, sains
menyakini bahawa proses pengembangan ini akan terhenti dan alam ini
akan berada dalam keadaan pegun buat seketika sebelum mengalami
proses pengecutan semula. Pada mulanya proses pengecutan ia berlaku
dengan sangat perlahan dan kadarnya akan bertambah mengikut masa.
20

Galaksi yang pada mulanya bergerak arah keluar, akan mula bertukar arah
menjadi sebaliknya, iaitu hala ke dalam. Dalam gerakan ini galaksi akan
bertembung sesama sendiri kerana kehilangan daya keseimbangan dan
graviti. Ini bermakna akhirnya ia kembali kepada asalnya, iaitu kurang
daripada ruang sebiji atom. Pada waktu ini ruang dan masa juga akan lebur
bersepai menjadi tunggalan. Tepat sepertimana Allah menyebut dalam alQuran:
Terjemahan: Ingatlah hari Kami menggulung langit seperti
menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana Kami mulakan
wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu
janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap
melaksanakannya.
(Al-Anbiya 21:104).

Pakar-pakar dalam bidang pengajian fizik percaya bahawa Big Crunch


mewakili akhiran kepada alam semesta, sepertimana mereka percaya
bahawa Big Bang adalah permulaan alam semesta. Unsur asas alam
semesta ini iaitu masa, ruang, dan jirim wujud dengan Big Bang melalui
proses ledakan keluar dan akan hilang daripada kewujudan dengan Big
Crunch melalui proses musnahabisan. Bilakah hari kehancuran ini akan
berlaku? Tiada seorang manusia yang mengetahuinya. Ia ada dalam ilmu
Allah. Bagaimanapun saintis dan ahli astronomi cuba membuat ramalannya
dan menyatakan bahawa akhiran alam semesta ini akan tiba kira-kira enam
ribu juta tahun lagi (http://guailham.blogspot.com/2008/10/kosmologi-dariperspektif-quran-dan.html).
Persoalannya di sini bukannya dari sudut bila masa berlakunya,
kerana ramalan tidak menjanjikan satu ketepatan. Apa yang hendak
diketengahkan ialah soal sains moden kini menerima kepastian bahawa
alam semesta ini akan hancur dan ini telahpun diungkapkan oleh al-Quran
sejak ribuan tahun dahulu menerusi wahyu yang disampaikan kepada Nabi
Muhammad s.a.w.
Saintis meramalkan terdapat lima kemungkinan bagaimana alam
semesta ini boleh hancur:
1) Matahari meletup dan bumi musnah dalam lautan api yang sangat
panas.
2) Matahari tidak berfungsi atau padam sama sekali, hingga bumi
menjadi sebiji bola yang dilitupi ais.
3) Berkemungkinan satu bintang yang besar akan bertembung dengan
matahari yang akan melibatkan kehancuran bumi juga.
4) Kemungkinan adanya bintang berekor jatuh ke bumi dengan
kedahsyatan yang amat sangat hingga bumi hancur.
21

5) Jarak bumi dengan bulan begitu mendekat sehingga menimbulkan


gelombang air pasang yang dahsyat disertai letusan hebat gunung
berapi.
Adalah diramalkan bahawa lima ribu juta tahun dari sekarang,
matahari akan kehabisan Hidrogen untuk dibakar. Pada waktu itu, ia akan
berkembang menjadi raksasa merah dan akan menelan planet-planet,
termasuk bumi dan mungkin juga Musytari. Seorang penghuni pada masa
itu akan melihat matahari semakin besar di langit. Haba matahari akan
menyejatkan segala air yang ada di muka bumi, meninggalkan keadaan
yang kontang dan segala tumbuhan akan mati. Semua kehidupan akan
berakhir. Sekiranya ada pun kehidupan yang dapat bertahan, lama
kelamaan akan menghadapi masalah juga kerana kita ketahui bahawa
matahari akan bertukar daripada bentuk raksasa menjadi kerdil putih, satu
objek sebesar planet yang tidak lagi berupaya menjanakan tenaga dan tidak
lagi mampu mengeluarkan cahaya. Kehidupan akan pupus jua kerana tidak
ada sumber tenaga untuk membenarkannya meneruskan kewujudannya.
RUJUKAN
Danial Zainal Abidin. 2008. Quran Saitifik. Kuala Lumpur: PTS Millennia
Sdn Bhd.
Hisham Talib. 2006. Binaaal-Kawn wa Masir al-Insaan. Beirut: Dar al-Ma
rifah.
Ramli Awang.2003. Falsafah Sains & Teknologi.Bentong: PTS Publication &
Distributors Sdn Bhd.
Sabri al-Damardaash. 2001. Lil-Kawn Ilaah Qiraaah fi Kitab Allah alManzur. Kuwait: Maktabah al-Manaar al-Islamiyyah.
http://arifbuchori.blogspot.com/2010/07/kehancuran-dunia.html
http://guailham.blogspot.com/2008/10/kosmologi-dari-perspektif-qurandan.html

22

Anda mungkin juga menyukai