Anda di halaman 1dari 11

BAB VI

PENYELESAIAN TERHADAP ISU SAINS DAN TEKNOLOGI


Fauzi bin Hussein
Nurazmallail bin Marni
Mohd Abbas bin Abdul Latif
OBJEKTIF

Membincangkan isu-isu kontemporari yang berkaitan dengan sains dan


teknologi serta penyelesaiannya berlandaskan kerangka pandangan Islam.

PENDAHULUAN
Topik ini akan membincangkan isu-isu kontemporari yang berkaitan dengan sains
dan teknologi serta penyelesaiannya berlandaskan kerangka pandangan Islam.
Perkembangan sains dan teknologi di dunia hari ini amat mengkagumkan. Dengan
munculnya beberapa teori-teori sains yang dan aplikasi aplikasi moden bukan
sahaja menunjukkan peningkatan ketamadunan manusia, malahan turut membantu
mempermudah kehidupan seharian manusia.
Walaupun perkembangan ini
memberikan impak positif kepada kehidupan seharian manusia, beberapa isu dan
masalah berkaitan teknologi semasa ini juga memberikan kesan sebaliknya kepada
manusia mahupun kepada alam sekitar. Topik ini membincangkan beberapa isu
berkaitan dengan perkembangan teknologi semasa serta mengemukakan alternatif
kepada penyelesaiannya berdasarkan beberapa tema berikut:
BEBERAPA ISU BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEMASA
1)

Sains dan teknologi serta hubungannya dengan manusia

Perkara asas yang perlu difahami adalah mengenai kewujudan manusia di dunia ini
dan interaksinya dengan perkembangan sains dan teknologi. Bersandarkan kepada
surah al-Baqarah 2:36, ayat ini memberitahu manusia bahawa terdapatnya
hubungan antara manusia dan juga dunia serta isinya. Apa sahaja yang ada di
dunia ini sama ada ia merupakan sumber yang dijumpai atau diusahakan adalah
sesuatu yang diberikan oleh Pencipta kepada manusia bagi memenuhi kehidupan
mereka. Untuk menggunakan sumber-sumber yang ada di dunia ini secara optimal
ia memerlukan ilmu pengetahuan dan kemampuan manusia untuk memahami ciriciri serta sifat sesuatu sumber yang ada di alam ini termasuklah memahami hukum
semulajadi dan kondisi sesuatu perkara tersebut. Tidak ada jalan mudah bagi
memahami perkara-perkara berkaitan dengan sumber alam ini melainkan dengan
sains. Justeru, memahami sains sama ada ia bersifat konseptual, prosedur mahupun
secara amalinya adalah satu keperluan. Dengan cara ini sahajalah sains dan
teknologi boleh digunakan sebagai alat penting dalam menguruskan kehidupan
seharian manusia, masyarakat, negara, dan masyarakat.

Isu yang paling penting di sini adalah memahami peranan sains dan teknologi
dalam konteks manusia beragama. Konteks agama yang dimaksudkan di sini
adalah agama Islam. Bagi setiap individu Muslim, tujuan hidup mereka adalah
berasaskan kepada dua perkara, iaitu sebagai hamba dan juga khalifah Allah di
muka bumi. Ini dapat dipastikan melalui firman Allah dalam surah Al-Baqarah 2:30,
dan dalam ayat yang lain yang mana Allah menegaskan bahawa tidaklah Allah
menciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepada-Nya. Justeru,
segala perkara yang dilakukan oleh seseorang itu mempunyai implikasinya terhadap
tanggungjawabnya kepada sang Pencipta. Ini juga bermaksud segala perkara yang
dilakukan dalam kehidupan seharian adalah bukti memahami tugas dan
tanggungjawab seseorang. Perkara-perkara yang dilakukan tidaklah terhad kepada
batas-batas ibadah yang berbentuk ritual semata-mata bahkan ia meliputi aktivitiaktiviti yang melibatkan sains dan teknologi. Bagi seorang saintis Muslim, segala
bentuk aktiviti dan kajian berkaitan dengan sains dan teknologi hendaklah
diselaraskan dengan prinsip asas ajaran Islam.
Permasalahan timbul apabila
berlakunya pemisahan antara sains dan agama. Oleh yang demikian dalam konteks
individu Muslim, memahami hubungan kejadian dan alam ini adalah suatu yang
amat penting dan merupakan isu yang perlu diambil perhatian bagi setiap individu.

2)

Sistem dan praktis sains dan teknologi

Antara isu besar dalam sains dan teknologi adalah pengkomersialan hasil kajian
sains dan teknologi. Ini berlaku apabila kebanyakan mereka yang menaja ahli-ahli
sains terlalu menumpukan kepada pembangunan produk. Ini seringkali bercanggah
dengan matlamat yang ingin dicapai oleh ahli sains di mana secara umumnya
mereka menumpukan kepada pembangunan ilmu pengetahuan sains dan teknologi
itu sendiri.

3)

Islam dan bioteknologi

Perkembangan bioteknologi yang semakin rancak serta menjangkau pemikiran


manusia memerlukan kepada respons yang pantas dalam kalangan saintis mahupun
pemikir Islam. Ini kerana, kebanyakan isu-isu yang timbul dalam permasalahan
bioteknologi dilihat bercanggah dengan norma dan sistem kepercayaan Islam. Klon
umpamanya dilihat sebagai satu proses yang mencabar kekuasaan Allah sebagai
Pencipta, dan ini menimbulkan persoalan sama ada ia dibenarkan atau sebaliknya.
Bagi menjawab persoalan klon ini, satu persidangan khusus dijalankan oleh
cendekiawan Islam bersama dengan pertubuhan pengamal perubatan Muslim
Kuwait. Persidangan yang dijalankan di Casabalanca pada tahun 1998 itu telah
mencapai kata sepakat bahawa pengklonan tidaklah mencabar dan mempersoalkan
kepercayaan Islam. Allah adalah pencipta bagi alam ini akan tetapi Dia jugalah

yang telah menjadikan sistem sebab (punca) dan akibat dalam dunia ini. Menyemai
biji benih merupakan sebab (punca) tetapi hanya Allah sahajalah yang akan
menjadikan sesuatu punca itu berkesan dan di dalam kes semaian itu, hanya Dia
yang boleh menjadikan benih yang disemai itu menjadi pokok. Ini samalah juga
dengan kes pengklonan di mana proses pengklonan adalah sebab atau punca
(cause) dan hanya dengan kehendak Allah sahaja kesan daripada pengklonan itu
akan berhasil. Ini bererti mereka yang menanam benih bukanlah pencipta kepada
tumbuhan yang hidup itu, samalah seperti mereka yang melakukan pengklonan
bukanlah pencipta kepada haiwan yang diklonkan itu. Hanya Allah sahajalah
sebagai pencipta dan segala ciptaan-Nya adalah atas kehendak-Nya sahaja.
Berbalik kepada persoalan sama ada ia dibenarkan atau tidak, majoriti ulama
bersetuju bahawa pengklonan ini dibenarkan dalam tumbuhan dan haiwan sahaja,
tidak kepada manusia. Ini kerana, dengan pengklonan manusia, ia akan membawa
kepada masalah moral dan sosial yang kompleks. Oleh yang demikian, pengklonan
manusia adalah sesuatu yang dilarang. Perlu ditegaskan di sini bahawa walaupun
Islam membenarkan proses pengklonan tumbuhan dan haiwan, tetapi proses ini
adalah hanya bertujuan untuk meningkatkan produktiviti tumbuhan atau haiwan
tersebut semata-mata.
Walau bagaimanapun, berkaitan dengan pengklonan
manusia, ia perlu dijauhi. Ini bukanlah kerana menafikan kemampuan manusia
untuk menggunakan teknologi tersebut, tetapi larangan ini adalah kerana ia amat
tidak bersesuaian dengan prinsip dan nilai kemanusian terutamanya berkaitan
dengan soal keturunan yang amat perlu dipelihara.
Sebagaimana yang diketahui, dengan berlakunya pengklonan manusia, jika
dibenarkan akan menyebabkan klon yang dijadikan itu tidak mempunyai bapa.
Tambahan pula, sekiranya proses pengklonan yang dilakukan itu dilakukan di dalam
rahim perempuan yang bukan empunya ovum tersebut juga akan menyebabkan
pertelingkahan biologi antara penderma ovum dan pemilik rahim yang
mengandungkan anak tersebut. Ini juga boleh menyebabkan hasil pengklonan
tersebut tidak mempunyai ibu yang sah. Ini sekaligus akan merosakkan sistem
sosial dan kekeluargaan dan bercanggah dengan ajaran Islam. Selain daripada
kaedah pengklonan, terdapat juga beberapa teknologi lain yang digunakan yang
memberikan kesan terhadap keturunan. Ini termasuklah isu ibu tumpang, IVF, dan
seumpanya. Justeru, isu berkaitan keturunan ini perlu diambil serius yang mana ia
bukan sahaja bercanggah dengan norma dan etika agama, malahan juga turut
memberi kesan yang besar terhadap sistem sosial.

4)

ICT: Isu, Cabaran Dan Penyelesaian

Penggunaan ICT dalam masyarakat moden hari ini semakin meluas dan memberikan
impak yang cukup besar terhadap proses modenisasi sesebuah tamadun.
Information Communication Technology (ICT), merupakan gabungan antara dua

perkembangan teknologi, iaitu komunikasi dan informasi. Perkembangan pesat


kedua-kedua teknologi ini yang banyak memberi manfaat kepada urusan seharian
manusia membawa kepada perpindahan maklumat dengan pantas dan menjadikan
sesebuah masyarakat terdedah kepada dunia global yang tiada had dan batasnya.
Seseorang boleh berhubung dan bertukar-tukar maklumat dengan sesiapa sahaja
tanpa diketahui oleh sesiapa. Komunikasi dan pertukaran maklumat yang tidak
dikawal serta pemantauan yang lemah memberikan kesan negatif bukan sahaja
kepada individu yang terlibat malahan kepada masyarakat amnya.
Beberapa isu utama dikenalpasti dalam penggunaan ICT hari ini termasuklah,
penyebaran maklumat palsu, gambar-gambar yang dipalsukan serta gambargambar yang tidak bermoral. Perkara ini dilihat amat mudah diperoleh oleh
golongan remaja yang terdedah kepada perkara negatif tanpa adanya pengawalan
dan pengawasan. Sekiranya tidak dikawal, perkara ini memberi kesan yang besar
kepada psikolgi dan tindak-tanduk remaja sekaligus membawa kepada
permasalahan moral yang lebih besar. Kesan yang mungkin dapat dilihat adalah
peningkatan keterlibatan remaja dengan seks luar nikah dan mengakibatkan
kelahiran anak luar nikah. Ini secara tidak langsung mendorong remaja melakukan
perbuatan yang lebih buruk lagi seperti membuang bayi.
Isu seterusnya yang dilihat sebagai ancaman kepada perkembangan ICT
adalah penyebaran maklumat kepada orang yang tidak dikenali secara terbuka dan
penuh percaya. Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi
seseorang mengenali dan berhubung dengan seseorang secara lebih bebas dan
terbuka. Ini bukan sahaja disasarkan kepada golongan remaja bahkan golongan
dewasa dan profesional juga terdedah kepada permasalahan ini sehingga mungkin
boleh mendedahkan perkara-perkara penting negara sekaligus menyebabkan
masalah yang lebih besar kepada negara. Kesan kepada remaja boleh dilihat
dengan banyaknya laporan-laporan yang didedahkan terhadap kes-kes kehilangan
remaja kesan daripada penggunaan ICT secara tidak terkawal.
Isu lain yang dilihat kritikal apabila, tersebar luasnya penipuan dalam bentuk
kewangan melalui internet. Penipuan ini telah semakin merebak dan semakin ramai
mangsanya. Penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan banyak
cara. Antara contohnya; tawaran hadiah tertentu kepada seseorang kerana telah
terpilih berdasarkan sesuatu sebab (misalnya alamat e-mail anda bertuah melalui
pilihan rambang); kerjasama dalam pengurusan membawa keluar dana-dana
tertentu dalam jumlah yang besar (misalnya 2 juta USD) dan juga kategori yang
lebih kecil jumlahnya seperti anda telah menerima sebuah kotak hadiah tetapi mesti
membayar (melalui pindahan akaun bank atau kad kredit) sebelum hadiah itu dapat
dihantar dan dituntut.
Isu-isu yang dibincangkan di atas merupakan kesan langsung kepada
penggunaan ICT yang tidak terkawal dan tanpa had. Perkara ini perlu dilihat dengan
lebih teliti serta penyelesaian kepada isu tersebut perlu kepada penyelesaian yang

holistik. Namun, beberapa langkah penyelesaian boleh diambil oleh mereka yang
bertanggungjawab sama ada di peringkat individu, masyarakat mahupun institusi.
Bagi mengelak daripada anak-anak remaja melayari sumber-sumber/cerita-cerita
atau gambar-gambar yang tidak bermoral, pertamanya kesedaran perlu diberikan
lebih awal tentang bahaya dan kesan buruknya perbuatan itu. Ibu bapa seharusnya
bertanggungjawab menyatakan memberikan nasihat bahawa perbuatan itu akan
membawa kesan yang buruk. Ini perlu dilakukan sebelum daripada seseorang itu
melakukannya dan dilakukan sejak dari awal lagi terutamanya ketika usia kanakkanal. Sekiranya sesuatu perkara sudah menjadi kebiasaan, nasihat dan larangan
itu akan menjadi lebih sukar untuk dipatuhi sepenuhnya. Perkara ini juga mesti
dikaitkan dengan kesedaran agama bahawa apa yang kita lakukan di dunia ini akan
direkod semuanya.
Kawalan dalam bentuk pencegahan juga dilihat relevan
teruatamanya dalam memberi kebebasan menggunakan komputer dan alat yang
seumpamanya. Keterbukaan ibu bapa memberikan kemudahan kepada anak-anak
mereka melayari internet secara terbuka boleh menyebabkan anak-anak menjadi
mangsa kepada budaya ganas internet. Meletakkan komputer di ruang rumah yang
tidak tertutup dan pemberian had masa yang tertentu bagi penggunaan bagi setiap
orang anak dilihat mampu mencegah daripada gejala negatif yang terkandung di
ruang maya.
Dari sudut yang lain pula, menjadi tanggungjawab individu dan masyarakat
untuk melaporkan sebarang aktiviti negatif yang terdapat di internet kepada pihak
berwajib. Misalnya, di Malaysia SKMM bertanggungjawab kepada sebarang bentuk
pengisian negatif yang terdapat di Internet.
Ini membolehkan mereka
mengehadkan kemasukan perkara-perkara negatif berkembang di dalam negara
seterusnya menyekat laman-laman yang membawa kesan negatif daripada dilayari.
Perkara ini bukan sahaja telah diamalkan di Malaysia, malahan beberapa negara lain
turut menggunakan mekamisma yang sama dalam menyekat aktiviti yang tidak
bermoral di internet. Tidak dinafikan penggunaan ICT itu memberikan manfaat yang
cukup besar kepada masyarakat dan negara, tetapi unsur-unsur yang boleh
melemahkan dan memusnahkan masyarakat perlulah diteliti supaya nanti,
masyarakat ICT yang lahir itu nanti adalah masyarakat yang mempunyai
ketamadunan yang tinggi serta mampu menggunakan ICT ke arah kebaikan.

5)

Islam dan Pendidikan Alam Sekitar

Islam tidak pernah ketinggalan dalam menghadapi apa jua masalah yang dihadapi
oleh manusia, termasuk juga masalah alam sekitar. Sebagai satu agama yang
syumul, Islam mempunyai kaedah, jalan penyelesaian dan perspektifnya yang
tersendiri terhadap krisis alam sekitar. Perspektif Islam terhadap alam sekitar
adalah berasaskan al-Quran dan sunnah Rasullullah s.a.w. yang menerangkan
tentang saling hubungan yang erat antara manusia dengan Penciptanya, manusia
sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar. Islam mengajar bahawa alam

ini berimbang dan dalam keadaan yang harmonis, dan manusia tidak mempunyai
hak untuk mencabulinya sesuka hati.
Perspektif ini adalah berdasarkan kepada ajaran tauhid yang menerangkan
kedudukan dan peranan manusia di alam ini. Dalam Islam, manusia adalah khalifah
yang ditugaskan untuk memakmurkan alam ini. Istilah memakmurkan alam ini
adalah merangkumi semua aspek kehidupan manusia, sama ada yang berkaitan
dengan hubungannya dengan Penciptanya, sesama manusia maupun dengan alam
sekitarnya. Di samping itu, keseimbangan yang disarankan oleh Islam sejak dari
dulu lagi adalah prinsip asas sains alam sekitar, yang mana termasuk di dalamnya
sains Islam. Secara kasarnya, sains Islam merupakan hubungan berbagai dimensi
antara pelbagai makhluk dan benda, analisis dan rumusan, kesatuan alam sekitar,
sintesis dan kesimpulan. Pendek kata, sains Islam adalah berasaskan kepada intuisi
yang mendalam terhadap sifat saling bergantungan dan berhubungan antara semua
benda dan makhluk yang terdapat di alam ini. Oleh itu, pendidikan yang dibawa
hendaklah berkisar di sekitar menyedarkan manusia kepada keperluan untuk
mengekalkan peranan utamanya sebagai khalifah di muka bumi serta mengekalkan
aspek harmoni dan keseimbangan yang telah sedia wujud di alam ini.
6)
Etika, moral dan sistem kepercayaan: penyelesaian isu-isu sains dan
teknologi
Isu yang berkisar berkenaan sains dan teknologi ini berbalik kepada sistem nilai dan
kepercayaan bagi setiap saintis. Apa yang berlaku sejak berakhirnya penjajahan
barat adalah, ramai di kalangan masyarakat yang dijajah turut sama mengambil
nilai dan norma kepercayaan masyarakat barat dengan mempercayai bahawa nilai
masyarakat barat inilah yang akan memberikan mereka kejayaan dalam bidang
teknologi seperti apa yang telah dicapai oleh mereka kesan daripada revolusi
industri.
Secara umumnya, perkembangan teknologi yang bersifat dinamik dan pantas
ini perlu dimanfaatkan sewajarnya dan sejajar dengan sifat tabii manusia yang
inginkan kebaikan. Matlamat dan tujuan hidup manusia yang bertunjangkan kepada
kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat perlu ada pada setiap juru teknologi,
saintis, individu dan mereka yang menjadi pengguna akhir kepada teknologi.
Konsep al-Falah iaitu kejayaan dan kebahagian dunia akhirat perlulah menjadi
keutamaan setiap individu dalam membangunkan sains dan teknologi.

7)

Dorongan Islam kepada aktiviti sains dan teknologi yang ergonomik 1

1 Idea asal bahagian ini diperolehi daripada artikel Aidil Adha Sulaiman berjudul
Ergonomik dari perspektif Islam.

Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa berinteraksi dengan persekitaran. Bermula


dari celik mata hinggalah tidur semula, sudah pasti kita akan melakukan pelbagai
aktiviti yang memerlukan kepada pergerakan seperti memegang sesuatu, melihat,
menghidu dan pelbagai aktiviti lain yang mempunyai pengaruh kepada fizikal,
mental dan emosi.

Aktiviti di rumah seperti melakukan kerja-kerja mengangkat

almari, mendongak ke atas ketika mengecat siling dan tangan bergegar ketika
memesin

rumput mungkin menyebabkan

kita berasa lenguh, tidak

selesa,

kekejangan atau sakit pada bahagian tubuh tertentu. Lantaran itu, perlu kita beri
perhatian dan ketahui apakah faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut
dan mempelajari cara untuk mengatasinya. Perkara ini juga penting kerana jika
dibiarkan tanpa kawalan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang menjejaskan
kehidupan seseorang. Keadaan yang dihadapi dalam contoh di atas adalah merujuk
kepada ergonomik.
Ergonomik

berasal

dari

gabungan

perkataan

Greek,

iaitu

ergo

yang

bermaksud kerja dan nomos bermaksud peraturan. Ia merupakan satu terma moden
yang bermaksud undangundang atau peraturan pekerjaan, yang secara ringkasnya
menerangkan bagaimana sesuatu pekerjaan itu dapat dilakukan dengan selamat
dengan mengambil kira faktor keselesaan para pekerja. Di Amerika Syarikat pula,
ergonomik juga merujuk kepada human factors engineering - menerangkan
hubungan antara manusia dan mesin semasa melakukan sesuatu pekerjaan. Ia juga
membincangkan perihal penyesuaian kerja untuk pekerja fitting the job to the
worker. Sementara itu, International Labor Organization (ILO) merujuk ergonomik
sebagai ilmu terapan biologi manusia serta mempunyai hubungan dengan teknik
pekerjaan yang dilakukan dalam sesuatu kerja, agar pekerja dapat meningkatkan
produktiviti serta kepuasan kerja.
Ergonomik mempunyai ruang lingkup yang luas dalam persekitaran kehidupan
terutamanya di tempat kerja, antaranya ialah teknik dan aturan proses kerja, fizikal
dan bio-mekanik, kognitif, aktiviti otak dan pengalaman psikologi, anatomi
terutamanya yang berhubungan dengan kekuatan dan gerakan otot dan sendi,
anthropometri (mengukur parameter anggota badan suatu kumpulan manusia
seperti berat dan saiz), sosiologi, fisiologi (khasnya yang berhubungan dengan suhu
tubuh, pengambilan oksigen dan aktiviti otot), dan juga reka bentuk (design).

Pekerja
Persekitaran
Pekerjaan Kerja

Dalam

sektor

pekerjaan,

terdapat

Interaksi antara
manusia,
pekerjaan dan
persekitaran
sentiasa berlaku
semasa
menjalankan
tugas. Titik
pertemuan
tersebut perlu
dikenalpasti,
dibuat penilaian
dan sebarang
bentuk risiko
keselamatan dan
kesihatan perlu
dikawal secara

pelbagai

aktiviti

yang

dijalankan

terutamanya di dalam industri seperti pembuatan, pembinaan dan perhutanan.


Ketika melaksanakan tugas, para pekerja perlu melakukan pelbagai jenis aktiviti dan
pergerakan. Keadaan ini boleh menyumbang kepada masalah ergonomik di
kalangan

pekerja,

sama

ada

Perkembangan

pengetahuan

menyelesaikan

masalah

dalam

manusia

berkaitan

jangkamasa
tentang

keselamatan,

pendek

ergonomik
kesihatan,

atau

dapat

panjang.
membantu

keselesaan

dan

keberkesanan di tempat kerja. Majikan yang tidak mengambil kira faktor ergonomik
boleh menyebabkan masalah kecederaan dan kesihatan di kalangan pekerjapekerjanya. Adalah sesuatu yang merugikan sekiranya pekerja-pekerja yang mahir
terpaksa mengalami masalah ergonomik seperti kecederaan tulang belakang, bahu,
pergelangan tangan, jari dan bahagian-bahagian tubuh yang lain. Keadaan ini
selalunya

diambil

menampakkan

mudah

impak

luaran

kerana
seperti

kecederaan
luka

dan

berkaitan
berdarah,

ergonomik
tetapi

tidak

melibatkan

kecederaan dan kesakitan bahagian tubuh tertentu seperti otot-rangka dan saraf.

Umumnya terdapat enam Faktor Risiko Ergonomik (Ergonomic Risk Factors) yang
terdiri

daripada

kerja

yang

berulang-ulang

(repetitive

movement),

gegaran

(vibration), posisi badan yang tidak neutral (awkward posture) dan posisi statik,
tekanan

sentuhan

(contact

stress),

jangkamasa

kerja

(duration),

dan

juga

pergerakan secara paksaan (force). Pihak majikan yang prihatin akan memastikan
bahawa proses dan aktiviti kerja yang dijalankan dikaji sejak awal, iaitu di peringkat
perancangan dan merekabentuk proses kerja serta pemilihan peralatan dan mesin.
Perkara ini penting supaya isu-isu ergonomik dapat digarap dengan baik pada
peringkat

awal,

justeru

masalah

kesihatan

yang

melibatkan

otot-rangka

(musculoskeletal disorders - MSD) dapat dikurangkan atau dielakkan. Faktor seperti


umur, jantina, kekuatan fizikal, latarbelakang kesihatan dan kekurangan fizikal
tertentu perlu diberi perhatian kerana faktor-faktor tersebut boleh memberi kesan
kepada tahap kesihatan dan produktiviti. Pada masa yang sama, para pekerja
bertanggungjawab untuk memberi kerjasama kepada program dan peraturan
berkaitan

ergonomik

yang

ditetapkan

oleh

pihak

majikan

serta

menjaga

keselamatan diri sendiri dan juga orang lain.


Islam juga menggariskan supaya seseorang perlu patuh dan taat bagi sesuatu
arahan apatah lagi arahan tersebut dibuat bagi memastikan keselamatan dan
kesihatan pekerja daripada ditimpa musibah atau kecelakaan. Hal demikian selari
dengan maksud hadis riwayat al-Bukhari;
Wajib ke atas setiap Muslim patuh dan taat kepada pemerintah sama
ada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintah melakukan
maksiat; sekiranya ia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah
patuh dan taat." (riwayat al-Bukhari)

Konsep yang dibawa dalam ergonomik menepati


ajaran Islam, iaitu konsep kesejahteraan manusia
dan pencegahan daripada perkara-perkara yang
mendatangkan kemudaratan dalam pekerjaan dan
kehidupan. Ia juga selaras dengan tuntutan Islam
yang menekankan konsep menjaga maslahah hidup
manusia seperti yang terkandung dalam Maqasid alSyariah atau dikenali dengan nama al-Kulliyatul
Khams"

"

, iaitu keutamaan memelihara agama, nyawa, akal,

keturunan dan harta. Asas penjagaan keselamatan diri sendiri dan orang lain juga
telah dibicarakan dalam Islam apabila Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya
membuang duri daripada jalan (elimination of hazard) yang merupakan satu bentuk
sedekah di samping bertujuan agar duri tersebut tidak mencederakan sesiapa.

SOALAN ULANGKAJI

1) Bincangkan isu-isu kontemporari yang berkaitan dengan sains dan teknologi


serta penyelesaiannya berlandaskan kerangka pandangan Islam.
BIBLIOGRAFI
Al-Quran al-Karim.
Ali Ahmad Maleya. (2010). Al-Quran Rahsia Kesihatan Terunggul., Kharisma Network
Sdn. Bhd.
Arman Yurisaldi Saleh. (2010). Berzikir Untuk Kesehatan Saraf. Penerbit Zaman,
Jakarta.
Basil Castaldi. (1994). Educational Facilities: Planning, Modernization and
Management. (4th Edition), Boston: Allyn and Bacon.
Food Incorporated, Documentary Movie. Magnolia Pictures By Robert Kenner.
Grandjean, E., Kroemer, K.H.E. (1997). Fitting the Task to the Human. Taylor &
Francis London U.K.
Health and Safety Executive (HSE). (1997). Reducing Error and Influencing
Behaviour . 2nd Edition, U.K.
Health and Safety Executive Human Factors Briefing Note No. 1: Introducing Human
Factors.
http://www.muslimheritage.com/topics/default.cfm?articleID=933 (7 Mei 2011).
Naval Aviation Schools Command. (2007). A Guide To Human Factors For Naval
Aviators. Pensacola, Florida.
Rusdin S. Rauf. (2009). Quranic Law of Attraction. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn
Bhd.
Stranks, Jeremy. (2007). Human Factors and Behavioural Safety. Elsevier Ltd U.K

Anda mungkin juga menyukai